Anda di halaman 1dari 32

TOPIK 7: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGA HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.

Menerangkan makna rekreasi dan kesenggangan; 2. Menghuraikan hasil yang boleh diperolehi aktiviti rekreasi dan kesenggangan; 3. Menjelaskan perbezaan di antara aktiviti rekreasi dan kesenggangan; 4. Mengenal pasti jenis aktiviti yang dijalankan dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan; dan 5. Mencirikan konsep aktiviti rekreasi dan kesenggangan

PENGENALAN Undang- undang adalah sesuatu yang penting dalam sesuatu kejohanan. Undang-undang berfungsi untuk mengawal berfungsi untuk menjadikan kejohanan atau pesta permainan di kendalikan dengan adil dan tersusun. Terdapat dua jenis undang-undang yang biasanya terdapat dalam sesuatu kejohanan iaitu undang-undang permainan dan peraturan am kejohanan. Kedua-dua jenis undangundang ini saling lengkap melengkapi. Undang-undang permainan adalah piawai dan di guna pakai dalam setiap kejohanan naungan badan atau persatuan sukan antarabangsa. Sementara peraturan am di cipta oleh penganjur kejohanan bagi melicinkan lagi kejohanan atau pesta permainan dari segi pentadbiran. 7.1 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN Penganjuran sesuatu kejohanan perlu mempunyai set peraturan untuk menjadikan kejohanan lebih tersusun dari segi penganjuran. Set peraturan ini akan menjadi rujukan utama sekiranya terdapat masalah dalam sesuatu kejohanan atau pertandingan. Undang-undang dan peraturan am pertandingan berfungsi mengawal perjalanan perlawanan atau pertandingan. Undang-undang dan peraturan am pertandingan akan dijadikan panduan untuk keseluruhan pengelolaan dan pertandingan dalam sesuatu kejohanan. Kejohanan di anjurkan dengan jayanya sekiranya undang dan peraturan-peraturan di patuhi oleh semua. Secara amnya terdapat dua undang-undang yang terdapat dalam sesuatu kejohanan iaitu: (a) (b) Undang-undang permainan Peraturan am

7.1.1 Undang-undang Permainan Undang-undang permainan bertujuan untuk mengawal peraturan teknikal pertandingan ketika dalam permainan atau gelanggang permainan. Undang-undang permainan merupakan peraturan permainan atau pertandingan. Undang-undang permainan di guna pakai oleh semua badan sukan yang menganggotai badan induk persatuan sukan antarabangsa. Setiap disiplin sukan mempunyai badan induk antarabangsanya sendiri. Dengan kata lain undang-undang permainan merupakan undang-undang piawai atau standard dan di guna pakai dalam setiap permainan yang dianjurkan oleh badan sukan yang menganggotai badan induk persatuan sukan antarabangsa. Contohnya Undang-undang permainan bola sepak telah pun ditetapkan oleh Federation International de Football (FIFA). Oleh itu setiap kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) yang merupakan persatuan sukan yang menganggotai FIFA perlu berlandaskan undangundang yang telah di gariskan oleh badan teknikal FIFA. Undang dan peraturan permainan telah di bina oleh lembaga teknikal bagi setiap persatuanpersatuan sukan antarabangsa. Mereka yang menggubal undang-undang permainan merupakan pakar-pakar yang berpengalaman luas dalam sesuatu permainan. Undang-undang permainan di bina berlandaskan beberapa faktor utama. Secara amnya faktor utamanya ialah keselamatan, keadilan, keseronokan dan etika pertandingan. Undang-undang permainan biasanya diterbitkan dalam bentuk buku. Contohnya undang-undang permainan hoki terkandung dalam The Rules of The Game Of Hockey, guide for players and umpires yang di keluarkan oleh Lembaga Perundangan Persekutuan Hoki Antarabangsa (The Rules Board of Interational Hockey Federation). Penguat kuasa undang-undang permainan ialah pegawai pertandingan. Pegawai pertandingan akan di iktiraf sebagai pegawai yang bertauliah setelah mereka lulus peperiksaan kepengadilan atau kepegawaian yang di anjurkan oleh persatuan sukan antara bangsa atau badan gabungannya. Peringkat peperiksaan kepengadilan akan menentukan taraf kepengadil dan pegawai pertandingan. Tujuan Undang-undang Permainan a. Memastikan pertandingan dijalankan mengikut standard yang telah di tetapkan di manamana sahaja.

b. Menjadi bahan rujuk kepada semua pihak sekiranya berlaku masalah teknikal dalam sesuatu pertandingan c. Menjadikan rujukan utama kepada pegawai yang menguatkuasakan undang-undang permainan d. Memastikan pertandingan dapat dijalankan dengan lancar dan selamat serta mencapai objektif

Rajah 7.1: Perkara yang biasa terdapat dalam undang-undang permainan

7.1.2 Peraturan Am Peraturan am ialah undang-undang yang di bina oleh pihak penganjur bagi mengawal sistem pertandingan dalam sesuatu kejohanan. Sebelum ini kita lihat undang-undang permainan lebih menekankan pengelolaan pertandingan secara keseluruhan. Peraturan am pula lebih menekankan kepada pengelolaan sesuatu kejohanan. Secara terasnya peraturan am adalah saling lengkap melengkapi dengan undang-undang permainan. Sekiranya terdapat percanggahan antara peraturan am dan undang-undang permainan tentang perkara-perkara teknikal, biasanya undang-undang permainan akan diambil pakai. Pengecualian juga boleh di terima sekiranya terdapat perubahan dari segi jumlah pemain dan gantian atau lain-lain perkara yang telah mendapat persetujuan pengurus-pengurus pasukan. Peraturan bergantung kepada pihak penganjur dan tiada piawai yang tetap. Dalam merangka peraturan am kejohanan berbagai faktor yang diambil kira faktor utama yang diambil kira ialah faktor sekitaran. Oleh itu kita boleh dapati peraturan am kejohanan ini akan berbeza antara tempat yang berlainan. Sebelum mengendalikan kejohanan jawatankuasa teknikal dan induk akan menyediakan satu set peraturan kejohanan yang akan menjadi rujukan setiap pasukan yang menyertainya.

Walaupun peraturan am adalah hak mutlak penganjur namun sebagai penganjur yang beretika kita perlu memastikan peraturan yang dirangka jelas dan tidak menguntungkan mana-mana pihak. Sebaliknya peraturan am yang kita rangka dan bina adalah bertujuan untuk mengawal perjalanan kejohanan dari segi pentadbiran. Pegawai yang terlibat dalam menguatkuasakan peraturan am pertandingan ialah jawatankuasa teknikal atau disiplin yang di lantik dalam sesuatu kejohanan. Peraturan am adalah saling lengkap melengkapi dengan undang-undan permainan. Peraturan am kejohanan juga seharusnya tidak membelakangi undang-undang permainan yang telah termaktub dalam undang-undang persatuan sukan dan badan teknikal sukan dunia. Sebagai contohnya dalam menganjurkan kejohanan olahraga undang-undang bagi setiap acara perlulah mengikut spesifikasi yang telah di tetapkan oleh KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA (KOAM). Peraturan am kejohanan biasanya di edarkan bersama dengan borang penyertaan kepada pasukan yang mengambil bahagian bagi memudahkan segala urusan pendaftaran. Tujuan Peraturan Am a. Memberi panduan kepada semua yang terlibat mengenai perjalanan sesuatu kejohanan. b. Menjadi salah satu sumber rujukan utama sekiranya timbul sesuatu masalah dalam mengendalikan sesuatu kejohanan. c. Menjadi salah satu rujukan utama sekiranya terdapat bantahan terhadap mana pihak tertentu dalam mengendalikan kejohanan. d. Membolehkan kejohanan di uruskan dengan licin dan lancar.

