Anda di halaman 1dari 1

ADAB KETIKA MARAH

Rasulullah s.a.w pernah menasihatkan seorang lelaki: Jangan marah. (Riwayat al-Bukhari). Menurut al-Khattabi, maksud larangan tersebut adalah menjauhi sebab-sebab mencetuskan marah dan jangan melakukan sesuatu yang mengarah kepadanya. Mari perhatikan adab-adab ketika marah seperti berikut : Jangan marah kecuali kerana Allah Sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Demi Allah, baginda tidak pernah marah kerana urusan peribadi yang beliau hadapi kecuali apabila larangan Allah yang dilanggar, maka beliau akan marah kerana Allah. (Riwayat al-Bukhari no.6404) Ingat kekuasaan dan keagungan Allah ketika marah Menahan marah. Allah menyukai orang yang menahan marah sebagaimana firmanNya yang bermaksud: dan orang yang menahan marahnya dan memberi maaf kepada orang lain dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. (Surah Ali Imran 3 : 134) Berlindung kepada Allah ketika marah. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Jika seseorang yang marah mengucapkan A`uzabillah (aku berlindung kepada Allah), nescaya akan reda kemarahannya. (Riwayat Ibn `Adi) Diam. Daripada Imam Ahmad, maksud sabda baginda s.a.w. : Ajarilah, permudahkanlahdan jangan menyusahkan. Apabila salah seorang daripada kalian marah, hendaklah ia diam. Mengubah posisi. Sabda Rasulullah s.a.w., yang maksudnya: Jika salah seorang daripada kamu marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, maka hendaklah ia berbaring. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah) Berwuduk. Marah itu api syaitan. Oleh sebab itu, sejukkan marah dengan berwuduk. Bersabar dan memaafkan. Sebaik-baik orang yang marah, memaafkan orang yang dimarahinya. Maksud firman Allah: Dan jika mereka marah, mereka memberi maaf. (Surah al-Syura 42 : 37) Jangan berdendam. Allah berfirman yang bermaksud: Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaaan yang ditimpakan kepadamu. Jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabra. (Surah al-Nahl 16 : 126)

Sumber: Solusi, Isu No.25

Anda mungkin juga menyukai