Anda di halaman 1dari 6

1 ) Kisah sip uteri gaun merah jambu Harga: RM 25.00 / RM 28.

00 ISBN-13: 978-967-5406-56-0 Tarikh Terbit: 27 Jun 2010 Jumlah Muka Surat : 176 Kategori: Kanak-Kanak, Cerita Kanak-kanak,Illustrasi Penerbit: PTS One Sdn Bhd

Synopsis
kisah Puteri Arabella yang tampil membuat kebajikan dan terpaksa mengorbankan barang yang disayanginya demi insan yang lebih memerlukan. Dia mahu melihat orang lain gembira. Dia berharap gaun merah jambu kepunyaannya dapat membuatkan rakannya gembira di hari lebaran. Kali ini Puteri Dian Adelia terpaksa menggayakan gaun merah jambu yang bukan warna kegemarannya. Walaupun begitu, dia bahagia kerana dapat membantu kawan baiknya Izyan menyelesaikan masalahnya. Hayati kisah Puteri Farisya yang gembira dapat membantu kanak-kanak miskin bergembira di hari raya. Walaupun sibuk dengan membuat kebajikan, dia tidak lupa dirinya sendiri. Gaun merah jambu tetap menjadi pilihan hati. Selepas pelbagai ujian dilalui, akhirnya Puteri Qaira dapat berkongsi baju raya berwarna merah jambu bersama teman baharunya Rafika. Puteri Humaira menerima hadiah istimewa bagi dipakai pada hari raya. Gaun merah jambu yang diberikan ayahandanya sungguh bermakna baginya. 2) riang ria persahabatan
Harga: RM 21.50 / RM 24.50 ISBN-13: 978-967-5406-39-3 Tarikh Terbit: 26 Mar 2010 Jumlah Muka Surat : 144 Synopsis

Memperkenalkan lima puteri iaitu Puteri Arabella, Puteri Dian Adelia, Puteri Farisya, Puteri Qaira dan Puteri Humaira yang akan menjadi teman dan menceriakan hidup adik-adik sepanjang tahun ini. Ikuti lima kisah menarik di bawah satu tema iaitu persahabatan. Puteri Arabella, puteri yang terpaksa bertukar ke sekolah biasa atas arahan kedua-dua orang tuanya. Dia terpaksa mengharungi hidup berkawan dan berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar sekolah itu. Puteri Dian Adelia, tidak disukai rakan-rakan lain kerana perangainya yang pelik. Namun, kemunculan rakan baharu membuatkan Dian Adelia tidak kesunyian lagi. Puteri Farisya, suka berdamping dengan rakan-rakan baharunya. Sanggup menempuh hidup di dunia luar dari istana semata-mata mahu mengecapi nikmatnya berkawan. Puteri Qaira, bermasalah dalam berkomunikasi di hadapan pelajar lain. Ujian demi ujian yang datang akhirnya Qaira berjaya melakukan yang terbaik. Puteri Humaira, mempunyai rakan-rakan tumbuhan yang menjadi teman hidupnya.

3) Penyiasat Ekstrovert - Serangan Amfish


ISBN: 983-3653-26-X

PTS One Sdn Bhd Harga: RM13.00 Harga: RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak) ISBN: ISBN 983-3653-26-X Barcode: 9789833653263 Jumlah Halaman: 192 halaman Sinopsis Apakah misi penyiasat ekstrovert kali ini? Penyiasat Ekstrovert terpaksa berdepan dengan ribuan makhluk mutasi yang dapat membunuh dan memusnahkan ekonomi sebuah negara. Mereka juga terpaksa berdepan dengan pengkhianat negara yang bersenjata api. Apakah langkah mereka bagi mengatasi semua masalah ini? Dapatkan Siri Penyiasat Ekstrovert: Serangan Amfish, sekarang juga. 4) Oren!
ISBN: 983-3653-16-2

PTS One Sdn Bhd Harga: RM 12.50 / RM 15.50 (Sabah & Sarawak) ISBN 983-3653-16-2 Barcode: 9789833653164 Jumlah Halaman: 192 halaman Sinopsis Mengisahkan kehidupan Adilah yang melalui pengalaman suka dan dukanya Lumrah manusia, kejayaan adalah cabaran dan kegagalan adalah tamparan. Tetapi bagi Adilah, kejayaan adalah cabaran dan kegagalan adalah ujian. Yang penting baginya, sebanyak manakah bakti dan jasa yang tercurah ketika jasadnya masih bernyawa. Begitulah pandangan Adilah dalam mengharungi hidupnya. Walau apa yang menimpanya dia tidak peduli. Baginya tiada apa yang lebih penting dalam hidup ini selain bergembira dan menikmati hidup ini dengan ceria! Sebagaimana oren warna yang ceria begitu juga dengan kehidupan Adilah. 5) Lima penyiasat muda Harga: RM 11.00 / RM 14.00 (Sabah & Sarawak) ISBN 983-3357-13-X Barcode: 799833357139 Jumlah Halaman: 144 halaman Sinopsis Mengisahkan lima orang sahabat yang sedang mencari bahan-bahan untuk eksperimen kelas. Setibanya di Kota Indra, mereka menemui banyak guni beras yang cuba diseludup keluar. Mereka membuat laporan polis dan berjaya menyelesaikan sebuah misteri penyeludupan.

