Anda di halaman 1dari 14

JENIS-JENIS KITAB-KITAB HADIS

(Saringan dan adaptasi dari “Muqaddimah Lami` al-Darari Ala Jami` al-
Bukhari” karangan Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi oleh Ust
Muhammad Hanief Awang Yahya dan Hakim-eze)

Berikut adalah 29 jenis kitab hadis:

1) Jami’/ jawami’
2) Sunan/ ahkam
3) Mathani/ musnad
4) Ma’ajim/ mu’jam
5) Masyikhat
6) Ajza’/ rasail
7) Arbainat
8) Afrad dan Gharaaib
9) Mustadrak
10) Mustakhraj
11) ’ilal
12) Atraf
13) Tarajim
14) Ta’aliq
15) Taghrib wa tarhib
16) Mursalsalat
17) Tsulasiyyat
18) Al-amali
19) Zawaid
20) Al-Mukhtasarat
21) Takharij
22) Syarhul atsar
23) Asbab nuzul hadis
24) At-tartib
25) At-Ta’liq
26) Al-Mawdhu`at
27) Al-ma’thurat
28) an-Nasikh wal Mansukh
29) Mutasyabih/ Musykil hadis

1) Jami’ atau Jawami’

Penulisan Jami` bermaksud menghimpunkan hadis-hadis berkenaan dengan


bidang aqidah, ahkam, riqaq, adab, tafsir, tarikh dan sirah, fitan dan manaqib.
Kitab hadis Sahih Bukhari merupakan salah satu kitab yang digelar kitab Jami’
(atau Jawami’) . Untuk dipanggil sesebuah kitab hadis sebagai Jami’ sebuah
kitab hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya lapan bidang . Di kalangan
ulama ada yang menyusun hadis-hadis dalam bidang-bidang ini secara
berasingan. Antaranya ialah:

1. Aqaid (akidah): Contohnya: Kitab al-Tauhid karangan Abu Bakar Ibn Abi
Khuzaimah, Kitab al-Asma wa al-Sifat oleh al-Baihaqi

2. Ahkam: Kitab hadis hukum yang disusun seperti dalam kitab-kitab fiqh
seperti Bulugh maram dan Umdatul ahkam.

3. Riqaq ( raqaaiq) : dinamakan juga sebagai Ilmu al-Suluk wa al-Zuhd iaitu


menyebut tentang peringatan di hari akhirat dan azab kubur yang akan
melembutkan hati sesiapa yang mendengarnya dan menjadikannya
seorang yang zuhud.

Contohnya: Kitab Zuhud oleh Abdullah Ibn Mubarak, Imam Ahmad,

4. Adab: Adab sopan, adab tidur, adab solat, adab makan dan sebagainya.
Contohnya kitab al-Adab al-Mufrad oleh al-Bukhari dan Kitab Syamail
oleh Tirmizi

5. Tafsir: Hadis-hadis yang mentafsirkan al-Quran.


Contohnya kitab Tafsir ibn Mardawaih, ibn Jarir at-Tabari, Tafsir al-
Dailami dan Tafsir Jailani.

6. Tarikh: Sejarah
Terbahagi kepada dua jenis:

a- Sejarah tentang kejadian alam ( bada’ al-khalq) seperti kejadian langit dan
bumi,syurga,neraka,jin,syaitan, malaikat dan sebagainya
b- Sejarah tentang kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat seperti
Sirah Ibn Hisyam, Sirah Mulla Umar,dan sebagainya.

7. al-Fitan iaitu fitnah-fitnah yang muncul di akhir zaman bermula selepas


kewafatan Rasulullah s.a.w. Contohnya, kitab Muin bin Hammad (guru
al-Bukhari) tentang Dajjal, turunnya nabi Isa as, kemunculan Imam
Mahdi, dan sebagainya. Beliau telah mencampuradukkan antara yang
sahih dan tidak sahih.
8. Manaqib (tentang kelebihan seseorang seperti Abu
Bakar,Umar,Uthman,dan Ali, tabi’in, ahlul bait, isteri-isteri Rasulullah
s.a.w., Nawasib dan sebagainya) contohnya, al-Riyadh al-Nadhirah Fi
Manaqib al-`Asyarah oleh Muhib al-Tabari, Zakhair al-`Uqba Fi
Manaqib Zawi al-Qurba dan lain-lain.[1]

Antara kitab-kitab hadis yang termasuk dalam kategori ini ialah Sahih al-
Bukhari Jami’ al-Tirmizi, Sahih Muslim, Misykat al-Masabih, Jami` Suyfan al-
Thauri, Jami` Abdul Razzaq bin Hammam al-San`ani, Jami’ al-Darimi, dan
lain-lain.

Kitab Sahih Muslim pula terdapat pertikaian tentangnya. Jumhur ulama


mengatakan ianya termasuk kitab Jami’ namun sebahagian yang lain
menyatakan tidak kerana hadis-hadis tafsir di dalam kitabnya terlalu sedikit.

2) al-Sunan dan al-Ahkam

Ianya disusun mengikut tertib fiqh yang bermula dengan bab Taharah,
sembahyang dan seterusnya. Walaubagaimanapun di dalam sunan sendiri ianya
tidak hanya memuatkan tentang hukum-hakam tetapi ada juga perkara-perkara
lain yang dibincangkan.

Contoh kitab-kitab yang termasuk dalam kategori ini ialah: Sunan al-Nasai’e,
Jami` al-Tarmizi, Sunan Ibn Majah, Sunan Abi Dawud, Sunan al-Daruqutni,
Sunan Abi Ali bin al-Sakan dan lain-lain.

3- Masanid dan Musnad

Penulisan Musnad bermaksud menyusun hadis-hadis mengikut nama-nama


sahabat. Sama ada mengikut susunan abjad atau terdahulu memeluk Islam.

Imam Ahmad yang menulis musnad telah mendahulukan hadis-hadis Abu Bakar
daripada hadis-hadis sahabat yang lain.

Antara cara penyusunan musnad:

1. memuatkan hadis-hadis tentang 10 orang sahabat yang dijamin masuk


syurga, atau tentang khalifah yang empat.
2. mengikut siapa yang lebih dahulu yang memeluk Islam.
3. dengan melihat siapakah ahli Badar/ Hudaibiah dahulu.
4. dengan melihat siapakah yang memeluk Islam terlebih dahulu ketika
Pembukaan Mekah.
5. dengan melihat lelaki dahulu perlu diutamakan. Tetapi dari kalangan
wanita pula isteri-isteri nabi diutamakan terlebih dahulu.
6. atau dengan melihat jenis qabilah (qabilah bani Hasyim didahulukan).

Di dalam musnad juga taraf hadis tidak diambil kira. Ia cuma mengumpulkan
sebanyak mungkin hadis-hadis yang menerangkan tentang sesuatu perkara.
Namun begitu musnad yang paling sahih adalah Musnad Ahmad kerana
beliau telah menyaring hadis-hadisnya. Kebanyakan ulama salaf menulis
hadis-hadis dalam bentuk musnad.[2]

4- Ma’ajim dan mu’jam

Mu’jam pula disusun mengikut tertib huruf ejaan, atau mengikut susunan
nama guru-guru mereka. Nama guru-guru mereka pula disusun mengikut
ejaan nama atau kelebihan mereka.

Mu’jam juga hanya mengumpulkan hadis-hadis nabi saw tanpa melihat taraf
hadis-hadisnya.

Contoh kitab-kitab mu’jam ialah Mu’jam Tabrani, Mu’jam kabir, Mu’jam as-
Sayuti, dan Mu’jam as-Saghrir, Mu’jam Abi Bakr, ibn Mubarak, dan
sebagainya.

Kitab rijal yang mengumpulkan orang-orang yang tersebut dalam


meriwayatkan hadis-hadis nabi s.a.w. mengikiut ejaan bersama dengan
kuniyyahnya. Ini semua adalah untuk memastikan kesahihan sesebuah hadis.
Golongan. Orientalis sendiri mengakui kehebatan ilmu hadis. [3]

5- Masyikhat

Di dalam penulisan masyikhat, hadis-hadis dikumpul dari seorang syeikh


sama ada dia mengumpulkan sendiri hadis tersebut atau orang lain yang
mengumpulkannya. Contohnya, Masyikhat Ibn al-Bukhari, yang dibuat
tambahan oleh Hafiz al-Mizzi, Masyikhah Ibn Syadam al-Kubra dan al-
Sughra, dan dibuat tambahan oleh al-`Iraqi.

Ali bin Anjab al-Baghdadi mempunyai 20 jilid kitab masyikhat.

Antara kitab Masyikhat yang disebutkan juga ma’ajim seperti Mu’jam al-
Sayuti, Abu Bakar Ibn Mubarak. Kitab yang ada sanad pula seperti Musnad
al-Firdaus oleh al-Dailami,

Istilah lain bagi mu’jam dengan makna kamus dan bukannya bermaksud
penulisan hadis. Ada juga yang menyebut mu’jam itu sebagai kamus geografi
yang menyebut tentang geografi sesuatu tempat seperti Mu`jam al-Buldan
oleh Yaqut al-Hamawi. Ada juga yang mengumpulkan tentang biografi
seseorang tokoh di dalam kitab mu’jamnya seperti al-Mu`jam fi Athar
Muluk al-`Ajam.

6- Ajza’/ Rasail

Hadis-hadis yang dikumpulkan berhubung dengan sesuatu perkara atau tajuk


seperti Raf` al-Yadaian oleh al-Bukhari. Dalam kitab ini beliau
mengemukakan hadis-hadis tentang mengangkat tangan tanpa
membahaskan kedudukan hadis-hadis tersebut samada mansukh, syaz, atau
mujmal dan sebagainya.

Contoh-contoh lain seperti Juz al-Niyyah oleh Ibn Abi al-Dunya, Juz al-
Qira’ah Khalf al-Imam oleh al-Baihaqi[4], Juz Fadhail Ahl al-Bait oleh Abu
al-Husin al-Bazzar, Juz al-Munziri Fi Man Ghufira Lah Ma Taqaddama Min
Zanbih, Juz Asma al-Mudallisin[5] dan Juz `Amal al-Yaum wa al-Lail.

Tujuan kitab Rasail ini ditulis adalah:

1- Untuk membuktikan sesuatu perkara itu sabit daripada Rasulullah s.a.w


dengan mengumpulkan pelbagai riwayat tanpa mengira kedudukan hadis-
hadis tersebut.

2- Supaya lebih mudah untuk membuat kajian terhadap sesuatu perkara.

7- Arbainat

Kitab-kitab hadis yang mengumpulkan hadis sebanyak 40 buah hadis. Usaha


ini dilakukan berpandukan hadis riwayat dari Abu al-Darda’ yang disebut
oleh al-Baihaqi: “Sesiapa yang hafal untuk ummatku 40 hadis berhubung
urusan agamanya, Allah akan bangkitkannya nanti sebagai seorang faqih dan
aku (Muhammad) pada hari kiamat nanti akan menjadi syafaat kepadanya”.
Imam Ahmad berkata, hadis ni masyhur tetapi tidak sabit.

Hadis-hadis dikumpul dalam bentuk ini juga disebabkan ianya termasuk


dalam bab fadhail seperti pendapat al-Nawawi.

Abdullah bin Mubarak adalah orang pertama yang menulis kitab arbainat ini.
Ibn Hajar pula telah menulis 2 kitab Arbain. Kitab Arba`inat yang paling
mashyur ialah karangan al-Nawawi. Antara syarahnya pula ialah Syarah Ibn
Rajab, Syarah Mulla Ali al-Qari dan lain-lain.

Ada juga ulama yang mengumpul Hadis 40 berkenaan tauhid, mensabitkan


sifat-sifat Allah, hadis hukum, hadis-hadis yang sanadnya semua sahih,
mengumpulkan hadis-hadis yang mempunya lafaz panjang, mengumpul
hadis-hadis yang mengambil hadis-hadis tersebut dari 40 tokoh ulama atau
40 orang sahabat. Ada juga hadis-hadis dikumpulkan mengikut keturunan
yang sama, dan ada juga kumpul hadis yang sanadnya hanya ‘daripada Malik
daripada Nafi` daripada Ibn Umar’ sahaja.

Selain itu ada hadis-hadis dikumpul tentang jihad dan hadis-hadis yang
mengatakan ketika berdoa tangannya diangkat. Ibn Hajar pula
mengumpulkan hadis-hadis yang diambil dari Sahih Muslim yang mana
hadis-hadisnya lebih tinggi sanadnya dari Bukhari.

8- Afrad dan Gharaaib

Penulisan tentang hadis-hadis yang hanya terdapat pada seorang syaikh


tetapi tidak ada pada syaikh yang lain. Tegasnya hadis-hadis yang mempunyai
seorang perawi sahaja pada setiap generasi sama ada:
Fard nisbi atau fard mutlak (seorang sahaja yang meriwayatkannya dari
sahabat).

9- Mustadrak

Iaitu kitab hadis yang mengumpulkan hadis-hadis yang tidak disebutkan oleh
seseorang pengarang sebelumnya secara sengaja atau tidak. Contohnya kitab
Mustadarak al-Hakim setebal 4 jilid di mana hadis-hadis tersebut dikumpul
menepati syarat-syarat yang digunakan oleh Bukhari dan Muslim.

Kitab ini tidak boleh dibaca begitu sahaja, tetapi mesti bersama dengan
takhrijnya oleh al-Zahabi.

Antara contoh kitab-kitab mustadrak yang lain adalah seperti Mustadrak


Hafiz Ahmad al-Maliki.

Di dalam kitab masyikhat ianya dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian


ketiga tersebut adalah tentang Mustadrak. Oleh itu kitab Mustadrak boleh
dikatakan kitab Masyikhat.

Tujuan penyusunan kitab Mustadarak ialah:

Supaya kita tidak menganggap hadis sahih hanyalah apa yang terkandung di
dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim sahaja.

10- Mustakhraj
Mengumpulkan hadis-hadis yang sama dalam satu kitab tetapi sanadnya
berlainan di mana sanadnya bertemu dengan syeikh kitab asalnya (gurunya)
seperti hadis tentang niat.

Contoh kitab Mustakhraj ialah Mustakhraj Abu ‘Awanah `Ala Sahih Muslim.

Ada juga yang hanya membawa hadis-hadis tersebut tetapi tidak membawa
sanadnya. Beliau cuma menyebut kitab-kitab yang menyebut tentang
perawinya.

Tujuannya adalah: Supaya hadis-hadis tersebut akan lebih meyakinkan


tambahan pula jika lafaznya hampir sama antara satu sama lain.

Contoh lain pula ialah Mustakhraj ala Sahihain:

1) Mustakhraj atas kitab Sahih Muslim oleh Abu Ja`far bin Hamdan, Abu
Bakar al-Jauzaqi, Abi Imran Musa bin Abbas, Abi Said bin Utsman dan
sebagainya.

2) Mustkhraj ke atas Bukhari sahaja seperti karangan al-Ismaili, Abu Abdillah


dan lain-lain.

3) Mustakhraj ke atas Bukhari dan Muslim pula seperti Mustakhraj oleh Abi
Abdillah, Abi Muhammad al-Khallan, Abi Bakar al-Siraji, dan sebagainya.

Ada juga Mustakhraj atas al-Tirmizi oleh Abi Ali al-Tusi, Mustakhraj atas Abu
Daud, Kitab al-Tauhid karangan Ibn Khuzaimah. Bagaimanapun mereka
tidak beriltizam tentang kesahihannya.

Ada juga yang mentakrifkan Mustakhraj yang mana sanadnya bertemu


dengan tabi`in tetapi ada iktilaf mengenainya.

Faedah penyusunan kitab Mustakhraj:

1-Ketinggian sanad- ia ditulis untuk menunjukkan sanadnya lebih tinggi dari


kitab asal seperti Muslim. Contoh Abu `Awanah dalam kitabnya Mustakhraj
Abu ‘Awanah yang mengambil sanad hadis tersebut atas lagi daripada guru
Muslim.

