Anda di halaman 1dari 6

TALKING POINTS

YB SENATOR DATO MAZNAH MAZLAN TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM SEMINAR MOTIVASI IBU TUNGGAL PERKESO 2010

MENARA PERKESO PADA 22 MEI 2010 (SABTU)

2 1. Inisiatif PERKESO ini harus dipuji kerana ia menunjukkan sikap

keprihatinan Agensi Kerajaan terhadap ibu-ibu tunggal.

2. Ibu tunggal bukan sahaja bertanggungjawab untuk mendidik anak-

anak tetapi juga bertindak sebagai pengurus dan penyara keluarga.

3. Bersyukur kerana masih mendapat pencen PERKESO setiap bulan

bagi membantu dalam memenuhi keperluan keluarga berbanding dengan nasib ibu-ibu tunggal yang lain.

4. Seminar ini memberi motivasi dan kemahiran kepada ibu-ibu tunggal

PERKESO agar dapat lebih berdikari dan dapat menjana pendapatan sampingan.

5. Kandungan seminar:

teknik untuk mengendalikan stress secara berkesan panduan untuk menangani masalah anak-anak kaedah pengurusan kewangan keluarga dengan lebih sistematik.

6. Adalah diharapkan program ini juga dapat meningkatkan jati diri

agar puan-puan lebih tabah menghadapi dugaan hidup.

7. Selepas ini akan mengikuti pula kursus-kursus kemahiran seperti

menjahit, membuat pastri, mengubah, mengandam, memasak dan sebagainya. Boleh jadi aset untuk mulakan perniagaan.

8. Boleh memulakan perniagaan atau bekerja sendiri dengan konsep

Small Office Home Office (SOHO). Konsep ini membolehkan

wanita mengendalikan perniagaan dari rumah dengan memberikan menjual barangan secara online, khidmat seperti menaip, penyajian makanan, mengedar kuih-muih dan seumpamanya.

9. Jabatan Tenaga Kerja (JTK) ada tawarkan program homeworking.

Boleh daftar dengan Pejabat Tenaga Kerja bagi membuat padanan.

10. PERKESO telah melaksanakan program ini sejak tahun 2007 dan

telah berjaya memberi latihan dan kemahiran kepada seramai hampir 500 orang ibu-ibu tunggal di semua peringkat zon.

11.PERKESO juga telah menjalin kerjasama yang baik dengan beberapa agensi seperti Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara

(LPPKN), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Kolej-kolej Komuniti untuk bantu ibu tunggal.

12. Selain di Zon Tengah ini, program ini juga akan dilaksanakan di Zon

Utara, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak. Bertujuan untuk memastikan semua peserta di seluruh Malaysia dapat menikmati program yang sama bagi setiap zon.

13. Hasrat saya pada peserta-peserta program ini bukan sahaja menguasai

ilmu dan kemahiran, tetapi juga memiliki dan mengamalkan sikap dan nilai positif untuk meningkatkan keupayaan diri serta memajukan keluarga.

14. Sertai persatuan ibu tunggal. Boleh dapat panduan dan bantuan

untuk berniaga, sokongan moral dan lain-lain.

15. Janji Tuhan bahawa Ia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum

melainkan kaum itu sendiri mengubahnya. Jadi, usaha itu amat penting. Kini, berbagai kemudahan ada di luar sana, usaha untuk mencari peluang dan segala bantuan ini demi masa depan keluarga.

Anda mungkin juga menyukai