Anda di halaman 1dari 33

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.

2 TAHUN 1997 GARIS PANDUAN PELUPUSAN ASET DAN BARANG KERAJAAN

1. TUJUAN 1 1 Surat Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuan untuk memberi panduan mengenai tatacara pelupusan kepada semua Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun (Agensi Kerajaan) supaya pelupusan aset dan barang Kerajaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. 1.2 Agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan dan Syarikat Kerajaan juga diminta untuk mengambil makium dan melaksanakan pelupusan aset dan barang masing-masing selaras dengan Garis Panduan yang disediakan.

2. LATAR BELAKANG 2.1. Adalah didapati Agensi Kerajaan masih lewat mengambil tindakan pelupusan walaupun terdapat kemajuan yang ditunjukkan. Ini menggambarkan bahawa kesedaran mengenai tindakan pelupusan masih di tahap kurang memuaskan. Di antara sebabsebab utama berlakunya kelewatan adalah seperti berikut:-

2.1.1 pegawai tidak mahir mengenai tatacara pelupusan; 2.1.2 kurang perhatian Ketua Jabatan sendiri 2.1.3 Lembaga Pemeriksa lewat/tidak dilantik 2.1.4 pemeriksaan lewat dijalankan: 2.1.5 urusan pelupusan tidak dilakukan dari semasa ke semasa; 2.1.6 barang-barang stok yang lambat atau tidak bergerak serta yang usang dan berlebihan jarang diambil tindakan pelupusan; dan 2.1.7 tindakan pelupusan lewat dilaksanakan selepas ke!ulusan diperolehi.

2.2. Kelewatan tindakan pelupusan akan mengakibatkan susut nilai aset dan barang Kerajaan dan hanya tinggal nilai sisa sahaja. Di samping itu banyak ruang digunakan untuk menyimpan aset dan barang yang sepatutnya di lupuskan. 2.3. Selain daripada aset dan barang yang diperolehi daripada peruntukan Kerajaan, terdapat juga aset dan barang yang telah dirampas, dilucuthak atau disita akibat penguatkuasaan pelbagai undang-undang dan peraturan-peraturan tertentu yang perlu diambil tindakan pelupusan untuk menjamin pulangan hasil yang maksimum.

3. GARIS PANDUAN PELUPUSAN ASET DAN BARANG 3.1 Garis Panduan ini bertujuan menjelaskan segala aspek pelupusan untuk meningkatkan lagi pengetahuan pegawai-pegawai dalam mengambil tindakan secara

berkesan. Di antara kandungannya adalah seperti berikut:3.1.1 cara-cara pelupusan dan kaedah-kaedahnya; 3.1.2 kaedah perlantikan Lembaga Pemeriksa; 3.1.3 tugas-tugas Lembaga Pemeriksa; dan 3.1.4 tugas-tugas urusetia di Agensi Kerajaan.

3.2 Semua Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) adalah diminta melaksanakan Garis Panduan ini (Lampiran A) di semua Agensi di bawah jagaannya. 4. KUATKUASA 4.1 Surat Pekeliling Perbendaharaan berkuakuasa dengan serta merta. Sebarang kemusykilan mengenai Garis Panduan ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan, PerbendaharaanMalaysia.

Sekian. terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "JIMAT DAN PRODUKTIF" Saya yang menurut perintah

( DATO' DR. ABDUL AZIZ BIN MUHAMAD ) Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan, b.p. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia. Tarikh: /4 Mac 1997 No. Fail: S(K&B)(8.09)735/3/1-348Jd.

s.k Akauntan Negara Malaysia. Ketua Audit Negara Malaysia. Semua YB Pegawai Kewangan Negeri. Semua Ketua Bahagian Perbendaharaan Malavsia.

Lampiran A SPP 2/1997

GARIS PANDUAN PELUPUSAN ASET DAN BARANG KERAJAAN 1.1 Tujuan Garis Panduan ini adalah untuk memberi panduan kepada semua Kementerian, Jabatan dan Badan-badan Berkanun (Agensi Kerajaan) mengenai tatacara pelupusan aset dan barang yang telah diluluskan untuk dilupuskan.

2. TAFSIRAN 2.1 Aset bermaksud harta modal dan inventori seperti didefinasikan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 1991. Barang bermaksud stok yang disimpan dalam stor. 2.2 Aset dan barang yang telah dilulus untuk dilupuskan bermakna aset dan barang yang telah mendapatkan kelulusan terlebih dahulu dari Kementerian Kewangan atau Pegawai Pengawal atau pegawai-pegawai lain yang telah diperwakilkan kuasa oleh YB. Menteri Kewangan atau YAB Menteri Besar/Ketua Menteri di bawah Seksyen 17 Akta Acara Kewangan 1 957 dan Seksyen 5 Akta Perwakilan Kuasa 1 956. 2.3 Ketua Agensi bermaksud ketua bagi organisasi dan termasuk di peringkat negeri mengikut mana yang berkaitan. Misalnya: Ketua Pengarah dan Pengarah Negeri. 3. LATAR BELAKANG 3.1 Pada masa ini aset dan barang yang dilulus untuk dilupuskan boleh dikategorikan seperti berikut:3.1.1 Aset dan barang yang telah digunakan dan boleh digunakanlagi tetapi tidak lagi