2-Menunjukkan kekuatan hadis itu. Contohnya jika hadis itu hanya


disebutkan di dalam Sunan Abu Daud sahaja, tetapi tidak diriwayatkan oleh
orang lain. Sekiranya hadis tersebut terdapat dalam Sunan Abu Daud itu pula
bertentangan dengan hadis yang lain, maka ia perlukan penguat. Dengan
adanya kitab Mustakhraj, kita dapat mencari penguat-penguatnya yang lain
supaya proses pentarjihan dapat dilakukan dengan baik. Oleh itu, kitab
Mustakhraj penting sebagai penguat apabila riwayatnya bertentangan dengan
riwayat yang lebih kuat.

3-Menerangkan sanad yang tidak jelas. Contohnya pada peringkat permulaan


seseorang perawi itu masih kuat ingatannya tetapi semasa menghampiri akhir
hayatnya ia menjadi seorang yang mukhtalit (nyanyuk). Dengan itu dapat
dipastikan bilakah sesebuah hadis itu diambil samada ketika ingatannya
masih kuat atau selepas menjadi nyanyuk. Contohnya perawi Bukhari dan
Muslim, Hisyam bin Urwah bin Zubair yang nyanyuk selepas berhijrah ke
Iraq.
.
4-Kitab asal riwayat dari mudallis yang dikira daif sekiranya menggunakan
lafaz ‘an. tetapi dengan adanya Mustakhraj, adanya sanad lain yang
mengunakan lafaz yang menunjukkan dengan jelas yang dia mendengar
hadis.

5-Riwayat secara mubham- iaitu perawi yang tidak dijelaskan namanya


seperti ‘haddatsana rajulun min ahli bait’. Tidak diketahui siapa ‘rajulun’
itu? Nama perawi mubham akan diketahui apabila memeriksa kitab
Mustakhraj.

6-Mengetahui siapakah orang yang disebut namanya secara muhmal tanpa


kunyahnya-contoh Muhammad. Muhammad yang mana?

7-Isnad asal ada `illah yang sukar untuk diselesaikan tanpa berpandukan
kepada riwayat yang bebas `illah. Contohnya perawi tersebut dituduh sebagai
Syiah, Irja’[6]dan sebagainya.

11-`Ilal

Sesebuah kitab yang menyebut tentang penyakit pada riwayat trsebut pada
matannya atau sanadnya. Contohnya kitab al`Ilal karangan Ibn al-Jawzi dan
Muhammad Abu Hatim al-Razi yang mengikut susunan bab-bab fiqh.

12-Atraf

Kitab yang mana menyebut sebahagian dari hadis sama ada menyebut
permulaannya sahaja, di tengah-tengahnya, atau diakhir sahaja. Hal ini
banyak dilakukan terutama oleh Bukhari untuk mengeluarkan sesuatu hukum
dari sesebuah hadis.

Ada juga Atraf Sunan Abi Daud, Jami’ al-Tirmizi dan Sunan al-Nasa’i dan
sebagainya.

Ibn Hajar al-Asqalani pula ada mengarang kitab yang berjudul Ithaf al-
Mahara Bi Atraf al-`Asyarah yang mengumpulkan 10 buah kitab hadis di
dalamnya berserta sanadnya iaitu:

1-al-Muwatta’
2-Musnad Ahmad
3-Musnad al-Syafi`e
4-Sahih Ibn Khuzaimah
5-Mustadrak al-Hakim
6-Sunan al-Daruqutni
7-Jami’ al-Darimi
8- Muntaqa Ibn al-Jarud
9-Sahih Ibn Hibban
10-Mustakhraj Abi Awanah
.

13-Tarajim

Penulisan yang mengumpulkan hadis-hadis dari sanad-sanad yang tertentu


seperti “Malik daripada Nafi` daripada Ibn Umar.”

14- Ta’aliq

Penulisan yang mengumpulkan hadis-hadis dari sesebuah kitab tanpa


menyebutkan sanad seperti yang disebut oleh Bukhari secara ta’liq.[7]

15- Taghrib Wa Tarhib

Hadis-hadis tentang galakan dan ancaman terhadap sesuatu perkara.


Contohnya, Targhib al-Solat karangan al-Baihaqi, al-Targhib wa al-Rahib oleh
Ibn al-Munzir. Termasuk dalam kategori ini ialah kelebihan amalan khusus
seperti Fadhail al-Jihad Ibn Syaddad al-Musuli dan Fadhail al-A`mal oleh
Ibn Zanjuwaih

16-Musalsalat

Hadis yang mengumpulkan isnad yang disebut secara berturut-turut seperti


semuanya dengan lafaz sami’tu, sami’tu hinggalah akhir sanad. Ada juga
riwayat yang mana perawi meriwayatkan hadis-hadis dengan memegang
janggut kerana semasa Nabi s.a.w. meriwayatkannya, baginda memegang
janggutnya.

Musalsalat ini termasuk dari sudut Qauli (ucapan) atau Fi’li (perbuatan) Nabi
s.a.w.

Contohnya seseorang perawi itu akan memberi buah tamar dahulu kepada
seseorang itu sebelum dia meriwayatkannya kepada orang tersebut
sepertimana Nabi s.a.w. meriwayatkan hadis tersebut pada asalnya.
17-Thulathiyyat

Hadis yang mempunyai jumlah perawinya hanya 3 orang sahaja antaranya


dan Nabi s.a.w. (sanadnya pendek). Contohnya seperti thulathiyyat Bukhari,
Muslim, dan sebagainya. Ada juga hadis berbentuk ruba’iyat (empat orang
perawi) dan thunaiiyat (dua orang perawi)

18-al-Amali

Kitab yang ditulis oleh seseorang anak murid daripada syaikh yang
mendiktekkan hadis. Contohnya dia mengatakan kitab ini adalah yang dibaca
oleh syaikh dan dicatat oleh muridnya. Imlak ini berdasarkan kepada tulisan,
kitab atau ingatan.

19-Zawaid

Hadis yang dikumpul sebagai tambahan dari kitab asal tetapi syarat-syarat
pengumpulannya sama dengan kitab asal. Contohnya kitab Zawa’id Ibn
Hibban Ala al-Sahihain oleh Ibn al-Mughalta’i, Zawa’id Sunan al-Baihaqi
al-Kubra, Zawa’id Imam Ahmad dan Zawa’id Abi Ya`la.
Walaubagaimanapun, kitab Zawaid tidak setaraf dengan kitab asalnya.

20-al-Mukhtasarat

Penulisan yang berbenutuk saringan dan ringkasan kepada sesebuah kitab.

21-Takhrij

Kitab yang membahaskan hadis-hadis yang hanya disebutkan dalam sesebuah


kitab di mana hadis-hadis tersebut tidak dihukum oleh pengarang asalnya
seperti yang dibuat oleh al-`Iraqi terhadap kitab Ihya al-Ghazzali. Begitu juga
dengan takhrij terhadap kitab Tafsir Kasyaf.Contoh lain ialah takhrij hadis
Tirmizi.

Salah satu keistimewaan Jami` al-Tirmizi ialah apabila Imam al-Tirmizi


selesai mengemukakan sesebuah hadis seperti hadis daripada Abu Hurairah,
diakhirnya beliau akan mengatakan seperti “dalam bab ini, ia juga
diriwayatkan oleh Ali, Ibn Abbas, Ibn Mas`ud, al-Zubair dan lain-lain tanpa
mengemukakan sanadnya secara lengkap. Oleh itu ulama mengarang kitab-
kitab lain secara khusus untuk menyebutkan kembali sanad yang tidak
disebutkan oleh Imam al-Tirmizi.

22-Syarh al-Atsar
Kitab-kitab yang mengumpulkan atsar-atsar sahabat. Di dalam bab hukum-
hakam pula kitab yang masyhur ialah Syarhu Ma’ani Athar oleh Imam al-
Tahawi. Kitab ini telah disyarah oleh Amir Jamaah Tabligh, Maulana
Muhammad Yusuf yang mengarang kitab Hayat al-Sahabat. Bagaimanapun,
kitab syarah tersebut tidak dapat disiapkan kerana ajal lebih dahulu
menjemputnya. Di antara kitab-kitab yang lebih lama pula ialah Musannaf
Ibn Abi Syaibah yang mengandungi banyak atsar-atsar sahabat.

Faedah penyusunan kitab syarah atsar ialah:

Memudahkan proses pentarjihan hadis. Contohnya tentang hadis jilatan


anjing. Ada yang berpendapat wajib membasuh sebanyak 7 kali, salah satu
dengan tanah. Ada yang mengatakan tiga kali dan ada yang berpendapat
sekali basuh sahaja.

Bagaimana mentarjihkan jika terdapat begitu banyak pandapat?

Antara caranya ialah dengan melihat pada atsar sahabat iaitu bagaimana
kebanyakan sahabat mengamalkannya.

23- Asbab Wurud al-Hadith

Penulisan kitab hadis tentang sebab-sebab hadis disabdakan. Antara ulama


yang menulis kitab seperti ini ialah Taqiyudiin Ibn Daqiq al-‘Iid, Abi Ya`ala,
Ibn Hamzah al-Husaini, dan sebagainya. Amatlah penting bagi kita untuk
mengetahui latar belakang kenapa sesebuah hadis itu datang supaya tidak
berlaku salah faham dan tafsiran.

Contohnya:

1- Tentang hadis Nabi s.a.w. melarang makan di atas meja. Sekiranya kita
tidak mengetahui sebab-sebabnya, pastinya kita juga di zaman sekarang ini
tidak akan makan di atas meja. Tetapi baginda melarangnya pada masa itu
ialah untuk menghapuskan budaya orang-orang bangsawan yang sombong
kerana mereka menganggap meletak dan makan makanan di atas lantai itu
adalah taraf orang miskin dan tidak layak bagi mereka.

2- Nabi s.a.w. mengatakan bahawa sesiapa yang melabuhkan kain melebihi


buku lali akan masuk neraka atau Allah s.w.t. tidak memandang kepada
mereka di akhirat nanti.
3-Sesiapa yang berbekam maka batal puasanya. Bagi Imam Ahmad, beliau
hanya berpegang dengan zahir hadis tersebut sahaja iaitu memang batal
puasanya, tetapi Imam al-Syafi`e mengatakan tidak kerana hadis tersebut ada
latar belakangnya. Sebenarnya terbatalnya puasa tersebut merujuk kepada
terhapusnya atau batalnya pahala orang yang berbekam tersebut kerana pada
masa itu mereka yang membekam dan dibekam itu sedang mengumpat.

24- al-Tartib

Oleh kerana ada sesetengah kitab hadis yang ditulis tidak mengikut susunan
atau bab yang tertentu, maka ada ulama lain yang menyusun kembali hadis-
hadis tersebut mengikut bab-bab yang tertentu.

Tujuannya ialah supaya senang untuk membuat rujukan serta mencari hadis
yang terdapat di dalamnya. Contohnya, seperti Musnad Imam Ahmad yang
tidak tersusun mengikut bab-bab tertentu. Ini kerana kaedah penyusunan
musnad adalah dibuat mengikut susunan nama sahabat yang meriwayatkan
sesebuah hadis. Antara ulama yang menyusun kitab tartib ialah bapa kepada
Hasan al-Banna, Abdul Rahman al-Banna yang menyusun Tartib Musnad
Imam Ahmad mengikut tartib fiqh. Nama kitab tersebut ialah al-Fath al-
Rabbani Fi Tartib Musnad Ahmad al-Syaibani. Tetapi kitab tersebut juga
tidak siap kerana beliau meninggal dunia terlebih dahulu.

Contoh-contoh lainya seperti Tartib kitab al-Umm, Tartib Musnad Ahmad


oleh Ibn Kathir dan lain-lain.

25- At-Ta’lif `ala Huruf fil mu’jam

Penulisan hadis berdasarkan kepada huruf yang pertama iaitu bermula


dengan huruf alif, ba’ dan seterusnya. Contohnya, al-Jami` al-Saghir
karangan al-Suyuti,al-Maqasid al-Hasanah oleh al-Sakhawi, al-Maudhu`at
al-Kubra dan al-Maudhu`at al-Sughra oleh Mulla Ali al-Qari.

26- Al-Muadu’at

Kumpulan hadis-hadis maudu’ iaitu menghimpunkan hadis-hadis palsu.


Antara ulama yang menyusun hadis-hadis palsu dan mendedahkan
kedudukannya termasuklah Ibn al-Jauzi, al-Suyuti, al-Syaukani, Muhammad
bin Tahir al-Fattani dan lain-lain. Sementera kitab yang menyebutkan
perawi-perawi yang melakukan pendustaan dan perawi yang dhaif ialah al-
Kamil oleh Ibn Adi, al-Dhu`afa wa al-Matrukin, Mizan al-I`tidal oleh al-
Zahabi, Lisan al-Mizan oleh Ibn Hajar dan lain-lain lagi.

27- Al-Ma’thurat
Kitab tentang doa-doa yang mathur iaitu doa yang terdapat di dalam hadis-
hadis Rasulullah s.aw.seperti al-Azkar karangan Imam al-Nawawi, Amal al-
Yaum wa al-Lailah oleh al-Munziri dan sebagainya.

28- al-Nasikh wa al-Mansukh


Mengumpulkan hadis yang nasikh dan mansukh. Contoh tentang solat
dengan memakai selipar yang sudah mansukh, Rasulullah s.a.w. sembahyang
lepas asar dan subuh (mansukh), mut’ah (mansukh), angkat tangan lepas
bangun dari sujud yang pertama (sudah mansukh) tetapi tetap dilakukan oleh
Syi`ah. Antara ulama yang menulis tentangnya seperti Qasim bin Asbagh, al-
Nuhhas, Abu `Ubaid, Ibn al-Anbari, al-Hazimi, Ibn al-Jauzi dan Ibn Shahin.
Orang pertama yang menulis kitab tentang hadis-hadis mansukh ialah
Muhammad bin Syihab al-Zuhri.

29- Mutasyabih/ Musykil hadis

Penulisan ini mengumpulkan hadis-hadis yang sukar untuk difahami sebagai


terdapat di dalam al-Quran beberapa ayat yang samar-samar. Contohnya,
hadis neraka tidak akan penuh selagi Allah tidak letakkan tapak kaki-Nya
sehinggalah neraka berkata, cukuplah, cukuplah. Antara kitab yang baik iaitu
Musykil al-Hadith wa Bayanuhu hadis karangan Ibn Furak dan Takwil
Muktalif al-Hadith karangan Ibn Qutaibah.

Jawapan bagi kemusykilan di atas ialah perkataan “qadam” dalam hadis


tersebut adalah mutasyabih. “Qadam” itu tak semestinya bermakna tapak
kaki akan tetapi ia bermakna keputusan atau taqdir Allah s.w.t. kepada
hamba-hamba-Nya.

[1]
Nawasib atau nasibi (golongan Syiah memanggil Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan nama nasibi di dalam
kitab-kitab muktabar mereka). Nasibi sebenarnya golongan-golongan yang berlebih-lebihan terhadap
Muawiyah.
Imam al-Nasai’e dibunuh kerana menulis kitab berkenaan manaqib ahlul bait kerana pada masa tersebut
terlalu kuat pengaruh Nawasib.

2. Kata Imam Ahmad “al-hadisu daif aqwal min ra’yu”


Maksudnya hadis daif itu lebih baik dari pendapat akal.
Kenapa hadis itu daif lebih baik dari ra’yu?
Jawab: Ini kerana, hadis daif itu walaupun ianya daif tetapi ianya adalah kata-kata yang berkemungkinan
datangnya dari nabi s.a.w. yang ma’sum. Sebenarnya hadis itu daif disebabkan kecacatan pada sanadnya
atau perawinya. Akan tetapi ra’yu pula berada dalam keterbukaan yang luas untuk berlakunya kesalahan,
kerana akal manusia itu amatlah terbatas.
3 Ingatlah Imam al-Bukhari sendiri kencing berdarah dalam mengkaji hadis . Imam Muslim pula meninggal
dunia disebabkan tidak cukup makan, mati dalam lautan ilmu.
4. Di dalam masalah bacaan makmun di belakang imam, Abu Hanifah dan pengikut-pengikutnya
berpendapat bacaan imam itu sudah menjadi bacaan mereka.
5
Perawi-perawi yang melakukan Tadlis iaitu mereka yang menyembunyi nama-nama guru mereka di dalam
periwayatan hadis.
[6]
Irja’, fahaman yang mengatakan keimanan tidak akan terjejas kerana maksiat dilakukan.
[7]
Membuang sanad daripada matan dengan mengekalkan perawi teratas atau tidak.

Anda mungkin juga menyukai