Anda di halaman 1dari 11

GLOBAL

THERAPY 17:
AYAT 102

AL-BAQARAH
30 Hari | 30 Tadabbur | 30 Refleksi
GLOBAL

TELANLAH UBAT
ITU WALAUPUN
PAHIT

(AYAT 102)

TADABBUR THERAPY
Al- Baqarah
‫‪GLOBAL‬‬

‫َو ٱَّتَب ُع و۟ا َم ا َت ْت ُلو۟ا ٱلَّش َي ٰـِط يُن َع َل ٰى ُم ْل ِك ُس َل ْيَم ٰـَن ۖ‬


‫َو َم ا َكَف َر ُس َل ْيَم ٰـُن َو َل ٰـِك َّن ٱلَّش َي ٰـِط يَن َكَف ُر و۟ا‬
‫ُيَع ِّلُم وَن ٱلَّناَس ٱلِّس ْح َر َو َم ٓا ُأنِزَل َع َل ى ٱْل َم َلَك ْي ِن‬
‫ِبَب اِبَل َه ٰـُر وَت َو َم ٰـُر وَت ۚ َو َم ا ُيَع ِّلَم اِن ِم ْن َأَح ٍد‬
‫َح َّتٰى َي ُقوَل ٓا ِإَّنَم ا َن ْح ُن ِفْت َن ٌۭة َف َل ا َت ْك ُف ْر ۖ َف َي َت َع َّلُم وَن‬
‫ِم ْن ُه َم ا َم ا ُيَف ِّر ُقوَن ِبِه ۦ َب ْي َن ٱْل َم ْر ِء َو َز ْو ِج ِه ۦ ۚ َو َم ا‬
‫ُه م ِبَض ٓاِّر يَن ِبِه ۦ ِم ْن َأَح ٍد ِإَّل ا ِبِإ ْذ ِن ٱلَّلِه ۚ‬
‫َو َي َت َع َّلُم وَن َم ا َي ُض ُّر ُه ْم َو َل ا َي نَف ُع ُه ْم ۚ َو َل َق ْد َع ِلُم و۟ا‬
‫َس‬ ‫ْئ‬ ‫َلِب‬ ‫َو‬ ‫ۚ‬ ‫ٍۢق‬‫ٰـ‬ ‫َل‬ ‫َخ‬ ‫ْن‬ ‫ِم‬ ‫ِة‬ ‫َر‬ ‫ِخ‬ ‫ا‬ ‫َٔـ‬ ‫ْل‬ ‫ٱ‬ ‫ى‬ ‫ِف‬ ‫ۥ‬ ‫ُه‬ ‫َل‬ ‫ا‬ ‫َم‬ ‫ُه‬ ‫ٰى‬ ‫َر‬ ‫َت‬ ‫ْش‬ ‫ٱ‬ ‫ِن‬ ‫َم‬ ‫َل‬
‫َم ا َش َر ْو ۟ا ِبِه ٓۦ َأنُف َس ُه ْم ۚ َل ْو َكاُنو۟ا َيْع َل ُم وَن (‪)١٠٢‬‬

‫‪TADABBUR THERAPY‬‬
‫‪Al- Baqarah‬‬
GLOBAL

Maksudnya:

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut


ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak
Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,
padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang
menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak
Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya);
kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir
dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut
dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka
berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan
setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk
menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi
kafir (dengan mempelajarinya)".

TADABBUR THERAPY
Al- Baqarah
GLOBAL

Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari


dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh
menceraikan antara seorang suami dengan
isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama
sekali memberi mudarat (atau membahayakan)
dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan
izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari
perkara yang hanya membahayakan mereka dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi
sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun
mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir
itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di
akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa
yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka
mengetahui.

TADABBUR THERAPY
Al- Baqarah
GLOBAL

TAFSIR
Ayat ini adalah kesinambungan daripada ayat
sebelumnya iaitu ayat 101 yang menjelaskan
berkenaan kerosakan sikap yang ada pada Ahli
kitab dari kalangan Bani Israel. Mereka telah
meninggalkan isi kandungan kitab yang sebenar
dan mendakwa sihir itu daripada Nabi Sulaiman
AS sedangkan itu dakwaan yang sesat!

Ilmu sihir yang diajarkan oleh dua malaikat


bernama Harut & Marut bukan lah bertujuan
untuk diamalkan. Sebaliknya ia bertujuan untuk
membezakan di antara ilmu yang baik dan ilmu
yang salah. Ilmu yang benar dan ilmu yang
merosakkan.

TADABBUR THERAPY
Al- Baqarah
GLOBAL

TAFSIR
Namun, mereka (Bani Israel) yang belajar
daripada dua malaikat ini telah membuat
penyelewengan kerana mengikut telunjuk
syaitan dan mengamalkannya ke jalan
kesesatan yang membinasakan!

TADABBUR THERAPY
Al- Baqarah
GLOBAL

TADABBUR
Ilmu sihir bukanlah suatu ilmu baharu kerana
ianya sudah muncul semasa zaman Nabi Musa
lagi ketika bertemu Firaun. Namun
berkemungkinan ianya sudah lama ditinggalkan
saat semua ahli sihir Firaun sujud kepada
mukjizat baginda.

Ada perkara yang terkadang dilihat ‘baik’


namun memberikan begitu banyak mudarat
kepada diri di masa hadapan. Antaranya
alternatif ubat dengan ‘sihir’ yang dilihat
sebagai alternatif yang cepat dan ‘baik’ dalam
segelintir masyarakat.

TADABBUR THERAPY
Al- Baqarah
GLOBAL

TADABBUR
Mereka cenderung memilih jalan penyembuhan
yang pantas dan lebih ‘manis’ prosesnya
berbanding ubat semula jadi yang lambat dan
pahit sehingga sanggup menerima nasihat
daripada orang yang salah.

Mata yang dikaburi dengan dengan ‘sihir’ atau


sesuatu yang buruk sebagai penawar adalah
kerana jiwa yang dipengaruhi oleh iblis.

Ambil nasihat daripada orang yang beriman dan


golongan pakar dalam memberikan rawatan
penyembuhan. Jauhi sihir meskipun ianya jalan
‘pantas’ untuk sembuh daripada penyakit yang
ditimpa.

TADABBUR THERAPY
Al- Baqarah
GLOBAL

YOUR TADABBUR SECTION

TADABBUR THERAPY
Al- Baqarah
GLOBAL

AL-BAQARAH
30 Hari | 30 Tadabbur | 30 Refleksi

Anda mungkin juga menyukai