diperlukan oleh Jabatan. 3.1.2 Aset dan barang belum pernah digunakan yang didapati berlebihan atau telah menjadi usang (obsolete/obsolescent). 3.1.3 Aset dan barang yang telah digunakan dan tidak ekonomik dibaiki . 3.1.4 Aset dan barang yang telah digunakan dan tidak boleh digunakan lagi. Aset dan barang di bawah kategori di para 3.1.1 hingga 3.1.3 biasanya mempunyai nilai penjualan di pasaran tetapi aset dan barang di bawah kategori 3.1.4 mungkin tiada nilai pasaran atau cuma mempunyai nilai sisa sahaja. 3. 2 Tatacara pelupusan aset dan barang telah ditetapkan di bawah Bahagian XIV Panduan Perbendaharaan - Tatacara Pengurusan Stor dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan. Cara-cara peiupusan yang telah ditetapkan di bawah bahagian ini adalah seperti berikut:3.2.1 Lelong 3.2.2 Tender 3.2 3 Tukarbe!i (trade-in) 3.2.4 Pindahan 3.2.5 Cara pelupusan lain yang sesuai bagi sesuatu aset dan barang yang berkenaan. 3. 3 Bahagian XIV (Panduan 224) telah menetapkan jualan melalui tender pada masakini diuruskan oleh Pegawai Pengawal mengikut tatacara tender Kerajaan yang terkandung daiam Arahan/Surat Pekeliling Perbendaharaan. Walau bagaimanapun tatacara perolehan tersebut adalah lebih sesuai untuk urusan pembelian dan perlu diubahsuai untuk urusan pelupusan. 3.4 Dalam urusan pelupusan aset dan barang, kriteria pulangan hasil hendaklah sentiasa diberi perhatian dan bagi mencapai tujuan ini cara pelupusan yang sesuai dan paling menguntungkan Kerajaan hendaklah dilaksanakan. Di samping itu adalah perlu

tindakan pelupusan dilaksanakan dari semasa ke semasa berdasarkan syarat-syarat pelupusan dan had masa yang diluluskan.

4. CARA-CARA DAN TATACARA PELUPUSAN 4. 1 Cara-Cara Pelupusan Cara-cara pelupusan yang telah ditetapkan perlu dikemaskini bersesuaian dengan keadaan dan perkembangan semasa. Berikut adalah cara-cara pelupusan yang dicadangkan:4.1.1 Tender 4.1.2 Sebutharga 4.1.3 Lelong 4.1.4 Tukarbeli 4.1.5 Pindahan 4.1 6 Hadiah 4.1.7 Ditanam 4.1.8 Dibakar 4.1.9 Dibuang 4.1.10 Kontrak Pusat 4.1.11 Cara-cara lain Cara pelupusan akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan atau Pegawai Pengawal atau pegawai-pegawai lain yang telah diperwakilkan kuasa meluluskan pelupusan aset dan barang. 4.2 Tatacara Pelupusan Beberapa tatacara pelupusan telah diperjelaskan dengan syarat-syarat dan borang-

borang tertentu. Syarat-syarat dan borang-borang berkenaan boleh diubahsuai mengikut keperluan sesuatu Agensi Kerajaan. Walau bagaimanapun, syarat-syarat dan borang-borang yang diubahsuai hendaklah mendapat kelulusan Perbendaharaan Malaysia. 4.2.1 Pelupusan Secara Tender 4.2.1.1 Tender hendaklah dipelawa dengan menggunakan format di Lampiran 'A'. Format ini boleh diubahsuai jika perlu. Tender boleh disertai oleh syarikat atau orang perseorangan. 4.2.1.2 Notis tender hendaklah diberi publisiti yang seluas-luasnya melalui akhbar utama tempatan. Notis tender hendaklah juga diedarkan kepada semua Agensi Kerajaan yang berhampiran untuk dipamirkan di papan kenyataannya. 4.2.1.3 Harga minimum (simpanan) berdasarkan nilai semasa aset dan barang hendaklah ditetapkan terlebih dahulu. Jabatan yang tidak berupaya menentukan harga minimum bolehlah meminta bantuan dan khidmat Jabatan Teknikal yang mempunyai kepakaran jika perlu. Harga minimum ini hendaklah dinyatakan dalam iklan tender. 4.2.1.4 Deposit tender sebanyak 10% daripada harga tawaran tertakluk kepada maximum RM 10,000.00 hendaklah disertakan bersama tawaran. Deposit tender akan diselaraskan atau dikembalikan mengikut mana yang berkenaan setelah keputusan tender diperolehi. 4.2.1.5 Tawaran hendaklah dimasukkan dalam sampul berlakri dan dikemukakan kepada Agensi penender berkenaan pada atau sebelum tarikh dan waktu tutup yang ditetapkan. Semua tawaran yang diterima hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender Agensi mengikut prosedur yang sedia ada. Tender yang diterima lewat tidak boleh dipertimbangkan.

4.2.1.6 Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah dilantik oleh Pegawai Pengawal atau Ketua Agensi yang berkenaan untuk membuka dan menjadualkan tender. Ahli Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Dalam ketiadaan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Ketua Agensi berkenaan boleh melantik seorang pegawai kanan Kumpulan Sokongan membuka sebutharga bersama dengan seorang lagi pegawai Kumpulan Sokongan. 4.2.1.7 Sebaik sahaja sampai tarikh dan waktu tutup tender, peti tender hendaklah ditutup. Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah membuka peti tender pada tarikh tutup tender atau jika ini tidak mungkin pada satu tarikh lain yang paiing awal dengan persetujuan Ketua Aaensi. 4.2.1.8 Selepas tender dibuka Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah menyenaraikan semua tawaran yangditerima dalam satu Jadual Tender yang mengandungi semua maklumat tender dan tawaran-tawaran yang diterima. Jadual Tender hendaklah disediakan menggunakan borang seperti di Lampiran 'B'. Semua ahli Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah menandatangani Jadual Tender. 4.2.1.9 Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah mengemukakan Jadual Tender bersama-sama dengan dokumen-dokumen tawaran kepada Ketua Agensi yang berkenaan. 4.2.1.10 Ketua Agensi hendaklah menganalisis tender-tender yang diterima dan membuat perakuan kepada Lembaga Perolehan untuk keputusan. Dalam mengemukakan perakuan ini, Ketua Jabatan hendaklah menyertakan salinan iklan tender, jadual pembukaan tender dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan . 4.2.1.11 Lembaga Perolehan Kementerian/Jabatan yang dilantik oleh Menteri

Kewangan di bawah Arahan Perbendaharaan 192(a) hendaklah menimbang tendertender dan memilih tawaran yang paling menguntungkan. 4.2.1 .1. 2 Dalam memilih tawaran yang tertinggi Lembaga Perolehan hendaklah memastikan harga tawaran tidak kurang daripada harga minimum (simpanan). Sekiranya harga tawaran yang tertinggi masih kurang daripada harga minimum (simpanan), Lembaga Perolehan hendaklah menggunakan budibicaranya bahawa harga tawaran adalah munasabah. Dalam keadaan lain, tawaran hendaklah dirujuk kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk arahan atau keputusan selanjutnya. 4.2.1.1.3 Dalam memproses tender, Ketua Agensi hendaklah mempastikan bahawa beliau sendiri atau pegawai-pegawai lain yang menguruskan tender tidak mempunyai sebarang kepentingan persendirian atau kepentingan terletakhak mengenai tender itu. Jika Ketua Agensi atau pegawai-pegawai lain yang menguruskan tender mempunyai apa-apa kepentingan persendirian atau kepentingan persendirian atau kepentngan terletakhak, Ketua Jabatan atau pegawai-pegawai lain berkenaan hendaklah mengisytiharkan kepentingan secara bertulis dan menarik diri daripada menguruskan tender itu. Pengisytiharan bertulis ini hendaklah disertakan bersama Jadual dan analisis tender kepada Lembaga Perolehan. 4. 2.1 .14 Petender yang berjaya hendaklah diberitahu dengan serta merta. Sekiranya petender yang berjaya gagal menerima tawaran maka perkara ini hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga Perolehan untuk keputusan selanjutnya. Deposit tender hendaklah dirampas. Dalam keadaan ini, Lembaga Perolehan hendaklah menimbang tawaran-tawaran lain mengikul arahan di para 4.2.1.12. Jika tawaran-tawaran lain terlalu rendah tender boleh dipelawa semula atau perkara ini dilaporkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk arahan atau keputusan selanjutnya. 4.2.1.15 Semua mesyuarat dan perbincangan bagi urusan tender hendaklah dicatatkan dalam minit untuk rujukan kemudian kelak.

4.2.1.16 Kakitangan Kerajaan atau ahli keluarganya yang ingin menyertai tender hendaklah membuat perakuan dalam borang tender. Walau bagaimanapun kakitangan dari Agensi yang ingin melupuskan aset dan barang tidak dibenarkan menyertai tender kerana mungkin wujudnya kepentingan persendirian atau kepentingan terletakhak. 4.2.2 Pelupusan Secara Sebutharga 4.2.2.1 Sebutharga hendaklah dipelawa sekurang-kurangnya daripada 10 syarikat/perseorangan dengan mengemukakan format di Lampiran 'C'. 4.2.2.2 Notis sebutharga hendaklah diberi publisiti yang seluas-luasnya dengan memaparkan juga kenyataan di semua Agensi Kerajaan yang berhampiran dengan Agensi yang mempelawa sebutharga. 4.2.2.3 Harga minimum (simpanan) berdasarkan nilai semasa aset dan barang hendaklah ditetapkan terlebih dahulu. Jabatan yang tidak berupaya menentukan harga minimum bolehlah meminta bantuan dan khidmat Jabatan Teknikal yang mempunyai kepakaran jika perlu. Harga minimum ini hendaklah dinyatakan dalam pelawaan sebutharga. 4.2.2.4 Deposit sebutharga sebanyak 10% daripada harga tawaran tertakluk kepada maksimum RM 10,000.00 hendaklah disertakan bersama tawaran. Deposit sebutharga akan diselaraskan atau dikembalikan mengikut mana yang berkenaan setelah sebutharga diputuskan. 4.2.2.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan dalam sampul berlakri dan dikemukakan kepada Jabatan berkenaan sebelum tarikh dan waktu tutup yang ditetapkan. Semua sebutharga yang diterima hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga Jabatan. Sebutharga yang diterima lewat tidak boleh dipertimbangkan .

