Anda di halaman 1dari 5

Oleh: faniafnan.blogspot.

com Suka penulis membuka artikel ini dengan sebuah hadis sebagai peringatan pada diri sendiri, Dari Ibnu Masud r.a., dari Nabi SAW bersabda: Akan sentiasa tegak berdiri kaki anak Adam pada hari kiamat kelak mengadap Tuhannya, hinggalah ditanya tentang lima perkara : Pertama, umurnya pada apakah dia habiskan? Kedua, masa mudanya, bagaimanakah digunakan? Ketiga, hartanya dari manakah sumbernya? Keempat, hartanya pada apakah diinfaqkan ( pergunakan ) dan kelima ilmunya, bagaimanakah dia beramal dengannya.
(Hadis ini gharib menurut Abu Isa Al-Tirmidzi dalam Sunan Al-Tirmidzi, tidak tahu ianya dari riwayat Ibnu Masud dari Nabi SAW yang hanya didapati dari periwayatan hadis Al-Husain b. Qais. Dan Husain b.Qais ini pula lemah dalam meriwayatkan hadis yakni lemah dari segi hafalannya dan pada bab-bab tertentu dari Abi Barzah dan Abi Said. ( Syarah Tuhfatul Ahwazi, Al-Mubarakfuri ))

Jadi, insyaAllah saya akan cuba berikan sedikit ilmu yang saya ada ini kepada kalian. 10 Tips Dalam Menghadapi Peperiksaan 1. Taqwa kepada Allah

Tanpa ada rasa taqwa yakni takut pada Allah, sia-sia sahaja kita menduduki peperiksaan. Kerana nilai taqwa dibalas janji kukuh dari Allah dengan pertolonganNya. Malah, ianya adalah perintah dari Allah. Tidak percaya? Firman Allah: ..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). ( Surah Al-Talak:2 ) ..sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. ( Surah Al-Talak: 4 ) Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. ( Surah Al-Nisa : 131 ) Dah Dia yang memiliki bumi dan langit, pastinya kertas peperiksaan hanyalah benda remeh yang kecil. Jadi, bertaqwalah kamu sebelum kamu menjawab peperiksaan. Allah tidak pernah menipu kalau Dia kata ada jalan keluar dan Dia nak mudahkan lagi urusan kita. Yakinlah.

2.

Berusaha diajar, belajar dan mengajar

Sebuah kejayaan tidak akan tercipta tanpa perlu berusaha, tanpa berpenat lelah. Tiada sebarang ragu lagi. Berusahalah dengan apa cara sekalipun. Terima apa yang diajar dengan baik, belajar dengan bersungguh, kemudian kita ajarkan kembali ilmu yang kita dapat pada sahabat-sahabat yang tidak memahami. Man jadda wajada. Siapa berusaha, dia berjaya. Konsep mudah. Begitu juga perniagaan, tiada jalan mudah cepat kaya hanya dengan modal malas dan goyang kaki. 3. Lillahi Taala

Perlu malah saya hukumkan wajib mulakan apa usaha sekalipun, persediaan dari segi mental dan fizikal; niat itu adalah kerana Allah Taala. Dengan lafaz bismillah mulakan persiapanpersiapan dan muzakarah serta ulangkaji peperiksaan. Bayangkan Allah bersama kita dalam setiap pembacaan dan penulisan kita. Jauhkan sikap ber akan, nanti, rilek dulu, lambat lagi, semua ini hanya membantut. Allah tidak menunggu orang yang bermalas-malasan. Maut juga tidak menunggu biar satu saat pun. 4. Harapkan Taufiq dariNya Sentiasa

Dalam berusaha, perlu sentiasa minta pertolongan Allah. Jangan biar sedetik pun berlalu tanpa mengharap taufik dari Allah. Ingat, walau sekuat mana kita berusaha tapi jika Allah tak redha, kita tidak akan berjaya melepasi halangan yang tidak tersangka-sangka. Kejayaan mutlak adalah di tangan Allah, mintalah dengan sungguh-sungguh hati kejayaan itu agar dianugerahkan ke tangan kamu pula. Firman Allah: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ( Surah Al-Baqarah: 186 ) Jadi, doalah kawan-kawan. Doa setiap masa. Sebelum baca, selepas baca, ketika baca. Doa jangan berhenti di dalam hati. Barulah terasa kebersamaan dengan Allah dan sekaligus meranapkan rasa terlalu mengagungkan sistem peperiksaan. Ingat, kita adalah hamba selamanya. 5. Bunuh Bisikan Yang Membunuh Semangat

Dalam masa kita tengah penuh aura kesungguhan, ya sudah pasti syaitan dan nafsu merasuk fikiran. Malaslah, kamu takkan berjaya, kalau dah bodoh, belajar pun tak guna, baik tidur dan macam-macam lagi akan datang mengganggu. Senjatanya mudah, zikrullah. Dalam kesibukan kita menelaah pelajaran, luangkan sedikit masa 30 saat atau kurang menyebut

