Anda di halaman 1dari 3

Ulasan Buku : Sejarah Agama Yahudi dan Kitab Perjanjian

Lama
October 17th, 2009 · 17 Comments · Ulasan Buku

oleh Ibnuyaacob

Penerbit : Jahabersa Sdn. Bhd.


No. ISBN : 983-170-730-3
Penulis : Mohd Fikri Bin Che Hussain
Harga : RM 15.00

Persoalan agama Yahudi adalah sesuatu yang agak rumit untuk dibahaskan kerana pemikiran
bangsa Yahudi itu sendiri amat rumit sekali untuk difahami. Mereka tidak sahaja memusuhi
Islam sejak zaman Nabi Ibrahim malah antara mereka sendiri juga berkonflik dalam menegakkan
cabang-cabang ideologi pemikiran suku masing-masing.

Penulis Mohd Fikri Bin Che Hussain berjaya meringkaskan kefahaman Bani Israel dan
agamanya ini di dalam satu buku yang bertajuk Sejarah Agama Yahudi dan Kitab Perjanjian
Lama : Satu Pengenalan dan Analisa. Terbitnya buku ini sedikit-sebanyak memudahkan
pembaca-pembaca Muslim memahami agama Yahudi ini yang sering disebut di dalam Al-Quran
dan hadith-hadith Rasulullah SAW.
Buku ini menghamparkan 13 bab untuk renungan dan penilaian pembaca dalam memahami hal
ehwal Yahudi. Setiap bab dijalinkan fakta-fakta dengan mantap dan berdikit-dikit dalam kaedah
memahamkan pembaca-pembaca.

(Gambar hiasan) Rabbi sedang membaca hamparan Taurat.

Penulis buku memulakan pembentangannya dengan memahamkan pembaca tentang istilah


Tanakh iaitu akronim kepada 3 kitab induk: Taurat, Neveim dan Ketuvim. Kupasan ketiga-tiga
kitab Yahudi pula dikaitkan dengan memberikan maksud perbezaannya dengan kitab-kitab Injil
pegangan penganut Kristian agar pembaca lebih memahami tentang istilah Perjanjian Lama dan
Perjanjian Baru.

Seperkara yang menarik tentang buku ini ialah ia mendedahkan kita tentang penggunaan istilah
di dalam fasal-fasal Kitab Perjanjian Lama menurut 4 jenis bahasa iaitu Inggeris, Yahudi, Arab
dan Latin.

Inggeris Yahudi Arab Latin

Inggeris Yahudi Arab Latin


Genesis Bereshit Takwin Genesis
Exodus Exodus Khuruj Exodus
Job Iyob Ayyub Lob
Pslams Tehilim Mazamir Daud Pslamorum

Selain persoalan kitab-kitab Perjanjian Lama, buku ini juga menghuraikan secara ringkas tentang
ideologi Kabbalah pada bab 9. Penghuraian tentang ideologi ini, kami menganggap ia sangat
penting dalam melengkapkan kefahaman masyarakat Muslim tentang bagaimanakah sebenarnya
Yahudi itu.
Fahaman Kabbalah adalah satu bentuk kaedah amalan mistik Yahudi yang paling popular di
dalam fakta-fakta konspirasi dunia. Semua pendedahan dan pembongkaran konspirasi Yahudi
oleh kebanyakan pengkaji-pengkaji barat seringkali cuba mengaitkannya dengan amalan
Kabbalah.

Berikut ialah kandungan buku:

Bab 1 : Pengenalan kepada kitab suci agama Yahudi


Bab 2 : Sejarah bangsa Yahudi dan bahasa kitab perjanjian lama (Old Testament)
Bab 3 : Kandungan kitab perjanjian lama
Bab 4 : Taurat atau fasal Musa dan sejarah penyusunannya
Bab 5 : Fasal-fasal lain di dalam kitab perjanjian lama
Bab 6 : Kandungan di dalam Fasal Septuaginta
Bab 7 : Apokrifa atau Fasal Rahsia dikalangan kaum Yahudi
Bab 8 : Kitab Talmud dan sejarah penulisannya
Bab 9 : Cabala
Bab 10 : Perkembangan akidah Yahudi mengikut Perjanjian Lama
Bab 11 : Beberapa upacara keagamaan Yahudi dan tragedi yang pernah berlaku
Bab 12 : Akhirat dikalangan Yahudi
Bab 13 : Kesimpulan ringkasan dari akidah Yahudi

Kesemua ketiga belas bab ini dibincang dan dihuraikan dengan jelas di dalam 140 muka surat.

Kesimpulan

Buku ini berjaya mengupas secara ringkas sejarah perkembangan agama Yahudi dan secara tidak
langsung berjaya mengungkap tujuan utama ‘penjajahan semula’ Yahudi ke atas tanah Palestin
sejak tahun 1948 dahulu.

Tidak banyak buku berkaitan hal ehwal agama Yahudi di Malaysia dalam versi Bahasa Melayu.
Dengan terbitnya buku ini, maka ia merupakan salah satu sumbangan ilmu perbandingan agama
kepada para pengkaji dan pencinta sejarah.

Buku terbitan Jahabersa ini sudah pun diterbitkan sejak 2005 lalu, malangnya penjualannya
sukar didapati di kedai-kedai buku indie di seluruh Malaysia termasuklah MPH dan Popular
Bookstore. Kurangnya sebaran jualan ini kemungkinan disebabkan inisiatif penerbit sendiri
yang menganggap buku ini sebagai ‘genre kurang popular’ dikalangan pembaca-pembaca
Malaysia.

P/S : Buku ini diberi oleh seorang kenalan yang membelinya di kedai koperasi Universiti Sains
Malaysia (USM).

Anda mungkin juga menyukai