Anda di halaman 1dari 3

‫نحمده ونستعينه ونستغفره‬، ‫الـحمد لله‬

‫ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات‬


‫أعمالنا من يهده الله فل مضل له ومن يضلله‬
‫ والصلة والسلم على رسولنا‬، ‫فل هادي له‬
. ‫المين وعلى آله وأصحابه أجـمعين‬
,Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk
mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah
: kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu yang mulia
‫ب‬
ِّ ‫ي ونسكي ومحياي ومماتي للهِ َر‬ ْ ِ ‫صلَت‬ َّ ِ ‫ل إ‬
َ ‫ن‬ ْ ُ‫ق‬
.‫ن‬ ِ َ ‫العَال‬
َ ْ ‫مي‬
Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan
matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah.

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana


telah mengizinkan kami untuk menghadiri Majlis
Penutupan Rasmi Kejohanan Hoki Majlis Sukan
Sekolah Peringkat Negeri Selangor pada tahun ini .

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Kami hayati suasana pagi ini atas landasan fitrah


dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimat
Ikhlas dan prinsip keikhlasan . Berpegang kepada
agama Nabi Junjungan Kami Nabi Muhammad S.A.W.
, yang juga agama ayah kami Nabi Ibrohim
‘alaihissalam dengan setulus hati . Dan Nabi Ibrohim
bukan seorang musyrikin .

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,


Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah
pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan
kami .

1
Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Perbaikilah urusan agama kami kerana ia adalah


pengawal kehidupan kami ,
Perbaikilah urusan dunia kami kerana di sinilah kami
menjalani kehidupan kami , perbaikilah urusan
akhirat kami kerana di sanalah kami akan
dikembalikan .

Ya Allah , Ya Farijal Hammi wa Ya Kashifal Ghammi ,

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan


(dengan usaha-usaha kami) mutu dan tahap sukan
ini akan mencapai kecemerlangan sehingga kami
dapat memberi sumbangan yang positif dan
bermakna ke arah memajukan sukan ini di negara
yang tercinta .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu


pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat
lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan
ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami
dengan kesihatan.

Ya Munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini


sebagai perhimpunan yang diberkati dan
dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami
selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau

2
‫‪pelihara daripada mara bahaya dan‬‬
‫‪keburukan.‬‬
‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة‬
‫وقنا عذاب النار‬
‫وصلى الله على خير خلق الله وخاتم النبياء‬
‫والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه‬
‫أجمعين والحمد لله رب العالـمين‬

‫‪3‬‬

Anda mungkin juga menyukai