Anda di halaman 1dari 3

Faktor Kegagalan Usahawan Muda Usahawan Muda

Untuk menjadi Usahawan Muda harus punyai pengalaman yang luas, barulah boleh berjaya namun adakah faktor pengalaman sahaja seorang usahawan itu mampu berjaya? Dalam pepatah English ada menyebut practice make perfect juga adalah faktor untuk berjaya,dengan melakukan try error seorang usahawan itu maka akan mendapat sebuah pengalaman yang sungguh bermakna. Tahukan anda bahawa nama-nama besar seperti Bill gates, Michael Dell, Thomas Edison, Alexander Graham Bell dan ramai lagi yang lain-lain telah melakukan try error begitu banyak untuk memperolehi sebuah kejayaan? apabila kejayaan tersebut dikecapi pastinya akan terasa kemanisan dalam setiap jerih usaha yang ditaburkan. kerana setiap kegagalan itu adalah sebuah pengalaman yang akan mengajar kita untuk terus maju dan tidak berputus asa. Dalam usia yang muda ini, kita harus menanam dalam minda kita bagaimana ingin menjadi Usahawan Muda yang hebat. biarlah dikala rakan sebaya kita masih sibuk melakukan kerja yang tidak berfaedah, sebagai orang muda yang mempunyai Minda Usahawan harus lakukan suatu anjakan paradigma dan bidang keusahawanan yang dapat ditonjolkan kepada masyarakat kita.

Minda Usahawan Muda

Jika kesungguhan dan kegigihan tanpa sebarang strategi ataupun plan pastinya akan mula berasa putus asa. Seorang Usahawan Muda harus merangka strategi dan plan yang efektif untuk melakukan sebarang tugasan. kerana keputusan yang terburu-buru pasti akan melambatkan proses sebuah kejayaan! Faktor usia bukan halangan untuk berjaya namun seringkali juga ada kes apabila anak2 muda ingin berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan, tidak diberi sepenuh perhatian daripada mereka yang lebih dewasa. ada juga tidak percaya terhadap matlamat yang diimpikan oleh anak muda ini sehingga matlamat mereka hanya tinggal anganangan sahaja. Sepatutnya kita harus bersyukur sekarang kerana golongan belia kini sudah mendapat perhatian kerajaan dan juga badan swasta. seharusnya golongan belia mainkan peranan habis-habisan dengan membolot segala kemudahan yang disediakan kepada mereka demi untuk masyarakat sejagat.

Kisah Usahawan Muda Yang Berjaya


1. Tidak memikirkan Keuntungan dalam masa singkat. Seorang usahawan tidak boleh memikirkan akan mendapat keuntungan wang dalam tempoh masa yang begitu singkat. usah ceburi bidang yang menjanjikan sebuah kehidupan yang senang dalam sekelip mata jika kerana pasti ada sesuatu yang tidak kena disebaliknya. 2.Risiko pasti ada dalam setiap perniagaan. jika tidak berani bermain dengan risiko maka seharusnyaUsahawan Muda itu bermula pada tahap yang mampu ditimpuhi sebelum ia pergi lebih jauh. 3. Untung Rugi Dalam Perniagaan. menjadi Usahawan Muda pasti akan mengalami detik Untung dan Rugi dan kadang-kala ianya akan memberi impak yang besar juga dalam kehidupan. 4. Ada yang Menjadi kaya dalam jangka masa pendek. sebenarnya tiada istilah goyang kaki untuk menjadi usahawan muda yang berjaya. kerana sudah pasti mereka itu telah berusaha gigih untuk ke tahap tersebut. 5. Strategi Mantap. setiap strategi yang dilakukan harus melalui mesyuarat dan muafakat. kerana kita bukan hidup seorang didunia dan tidak perlu kedapa orang lain. kita juga insan biasa seperti mereka. 6. Pengharapan Dan Doa. pepatah melayu mengatakan manusia merancang,ALLAH yang tentukan memberi erti yang sangat besar dalam hidup seorang Usahawan Muda. Tanpa pengharapan dan doa maka usaha yang dilakukan bagai tiada ertinya.

Final Destination Usahawan Muda


Sebagai manusia pastinya kehidupan ini ada penghujungnya, bagaimana hebat nya kita didunia initetap kita bergelar hamba ALLAH yang tiada apa-apa. harta kekayaan,pangkat darjat,kuasa duniawi pasti akan terkubur juga satu hari nanti. Oleh itu dalam giat menjadi Seorang Usahawan Muda, jangan lupa beramal soleh dan bersedekah kepada fakir miskin. bank pahala kita amat-amat penting untuk kehidupan kemudia hari walaupun tidak kelihatan didunia. Semoga anda bakal menjadi usahawan muda~

Dari Kiri - Saudara Jamaluddin Bahari, Saudara Rahman Basri, Saudara Suthan Mookaiah, Saudara Mohd Zulfadli (Smartzul), Saudara Patrick Chan, Saudara Ammar Zahar, Saudara Irfan Khairi Dibawah - Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed

Anda mungkin juga menyukai