Anda di halaman 1dari 2

Assalammualailum...

Pada waktu petang yang redup ini ana terpanggil untuk


berkongsi sesuatu  perkara yang sering menjadi masalah kita iaitu diri kita sendiri,
bagaimana mengawal diri kita ini?NAFSU, nafsu dan iman mempunyai makanan
masing-masing, jadi jika kita ingin tambah iman perbanyakan ibadah, begitulah ia
bahawa ibadah itu makanan kepada iman, jika biarkan ia lapar maka nafsu itulah
kelaparan, dan justeru menguasai diri ini...

Setiap orang memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali
sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. Dengan
ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak
manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan
binasa. 
"Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan
solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui
kesalahan," 19:59.

Sebagian orang bijak berkata, “Barang siapa menyirami anggota badannya dengan
hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya” [Imam Al-Ghazali,
Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]

Terdapat  tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang


membinasakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang
menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai,
berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang,
dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil
dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

Hawa nafsu musuh utama manusia perlu dilawan tetapi melawannya bukan perkara
yang mudah. Maka jihad melawan hawa nafsu lebih utama daripada jihad lain.
Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga
golongan: Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Inilah
golongan orang kafir dan orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang
melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka. Golongan yang berjihad melawan
dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya. Kadangkala mereka menang dan
kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah mereka bertaubat dan apabila
mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah.
Golongan maksum (terpelihara dari dosa) iaitu para nabi dan rasul. Nabi dan rasul
adalah mereka yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah sesuai dengan
tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sebagai penyampai risalah Allah kepada
seluruh manusia. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Orang yang berjihad itu ialah mereka
yang berjihad menentang nafsunya. ” 

Para sahabat nabi ketika pulang dari berperang dengan orang-orang kafir sering
berkata, "kami telah kembali dari jihad terkecil menuju ke jihad terbesar!". 
Demikian ini disebabkan melawan hawa nafsu dan syaitan berlaku pada setiap
masa, sementara berperang dengan orang kafir jarang sekali. Dengan demikian,
upaya melawan hawa nafsu adalah sangat mulia bahkan melebihi jihad berperang.
Beratnya melawan hawa nafsu itu sendiri diakui oleh para sahabat nabi. 

Bahkan Nabi Sulaiman a.s. pun pernah bersabda : "Sungguh, upaya mengalahkan
hawa nafsu lebih berat ketimbang menaklukkan sebuah kota!" [Al-Ghazali,
Mukasyah al-Qulub, h.15]

Semoga kita sama-sama dapat menjalani mujahadah yang terbesar ini.

Anda mungkin juga menyukai