Rajah 7.2: Perkara biasa yang terdapat dalam peraturan am

Aspek Tujuan

Undang-undang Permainan Peraturan Am Mengawal perjalanan permainan Mengawal perjalanan

kejohanan Merupakan peraturan yang Bera antara satu kejohanan Kepiawaian standard dan digunakan pakai di dengan satu kejohanan di peraturan mana-mana saja kejohanan pengaruhi oleh faktor anjuran badan gabungan sekitaran. Jawatankuasa teknikal Penggubal Persatuan sukan antarabangsa pengelola pertandingan Agen penguat Jawatankuasa teknikal dan Pengadil atau referi kuasa pengadil atau referi

7.1.3 Contoh Undang-undang Permainan Undang-undang permainan bola sepak telah di piawaikan oleh Federation International de Football Association (FIFA). Undang yang di keluarkan ini piawai di seluruh dunia dan berkuat kuasa dalam semua pertandingan yang melibatkan bola sepak padang dalam kejohanan yang dianjurkan oleh badan-badan dan persatuan-persatuan gabungan FIFA. Secara amnya terdapat tujuh belas undang-undang asas mengawasi permainan bola sepak di padang. Undang-undang 1 Padang Permainan Undang-undang 1 menyatakan bentuk gelang permainan dalam bola sepak: (a) (b) i. Bentuk padang bola sepak dalam bentuk segi empat tepat. Ukuran piawai Panjang Maksimum:110 m dan Minimum 100 m

ii.

Lebar Maksimum: 75 m dan Minimum 64 m

(c) Kawasan padang perlu di tanda oleh garisan-garisan yang terang tidak melebihi 12.7cm lebar. (d) kawasan-kawasan tertentu padang seperti (Rajah 7.1): i. Kawasan penalti

ii.

Kawasan gol

iii.

Kawasan sudut

iv.

Lingkaran tengah

Rajah 7.3: Gelanggang bola sepak Tiang Gol Tiang gol bola sepak terdiri daripada dua tiang tegak yang sama jarak dengan tiang bendera penjuru dan di cantum di bahagian atas dengan padang melintang. Tiang gol hendaklah berwarna putih dan mempunyai saiz 2.4 meter tinggi dan 7.3 meter lebar di letakkan pada hujung padang di atas tengah-tengah. Tiang gol dan palang gol mempunyai ketebalan dan lebar yang sama iaitu tidak melebihi 12 cm (5 inci). Tiang perlulah kukuh dalam bentuk tetap atau boleh ubah. Undang-undang 2 Bola

Bola sepak berbentuk sfera dan dibuat daripada kulit atau bahan-bahan lain yang dibenarkan. Bola rasmi yang dibenarkan oleh FIFA mempunyai lilitan 68 cm hingga 70 cm dan mempunyai berat antara 450 g dan 410 g pada permulaan permainan. Tekanan udara antara 0.6 1.1 atmosfera pada paras laut 8.5 paun/in hingga 15.6 paun/in . Bola untuk perlawanan pertandingan FIFA dan perlawanan yang di anjurkan oleh konfederasi hanya bola yang mempunyai lambang FIFA APPROVED, FIFA INSPECTED atau INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARD digunakan.

FIFA APPROVED

FIFA INSPECTION

INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARD Undang-undang 3 Bilangan Permain Dalam satu perlawanan bola sepak dua pasukan terlibat, setiap pasukan mengandungi tidak lebih sebelas pemain di atas padang. Seorang dari satu pasukan bertindak sebagai penjaga gol. Jika salah satu daripada pasukan itu mengandungi kurang dari tujuh orang pelawan tidak boleh di mulakan. Maksimum tiga pengganti boleh di gunakan di dalam mana-mana perlawanan yang di anjurkan di bawah naungan FIFA, konfederasi atau persatuan kebangsaan. Setiap pasukan perlu menyenaraikan bilangan pengganti yang boleh di namakan dari tiga hingga maksimum tujuh orang sebelum pertandingan. Undang-undang 4 Alatan pemain Pakaian yang diperlukan untuk permainan bola sepak ialah jersi, seluar pendek jika seluar pendek thermal digunakan warnanya perlulah sama dengan warna seluar pendek, stokin, sarung kaki, pelapik (shinguard), alas kaki dan kasut. Shinguard perlulah diliputi oleh stokin dan di buat dari bahan yang sesuai seperti getah, plastik dan bahan yang sama standard. Setiap penjaga gol hendaklah memakai warna jersi yang berbeza dengan pemain lain, pengadil dan penolong pengadil. Penjaga gol biasanya memakai jersi dan seluar pendek yang mempunyai pelapik pada siku dan pinggul. Pemain dilarang memakai peralatan yang bahaya pada pandangan pengadil. Contohnya jam tangan, rantai atau barang-barang kemas. Pengadil akan memeriksa pemain sebelum membenarkan pemain masuk ke gelanggang. Undang-undang 5 Pengadil Dalam satu perlawanan bola sepak seorang pengadil akan di lantik. Pengadil merupakan pegawai permainan yang berkuasa penuh sebagai penguat kuasa undang-undang permainan yang berkaitan dengan perlawanan. Keputusan yang berkaitan dengan fakta yang berkaitan dengan permainan adalah muktamad. Pengadil boleh menukar sesuatu keputusan apabila menyedari kesilapan atau atas nasihat penolong-penolong pengadil dengan syarat permainan belum dimulakan.

Kuasa pengadil a. Menguatkuasakan undang-undang permainan

b. Mengawal perlawanan dengan kerjasama penolong-penolong pengadil

c. Memastikan bola dan peralatan pemain menepati spesifikasi

d. Menjaga masa perlawanan dan membuat catatan perlawanan

e. Memberhentikan, menangguhkan dan menamatkan perlawanan atas alasan tertentu

f. Memberi advantage ke atas pasukan yang mana kesalahan di lakukan ke atasnya sekiranya advantage itu boleh menguntungkan

g. Menghukum pemain yang melakukan kesalahan secara memberi amaran lisan, kad kuning dan kad merah

h. Mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai pasukan yang berkelakuan kurang sopan atau menyalakan etika

i. Bertindak mengikut nasihat penolong-penolong pengadil terhadap insiden yang tidak dilihatnya

j. Memulakan pertandingan setelah di berhentikan Undang-undang 6 Penolong Pengadil Dalam satu perlawanan terdapat dua penolong pengadil yang di lantik. Penolong pengadil akan

membantu pengadil mengawal perlawanan mengikut undang-undang. Jika berlaku gangguan yang tidak wajar pengadil boleh melucutkan penolong pengadil itu dari tugasnya dan membuat laporan. Antara tugas penolong pengadil ialah: a. Member isyarat apabila bola telah keluar sepenuhnya dari padang permainan

b. Membantu pengadil menentukan pasukan yang berhak mendapat sepakan penjuru, sepakan gol atau lontaran ke dalam

c. Membantu pengadil membuat keputusan sama ada permain yang melakukan offside atau tidak

