Anda di halaman 1dari 19

MAS COTEK

Negara kita, Malaysia mempunyai sumber bahan mentah tumbuh-tumbuhan dan herba di antara yang terbaik di dunia.
Walaubagaimanapun, pengguna dan pengamal perubatan tradisional tempatan gagal untuk mengeksploitasikan sumber-sumber yang ada
bagi menggiatkan pembangunan industri perubatan tradisional. Mengikut kajian yang telah dijalankan mendapati terdapat potensi besar
pasaran produk barangan kesihatan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan herba.
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya Ficus deltoidea dari famili moracea adalah sejenis pokok herba meliar yang
menumpang di atas pokok lain (epifit). Biasanya dijumpai di kawasan perbatuan dan pergunungan. Sebenarnya terdapat lebih dari 80
spesies mas cotek antaranya adalah telinga beruk, telinga gajah, telinga kera, delima sudip, mas cotek kelilik kering, pitis skeleng kecil dan
lain-lain. Perbezaan di antara spesies dapat dikenalpasti melalui bentuk daun, bentuk urat daunnya dan lain-lain lagi. Setiap spesies
mempunyai peranan masing-masing dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Di Malaysia, spesies serapat angin boleh dijumpai dengan banyaknya di bahagian pantai timur semenanjung terutamanya di negeri
Terengganu. Spesis telinga beruk dan telinga gajah pula banyak dijumpai di negeri Kelantan. Di kawasan tengah dan selatan semenanjung
boleh dijumpai spesies delima sudip, manakala di bahagian utara semenanjung dengan banyaknya terdapat spesies telinga kera.
Nama mas cotek diberi kerana terdapatnya bintik-bintik halus yang berwarna emas pada permukaan atas setiap helaian daunnya.
Manakala pada buahnya terdapat titik yang berwarna merah muda. Benihnya pula disebar oleh burung yang memakan buahnya. Secara
tradisinya mas cotek boleh dikategorikan kepada :

a) Mas cotek jantan
b) Mas cotek betina
Perbezaan yang paling jelas dapat dikenalpasti di antara spesies mas cotek jantan dan spesies mas cotek betina adalah dari segi rupa
bentuk daun. Pokok mas cotek jantan mempunyai jenis daun yang kecil, tirus, nipis dan ringan manakala bahagian belakang daun terdapat
bintik bewarna merah. Pada lazimnya, daun-daun ini mempunyai satu bintik merah, namun terdapat juga daun yang mempunyai dua dan
tiga bintik merah.
Bagi pokok mas cotek betina pula mempunyai rupa bentuk daun yang lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan
bulat serta lebih tebal jika dibandingkan spesies jantan. Sama dengan spesies mas cotek jantan, daun mas cotek betina turut mempunyai
bintik pada bahagian belakang daunnya. Warna bintik pada daun betina adalah bewarna hitam bukannya berwarna merah. Urat daun mas
cotek betina kelihatan lebih jelas di bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan.
Mengikut konsep Doctrine of signature bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan
kegunaan herba tersebut untuk rawatan penyakit. Secara tradisi, daun mas cotek digunakan oleh kaum wanita selepas bersalin bagi tujuan
mengecut rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah dan dijadikan
sebagai teh herba untuk kesihatan dan kecantikan.
Kajian menunjukkan bahawa lima bahan aktif yang sangat diperlukan oleh sistem tubuh badan manusia terkandung di dalam mas
cotek adalah flavonoid, tannins, triterpenoids, proanthocyanins dan phenols. Bahan-bahan ini dikenalpasti berkemampuan membantu
minda dalam proses mengingat dan dapat menumpukan perhatian serta dapat merawat masalah kurang daya tumpuan. Ia juga mampu
melancarkan keberkesanan Vitamin C di dalam rangkaian anti-oksida, mengawal nitrit oksida dan peredaran darah,
mengawal pengoksidanan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikenali sebagai kolesterol jahat (bad cholesterol) dan dapat
mengurangkan tekanan darah tinggi.






