Anda di halaman 1dari 14

Cara mandikan bayi

Bagaimanakah cara terbaik menguruskan bayi terutama kepada yang pertama kali bergelar ibu bapa?

KEPIT telinga bayi supaya tidak dimasuki air ketika mencuci di kepala.

KEPADA pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata, terlalu banyak perkara dan persediaan yang perlu dilakukan. Bermula daripada barangan bayi, bilik, kos rawatan, makana dan sebagainya. Sebaik si ibu selamat melahirkan anak, maka bermulalah fasa baru dalam kehidupan suami isteri.

"Kebanyakan individu yang pertama kali bergelar ibu bapa, berasa cemas dan kelam-kabut dalam menguruskan bayi. Ini termasuklah cara penyusuan, menukar lampin dan memandikan bayi. "Jika diperhatikan, ibu lebih berasa selesa dan selamat sekiranya orang lebih dewasa yang memandikan bayi mereka. Apatah lagi, jika tali pusat bayi masih belum tanggal," jelas Jururawat Kaunselor Penyusuan Susu Ibu, Obstetrik & Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Norhayati Ahmad.

SIKAT rambut bayi untuk menanggalkan sebarang lendir.

Tambah Norhayati, 44, yang berkhidmat selama dua dekad di pusat perubatan tersebut, antara tujuan utama membersihkan bayi adalah untuk memberi keselesaan, ketenangan dan mengelakkan g infeksi. Proses mandian perlu dilakukan dengan cara yang betul dan selamat. Mengapa? Ia bagi mengelakkan bayi mengalami kecederaan yang tidak diingini seperti telinga dan hidung dimasuki air atau kulit bayi melecur.

Sebelum memandikan bayi, isikan air suam dalam bekas mandian. Periksa suhu kehangatan air tersebut dengan menggunakan siku. Jangan NORHAYATI AHMAD sesekali menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan bayi menurun atau hipotermia. "Daya ketahanan bayi tidak kuat dan masih lemah. Jika dimandikan dengan air sejuk, ia akan membuatkan bayi terkejut, badannya menjadi biru dan juga berisiko mendapat penyakit sawan. "Jangan memandang remah tentang proses mandian bayi. Selain menggunakan air suam, ibu bapa juga disaran supaya tidak memasang kipas dan membuka tingkap. Alasannya masih sama supaya bayi tidak berasa sejuk. "Bukan itu sahaja, waktu yang paling sesuai untuk memandikan bayi pula, sekitar pukul 10 pagi dan pukul 5 petang," jelas beliau.

Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel. Sebaikbaiknya bedung bayi menggunakan napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk.

SEMASA mandi jangan lupa bersihkan di bahagian lipatan leher, paha dan ketiak.

Langkah pertama* Cuci muka bayi menggunakan kapas atau sapu tangan yang telah dicelupkan dalam air suam. Lap di bahagian mata terlebih dahulu.

Langkah kedua* Bersihkan kepala bayi. Kepit telinga bayi supaya tidak dimasuki air. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut.
LAP badan bayi sehingga kering.

Ketika proses ini menanggalkan yang melekat.

juga, sikat rambut bayi supaya dapat lendir

* Kemudian, keringkan rambut bayi sebelum proses membersihkan bahagian badan.

BERHATI-HATI ketika memakaikan baju si Langkah ketiga kecil. * Siram bayi sedikit demi sedikit. Gosok badan bayi dengan menggunakan sabun mandian bayi.

Pastikan anda bersihkan di bahagian lipatan seperti leher, ketiak, paha, kaki dan punggung. Akhir sekali bilas bayi dengan bersih dan lap sampai kering.

Langkah keempat* Bagi bayi yang masih belum tertanggal tali pusat, anda perlu membersihkan tali pusat, sebelum memakaikan baju. * Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat cucian tali pusat. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah. Kemudian, lap di sekeliling pusat dan selepas itu bersihkan klip tali pusat.
JIKA tali pusat masih belum tertanggal jangan lekatkan lampin terlalu ketat.

Pastikan tali pusat sentiasa kering dan bersih. Jangan sapukan tali pusat dengan sebarangan minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan oleh doktor. Selesai bayi dibersihkan, disapukan bedak dan losen serta dipakaikan baju, ibu diwajibkan menyusukan bayi. Ini kerana bayi akan berasa lapar selepas proses mandian

NEGARA JAPANG
Maka tersebutlah kisah di Negara Jepang tinggal sepasang suami &

isteri yang dah hampir 10 tahun berkahwin. Sang suami bernama KirYoto-San manakala Siisteri bernama DarulEh-San. Pada awal2 perkahwinan mereka; DarulEh-San merupakan seorang wanita yang cantik dan mengancam, dan amat disukai KirYoto, tetapi semenjak 2004, KirYoto-San tidak begitu mengambil berat DarulEhSan. Semenjak itu, terkenallah KirYoto ini seorang suami yang tidak bertanggungjawab. Banyak perkara2 serta keperluan DarulEh-San tidak diendahkan. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga tidak diambil peduli langsung. Keperluan rumah, makan minum DarulEh-San tidak diendahkan dan diambil kira. Dapur DarulEh-San selalu tidak berasap. Kadang2 bahan keperluan rumah selalu terputus, spt ketiadaan tepung, gula, susu anak tidak boleh dibeli dan sebagainya. Bekalan air rumah DarulEh-San juga selalu terputus kerana bil tidak berbayar, lalu terpaksalah DarulEh-San mengambil air perigi yang keruh dan kadang2 berbau. Hinggakan pokok2 bunga dibelakang rumah DarulEh-San juga selalu kering, dan banyak pokok mati. Bukan saja2 pokok pasu tidak berbuah, kekadang KirYoto-San akan mengambil pasu2 kecil yang cantik bersama tanah2 untuk digadai, untuk menambah kantung koceknya. Banyak juga barang2 DarulEhSan diletak dikedai pajak gadai Ah-Lim (tokeh rumah yang disewanya) untuk menambah kantung. Kadang kadang duit ini digunakan untuk melaram dan bergaya didepan orang kampung daerah LongRiver, Jepang. Duit2 ini ada yang dilaburkan atas nama KirYoto-San, maka dengan izin Allah, semakin kayalah si KirYoto-San nie hingga diangkat menjadi ketua kampung LongRiver. Dimasa lapang, KirYoto-San selalu menghabiskan masa dengan gengnya yang dipanggil Def Bluehyypo atau dikenali oleh orang kampung sebagai Geng Biru SiPekak Badak. Wang yang bertimbun selalu digunakan untuk berjoli dengan Geng Biru SiPekak Badak nie. Sejak setahun lalu KirYoto-San telah ada hobi baru iaitu bermekap dan menghias muka, hingakan dikatakan bedak hiasan muka dibeli di Negara TanahIre 40,000 km dari Jepang. Maka kehulu kehilir lah KirYOto-San dengan muka putihnya, melaram kesana kemari, hinggakan DarulEh-San yang compang camping, kurus kering, comot masai, kadang kadang berkemban tidak dihiraukannya. Tersangatlah bongkak si KirYoto-San nie, cakapnya pun kasar mana orang miskin diterajang, kekedang dirobohkan rumahnya. Banyak imam ditempelak, tidak diberi izin untuk berceramah, malah mana masjid yang dirasakan diluar kawalannya akan dirobohkan saja.

Maka tersangat meranalah siisteri, DarulEh-San; dengan perangai suaminya maka dimintalah fasakh untuk bercerai dari Tok Kadi, Tok Rashid Sembelit. Fasakh telah diminta dari tahun 2004 lagi, oleh kerana Tok Rasid Sembelit ni seorang pembelit, maka usaha tersebut tidak berjaya. Tetapi dengan izin Allah bercerailah DarulEh-San dengan KirYoto-San pada 8 Mac 2008, dengan campurtangan serta tekanan orang kampung. Setelah bercerai dan habis edah berkahwinlah DarulEh-San dengan seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan gentleman bernama Pak-Atan Raiyat (Campuran Melayu - Cina, berprinsip Islam). Untuk menutup pekung, dan kemaluan KirYoto, sebelum keluar rumah dikoyaknyalah semua surat2 pajak gadai, dokumen perkahwinan dan dokumen serta rekod buruk semasa menjadi suami. Akan tetapi Pak-Atan Raiyat seorang yang sangat cool, dan tugas pertamanya ialah untuk menghilangkan derita isteri barunya DarulEhSan. Maka disediakanlah air bersih percuma, dilupuskan hutang atas nama isterinya, dibelinya baju, diperbaikinya prasarana rumah. Mana2 binatang ternak seperti ayam, malah babi orang2 kampung yang berkeliaran diletakkan disatu tempat yang elok. Dalam masa sebulan terserlahlah kecantikan serta keayuan DArulEhSan, dan semakin sayanglah DArulEh-San kepada Pak-Atan. Sehari demi sehari semakin jealous dan menyesallah KirYOto-San kerana melepaskan serta mengabaikan isterinya. Setiap hari akan bertempiklah KirYoto-San dirumah bekas isteri dan suami barunya dengan katanya "Hei... Pak-Atan, Ingat Jaga DarulEh-San. Ingat, dia bekas isteri Aku jika dia merana, nahas kau aku kerjakan". Orang kampung serta Pak-Atan tidak ambil endah malah tersenyum sinis.... dengan pe'el KirYoto-San ni. Setiap hari ada saja perkara yang dilakukan oleh KirYoto-San untuk mendapatkan semula DarulEh-San. Berbagai cara, dan fitnah ditabur pada orang kampung untuk memastikan Pak-Atan & DArulEh-San bercerai. Kadang-kadang KhirToyo-San mengarahkan saki baki Geng Biru SiPekak Badak untuk berdemo dirumah DarulEh-San dengan Sepanduk "TOLONG JAGA DARULEH-SAN, JIKA TAK NAHAS PAK-ATAN" Disamping itu KirYoto-San juga cuba untuk membersihkan imejnya kononya seorang yang bertangungjawab, seperti menulis blog dengan tajuk "Wadah Perjuangan". Semua orang kampung tahu; dahulu penulis blog ini diberi berbagai gelaran oleh KirYoto-San. Ada yang mengatakan penulis blog seperti Goblog, ORang tak de kerja, Penulis Murahan dsbnya. Namun sekarang dengan muka tak malu, KirYOtoSan juga turut menyertai kumpulan2 goblok2 ini dan ternyata

sekarang beliau seorang PURE GOBLOK. Sekali lagi Pak-Atan dan orang kampung tersenyum. Tidak cukup dengan itu kadang2 KirYoto-San bercakap sebagai Aktivis Sosial dikedai2 kopi bersama seorang Ahli Reject Biru Geng Pekak Badak, Mamak Deh-San menyatakan betapa Kumpulan Geng Biru Pekak Badak harus melakukan islah, muhasabah diri, bla..bla dsb agar lebih relevan dimata penduduk kampung. Sekali lagi Pak-Atan dan orang kampung tersenyum kambing. Ternyata semua itu tidak diambil pusing oleh Pak-Atan Raiyat tetapi terus menjalankan tanggungjawab terhadap isterinya DArulEh-San yang semakin cun & meletup2. Ternyata DarulEh-San amat menyayangi Pak-Atan Raiyat. Maka semakin hari semakin gelisah lah tidur KirYoto sambil meracau "DArulEh-San.... DarulEh-San.... Datanglah padaku. Aku akan jagamu lebih baik" Ini kah yang dinamakan "GILA TALAK? ATAU GILA TERTOLAK....?? p/s Cerita ini hanya rekaan tiada kena mengena dengan yang mati, mungkin ada kena dengan yang hidup...

CANTIKNYA

WANITA

Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya." "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orangorang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." "Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Tudung nipis, baju singkat, seluar ketat


"Bicara kali ini tentang batas aurat, Terutama sekali bagi muslimat, Kerana kelihatan dalam masyarakat, Dibuang Islam dijauhi adat. Yang kelihatan pada remaja, Batas aurat tidak diambilkira, Pakaian tersalut ditubuh tak terjaga, Tanpa malu, silu dan dosa Tudung nipis terbayang rambut, Atau rambut terjulur kerana singkat, Kain dililit kepala pakai ikat, Jambul tertonjol rasa hebat. T-shirt menjadi kegemaran, Nampak ketiak tiada lengan, Bulu roma jelas kelihatan, Parut dan tahi lalat bertebaran. Baju sendat tertonjol dada, Sepatutnya dilabuh berlaku tiada, Lelaki melihat menempa dosa, Menjadi fasiq mudah sahaja. Seluar ketat menjadi pakaian,

Tak beza lelaki dan perempuan, Terutama jeans pudar jadi pilihan, Sarung nangka pun boleh tahan Apa jadi dengan remaja, Islam namanya, iman tiada, Perintah Tuhan buat bersahaja, Larangan Allah buat selamba, Allah murka Syaitan senang, Nabi kata: Perempuan berpakaian tapi bertelanjang Ada baju tak cukup benang, dihumban ke neraka cukup malang. Saya hanya boleh menasihat, Kepada remaja dan muslimat, Ikut Islam akan selamat Ikut syaitan akan dilaknat. rantisi_jr "

Mari Kita Bermuhasabah Diri Sejenak


"Marilah sejenak kita bermuhasabah dengan berfikir dan merenungi apa saja yang telah kita lakukan hari ini.

Anda tanya dan jawab sendiri terhadap perkara2 berikut insyaAllah bermanfaat :

1. 2. 3. 4.

Sudahkah kita mengingati Allah ketika bangun tidur ? Sudahkah kita sholat Subuh di Masjid pada hari ini ? Sudahkah kita membaca berzikir ingatkan Allah pada pagi hari ini ? Sudahkah kita memulai hari ini dengan meminta kepada Allah rezkii yang halal dan berhati-hati dalam mencarinya ? 5. Sudahkah kita memelihara seluruh solat kita dengan dengan berjamaah di Masjid pada waktunya ? 6. Sudahkah kita melaksanakan sholat rawatib dan tawattu ? 7. Adakah kita disiplin membaca wirid setiap selesai adzan dan solat ? 8. pastikah kita pada hari ini khusyu dalam sholat dengan menghayati apa yang kita baca ? 9. Sudahkah kita bertaqwa kepada Allah dalam menjalankan usaha mencari rezeki halal,makan,minum dan berpakaian? 10.Sudahkah kita memuji Allah atas nikmat Islam dan Iman pada hari ini ? 11.Sudahkah kita memuji Allah atas nikmat pendengaran, penglihatan dan nikmat-nikmat yang lain ? 12.Sudahkah kita membaca,mengaji dan menghafalkan serta mengamalkan isi Kitabullah dan Hadis Rasulullah SAW ?

13.Sudahkah pada hari ini kita belajar sesuatu dari sesuatu kewajiban agama dan hadir di pengajian ? 14.Sudahkah kita membaca Solawat atas Nabi Muhammad SAW pada hari ini ? 15.Sudahkah kita memberi nasihat karena Allah ? 16.Sudahkah pada hari ini kita menangis karena takut siksaan Allah ? 17.Sudahkah pada hari ini kita mohon ampun atas segala dosa-dosa kita ? 18.Sudahkah kita berdo'a kepada Allah agar diteguhkan agama kita ? 19.Sudahkah hati kita dibersihkan dari penyakit-penyakit suka mungkar dan wahn (suka dunia dan benci mati) ? 20.Sudahkah kita beramar ma'ruf nahi munkar ?

Mudah-mudahan pertanyaan-pertanyaan diatas semakin menambah keImanan dan ketaqwaan serta sifat ihsan kita Kepada Allah SWT. Yang kurang kita tambah dan yang sedia baik ada kita tambah baik suapaya menjadi lebih baik.

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan


Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu. Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes. Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... ! Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?" Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh

orang lain. Katanya: "Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab: Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih. Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya. Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !! Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... ......... Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... ............ ..... ...

Cara Hadapi Hantu Jika TerserempaK


Pocong Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu. Langsuir Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu. Pontianak Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia

boring. Hantu Raya Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat. Hantu Galah Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu. Jerangkung Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untukberdiri tegak. Toyol Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tuHantu Ponteng Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja .. hehehehehe LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN HANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!! !