d. Memberi isyarat jika terdapat pengantaian pemain

e. Member isyarat jika terdapat kesalahan di luar penglihatan pengadil

f. Memastikan penjaga gol tidak bergerak ke hadapan sebelum bola di sepak

g. Memastikan bola telah melintasi gol atau tidak Undang-undang 7 Jangka Masa Permainan Perlawanan bola sepak hendaklah mengandungi dua bahagian iaitu 45 minit satu bahagian. Pemain berhak mendapat rehat antara dua bahagian iaitu tidak lebih daripada 15 minit. Peruntukan masa terbuang hendaklah di buat pada setiap separuh masa untuk jumlah masa terbuang melalui: a. Penggantian

b. Kecederaan pemain

c. Mengeluarkan permain yang tercedera

d. Membuang masa

e. Sebab-sebab lain Jika sepakan penalti di buat jangka masa pemain bagi setiap separuh bahagian adalah di lanjutkan sehingga sepakan penalti disempurnakan. Undang-undang 8 Memulakan Permainan Dalam permainan bola sepak sebelum memulakan permainan, ketua pasukan akan mengundi dengan lentingan syiling pasukan yang menang lentingan syiling akan memilih bahagian gol yang hendak di serang. Pasukan lawan akan membuat sepak mula atau gelanggang. Sepak mula juga dilakukan dalam keadaan: a. Pada permulaan perlawanan

b. Selepas gol di jaringkan

c. Pada permulaan separuh masa kedua

d. Pada permulaan setiap separuh masa dalam masa tambahan Semua pemain perlu berada dalam kawasan masing-masing pasukan lawan akan berada sekurangkurangnya 10 ela daripada bola pada posisi masing-masing. Bola perlu diletakan dalam keadaan tidak bergerak ketika memulakan pertandingan. Bola hanya dikira dalam permainan apabila bola telah masuk ke dalam kawasan lawan sejauh jarak satu lilitan bola itu sendiri. Penyepak tidak boleh memainkan bola ini kali kedua Permainan dimulakan semula setiap kali gol dijaringkan atau apabila masuk babak kedua perlawanan. Jatuhan bola adalah cara memulakan semula permainan selepas pemberhentian sementara di perlukan, semasa bola dalam permainan, untuk apa juga sebab yang tidak di sebut dalam undangundang permainan Undang-undang 9 di Luar Permainan Bola dikira keluar daripada permainan apabila melintasi garisan tepi atau garisan gol, sama ada meleret di tanah atau melambung di udara. Bola juga dikira di luar permainan apabila pengadil menghentikan permainan. Sekiranya pengadil atau penjaga garisan tidak pasti siapa yang paling

akhir menyentuh bola sebelum bola keluar, bola akan dimulakan dengan menjatuhkan bola di hadapan dua pemain dari pasukan bertentangan. Undang-undang 10 Jaringan Gol dijaringkan apabila bola melepasi garisan gol sepenuhnya di antara dua tiang gol dan di bawah palang lintang. Setiap gol yang masuk dikira satu mata. Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dalam suatu permainan dikira sebagai pemenang. Permainan digelar seri apabila jumlah jaringan kedua-dua pasukan adalah sama banyak setelah permainan ditamatkan. Undang-undang 11 Offside Pemain dikira offside jika dia berada berhampiran dengan garisan gol lawan daripada berhampiran dengan bola semasa bola dimainkan kecuali a. pemain itu berada dalam kawasan separuh padangnya sendiri.

b. terdapat dua atau lebih pemain lawan yang lebih hampir dengan garisan gol daripada pemain itu sendiri.

c. bola untuk kali terakhirnya disentuh oleh pemain lawan atau oleh pemain itu sendiri.

d. Pemain itu menerima bola terus daripada tendangan gol, lontaran masuk, atau bola yang dijatuhkan oleh pengadil. Bagi kesalahan offside Hukuman untuk kesalahan ini ialah sepakan percuma tidak langsung yang diberikan kepada pasukan lawan. Tendangan diambil di tempat kesalahan dilakukan. Undang-undang 12 Kesalahan dan Kelakuan Tidak Sopan Kesalahan dan kelakuan tidak sopan pada amnya dikategorikan sebagai langsung atau tidak langsung. Pemain yang sengaja melakukan kesalahan-kesalahan berikut akan dihukum dengan memberikan tendangan percuma langsung pada pasukan lawan. a. Menendang pemain lawan b. Menjatuhkan pemain lawan c. Melompat ke atas pemain lawan d. Menyerbu pemain lawan dalam keadaan ganas dan berbahaya e. Menyerbu pemain lawan daripada belakang kecuali pemain lawan yang menghalang pemain itu daripada bola

f. Menumbuk pemain lawan

g. Memegang pemain lawan

h. Menolak pemain lawan

i. Membawa,menumbuk atau mengawal bola dengan tangan atau lengan (kesalahan ini tidak dikenakan kepada penjaga gol dalam kawasan penaltinya) Jika pemain daripada pasukan bertahan melakukan salah satu daripada sembilan kesalahan di atas dengan sengaja dalam kawasan penaltinya, pasukan lawan akan diberikan sepakan penalti. Tendangan percuma tidak langsung akan dikenakan sekiranya kesalahan-kesalahan berikut dilakukan: Penjaga gol a. Mengawal bola dengan tangan lebih daripada enam saat

b. Memegang bola dengan tangan sebelum bola disentuh oleh pemain lain

c. Menyentuh bola dengan tangan setelah bola sengaja di sepak oleh rakan kepadanya

d. Memegang bola dengan tangan setelah menerima lontaran ke dalam terus kepadanya oleh rakan Tendangan percuma tidak langsung akan dikenakan sekiranya kesalahan-kesalahan berikut dilakukan oleh seorang pemain: a. Bermain dalam keadaan berbahaya kepada diri sendiri atau pemain lawan pada pandangan pengadil

b. Menyerbu pemain lawan dengan bahu apabila bola tidak berada dalam jarak permainan yang terlibat (menyerbu dengan bahu adalah sah dalam usaha merebut bola)

c. Sengaja menghalang pemain lawan apabila bukan hendak mendapatkan bola

d. Menyerbu penjaga gol kecuali apabila penjaga gol mengawal bola di luar kawasan gol

e. Apabila penjaga gol mengambil lebih daripada empat langkah memegang bola tanpa melepaskannya

f. Melakukan kesalahan offside Pengadil di beri amaran dan di beri kad kuning jika melakukan kesalahan berikut a. Bersalah kerana tidak menujukan semangat kesukanan

b. Membantah dengan perbuatan atau perkataan

c. sentiasa melanggar undang-undang permainan d. melambat-lambatkan permulaan semula permainan e. gagal beredar ke jarak yang di kehendaki apabila permainan di mulakan f. masuk atau masuk padang tanpa kebenaran pengadil g. dengan sengaja meninggalkan padang permainan tanpa kebenaran pengadil Permain di perintah keluar padang sekiranya melakukan salah satu dari kesalahan berikut. a. Bermain dengan amat kasar

b. Berkelakuan ganas

c. Meludah pemain lawan atau orang lain

d. Menanggalkan jaringan gol pihak lawan dengan sengaja memegang bola

e. Menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan dan menghina dan kata-kata kesat

f. Menerima amaran kedua di dalam perlawanan yang sama

g. Pemain yang dibuang padang tidak boleh digantikan dengan pemain lain. Teguran Pengadil berhak menegur pemain yang melakukan kesalahan berulang kali. Pengadil secara rasminya memberi amaran kepada pemain dengan menunjukkan kad kuning. Kad kuning memberitahu kepada pemain sekiranya dia mengulangi melakukan kesalahan, dia akan di buang padang Undang-undang 13 Tendangan Percuma Terdapat dua tendangan percuma.
a. Langsung

