Anda di halaman 1dari 21

REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.

N)

SIRI 7

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 1


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

SIRI 7

DAURAH SURAH AL-INSAN: AYAT 15 HINGGA 17

MUQADDIMAH 1 (SEBELUM BACAAN AYAT)

1. Kekadang Allah SWT mentakdirkan berlaku satu peristiwa dalam hidup untuk kita lebih
faham ayat yang bakal kita lalui atau yang telah kita fahami.
- Sebenarnya pada awalnya saya risau RESIN hari ini hanya tiga ayat yang mudah sahaja,
bimbang tak sampai sejam barangkali, mungkin akan habis lebih awal.
- Namun itulah kelemahan manusia, mudah prasangka memberi nilai murah pada ayat-
ayat Tuhan sedangkan jika dia pergi lebih “dekat”, apa yang dilihat dari jauh sangat
berbeza dengan melihat dari dekat.
َ
- Antara ayat bakal kita lalui ialah "‫( "ق َو ِر ًيرا‬qawarira) yang berulang sebanyak dua kali.
Kerana anda akan mempelajari perbezaan qawarira yang dilihat dari jauh dengan
qawarira dilihat dari dekat.
- Ayat Allah SWT dalam al-Quran dan di alam ini memerlukan kita melihat “dua kali”
sebagaimana perintah dalam surah al-Mulk. Mukmin yang sentiasa takjub dengan apa
jua ayat Allah SWT dan menangguhkan “pre-judgement”, mereka itulah yang akan
menikmati detik-detik mereka salah sangka pada Qawarira.

2. Ingatlah satu perkara, seandainya Allah SWT bawa kita masuk ke Syurga, kita takkan mahu
sekali-kali kembali ke dunia.
- Perhatikan ucapan lelaki dari hujung kota dalam surah Yasin (36:26; ‫ال‬ َ ‫يل ْاد ُخل ْال َج َّن َة َق‬
َ ‫ق‬
ِ ِ
َ َ َ َ َ
‫)يا ل ْيت ق ْو ِ يم َي ْعل ُمون‬.
َ Lelaki itu “berterima kasih” kerana Kafir menghantarnya ke Syurga

dengan mudahnya.
- Bahkan tidak dirakamkan babak kematian lelaki itu kerana mati itu remeh bagi mereka
yang dididik ayat-ayat Syurga dalam al-Quran.

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 2


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

- Maka apa harusnya impak melalui ayat-ayat Syurga dalam surah al-Insan? Apakah
tiada tujuan dari kedatangan ayat-ayat ini? Ya, tujuan mencabut rasa cinta kepada
dunia dan sulitnya membuat persiapan untuk berpindah alam dari alam ADA ke alam
TIADA di dunia kerana banyaknya pengaruh, kuasa, harta yang menambat kita untuk
kekal melekat di dunia.

3. Ingat, semua ini ialah huraian ayat 11


‫َى‬
- "‫( "ل ّق‬laqqa) ialah dipertemukan dengan sesuatu yang tidak diduga, tidak dirancang.
- Di dunia, “laqqahum” kita dengan “masalah”, namun di Syurga sebaliknya dengan
َ
َ ‫"ن ر‬
"‫ضة‬ (nadhrah).
- Ahli Syurga ada tentatif program tak?
- Sentiasa ada kejutan (kita akan lihat hikmah pengulangan Qawarira).

MUQADDIMAH 2 (SELEPAS BACAAN AYAT)

1. Hikmah feel mudhari’ dalam ayat-ayat Syurga iaitu menggambarkan ia terus-menerus


berlaku tanpa kebosanan.
- Ini bukan acara makan-makan di alam dunia. Ini acara makan-makan pada setiap saat
yang mengghairahkan, buat selamanya dalam Syurga.
- Senang-lenang dalam Syurga yang dijadikan Allah SWT abadi.
- Adakah kita pernah merasai umur setahun-tahun penuh kerehatan tanpa gangguan
sesiapa? Bagaimana jika 10 tahun berehat penuh suka ria? Bagaimana 100 dan 1000
tahun gembira tanpa apa-apa kerja? Bagaimana jika umur anda lebih dari sejuta tahun
di Syurga? Bayangkan pula hidup jutaan tahun anda tiada kematian, tanpa kesakitan,
tanpa kebosanan? Tuhan Maha Sempurna untuk menyempurnakan janji-Nya
mengurniakan pada anda keabadian. Ini hikmah “present tense” dalam ayat-ayat
Syurga dalam surah sebegini.