Allah..Allah..Allah..Ya Allah... Itu dah kira zikrullah. Zikrullah inilah yang akan membunuh rasukan-rasukan yang membunuh semangat! Tidak percaya juga? Firman Allah: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. ( Surah Al-Rad:28 ) Nah, bukti sudah terpampang. Percayalah kawan-kawan zikrullah itu menenangkan jiwa. Membantu anda sukses dalam peperiksaan dan dalam apa sekalipun! 6. Trick ketika menjawab kertas peperiksaan

Mulakan dengan doa, cari soalan yang mudah dan buat apa yang kamu yakin kamu mampu dulu. Kemudian, anda akan menghadapi beberapa kesulitan normal berikut; Andai terlupa jawapan, terlupa kata kunci yang penting dalam kepala, caranya adalah dengan sebut nama Allah ( berzikir ringkas adalah suggestion ). Firman Allah: ..dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudahmudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini. ( Surah Al-Kahfi : 24 ) Kedua, bila terserempak soalan yang sangat susah sampai dalam hati kata, Allah, tak tahu nak jawab macam mana dah yang ni.. Bacalah doa ringkas ini dari hadis mursal : Ya Allah! Sesungguhnya tiada kesusahan melainkan Engkau jualah yang menjadikannya mudah dan Engkau jualah yang menjadikan kesedihan-kedukaan itu sebagai mudah jika Engkau kehendaki. Alternatif, Ibnu Taimiyyah pula mengamalkan doa ini ketika beliau lupa dan dalam kesulitan: Ya Allah! Mahaguru kepada Nabi Ibrahim ajarilahku, Maha Pemaham kepada Nabi Sulaiman fahamkanlah daku. Sebenarnya, ada banyak lagi doa yang mungkin membantu. Apa lagi, robeklah buku-buku doa yang ada. Penulis cadangkan buku Doa-doa kesukaan Nabi Muhammad SAW oleh Imam Nawawi, boleh beli di kedai buku atau MPHonline.com. 7. Jangan Meniru

Plagiat atau meniru dalam apa bentuk sekalipun adalah antara tanda-tanda lemah iman. Dahlah tidak cukup berusaha, mahu mencuri hasil usaha orang lain pula! Malulah! Dapat rendah tidak mengapa, jangan direndahkan Allah di padang mahsyar nanti sudahlah. Kenapa terjadi plagiat ini? Kerana penerimaan tarbiyah diri yang tidak sempurna. Kerana tidak yakin pada Allah. Kerana terasuk oleh bisikan syaitan. Sabda Nabi SAW tentang meniru,

Sesiapa berdusta ( tipu dalam bentuk meniru ), bukanlah dari golongan kami ( orang Islam dan para salaf ) ( Hadis Muslim ) Dan mereka yang mengesan perbuatan terkutuk ini, harus mengikuti perintah Nabi SAW: Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka tegahlah dengan tangan kamu, jika tidak mampu maka dengan lidahmu, jika tidak mampu juga maka bencilah dengan hati kamu dan itu adalah selemah-lemah iman. 8. Tangani sifat malas

Kriteria ini tidak perlu dibahas lagi. Seeloknya sifat malas ini dibanteras oleh orang terdekat dengan kamu. Contoh seperti ibu merotan anaknya yang malas solat. Jadi, jika ibu yang berada dekat dengan kamu, wajarlah si ibu merotan anaknya yang malas berusaha untuk peperiksaan. 9. Ingat, kejayaan dunia jua kejayaan akhirat jika kena pada tempatnya

Firman Allah: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orangorang yang berbuat kerosakan. (Surah Al-Qasas:77 ) InsyaAllah, jika najah di dunia ( dah berjaya dan beroleh kejayaan dalam bentuk material, wang ringgit, pangkat dsb ) yang mana kena dengan saranan syarie dan dengan kehendak Allah, kamu akan memperoleh kejayaan di akhirat sana sebagaimana Allah janji. Biiznillah. Pakat-pakat doa moga kejayaan kita itu adalah kejayaan yang dirahmati Allah. Bukan dimurkai dan sia-sia. 10. Redha Dengan Suratan Takdir

Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya kalau/andai/sekiranya akan membuka pintu kepada amalan syaitan ( Hadis Sahih ) Janganlah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Tak perlulah kata, Allah, kalaula aku jawab macam ini.., kalaulah aku baca yang ini... Redha dengan qada dan qadar. Redhalah akan ketentuan Allah. Yang penting, kita dah berusaha. Jangan gusar, pasti kejayaan akan jadi milik kita suatu hari nanti. Lambat atau bangat (cepat ) sahaja. Positifkan dirimu!

Akhir sekali, penulis berdoa kepada Allah dengan rasa hina diri dan rendah hati sesuai dengan firmanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 286: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

Anda mungkin juga menyukai