Anda di halaman 1dari 11

Terjemahan modul OUMM2103 (keusahawanan)

Oleh: Adnan Che Harun (BIT)


Bab 1 :PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

 Masyarakat yang mempunyai paling ramai usahawan adalah masyarakat yang


terbaik.
 Usahawan adalah individu yang paling dinamik,kreatif dan inovatif.
 Mereka bersedia berhadapan dengan tidak ketentuan melalui kreativiti dan
kesungguhan untuk mencapai kejayaan.
 Mereka melihat hari esok dengan penuh peluang dan keyakinan untuk
merebutnya.
 Usahawan perlu mencipta dan menceburi bidang baru untuk meningkatkan daya
saing dan memberi banyak pilihan.
 Mereka juga dianggap symbol ketabahan dan pencapaian dalam bidang
perniagaan.
 Keusahawanan penting kepada individu, masyarakat dan negara

PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN

 Perkataan ‘entrepreneur’ adalah bahasa Inggeris yang berasal dari bahasa Perancis
iaitu ‘entreprendre’ yang bermaksud memikul atau mencuba.
 Dalam Bahasa Malaysia “usaha” membawa maksud daya upaya termasuk
ikhtiar,kegiatan,perbuatan dan lain-lain untuk melaksanakan atau
menyempurnakan sesuatu pekerjaan.
 Perkembangan dan pembangunan teori keusahawanan:

1. Zaman awal
 Kebanyakan usahawan terdiri dari saudagar yang juga merupakan
pengembara.
 Marco Polo merupakan seorang pengembara yang
memperkenalkan istilah ‘go-between’. Dengan cara ini beliau cuba
mewujudkan ‘ laluan perniagaan’ bagi menjual produk ke Timur
Jauh. Dalam proses ini pedagang tandatangan kontrak dengan
pemilik wang bagi menjual produknya. Pemilik wang akan
menyediakan pinjaman kepada saudagar pengembara manakala
saudagar pula mengambil peranan yang aktif dalam perniagaan
yang dijalankan. Dalam keadaan tertentu pemodal mengaut
keuntungan yang melampau daripada system riba yang diamalkan
sehingga menindas peniaga yang menjalankan perniagaan.

1
Terjemahan modul OUMM2103 (keusahawanan)
Oleh: Adnan Che Harun (BIT)
2. Zaman pertengahan
 Konsep keusahawanan boleh dihuraikan sebagai individu
mengurus projek yang besar tetapi individu ini tidak akan
menanggung apa-apa risiko.
 Individu hanya menggunakan sumber yang sedia ada sahaja iaitu
yang telah diperuntukan oleh pemodal.
 Usahawan hanya bertanggungjawab keatas kerja-kerja senibina
iaitu menyiapkan bangunan kota dan kubu pertahanan, membina
bangunan awam dan pembinaan rumah-rumah ibadat.
3. Abad ke 17
 Kelihatan wujudnya hubungan risiko dengan usahawan.
 Usahawan mula terlibat dalam persetujuan kontrak dengan
golongan pemerintah dimana harga kontrak telah ditetapkan oleh
mereka.
 Hasil yang yang diperolehi samada untung atau rugi akan dibahagi
berdasarkan usaha-usaha yang ditunjukan oleh usahawan sendiri.
 Perkataan ‘usahawan’ digunakan buat kali pertama oleh Richard
Cantillon pada tahun 1725. Beliau adalah pengasas kepada istilah
‘keusahawanan’.
 Beliau juga melihat usahawan sebagai pengambil risiko ekonomi,
iaitu ‘buy at certain price-sell at uncertain price’ . Dalam proses ini
perolehan kewangan adalah suatu factor yang tidak pasti dan
keadaan ini mewujudkan unsur risiko dan spekulasi dalam
menjalankan perniagaan.
4. Abad ke 18
 Individu mempunyai modal dibezakan dengan individu yang tidak
mempunyai modal.
 Usahawan dibezakan dengan pemberi modal(venture capitalist).
 ‘Venture Capitalist’ merujuk kepada pengurus pelaburan
professional yang membuat pelaburan berisiko dari modal ekuiti
yang dimiliki untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi ke
atas pelaburan yang dibuat.
 Situasi berbeza dengan konsep keusahawanan dalam sector
perindustrian yang berkembang diseluruh dunia dimana sector
perindustrian menuntut usahawan agar berusaha untuk merebut
peluang demi kemajuan diri dan Negara. Perbezaan kedua ialah
dari segi pembentukan rekaan hasil reaksi kepada dunia yang terus
menerus mengalami perubahan. Setiap perubahan yang berlaku
akan mendorong individu untuk merekabentuk produk yang lebih
baik dan berkesan.
5. Abad ke 19 & 20
 Usahawan dianggap agen yang membawa perubahan kerana
penciptaan produk , proses dan system baru.
 Konsep perubahan merupakan satu bahagian penting dalam bidang
keusahawanan.

