Anda di halaman 1dari 1

JHEPA/ 10 April

2008

ZULKHAIRI & MUSTAFA SDN. BHD


Kafeteria Pelajar 1

DILA TRADING
Kafeteria Pelajar 2

SRI MURIN ENTERPRISE


Kafeteria Pelajar 3

SUPIAH SUJAK
Kafeteria Pelajar 4

ERA GEMILANG ENTERPRISE


Kafeteria Pelajar 5

Tuan,

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA PEMBERSIHAN KAFETERIA

Dengan sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Seperti yang kita sedia maklum, program ini merupakan hasrat yang disuarakan oleh
Dekan JHEPA dan telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat pada 7 April 2008 hari Isnin
yang lalu. Segala butiran mengenai program tersebut seperti dibawah:-

Hari : Ahad
Tarikh : 13 April 2008
Waktu : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Kafeteria KK1

3. Sehubungan dengan itu, semua pengusaha dan pekerja-pekerja kafeteria diwajibkan


hadir bagi melaksanakan tugas-tugas pembersihan tersebut. Untuk makluman pihak tuan,
program ini juga melibatkan wakil pelajar-pelajar, staff kolej kediaman dan pekerja
pembersihan kafeteria bagi menjayakan lagi program gotong-royong ini.

4. Di samping itu, dengan persetujuan daripada semua pengusaha kafeteria pada


perbincangan yang lepas telah bersetuju untuk menyediakan makanan pagi dan tengahari
kepada mereka yang bekerjasama menjayakan program ini.

Segala kerjasama daripada pihak tuan saya sudahi dengan ucapan ribuan terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas

NOORAFIZAH BT. ABD. RAFFAR


Penolong Pengurus Asrama
Kolej Kediaman Pelajar 3
Universiti Malaysia Pahang

Anda mungkin juga menyukai