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 3


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

- Ini hikmah permulaan surah ini mengenai lamanya zaman aku “tiada mazkura” kepada
zaman lamanya “aku diberi mazkura” untuk satu tempoh yang begitu lama.
- Bahkan penggunaan kalimah “lama” jika betul intonasinya akan buatkan mood positif,
salah intonasinya boleh buatkan mood negatif.

2. Mengapa kali ini kita berbicara mengenai cawan? Apa relevennya? Apa motivasi dari
cerita cawan?
- Sudah pasti ini bukan sembarangan kisah cawan kerana di mana kita, suasana apa kita
berada menentukan nilai sesuatu cawan yang kita lihat.
- Contoh situasi:
1. Cawan dengan bentuk tertentu di negara orang yang anda musafir atau kunjungi,
ada nilainya.
2. Cawan pemberian isteri yang sudah meninggal dunia, lain nilainya.
3. Cawan pemberian tokoh tertentu kepada anda, lain nilainya.
4. Cawan dari zaman ratusan tahun lalu untuk seorang sejarawan dan arkeologi, lain
nilainya.
ْ َ ُ َْ ْ ُ َ
- Umpama cawan raja beri pada Yusuf AS (12:72; ‫قالوا نف ِقد ُص َواع ال َم ِل ِك َو ِل َمن َج َاء ِب ِه ِح ْم ُل َب ِع ر ٍي‬
َ ََْ َ
‫)وأنا ِب ِه ز ِعيم‬ ia bukan sekadar cawan untuk ambil gandum, namun simbolik raja beri
kepercayaan pada Yusuf AS untuk ambil alih urusan negara.
- Maka ada beza cawan minum biasa dengan cawan diberi kepada kita selepas
pertemuan tokoh tertentu atau perjalanan ke negara tertentu, ini bukan sembarang
“cawan”. Ia disebut dalam surah al-Insan selepas babak pertemuan tokoh penting dan
selepas perjalanan yang jauh dilakukan ahli Syurga.

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 4


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

3. Saya berikan metafora berikut kerana kebetulan ada banyak pengalaman travel dan bawa
jama’ah. Kefahaman mengenai makna ‫ َو َح ِر ًيرا‬pada ayat 12 pada sesi lepas, hikmah
didahulukan ‫السال‬ َ
ِ ‫ س‬pada ayat 4, serta tema “berjalan-jalan” al-Abrar mencari ‘Ibadullah
dalam surah al-Insan ini juga akan membantu anda.
- Soalan saya, apa perkara asas diperlukan untuk anda menunaikan umrah, atau haji?
Apa faktor penting mempengaruhi anda untuk travel ke mana-mana negara? Mungkin
di sinilah terasa besarnya makna ayat-ayat Syurga dalam surah al-Insan apabila kita
menyahut seruan bermusafir dalam al-Quran. Mungkin di sini jugalah hikmah surah
al-Hajj.

Pertama: Public figure/ Selebriti

Perkara yang menarik akan ditemui atau siapa orang besar akan ditemui.

- Bukankah faktor figura dalam travel mempengaruhi anda membuat keputusan


menyertai?
- Bukankah bukan ceramah sahaja tetapi dapat sembang luahkan isi hati peribadi pada
figura kecintaan anda juga mempengaruhi?
- Maka tidak pelik babak sembang dengan tokoh iaitu al-Abrar dengan ‘Ibadullah
menjadi tentatif pertama penggambaran Syurga dalam surah al-Insan (ayat 5-11).
- Ini hikmah surah sebelum kisah Nabi bertemu Jibril secara face to face.