4.2.2.6 Jawatankuasa Pembuka Sebutharga hendaklah dilantik oleh Pegawai Pengawal atau Ketua Agensi untuk membuka dan menjadual sebutharga. Ahli Jawatankuasa Pembuka Sebutharga hendaklah terdiri daripada sekurang-kurang seorang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Dalam ketiadaan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Ketua Agensi berkenaan boleh melantik seorang pegawai kanan Kumpulan Sokongan membuka sebutharga bersama dengan seorang lagi pegawai Kumpulan Sokongan. 4.2.2.7 Sebaik sahaja sampai tarikh dan waktu tutup sebutharga berkenaan peti sebutharga hendaklah ditutup. Jawatankuasa Pembuka Sebutharga hendaklah membuka peti sebutharga pada tarikh tutup sebutharga atau jika ini tidak mungkin pada satu tarikh lain paling awal dengan persetujuan Ketua Agensi 4.2.2.8 Selepas peti sebutharga dibuka, Jawatankuasa Pembuka Sebutharga hendaklah menyenaraikan semua tawaran yang diterima dalam satu Jadual Sebutharga yang mengandungi semua maklumat sebutharga dan tawaran yang diterima. Semua ahli Jawatankuasa Pembuka Sebutharga hendaklah menandatangani Jadual Sebutharga. 4.2.2.9 Jawatankuasa Pembuka Sebutharga hendaklah mengemukakan Jadual Sebutharga kepada pegawai yang bertanggungjawab untuk menilai dan membuat perakuan kepada Jawatankuasa Sebutharga Jabatan untuk pertimbangan dan keputusan selanjutnya. 4.2.2.10 Dalam memilih tawaran yang tertinggi Jawatankuasa Sebutharga hendaklah mempastikan harga tawaran tidak kurang daripada harga minimum (simpanan). Dalam keadaan di mana tawaran tertinggi itu kurang daripada harga minimum (simpanan) dalam lingkungan sebanyak 20 peratus, Jawatankuasa Sebutharga bolehlah membuat keputusan terhadap sebutharga tersebut. Dalam semua keadaan lain, sebutharga

hendaklah dirujuk kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk arahan atau keputusan selanjutnya dengan salinan kepada Pegawai Pengawal. 4.2.2. 11 Dalam memproses sebutharga Ketua Agensi hendaklah mempastikan bahawa beliau sendiri atau pegawai-pegawai lain yang menguruskan sebutharga tidak mempunyai sebarang kepentingan persendirian atau kepentingan terletakhak mengenai sebutharga itu. Jika Ketua Agensi atau pegawai-pegawai lain yang menguruskan sebutharga mempunyai apa-apa kepentingan persendirian atau kepentingan terletakhak, Ketua Agensi atau pegawai-pegawai lain berkenaan hendaklah mengisytiharkan kepentingan secara bertulis dan menarik diri daripada menguruskan sebutharga itu. Pengisytiharan bertulis ini hendaklah disertakan bersama Jadual Sebutharga kepada Jawatankuasa Sebutharga. 4.2.2.12 Penyebutharga yang berjaya hendaklah diberitahu dengan serta merta. Sekiranya penyebutharga yang berjaya gagal menerima tawaran, deposit sebutharga hendaklah dirampas. Jawatankuasa Sebutharga hendaklah menimbang tawarantawaran lain mengikut arahan-arahan dipara 4.2.2.10 di atas. Jika tawaran terlalu rendah sebutharga boleh dipelawa semula atau perkara ini dilaporkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk arahan atau keputusan selanjutnya dengan salinan kepada Pegawai Pengawal . 4.2.2.13 Semua perbincangan dan keputusan Jawatankuasa Sebutharga hendaklah dicatat dalam minit untuk rujukan kemudian kelak. 4.2.2.14 Kakitangan Kerajaan dan ahli keluarganya yang ingin menyertai sebutharga hendaklah membuat perakuan dalam borang sebutharga. Walau bagaimanapun kakitangan dari Jabatan yang ingin melupuskan aset dan barang tidak dibenarkan menyertai sebutharga kerana mungkin wujudnya kepentingan persendirian atau kepentingan terletakhak.

4.2.3 Pelupusan Secara Lelong 4.2.3.1 Aset dan barang yang mudah rosak, mempunyai nilai pasaran dan boleh dilupuskan dengan cepat boleh dilupuskan secara lelong. Pelupusan secara lelong boleh juga dilaksanakan apabila terdapat banyak aset dan barang untuk dilupuskan dan terdapat banyak permintaan untuk membelinya . 4.2.3.2 Notis lelong hendaklah mengandungi maklumat terperinci semua aset dan barang yang akan dilelong. Tarikh, waktu dan tempat lelong hendaklah dinyatakan dengan jelas. Contoh notis seperti di Lampiran 'E'. Notis lelong hendaklah diberi publisiti yang seluas-luasnya dengan diedarkan kepada Agensi Kerajaan untuk dipamirkan di papan kenyataan. Bagi maksud mengiklankan sesuatu lelong adalah memadai jika notis itu mengandungi maklumat tarikh, masa dan tempat lelong akan diadakan. 4.2.3.3 Harga minimum (Simpanan) berdasarkan nilai semasa aset dan barang hendaklah ditetapkan terlebih dahulu. Agensi yang tidak berupaya menentukan harga minimum bolehlah meminta bantuan dan khidmat Jabatan Teknikal yang mempunyai kemahiran jika perlu. Harga minimum hendaklah dinyatakan dalam senarai barang yang akan dilelong. 4.2.3.4 Pembeli yang berjaya hendaklah menjelaskan semua bayaran sebelum mengambil aset dan barang yang dilelong. 4.2.3.5 Jika harga tawaran tertinggi kurang daripada harga simpanan, aset dan barang hendaklah dilelong semula atau dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk arahan dan keputusan selanjutnva. 4.2.3.6 Urusan lelong hendaklah diadakan diruang terbuka atau di dewan dan kemudahan yang sesuai hendaklah disediakan untuk urusan lelong.