Gol boleh dijaringkan terus melalui tendangan percuma langsung.


b. Tidak Langsung

Bagi tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh atau ditendang untuk kali kedua oleh pemain lain sebelum tendangan ke arah pintu gol dibuat. Pemain pasukan lawan perlu berada sekurang-kurangnya 10 meter daripada bola apabila seseorang pemain itu mengambil tendangan percuma langsung atau tidak langsung. Situasi pemain yang mengizinkan pemain pasukan bertahan untuk berada kurang daripada 10 ela ialah apabila pasukan penyerang telah diberi tendangan percuma tidak langsung dalam lingkungan 10 ela daripada pintu gol pasukan bertahan .Pada keadaan ini pemain pasukan bertahan boleh berdiri di atas garisan gol di antara dua tiang gol dalam usaha untuk mengadang bola daripada masuk.

Undang-undang 14 Sepakan Penalti Hukuman yang berat untuk faul terus, selain daripada hukuman buang padang ialah sepakan penalti. Sepakan penalti berkeputusan daripada tindakan pemain melakukan kesalahan terus dalam kawasan penaltinya. Tendangan dibuat dari tanda penalti. Semua pemain, kecuali pemain yang akan mengambil sepakan dan penjaga gol, mesti menempatkan diri mereka di luar kawasan penalti pada jarak sekurang-kurangnya 16 meter daripada tanda penalti. Penjaga gol mesti berdiri di atas garisan gol di antara kedua-dua tiang gol, dan tidak dibenarkan menggerakkan kaki sehingga bola disepak. Penendang mesti menyepak bola itu ke hadapan dan tidak dibenarkan menyentuh untuk kali kedua sebelum disentuh oleh pemain lain. Bola dikira dalam permainan sebaik saja bergerak sejauh satu lilitan bola. Gol boleh dijaringkan terus daripada sepakan penalti. Masa ditambah jika perlu pada separuh masa atau pada penghujung masa permainan rasmi untuk membolehkan sepakan penalti diambil. Undang-undang 15 Lontaran ke dalam Apabila bola keluar melalui garisan tepi, bola akan dimasukkan semula dengan lontaran ke dalam di tempat bola itu keluar tadi oleh pemain pasukan lawan yang menyebabkan atau menyentuh bola terakhir sebelum keluar. Pelontar mestilah menghadap kawasan permainan dengan kedua-dua kakinya berada di permukaan padang di luar atau di atas garisan tepi semasa bola di lontar. Pelontar mestilah melontar bola dengan kedua-dua tangan dan bola berada di belakang kepala. Bola di kira dalam permainan sebaik sahaja lontaran dilakukan. Lontaran ke dalam akan diberikan kepada pasukan lawan sekiranya lontaran yang dilakukan dengan tidak betul. Undang-undang 16 Sepakan Gol Tendangan gol akan diberikan apabila bola kali terakhir disentuh oleh pasukan lawan yang menyepak bola melepasi garisan gol (tetapi tidak gol). Tendangan dibuat di dalam kawasan gol di bahagian berhampiran di mana bola tadi keluar. Semua pemain lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola berada dalam permainan. Penyepak tidak memainkan bola kali kedua sehingga di sentuh oleh pemain lain. Bola di kira dalam permainan sebaik saja di sepak terus melepasi kawasan penalti. Undang-undang 17 Sepakan Sudut Bola yang terakhirnya disentuh oleh pasukan yang bertahan lalu keluar melepasi garisan gol, dikembalikan ke dalam permainan melalui tendangan sudut. Tendangan sudut diambil di kawasan suku bulatan di penjuru padang berhampiran dengan tempat bola itu keluar. Gol boleh di jaringkan terus dari sepakan penjuru.

7.1.4 Contoh Peraturan Am Berikut adalah contoh peraturan am: (a) Nama 1. Kejohanan ini dinamakan 'SUKAN MALAYSIA XI, KEDAH 2006'.

(b)

Pengelolaan 1. SUKAN MALAYSIA ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Polis Di Raja Malaysia, Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan Pertubuhan Sukan yang tertentu termasuk pihak swasta. 2. Bagi maksud pengelolaan, Menteri Belia dan Sukan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Tertinggi yang bertanggungjawab berkenaan dengan perkara-perkara dasar, sebuah Jawatankuasa Pengelola yang membuat perancangan dan mengelolakan semua program dan aktiviti SUKAN MALAYSIA dan seterusnya Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dengan tugas-tugas khas yang bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pengelola. Majlis Sukan Negara Malaysia adalah Urus Setia SUKAN MALAYSIA di peringkat pusat dan bertanggungjawab memastikan segala dasar dan keputusan Jawatankuasa Tertinggi dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengelola serta Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan.

(c) Jenis Sukan Bil 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10 3.11 3.12 3.13 3.14 Jenis Sukan Akuatik (L/W) Renang Terjun Badminton (L/W) Bolasepak (L) Gimnastik Gim. Artistik (L) Gim. Artistik (W) Gimrama (W) Hoki (L/W) Olahraga (L/W) Skuasy (L/W) Tenpin Boling (L/W) Angkat Berat (L/W) Berbasikal (L/W) Karate (L/W) Karate (Kumite) Karate (Kata) Lawn Bowls (L/W) Memanah (L/W) Menembak (L/W) Kelayakan Umur B-21 thn B-21 thn B-21 thn B-19 thn B-16 thn B-15 thn B-15 thn B-21 thn B-21 thn B-18 thn B-21 thn B-21 thn B-21 thn B-21 thn B-21 thn B-21 thn B-21 thn B-21 thn Tarikh Kelahiran 1985 dan selepasnya 1985 dan selepasnya 1985 dan selepasnya 1987 dan selepasnya Lahir antara thn 1990-1997 Lahir antara thn 1991-1997 1991 dan selepasnya 1985 dan selepasnya 1985 dan selepasnya 1988 dan selepasnya 1985 dan selepasnya 1985 dan selepasnya 1985 dan selepasnya Lahir antara thn 1985 April 1989 Lahir antara thn 1985 April 1990 1985 dan selepasnya 1985 dan selepasnya 1985 dan selepasnya Taraf Wajib Wajib Wajib Wajib Wajib Wajib Wajib Wajib Wajib Wajib Wajib Wajib Wajib Wajib

3.15 3.16 3.17 3.18 3.19 3.20 3.21 3.22 3.23 3.24 3.25 3.26

Perahu Layar (L/W) Optimist Laser Radial Pencak Silat (L/W) Sepak Takraw (L) Taekwondo (L/W) Wushu (L/W) Bola Jaring (W) Bola Keranjang (L/W) Golf (L/W) Lawan Pedang (L/W) Ping Pong (L/W) Ragbi (L) Tinju (L)

B-15 thn B-21 thn B-21 thn B-21 thn B-21 thn B-21 thn B-21 thn B-21 thn B-21 thn B-21 thn B-21 thn B-21 thn B-21 thn