Kedua: Kediaman

- Terkadang cukuplah dapat bersama tokoh tertentu, itu sudah besar nikmat sehingga
apa-apa kelemahan pada hotel dan penginapan tidaklah mengganggu emosi sangat.
- Namun Allah SWT sebutkan kediaman di Syurga tetap luar biasa menunggu ahli Syurga
selepas mereka bertemu tokoh-tokoh besar.
- Di sinilah peranan ayat 12-13 yang menceritakan mengenai berbaring selesa.

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 5


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

Ketiga: Tentatif

- Tentatif kerana tidak mungkin sesi dengan penceramah sahaja tidak diberitahu lokasi
lain akan dikunjungi.
- Tentatif untuk tahu masa yang singkat ini, apa tempat menarik akan pergi.
- Di Syurga, jalan-jalan anda tak perlukan tentatif kerana “tiada matahari dan tiada
bulan”, bahkan setiap yang anda akan temui tidak membosankan anda.
- Inilah “jalan-jalan cari makan” yang dijadikan kekal abadi dalam Syurga.
- Di sinilah peranan ayat 13 pada frasa kedua.

Keempat: Money changer

- Perlu tukar wang kerana anda mahu mungkin menikmati makan-makan “signature”
negara anda pergi sedangkan ia bukan dalam menu yang dijanjikan agensi travel.
- Syurga ditonjolkan memberi anda apa sahaja yang anda mahu di tempat anda sampai
iaitu ayat 14.

Kelima: Free and Easy

- Selesai berjalan ke sana sini tanpa penat dan letih, kini anda ada waktu bebas lalu
waktu ini digunakan untuk bertemu kawan-kawan lama di negara anda kunjungi,
minum-minum dengan cawan dan bersembang.

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 6


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

Ayat 15

١٥ُ‫ير ۠ا‬ ٖ ‫ُوأ َ ۡك َو‬


َ ‫ابُ َكان َۡتُقَ َو ِار‬ ِ ‫علَ ۡي ِهمُ ِبُا ِن َي ٖة‬
َ ‫ُمنُفِض َّٖة‬ َ ُ‫اف‬ َ ُ‫َوي‬
ُُ ‫ط‬
Maksudnya:

Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan
piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya).

(Surah al-Insan, 76:15)

َ َ
1. ‫ ُيطف‬/‫( ط َوف‬tawaf)
َ َ ْ َ َّ َّ
- Bukan bermakna mengelilingi tetapi berulang alik (2:158 hal 24 ‫الصفا َوال َم ْر َوة ِمن ش َعا ِئ ِر‬ ‫ِإن‬
َ ‫ه‬ َّ َ َ َ َ
َ ‫ف به َما ۚ َو َمن ت َط َّوع خ ْ ًيا فإن‬َ َّ َّ َ َ َ
ْ َ َ َ ُ َ َ َََْ َ ْ
َ ْ َ َّ َ ْ َ َ ‫ه‬
‫اَّلل ش ِاكر َع ِليم‬ ِ ‫ر‬ ِ ِ ‫اَّلل ۖ فمن حج البيت أ ِو اعتمر فَل جناح علي ِه أن يطو‬
ِ )
- Apa yang sedang digambarkan ialah kesibukan mereka dari dalam dapur untuk
menghantar makanan kepada ahli Syurga (seumpama grab food) dalam keadaan ahli
Syurga sangat berdebar dan seolah-olah mengetuk meja menyambut kedatangan
minuman yang akan dihidangkan, tanpa sedikit pun mereka rasa terlambat.

َ
2. ‫( أ ِن َية‬aniah)
- Umpama bekas besar menakung atau mengandungi air (air yang baru dihasilkan).
- َ ‫( َأ‬akwab) ialah yang mencedok air. Bukankah ini
Aniah ialah sumber air dan ‫كواب‬
gambaran pada ayat 5 dan 6?
- Umpama mesin kopi atau mesin Cuckoo/ Coway yang bergerak ke sana sini, hanya
perlu ambil cawan akwab sahaja untuk cedok air atau tadah air.

