Anda di halaman 1dari 13

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK FAKULTI: PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL & EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS (KBC3023)

TAJUK TUGASAN: KAJIAN KES

OLEH: MOHD IQMAL HARLEE ABDULLAH D20091034807 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (AT10) SEMESTER 3 SESI 2009/2010

PENSYARAH: DR. MD NASIR BIN MASRAN

1 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

1.0 PENGENALAN Kanak-kanak biasanya berkembang dalam fizikal, emosi dan sosialnya sejak dari kecil lagi. Sebagai contoh, kanak-kanak belajar bercakap dan berjalan, kanak-kanak menangis dan ketawa, berkawan dan sebagainya. Begitu juga dengan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat. Mereka juga mempunyai perkembangan fizikal, emosi dan sosialnya sendiri. Bahkan perkembangan mereka lebih rumit lagi daripada kanak-kanak biasa. Bagi mengembangkan bakat dan membuat langkah intervensi, adalah penting bagi kita mengenali perkembangan kanak-kanak pintar cerdas ini terutamanya dalam emosi dan sosial. Pelbagai strategi perlu dirangka bagi memastikan kanak-kanak ini dapat mengawal emosinya dan bergaul seperti kanak-kanak biasa. 2.0 DEFINISI DAN KONSEP Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pintar cerdas bermaksud cekap. Pandai, banyak akal, cerdik, licin, dan mahir dalam sesuatu kemahiran. Cerdas pula bermaksud sempurna akalnya, cerdik, pandai, pintar dan sempurna perkembangan badannya. Berbakat pula bermaksud kecenderungan atau kebolehan semulajadi yang unggul, yang berfaedah dan menguntungkan manusia. Kreatif pula bermaksud memberikan sesuatu idea yang bernas, dan tidak difikirkan oleh orang lain. Fizikal pula bermaksud bukan badan, jasmani dan latihan. Schmidt dan Wrisberg (2000), menjelaskan bahawa kemahiran fizikal seseorang kanak-kanak yang perlu dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup, ia bermakna kanak-kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka pula, bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa yang berubah-ubah. Emosi pula daripada Kamus Dewan Edisi Keempat, bermaksud perasaan jiwa yang kuat spt sedih, gembira, takut dan lain-lain. Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek, emovere yang membawa maksud untuk keluar. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagai memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakfrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan fisiologi, diri dan psikologi
2 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

(Mohmood Nazar Mohamad, 1992). Emosi pula adalah di dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi ,iaitu dari aspek mempunyai perasaan yang tenang dan berfikiran waras. Aspek rohani dan jasmani dari segi tingkah laku yang menekankan tingkah laku yang terkawal serta memiliki dan memupuk sifat kasih saying (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992) Sosial pula bermaksud bergaul atau bercampur dgn masyarakat. Terma sosial bermaksud ciri-ciri makhluk hidup. Sosial merujuk kepada interaksi antara benda hidup dan kebolehan meraka wujud bersama sama mereka sedar ataupun tidakn ataupun sama ada hubungan itu secara sedar ataupun tidak sedar. Menurut Sunarto dan Hartono (1999), hubungan sosial merupakan hubungan antara manusia yang saling memerlukan. Hubungan sosial mulai dari tingkat sederhana dan terbatas, yang didasari oleh keperluan yang sederhana. Semakin dewasa dan bertambah umur, keperluan manusia menjadi kompleks dan dengan demikian tingkat hubungan sosial juga berkembang secara kompleks. Perkembangan adalah suatu proses yang kompleks. Menurut Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanakkanak ini adalah keseimbangan, pergerakan dan manipulasi. Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Seterusnya, pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Manakala manipulasi pula adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya. Perkembangan sosial pula suatu proses perkembangan dalam interaksi kanak-kanak dengan persekitaran, individu dan sebagainya. Perkembangan sosial melibatkan proses sosiolisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial dapat dikenalpasti seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan kongnisi, persahabatan dan perhubungna dengan rakan sebaya. Menurut Syamsul Yusuf (2007), menyatakan bahawa perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial dapat pula didefinisikan sebagai proses belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok, moral dan tradisi bagi meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan kerjasama antara satu sama lain.
3 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Perkembangan emosi pula merujuk kepada pencapaian kebolehan emosional dan perkembangannya seiring dengan pembesaran kanak-kanak. Kebolehan ini membolehkan kanakkanak mempunyai perasaan tentang apa yang mereka lakukan dan juga orang lain. Perkembangan emosi juga menyediakan kanak-kanak kebolehan dan kemahiran yang mereka perlukan untuk hidup dalam masyarakat dan juga dunia. Terdapat pelbagai peringkat dalam perkembangan dalam perkembangan emosi. 3.0 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model peralihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia( 2003), perkembangan fizikal kanak- kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan dapat mencapai kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau persekitarannya kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam cara amalan dan langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut. Begitu juga dengan aspek keselamatan dan langkah-langkah dalam penjagaan diri. Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan tindakan yang boleh mendatangkan kemalangan dan berbahaya. Kanak-kanak juga perlu tahu bagaimana untuk menghindari tempat yang berbahaya.