1991 dan selepasnya 1985 dan selepasnya Lahir antara thn 1985 April 1989 1985 dan selepasnya Lahir antara thn 1985 - April 1990 1985 dan selepasnya 1985 dan selepasnya 1985 dan selepasnya 1985 dan selepasnya 1985 dan selepasnya 1985 dan selepasnya 1985 dan selepasnya Lahir antara thn 1985 - April 1990

Wajib Wajib Wajib Wajib Wajib Pilihan Pilihan Pilihan Pilihan Pilihan Pilihan Pilihan

(d) Penyertaan 1. Hanya Warganegara Malaysia sahaja yang layak menyertai SUKAN MALAYSIA kecuali dipersetujui oleh Jawatankuasa Tertinggi sebagai peserta / pasukan jemputan. 2. SUKAN MALAYSIA ini terbuka kepada pasukan negeri-negeri, Polis Di Raja Malaysia dan Negara Brunei Darussalam sebagai kontinjen jemputan. 3. Syarat umur peserta adalah seperti di Para 3. 4. Tiap-tiap jenis sukan atau disiplin yang ditetapkan hanya akan dipertandingkan apabila disertai oleh sekurang-kurangnya 8 kontinjen. 5. Setiap acara dalam satu jenis sukan tidak akan dipertandingkan jika disertai oleh kurang dari 8 kontinjen. Bagaimanapun bagi acara sukan yang mempunyai kategori atau kelas mengikut beratan penyertaan minima 6 negeri dibenarkan untuk dipertandingkan bagi 2 acara beratan yang tertinggi. 6. Semua atlet kebangsaan yang pernah mewakili negara di pertandingan antarabangsa tidak dibenarkan mengambil bahagian. Atlet kebangsaan adalah ditakrifkan sebagai atlet yang telah mewakili Negara Malaysia di Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik serta kejohanan-kejohanan sukan individu di peringkat Asia, Komanwel, Dunia dan kejohanan-kejohanan rasmi yang diiktiraf oleh Persatuan Sukan Kebangsaan masingmasing. 7. Tiap-tiap negeri atau kontinjen dikehendaki mengemukakan borang penyertaan mengikut jenis sukan kepada pihak pengelola tidak lewat daripada 1 Disember 2005. Borang penyertaan hendaklah disertakan dengan WANG CENGKERAM sebanyak RM 300.00

bagi tiap-tiap jenis sukan atau tiap-tiap pasukan. Penyertaan yang tidak disertakan dengan wang cengkeram adalah tidak sah dan tidak akan didaftarkan sebagai peserta. 8. Jawatankuasa Pengelola memaklumkan kepada semua kontinjen negeri jumlah bilangan pasukan, jenis sukan dan disiplin yang akan dipertandingkan 4secara terperinci setelah menyemak senarai pendaftaran selewat-lewatnya 1 Januari 2006. 9. Borang-borang penyertaan yang lengkap dengan nama peserta dan lain-lain maklumat yang diperlukan hendaklah dikemukakan oleh negeri atau kontingen kepada pihak pengelola tidak lewat daripada 15 April 2006. Pertukaran peserta boleh dibuat semasa Mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan sebelum sukan bermula. (e) Bilangan Pegawai/Peserta 1. Bilangan pegawai dan peserta mengikut jenis-jenis sukan ialah seperti berikut: Bil Sukan Akuatik -Renang (L) -Renang (W) -Terjun (L) -Terjun (W) Badminton (P) Badminton (W) Bolasepak (L) Gimnastik -Gim. Artistik (L) -Gim. Artistik (W) -Gimrama (W) Hoki (L) Hoki (W) Olahraga (L) Olahraga (W) Skuasy (L) Skuasy (W) Tenpin Boling (L) Tenpin Boling (W) Angkat Berat (L) Angkat Berat (W) Berbasikal (L) Berbasikal (W) Pengurus Sukan 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 Jurulatih 1 1 1 1 1 1 2 1 1 1 1 1 2 1 1 1 1 1 2 2 (1 Mekanik) 1 Atlet 10 10 8 8 8 8 18 6 6 4 16 16 40 40 4 4 4 4 18 14 12 12 Jumlah 12 11 10 9 10 9 21 8 7 6 18 18 43 42 6 5 6 5 21 14 15 13

2 3 4

5 6 7 8 9 10

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28

Karate-Do (L) Karate-Do (W) Lawn Bowls (L) Lawn Bowls (W) Memanah (L) Memanah (W) Menembak (L) Menembak (W) Perahu Layar -Optimist (L/W) -Laser Radial (L/W) Pencak Silat (L) Pencak Silat (W) Sepak Takraw (L) Taekwondo (L) Taekwondo (W) Wushu (L) Wushu (W) Bola Jaring (W) Bola Keranjang (L) Bola Keranjang (W) Golf (L) Golf (W) Lawan Pedang (L) Lawan Pedang (W) Ping Pong (L) Ping Pong (W) Ragbi (L) Tinju (L) Urus Setia Kontinjen Ketua Kontinjen Jumlah Keseluruhan

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 5 1 36

1 1 1 1 1 1 1 2 1 1 2 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 58

10 7 6 6 4 4 21 15 5 2 17 12 15 8 8 6 6 10 12 12 4 3 9 9 5 5 12 9 512

12 8 8 7 6 5 24 17 7 3 20 13 17 10 9 8 7 12 14 14 6 4 11 10 7 6 14 12 5 1 606

2. Bagi jenis sukan yang mempunyai acara lelaki dan wanita dan di mana kontinjen tidak menamakan jurulatih atau pengurus pasukan wanita, kontinjen berkenaan bolehlah mendaftarkan seorang Cheperon. Walau bagaimanapun segala perbelanjaan makan dan penginapan Cheperon berkenaan hendaklah ditanggung oleh negeri / kontinjen masing-masing. 3. Sekiranya pertandingan untuk satu jenis sukan diadakan di tempat yang berasingan, pasukan

dibenarkan untuk membawa seorang jurulatih tambahan dan kedudukannya adalah setaraf dengan anggota kontinjen yang lain. (f) Pendaftaran 1. Setiap kontinjen hendaklah mendaftarkan nama-nama pegawai dan peserta masing-masing kepada Jawatankuasa Pengelola melalui Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan Polis Di Raja Malaysia. 2. Setiap peserta yang didaftarkan untuk menyertai SUKAN MALAYSIA ini dikenakan bayaran RM 20.00 seorang dan pembayaran hendaklah dibuat semasa pendaftaran. (g) Kawalan Perubatan 1. Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan/ Antarabangsa adalah dikehendaki menjalani ujian perubatan. Para peserta hendaklah mengemukakan Sijil atau Surat Pengakuan Doktor kepada Jawatankuasa Pertandingan. Pemeriksaan hendaklah dibuat di tempat masing-masing sebelum datang ke pertandingan. 2. Ujian doping akan dijalankan secara rambang ke atas atlet setiap kali SUKAN MALAYSIA dikelolakan. 3. Jika seseorang peserta itu mewakili pasukan/ mengambil bahagian dalam acara individu dan didapati positif ujian doping, pasukan / penyertaan individu tersebut dengan sendirinya akan terbatal. Sekiranya pasukan / individu yang dibatalkan turut memenangi pingat, kemenangan tersebut akan juga turut terbatal dan pingat-pingat yang dimenangi akan ditarik balik. Pingat-pingat dan mata akan dianugerahkan kepada peserta-peserta terbaik berikutnya. (h) Kawalan Kewanitaan 1. Semua peserta wanita jika diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan maka hendaklah disahkan kewanitaan mereka oleh Doktor Perubatan masing-masing di Borang Penyertaan mereka. (i) Peraturan Teknik/Corak Pertandingan 1. Majlis Sukan Negara Malaysia melalui perundingan dengan Persatuan Sukan Kebangsaan berkenaan akan menetapkan corak pertandingan bagi tiap-tiap jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam SUKAN MALAYSIA ini. 2. Semua jenis sukan / acara akan dikelolakan selaras dengan Peraturan Badan Kawalan Sukan Antarabangsa yang berkenaan. Jika terdapat percanggahan dari segi pentafsiran, maka pengertian sahih akan dirujuk kepada peraturan dalam Bahasa Inggeris.