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 7


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

3. Aniah tidak terbatas pada menyimpan air sahaja, ia juga sebagai bejana (bekas/balang)
menyimpan makanan.
- Aniah bentuk “nakirah” menunjukkan debaran menanti ahli Syurga mengenai juadah
yang bakal dihadangkan dari dapur.
- Maka ayat ini kombinasi bejana makanan dan bejana air.
- Air disebutkan selepas makan buah kerana menjadi kebiasaan al-Quran menyebut
perihal makan dahulu baharulah minum sebagaimana al-Haqqah ayat 24, al-Baqarah
ayat 60 dan al-Shuaraa ayat 79 (al-Samiraie).

4. ُ‫( ِف َّضة‬fiddah)
- Kita hidup di zaman branding yang mementingkan penampilan zahir untuk memanggil
manusia kepada konten yang tidak semestinya berkualiti.
- Allah SWT sedang jelaskan aspek zahir minuman iaitu bejana dan cawannya sebelum
aspek batin iaitulah minuman itu sendiri.
َّ َ
- ‫( أ ِن َية من ِفضة‬aniah min fidhhah) menunjukkan ciri pertama produk di Syurga ialah
packaging yang hebat sebelum diperlihatkan al-Quran kontennya yang hebat.
- Hidup Mukmin kena pentingkan aspek zahir dan batin, kita tidak mahu “zahir” kita
mudah ditembusi cahaya namun pecah berkecai bila berlaga, tidak gagah seperti
perak (seakan selalu membaca al-Quran namun apabila diuji, kita retak dan mudah
“down”).

َ ‫( َأ‬akwab)
5. ‫كواب‬
- Mengapa kaub penting?
- Pertama: Ada minuman lain selain arak.
- Kedua: Mudahnya pegang dari mana-mana arah, tidak perlu usaha walau sedikit untuk
pusing cawan.

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 8


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)
َ َ
6. ‫(كانت‬kanat)
- Ertinya menerima perintah “Kun Fayakun” dan ia sesuatu yang ajaib bakal
mengundang “wow” factor (al-Razi, al-Biqaie).
- Seolah-olah “dengan izin Allah” kerana “dengan izin” menunjukkan sesuatu yang
jarang berlaku, “rare”.

َ
7. ‫( ق َو ِر ًيرا‬qawarira)
َ
َ ‫)ق ُار‬ َ
- Jamak qaa-ruu-rah (‫ورة‬ iaitu ‫الشاب‬ ِ ‫ما ق َّر ِف‬.
َ ّ ‫يه‬

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 9


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

Ayat 16

ٗ ‫ُمنُفِض َّٖةُقَد َُّروهَاُت َۡقد‬


ُ ١٦ُ‫ِيرا‬ ِ ْ‫يرا‬
َ ‫قَ َو ِار‬
Maksudnya:

(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar
isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.

(Surah al-Insan, 76:16)

َّ ْ َ
1. ‫( ق َو ِار َيرا ِمن ِفضة‬qawarir min fiddah)
- Pengulangan qawarir bertujuan menggambarkan ahli Syurga mengulang pandangan
untuk memerhatikan dengan lebih mendalam, pada awalnya disangka akwab dari
qawarir kerana lutsinar, ternyata ia bukan sembarangkan kaca qawarir, bila dipegang,
ia kukuh dan kuat dan rupa-rupanya ia dari perak.
- Maka ia menegaskan keindahan dan kesempurnaan, menafikan kesan kekurangan
pada gelas-gelas minuman seperti rapu, retak, kasar, berhabuk dan lain-lain (al-
Misbah).
- Jika ini berlaku pada cawan yang menjadi panorama menyenangkan bagi bangsa Arab
zaman al-Quran diturunkan, begitulah semua perkara dalam Syurga, akan banyak
berlaku kejadian “dont judge book by its cover”, apa yang disangka begitu rupanya
begini hakikatnya kerana manusia zaman manapun tidak akan ada “pengalaman”
dengan Syurga.
- Apa yang pernah kamu nampak di dunia takkan sekali-kali sama di Syurga, yang sama
hanya nama tetapi bukan sifat objek yang dinamakan itu (kita semua tahu objek kaca
itu ditembusi cahaya, namun tiada objek perak ditembusi cahaya).
- Betapa banyak yang digambarkan dari Syurga yang nama-namanya ada di dunia, boleh
dibayangkan walau ia tidak menggambarkan pun hakikat sebenar, melainkan cawan