4 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Selain itu, mereka juga perlu diajar untuk mengamalkan cara menjaga keselamatan diri seperti menjerit sekiranya diganggu oleh orang yang tidak dikenali. Dari aspek kesihatan, kanak-kanak perlu tahu peri pentingnya menjaga kebersihan tubuh badan seperti mandi, memotong kuku, menyikat rambut dan memberus gigi. Mereka juga harus diberikan pengetahuan dari aspek pemakanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat. Selain itu, kanak-kanak juga seharusnya dapat mengamalkan tabiat cara pemakanan yang baik seperti jenis makanan yang sesuai untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Selain aspek kebersihan, keselamatan dan kesihatan, kanak-kanak juga perlu didedahkan dengan amalan senaman dan pergerakan anggota badan yang betul. Pergerakan fizikal dan senaman yang baik dapat memastikan organ dan anggota badan dapat berfungsi dengan berkesan. Kanak-kanak perlu tahu cara bernafas yang betul atau pergerakan tangan dan kaki bagi membantu meningkatkan kecergasan tubuh badan mereka. 4.0 TEORI KECERDASAN EMOSI Goleman (1995) menyatakan bahawa seseorang yang tidak mempunyai keupayaan mengawal emosi apabila berinteraksi dengan orang lain kurang bermotivasi untuk menjalankan kerja dengan baik. Mereka juga tidak boleh digolongkan sebagai individu yang berjaya dalam kerjaya masing-masing. Peristiwa-peristiwa cetusan emosi yang digambarkan, terutama yang berlaku di tempat kerja, membawa implikasi terhadap tahap kestabilan dan kematangan emosi yang dimiliki oleh individu-individu yang terlibat. Menurut Goleman (1999), kecerdasan emosi adalah satu trait yang diperlukan oleh seseorang untuk berjaya dalam kerjaya. Ianya juga berkait rapat dengan nilai kerja yang dipegang oleh seseorang dan boleh memberikan kesan ke atas prestasi kerja individu tersebut. Goleman (1995) telah mengemukakan satu teori untuk menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi emosi seseorang. Teori tersebut dikenali sebagai Teori Kecerdasan Emosi. Teori ini menerangkan faktor kegagalan dan kejayaan seseorang dalam kehidupan peribadi dan kerjaya masing-masing.

