Anda di halaman 1dari 1

PANCHA DELIMA

SINOPSIS

Mengisahkan sebuah keluarga yang tinggal di pinggir hutan,seorang tukang kayu yang
mempunyai tiga orang anak perempuan yang bernama Teratai dan dua orang anak
tirinya yang bernama Tanjung dan Anggerik.Mereka tinggal bersama ayahnya yang
bernama Karma.Teratai sering diseksa dan didera oleh kedua-dua kakak tirinya itu
tetapi Karma sangat menyanyanginya.pada suatu malam Teratai bermimpikan ibunya
yang bernama Puspa Anggeriana yang telah meninggal dunia dan memberitahunya
supaya kalung Pancha Delima yang sedang dipakainya dijaga baik-baik kerana ia
sangat berhikmat dan bolah menolongnya.Suatu ketika Karma pergi memotong kayu
dan telah pengsan akibat ditimpa sebatang pokok kayu yang tumbang.Teratai di rumah
begitu risau tentang bapanya yang hingga lewat malam tidak juga pulang-pulang
berbanding dengan Tanjung dan Anggerik yang tidur dan nyenyaknya.Teratai mencari
ayahnya yang ditindih oleh pokok yang tumbang dan menariknya tetapi dengan tiba-tiba
muncul seorang pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Suria Kenchana.Suria
Kenchana menarik pokok yang tumbang dan menyelamatkan Karma dengan
menggunakan kuasa saktinya.Malah Suria Kenchana menghantar mereka pulang ke
rumah.Sejak pertemuan itu, Teratai dan Suria Kenchana sering berjumpa tetapi hanya
waktu malam sahaja.Tanjung dan Anggerik dapat mengesan ke mana Teratai
menghilang.Suria Kenchana dipukul dan Teratai tidak dibenarka keluar rumah dan
menyebabkan pertemuan mereka terhalang.Ketika Karma sedang memotong kayu di
hutan,Karma telah diugut oleh seekor ular yang boleh berkata-kata bahawa dia akan
dimakannya kecuali berjanji membawa salah seorang anaknya sebagai ganti tetapi
kesemua anaknya tidak mahu menggantikannya.akhirnya Teratai mengalah dan mahu
menjadi pengganti.teratai pergi ke tempat persembunyian ular tersebut.Ular
tersebut.Ular itu adalah Suria Kenchana dan Teratai sudah mengetahui mengapa
Suria Kenchana boleh bertemu pada waktu malam sahaja.Suria Kenchana membawa
Teratai ke tempat tinggalnya di sebatang pokok besar untuk mengetahui bertapa
nilainya kalung Pancha Delima.Teratai diperkenalkan dengan empat panglima Kukila
Kenchana iaitu Beringin Tunggal,Putih Gading,Kerikil Tajam dan Buluh Runching yang
setia dengan Suria Kenchana yang turut disumpah menjadi ular pada waktu siang dan
kembali menjadi manusia pada waktu malam.Suria Kenchana asebenarnya Putera Raja
Negara Kukia Kenchana.Dia telah disumpah menjadi ular oleh ibu tirinya iaitu Chemara
Jingga apabila mnentang kehendak ibu tirinya itu supaya ayahandanya
menandatangani surat penyerahan kuasa Negara Kukila Kenchana kepada Chemara
Jingga.akhirnya Suria Kenchana dan Teratai dapat mengalahkan ilmu sihir Chemara
Jingga dan Suria Kenchana kembali menjadi manusia sebenar dan akhirnya dia
berkahwin denganTeratai.

Anda mungkin juga menyukai