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 10


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

perak yang lutsinar seperti kaca. Ibnu Abbas membayangkan ia sebagai satu-satunya
objek di Syurga yang tiada “pasangan” di alam dunia. Dalam Tafsir Ibn Abi Hatim ada
merakamkan kenyataan Ibnu Abbas tersebut; ‫ش إال قد أعطيتم ر يف الدنيا شبهه إال‬
‫ليس رف الجنة ّ ئ‬
‫ي‬
‫)قوارير من فضة‬.

2. Qawarir min fiddah


- Ia juga menunjukkan kualiti tadabbur al-Abrar semasa di dunia iaitu apa yang mereka
sangka biasa namun bila diteliti ia luar biasa (67:4; ‫ض‬ ُ َ ‫ب إ َل ْي َك ْال َب‬ْ َ َ ‫ض َك َّرَت ْ ر‬
َ َ ‫ُث َّم ْارجع ْال َب‬
ِ ‫ي ينق ِل‬
ِ‫ر‬ ِ ِ
َ َُ َ ً َ
‫اسئا وهو ح ِس ري‬
ِ ‫)خ‬, itu terjadi pada ayat Quraniyah, itu terjadi pada ayat Kauniyah.

3. Mengapa perlu diasingkan ayat qawarir. Bukankah boleh digabungkan sahaja lalu menjadi
َّ َ ْ َ َ
‫اب كانت ق َو ِار َيرا ِمن ِفض ٍة‬ َََْ
ٍ ‫?وأ كو‬
- Menunjukkan sedang berlakunya proses mendekati cawan di Syurga lalu apa yang
disangka dari jauh rupanya tersalah apabila berada lebih dekat.
- Begitulah proses mendekatkan manusia pada al-Quran. Al-Quran umpama nilai perak,
namun bila lihat ia dari jauh maka hanya kelihatan kaca sahaja (jangan hanya baca dan
taranum sahaja tanpa tadabbur dan penghayatan makna).

4. Mengapa perlu diberitahu semua jenis kaca di Syurga dari perak?


- Tiada adegan pecah kaca dalam Syurga kerana sifat kaca mudah pecah jika tidak
berjaga-jaga; tiada pukulan fizikal, tiada marah-marah, tiada naik suara dan maki
hamun dalam syurga, tiada sindir-menyindir seorang ibu dengan anak kecil.
- Tiada kecederaan (hospitality) pada ahli Syurga walau sedikit kaca sekalipun, tiada
klinik dan tiada hospital (maka apa agaknya hikmah anda terpijak kaca dalam rumah?).

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 11


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

5. Mengapa perlu cawan dari perak namun ditembusi cahaya seumpama kaca?
- Kerana di dunia dahulu mereka sentiasa membenarkan cahaya Tuhan masuk ke dalam
hati mereka tanpa batasan.
- Sebagaimana ungkapan penulis “Tafsir al-Muin ‘ala Tadabbur al-Kitab al-Mubin”,
terserlah apa dalam hati mereka menerusi perlakukan mereka ( ‫ُيرى ما ر يف باطنها من‬
‫)ظاهرها‬. Perbuatan dan tindakan mereka tidak hipokrit, bahkan ia jelas jelmaan
kesucian akhlak dari kesucian hati mereka.

6. Apa signifikan bejana dan cawan keduanya dari perak (fiddah juga disebut dua kali)?
- Menggambarkan kemewahan ahli Syurga: Jika perkara rutin seperti makan minum
sudah menggunakan perak, apatah lagi rumah yang mereka duduki untuk minum,
pakaian dan segalanya.
- Allah SWT sedang gambarkan yang paling minimum di Syurga dalam batas imaginasi
dan pengalaman manusia.

