Anda di halaman 1dari 2

Program Cakna Ibu Tunggal

LATAR BELAKANG

Program Cakna Ibu Tunggal dilaksanakan bertujuan untuk menyatu dan memperkasakan jati
diri golongan ibu tunggal supaya segala permasalahan & kebajikan mereka dapat dibantu.

OBJEKTIF

- Memperkasakan golongan Ibu Tunggal dalam membina kualiti kehidupan yang lebih
cemerlang dan berkualiti.
- Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan Ibu Tunggal.
- Mewujudkan kesedaran tentang tanggungjawab bersama dalam menjaga kebajikan Ibu
Tunggal dan keluarga.
- Menggalakkan semua ahli keluarga Ibu Tunggal mendapat pendidikan asas yang
sempurna.
- Menggalakkan Ibu Tunggal berdikari dan meningkatkan ekonomi keluarga.

DEFINISI IBU TUNGGAL
Kategori Keterangan
1 Wanita yang kematian suami dan dia meneruskan tugas membesarkan anak-anak.
2 Wanita yang telah bercerai dengan suami dan diberi hak penjagaan ke atas anak-anak.
3 Wanita yang tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidupnya dan anak-anak.
4 Wanita yang berada dalam proses penceraia (yang mungkin akan mengambil masa yang panjang).
5 Suami uzur dan tidak mampu menyediakan nafkah dan memerlukan penjagaan rapi.
6 Wanita yang membesarkan anak orang lain tanpa pertolongan suami.

FOKUS PROGRAM

- Penubuhan Kelab Ibu Tunggal YPKT 32 DUN
- Kelab Ibu Tunggal YPKT ditubuhkan di setiap DUN bagi memastikan agar program yang
dilaksanakan diterima oleh setiap Ibu Tunggal di seluruh negeri yang berjumlah sekitar 18,000
orang.
- Peranan Kelab Ibu Tunggal adalah seperti berikut:
- Mengumpul data dan maklumat berkaitan Ibu Tunggal dan pemasalahan yang dihadapi.
- Mengadakan program bimbingan/ dialog/perbincangan berkaitan dengan keperluan ahli.
- Mengadakan program yang menambah pengetahuan, kesedaran seperti bengkel,
ceramah, kursus dan lain-lain yang berkaitan.
- Mewujudkan saluran yang dapat membantu peningkatan ekonomi Ibu Tunggal.



- Bancian Ibu Tunggal
- Bagi memastikan program yang dijalankan menepati keperluan serta mampu memberi
kebaikan kepada golongan ibu tunggal, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah
1 / 2
Program Cakna Ibu Tunggal
menjalankan kajian yang berterusan, dengan dibantu oleh Kelab Ibu Tunggal YPKT di setiap
DUN. Sasaran bancian ialah ibu tunggal yang berumur 60 tahun dan ke bawah. Ini ialah
kerana ibu tunggal pada kategori umur tersebut didapati banyak menghadapi masalah dalam
kehidupan dan masih mampu untuk berdikari sekiranya diberi peluang.


KOMPONEN PROGRAM
Bil Program Objektif Sinopsis KumpulanSasar

1 Program Pengupayaan Ibu Tunggal Untuk memastikan Kelab Ibu Tunggal mampu berfungsi secara efektif bagi membentuk kumpulan Ibu Tunggal yang mampu bersaing & berdaya maju. Ibu Tunggal pelbagai peringkat

2 Bantuan Pengurusan Kelab Ibu Tunggal Membantu jawatankuasa kelab ibu tunggal menguruskan aktiviti kelab. Memperuntukkan sejumlah dana tahunan kepada pengurusan kelab disetiap DUN bagi member semangat & peransang kepada pihak pengurusan dan pentadbiran kelab untuk menggerakkan aktiviti dengan teratur dan sistematik.
Ahli Kelab Ibu Tunggal

3 Program Peningkatan Ekonomi Memberi peluang kepada golongan ibu tunggal untuk meningkatkan taraf ekonomi. Program ini bertujuan untuk menggalakkan ibu tunggal menceburi pelbagai bidang perniagaan melalui bantuan modal ataupun pinjaman modal.

- Golongan ibu tunggal yang tersenarai dalam E-Kasih.


- Golongan ibu tunggal mudah miskin.



4 Program Bimbingan Undang-Undang Memastikan ibu tunggal memahami dan menyedari hak mereka dari sudut perundangan. Mengadakan program yang memberi kefahaman tentang hak dan seterusnya kemahiran kepada mereka berkaitan prosedur serta proses tuntutan di mahkamah agar mereka dapat mengendalikan sendiri kes-kes tuntutan yang dibuat oleh ibu tunggal.
Golongan Ibu Tunggal yang mempunyai masalah perundangan

5 Program Bimbingan Kekeluargaan & Pendidikan Memberi pendedahan kepada ibu tunggal tentang kemahiran keibubapaan serta program keagamaan. Program ini bertujuan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia dan sejahtera melalui penglibatan setiap peringkat ahli keluarga ibu tunggal.
Golongan Ibu Tunggal yang mempunyai masalah kekeluargaan

6 Program Kesedaran & Bimbingan Kesihatan
Memberi bimbingan & kesedaran kepada ibu tunggal tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Memberi khidmat nasihat & rawatan daripada pakar, kepada golongan ibu tunggal yang memerlukan.
Mengadakan program berbentuk ceramah, pemeriksaan kesihatan dan senaman bagi member kesedaran dan kefahaman kepada golongan ibu tunggal tentang kepentingan kesihatan. Golongan Ibu Tunggal yang mempunyai masalah kesihatan

2 / 2

Anda mungkin juga menyukai