Anda di halaman 1dari 8

DEFINISI GARISAN

Garisan ialah hasil dari penyambungan dua titik dan lebih. Ia mengandungi

panjang tetapi tiada lebar.

Garisan ialah kesan yang dihasilkan dengan menggunakan alat, instrumen,

media atau bahan yang dimulakan daripada satu titik merentasi suatu permukaan atau sesuatu kawasan

Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia: Garisan pada tali, bakul

anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabric dan sebagainya.

Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi: Garisan pada batu, haiwan dan

tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, dan sebagainya

JENIS-JENIS GARISAN

Garisan nipis/cerah Garisan tebal/gelap Garisan beralun Garisan berpancar Garisan berlingkar Garisan berserabut Garisan melengkung Garisan bergerigi Garisan berbiji Garisan berbulu Garisan putus-putus Garisan sendeng

FUNGSI-FUNGSI GARISAN

1. Garisan menimbulkan rupa

2. Garisan menimbulkan bentuk

3. Garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang

4. Garisan menghasilkan jalinan

5. Garisan menghasilkan motif pada reka corak

6. Garisan mewujudkan ton

7. Garisan mewujudkan ruang

8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid

JENIS-JENIS UNSUR GARISAN

a) Garisan tulin

Garisan sebenar yang menggunakan alat dan bahan dilakarkan diatas permukaan.

b) Garisan tersirat

Garisan yang menampakkan seolah-olah satu garisan misalnya beberapa siri titik-titik atau ulangan rupa, objek dan sebagainya.

c) Garisan psikologi

Garisan dari gerak mata, secara psikologinya seloah-olah suatu garisan menuju kepada objek tersebut misalnya kita menunjuk ke atas sesuatu

REFLEKSI

Sewaktu saya menyiapkan kerja kursus ini, saya amat bimbang kerana tidak memahami kehendak soalan. Oleh itu, saya mengambil tindakan untuk berbincang dengan pensyarah mengenai kehendak soalan. Akhirnya, masalah ini dapat saya atasi dan kerja kursus ini saya dapat selesaikan dengan sempurna.

Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini juga, saya menyedari bahawa pentingnya berkoloborasi antara pensyarah dan rakan-rakan kerana merekalah yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Pensyarah benyak memberikan saya maklumat mengenai bahan apa dan bagaimana kami harus membuat kerja kursus ini agar markah kami dapat ditambah lagi.

Kesimpulannya, kerja kursus ini banyak mengajar saya tentang apa itu garisan dan fungsinya dalam kehidupan serta pembelajaran saya sebagai guru pelatih. Dengan adanya pengetahuan ini, saya dapat mengaplikasikannya dalam pengarajan saya nanti.

BORANG KOLABORASI

TARIKH

PERKARA

CATATAN

TANDATANGAN

Anda mungkin juga menyukai