5 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Goleman (1999) menyarankan lima faktor atribut terhadap kecerdasan emosi. Faktorfaktor tersebut ialah: kesedaran kendiri, pengawalan kendiri, motivasi kendiri, empati dan kemahiran sosial. Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh. Pengawalan kendiri dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Individu yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Individu sedemikian juga cepat pulih dari pada tekanan emosi. Individu yang mempunyai motivasi kendiri berupaya menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi. Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial. Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar
6 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

runding yang baik di samping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam sesebuah organisasi. 5.0 TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu di persekitaran. Perkembangan psikososial ini membentuk personaliti kanak-kanak. Terdapat 8 peringkat perkembangan psikososial dalam teori ini yang saling berkait antara satu sama lain. Individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat. Peringkat pertama ialah asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan. Peringkat ini bermula sejak lahir sehingga berumur satu tahun. Di sini, individu berhadapan cabaran membina asas kepercayaan dengan persekitaran. Asas kepercayaan timbul jika mendapat jagaan yang sempurna secara tetap oleh penjaganya. Menurut Erikson, jika tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti penyusuan tidak dijaga atau lampin tidak bertukar, ketidakpercayaan kepada orang lain timbul dalam diri bayi yang akan menimbulkan ketakutan dan berprasangka. Peringkat kedua ialah autonomi lawan keraguan. Peringkat ini bermula pada umur satu hingga tiga tahun. Perkembangan tertumpu kepada perkembangan fizikal. Rasa percaya kepada keupayaan diri timbul jika berjaya dan menerima sokongan. Jika gagal mereka akan ragu-ragu terhadap keupayaan diri. Kanak-kanak cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa bantuan-mereka ingin mempunyai autonomi terhadap diri sendiri. Ini seperti cuba makan minum, membuang air, pakai kasut sendiri. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk berdikari dan meneroka perlakuan fizikal akan merasa mempunyai autonomi. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu terhadap keupayaan sendiri. Peringkat ketiga ialah inisiatif lawan rasa bersalah. Peringkat ini bermula pada empat hingga lima tahun. Kanak-kanak cuba berdikar dan ada inisiatif melakukan sesuatu sendiri, tetapi jika mereka gagal mereka akan berasa bersalah. Kanak-kanak akan cuba untuk menjadi lebih berdikari. Mereka meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran-kemahiran baru. Mereka suka bertanya dan meminta penjelasan untuk peristiwa dan situasi yang dilalui. Inisiatif dalam diri kanak-kanak digalakkan dengan sokongan dan peluang oleh orang dewasa manakala galakan kanak-kanak lain menghargai hasil kerja rakan. Rasa bersalah terhadap diri sendiri akan timbul apabila kanak-kanak dihukum atau tidak diberi peluang semasa mencuba kemahiran.
7 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Peringkat keempat pula ialah industri lawan rasa rendah diri. Peringkat ini bermula pada 6-11 tahun. Kanak-kanak perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan. Kegagalan akan memberi impak merendah diri. Peringkat ini timbulnya rasa kompetensi dan industri. Industri ialah kejayaan dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dan menghasilkan sesuatu yang memuaskan hati kanak-kanak. Kemahiran yang diperoleh berkisar di alam persekolahan.Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada keupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial dengan individu di persekitaran mereka. Peringkat kelima ialah kecekapan lawan rasa rendah diri. Peringkat ini bermula pada umur 12-18 tahun. Pada peringkat ini, Golongan remaja mencari identiti sepertin cita-cita, kemahiran, jantina dan bersosial. Remaja mencari identiti dan membina personaliti diri. Pada peringkat ini, remaja ingin memahami diri sendiri dan bagaimana mereka berbeza dengan orang lain. Remaja juga harus menyeimbangi kehendak diri sendiri dengan kehendak orang di persekitaran seperti ibubapa, guru, rakan. Remaja juga mencari dengan mereka meniru identiti orang lain di persekitaran. Erikson percaya bahawa remaja yang berjaya melepasi krisis ini akan berjaya membina identiti diri. Manakala, yang gagal akan mengalami kecelaruan identiti, rasa tidak selamat, ragu-ragu dan akan mengalami pelbagai masalah di peringkat seterusnya. Peringkat keenam ialah keintiman lawan keasingan. Peringkat ini bermula pada 18 hingga 35 tahun. Mebentuk keintiman dalam hubungan, menuju perkahwinan dan membina kerjaya. Krisis utama dalam peringkat ini ialah membentuk hubungan intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain tanpa hilang identiti diri. Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain. Peringkat ketujuh ialah menjanakan lawan tetap. Peringkat ini bermula pada umur dalam lingkungan 40 hingga 65 tahun. Krisis psikososial adalah antara keperluan hendak menjadi lebih produktif dalam duniapekerjaan dan keluarga dengan gaya hidup dan pencapaian kendiri. Pada peringkat ini umumnya individu mencari pekerjaan yang produktif, melibatkan diri dalam penjagaan anak, menerima cabaran, halangan serta matlamat-matlamat baru.

