Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

ACARA PERASMIAN KEKUATAN : Acara perasmian berjalan dengan lancer. Semua persiapan telah diadakan dengan rapi.Guru-guru memberikan komitmenyang sewajarnya terhadap tugasan yang telah diberi. KELEMAHAN : Namun begitu, terdapat beberapa perkara sedikit sebanyak telah mencacatkan majlis iaitu para pelajar yang tidak mengendahkan dan tidak menghormati majlis dan perlu dititikberatkan CADANGAN : Menambah bilangan jawatankuasa kawalan pelajar dan menasihati pelajar yang terlibat.

ACARA PERSEMBAHAN KEKUATAN : Semangat yang luar biasa daripada pelajar yang membuat persembahan menjadikan acara persembahan berjalan lancer dan Berjaya menarik minat para pelajar untuk melihatnya. KELEMAHAN: Masa yang singkat dan makluman kepada pelajar pada saat akhir . CADANGAN : Membuat perancangan rapid an pelajar dimaklumkan awal dan masa latihan yang lebih panjang diberikan.

PAMERAN KEKUATAN : Guru-guru dan pelajar-pelajar memberikan komitmen yang baik.pelajar menunjukkan minat dan mengambil peluang menambah pengetahuan . Juga melibatkan agensi luar seperti Jabatan Pertahanan Awam. KELEMAHAN: Masa pameran terlalu singkat. CADANGAN: Tempoh pameran yang lebih lama seperti 3 hari atau seminggu.

GERAI JUALAN KEKUATAN: Mendapat sambutan yang baik dari pelajar, guru dan orang luar.

KELEMAHAN: Tiada gerai dari pihak luar. CADANGAN: Adakan penglibatan gerai dari pihak luar.

MINGGU KOKURIKULUM AHAD BIDANG BAHASA: Semua aktiviti berjalan dengan lancar. ISNIN BIDANG KEMANUSIAAN: Semua aktiviti berjalan dengan lancar. SELASA BIDANG VOTEK: Semua aktiviti berjalan dengan lancar. Bagi aktiviti Junior Chef Cooking Competition, peserta-peserta dapat menunjukkan kreativiti masing-masing. Aktiviti Table Setting Competition, peserta sangat kreatif dan aktiviti ini menarik. Untuk Pertandingan Menghasilkan BBM menggunakan PowerPoint (Ting 4 dan 5), kurang mendapat sambutan. Pertandingan Menghasilkan BBM (KHB) tingkatan 1,2 dan 3 ialah membuat kad menu. Untuk Pertandingan Terrarium, pelajar menunjukkan minat. Pertandingan Catur Bestari pula dapat mendedahkan peserta kepada selok belok perniagaan. Untuk Kuiz Ekonomi Asas yang diadakan untuk tingkatan 4CD, 4CK dan 5CK, peserta menunjukkan kesungguhan menjawab soalan kuiz. Pertandingan Gubahan Kreatif pula berjalan selama 1 jam 30 minit, dapat menjana idea para peserta. RABU BIDANG SAINS DAN MATEMATIK: Semua aktiviti yang diadakan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari pelajar. Untuk aktiviti Science Story Telling SMA (Individu) mendapat sambutan yang hangat, pelajar bersungguh-sungguh untuk membuat persembahan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai