Anda di halaman 1dari 1

ABJAD DAN NOMBOR Panduan mengira nombor asas melalui adalah satu kaedah untuk mencari nama perniagaan

yang sesuai dengan nombor asas individu. Sekiranya setelah membuat kiraan, anda dapati elemen nama perniagaan adalah sama dengan elemen nombor asas, bermakna nama tersebut adalah sesuai. Daftarkan perniagaan tersebut dan pada kad bisnes anda gunakan warna elemen sokongan anda. Berikut adalah jadual nombor dan abjad: Nombor 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Abjad A B C D E F G H I Abjad J K L M N O P Q R Abjad S T U V W X Y Z

Anda mungkin masih keliru. Jom kita lihat contohnya: Katalah anda nak buat nama perniagaan Delima Network: D = 4, E = 5, L = 3, I = 9, M = 4, A = 1, N = 5, E = 5, T = 2, W = 5, O = 6, R = 9, K = 2 Jadi, cara kiraannya : 4+5+3+9+4+1+5+5+2+5+6+9+2 = 60. Lepas tu, kira 6 + 0 = 6. Jadi, nombor asasnya = 6 (elemen = Besi). Jadi, jika nombor asas tarikh lahir anda adalah 6 atau 1, nama Delima Network adalah sesuai. Sebab elemen Besi adalah dimiliki oleh 6 dan 1. Sila rujuk pada ebuku. Dari ebuku tersebut, elemen Besi adalah disokong oleh Tanah, maka warna sokongan anda adalah Coklat, Beige dan Kuning. Jadi, warna teks dalam kad bisnes anda sepatutnya warna sokongan anda. Logo perniagaan anda juga boleh gunakan warna sokongan ini. Insyaallah, perniagaan anda akan mendapat keuntungan yang berlipat ganda.

Anda mungkin juga menyukai