CEKUR EMAS
Biasanya tumbuhan Cekur ditanam di sekitar rumah yang berkeadaan lembab dengan sedikit teduhan. Banyak
kelebihan, antaranya digunakan sebagai tonik untuk senak perut, membuang angin, sakit sendi serta
melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk
merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu.





CUCUR ATAP
Daunnya kecil atau halus seperti jarum, tersusun secara bertentangan dan mengeluarkan aroma bila
dihancurkan atau diramas. Tumbuhan ini didapati hidup secara meliar di kawasan tanah tinggi dan juga tumbuh
subur di tanah mineral.
Lazimnya tumbuhan ini digunakan sebagai teh herba untuk kesihatan. Daunnya dikatakan mempunyai
keupayaan untuk merawat demam, antibakteria dan melancarkan peredaran haid. Ia juga digunakan bagi
merawat selsema, sakit kepala, demam campak, uluran dan juandis dengan cara mengasapkan pesakit melalui
pembakaran daun kering atau menghidu wap air rebusan daun segar.






KUNYIT
Dalam perubatan, kunyit digunakan sebagai antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser. Kunyit juga
berupaya menyembuhkan luka dalam badan, membersih dan menghalang pembekuan darah, melancarkan
perjalanan darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selsema. Ia juga dikatakan dapat
menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.






DAUN KESUM
Secara tradisionalnya, air rebusan daun Kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman dan
menghilangkan kelemumur di kepala. Daripada segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena,
vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalsium , kalium dan fosforus.






DAUN LIMAU PURUT
Daun Limau Purut banyak digunakan dalam masakan seperti Tom Yam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia
juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak
antitumor atau pencegah kanser, Limau Purut juga berupaya merawat, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa
serta merangsang perjalanan darah.





MENGKUDU
Mengkudu @ Morinda Citrifolia mempunyai pelbagai kegunaan. Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat
melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya
ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, j antung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah
pinggang.Biasanya ia dibuat jus yang juga dikenali sebagai Jus Noni.








ROSELLE
Kelopak buah Rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai
teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping
memberi kesan awet muda. Selain itu, kelopaknya juga boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna
makanan.





PEGAGA
Pegaga @ Centella asiatica kini bukan sahaja dijadikan ulam dicecah dengan samabal belacan tetapi menjadi rebutan
saintis perubatan dan kosmetik antarabangsa. Tumbuhan hijau yang tumbuh melata ini dikatakan mengandungi sejenis
enzim yang bernilai tinggi tetripenoids yang menjadi antara bahan asas dalam pembuatan kosmetik kecantikan kulit dan
ramuan penting untuk dicampur dengan herba tertentu bagi mengubati penyakit barah. Ia juga diproses untuk dijadikan
minuman kesihatan atau tonik untuk menyegarkan badan selain peransang kepada pemulihan.
Dengan keistimewaannya, pucuk pegaga kini dilihat sebagai tumbuhan komersil . kajian secara saintifik menunjukkan
pucuk pegaga mempunyai enzim tetripenoid untuk dijadikan ubat anti kanser.
Selain itu terdapat empat jenis pegaga yang terdapat dinegara kita, iaitu pegaga biasa yang mudah diperolehi dikampung-
kampung, pegaga salad yang daunnya menyerupai daun salad sebenar (versi daun lebar) pegaga nyonya dan pegaga hitam.






TONGKAT ALI
Tongkat Ali @ Eurycoma longifolia jack merupakan tumbuhan yang masyur dan mujarab. Dalam ketegori perubatan
tradisional, ia digolongkan dalam jenis perubatan atasan kerana ia dapat meningkatkan daya imuniti semulajadi badan,
menguatkan daya tahan melawan penyakit dan sebagai ubat peransang eraksi. Oleh kerana keberkesanannya, ia sesuai
merawat pelbagai jenis penyakit. Di antara keberkesananya ialah:

1. Menambah tenaga
2. Menambah selera makan dan menguatkan sistem penghadaman. Memperbaiki sistem imuniti badan melawan penyakit.
3. Memperbaiki keadaan fizikal dan mental badan
4. Mengurangkan keletihan
5. Meningkatkan fungsi kulit dan otot.


