Anda di halaman 1dari 23

Mutiara Kata Dinar Emas

11 Perkataan Emas 01 Perkataan Dinar ((( Diabadikan Dalam Al-Quran )))

Senarai Buku Website Pengedar Website Persatuan Facebook Tarikh Edar Buku Jumlah Mukasurat

: http://buku.dinar-emas.com : http://www.Dinarmas.com : http://www.Dinar-Emas.com : http://www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak : Selasa, 28 Disember 2010, 22 Muharram 1432 : 23 helai

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas

11 Perkataan Emas 01 Perkataan Dinar


((( Diabadikan Dalam Al-Quran )))

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


11 Perkataan Emas 01 Perkataan Dinar ((( Diabadikan Dalam Al-Quran )))
Assalamualaikum kepada semua peminat-peminat setia Dinar-Emas.COM Pada hari ini, kami tampil lagi untuk menerbitkan 1 buku (ebook) untuk manfaat bersama, supaya seluruh warga Nusantara termasuk diri anda, yang memahami Bahasa Melayu dengan fasih ini, dapat pencerahan dari kami secara berterusan setiap hari tanpa henti, supaya hidup kita di planet bumi yang sementara ini, sentiasa dipayungi rahmat Allah yang berterusan, sebelum kita dibawa ke alam akhirat yang kekal abadi. Tahniah kerana anda berjaya menjumpai Dinar-Emas.COM yang padat dengan maklumat ini. Kami dari warga kerja Dinar-Emas.COM telah mewujudkan 1 komuniti khas dengan sengaja atas tujuan untuk menyatupadukan seluruh warga Nusantara berkenaan dengan peri pentingnya menDAULATkan kembali penggunaan DINAR & DIRHAM kepada masyarakat dunia pada umumnya dan pada warga Nusantara khususnya. Tuan-tuan & puan-puan sekalian, tahukah anda, perkataan EMAS banyak disebut di dalam kitab wahyu suci Al-Quran, semua wahyu-wahyu terakhir kepada rasul & nabi (penutup) ini, adalah untuk manfaat seluruh makhluk manusia & makhluk jin, yang sehingga kini telah selamat & sempurna diturunkan sejak 1400 tahun lepas, begitu sempurnanya seni wahyu dari Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril itu, sehinggakan wahyu ini kekal tidak berubah ayatnya selepas berusia 1432 tahun... Sehinggalah huruf-hurufnya akan diangkat ke langit sebagai dekatnya tanda-tanda yang selama ini kami zahirkan di alam maya. But yetMany of you always deny Semakin menariknya, perkataan EMAS itu sendiri telah hadir berulang-ulang kali di dalam wahyu-wahyu suci yang telah dikitabkan menjadi nama Al-Quran.

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


11 Perkataan Emas 01 Perkataan Dinar ((( Diabadikan Dalam Al-Quran )))
Dan yang semakin indahnya ialah, perkataan EMAS di dalam sesetengah ayat Al-Quran ini terdapat pada 6 Surah terhebat di dalam Al-Quran pada ayat-ayat tertentu & terpilih pula. Dan setiap kali keluarnya perkataan EMAS, pasti ada pasangan di sebelahnya, dan pasangan EMAS yang dimuliakan dalam Al-Quran ialah seperti di bawah:
emas emas emas emas emas emas ~ ~ ~ ~ ~ ~ bumi perak sutera mutiara piala cawan gelang tangan