Ulasan dan Ubahsuai dari malaysiakini

Gadis pintar matematik ini pernah menjadi tajuk utama berita media tempatan sedekad lalu tetapi kini Sufiah Yusof patah hati dan menjual tubuhnya demi menyara hidup.

Pada usia 12 tahun, Sufiah yang beribukan wanita kelahiran Johor menjadi isu di Malaysia apabila cuba mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford. Menteri pendidikan waktu itu Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan memastikan kewarganegaraan Sufiah dahulu sebelum memberikan biasiswa kerajaan Malaysia. Disember 1997, gadis pintar warga keluarga Britain ini berada di Oxford selama lima hari untuk temuduga memasuki Kolej St. Hilda's, Oxford. Kali terakhir minat masyarakat Malaysia terhadap Sufiah muncul apabila gadis manis ini, waktu itu usianya 15 tahun, hilang dari Universiti Oxford, tempat dia menjadi pelajar matematik tahun tiga, pada 2000. Sufiah hilang selepas selesai mengambil peperiksaan akhirnya pada 21 Jun di Kolej St Hilda. Anak ketiga pasangan Farooq dan Halimaton - kedua-duanya memakai nama keluarga Yusof - dua minggu kemudian ditemui di sebuah kafe siber dan enggan kembali ke rumah ibu bapanya. Akhbar News of the World hari ini mendedahkan nasib Sufiah, 23, yang melacurkan diri melalui internet selepas siri-siri kekecewaan hidup yang bertubi-tubi menimpanya, termasuk gagal dalam perkahwinan sewaktu berusia 20 tahun. Laman web akhbar itu melaporkan, seorang wartawan penyiasatnya berjaya ke pangsapuri wanita manis ini di Salford, Manchester dengan berpura-pura melanggannya dengan bayaran 130 pound (RM829) sejam. Rencana bertajuk 'Genius on the Game' memuatkan beberapa foto wanita muda itu tanpa berpakaian yang dirakam oleh wartawan tersebut. Sufiah, yang berwajah ceria, tidak menunjukkan kesedihan mendengar berita bapanya yang dihukum penjara 18 bulan sehari sebelum pertemuan dengan wakil media tersebut. Farooq, 50, didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan, keduaduanya 15 tahun, sewaktu mengajar matematik di rumah mereka. Sufiah menyalahkan bapanya, yang dulunya digambarkan di Malaysia sebagai guru pintar yang mendidik anak-anaknya pintar, yang menderanya secara emosi dan fizikal untuk melayakkannya ke Oxford - begitulah mesej e-mel yang dikirim kepada kakaknya sebagai menjawab kenapa beliau tidak mahu pulang ke rumah mereka. Menurut News of the World, Farooq juga pernah terlibat dengan dua lagi jenayah - dipenjara pada 1992 selepas memainkan peranan dalam penyelewengan pajakan 1.5 juta pound dan sewaktu 19 tahun dihantar ke sekolah pemulihan selepas terlibat dalam konspirasi 100,000 pound. (Gambar - Shilpa Lee dan Jonathan Marshall pada tahun 2004. Bercerai 13

bulan kemudian.) Untuk membayar sewa bilik di pangsapuri "buruk dan menyedihkan" itu, Sufiah memperkenalkan dirinya sebagai Shilpa Lee - di sebuah laman web khidmat seks - yang bersedia melayan setiap hari antara 11 pagi hingga 8 malam. Sufiah gagal menghabiskan pendidikannya di peringkat sarjana di Oxford selepas bertemu Jonathan Marshall. Perkahwinan mereka, yang tidak dihadiri anggota keluarganya walau mereka diundang, pada 2004 berakhir 13 bulan kemudian.

3 BUDAK HITAM
Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka keheranan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah jin yang amat besar. Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 100 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan memberikan 3 permintaan siapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu" Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan lebih gagah" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!". Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan gagah, lebih putih dan gagah daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan gagah lebih dari pada budak yang pertama. Jin pun berkata kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan gagah, lebih putih

dan gagah daripada budak yang pertama dan kedua". Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga keheranan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya. Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun. Moral: Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia sendiri.

Anda mungkin juga menyukai