6) Awang selamat menabur bakti Harga: RM 11.00 / RM 14.00 (Sabah & Sarawak) ISBN 983-3357-60-1 Barcode: 9799833357603 Jumlah Halaman: 99 halaman Sinopsis Buku ini mengisahkan Awang dan ibunya yang hidup dalam serba kemiskinan. Suatu hari, dia dihadiahkan gading ajaib yang mampu mengeluarkan seorang puteri yang sangat cantik sehinggalah Raja Suria mahu memilikinya. Dapatkah Awang menghalangnya? 7) Sumpahan merbuk bertuah Harga: RM 11.50 / RM 14.50 (Sabah & Sarawak) ISBN 983-3357-72-5 Barcode: 9799833357726 Jumlah Halaman: 192 halaman Sinopsis Buku ini mengisahkan Saudagar Bahar yang terlalu sibuk berniaga menyebabkan isterinya Cik Muda Lela kesepian kerana tidak mempunyai anak. Mereka menjemput orang-orang alim bersembahyang hajat dan berdoa supaya Allah mengurniakan anak pada mereka. Akhirnya Cik Lela Muda mengandung. Malangnya, saudagar Bahar meninggal sebelum anaknya lahir.

8)kemaafan Harga: RM 12.00 / RM 15.00 (Sabah & Sarawak) ISBN 983-3357-50-4 Barcode: 9799833357504 Jumlah Halaman: 0 halaman Sinopsis Novel ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Amran yang terlalu dimanjakan oleh neneknya sehingga hubungan dia dan kedua-dua ibubapanya turut menjadi renggang. Kematian neneknya membuatkan Amran menjadi liar dan terlibat dengan jenayah. Akhirnya Amran ditangkap polis. Amran berjaya melarikan diri dari penjara dan cuba meminta bantuan ibubapanya supaya dapat bersembunyi. Kerana sayang, ibubapanya akur dan menyebabkan mereka pula diheret ke balai. Akhirnya Amran menyerah diri demi menyelamatkan ibubapanya. 9) tekad Harga: RM 12.00 / RM 15.00 (Sabah & Sarawak) ISBN: ISBN 9833357172 Barcode: 9799833357177 Sinopsis Buku ini mengisahkan dua orang sahabat bernama Dali dan Siraj. Semasa cuti sekolah, mereka telah membuat rancangan untuk berniaga telur. Mereka merancang membeli telur daripada penduduk kampung dan menjualnya semula kepada pemborong. Walaupun mereka menghadapi

pelbagai rintangan namun mereka terus berusaha hingga berjaya. Akhirnya, mereka memasang impian untuk mengambil mata pelajaran Perdagangan bagi mendalami selok-belok perniagaan

10) Pengemis itu ibuku


Harga: RM 11.00 / RM 14.00 (Sabah & Sarawak) ISBN 9833357059 Barcode: 9799833357054 Sinopsis Novel ini mengisahkan ketiga-tiga orang anak yatim yang tinggal bersama ibu mereka. Ibu mereka yang sudah tua itu tidak lagi mampu bekerja dan menyebabkan dia terpaksa menjadi pengemis. Anak-anaknya menjadi malu dan lari dari rumah. Si ibu berasa sedih dan mencari anak-anaknya semula. Ikutilah bagaimana penderitaan si ibu apabila menemui anak-anaknya semula. 11) Mendung tidak bererti hujan Harga: RM 11.00 / RM 14.00 (Sabah & Sarawak) ISBN 983-3357-16-4 Barcode: 9799833357160 Sinopsis Norzita merupakan pelajar yang pintar tetapi malangnya keluarganya tidak mampu untuk membiayai persekolahan. Namun begitu, dia berjaya mendapat keputusan UPSR yang cemerlang. Semasa cuti sekolah, dia bekerja bagi menolong ibunya mencari rezeki dan menampung kos rawatan bagi penyakit ayahnya. Malang nasibnya, dia tidak dapat meneruskan pelajarannya ke sekolah menengah. Namun begitu, seorang guru tampil memberi bantuan kepadanya dengan memohon biasiswa supaya dia dapat meneruskan pelajarannya.

12) futsal
Harga: RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak) ISBN 983-3653-12-X Barcode: 9789833653126 Jumlah Halaman: 144 halaman Sinopsis Iskandar nekad menubuhkan pasukan futsal kelasnya bagi perlawanan peringkat sekolah. Namun, rancangannya ditentang hebat oleh Irfan yang merupakan pemain handalan pasukan sekolahnya. Irfan mengatur pelbagai komplot bagi menggagalkan rancangan Iskandar. Berbekalkan semangat dan keazaman yang kental, Iskandar dan kawan-kawannya berjaya menubuhkan pasukan futsal

itu dan mendapat khidmat jurulatih daripada seorang jurulatih yang tidak kurang hebatnya. Pasukan BT Boys yang merupakan pasukan handalan sekolah yang dianggotai oleh Irfan dan kawan-kawannya kecewa dan malu kerana mereka seri dengan pasukan Iskandar di dalam perlawanan yang diadakan.

13) ros oktober Harga: RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak) ISBN -983-3653-15-4 Barcode: 9789833653157 Jumlah Halaman: 160 halaman Sinopsis Shaira meminati Azman dalam diam. Namun begitu, dia cuba menafikannya kerana dia rasa rendah diri dengan Azman. Tetapi tiba-tiba sahaja Shaira terpaksa meninggalkan Kolej Generasi kerana mendapat tawaran belajar ke UITM. Bagaimanakah hubungan mereka yang baru terjalin itu? 14) cerita antara kita Harga: RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak) ISBN 983-3653-10-3 Barcode: 9789833653102 Jumlah Halaman: 176 halaman Sinopsis Mimi memiliki segala-galanya. Kekayaan, kecantikan serta bakat yang serba boleh membuatkan dirinya sering mendapat perhatian di sekolah. Namun kelebihan yang ada itu tidak mampu mengungkapkan sebuah kebahagiaan kerana hubungan keluarga yang tidak sempurna. Kebahagiaan Mimi dicari bersama rakan sebayanya iaitu Iskandar dan Taufiq. Kehadiran Amir Amran pula memberi tamparan hebat kepada persahabatan mereka.

15) lolongan misteri Harga: RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak) ISBN 983-3653-36-7 Barcode: 9789833653362 Jumlah Halaman: 176 halaman Sinopsis Sekumpulan pelajar sekolah rendah menyiasat lolongan misteri dari sebuah hospital sakit mental. Pelbagai persoalan dan halangan terpaksa mereka tempuhi. Ketika kumpulan Penyiasat Ekstrovert bercuti di Temerloh, mereka terdengar satu lolongan yang

tidak ubah seperti lolongan seekor hantu. Selepas menyiasat, lolongan itu berpunca daripada sebuah hospital. Tugas Kumpulan Penyiasat Ekstrovert bagi menyiasat punca lolongan misteri itu 16) dendam hevignas Harga: RM 14.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak) ISBN 983-3653-34-0 Barcode: 9789833653348 Jumlah Halaman: 208 halaman Sinopsis Sejak menyedari kebolehan psikik, Aizad semakin lama, semakin meminati bidang parapsikologi dan banyak membaca buku-buku mengenainya. Kali ini Aizad menerima tugas yang agak berat iaitu perlu memusnahkan bola perak Judgement Day yang dimiliki Maximus. Bola berkenaan mampu menghapuskan manusia di bumi ini. Aizad dan Aini kini bergabung tenaga mahu memusnahkan Maximus. Keupayaan Aizad dalam pertarungan psikik sudah mencapai tahap Dimensi Lima. Mampukah Aizad bertarung tenaga dengan pelbagai kuasa kejahatan termasuk Guru Sandang, Zwart dan ramai lagi? Siapa Hevignas? Mengapa kuasa kejahatan memburu Aizad? 17) matahara Harga: RM 15.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak) ISBN 983-3653-24-3 Barcode: 9789833653249 Jumlah Halaman: 224 halaman Sinopsis Misha, Maria, Talina dan Fariba adalah 4 orang pelajar sekolah menengah yang memiliki karakter yang berbeza. Namun begitu, mereka memiliki satu minat yang sama iaitu pada seorang hero remaja bernama Matahara. Matahara berusaha membanteras jenayah yang berlaku di bandar Fabulum pada malam hari. Seorang gadis yang lincah, berani dan misteri. Identiti Matahara menjadi satu misteri pada penduduk bandar Fabulum. Siapakah Matahara yang sebenarnya?

Anda mungkin juga menyukai