Mari kita sama-sama lihat petikan-petikan ayat-ayat suci ini. Dan ayat-ayat ini ditujukan kepada makhluk-makhluk "berakal" supaya terus berfikir dengan membawa kesan baik pada diri masing-masing, supaya dengan mudah-mudahan... makhluk (manusia & jin) yang membaca petikan ayat suci di bawah ini, tergerak hatinya untuk "MEMBENARKAN" apa yang diajarkan dalam Al-Quran, dan "MEMBENARKAN" apa yang bakal terjadi dalam masa terdekat ini, dengan tanda-tanda alam sekitar di sekeliling kita ini, berdasarkan semua sumber Hadis Sahih yang sempat direkodkan dalam pelbagai salinan untuk tatapan umat akhir zaman, iaitu kitalah umat yang dimaksudkan itu. Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya Kitab Al-Quran, Surah Al-Hijr, Ayat 5 Maklumat lanjut tentang ceramah tanda-tanda akhir zaman oleh mentor kami, Saudara Ustaz Sheikh Imran Hosein ---> rujuk carian di http://www.dinar-emas.com/vgallery.php ---> rujuk carian di http://www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak Setiap Muslimin sepatutnya - sudah membaca - sudah menonton - atau mengenali tanda-tanda ini kerana kita benar-benar sudah pun berada di ambang permulaannya dan kami bertanggungjawap untuk memberi siri pencerahan ini sampai akhir hayat

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


AL - FATIHAH
Sebelum mendapat pencerahan ilmu EMAS yang akan anda baca selepas ini, anda digalakkan untuk membaca Surah Al-Fatihah seperti di bawah setiap hari:

Dan selepas selesai membacanya, Anda niatkan seperti di bawah: (salin atau cetak & jadikan amalan setiap hari sampai bila-bila) Ya Rabb Ya Rabb Ya Rabb aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (ibu & bapa) ku, aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada diri aku, aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (Nabi Muhammad) Rasul ku, aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kedua-dua (atuk & nenek) ku, aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kesemua (adik-beradik) ku, aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada seluruh umat Islam (yang hidup & yang mati), aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada insan yang pernah mendidik ku, berkatilah hidup mereka semuanya, dan masukkanlah kami ke syurgamu dan kekalkan kami di sana, payungilah Rahmatmu kepada kami dari dunia sampai ke syurga, dan kekalkanlah kami bersama keluarga kami di dalam syurga mu, temukanlah kami semua dengan Nabi Muhammad di syurga mu Ya Allah, aku telah bermohon pada mu tuhan ALAM SEMESTA, makbulkan doaku ini, jika tidak di dunia kau zahirkan, maka makbulkanlah di akhirat nanti, SESUNGGUHNYA KAU TIDAK MEMUNGKIRI JANJI.

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


Arab = Zahab Melayu = Emas Inggeris = Gold Perkataan "EMAS" dalam Al-Quran

Kami Abadikan Kitab Emas Ini Untuk Anak perempuan pertama Rohana Binti Yusof Semoga Hidup & Roh Beliau
Berkat ~ Selamat ~ Dari Dunia Kekal Ke Akhirat

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


11 Perkataan Emas 01 Perkataan Dinar ((( Diabadikan Dalam Al-Quran )))
Surah Al Imran Ayat Ke - 14

Kuning = Emas Hijau = Pasangannya Dihiaskan kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman, semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia, dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


11 Perkataan Emas 01 Perkataan Dinar ((( Diabadikan Dalam Al-Quran )))
Surah Ali Imran Ayat Ke - 91

Kuning = Emas Hijau = Pasangannya

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedangkan mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka, emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


11 Perkataan Emas 01 Perkataan Dinar ((( Diabadikan Dalam Al-Quran )))
Surah At-Taubah Ayat Ke - 34

Kuning = Emas Hijau = Pasangannya

Wahai orang-orang yang beriman !!! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta rakyat dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam), dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


11 Perkataan Emas 01 Perkataan Dinar ((( Diabadikan Dalam Al-Quran )))
Surah Al-Kahfi, Ayat Ke - 31

Kuning = Emas Hijau = Pasangannya

Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


11 Perkataan Emas 01 Perkataan Dinar ((( Diabadikan Dalam Al-Quran )))
Surah Al-Haj, Ayat Ke - 23

Kuning = Emas Hijau = Pasangannya

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga Yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


11 Perkataan Emas 01 Perkataan Dinar ((( Diabadikan Dalam Al-Quran )))
Surah Al-Faatir, Ayat Ke - 33

Kuning = Emas Hijau = Pasangannya

Syurga-syurga " Adn ", yang mereka akan masukinya, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