ALFALFA
Alfalfa @ Medicago sativa merupakan tumbuhan yang mempunyai reputasi tinggi didalam perubatan herba. Ia sering
digunakan untuk membersihkan perjalanan darah serta untuk membuang toksik didalam badan. Ini kerana setiap hari kita
mengambil makanan makanan yang mengandungi toksik seperti hidupan laut yang telah tercemar. Alfalfa turut digunakan
didalam merawat dan mengesan jangkitan kuman pada pundi kencing, masalah penghadaman penyakit kulit serta ulser.





ALOE VERA
Aloe vera atau masyarakat Malaysia memanggilnya lidah buaya merupakan herba yang mempunyai bahagian yang lembik
dan lekit. Ia digunakan sejak dahulu lagi bagi meransang pengimunan badan, pelembab kulit, menghilangkan parut,
mengubati kulit yang melecur dan juga untuk melebatkan rambut.
Aloe vera turut dikaitkan dengan penyakit asma, kencing manis, serta penyakit ulser. Namun pada masa sekarang aloe vera
telah menjadi bahan ramuan yang penting didalam alat-alat kosmetik wanita yang beredar didalam pasaran. Kajian yang
dilakukan menunjukkan tumbuhan ini sangat berguna pada manusia dan patut ditanam oleh semua orang untuk digunakan
secara tradisional seperti sebagai syampu serta mengubat kesan melecur yang sering berlaku dirumah kita.





HALIA
Halia @ Ziniger officinale merupakan herba yang digunakan didalam perubatan purba China sejak dahulu lagi. Ia digunakan
untuk memanaskan badan, membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan usus besar, meredakan penyakit gout,
batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang senggugut, sesak dada, menangkis serangan ulser serta dapat meredakan kekejangan
otot. Ia juga turut digunakan untuk merawat rasa loya- loya serta meredakan tekanan. Namun pengambilan dalam kuantiti
yang banyak akan menyebabkan berlaku kompilasi didalam sistem penghadaman.






GINSENG
Ginseng @ Panax ginseng merupakan herba yang sangat bernilai didalam sejarah perubatan China. Diantara ginseng yang
popular ialah ginseng Korea ndan ginseng China. Ginseng ini sering digunakan sebagai tonik. Ia dikatakan dapat melegakan
ketegangan, menambahkan kadar metabolisma menurunkan kandungan darah didalam badan serta memperbaiki daya
imun badan.Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kencing manis, menurunkan kadar kolesterol, merawat gejala-
gejala menopous yang dialami wanita yang telah putus haid,mengubat kelesuan serta untuk melindungi badan daripada
serangan kanser. Ia juga sesuai untuk para ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Ia digunakan untuk mengecutkan sistem
peranakan serta memperbaiki kelancaran darah.Ginseng ini selalu dijadikan tonik dan diminum. Namun terdapat lagi cara
tradisional, iaitu dengan merebus ginseng ini untuk mendapatkan air pati rebusannya.






CENDAWAN
Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Cendawan ini kebanyakannya tumbuh meliar dan
dikutip oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan
kandungan gula di dalam darah, menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa
penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan kanser.
Cendawan ini boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan
cendawan ini telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang
segar agak terhad di pasaran.







AKAR SERATUS
Akar seratus adalah sejenis tumbuhan herba berumpun yang tidak berbatang dan tumbuh liar di kawasan hutan.
Daunnya jenis tunggal, terletak dalam susunan padat pada pangkal batang, berbentuk bujur memanjang, dengan bahagian hujung yang
tajam. Daun keluar dari pangkal batang, urat daun yang memanjang jelas kelihatan dan berwarna hijau tua.
Bunganya jenis majmuk, jambak bunga keluar dari tangkai yang panjang berwarna hijau.
Buahnya berjambak, berbentuk bujur dan berwarna hijau.
-Air rebusan akarnya diminum untuk merawat tenaga batin dan ubat periuk untuk ibu selepas bersalin.

POKOK DAMAR MINYAK
. Air rebusannya dapat mengubati sakit perut dan cirit birit. Teras kayu pokok ini dihancurkan dan digunakan bagi tujuan
melicinkan kulit.
.






KACIP FATIMAH
Air rebusan kacip fatimah terutama bahagian akarnya diminum untuk tujuan rawatan. Dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu,
penggunaan kacip fatimah terkenal dalam merawat wanita yang baru lepas bersalin. Selain daripada itu juga, keseluruhan pokok ini juga
boleh dijadikan debu dan digunakan untuk rawatan buasir dengan cara menyapu pada bahagian buasir yang keluar. Ia juga digunakan
untuk mengubati sakit dalam tulang danmeroyan.





POKOK CERAKA
Ia boleh digunakan untuk menjarangkan anak










TUNJUK LANGIT
Buah tunjuk langit ini di kunyah begitu saja oleh orang-orang kampung untuk mengubati penyakit2 kencing manis,
darah tinggi dan jangkitan2 virus atau bakteria seperti selsema, batuk, jerawat, resdung dan demam. Rasanya yang
teramat pahit dan sifat alkalinya dapat membuatkan sistem perdarahan badan kita lebih kuat untuk melawan dan
membunuh bakteria/virus yang cuba menyerang Ianya juga amat berkesan untuk memberi tenaga seperti hilangkan
mengantuk bila badan keletihan.







BELIMBING BULUH
Pokok lnl senung membesur dun uguk rendung. Iu sesuul sebugul pokok teduhun dlhulumun rumuh.Berdusurkun pengukuun pengumul
perubutun trudlslonul, mereku menyutukun pokok lnl sesuul untuk duruh tlnggl dun meruwut demum punus, kutunyu.Ubut untuk duruh tlnggl
dlperolehl durlpudu buuh tumbuhun yung dulum buhusu sulntlflknyu dlpunggll Averhou.Curunyu luluh umbll beberupu buuh bellmblng buluh
yung segur dun kemudlunyu dlklsur buuh tersebut sehlnggu lumut. Tuplskun untuk duputkun ulrnyu. Cumpukun sedlklt buhun perusu kerunu
rusunyu uguk puhlt. Mlnumluh pudu wuktu pugl utuupun petung, kutu Dr. Mohd Suld.Bugl meruwut demum punus pulu, umbll beberupu helul
duunnyu yung segur.Rumus deduun ltu dengun sedlkult ulr sehlnggu uguk lumut dun dun letukkunnyu dlutus sehelul kuln. Tuumkunnyu dlutus
kepulu. Lukukun sehlnggu rusu punus berkurungun.






BELUNTAS PAYA
Pucuk atau daun muda yang lembut boleh dibuat ulam. Baunya menyelerakan. Selain dimakan segar, pucuk beluntas boleh
dicelur dan dimakan bersama-sama nasi serta sambal belaean. Pucuk beluntas boleh juga dibuat kerabu. Daun beluntas
digunakan untuk mengubati demam dan jusnya dibuat ubat cirit-birit. Daun juga dibuat ubat sapu untuk mengubati ulser
dan sakit kulit. Daun yang dicampur dengan bahan lain dibuat ubat luka dan cecair air. Daun muda dan pucuknya dijadikan
ubat pupuk untuk mengubati lumbago.



BAKAWALI
Pokok Bunga Bakawali kenali nama saintifiknya Epiphyllum Anguliger. Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon
Cactus dan Queen Of The Night. Ia merupakan spesis kaktus dan tumbuhan semulajadi di Mexico.
Pokok spesis ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang menawan serta beraroma wangi.
Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam, dalam pukul 10.00pm ia kembang. Bau menjadi lebih wangi
pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunganya akan layu bila sudah pagi. Sekali sahaja ia kembang, kemudian ia akan layu.
Menurut kepercayaan orang-orang Cina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya
ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya
sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.
Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga
yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.
Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya
sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.
Walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah
SWT. Jangan terlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. Lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada
pada pokok ini.








BUNGA KANTAN
Pokok kantan merupakan sejenis pokok saka herba jenis tinggi yang boleh tumbuh membaik dan merimbun berkelompok. Pokoknya boleh
mencapai ketinggian sederhana kira-kira empat hingga lima meter. Pokok kantan memerlukan tanah yang lembap dan subur iaitu yang
mengandungi banyak humus. Ia hidup subur di kawasan-kawasan teduh. Oleh itu ia memerlukan sedikit lindungan, biasanya daripada
pokok-pokok yang berhampiran.












MISAI KUCING
y Terdapat dua jenis varieti dengan warna bunga berbeza iaitu putih dan ungu.
y Daunnya yang dikomersialkan sebagai bahan utama teh herba mengandungi ortosifonim, garam kalium, saponin dan tanin.
y Daun misai kucing digunakan bersama daun hempedu bumi untuk melawaskan buang air kecil (bersifat diuretik), rawatan batu
ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.
y Juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita dan turut digunakan sebagai bahan antialergi.
y Herba renek sesuai dijadikan tanaman lanskap kerana bunganya yang cantik.







HEMPEDU BUMI
Antara khasiatnya ialah merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair
kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan
mempercepatkan pembekuan darah.







KECUBONG
Bunga kecubung dihiris nipis dan dikeringkan sebelum ia dicampur dengan tembakau untuk dihisap sebagai rokok bagi merawat
penyakit lelah. Kelopak bunga yang dikeringkan juga boleh dihisap seperti rokok bagi tujuan yang sama. Seduhan kelopak bunga
boleh diminum bagi merawat sakit jiwa. Penggunaan luaran daun kecubung dikatakan dapat meransang pertumbuhan rambut,
melegakan kembung pada kanak kanak dan merawat sakit tulang. Penggunaan kecubung perlu diawasi kerana kehadiran racun-racun
seperti kimia hyoscyamine, scopolamine dan atropine yang boleh menyebabkan khayal.





SENDUDUK PUTIH
Senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat
mengubati batuk yang lama. Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh
bercakap).Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan
berak berdarah.untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit
gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air







SETAWAR
Dalam perubatan ayurveda, rizom setawar putih di jadikan penawar untuk penyakit seperti kusta, kecacingan, penyakit kulit,demam,
asma,bronkitis dan anaemia dan sembelit. Ia juga dijadikan ubat untuk merawat luka terbakar.Ia juga dijadikan ubat untuk menghilangkan
rasa loya, pening dan muntah.Satu petikan dari buku kama sutra menyatakan: An ointment made of the tabernamontana coronaria, the
costus speciosus or arabicus, and the flacourtia cataphracta, can be used as an unguent of adornment. If a fine powder is made of the
above plants, and applied to the wick of a lamp, which is made to burn with the oil of blue vitrol, the black pigment or lamp black
produced therefrom, when applied to the eyelashes, has the effect of making a person look lovely."
















A
Akar Som Talinum paniculatum
Akar Seratus
Ati-ati Merah Plectranthus scutellariodes
Aji Samad Jackia ornata
Asam Jawa/Celagi Tamarindus indica
Avacado Persea americana
AraTanah / Gelang Susu, Keremak Susu Euphorbia hirta
Ara Songsang
Akar Cerita
Akar Manis
Akar Sapuk Tunggul
Akar Tengkuk Biawak Fagraea acuminatissima
Anggerik Kesumba
Ara Beringin Ficus benjamina
Asam gelungur Garcinia atrovirdis
Asam Paya
Ara Bumbong
Agav Sisal / Fukria Agave sisalana
Alamanda Kuning Allamanda cathartica
B
Bawang Mas / Tembaga Susu
Balik Angin/Tampin Mallotus barbatus
Bangun-bangun Plectranthus amboinicus
Bebaru / Baru-baru Hibiscus tiliaceus
Belimbing hutan
Bakawali
Batang Wali
Belimbing Buluh Averrhoa bilimbi
Belimbing Tanah/Tongkong Oxalis barrelieri
Bemban Donax grandis
Bebuta/Buta-Buta Excoecaria agallocha
Beluntas Paya Pluchea indica
Bayam Duri/Bayam Hutan Amaranthus spinosus
Bayam Pasir/Keremak/Pudoh Alternanthera sessilis
Bunga Kekwa
Bebuas
Batu Jin / Pecah Batu / Bayam Karang Strobilanthes crispa
Bunga Kantan
Bunga Loceng
Bunga Melor Jasminum sambac
Bunga Cina /Susun Kelah
Bunga Tanjung Mimusops elengi
C
Capa/Sombung/Mambong Blumea balsamifera
Cekor/Cekur Hijau/Cekur Jawa Kaempferia galanga
Cekur Batik / Cekur Hutan Kaempferia elegans
Cekur Manis Gajah/Perupong Glyptopetalum quadrangulare
Cempaka Puteh Michelia alba
Cempaka Kuning -Michelia champaca
Celaka Biru / C.Bunga
Cina Maki/Gelam Bukit/Serai Kayu Wangi Leptospermum flavescens
Cekak Manis/Tarok Manis Sauropus androgynus
Celaka Merah
Cendana
Cemara
Celaka Puteh/Celaka Bukit Plumbago zeylanica
Cekur Buluh
Cengkih Syzygium aromaticum
Ceremai
Cengkian/Cemkian/Jemekian Croton tiglium
D
Delima Punica granatum
Dokong Anak/Amin Buah Phyllanthus urinaria
Durian Belanda/Durian Mekah/Nangka Belanda Annona muricata
Daun Dewa / Dewa Raja /Sambung Nyawa Gynura pseudochina
Daun Kesum Persicaria coronarium
Depu Pelanduk Wikstromia ridleyi
Daun Sehelai Setahun Nervilia punctata
E
Ekor Anjing Plantago major
Ekor Kucing Acalypha hispida
Ego/Peniti/Jemuju/Ketumbar Jawa Eryngium foetidum
Elek Besi / Itah Besi Smilax myosofolio
Elek Tembaga / E.Dawai Smilax calophylla
G
Gajah Beranak Goniothalamus macrophyllus
Geli-geli Lasia spinosa
Geli-geli hitam Cyrtosperma lasioidies
Gelenggang Padang/Gelenggang Kasar Senna alata
Gandarussa Hitam Gandarussa valguris
Gandarrusa Puteh Justicia gendarussa
Ganda Suli
Gelam Tikus
Gelenggang Daun Besar Cassia alata
Gadum / Ara
Geraham Badak Phyllochlamyswallehii
Galak Tua
Getang Guri
Ginseng Gunung
Gambir Laut/Gambir Paya Uncaria lancea
Gelam/Kayu Putih Melaleuca cajputi
Gajus/ Ketereh/Janggus Anacardium occidentale
Ganda Rusa Hutan
H
Halia Zingiber officinale
Halia Hutan /Rimba
Halia Bara
Hempedu Bumi /Pokok Cerita Andrographis paniculata
Hujan Panas / Bela Puteh Breynia racemosa
Hempedu Beruang/Seburut/Telinga Kalawar Thottea grandiflora
Hanuman /Jelutah/Pokok bajang beranak Schefflera simulans
Halban
Halia Kesing / Pepijat
Haji Samat/Setunjang Bumi Prismatomeris tetrandra
I
Inai Lawsonia inermis
Isi Raja Satong / Kepala Beruk
J
Jarum Tujuh Bilah Pereskia grandifolia
Jerangau Acorus calamus
Jarak Ricinus communis
Jarak Merah / J.Belanda
Jeruju Puteh
Jarum Mas (Rumput) Striga asiatica
Jering Archidendrum jiringa
Jenjuang / Lenjung Cordyline fruticosa
Jambu Batu Psidium guava
Jintan puteh
Jeruju Hitam Acanthus ebracteatus
Jintan Hitam Nigella sativa
Janggut Adam Tacca intergrifolia
Janggut Baung Homalomena rostrata
Jarak cina
Jintan / Oregano Origanum vulgare
Jejarum
Jeruju Acanthus ilicifolius
K
Kekabu Hutan Bombax valetonii
Kaduk/Sirih Dudoh/Bugu Piper sarmentosum
Kaduk Hutan -Piper stylosum
Kapur Barus Dryobalanops aromatica
Kacip Fatimah Labisia Pumila
Kacang Telang Clitorea ternatea
Ketumpang Air/Rangu-rangu Piper pellucidum
Kulim Scorodocarpus borneesi
Kemunting Cina Catharanthus roseus
Kemangi Hitam
Kenerak Ghoniothalamus umbrosus
Kemboja Puteh
Kemboja Cina Plumeria rubra
Kerbau Amok Schefflera ridleyi
Kayu Manis Cinnamomum zeylanicum
Kunyit Hitam Curcuma aeruginosa
Kunyit Emas/Temu Kuning Curcuma zedoaria
Kunyit Puteh/Temu Putih Didymocarpus crinita
Kunyit Cucurma longa
Keladi Cantik Alocasia denudata
Keladi Tikus Typhonium flagelliforme
Keladi Hutan/Keladi Birah Colocasia esculenta
Keladi Kemoyang Homalomena sagittifolia
Keladi Sebaring Alocasia macrorrhizos
Kecubong/Terong Pengar Datura fastuosa
Kepala Sari / Akar Teriba
Kancing Baju / Jelita Bidens pilosa
Kancing Baju Jantan/Rumput Teki/Rumput Serapat Kyllinga brevifolia
Kecupu Garcinia prainiana
Kucing Galak/Ceka Emas/Lis-Lis Acalypha indica
Kemangi/Ruku/Selasih Ocimum tenuiflorum
Kembang Semangkuk Scaphium macropodumKelutut Puteh
Ketapang
Kiambang Pistia stratiotes
Kemuning Putih Murraya paniculata
Kenanga Cananga odorata
Kedondong Spondias pinnata
Katak Puru/Nam-nam Cynometra cauliflora
Kerbau Duak
Kayu Kapur
Kayu Arang/Sangkak Diospyros buxifolia
Kelapa Berok / Naga Stong Hydnophytum formicarium
Keruing Mempelas Dipterocarpus crinitus
Kekunyit/Akar Kuning Fibraurea tinctoria
Keman Air/Keman Gajah/Kangkung Puteri Neptunia oleracea
Kurma Phoenix roebelinii
L
Lidah Jin/Sansiviria Sanseviera trifasciata
Larak Fissitigma latifolium
Lempoyang / Lempoyang Wangi Zingiber aromaticum
Lempoyang Hitam/Bola Hitam Zingiber ottensi
Lempoyang Anjing/Tepus Kecil Zingiber puberulum
Lemba/Kepala Puyuh Molineria latifolia
Lidah Buaya Aloe Vera
Lengkuas Alpinia galanga
Lengkuas ranting/Lengkuas Kecil Alpinia conchigera
Lemuni Hitam/Leggundi Vitex negundo
Lemuning/Legundi Vitex trifolia
Lada Pahit Brucea sumatrana
Lada Hitam Piper nigrum
Lelipan
Larak Tepong
Larak Bengk
Limau nipis Citrus aurantifolia
Limau Purut Citrus hystrix
M
Mas Cotek Ficus deltoidea
Mata Ayam Ardisia crenata
Mambu/Pokok Nim Melia indica
Misai Ali Schizaea digitata
Misai Kucing/Ruku Hutan/Kumis Kucing Orthosiphon aristatu
Mengkudu Morinda citrifolia
Mengkudu Hutan/Mengkudu Jantan Morinda elliptica
Mengkudu Gajah
Memali Duri Leea aculeata
Memali Leea indica
Mahagani
Mengkunyit Coscinium blumeanum
Melada/Selada Capparis micracantha
Medang Lansor Elaeocarpus mastersii
Melinjau Gnetum gnemon
Mentulang
Merbau
Mata Pelanduk
N
Nilam Pogostemon cablin
Nyior Lemba
Naga Buana/Naga Jumat/KayuPutih Phyllanthus pulcher
Naga Stong / Kepala Beruk Hydnophytum formicarium
P
Patawali/Putarwali/Petawali/Batang Wali Tinospora crispa
Payong Ali
Palas Tikus/Palas Rewang Licuala triphylla
Pecah Periuk Kuning
Pecah Periuk Puteh
Pecah Periuk Biru / itam
Pegaga Centella asiatica
Pegaga Embun Hydrocotyle sibthorpiodes
Pegaga Gajah
Petai Belalang/Ipil-ipil Leucaena leucocephala
Panah Arjuna / Paku kikir Tectaria crenata
Paku Gajah Angiopteris evecta
Paku Tanduk Rusa
Paku Tunjuk Langit Helminthostachys zeylanica
Paku Laut / Paku Haji Cycas edentata
Paku Langsuyar Platycerium coronarium
Penawar Hitam Goniothalamus giganteus
Puding Emas Codiaeum variegatum
Puah Pungah/Balai-balai Aralidium pinnatifitidum
R
Raja Satong Sarang Semut
Rumput Sambau
Raja Berangkat/Cagau Goniothalamus curtissi
Rempah Gunung
Rempah Padang
Rumput Buluh
Rumput Cina
Rumput Misai Adam Themeda arguens
Rumput Jari Lipan Limnophila aromatica
S
Sakat / Semun Asplenium nidus
Senduduk/Cong Keradak Dissochaeta gracilis
Senduduk/Kenduduk/Sekeduduk Melastoma malabathricum
Senduduk (Puteh) Melastoma sanguineum
Senduduk Baldu(Ungu Tua)
Sembuluh
Serapat
Susun Kelapa / Sisik kelah Tabernaemontana divaricata
Susu Kambing
Setawar Kampung /Sedingin Kalanchoe pinnata
Setawar Hutan / Setawar Bukit
Setawar Air Costus speciosus
Sesudu Euphorbia milli
Saidina Ali Clerodendrom deflexum
Sedawai/Tampang Besi/Tembaga Suasa Smilax calophylla
Sambung Nyawa Gynura pseudochina
Serai wangi Cymbopogon nardus
Sawi Rusa Erechtites valerianifolia
Serapat Pandan/Siak-Siak Rimba/Sempit Mapania cuspidata
Sekentut/Akar Bukit Paederia foetida
Sekunyit Coscinium fenestratum
Siantan Hutan/Menjarum Ixora concinna
Siak-siak/Siak-siak Jantan/Meroyan Bungkus Dianella ensifolia
Sirih Hutan/Sirih Tikus/Sirih Pacat Piper caninum
Sirih Harimau/Kerakap Rimau Piper porphyrophyllum
Susuh Ayam Hutan
Susuh harimau/Baka Artabotrys suaveolens
Sanssiviria Sansevieria trifasciata
Sri Kaya Annona squamosa
Sungkai Peronema canescens
Sundal Malam/Sumpa Bulan/Penggeli Aglaoenama simplex
T
Tongkat Ali Eurycoma longifolia Jac
Tongkat Ali Hitam Polyalthia bullata
Tongkat Ali Mas/Gajah Tarik Strychnos sp
Tengkok Biawak Fagraea acuminatissima
Tebu Hitam Saccharum officinarum
Teh Manis Stevia Rebaudiana
Teh Hutan/Teh Kampung Acalypha siamensis
Teja/Teja Lawang/Medang Teja Cinnamomum iners
Tapak Kuda Bauhinia purpurea
Tapak Gajah/Banal Hutan Phyllagathis rotundfolia
Tutup Bumi/Bersih Hitam/Tapak Leman Elephantopus scaber
Tarom Hutam Didissandra frutescens
Terung Kemar/Mentimun Tikus/Akar Putih- Cyclea laxiflora
Terung Maranti
Terung Pipit/Terung Rembang Solanum torvum
Terung Pipit Putih Solanum indicum
Tepus Putih/Lengkuas Hutan/Lengkuas Angin Alpinia javanica
Tepus Merah Curcuma phaeocaulis
Tepus Tanah,/Tepai/Tepus Halia Zingiber spectabile
Temu Pauh Curcuma mangga
Temu Kunci Boesenbergia rotunda
Temu Hitam/Kunyit Hitam Curcuma aeruginosa
Temu Lawak Curcuma xanthorrhiza
Temu Kuning/Kunyit Emas Curcuma zedoaria
U
Ubi Gadung/Ubi arak/Taring Pelandok Dioscorea hispida
Ubi Larut, Sagu Bemban Putih Stachyphryniu griffithii
Ubi Seratus
Ubi Jaga/Dedawai Berisi Smilax myosotiflora
Ulam Raja Cosos caudatus

Anda mungkin juga menyukai