8 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Peringkat terakhir ialah integriti lawan kekecewaan. Peringkat ini bermula pada 65 tahun ke atas. Pada peringkat ini, individu menghadapi kejayaan di dalam hidup berkeluarga dan karier. Pada peringkat ini seseorang individu telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran di dalam hidupnya. Individu yang berjaya melepasi segala krisis perkembangan akan bangga dengan segala pencapaian dan kejayaan yang diperolehi. Kegagalan melepasi krisis-krisis perkembangan pula akan membawa kepada kedukaan dan kekecewaan di hari tua. 6.0 MAKLUMAT TENTANG RESPONDEN Biodata Responden Nama Umur Alamat Jantina Kaum Agama Status Perkahwinan Pekerjaan Pelajar dalam bidang perubatan Di Universiti Cairo Muhammad Najib bin Hasan @ Ahmad 23 tahun Kampung Lopeng Tengah, Riam, 98000 Miri, Sarawak. Lelaki Melanau Islam Bujang

Latar Belakang Keluarga Responden Nama bapa Pekerjaan Nama Ibu Pekerjaan Adik-beradik Hasan @ Ahmat bin Aris Kerja kapal Jemayah binti Kedri Suri rumah Anak kedua daripada empat adik-beradik

Faktor pemilihan responden kerana beliau menyerlah dalam bidang akademik khususnya. Beliau mempunyai aspek seimbang dalam semua bidang. Responden memperoleh 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan 11A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau juga ketua pengawas sesi 2004/2005, Pengerusi Persatuan Sains dan Matematik sesi 2004/2005 dan Pengerusi pengakap sesi 2004/2005. Responden juga aktif dalam bidang sukan seperti menyertai MSSM bahagian Miri
9 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

dalam acara lompat kijang dan mendapat tempat ketiga. Beliau juga mewakili pasukan bola sepak sekolah. 7.0 CIRI-CIRI FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL RESPONDEN Perkembangan fizikal Perkembangan emosi Mula berjalan sejak berumur 1 tahun 6 bulan Membesar secara normal seperti kanak-kanak biasa. Berat terkininya ialah 65 kg Tingginya ialah 175 cm Menunjukkan emosi sejak dari lahir Menangis apabila kelaparan, ketakutan dan sebagainya Mempunyai emosi seperti kanak-kanak normal Menunjukkan perasaan suka dan duka ketika di alam kanakkanak lagi Suka menolong kawan-kawannya atau pun orang lain sejak dari kecil lagi Mempunyai sifat empati yang tinggi serta mudah

menghulurkan bantuan kepada rakan sekiranya terdapat kesusahan Perkembangan sosial Mula berinteraksi dengan ahli keluarga 1 tahun 6 bulan ataupun selepas pandai bercakap Mempunyai ramai kenalan tetapi hanya sedikit sahaja kawan rapat Hanya berkawan dengan kanak-kanak yang lebih tua sedikit dengannya Di sekolah rendah, beliau hanya rapat dengan kakaknya yang lebih tua 2 tahun Beliau belajar untuk berkawan selepas kakaknya pindah sekolah Di sekolah menengah, beliau menpunyai ramai kawan, dan hanya beberapa orang sahaja teman rapat dan masih rapat

10 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

hingga sekarang Mengakui bahawa beliau agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru Disenangi ramai oleh rakan-rakannya dan guru-gurunya.

8.0 STRATEGI DAN PENDEKATAN Kesukaran menyesuaikan diri di tempat baru Responden mengakui sendiri bahawa beliau agak sukar bergaul dan menyesuaikan dirinya di tempat baru. Kesan daripada ini boleh dikurangkan dengan sentiasa menghubunginya dan memberikannya galakan agar lebih cekal ditempat baru. Dengan kerjasama ahli keluarga dan guru-guru, responden dapat berasa diingati dan gigih menghadapi kehidupan di tempat baru. Kita juga boleh membantunya dengan menggalakkan beliau mencari kenalan rapat agar dapat membantu responden di tempat baru. Pencapaian di bawah tahap sebenar. Semasa tingkatan 4, beliau pernah mendapat keputusan peperiksaan sekolah yang agak rendah bagi seseorang yang mempunyai potensi sepertinya. Strategi yang boleh dilakukan ialah strategi sokongan. Kita boleh membantunya mengatasi kelemahannya dan membantunya menerima kekurangan manusia. Oleh kerana gaya pembelajaran boleh menpengaruhi pencapaian, pastikan responden mengikuti program yang fleksibel dan mempunyai guru yang boleh mengajar pelbagai gaya yang mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Kita juga boleh mencari peluang agar memberi peluang kepada responden untuk mendalam topik dan membentuk hubungan mentor dengan orang dewasa. Meningkatkan kreativiti Jika diambil daripada apa yang dipelajarinya ataupun khusus yang sedang diikutinya, sudah tentu beliau akan bekerja menjadi doktor. Tujuan program peningkatan kreativiti ini ialah memastikan beliau bukan hanya doktor yang mampu merawat dan mengdiagnos pesakit, tetapi, doktor yang mampu mencipta ubat-ubatan baru, penawar baru dan sebagainyan. Dengan erti kata lain, seorang doktor yang berinovatif. Responden boleh mengikuti aktiviti yang menjana minda
11 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

seperti penyelesaian masalah kreatif. Aktiviti ini berbentuk penyelesaian masalah dan melalui proses mengenalpasti masalah, mengenalpasti penyelesaian, kritiria dan baru mengfokus kepada jawapan akhir. 9.0 PENUTUP Kesimpulannya, golongan pintar cerdas mempunyai ciri fizikal yang agak sama dengan golongan biasa. Namun mereka berbeza dalam aspek emosi dan sosial. Pelbagai aspek boleh diulas dalam ciri-ciri emosi dan sosial kanak-kanak pintar cerdas. Ciri-ciri seperti sensitif, sukar bergaul dan sebagainya perlulah diambil langkah atau intervensi bagi mengelakkan masalah berpanjangan. Faktor persekitaran seperti ibu bapa, guru-guru dan masyarakat perlulah bijak mengatur strategi dan pendekatan yang bersesuai dengan masalah yang dihadapi golongan ini. Jika masalah ini berlarutan, hilanglah aset berharga negara kita. Bakat-bakat golongan ini perlulah diasah dan dicungkil agar bakat-bakat ini berkembang dan memyumbang kepada pembangunan negara. Bakat ini tidak akan berkembang sekiranya tidak didedahkan dengan aktiviti dan pengalaman yang bersesuaian dengan bakat-bakat mereka.

12 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Rujukan Doherty, J. &. (2008). Physical education and development. London: Routledge. Erikson's Theory of Psychosocial Development. (n.d.). Retrieved 10 15, 2010, from About.com:Psychology: http://psychology.about.com/od/theoriesofpersonality/a/psychosocial.htm Piirto, J. (1999). Talented Children and Adults. Ashland University: Merril Prentice Hall. Sousa, D. A. (2003). How the Gifted Brain Learns. California: Corwin Press, Inc.

13 KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Anda mungkin juga menyukai