3. Semua pertandingan bagi tiap-tiap jenis sukan hendaklah selesai dipertandingkan mengikut tempoh SUKAN MALAYSIA seperti yang ditetapkan Perkara 10.1 atau pada tempoh yang dipersetujui oleh pihak Jawatankuasa Pengelola. 4. Penetapan bilangan kumpulan bagi tiap-tiap jenis sukan akan dibuat mengikut amalan Persatuan Sukan Kebangsaan atau Persekutuan Sukan Antarabangsa masing-masing. 5. Bagi jenis sukan yang mengandungi acara berpasukan dan perseorangan, hanya dua (2) orang pemain terbaik sahaja didaftarkan mengambil bahagian dalam pertandingan perseorangan. Bagaimanapun bagi jenis-jenis sukan tertentu yang mengambil kira kombinasi mata/skor individu bagi menentu kedudukan pasukan boleh didaftarkan mengikut jumlah yang ditetapkan di dalam peraturan pertandingan sukan masing-masing. 6. Bagaimanapun corak pertandingan masih boleh diubahsuai untuk setiap jenis sukan berdasarkan kepada keadaan-keadaan tertentu dan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Tetap SUKAN MALAYSIA. (j) Tempoh Pengelolaan/Jadual Perlawanan 1. SUKAN MALAYSIA XI akan diadakan pada 26 Mei hingga 4 Jun 2006. Tempoh rasmi pengelolaan untuk SUKAN MALAYSIA XI ialah 10 hari. Walau bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu Jawatankuasa Pengelola boleh memulakan pertandingan bagi jenisjenis sukan tertentu beberapa hari sebelum hari perasmian SUKAN MALAYSIA. 2. Semua jadual perlawanan bagi semua jenis sukan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. (k) Penangguhan 1. Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan / jadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. 2. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa mutlak untuk menangguhkan atau mengubah jadual sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta merta. 3. Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan menurut Para 11.2 di atas, maka Jawatankuasa Teknikal bagi sukan berkenaan hendaklah menetapkan semula perlawanan yang ditangguhkan itu. (l) Kemudahan 1. Jawatankuasa Pengelola akan bertanggungjawab untuk menyediakan semua kemudahan yang berkaitan dengan pelaksanaan SUKAN MALAYSIA seperti penginapan, makan minum, peralatan pertandingan dan pengangkutan. 2. Pakaian seragam dan peralatan peserta seperti jersi, kasut, reket, basikal dan sebagainya adalah menjadi tanggungjawab kontinjen masing-masing.

3. Jawatankuasa Pengelola hendaklah mengemukakan senarai kemudahan/tempat pertandingan dan senarai peralatan sukan yang akan digunakan untuk tujuan pertandingan kepada Majlis Sukan Negara untuk mendapat pengesahan daripada Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing. (m) Ganti rugi 1. Majlis Sukan Negara Malaysia, Jawatankuasa Tertinggi, Jawatankuasa Pengelola, Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dan pegawai-pegawai yang dilantik tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana peserta dan pegawai semasa SUKAN MALAYSIA ini berlangsung termasuk ketika dalam perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/rumah. (n) Pengurus Pertandingan dan Delegat Teknikal 1. Persatuan Sukan Kebangsaan bagi tiap-tiap jenis sukan yang dipertandingkan hendaklah melantik dengan rasminya seorang Pengurus Pertandingan daripada Persatuan Sukan Negeri yang menjadi tuan rumah. Pengurus Pertandingan adalah bertanggungjawab untuk menentukan segala persiapan teknikal dan pertandingan di sedia dan dilaksanakan mengikut Peraturan Tetap dan Peraturan Am serta panduan-panduan yang ditetapkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing dengan kerjasama Jawatankuasa Pengelola. 2. Majlis Sukan Negara akan melantik Ketua Delegat Teknikal, Delegat-delegat Teknikal dan Pegawai-pegawai Teknikal setelah berunding dengan Persatuan Sukan Kebangsaan bagi tiap-tiap jenis sukan. Tanggungjawab Ketua Delegat Teknikal ialah seperti berikut:

Mencadangkan kepada Majlis Sukan Negara pegawai-pegawai teknikal dan pengadil/hakim bertauliah yang akan bertugas sepanjang kejohanan berlangsung. Melawat dan mengesahkan tempat-tempat pertandingan supaya sesuai digunakan untuk Pertandingan SUKAN MALAYSIA. Menyemak dan mengesahkan jadual-jadual pertandingan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola setelah berbincang dengan Persatuan Sukan Kebangsaan masingmasing. Menentukan semua pertandingan dijalankan mengikut peraturan/jadual pertandingan yang telah ditetapkan. Menentukan giliran tugasan pegawai-pegawai teknikal seperti pengadil/hakim yang dilantik di bawah para 14.2

3. Ketua Delegat Teknikal hendaklah mengemukakan laporan bersama-sama dengan laporan pengadil atau hakim mengenai peserta atau pegawai pasukan yang telah digantung daripada menyertai satu atau kesemua pertandingan bagi sukan berkenaan semasa SUKAN MALAYSIA dijalankan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

(o)

Juri Rayuan Tertinggi 1. Semasa Sukan Malaysia berlangsung, tugas-tugas Jawatankuasa Tertinggi akan dilaksanakan oleh sebuah Juri Rayuan Tertinggi yang dilantik oleh YB Menteri Belia dan Sukan. Anggota-anggota Juri Rayuan Tertinggi terdiri daripada tidak kurang daripada 5 orang dan tidak lebih dari 7 orang ahli iaitu seperti berikut:

Pengerusi Ahli-Ahli

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara - Pengerusi Jawatankuasa Pengelola - Ketua Pengarah Operasi - Dua (2) Orang Pengarah Majlis Sukan Negeri - Tidak lebih Daripada Dua (2) orang yang difikirkan sesuai oleh pengerusi.