7. Mengapa dalam al-Quran ada cerita bejana dan cawan dari emas sedangkan di sini bejana
dari perak?
- Ayat ini mengenai al-Abrar dan ayat 71 surah al-Zukhruf, 43 ayat 71 mengenai
ُ َ ُ‫َ ُ ُ َ َ َ ُّ َ ْ ُ ر‬ َ ْ َ َ َ َ َ ‫اف َع َل ْيهم بص َحاف من َذ َهب َو َأ ْك‬
ُ ‫ُي َط‬
‘Ibadullah; ‫ي َوأنت ْم ِف َيها‬‫يه األنفس وتلذ األع ر‬ِ ‫اب و ِفيها ما تشت ِه‬
ٍ ‫و‬ ٍ ٍ ِِ ِ
َ ُ َ
‫)خ ِالدون‬.
- Al-Samiraie menghuraikan dengan kemas bagaimana ayat 67-73 mengenai kedudukan
al-Muqarrabun yang bakal dihuraikan pada ayat 17 surah al-Insan dengan hanya
َ َ
menggunakan ‫العطف‬ ‫( َواو‬waw athaf): merujuk pada satu kumpulan lain.

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 12


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

8. Fiddah
- Perhatikan konteks fiddah dalam ayat ini ialah merawat prasangka. Disangka ia kaca
biasa, ternyata ia kaca luar biasa. Disangka hanya kaca, rupanya ada perak yang besar
nilainya.
- Perak bila berbentuk matawang, ia disebut DIRHAM. Satu-satunya penggunaan
kalimah ini ialah surah Yusuf ayat 20. Al-Quran menyebut baginda dibeli dengan hanya
beberapa syiling perak sahaja. Betapa hinanya pandangan kafilah kepada Yusuf AS.
Namun kelak, merekalah yang paling menyesal apabila menyedari “nilai” sebenar
Yusuf AS.
- Kisah Yusuf benar-benar mengajar kita nilai sebenar Qawarir di Syurga. Ia bukan dari
kaca dunia. Ia kaca syurga yang dicipta dari perak. Luarbiasa!

9. Kekadang perak lebih bernilai dari emas


- Yusuf AS dari isteri kedua Yaaqub AS. Kedua umpama “perak”. Namun kekadang perak
lebih berharga dari emas!
- Menariknya, satu-satunya kalimah “dinar” dalam al-Quran berada dalam konteks
mengkritik sikap segelintir Ahlul Kitab yang ada perangai ikhwah Yusuf AS, “bakhil”
untuk mengembalikannya pada tuannya.
- Tiada satu kalimah sia-sia dalam al-Quran. Allahu Akbar!

ْ َ َ َّ َ
10. Frasa ‫قد ُروها تق ِد ًيرا‬
- Pandangan Pertama:
Sesuai dengan ukuran kemahuan pemiliknya, tidak lebih dan tidak kurang, bahkan
memang disediakan untuknya dan diukur sesuai dengan selera pemiliknya. Semuanya
“awak macam faham-faham je saya” iaitu common sense yang tinggi.
- Ia menunjukkan ahli Syurga tidak akan menghadapi masalah teknikal langsung di
Syurga berpunca dari orang luar atau pelayan sekeliling mereka. Tiada feedback form.

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 13


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

- Pandangan Kedua:
Semasa makanan dan minuman itu disediakan, tidak diberikan sesuatu yang
menyebabkan tertumpah atau membazir atau berlaku situasi tidak mencukupi atau
tersalah menu atau perlu beratur panjang untuk repeat order.
- Al-Maraghi: tidak terlalu penuh hingga melimpah tumpah, tidak kurang hingga
bergoncang.
- Jadi jika anda dengar dialog di restoran “banyak sangat ni, tak habis” atau “sikitnya,
kedekut punya kedai”, maka ingatkan kejadian itu hanya mengingatkan anda pada
ayat 16 surah al-Insan.
- Al-Nabulsi memberi contoh bagaimana boleh berlaku musim panas terik yang ramai
memerlukan air yang banyak, tiba-tiba pelayan memberi segelas kecil air sahaja.
Sebaliknya di musim sejuk yang menggigil, tiba-tiba diberikan pelayan satu jag air yang
besar.

- Pandangan Ketiga:
Ada pelbagai bentuk cawan, mangkuk, piala (Hamka) dan dan selainnya yang kelak
akan digunakan pada masanya.
- Ia menggambarkan siapa akan datang lagi di masa akan datang atau ke mana yang
akan kita pergi.
- Bukankah anda ada simpan perkakas dapur yang anda hanya keluarkan setahun sekali
sahaja?

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 14


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

Ayat 17

ِ َ‫َوي ُۡسقَ ۡونَُُفِي َهاُ َك ۡأ ٗساُ َكان‬


‫ُمزَ ا ُج َهاُزَ ن َج ِب ا‬
١٧ُ‫يًل‬
Maksudnya:

Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari
"Zanjabil".

(Surah al-Insan, 76:17)

1. Munasabah ayat: Tidak berlaku di Syurga “packaging” hebat namun konten tiada.
- Bayangkan kopi starbuck atau koko tealive dalam gelas plastik murahan.

ً َ َ
2. Mengenai ‫نج ِبيَل‬
‫( ز‬zanjabila)
- Dr Fadhl Hasan Abbas: Tiadalah apa-apa yang sama di dunia dengan Syurga melainkan
nama-nama sahaja (‫)ليس ر يف اآلخرة مما ر يف الدنيا إال أسماء‬.

3. Antara dapatan menarik mengenai “zanjabila” dari buku Indahnya Pemakanan dan
Perubatan Islam terbitan Telaga Biru hasil tulisan Dr Faszly Rahim, Dr. Wan Nasyrudin Wan
Abdullah dan Prof. Dr. Aminah Abdullah.
- Halia ialah keluarga Zingiber iaitu bahasa latin yang dikatakan berasal dari bahasa Arab
zanjabil.
- Halia bukanlah tanaman di negara Arab, bahkan hanya ditanam di Asia Tenggara
termasuk Malaysia.
- Pengeluar utama halia ialah India, China, Nigeria, Indonesia dan Thailand.
- Disenaraikan 51 penyakit yang boleh menggunakan halia sebagai petua amalan
perubatan tradisi dan perubatan Islam.

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 15


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

4. Abu Said al-Khudri ada menceritakan bagaimana pemerintah Romawi pernah menghantar
Rasulullah SAW zanjabila untuk dirasai (Mausu’ah al-I’jaz al-Ilmi fi al-Quran al-Karim wa
al-Sunnah al-Mutahharah).

5. Antara khasiat Zanjabila ialah memberi kekuatan tenaga batin. Maka fahamlah kita ahli
َ َ َ ْ َ َ ْ َ َ‫َ ه‬ ‫ه‬
Syurga dijadikan tidak penat dan letih. (Fathir, 35:35: ‫ال ِذي أ َحلنا د َار ال ُمق َام ِة ِمن فض ِل ِه َل َي َم ُّسنا ِفيه‬
ُُ َ َ َ
‫)ن َصب َوَل َي َم ُّسنا ِف َيها لغوب‬.
- Kisah Nabi Sulaiman dan 70 orang isteri dalam hadis sahih membantu kita faham hal
begini.
- Kisah Nabi Sulaiman mati semasa bekerja memantau jin menunjukkan makna kuat
tenaga.
- Kisah Nabi Sulaiman menjadi “jasadan” namun berdoa agar diberi kekuatan dalam
surah Saad.

6. Al-Nabulsi berkongsi penemuan beliau pada Zanjabila ini dengan katanya segala macam
penyakit jantung boleh dicegah dengan Zanjabila (‫)كل أدوية القلب مجموعة ر يف الزنجبيل‬.

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 16


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

PENUTUP

Mengapa terperinci mengenai Syurga? Kerana kita semua anak-anak Adam.