2
Terjemahan modul OUMM2103 (keusahawanan)
Oleh: Adnan Che Harun (BIT)
 Inovasi adalah satu tindakan memperkenalkan sesuatu yang baru
dan merupakan satu tugas yang paling sukar
 Usahawan juga berkeupayaan untuk memenuhi semua tuntutan
dalam persekitaran dimana mereka menjalankan aktiviti
perniagaan. Perubahan yang dilakukan melibatkan penciptaan
produk baru,system pengagihan baru dan kaedah untuk
membentuk struktur syarikat baru.
 Keupayaan untuk membuat inovasi merupakan kelebihan yang
dimiliki oleh usahawan dan membezakan mereka dengan orang
lain yang bukan usahawan.
6. Abad ke 21
 Usahawan dianggap sebagai hero dalam perusahaan bebas.
 Ramai gunakan pembaharuan kreativiti untuk membina empayar
perusahaan
 Usahawan cipta produk dan perkhidmatan baru dan percaya
adanya risiko dalam perusahaan
 Hari ini ramai orang menganggap usahawan adalah peneroka
kepada permulaan perniagaan (Kuratko &Hodgetts,2004)

KONSEP KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

 Menurut Histrich and Peter (1998), Keusahawanan adalah proses yang cergas
kearah membina kekayaan . Kekayaan ini dibina oleh individu yang percaya
bahawa untuk menghasil sesuatu yang bermanafaat untuk sesuatu keluaran atau
perkhidmatan , risiko utamanya ialah modal, masa dan jaminan kerjaya. Ini adalah
satu proses untuk membina sesuatu yang baru dan bermanafaat dengan
pengorbanan masa dan tenaga, mempercayai system pembiayaan, psikologi dan
risiko social, dan menerima pulangan kewangan, kepuasan peribadi dan
kebebasan.
 Aspek asas:
1. Melibatkan proses penciptaan yang hasilnya mewujudkan manafaat yang
baru. Manafaat yang dihasilkan oleh proses penciptaan adalah dinikmati
oleh usahawan yang mencipta dan pasaran yang telah dibangunkan.
2. Menuntut kepada pengorbanan masa dan tenaga.
3. Perlu percaya kepada risiko yang terdiri dari berbagai jenis ruang
bergantung kepada bidang yang di usahakan tetapi berpusat disekitar
ruang kewangan, psikologi dan persekitaran social.
4. Menghasilkan usahawan. Lebih penting dari itu ialah kebebasan yang
bergantung kepada kepuasan individu. Pulangan kewangan pula datang
dari aktiviti keuntungan usahawan. Kewangan adalah tanda dan symbol
kejayaan.

3
Terjemahan modul OUMM2103 (keusahawanan)
Oleh: Adnan Che Harun (BIT)
 Keusahawanan ditakrif oleh Kuratko and Hodgetts (2004) ialah proses
pembaharuan dan penciptaan usaha baru melalui 4 dimensi utama iaitu individu,
organisasi, persekitaran dan proses – dengan bantuan jalinan kerjasama kerajaan,
pendidikan dan institusi.

Dalam menghargai kepentingan keusahawanan pada abad ke 21, Kuratko dan


Hodgetss(2004) membina gabungan definasi keusahawanan seperti berikut:

“Keusahawanan adalah proses dinamik visi, perubahan dan penciptaan. Ianya menuntut
permintaan penggunaan tenaga dan semangat terhadap penciptaan dan
pengimplementasian idea baru dan cadangan kreatif. Paling penting ramuannya termasuk
kerelaan untuk mengambilkira risiko dalam tempoh masa, modal, atau kerjaya, kebolehan
merumuskan kumpulan perusahaan yang berkesan, kemahiran kreatif kepada pegawai
yang memerlukan sumber, kemahiran asas pembinaan perancangan perniagaan yang
sempurna; dan akhir sekali visi untuk mengenali peluang ketika orang lain melihatnya
sebagai kelamkabut, percanggahan dan kekeliruan.”