4.2.3.7 Aset dan barang yang akan dilelong hendaklah dipamirkan untuk dilihat oleh orang ramai sekurang-kurangnya bagi tempoh dua (2) hari dengan harga simpanan dipamirkan pada aset dan barang yang akan dilelong. 4.2.4 Pelurusan Secara Tukarbeli (Trade-ln) 4.2.4.1 Pelupusan secara tukarbeli boleh dilaksanakan dalam keadaan seperti berikut:4.2.4.1.1 Aset dan barang masih boleh digunakan dalambentuk asal tetapi tidak diperlukan oleh Agensi dan tiada pihak Agensi lain yang berminat melainkan pembekal asal atau pembekal-pembekal yang berniaga dalam bidang tertentu. 4.2.4.1.2 Aset dan barang perlu dikeluarkan sebelum gantinya dipasang. Sebagai contoh loji penghawa dingin yang sedia ada perlu dibuka, dikeluarkan sebelum loji baru dipasanq. 4.2.4.1.3 Permintaan atau pembekal bagi aset dan barang tertentu terhad. 4.2.4.2 Sebelum melaksanakan pelupusan secara tukarbeli, Agensi perlu memastikan peruntukan yang mencukupi sedia ada untuk membiayai harga penuh aset dan barang yang akan diganti. Hasil jualan aset dan barang yang dilupuskan tidak boleh ditolak daripada harga sebenar aset dan barang yang akandibeli 4.2.4.3 Pembeli aset dan barang yang dilupuskan dengan cara tukarbeli hendaklah membayar harga semasa/harga yang dipersetujui bagi aset dan barang yang berkenaan. Bayaran yang diterima hendaklah dikreditkan sebagai hasil Kerajaan. 4.2.4.4 Cadangan jualan secara tukarbeli hendaklah dimasukkan sebagai syarat dalam dokumen pelawaan tender/sebutharga dan juga dalam perjanjian kontrak perolehan.

4.2.4.5 Harga jualan secara tukarbeli bolehlah dirundingkan antara pembekal dan Agensi. Harga jualan hendaklah berasaskan nilai semasa yang ditaksir dengan bantuan Jabatan Teknikal (jika perlu) atau nilai pasaran mengikut mana yang lebih sesuai . 4.2.4.6 Semua cadangan pelupusan secara tukarbeli hendaklah memperolehi kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. 4.2.5 Pelupusan Secara Pindahan 4.2.5.1 Pelupusan secara pindahan boleh dilaksanakan apabila sesuatu aset dan barang boleh digunakan lagi dalam bentuk asalnya tetapi tidak diperlukan lagi oleh Jabatan Pengguna kerana:(i) melebihi keperluan Jabatan Pengguna. (ii) tidak diperlukan lagi oleh Jabatan Pengguna (misalnyaselepas projek siap, jentera berat tidak diperlukan lagi) . (iii) aset dan barang telah menjadi usang (obsolete/obsolescent), (miszlnya tidak digunakan lagi oleh Jabatan Pengguna tetapi ada kegunaannya di Jabatan-jabatan lain). 4.2.5.2 Pelupusan secara pindahan hanya boleh dilaksanakan di antara Jabatanjabatan Kerajaan Persekutuan tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Pindahan antara Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan. 4.2.5.3 Pindahan daripada Jabatan Persekutuan kepada Jabatan-jabatan Negeri tidak boleh dilaksanakan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

4.2.5.4 Sebarang pindahan hendaklah berasaskan permohonan bertulis daripada Jabatan yang memerlukan aset dan barang yang berkenaan. Semasa melaksanakan pindahan segala rekod aset dan barang hendaklah diserahkan kepada Jabatan penerima. 4.2.5.5 Jabatan yang menerima aset dan barang secara pindahan hendaklah di mana berkenaan meneruskan penyenggaraan daftar harta modal atau inventori atau daftar stok bekalan pejabat. 4.2.5.6 Aset dan barang yang diterima secara pindahan hendaklah dilupuskan apabila perlu mengikut tatacara pelupusan yang sedia ada. 4.2.6 Pelupusan Secara Hadiah 4.2.6.1 Pelupusan secara hadiah boleh dilaksanakan apabila:(i) aset dan barang boleh digunakan lagi dalam bentukasalnya tetapi tidak diperlukan lagi oleh Jabatan Pengguna atau Jabatan-jabatan lain. (ii) aset dan barang tidak ekonomik dibaiki tetapi boleh digunakan sebagai bahan latihan atau pamiran. (iii) aset dan barang tidak ekonomik dibaiki tetapi boleh dikeluarkan bahagian-bahagian tertentu seperti bahagian-bahagian jentera/kereta dikeluarkan (canibalise) untuk dijadikan alat-alat ganti bagi pembaikan jentera/kereta lain. 4.2.6.2 Pelupusan secara hadiah boleh dilaksanakan di antara Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dan mana-mana organisasi, agensi, pertubuhan sukarela atau badan-badan lain yang dianjurkan dan diiktiraf oleh Kerajaan. Semua pelupusan secara hadiah hendaklah dirujuk untuk kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Cadangan pelupusan secara hadiah hendaklah disokong dengan surat permohonan daripada Jabatan, organisasi, agensi, pertubuhan sukarela dan badan-badan yang berkenaan. 4.2.6.3 Aset dan barang yang diluluskan untuk dihadiahkan bagi maksud latihan atau pamiran hendaklah digunakan -ntuk tujuan tersebut sahaja. Sebagai contoh kenderaan yang dihadiahkan untuk latihan hendaklah digunakan untuk latihan sahaja dan tidak boleh dibaiki dan digunakan semula di jalan raya atau untuk pengangkutan. 4.2.7 Pelupusan Secara Ditanam 4.2.7.1 Aset dan barang yang tiada sebarang nilai jualan atau nilai sisa boleh dilupuskan dengan ditanam. Pelupusan secara tanam hendaklah dilaksanakan dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai supaya sebarang benda hidup termasuk tumbuh-tumbuhan serta keadaan alam sekitar tidak terancam. 4.2.7.2 Sijil menyaksi pelupusan secara ditanam hendaklah menyebut tarikh dan tempat ditanam serta ditandatangani oleh pegawai yang berkenaan. Sijil ini hendaklah disertakan bersama sijil pelupusan Kew 300-X. 4.2.8 Pelupusan Secara M e mbakar 4.2.8.1 Aset dan barang yang tiada sebarang nilai jualan atau nilai sisa boleh dilupuskan dengan dibakar jika bahannya buatan kain, plastik, getah, kayu dan bahanbahan lain yang boleh dibakar. 4.2.8.2 Pembakaran hendaklah dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Seboleh-bolehnya pembakaran hendaklah dibuat dengan menggunakan incinerator. Sebarang pembakaran perlu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan .

4.2.8.3 Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling hendaklah dirujuk dan dipatuhi sebelum sesuatu pembakaran dilakukan. 4.2.8.4 Sijil menyaksi pelupusan secara membakar mengikut kelulusan Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan hendaklah menyebut tarikh dan tempat dibakar serta ditandatangani oleh pegawai yang berkenaan. Sijil ini hendaklah disertakan bersama sijil pelupusan Kew. 300-X. 4.2.9 Pelupusan Secara Dibuang 4.2.9.1 Aset dan barang yang tiada sebarang nilai jualan atau nilai sisa boleh dilupuskan dengan dibuang. Aset dan barang yang dilupuskan untuk dibuang hendaklah dibuang di tempat pembuangan sampah dengan kebenaran Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan dan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar . 4.2.9.2 Sebelum sesuatu aset dan barang itu dibuang, apa sahaja bahan-bahan yang boleh digunakan sebagai alatganti hendaklah ditanggal/dikeluarkan untuk kegunaan di masa akan datang. Jika perlu, aset dan barang hendaklah diketok, dihancur atau dirosakkan sebelum dibuang supaya tiada pihak awam yang mengambilnya dan menjual semula. 4.2.9.3 Bahan-bahan kimia dan racun hendaklah diolah dan dineutralkan terlebih dahulu sebelum dibuang di tapak yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan. 4.2.9.4 Barang-barang yang mempunyai unsur-unsur keselamatan boleh dibuang ke dalam laut setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa yang berkenaan.

4.2.9.5 Sijil menyaksi pelupusan secara membuang hendaklah menyebut tarikh dan tempat dibuang serta ditandatangani oleh pegawai yang berkenaan. Sijil ini hendaklah disertakan bersama sijil pelupusan Kew. 300-x 4.2.10 Pelupusan Melalui Kontrak Pusat 4.2.10.1 Kementerian Kewangan telahpun mengadakan Kontrak Pusat bagi penjualan aset dan barang tertentu. Di mana terdapat Kontrak Pusat, Agensi Kerajaan hendaklah menggunakan Kontrak Pusat untuk pelupusan. Pada masakini terdapat kontrak pusat untuk pelupusan tayar terpakai dan sisa besi. 4.2.11 Cara-cara Lain 4.2.11.1 Cara-cara pelupusan lain yang sesuai seperti dilebur, dimusnah, ditenggelamkan dan sebagainya. 4.2.11.2 Kuasa melulus bagi cara-cara lain adalah terletak kepada hak kuasa yang ada pada Pegawai Pengawal atau pegawai-pegawai lain yang diperwakilkan kuasa oleh YB Men.*ri Kewangan atau YAB Menteri Besar atau Ketua Menteri mengikut mana yang berkaitan. 5. KAEDAH PERLANTIKAN DAN TUGAS-TUGAS LEMBAGA PEMERIKSA 5 . 1 Kaedah Perlantikan 5.1.1 Lembaga Pemeriksa hendaklah dilantik oleh Pegawai Pengawal atau PegawaiPegawai lain yang telah diperwakilkan kuasa untuk meluluskan pelupusan/hapuskira. 5.1.2 Lembaga Pemeriksa boleh dilantik mengikut:-

5.1.2.1 jawatan atau nama individu. 5.1.2.3 tempoh tertentu. 5.1.2.4 negeri/daerah. 5.1.3 Keanggotaan boleh terdiri daripada:-5.1.3.1 Sekurang-kurangnya dua orang pegawai (seorang pengerusi, dan seorang ahli) yang tidak terlibat secara langsung dalam pengendalian aset dan barang berkenaan: 5.1.3.2 Mereka yang mempunyai kepakaran memeriksa aset dan barang; 5.1.3.3 Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokonqan; dan 5.1.3.4 Di mana tiada atau tidak cukup pegawai daripada Agensi sendiri, pegawai daripada Agensi lain boleh dilantik. 5.1.4 Tempoh masa pemeriksaan hendaklah ditentukan mengikut kesesuaian Agensi misalnya 3 bulan atau 6 bulan sekali. Seboleh-bolehnya pemeriksaan hendaklah dibuat dari semasa ke semasa. 5.1.5 Maklumbalas hendaklah diberikan kepada Agensi dan JKPAK dan jika perlu kepada Perbendaharaan Malaysia dan cawangannya di Sabah atau Sarawak mengikut mana yang berkenaan mengenai:5.1.5.1 Penubuhan 5.1.5.2 Cadangan pemeriksaan 5.1.5.3 Tahap/perjalanan pelupusan