- Masih ingat ayat 1 mengingatkan kita pada penciptaan Adam AS manakala ayat 2
mengenai penciptaan kita sendiri? Yang jelas, kita pernah bertemu ayah kita semasa
di “alam ruh” iaitu alam ‫( األسماء‬menurut tafsiran yang menyatakan nama-nama itu
merujuk kepada ruh-ruh anak-anak Adam AS).
- Bayangkan Nabi Adam AS menerangkan Syurga kepada kita, adakah ia berasaskan
teori atau pengalaman beliau sendiri? Apa hikmah adanya kisah seorang anak Adam
AS melakukan jenayah bunuh?
- Ertinya adanya kekurangan Adam AS pada memperihal Syurga sehingga anak sendiri
tidak dapat konsisten mengingatinya dalam hidup, meninggalkan bekas dalam
hatinya. Adam AS sendiri tiada perkataan untuk menggambarkannya dengan sebaik-
baik gambaran sebagaimana yang Adam AS sendiri laluinya.
- Akhirnya Adam AS terpaksa akur dengan keterbatasannya pada “al-Bayan”
menerangkan Syurga kerana akhirnya “biarlah anak-anak aku sendiri ke sana untuk
dia tahu nikmatnya Syurga”. Kekadang ada pengalaman manis yang tak dapat nak
dijelaskan pada anak-anak dengan perkataan melainkan bawakan sahaja anak itu ke
lokasi berkenaan.
- Hanya Allah SWT jua yang terbaik untuk menerangkan perihal Syurga, bahkan
bukanlah yang menciptakan sesuatu lebih baik menceritakan kepada yang lain
mengenai hasil ciptaannya dan bukannya orang lain yang menceritakan.
- Ibnu Abbas dalam al Razi: ‫ش ر يف الجنة إال األسماء‬
‫ليس رف الدنيا ّ ئ‬.
‫ي‬

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 17


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

Rujukan

1. Al-Tabari
2. Ibnu Kathir
3. al-Qurthubi
4. Ibn Ashur
5. Al-Sa’di
6. Celik Tafsir
7. Tafsir “Deeper Look” Nouman Ali Khan Bayyinah
8. Al-Razi
9. Al-Biqaie
10. Al-Sammiraie
11. Al-Maududi
12. Amin Ahsan Islahi
13. Ustaz Abdul Muien

Wallahu a’lam
Syaari Ab Rahman

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 18


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 19


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

PENULIS BUKU

1. Kuasa Kepimpinan al-Fateh (2011)


2. Berfikir Gaya al-Fateh (2014)
3. Kompas 114 (2017)
4. Ibrah Kisah-kisah Hebat Dakwah Nabi Musa (2018)
5. Di Bawah Teduhan Kisah-kisah al-Quran (2018)
6. Menggapai Bintang (2019)
7. Indahnya Pesan Luqman al-Hakim (2019)
8. Perempuan Baik-baik Dalam al-Quran (2019)
9. Lelaki Yang Hebat-hebat dalam al-Quran (2020)
10. Menggali Khazanah Ilmu Munasabah (2020)
11. Kompas al-Mulk (2020)
12. Keluarga Yang Setia Menyayangi Dalam al-Quran (2021)
13. Pengikut Yang Merosakkan (2021)
14. Kompas Anbiya’ (2021)

PENGLIBATAN

1. RADIO IKIM.fm
- Bekas penyampao tetap segmen “Ibrah” (2013-2017)
2. TV AL-HIJRAH
- Bekas penyampai tetap segmen mingguan Refleksi al-Quran (2019)
- Penyampai tetap segmen mingguan Assalamualaikum Ustaz (2020)
3. Ahli Multaqa’ Asatizah Dan Du’at (MURSHID)
4. HRDF Certified Competent Trainer TTT40881
5. Alumni Franklin Covey Malaysia of “7 Habits of Highly Effective People”

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 20


REFLEKSI SURAH AL-INSAN (R.E.S.I.N)

HAKCIPTA TERPELIHARA PARADIGMA IBRAH SDN.BHD 21

Anda mungkin juga menyukai