Anda di halaman 1dari 4

Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang

ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah
negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah,
Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.

Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan
India memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak
arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2
Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah
merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan
Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada
awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat
penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan
penempatan atau koloni di Selat Melaka.

Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan
Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan
Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.

Zaman penjajahan

Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada
tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala
penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit
menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat
termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan
mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan
persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk
Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa
Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang
dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri
Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa
Thai.

Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei
dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo
Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British.
Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk
merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam
menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeru British mewujudkan Malayan Union,
masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak
kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding
dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan
negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama
Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

Penubuhan Malaysia
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui
penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan
Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia
menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia,
banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh
Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan
berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

PERSPEKTIF SEJARAH DAN POLITIK MALAYSIA

OLEH KASSIM THUKIMAN


Nelson Mandela atau nama sebenarnya Nelson Rolihlahla Mandela (18 Julai 1918 - ) telah
dilahirkan di Mvezo, sebuah desa kecil di tepi Sungai Mbashe, di daerah Umtata, ibu kota
Transkei (kini sebahagian wilayah Eastern Cape), Afrika Selatan pada 18 Julai 1918.

Sejarah Awal

Ayahnya, Gadla Henry Mphakanyiswa, merupakan Penasihat Pengadilan Tinggi di Thembuland


di bawah pemimpin tertinggi David Dalindyebo. Selepas ayahnya meninggal dunia, Mandela
dibimbing oleh pemimpin tertinggi dan dididik untuk menjadi seorang pemimpin.

Mandela menamatkan pendidikan menengahnya di Healdtown Methodist Boarding School dan


mendapatkan ijazah sarjana muda di bidang perniagaan di Universiti Fort Hare. Sebagai ahli
Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) dia bersama dengan mendiang Oliver Tambo pernah
menentang aparteid dengan mogok pelajar meski akhirnya dibuang dari universiti tersebut pada
tahun 1940. Dia kemudian melanjutkan pendidikan melalui program jarak jauh di University of
South Africa (UNISA) di Johannesburg. Setelah mendapat ijazah dalam bidang perniagaan, dia
mendaftar dalam program LLB (Sarjana Muda Undang-Undang) di University Witwatersrand.

Pembentukan Liga Pemuda ANC

Pada tahun 1944 Mandela membentuk Liga Pemuda Kongres Kebangsaan Afrika (ANC Youth
League), di mana program kegiatannya telah ditetapkan oleh parti ANC pada tahun 1949.
Mandela dilantik Ketua Sukarela Kebangsaan untuk program yang dikenal sebagai Kempen
Penentangan (Defiance Campaign) pada 1952. Dia telah menjelajah satu negara dalam
mengobarkan semangat penentangan terhadap undang-undang aparteid. Pada tahun itu juga,
Mandela bersama Tambo menubuhkan firma guaman kulit hitam yang pertama di Afrika
Selatan, dengan tujuan membantu kaum kulit hitam yang ditindas oleh undang-undang kejam
kaum kulit putih.

Penahanan Nelson Mandela

Parti ANC diharamkan selepas pemberontakan di Sharpeville pada tahun 1960, dan Mandela
sebagai tokohnya ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 1961. Namun semangat perjuangannya
tidak padam begitu saja. Mandela masih meneruskan perjuangannya dan menjalankan aktiviti
bawah tanah sambil memimpin organisasi menuntut kehidupan kebangsaan yang baru, bebas
daripada pengaruh aparteid.

Umkhonto we Sizwe (MK), sayap militer parti ANC dibentuk pada tahun yang sama dengan
Mandela sebagai pemerintah tertingginya. Di bawah pimpinannya, dia melancarkan sabotaj
terhadap pemerintahan dan ekonomi negara. Setahun kemudian, Mandela meninggalkan tanah
airnya untuk mendalami latihan ketenteraan di Algeria dan mengadakan latihan untuk ahli-ahli
MK yang lain.

Setelah dia kembali, dia terus ditahan dengan alasan meninggalkan negara secara haram dan
mengobarkan semangat rakyat untuk bermogok. Dia didakwa bersalah dan dikenakan hukuman
penjara selama lima tahun pada bulan November 1962. Sewaktu di penjara, dia didakwa dalam
perbicaraan Rivonia , atas tuduhan melakukan sabotaj dan dipenjarakan seumur hidup.

Sedekad sebelum dipenjarakan, Mandela telah membidas pengenalan program Pendidikan


Bantu, dan mencadangkan semua aktivis masyarakat menjadikan "setiap rumah, setiap pondok
atau setiap struktur yang usang menjadi pusat ilmu".

Pulau Robben, di mana dia dipenjarakan, telah dijadikan pusat perkembangan ilmu, dan Mandela
merupakan orang utama mengadakan kelas pendidikan politik. Sewaktu dipenjara, Mandela tidak
pernah mengkompromikan prinsip politiknya dan menjadi sumber kekuatan banduan-banduan
yang lain.

Pada tahun 70-an, dia menolak tawaran pengurangan hukumannya sekiranya dia mengiktiraf
Transkei sebagai sebuah penempatan (settlement) dan bersetuju untuk tinggal di sana. Manakala
pada 1980-an, dia enggan menerima tawaran Presiden Botha untuk membebaskannya dari
penjara sekiranya dia menolak keganasan.

[sunting] Berakhirnya Aparteid

Setelah menolak beberapa tawaran bersyarat rejim Afrika Selatan, Mandela akhirnya dibebaskan
pada 11 Februari 1990. Akibat tentangan hebat parti ANC dan tekanan antarabangsa, Presiden
F.W. de Klerk terpaksa akur dan membebaskan semua tahanan politik termasuk Mandela dan
juga mengakhirkan pengharaman parti ANC.

Pada 10 Mei 1994, Nelson Mandela dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama di Afrika
Selatan.

LONG WALK TO FREEDOM

OLEH NELSON MANDELA

Anda mungkin juga menyukai