11 Perkataan Emas 01 Perkataan Dinar ((( Diabadikan Dalam Al-Quran )))
Surah Az-Zukhruf, Ayat Ke - 53

Kuning = Emas Hijau = Pasangannya

.(Kalau betul dia seorang Rasul) maka sepatutnya dia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (tanda dia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya) ? Nota: - ayat di atas adalah ayat yang direkodkan oleh Allah dari kata-kata orang kafir yang mempunyai penyakit hati yang tak percaya tentang keNABIan Muhammad sebagai Rasul terakhir dan menganggap kenapa Nabi kali ini perlu dari galangan orang miskin, kenapa tidak dari galangan orang kaya-kaya seperti Daud, Sulaiman, Yusuf, dan lain-lain Nabi yang tidak dipopularkan...

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


11 Perkataan Emas 01 Perkataan Dinar ((( Diabadikan Dalam Al-Quran )))
Surah Az-Zukhruf, Ayat Ke - 71

Kuning = Emas Hijau = Pasangannya

Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas, dan di dalam syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata, dan (dikatakan kepada mereka): " Kamu adalah tetap kekal di dalamnya !!! ".

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


11 Perkataan Emas 01 Perkataan Dinar ((( Diabadikan Dalam Al-Quran )))
Kitab Al-Quran, Surah Al-A'raaf, Ayat 148, menyebutkan: Dan kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara lalu (Allah berfirman): Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka ? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan zalim.

Gunung Tursina

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


11 Perkataan Emas 01 Perkataan Dinar ((( Diabadikan Dalam Al-Quran )))
Kitab Al-Quran, Surah At-Taubah, Ayat 35, menyebutkan: (Iaitu) pada hari dibakar emas & perak itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


11 Perkataan Emas 01 Perkataan Dinar ((( Diabadikan Dalam Al-Quran )))
Kitab Al-Quran, Surah Al-Isra', Ayat 93, menyebutkan: Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. Katakanlah (wahai Muhammad): Maha Suci Tuhanku ! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul ?

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


11 Perkataan Emas 01 Perkataan Dinar ((( Diabadikan Dalam Al-Quran )))
Kitab Al-Quran, Surah Ali Imran, Ayat 75, menyebutkan: Dan antara ahli kitab (Yahudi & Kristian), ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya 1 dinar saja, dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


Selamat Beribadah dan semoga amalan-amalan ibadah kita. diterima oleh Allah dan mintaklah pada Allah supaya kita semua dapat berjumpa di galaksi SYURGA bersama-sama kita semuanya kekal di sana...
Sila pergi ke mukasurat sebelah, untuk melihat jadual amalan anda untuk hari ini, boleh cetak supaya anda boleh tandakan setiap hari supaya sasaran amalan anda tercapai, dengan mengguna pakai formula ini,

((( Hari Ini Lebih Baik Dari Hari Semalam ))) ((( Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini )))

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas

Jadual Harian Amalan Mulia

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas


Jadual Harian Amalan Mulia
(Penyebab Pintu Rezeki Dibuka Untuk Anda)
Bilangan 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 Amalan Pagi Hadiahkan Al-Fatihah Solat Fardhu Solat Dhuha Solat Tahajjud Solat Hajat Banyakkan Selawat Banyakkan Istighfar Doa Untuk Ibu Bapa Tunaikan Hajat Orang Lain Menjalinkan silatur-rahim Sentiasa Berwudhuk Derma / Sedekah Banyakkan Bersyukur Amalan Zikir (bila-bila masa) Membaca Surah Al-Waqiah Banyakkan Berdoa Amalan Ayat 1000 Dinar Ikhtiar Sehabis-habisnya Sentiasa Mempunyai Minda Positif Fokus Pada Misi Akhlak Mulia & Atitud Yang Betul Gandakan Usaha Sedia Ada Buat Sampai Jadi Pasang Keinginan Tinggi Utamakan Yang Lebih Utama Bertawakkal Status Petang Malam

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas

TAMAT

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Mutiara Kata Dinar Emas

Suntingan Terakhir: Selasa, 28 Disember 2010, 22 Muharram 1432 11:11 malam (Waktu Tanah Melayu)

JUJUR AMANAH TAAT SETIA

Anda mungkin juga menyukai