2. Juri Rayuan Tertinggi akan membuat keputusan muktamad berkenaan dengan semua hal berhubung dengan pengelolaan SUKAN MALAYSIA. Ketua kontinjen atau wakilnya boleh mengemukakan soalan-soalan kepada juri ini. Selain daripada itu, juri ini boleh mencampuri dalam semua perkara termasuk hal-hal yang berkaitan dengan teknikal. 3. Jawatankuasa Pengelola hendaklah melantik Juri Rayuan bagi tiap-tiap jenis sukan yang dipertandingkan. (p) Rayuan/Bantahan 1. Sebarang rayuan atau bantahan mengenai sesuatu perkara boleh dibuat oleh Ketua Kontinjen/Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Juri Rayuan dalam tempoh tidak lebih dari dua jam selepas tamat sesuatu perlawanan dengan disertakan wang tunai sebanyak RM 200.00 sebagai wang pendahuluan. 2. Sekiranya rayuan atau bantahan itu munasabah dan diterima oleh Juri Rayuan, maka wang pertaruhan itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat berhubung dengan rayuan dan bantahan itu. 3. Wang pertaruhan itu akan hilang dan menjadi pendapatan kepada SUKAN MALAYSIA sekiranya rayuan atau bantahan itu didapati tidak munasabah. (q) Disiplin 1. Setiap Persatuan Sukan Kebangsaan yang terlibat hendaklah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Disiplin bagi mengendalikan kes-kes disiplin di kalangan pegawai dan peserta. 2. Di samping itu, Jawatankuasa Tertinggi akan melantik sebuah Lembaga Disiplin bagi mengendalikan segala kes disiplin dan salah laku yang membabitkan para pegawai serta

atlet yang tidak dapat diselesaikan di peringkat persatuan masing-masing. Lembaga ini juga bertanggungjawab terhadap disiplin semua pegawai kontinjen yang berdaftar dengan Urus Setia SUKAN MALAYSIA. Keahlian Lembaga Disiplin ialah seperti berikut:Pengerusi Ahli-Ahli Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara - 5 orang Ketua Kontinjen atau wakilnya - Seorang wakil daripada persatuan yang terlibat

3. Pihak Lembaga Disiplin berhak untuk memanggil mana-mana individu yang difikirkan sesuai dan dapat membantu memberikan maklumat yang berkaitan. (r) Hadiah-hadiah 1. Hadiah-hadiah untuk SUKAN MALAYSIA akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola seperti berikut: 2. Pingat-pingat emas, perak dan gangsa untuk pemenang-pemenang pertama, kedua dan ketiga. Butir-butir lengkap adalah seperti di dalam Para 14.3 Peraturan Tetap SUKAN MALAYSIA. (s) Kewangan 1. Kewangan SUKAN MALAYSIA XI kecuali perbelanjaan yang ditanggung oleh Majlis Sukan Negara akan ditadbir oleh Jawatankuasa Pengelola. Penyata akaun hendaklah disiapkan tidak lewat daripada 6 bulan selepas tarikh akhir sukan tersebut untuk diperiksa dan diluluskan oleh Jawatankuasa Tertinggi SUKAN MALAYSIA. (t) Tambang 1. Setiap Majlis Sukan yang terlibat bertanggungjawab menanggung semua kos tambang pegawai/atlet masing-masing. Bagaimanapun, Majlis Sukan Negara akan memberikan subsidi tambang penerbangan peserta/pegawai kontinjen negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 50% daripada kos sebenar. (u) Perkara Am 1. Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Tetap berkuasa mengambil sesuatu keputusan kepada sebarang perkara yang berbangkit yang tidak tercatat dalam Peraturan Am. 2. Segala keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Pengelola atau Jawatankuasa Tetap adalah muktamad. 3. Sebarang keputusan yang dibuat semasa Mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan bagi setiap jenis sukan adalah muktamad dan tidak boleh di bantah asalkan ia tidak bercanggah dengan Peraturan Tetap dan Peraturan Am SUKAN MALAYSIA serta keputusan Jawatankuasa Tertinggi.

4. Segala bantahan mengenai kesahihan status peserta tidak boleh dibuat oleh mana-mana pihak setelah diterima dan disahkan oleh Jawatankuasa Tetap ataupun selepas diputuskan di dalam Mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan. Pendaftaran peserta semasa tarikh akhir pendaftaran seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan Am Perkara 4.9 akan menjadi penentu kepada negeri yang akan diwakili seseorang atlet sekiranya tidak didaftarkan oleh mana-mana kontinjen lain. 5. Wang Cengkeram tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan yang telah didaftarkan terlebih dahulu menarik diri dari mengambil bahagian. 6. Jawatankuasa Pengelola juga mempunyai kuasa mutlak memeriksa kelayakan pesertapeserta yang didaftarkan pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat peserta yang tidak layak menyertai sukan ini, seperti yang tercatat di dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Pertandingan tindakan berikut akan diambil:o

Pembatalan dari sukan itu. Jika peserta itu mewakili pasukan, pasukan itu akan dibatalkan dan jika peserta itu mengambil bahagian di dalam acara individu, beliau akan dibatalkan. Jika pasukan/individu yang dibatalkan memenangi pingat, kemenangan tersebut akan dibatalkan. Pembatalan menurut Perkara 21.6 (i) di atas akan menyebabkan segala perbelanjaan pasukan / individu ditarik balik dengan serta merta dan jika perbelanjaan telah dikenakan kepada pasukan/individu itu, Majlis Sukan berkenaan dikehendaki membuat pembayaran balik jumlah tersebut kepada Jawatankuasa Pengelola.

7. Atlet-atlet yang berkhidmat dengan PDRM tidak boleh mewakili mana-mana kontinjen/ egeri kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis Sukan PDRM. 8. Bagi kontinjen negeri yang ingin mendaftarkan pelajar-pelajar Sekolah Sukan, kontinjenkontinjen negeri berkenaan perlulah memohon dari pihak pentadbiran Sekolah Sukan berkenaan tidak lewat dari empat (4) bulan sebelum Sukan Malaysia berlangsung. Sebuah Jawatankuasa yang terdiri daripada Pengetua kedua-dua buah Sekolah Sukan serta wakil daripada Majlis Sukan Negara akan membuat ketetapan mengenai penyertaan atlet-atlet ini berdasarkan kepada beberapa aspek seperti negeri asal, bantuan yang diberikan oleh negeri berkenaan dan lain-lain aspek yang berkaitan dengan kemajuan atlet berkenaan. 9. Atlet-atlet yang hendak mewakili negeri lain dikenakan syarat bermastautin sekurang-kurangnya dua (2) tahun sebelum layak mewakili negeri berkenaan. Atlet-atlet yang ingin mewakili negeri lain disebabkan perpindahan ibu bapa, perpindahan tempat kerja atas arahan majikan ataupun mendapat tawaran kerja (perlu mengemukakan dokumen sokongan) dikenakan syarat bermastautin sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum layak mewakili negeri berkenaan. Taraf bermastautin adalah berdasarkan kepada perwakilan atlet-atlet menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan, Persatuan Sukan Negeri masing-masing ataupun Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. 10. Sekiranya ada mana-mana negeri ingin menggunakan khidmat atlet dari negeri lain, Pengarah Majlis Sukan Negeri tersebut perlu memohon pelepasan daripada Pengarah Majlis Sukan Negeri

asal atlet terbabit. Sekiranya permohonan diluluskan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri, atlet tersebut bolehlah mewakili negeri berkenaan. Syarat-syarat dan peraturan yang lain berhubung dengan kelayakan peserta tidak terpakai dalam konteks ini. 11. Semua Persatuan Sukan Kebangsaan yang sukannya dipertandingkan di Sukan Malaysia dikehendaki menandatangani surat akujanji untuk bekerjasama mengelola serta memastikan mereka bertanggungjawab untuk menubuhkan atau memajukan persatuan di peringkat negeri yang menjadi tuan rumah. Bagi 19 jenis sukan wajib, surat akujanji ini mengehendaki Persatuan Sukan Kebangsaan terus mempopularkan kegiatan sukan masing-masing di negeri-negeri seluruh Malaysia pada masa yang akan datang. Sekiranya setelah tiga kali temasya (6 tahun) tidak ada kemajuan yang ditunjukkan oleh sukan berkenaan, maka acara tersebut akan digugurkan dari Sukan Malaysia.

