Anda di halaman 1dari 8

Kelas Pemahaman Al Quran

Surah Muhammad (Siri 5)


14 November 2021

Kelas pada malam ini akan membicarakan ayat-ayat 20 dan seterusnya


dari Surah Muhammad. Kalau pada minggu lepas kita telah telah melihat
bagaimana sifat orang-orang munafik dengan ayat-ayat Allah SWT. yang
berkaitan dengan aqidah. Kita telah turut membicarakan tentang antara
ciri-ciri nifak yang dicela oleh Allah dan Rasul Nya.

Ayat-ayat seterus nya pula membicarakan pendirian yang ditunjukkan


oleh mereka dan perbezaan nya dengan golongan yang beriman
terhadap ayat-ayat hukum yang diwahyukan oleh Allah SWT.

Adalah amat jelas bahawa bagi orang-orang yang beriman, mereka


sentiasa ternanti-nanti turun nya wahyu yang berkaitan dengan jihad,
solat, zakat dan sebagai nya. Sekira nya wahyu tersebut lambat turun
maka mereka akan tertanya-tanya bila kah lagi mereka akan
diperintahkan untuk beribadah bagi membolehkan mereka mendekatkan
diri dengan Allah SWT, dan beroleh keredhaan dari Nya.

Adapun bagi golongan munafik, mereka akan menjadi gundah gulana


apabila diturunkan ayat-ayat yang berkaitan dengan ibadah badaniah
ataupun ibadah maliah (harta).

Demikian lah perbezaan nya antara mereka yang beriman dan mereka
yang munafik kerana sesungguhnya golongan munafik itu tidak

1
memahami dan tidak mahu beramal manakala orang-orang yang
beriman pula mengetahui dan mahu beramal1

Firman Allah SWT:

ِ ُ‫ِين فِي قُل‬


‫وب ِه ْم‬ َ ‫ُورةٌ مُحْ َك َم ٌة َو ُذك َِر فِي َها ْال ِق َتا ُل َرَأي‬
َ ‫ْت الَّذ‬ َ ‫تس‬ ْ ‫ُورةٌ َفِإ َذا ُأنز َل‬ َ ‫تس‬ ْ ‫ِين آ َم ُنوا َل ْوال نز َل‬َ ‫َو َيقُو ُل الَّذ‬
)20( ‫ت َفَأ ْو َلى َل ُه ْم‬ِ ‫ْك َن َظ َر ْال َم ْغشِ يِّ َع َل ْي ِه م َِن ْال َم ْو‬
َ ‫ُون ِإ َلي‬
َ ‫ظر‬ ُ ‫َم َرضٌ َي ْن‬

Dan orang-orang yang beriman berkata: "Alangkah baiknya sekiranya


diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami
berjuang)?" Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang
tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang
mewajibkan perang Jihad sudah tentu engkau akan melihat orang-orang
yang ada penyakit kufur dalam hatinya memandang kepadamu dengan
terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang
demikian, maka kebinasaan lah lebih hampir kepada mereka.

َ ‫صدَ قُوا هَّللا َ َل َك‬


)21( ‫ان َخيْرً ا َل ُه ْم‬ َ ‫اع ٌة َو َق ْو ٌل َمعْ رُوفٌ َفِإ َذا َع َز َم األمْ ُر َف َل ْو‬
َ ‫َط‬

(Mereka selalu berkata: "Pendirian kami) mematuhi perintah dan


memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah)". Dalam pada
itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka
tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah
(dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik
bagi mereka.

)22( ‫ض َو ُت َق ِّطعُوا َأرْ َحا َم ُك ْم‬


ِ ْ‫َف َه ْل َع َس ْي ُت ْم ِإنْ َت َولَّ ْي ُت ْم َأنْ ُت ْفسِ ُدوا فِي األر‬

1
Dr. Wahbah Az Zuhaili. Tafsir Al Munir Fi Al Aqidah Wa Syariah Wa Al Minhaj.Darul Fikir, Damascus.
Cetakan Ke Sepuluh. 2009. Jilid 13 ms.438.

2
(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus
dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu
akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan
silaturrahim dengan kaum kerabat?

)23( ‫ار ُه ْم‬ َ ‫ص َّم ُه ْم َوَأعْ َمى َأب‬


َ ‫ْص‬ َ ‫ِين َل َع َن ُه ُم هَّللا ُ َفَأ‬ َ ‫ُأو َل‬
َ ‫ِئك الَّذ‬

(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang


dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan
penglihatannya.

Menurut Sheikh Dr. Wahbah Az Zuhaili lagi bahawa antara fiqh atau
kefahaman yang dapat diambil dari ayat-ayat diatas antara lain nya
adalah;

1. Mereka yang beriman dan yang ikhlas sentiasa merindukan


kepada wahyu dari Allah SWT. Mereka menanti-nantikan perintah
jihad dan ganjaran yang bakal diperolehi dari nya. Adapun mereka
yang munafik pula adalah mereka yang menghancurkan umat,
yang pengecut dan takut untuk berjihad dijalan Allah SWT. Mereka
lebih memihak kepada orang-orang kafir dan lari dari tanggung
jawab syariah khas nya dalam hal yang berkaitan dengan jihad.

2. Allah SWT. telah memberi amaran kepada orang-orang munafik


melalui firman Nya ‫ َفَأ ْو َلى َل ُه ْم‬iaitu kebinasaan dan kehancuran lah
keatas mereka. Doa keatas mereka sedemikian rupa adalah agar
mereka kembali taat kepada Allah SWT. dan agar mereka dapat

3
memperbaiki diri mereka dan menyedarkan mereka bahawa
ketaatan kepada Allah SWT. itu adalh lebih baik bagi mereka.

3. Allah SWT. mengiyakan seruan kepada mereka untuk berlaku taat


dan menjauhkan diri mereka dari kesesatan namun mereka
mengingkari seruan jihad. Kalau lah sekiranya mereka itu taat dan
akur kepada seruan jihad maka sesungguhnya itu adalah lebih
baik bagi mereka.

4. Sesungguhnya sikat orang-orang munafik yang berpaling dari


kitab Allah, dari agama Nya dan juga dari mengikuti Rasulullah
SAW. adalah sesuatu yang sedia dimaklumi dan ianya adalah
merupakan usaha kembali kepada kerosakan jahiliah memalui
pertumpahan darah secara haram, penindasan, kezaliman dan
juga memutuskan silaturrahim.

5. Sesungguhnya tidak balasan yang lebih sempurna keatas mereka


itu melainkan dijauhkan dari rahmat Allah SWT. Telah dilontar
kepada mereka telinga yang tidak dapat mendengar, buta pada
penglihatan mata hati mereka dan ditutup hati-hati mereka untuk
menerima kebenaran dan kebaikan. Barangsiapa yang mengikuti
langkah-langkah mereka itu, maka berhak lah mereka menerima
laknat Allah SWT. dan Allah SWT. akan mencabut nikmat
pendengaran dan penglihatan mereka dari kebenaran seolah-olah
mereka itu adalah haiwan yang tidak berakal2

Allah SWT. kemudian nya telah memerintahkan kepada orang-orang


munafik tersebut untuk meneliti dan menghayati ayat-ayat AlQuran agar
2
Ibid.ms 441-442.

4
mereka mendapat petunjuk dan hidayah Nya. Namun seperti mana yang
dinyatakan didalam Firman Nya, hati-hati mereka telah ditutup dari
mereka kebenaran. Firman Allah SWT;

ٍ ‫آن َأ ْم َع َلى قُلُو‬


)24( ‫ب َأ ْق َفالُ َها‬ َ ‫َأ َفال َي َتدَ َّبر‬
َ ْ‫ُون ْالقُر‬

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja


tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah
ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada
menerima ajaran Al-Quran)?

Demikian keadaan nya keadaan mereka yang munafik, samaada pada


zaman itu ataupun dizaman mana sekali pun yang kerana sikap mereka
yang berpura-pura dengan agama, dengan ayat-ayat Allah SWT. dan
dengan perintah Nya.

Allah SWT. sendiri telah berfirman bahawa ُ ‫ِين َل َع َن ُه ُم هَّللا‬ َ ‫ ( ُأو َل‬mereka itu
َ ‫ِئك الَّذ‬
lah yang telah dilaknat Allah SWT) iaitu mereka yang telah dijauhkan
dari Allah SWT., dari kebenaran dan segala kebaikan. Keadaan mereka
itu adalah seperti mana yang disebut oleh Al Quran; samaada tidak
bertadabbur (mengambil iktibar dan menghayati Al Quran) kerana
hati-hati mereka telah ditutup oleh Allah SWT. ataupun kerana walaupun
mungkin mereka itu bertadabbur dengan Al Quran namun makna dan
penghayatan Al Quran tidak sampai kedalam jiwa mereka akibat telah di
tutup oleh Allah SWT 3.

Seterusnya firman Allah SWT;

3
Ibid .ms 446

5
)25( ‫ْطانُ َسوَّ َل َل ُه ْم َوَأمْ َلى َل ُه ْم‬
َ ‫ار ِه ْم مِنْ َبعْ ِد َما َت َبي ََّن َل ُه ُم ْالهُدَ ى ال َّشي‬ ‫َأ‬ َ ‫ِإنَّ الَّذ‬
ِ ‫ِين ارْ َت ُّدوا َع َلى ْد َب‬

Sesungguhnya orang-orang yang telah berbalik kepada keingkaran


mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang
dikemukakan kepadanya), Syaitanlah yang memperdayakan mereka
(berlaku demikian), serta memanjangkan angan-angan mereka.

Apabila manusia yang munafik itu telah di hijab dari menerima


kebenaran, maka pada ketika itu petunjuk dan ikutan mereka hanya lah
syaitan yang membawa mereka kepada kesesatan.

Seperti yang dinyatakan pada hujung ayat ini, antara bisikan syaitan itu
adalah dengan memanjangkan angan-angan mereka. Antara ciri-ciri
‘memanjangkan angan-angan’ itu adalah dengan menjangkakan bahawa
mereka masih punya waktu dan umur yang panjang bagi melakukan
sesuatu. Berbagai alasan dijadikan sandaran untuk menjustifikasi
tindakan dan kefahaman mereka namun seperti yang kita sedia maklum,
ajal mati seseorang itu berada didalam kuasa dan kehendak Allah SWT.
yang akan menghantar malakal maut Nya tanpa sebarang notis
mahupun tanda.

Sifat nifak mereka itu diperjelaskan lagi didalam ayat seterusnya melalui
firman Allah SWT;

َ ‫األمْر َوهَّللا ُ َيعْ َل ُم ِإسْ َر‬


)26( ‫ار ُه ْم‬ ِ ‫ض‬ َ ‫َذل َِك ِبَأ َّن ُه ْم َقالُوا لِلَّذ‬
ِ ْ‫ِين َك ِرهُوا َما نز َل هَّللا ُ َس ُنطِ ي ُع ُك ْم فِي َبع‬

Berlakunya yang demikian ialah: kerana mereka berkata kepada


orang-orang yang tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah:
"Kami akan patuh kepada kamu pada setengah perkara (yang

6
berhubung dengan menentang Muhammad dan pengikutnya) itu";
sedang Allah mengetahui segala (perkataan dan perbuatan) yang
mereka sembunyikan.

Tidak ada satu pun yang terkandung didalam hati manusia itu yang
berada diluar dari pengetahuan Allah SWT. Sifat nifak yang dizahirkan
secara terang-terangan mahupun yang tersirat didalam hati manusia itu,
semua nya berada didalam ilmu dan pengetahuan Allah SWT.

Manusia boleh sahaja berlakon dan menipu daya manusia yang lain,
tetapi siapakah yang akan dapat menyelamatkan mereka nanti diakhirat
apabila tiap sesuatu yang mereka lakukan itu samada melalui perbuatan
secara terang terangan mahupun yang tersembunyi dihati-hati mereka
pada dibentang dihadapan Allah SWT.

Pada ayat-ayat seterus nya Allah SWT. berfirman pula tentang perihal
keadaan orang-orang munafik pada ketika Allah SWT. mencabut nyawa
mereka. Firman Allah SWT;

َ ‫ُون وُ جُو َه ُه ْم َوَأ ْد َب‬


)27( ‫ار ُه ْم‬ َ ‫ْف ِإ َذا َت َو َّف ْت ُه ُم ْالمَالِئ َك ُة َيضْ ِرب‬
َ ‫َف َكي‬

(Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka)


maka bagaimanakah (mereka dapat menolak azab seksa) apabila
malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan
punggung mereka?

)28( ‫َذل َِك ِبَأ َّن ُه ُم ا َّت َبعُوا َما َأسْ َخ َط هَّللا َ َو َك ِرهُوا ِرضْ َوا َن ُه َفَأحْ َب َط َأعْ َما َل ُه ْم‬

7
(Kematian mereka dalam keadaan yang buruk) itu, kerana mereka
menurut (serta melakukan) perkara-perkara yang menyebabkan
kemurkaan Allah, dan mereka pula membenci perkara-perkara yang
diredhaiNya; oleh itu, Allah gugurkan amal-amal mereka (yang baik,
yang pernah mereka lakukan).

Azab awal yang menimpa keatas mereka yang munafik adalah pada
ketika sebelum mati dimana ayat diatas telah menjelaskan bahawa
mereka akan mati dalam keadaan yang buruk lagi menyiksakan.
Kepura-puraan mereka itu mungkin boleh mereka lakonkan dan terlepas
dari makhluk yang lain, namun apabila tiba waktunya untuk mereka
mengadap Allah SWT., maka tidak ada lagi sebarang penipuan yang
dapat mereka berselindung.

Ruh manusia akan keluar dari jasadnya mengikut kadar keimanan dan
ketentuan yang telah ditetapkan Allah SWT. Bagi mereka yang beriman,
malakkal maut akan mencabut ruh mereka dalam keadaan tenang dan
ibarat mengalirnya air dari pembetungan manakala bagi mereka yang
kufur dan munafik pula, ianya akan keluar ibarat berus dawai yang
disagat atau diheret diatas kain yang berbulu tebal dengan rasa susah
dan menyakitkan.

Nasharudin Mat Isa


Bandar Bukit Mahkota
14 November 2021

Anda mungkin juga menyukai