Siapakah usahawan?

Usahawan adalah peneroka kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka memiliki
kepekaan terhadap peluang, memiliki panduan untuk pembaharuan dan memiliki
keupayaan penyelesaian yang mana kini menjadi rujukan dan alat ukur oleh perusahaan
bebas.

Scarborough dan Zimmerer (1998) menakrifkan usahawan sebagai seseorang yang


mencipta perniagaan baru secara tidak nyata untuk tujuan mencapai keuntungan dan
pertumbuhan perniagaan melalui cara mengenalpasti peluang dan pengumpulan
keperluan sumber kepada capital.

Kuratko dan Hodgetss (2004) menakrifkan usahawan sebagai seseorang yang menerima
tugas untuk mengurus, mentadbir dan mempercayai risiko dalam perniagaan. Usahawan
juga ialah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang digunakan oleh sesiapa saja bagi
tujuan penelitian, perancangan yang baik dan pertimbangan bila melaksanakan urusan
keusahawanan. Usahawan bekerja dengan kreatif , optimis dan komited untuk
memperkenalkan sumber baru atau menggantikan yang lama dengan keupayaan yang
baru dan semua ini adalah bagi tujuan penciptaan kekayaan.

Hari ini usahawan ialah orang yang membawa pembaharuan atau pembangun kepada
sesiapa yang mengakuinya dan merebut peluang yang ada ; mengubah peluang tersebut
melalui idea kerjakuat atau idea pemasaran , ditambah nilai melalui masa ,tenaga, wang
atau kemahiran; mempercayai risiko persaingan pasaran untuk mengimplementasi idea;
dan merealisasikan pulangan dari tenaga yang telah dicurahkan.

Makna dan definasi usahawan adalah berbagai dengan tertib tertentu.. Sebagai contoh
ahli ekonomi melihat usahawan sebagai pembawa sumber , pekerjaan, kebendaan dan
lain-lain asset melalui kombinasi yang luarbiasa menjadikan nilainya lebih besar dari
sebelumnya; mereka juga yang mencadangkan perubahan , pembaharuan dan peraturan

4
Terjemahan modul OUMM2103 (keusahawanan)
Oleh: Adnan Che Harun (BIT)
baru untuk menjana keuntungan. Ahli psikologi menakrif usahawan dari segi tempoh
pencapaian. Bagi ahli psikologi usahawan adalah individu yang bergerak mencari
cabaran dan penyelesaiannya.

Walaupun setiap definisi menunjukan usahawan dari perbezaan pandangan yang kecil ,
semuanya mengandungi persamaan fahaman seperti pembaharuan, kekayaan,
pengurusan, penciptaan, dan pengambilan risiko. Usahawan adalah pemangkin kepada
perubahan ekonomi bagi tujuan penelitian,perancangan pertimbangan yang baik dalam
mengimplementasikan proses keusahawanan.

Kepentingan Keusahawan

Keusahawanan adalah penting kepada dunia hari ini. Ianya adalah pemangkin kepada
perubahan ekonomi dan pertumbuhannya. Peraturan keusahawanan dalam pembangunan
ekonomi melibatkan lebih daripada hanya pertambahan perkapita pengeluaran dan
pendapatan. Ianya melibatkan inisiatif dan menjadi perubahan dalam struktur perniagaan
dan persatuan. Perubahan ini beriringan dengan pertumbuhan dan pertambahan
pengeluaran.

Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan pembaharuan sebagai kunci untuk


pertumbuhan ekonomi dalam pembangunan keluaran baru atau perkhidmatan untuk
pasaran. Aktiviti pembaharuan juga merangsang minat pelaburan dalam perusahaan yang
baru dicipta. Dengan demikian , keusahawanan melalui proses pembaharuan mencipta
pelaburan baru bagi perusahaan baru tersebut, iaitu hasil dari pembangunan ekonomi.
Lebih banyak perusahaan di cipta, perkerjaan baru akan diwujudkan, dengan demikian
mengurangkan kadar pengangguran.

Keusahawanan , melalui kreativiti dan proses pembaharuan mengeluarkan produk baru


dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan manusia. Ianya menyediakan specific
produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan. Dalam pengeluaran dan
perkhidmatan yang baik, usahawan akan mencari jalan yang lebih baik untuk penggunaan
sumber dan mengurangkan pembaziran. Untuk itu masyarakat akan dapat kebaikan dan
perkhidmatan yang lebih murah.

Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan jutaan manusia melalui produk baru


dan perkhidmatan yang dibawa ke dalam pasaran. Lebih dari itu usahawan juga amat
murah hati dalam pengagihan kekayaan mereka kepada yang wajar menerimanya
mengikut keutamaan. Oleh itu usahawan adalah individu yang mencipta kekayaan , atau
boleh dikatakan juga sebagai penggalak kewujudan kekayaan.

5
Terjemahan modul OUMM2103 (keusahawanan)
Oleh: Adnan Che Harun (BIT)

MITOS KEUSAHAWANAN

Terdapat banyak mitos (dongengan) berkaitan keusahawanan. Mitos wujud disebabkan


kekurangan penyelidikan terhadap keusahawanan. Kuratko dan Hodgetss(2004)
membincangkan sepuluh mitos mengenai keusahawanan seperti berikut:

Mitos Fakta
Mitos 1- Usahawan adalah pelaksana Walaupun usahawan menentukan halatuju
bukannya pemikir masa depan , mereka juga adalah pemikir.
Mereka sebenarnya orang yang sentiasa
amat teliti dalam merancang tindakan masa
depan yang baik. Mereka juga punyai
banyak set pilihan jika perancangan mereka
tidak berjaya. Ini menunjuk usahawan
adalah termasuk dalam kedua-dua kategori
ialah pemikir dan pelaksana.
Mitos 2- Usahawan dilahirkan, Sesetengah usahawan dan bukan usahawan
bukan dicipta berkata bahawa criteria usahawan adalah
tidak boleh di ajar atau di pelajari. Kriteria
keusahawanan adalah ciri semulajadi dan
seseorang mesti dilahirkan untuk dijadikan
usahawan. Bagaimanapun penyelidikan
membuktikan keusahawanan boleh diajar
dan dipelajari. Keusahawanan adalah
model, proses dan kes pembelajaran
mengikut topic untuk dipelajari.
Mitos 3- Usahawan sentiasa mencipta Walaupun kebanyakan pencipta adalah
usahawan, banyak usahawa berjaya adalah
bukan pencipta. Sebagai contoh , Ray Kroc
bukan pencipta francais makanan segera ,
idea pembaharuan beliau menjadikan
MacDonald’s syarikat makanan segera
yang besar di dunia. Kejayaan usahawan
menggunakan kreativiti dan idea
pembaharuan dalam perusahaanya dan
kreativiti ini boleh dipelajari.
Mitos 4- Usahawan adalah orang yang Kepercayaan ini timbul disebabkan pemilik
terpelajar dan tidak dapat perniagaan memulakan kejayaan
menyesuaikan diri dengan perusahaan hanya selepas meninggalkan
keadaan sekeliling. alam persekolahan atau berhenti kerja.
Sejarah, pembelajaran dan organisasi
kemasyarakatan tidak menghargai
usahawan. Hari usahawan tidak lagi

6
Terjemahan modul OUMM2103 (keusahawanan)
Oleh: Adnan Che Harun (BIT)
dianggap sebagai orang yang tidak dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan
sekeliling. Usahawan kini dipandang
sebagai seorang professional.
Mitos 5- Usahawan mesti menyesuaikan Kebanyakkan buku dan artikel menulis
profail mengenai senarai criteria kejayaan
usahawan. Kedua-duanya tidak sah dan
tidak sempurna; ianya hanya berdasarkan
pencarian kes pembelajaran dan
penyelidikan antara pencapaian dan
penyesuaian manusia. hari ini kita
memahami ukuran profail keusahawanan
adalah sukar untuk disusun. Banyak
usahawan berjaya hari ini tidak memenuhi
semua profail untuk menjadi usahawan
berjaya bila mereka memulakan perusahaan
mereka.
Mitos 6- Semua usahawan perlukan wang Ini benar jika perusahaan perlukan capital
untuk terus beroperasi; ianya juga benar
bila banyak perniagaan besar gagal
disebabkan kekurangan pembiayaan.
Mitos 7- Semua usahawan perlukan tuah Untuk menjadi “tempat yang betul dengan
masa yang tepat”. Ianya sentiasa berfaedah.
Bagaimanapun “ Tuah berlaku bila
persediaan menemui peluang”. Apa yang
penting dan diperlukan untuk usahawan
merebut peluang ialah perancangan,
persediaan, kecekalan hati, kemahuan,
pengetahuan dan pembaharuan.
Mitos 8- Kejahilan ialah kebahagian Terlalu banyak perancangan dan penunjuk
untuk usahawan nilai membawa kepada masaalah yang
berterusan”. Kenyataan ini tidak benar
dalam persaingan pasaran hari ini. Kunci
menjadi usahawan berjaya adalah
perancangan yang lengkap dan persediaan.
Usahawan mengenalpasti kekuatan
perusahaan dan kelemahan, memulakan
jadual yang jelas dengan keperluan
luarjangka untuk mengendalikan masaalah,
dan meminimakan masaalah ini melalui
formula strategi yang baik.
Mitos 9- Usahawan mencari kejayaan Hal ini benar kepada banyak usahawan
tetapi pengalaman mempunyai yang mengalami beberapa kegagalan
kekerapan kegagalan yang sebelum mereka berjaya. Mengikut fakta,
tinggi kegagalan boleh mengajar banyak pelajaran
kepada usahawan dan selalunya menjadi
panduan kepada kejayaan masa depan.

7
Terjemahan modul OUMM2103 (keusahawanan)
Oleh: Adnan Che Harun (BIT)
Usahawan biasanya belajar dari kegagalan
mereka dan juga kegagalan orang lain dan
bertindak mengikut bentuk panduan dan
maklumat untuk masa depan mereka.
Mitos 10- Usahawan adalah pengambil Konsep risiko adalah elemen utama dalam
risiko tinggi proses keusahawanan. Bagaimanapun ,
tanggapan awam ialah kebanyakkan
usahawan adalah pengambil risiko tinggi.
Mengikut fakta , usahawan biasanya
mencari maklumat dan membuat
perancangan sebelum mengambil sesuatu
tindakkan . Ini bermakna usahawan adalah
sentiasa bertugas dengan kesederhanaan
dan pengiraan risiko.

Mitos ini boleh menyediakan pandangan pendapat masa kini berkaitan keusahawanan.
Ianya juga menyediakan rangkakerja dan asas untuk penyelidikan teori semasa san proses
keusahawanan.

PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Keusahawanan wujud di Malaysia semenjak perhubungan Melaka dengan pedagang


asing. Bagaimanapun , bila penjajah British di Semenanjung Malaysia, mereka menukar
struktur masyarakat dan mempraktikkan system “pecah dan perintah” dengan
menggunakan kaum Melayu dalam bidang pentadbiran dan pertanian, kaum China dalam
bidang perlombongan dan perniagaan dan kaum India di dalam ladang getah. Hasil dari
system ini kaum China jauh kedepan dalam perniagaan berbanding kaum Melayu dan
India.

Selepas kemerdekaan, Kerajaan Malaysia menyedari kepentingan keusahawanan kepada


individu, masyarakat dan negara, dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada
kemakmuran rakyat. Semenjak itu kerajaan memfokuskan kepada bidang keusahwanan
hingga ke hari ini. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) , Dasar Pembangunan Nasional
(1990-2000) dan Wawasan 2020, semuanya pendorong dan pembantu kepada
pembangunan keusahawan di Malaysia.

Kerajaan mendorong pembangunan keusahawanan dan memberi penghargaan kepada


usahawan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Dalam tahun
1995 ,kerajaan mewujudkan Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan
khusus untuk mengurus dan menggalakkan pertumbuhan keusahawanan di Malaysia.
Hari ini kementerian ini dinamakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Kooperasi.

8
Terjemahan modul OUMM2103 (keusahawanan)
Oleh: Adnan Che Harun (BIT)
RUMUSAN

Pengajian keusahawanan relevan untuk masa kini, bukan hanya disebabkan ianya
membantu usahawan memenuhi tuntutan peribadi mereka , tetapi juga disebabkan
sumbangannya terhadap individu, masyarakat, Negara dan dunia.

Bab ini meneliti perkembangan dan konsep keusahwanan dan perbincangan mengenai
kepentingan keusahawanan. Sebagai tambahan , sepuluh mitos utama keusahawanan
dipaparkan untuk menyediakan kefahaman yang baik terhadap anggapan persekitaran
pembangunan bidang baru pembelajaran. Ianya juga menyediakan rangkakerja dan asas
untuk penyelidikan semasa teori dan proses keusahawanan. Perbincangan ke atas
pembangunan keusahawanan di Malaysia memaparkan penerangan sejarah dan senario
keusahawanan di Malaysia. Kerajaan perlu terus menerus menggalakkan pertumbuhan
perusahaan di negara ini. Lebih jauh dari itu untuk memupuk pembangunan
keusahawanan, pendidikan keusahawanan adalah elemen penting untuk masyarakat di
negara ini lebih berpengetahuan dalam bidang keusahawanan.

Definisi Usahawan dan Keusahawanan


􀁺Dalam bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai “Entrepreneur”.

􀁺Perkataan ini diterjemahkan dari perkataan Perancis “entrepremdre” yang membawa


maksud memikul tugas atau mencuba.

􀁺Dalam BM, Usahawan membawa maksud orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan.

􀁺Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan


mengambil risiko perniagaan yang diceburinya.

􀁺McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak


pencapaian tinggi(high need for achievement).

􀁺Usahawanberjaya cenderung kearah mengambil risiko yang telah direncanakan dan


mempunyai kawalan dalaman yang tinggi.

􀁺Schumpeter (1934), mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan


atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri.

􀁺Beliau menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh individu usahawan
tersebut.

Pembaharuan Oleh Individu Usahawan

􀁺Memperkenalkan Perkhidmatan atau barang keluaran baru.

9
Terjemahan modul OUMM2103 (keusahawanan)
Oleh: Adnan Che Harun (BIT)

􀁺Memperkenalkan kaedah pengeluaran baru

􀁺Meneroka pasaran baru

􀁺Mencari dan meneroka sumber bahan mentah baru.

􀁺Menyusun semula industtri yang diceburinya.

􀁺Dapat dirumuskan disini usaha perlulah bersikap proaktif, inovatif, cenderung untuk
mengambil risiko dalam peluang perniagaan.

􀁺Usahawan juga perlu bersedia menghadapi risiko, berkeyakinan pada diri sendiri dan
mampu mencari dan merebut peluang-peluang.

Definisi Keusahawanan

􀁺Keusahawanan ditakrifkan sebagai perilaku atau gaya usahawan bertindak terhadap peluang,
memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya maju perniagaan yang telah
diterokainya.

Motif Seseorang Menjadi Usahawan

􀁺Faktor pendorong seseorang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan boleh


dikategorikan sebagai faktor tertarik (pulling factor) dan faktor tertolak (pushing factor).

Faktor Tertarik (Pulling Factors)

􀁺Faktor Psikologi seperti kecenderungan terhadap pencapaian cemerlang.

􀁺Peluang yang wujud dalam persekitaran dan menguntungkan.

􀁺Melihat perniagaan sebagai satu sumber rezeki (pendapatan)

􀁺Berkhidmat untuk mengisi keperluan dan kehendak masyarakat.

Faktor Tertolak (Pushing Factors)

􀁺Kekecewaan di tempat kerja seperti tidak mendapat pengiktirafan dari majikan dan peluang
yang terbatas.

􀁺Kemelesetan ekonomi.

􀁺Tidak puas hati dengan layanan masyarakat dan persekitaran.

Peranan Usahawan Kepada Masyarakat dan Negara


Peranan Usahawan kepada masyarakat

􀁺Menawarkan perkhidmatan untuk mengisi kehendak dan keperluan masyarakat.

10
Terjemahan modul OUMM2103 (keusahawanan)
Oleh: Adnan Che Harun (BIT)

􀁺Mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

􀁺Menghulurkan sumbangan kebajikan kepada masyarakat.

􀁺Menyumbang dalam pembangunan pendidikan masyarakat.

Peranan Usahawan Kepada Masyarakat dan Negara


Sumbangan Kepada Negara

􀁺Menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara.

􀁺Menyumbang dalam penerapan teknologi moden yang boleh meningkatkan daya


pengeluaran.

􀁺Membangunkan sumber manusia melalui latihan dalam syarikat dan program pembangunan
sumber manusia yang dianjurkan oleh syarikat.

􀁺Menyalurkan hasil keluaran negara ke dalam pasaran global.

Perbezaan Antara Usahawan dan Peniaga

􀁺Usahawan mempunyai kehendak dan kemahuan untuk berkembang dan mewujudkan


pembaharuan produk dari masa ke masa.

􀁺Usahawan memberi tumpuan kepada pembangunan pelanggan dan mewujudkan pelanggan


baru.

􀁺Usahawan berani mencuba pasaran baru berbanding dengan pasaran tradision

11

Anda mungkin juga menyukai