7.2 AMALI PENGELOLAAN Penganjur sesuatu kejohanan besar biasanya akan menganjurkan amali kejohanan dalam bentuk mini kejohanan, perlawanan persahabatan atau latihan. Contohnya dalam kejohanan berprestij seperti piala dunia FIFA sebelum kejohanan pihak penganjur akan mengadakan piala konfederasi bola sepak. Dalam keadaan tertentu terdapat juga penganjur yang kurang berkemampuan untuk membuat mini kejohanan sebagai amali pengelolaan. Mini kejohanan boleh digantikan dalam bentuk perlawanan persahabatan, latihan pertandingan atau simulasi pertandingan. Amali kejohanan biasanya diadakan di gelanggang yang di gunakan untuk kejohanan sebenar bagi melihat dan menilai keupayaan gelanggang yang di gunakan. Pertandingan mini kejohanan juga akan memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah dan pasukan yang bertanding. Ini adalah kerana pasukan yang bertanding akan mendapat peluang untuk membiasakan diri dengan gelanggang dan alatan yang digunakan untuk kejohanan. Sistem pertandingan mini kejohanan biasanya dalam bentuk sistem liga ringkas, sistem liga membolehkan pertandingan diadakan dalam jumlah yang maksimum. Dengan pertandingan yang banyak pihak penganjur akan lebih berpeluang untuk menguji semua kemudahan seperti gelanggang dan alatan bagi memastikan keadaan teknikal padang, gelanggang dan alatan berada dalam keadaan bersedia. Tujuan amali kejohanan ialah:
a. Undang-undang

Amali pengelolaan di lakukan untuk menguji corak kepegawaian dan perlaksanaan undangundang sebelum mengelola satu kejohanan yang besar. Amali kejohanan juga digunakan oleh pengelola pertandingan dalam memastikan pegawai-pegawai yang di lantik dapat melaksanakan tugas sebagai penguat kuasa undang-undang dengan berkesan. Amali kejohanan atau mini kejohanan juga boleh menjadi tempat latihan bagi pegawai mempraktikkan undang-undang baru yang di perkenalkan.
b. Kepegawaian dan Jawatan kuasa

Amali kejohanan juga perlu bagi memastikan pegawai-pegawai kejohanan dan jawatan kuasa telah cukup bersedia menghadapi kejohanan yang sebenar. Dengan kata lain mini kejohanan merupakan medan warm up kepada pegawai-pegawai kejohanan.

c. Persediaan Pasukan

Pihak tuan rumah juga boleh mengambil kesempatan mini kejohanan sebagai medan persediaan menghadapi kejohanan. Selain daripada itu pasukan tuan rumah boleh membiasakan pasukan dengan gelanggang pertandingan.
d. Infrastruktur

Amali kejohanan juga menjadi tempat untuk menguji infrastruktur seperti gelanggang dan alatan, dalam keadaan bersedia sebelum kejohanan bermula. SEMAK KENDIRI 7.1 1. Sejauh manakah amali kejohanan dapat membantu pasukan dan pegawai teknikal dalam sesuatu kejohanan? 2. Apakah faktor yang utama harus kita fikirkan dalam membina peraturan am sebagai penganjur yang beretika? 3. Nyatakan tujuan utama peraturan am yang kita rangka? 4. Huraikan butiran yang biasanya terdapat dalam sesuatu peraturan am yang di rangka 5. Cirikan tujuan di adakan amali kejohanan sebelum sesuatu kejohanan yang besar di lakukan? 6. Butirkan kandungan yang biasanya terdapat dalam satu-satu undangundang permainan

RUMUSAN

Undang-undang dan peraturan pertandingan mengawal perjalanan perlawanan. Undang-undang dan peraturan diadakan sebagai panduan untuk keseluruhan pengelolaan dan pertandingan dalam sesuatu kejohanan. Secara amnya terdapat dua undang-undang yang terdapat dalam sesuatu kejohanan iaitu:

Undang-undang permainan

Peraturan am

Undang-undang permainan bertujuan untuk mengawal peraturan teknikal pertandingan ketika dalam permainan atau gelanggang permainan Undang dan peraturan permainan telah di bina oleh lembaga teknikal bagi setiap persatuan-persatuan sukan antarabangsa. Mereka yang menggubal undang-undang permainan merupakan pakarpakar yang berpengalaman luas dalam sesuatu permainan Undang-undang permainan biasanya diterbitkan dalam bentuk buku. Contohnya undang-undang permainan hoki terkandung dalam The Rules of The Game Of Hockey, guide for players and umpires yang di keluarkan oleh Lembaga Perundangan Persekutuan Hoki Antarabangsa (The Rules Board of International Hockey Federation) Penguat kuasa undang-undang permainan ialah pegawai pertandingan. Pegawai pertandingan akan di iktiraf sebagai pegawai yang bertauliah setelah mereka lulus peperiksaan kepengadilan atau kepegawaian yang di anjurkan oleh persatuan sukan antara bangsa atau badan gabungannya Sebelum mengendalikan kejohanan jawatankuasa teknikal dan induk akan menyediakan satu set peraturan kejohanan yang akan menjadi rujukan setiap pasukan yang menyertainya. Peraturan am yang kita rangka dan bina bertujuan mengawal perjalanan kejohanan dari segi pentadbiran. Pegawai yang terlibat dalam menguatkuasakan peraturan am pertandingan ialah jawatankuasa teknikal atau disiplin yang di lantik dalam sesuatu kejohanan. Peraturan am kejohanan biasanya diedarkan bersama dengan borang penyertaan kepada pasukan yang mengambil bahagian bagi memudahkan segala urusan pendaftaran. Penganjur sesuatu kejohanan besar biasanya akan menganjurkan amali kejohanan dalam bentuk mini kejohanan, perlawanan persahabatan atau latihan Amali kejohanan biasanya yang diadakan di gelanggang yang digunakan untuk kejohanan sebenar bagi melihat dan menilai keupayaan gelanggang yang di gunakan. Sistem pertandingan mini kejohanan adalah merupakan sistem liga

ringkas, sistem liga akan melibatkan pertandingan yang maksimum.

KATA KUNCI

Badan induk persatuan Bahan rujuk kepada semua Bentuk mini kejohanan Disiplin sukan Faktor sekitaran Jumlah yang maksimum Lembaga teknikal Licin dan lancar Mengawal perjalanan perlawanan Pengelolaan pertandingan Pengelolaan sesuatu kejohanan Penguat kuasa undang-undang permainan

Peperiksaan kepengadilan Peraturan am Peraturan teknikal pertandingan Set peraturan Simulasi pertandingan Sistem liga ringkas Sistem pertandingan mini kejohanan Sumber rujukan utama Teknikal padang, gelanggang dan alatan Undang-undang permainan

RUJUKAN

Asiah Abu Samah (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Laman Web Majlis Sukan Negara

Mohd Taib Harun dan Norlena Salamuddin. Modul Program Pendidikan Rekreasi UKM : Satu kesinambungan. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). Rancangan kurikulum baru sekolah menengah. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus Diploma Penguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai