Anda di halaman 1dari 11

Tanaman pasu gantung

Bersama Abdul Rahim Rashid, Pakar Hartikultur

Kaedah popular dan mudah bagi hiasi laman di kawasan terhad

MEMILIKI kediaman dengan kawasan yang terhad sebenarnya tidak menyekat usaha menghias
laman rumah. Sebaliknya, ada banyak cara untuk menghias laman walaupun ruang laman kecil
atau sekadar balkoni kecil untuk kediaman tinggi seperti apartmen dan kondominium.

Pasu gantung adalah cara yang terbaik untuk menghias laman terhad atau ruang balkoni
kediaman dan pakar landskap pastinya mencadangkan cara berkenaan untuk menceriakan
persekitaran kawasan terhad. Namun, teknik ini memerlukan pengetahuan mengenai spesies
yang sesuai, pemilihan bekas tanaman dan kreativiti mencipta dekorasi sampingan hingga
membolehkan setiap pasu digantung kelihatan indah menawan.

Bagaimanapun, diketahui tidak semua pokok hiasan boleh ditanam dalam pasu gantung kerana
sesetengahnya mungkin alah kepada tiupan angin atau hayunan pasu. Selain itu tekstur daun dan
bentuk asal batang pokok juga penting kerana jika tidak memiliki sifat berjuntai atau menjalar
mungkin tidak cantik untuk laman.

Berikut langkah mudah penyediaan pasu gantung:

A. Penyediaan peralatan dan kelengkapan:

Kaedah tanam terus pokok matang - 1. Penuhkan pasu gantung dengan campuran tanah.
2. Tanam secara mengiring. 3. Padatkan pasu dengan tanah campuran. 4. Buatkan
sungkupan menggunakan sabut kelapa.

1. Pokok yang sesuai - contoh : Begonia tuberos, Clorophytum, Petunia, Hemigraphis, Impatiens,
Pepromia, Clerodendron.

2. Bekas pasu gantung

3. Media : Peatgro ( Bahan Organik ), Cocoa Peat @ Sekam Padi, Baja Asas ( TSP, NPK,
Ca/Mg@Kapur pertanian )

4. Gunting, sudip pertanian


B. Penyediaan media tanaman

1. Campuran tanah terbaik untuk pasu tanaman pokok gantung = 1 : 1 : 1

Peatgro (Bahan Organik) : Cocoa Pith : Sekam Padi, atau = 1 : 1

Peatgro (Bahan Organik) : Cocoa Pith atau Sekam Padi. Perlu diingat, pokok yang baik bermula
dengan tanah (media) yang bagus.

2. Baja asas

Baja Organik - 150 gram

Baja Phosphate ( TSP ) - 150 g

Kapur Pertanian ( Ca ) - 60 g

(Sila rujuk keluaran Berita minggu ruangan laman topik : campuran tanah)

C. Cara penanaman

Dilakukan dengan tiga cara:

1. Semaian biji benih ( seedling )

2. Semaian terus - menggunakan keratan atau pokok matang

3. Pot-in-Pot

Ruangan kali ini akan menerangkan kaedah tanaman terus dan Pot-In-Pot saja yang lebih mudah
diikuti.

D. Langkah penyediaan pasu gantung:

1. Campurkan campuran media penanaman dengan sekata. Penggunaan Peatgro sebagai media
penanaman utama sangat penting kerana memberikan kualiti media yang baik, pH yang sesuai
serta memastikan kelembapan yang sekata. (Rujuk keluaran Berita Minggu pada isu penyediaan
media penanaman)

2. Pastikan pasu gantung sesuai dari segi saiz.

3. Bahagian lapisan bawah - gunakan sabut kelapa sebagai lapisan pengairan.

4. Masukkan media tanaman yang sudah dicampurkan

E. Memulakan penanaman
Semaian terus - keratan

1. Pilih keratan pokok yang sesuai

2. Sapukan hormon penggalak akar

3. Tanam mengikut susunan yang dikehendaki. Boleh juga gabungan menjalar (di hujung pasu)
dan pokok menonjol di bahagian tengah.

Atau

Tanaman terus - pokok matang

1. Penuhkan sebahagian pasu gantung dengan campuran tanah

2. Keluarkan pokok dari pasu

3. Tanam secara mengiring

4. Penuhkan dengan tanah campuran semula ataupun Peatgro

5. Buatkan sungkupan menggunakan sabut kelapa ( cocoa fiber )

Atau

Pot-In-Pot

1. Penuhkan sebahagian pasu gantung dengan tanah campuran

2. Tanam terus pokok bersama pasu . Susun keliling dan secara mengiring ( slanting )

3. Tambahkan campuran media tanaman ataupun Peatgro

4. Buat Sungkupan menggunakan sabut kelapa ( Cocoa fiber )

F. Penjagaan dan penyelenggaraan

1. Pembajaan - Gunakan Side Dressing ( tabur tepi) 4 - 6 minggu, 30 - 40 g baja NPK 15-15-15-
TE atau baja cecair

2. Pengurusan air - Pastikan tidak menggunakan air yang berlebihan. Hanya pastikan media
tanaman dalam keadaan lembap

3. Pemangkasan - Penting menjalankan pemangkasan untuk memastikan lebih banyak tunas


bunga baru. Pemangkasan pada cabang yang tua serta tidak memberikan bentuk yang menarik.
Pemangkasan juga untuk membuang daun atau cabang yang berpenyakit

4. Kawalan Penyakit - Sembur menggunakan Racun Serangga dan perosak ( Kelas 4 ) atau
menggunakan pencegah serangga organik - campuran bahan Dapur (Rujuk kolum yang lalu
mengenai usaha tanam bendi). Guna bila perlu saja.

G. Lokasi
Bergantung kepada jenis tanaman. Rujuk nurseri mengenai pemilihan pokok serta keperluan
pencahayaan. Kebanyakan memerlukan cahaya terus dan ada yang memerlukan pencahayaan
tidak lebih 40 peratus pencahayaan. Selamat Mencuba.
Bunga Hiasan
Tips penanaman bunga gantung

16 Mei 2009 at 6:09 am (Bunga Gantung, Pelbagai) (bunga, gantung)

razifah                                                                                      13-3-2007 12:56 razifah

1. Tanaman pokok dalam pasu gantung menggunakan campuran medium tanah yang agak ringan
iaitu campuran untuk pokok berpasu dicampur dengan serat sabut kelapa bertujuan memastikan
tanaman sentiasa lembap. Campuran medium ini ringan dan sangat sesuai untuk tanaman yang
perlu digantung.

2. Tali yang digunakan untuk menggantung pasu perlu diperbuat daripada bahan tahan lama dan
tidak mudah reput seperti dawai besi. Lebih baik jika membeli pasu yang siap dengan talinya.
Sentiasa pastikan keadaan tali untuk mengelakkan ia putus.

3. Sentiasa ubah posisi gantungan supaya pertumbuhan pokok menjadi seimbang. Jika tidak
pokok akan tumbuh sehala atau kurang seimbang iaitu membesar di satu bahagian sementara
bahagian lain kurang pertumbuhan.

4. Bagi pokok yang berbunga seperti petunia, jika bunganya layu perlu dibuang kerana ia akan
merosakkan bunga segar yang lain.

5. Air yang berlebihan akan menyebabkan batang mudanya reput dalam tempoh yang singkat.
Dalam tempoh untuk membiakkan pokok ini, penggunaan air semburan halus terus ke daun
digalakkan tetapi perlu berhati-hati kerana bunganya lembut.

6. Siraman berjadual dan proses pembajaan berkala menggunakan baja sebatian cair sama ada
dari jenis semburan ke daun atau terus ke tanah.

7. Mengubah pasu boleh dilakukan pada musim bunga apabila akarnya memenuhi ruang pasu.
Pasu yang disyorkan ialah jenis plastik kerana ringan.

8. Beberapa masalah seperti daunnya mudah layu dan berubah kekuningan selepas mendapat
bekalan air berlebihan akan menyebabkan kematian. Cara mengatasinya dengan mencabut pokok
itu daripada pasu asal dan ditanam semula.

9. Pokok hiasan jenis ini memerlukan sumber cahaya terang dan udara kering untuk membantu
pertumbuhan daun tetapi dedahan terus kepada matahari boleh menyebabkan tumbesarannya
terbantut. Suhu yang stabil diperlukan dan penanaman pokok di tempat tertutup mesti dielakkan.

Dipetik dari:-
http://malay.cari.com.my/archiver/?tid-266907.html
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA

TANAMAN HIASAN

A. Pemasuan Semula
1. Kelebihan menanam tanaman dalam pasu
i. Tanaman mudah dialihkan
ii. Tidak memerlukan kawasan yang luas
iii. Boleh disusun dengan susunan yang menarik
2. Kekurangan menanam tanaman dalam pasu
i. Terhad kepada beberapa jenis tanaman kecil sahaja
ii. untuk tanaman jangka masa singkat sahaja
iii. perlu pemasuan semula apabila tanaman kurang subur
3. Sebab-sebab pemasuan semula
i. Pasu retak atau pecah
ii. Pasu terlalu padat dengan akar tanaman
iii. Tanaman terlalu besar atau terlalu merimbun
iv. Tanaman tidak lagi subur akibat kekurangan nutrien
v. Tanaman kurang segar dan berpenyakit

Tanaman hiasan terlalu merimbun Akar keluar daripada lubang saliran


Pasu retak hendaklah ditukar
4. Menyediakan Medium Pemasuan
i. Medium memasu terdiri dari i. Tanah loam ii. Bahan Organik iii. Pasir Sungai
ii. Nisbah medium memasu ialah

Tanah Loam Bahan Organik Pasir Sungai


3 2 1
iii. Semua bahan medium hendaklah ditapis agar menjadi lebih halus dan tidak mengandungi bahan asing.
iv. Sukat bahan medium dengan nisbah 3:2:1 atau 7:3:2

Campuran medium memasu

v. Gaulkan sehingga rata


5. Alatan Pemasuan Semula

Baldi

Penapis

Penyiram
Skop
B. Memilih Pasu

i. Pasu boleh dibeli atau menggunakan semula pasu sedia ada


ii. Di pasaran terdapat beberapa jenis pasu
Pasu seramik
Pasu tanah liat Pasu plastik
iii. Pasu boleh didapati dalam pelbagai saiz , kecil, besar leper dab gantung
. Menyediakan Pasu
i. Pilih jenis pasu yang sesuai dengan tanaman dan kedudukan letak pasu tersebut
ii. Pilih pasu yang lebih besar daripada pasu asal
iii. Jika menggunakan pasu baru , rendam semalaman dalam air
iv. Jika menggunakan pasu terpakai, rendam dalam larutan formalin semalaman untuk membunuh bakteria
v. Tutup lubang pasu dengan serpihan pasu atau dengan batu kelikir untuk menggelakkan medium keluar ketika

menyiram

.
.
. Langkah-langkah Pemasuan Semula
i. Lembabkan medium tanaman

Medium disiram untuk melembabkannya


ii. Pangkas / buangkan akar yang terkeluar daripada lubang saliran
iii. Pegang pangkal pokok dan tarik keluar tanaman daripada pasu
iv. Jika tidak berjaya , tunggingkan pasu dan ketuk perlahan-lahan
v. Apabila telah keluar ,pangkas /buang dahan-dahan yang tidak diperlukan
vi. Buang 1/3 daripada medium yang lama
Buang medium dengan sudip tangan
vii. Gunakan pasu baru yang lebih besar atau basuh dan bersihkan pasu.
viii. Masukan medium baru 1/3 dalam pasu.
ix. Masukan tanaman hiasan tersebut

Masukan tanaman hiasan ke dalam pasu yang disediakan


x. Tambahkan medium sehingga 2.5 cm daripada bibir pasu.
xi. Siram dan letakkan ditempat yang teduh

Memasu juga adalah proses memindahkan anak pokok daripada beg poli ke dalam pasu

.
.
. Penjagaan tanaman

 Menyiram  Membaja

Menyiram

o Penyiraman dilakukan pagi dan petang Membaja


o Gunakan alat penyiram yang mempunyai
muncung halus o Membaja akan membolehkan pokok
o air siraman akan melarutkan nutrien dan terus hidup dan subur
membantu proses fotosintisis o Gunakan baja organik atau baja kimia

 Mengembur
 Merumput

Merumput Mengembur

o Merumput bermaksud membuang rumput o Menggembur bermaksud aktiviti


rumpai meloggarkan medium
o Rumput rumpai adalah tumbuhan yang o medium yang telah digembur dan
tidak diperlukan oleh tanaman di dalam pasu loggar akan
o Rumput rumpai adalah pesaing tanaman
untuk mendapatkan nutrien , air dan ruang a. Memudahkan air mengalir
o Rumput rumpai boleh dibuang dengan b. Memudahkan akar menembusi
menggunakan tangan atau serampangan tangan medium
c. Membaiki pengudaraan
. Mengawal serangan musuh

i. Musuh tanaman hiasan adalah seperti serangga perosak, siput babi dan penyakit
ii. Serangga perosak dikawal dengan menyembur tanaman dengan racun serangga
iii. Siput babi dikawal dengan umpan beracun

Menu

Hak Cipta © Muhammad Khairi.2007


SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting

Asal

Anda mungkin juga menyukai