5.1.5.4 Masalah-masalah, jika ada. 5.2 Tugas-Tugas Lembaga Pemeriksa 5.2.1 Menyediakan jadual pemeriksaan. 5.2.2 Memberitahu Jabatan untuk membuat persediaan. 5.2.3 Memeriksa aset dan barang dan rekod/dokumen aset dan barang tersebut. 5.2.4 Menyediakan Laporan Lembaga Pemeriksa dengan menggunakan borang Kew 300-V. 5 . 2. 5 Mengesyorkan cara-cara pelupusan yang sesua sebagaimana yang ditetapkan mengikut Garis Panduan ini. 5.2.6 Menandatangani Laporan Lembaga Pemeriksa dan kemukakannya kepada Pegawai Pengawal. 6. TUGAS-TUGAS URUSETIA (Dl AGENSI KERAJAAN) 6.1 Bagi menjamin urusan pelupusan dijalan dengan licin, lancar dan berterusan, urusetia di Agensi Kerajaan hendaklah memainkan peranan yang penting dan mengingatkan Jabatan-Jabatan untuk memberi perhatian terhadap urusan pelupusan. Bagi maksud ini urusetia hendaklah :6.1.1 Menguruskan perlantikan Ahli-ahli Lembaga Pemeriksa . 6.1.2 Meminta laporan pemeriksaan daripada Lembaga Pemeriksa. 6.1.3 Memperolehi kelulusan:6.1.3.1 Pegawai Pengawal/Pegawai yang telah diberi kuasa;atau 6.1.3.2 Kementerian Kewangan. 6.1.4 Hantar peringatan jika kelulusan belum diterima. 6.1.5 Setelah mendapat kelulusan Pegawai Pengawal atau Kementerian Kewangan,

sampaikan kelulusan kepada Jabatan untuk tindakan pelupusan. 6.1.6 Susuli sehingga pelupusan selesai dan pastikan pelupusan selesai dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan diterima. 6.1.7 Dapatkan perlanjutan tempoh pelupusan atau keputusan cara pelupusan lain dengan alasan-alasan munasabah jika pelupusan belum selesai dalam masa 3 bulan 6.1.8 Perolehi sijil pelupusan (Kew 300-X). 6.1.9 Hantar sijil pelupusan ke Kementerian Kewangan. 7. PENUTUP 7.1 Garis Paduan ini hendaklah diteliti oleh semua pegawai dan dipatuhi dalam pelupusan aset dan barang Kerajaan agar kelewatan pelupusan tidak berlaku lagi dan hasil yang maksimum dijamin dan ruang penyimpanan dapat dijimatkan. Sebarang masalah yang dihadapi hendaklah dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan, Perbendaharaan Malaysia untuk nasihat dan keputusan. Dengan adanya Garis Panduan ini adalah diharapkan kefahaman mengenai tatacara pelupusan dapat diperkukuhkan lagi di semua Agensi Kerajaan. Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan, Perbendaharaan Malaysia. 14 Mac1997 Lampiran 'A' CONTOH

NOTIS TENDER AGENSI KERAJAAN 1.Tawaran adalah dipelawa untuk membeli aset dan barang seperti berikut:Bil 1. 2. 3. 4. 5. Perihal Kuantiti Harga simpanan Deposit Tender

2. Aset dan barang boleh dilihat pada _____ hingga_____ di antara jam hingga _____ di__________ _________________________ 3. Tender akan ditutup pada________ jam 12 00 tengahari. 4. Tawaran boleh dibuat dalam bentuk surat biasa dengan nama, nombor kad pengenalan serta alamat dan butiran aset dan barang yang diminati dan harga tawaran atau dalam borang tender yang boleh diperolehi di alamat seperti di para 5 Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 60 hari. 5. Semua tawaran hendaklah dimasukkan dalam sampul berlakri dan ditanda Tender No. ___________________dan dihantar melalui pos atau dimasukkan dalarn Peti Tender di alamat:

____________________________ _____________________________ _____________________________

______________________________

6. SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN TENDER

6.1 Aset dan barang akan dijual tertakluk kepada harga simpanan 6.2 Petender adalah dikehendaki menyertakan deposit tender sebanyak 10% daripada harga tawaran bagi setiap aset dan barang atau RM10,000 00 mengikut mana yang terendah. Deposit Tender hendaklah dalam bentuk kiriman wanglwang pos/draf bank atau Cashiers' Order atas nama____________________ Tawaran tanpa deposit tender tidak akan dipertimbangkan 6.3 Semua aset dan barang adalah dijual seba*aimana keadaannva semasa dilihat(asis- where-is basis). 6.4 Jabatan irli tidak bertanggungjawab ke atas aset dan barang yang telah dijual. 6.5j Semua perbelanjaan bagi mengangkut aset dan barang hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri 6.6 Petender yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh dua minggu *dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran penuh tidak dijelaskan dalam tempoh dua minggu*, deposit tender akan dilucuthak dan Jabatan akan melupuskan semula aset dan barang berkenaan dengan apa-apa cara (* sila isi tempoh yang sesuai)

6.7 Petender yang berjaya hendaklah mengeluarkan aset dan barang dalam tempoh 7 hari selepas bayaran penuh dijelaskan, jika tidak Jabatan berhak untuk melupuskannya semula dan apa-apa bayaran yang telah dibuat akan dilucuthak. Segala bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum aset dan barang boleh dikeluarkan daripada premis Jabatan.

LAMPIRANB JADUAL TENDER PELUPUSAN (Untuk Dipamir Di Papan Kenyataan)

Perkara :..................

Bil

Kod Petender

Harga

Nota Harga-harga tawaran di atas adalah harga yang tercatat di dalam dokumen tender yang diterima dan sebelum diperiksa. Kerajaan adalah tidak terikat menerima manamana tender.

.................................................. (Pengerusi) .................................................. (Ahli) .................................................. (Ahli) Tarikh : .................. Lampiran C NOTIS SEBUTHARGA AGENSI KERAJAAN

1. Sebutharga adalah dipelawa untuk membeli aset dan barang seperti di Lampiran C 1. 2 Aset dan barang boleh dilihat pada _______ dan/hingga_________ di antara jarn hingga 3 Syarat-syarat dan peraturan sebutharga adalah seperti di Lampiran C2 4 Tawaran sebutharga boleh dibuat dalarn bentuk surat biasa dengan na na, nombor kad pengenalan, alamat dan butiran aset atau barang yang diminati dan harga tawaran atau dalam borang sebutharga yang boleh diperolehi di alarnat seperti di para 5 Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 60 hari. 5 Semua sebutharga hendaklah dimasukkan dalam sampul surat berlakri dan ditanda Sebutharga No / dan dihantar melalui pos atau dimasukkan dalam Peti Sebutharga di alamat:________________________________ ________________________________ ________________________________ ________________________________

6. Tarikh tutup sebutharga pada ___________jam 12 00 tengahari. Sebutharga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.

Tarikh (Ketua Jabatan)

(Alamat Penuh Agensi Kerajaan) (No Tel )

LampiranC1 1. Senarai aset dan barang untuk dijual adalah seperti berikut: Bil 1 2 3 4 5 Lampiran C2 Perihal Kuantiti Harga simpanan Deposit Sebutharga

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN SEBUTHARGA

1. Aset dan barang akan dijual tertakluk kepada harga simpanan. 2. Penyebutharga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebutharga sebanyak 10% daripada harga tawaran bagi setiap aset dan barang atau RM10,000.00 mengikut mana yang terendah. Deposit Sebutharga hendaklah dalam bentuk kinman wanglwang pos/draf bank atau Cashiers' Order sahaja atas nama ____________________ Sebutharga tanpa deposit sebutharga tidak akan dipertimbangkan. 3. Semua aset dan barang adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (asis-where-is basis) 4. Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset dan barang yang telah dijual.

5. Semua perbelanjaan bagi mengangkut aset dan barang adalah ditanggung oleh pembeli sendiri. 6. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh satu minggu, deposit sebutharga akan dilucuthak dan Jabatan akan melupuskan semula aset dan barang berkenaan dengan apa-apa cara. 7. Pembeli yang berjaya hendaklah mengeluarkan aset dan barang dalam tempoh 7 hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika tidak, Jabatan berhak untuk melupuskannya semula dan bayaran yang telah dibuat akan dilucuthak. Segala bayaran hendalclah dijelaskan sepenuhnya sebelum aset dan barang boleh dikeluarkan daripada premis Jabatan

Lampiran D

BORANG TAWARAN TENDER/SEBUTHARGA

Nama Individu/syarikat No Kad Pengenalan Alamat

______________________________________________________________________________

Kepada : (Nama / Alamat___________________ : Agensi Kerajaan__________________

: yang mempelawa )________________

Tuan

Tawaran Untuk Tender/Sebutharga Bil_____/______

Saya/kami merujuk kepada perkara di atas dan ingin memaklumkan saya/kami berminat untuk menyertai sebutharga/tender diatas.

2. Harga tawaran saya/kami adalah seperti berukut:Bil Perihal Kuantiti Harga Tawaran

3. Bersama-sama ini disertakan deposit sebutharga (Sebanyak 10% daripada harga tawaran aset dan barang di atas atau RM10,000 00 mengikut mana yang terendah) yang bernilai RM _______________ (Ringgit Malaysia _______________ ) dalarn bentuk kiriman wang/wang pos/draf banWcashiers order no_________________di atas nama ________________ 4. Saya/kami memahami serta bersetuju dengan semua syarat-syarat tawaran ini. Sekian, terima kasih.

Tandatangan ___________________ Nama/Cop Syarikat_____________________________ ______________________________ ______________________________

l32

- 32 -

N O TIS JlU A L A N L E L O N G A G E N SI K EFL*.TA A N La m Piran E

Adalah dimaklumkan Agensi Kerajaan akan mengadakan jualan lelong ase* dan barang seperti berikut:Tarikh Masa Tempat

2 Senarai aset dan barang yang akan dilelong adalah seperti di Lampiran E1 Semua aset dan barang boleh dilihat pada dan/hingga jam hingga di alarnat di antara

3 Syarat dan peraturan lelong adalah seperti di Lampiran E2. Lot Perihal kenderaan/Baran* 33 -

Kuantiti Lampiran El

Har*a Simpanan

.l34 - 34 -

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN JUALAN LELONG

1 Aset dan barang akan dijual tertakluk kepada harga simpanan. Lampiran E 2

Penawar harga tertinggi adalah pembeli yang berjaya dan jika ada apa-*pa perselisihan yang berbangkit mengenai penawar yang tertinggi, aset dan barang berkenaan *kan dilelong semula. 3 Jabatan berhak mengubah susunan jualan tersebut di senarai dan menarik balik mana-mana aset dan barang dari senarai lelongan. 4 Semua aset dan barang adalah dilelong sebagaimana keadaarmya semasa dilihat (as-is-where-is basis). 5 Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset dan barang yang telah dijual. 6 Semua perbelanjaan bagi mengangkut aset dan barang hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri. 7 Pembeli yang beT*aya hendaklah memberitahu nama penuh, no kad pengenalan dan alamat kepada pegawai pelelong semasa jualan dilakukan dan hendaklah membuat pembayaran penuh dengan serta mertaltempoh tertentu yang ditentukan oleh Jabatan yang menjual aset dan barang tersebut. 8 Pembeli yang berjaya hendaklah mengeluarkan aset dan barang dalam tempoh 7 hari dari tarikh lelong. Jika tidak, Jabatan berhak untuk melupuskannya. Segala bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum aset dan barang boleh dikeluarkan daripada premis Jabatan.

Anda mungkin juga menyukai