Anda di halaman 1dari 2

KONSEP PERGERAKAN ASAS

Konsep pergerakan asas menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan


bolehdikakukan. Dengan ini memudahkan murid-murid untuk mengetahui
danmemahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut.Konsep
pergerakanmelalui pelbagai aktiviti dan permainanboleh mendedahkan murid-
muriddengan peluang untuk meneroka pergaulan dan membina
pemahamantentangpelbagai jenis pergerakan badan.
Konsep Pergerakan Asas terbahagi kepada empat (4) iaitu :
Kesedaran tubuh badan

Pelbagai bentuk yang badan boleh lakukan (contoh: pusing badan)

Keseimbangan badan dari sudut yang pelbagai (contoh: berdiri menggunakan
sebelah kaki)

Pindahan berat antara anggota badan (contoh: berjalan)
Bahagian Badan : tangan, lengan, kepala, kaki, siku, lutut dan lain-lain
Bentuk Badan : bulat, lebar, sempat, terkilas, simtri, tak simtri
Kesedaran Ruang

Melibatkan lokasi, arah, aras, laluan dan ekstensi

Lokasi : ruang diri dan ruang am


Arah : atas – bawah, kiri – kanan, depan – belakang
Aras : rendah, sederhana, tinggi
Laluan : lurus, melengkung, zig-zag
Ekstensi : besar – kecil, jauh – dekat
Beban

Kelajuan sesuatu pergerakan

Kekuatan
Masa : cepat – lambat
Daya : kuat – ringan
Aliran : bebas – terikat
Perhubungan

Perhubungan dengan Objek dan Manusia
Dengan Objek : atas – bawah, dekat – jauh, keliling, sisi, bertemu – berpisah
Dengan Orang : memimpin – ikut, cermin – padan, solo, berpasangan,
berkumpulan.

http://www.scribd.com/doc/12394711/Konsep-Pergerakan-Asas

Anda mungkin juga menyukai