Anda di halaman 1dari 2

Strategi Pengajaran Bahasa Melayu Part 2

6 Oktober 2009 cikgu 4 comments Salam sejahtera.. Hari ini saya akan sambung lagi pecahan isu dalam topik Strategi Pengajaran Bahasa Melayu di bawah tajuk Kemahiran Menulis. Semoga paparan di bawah dapat membantu menberi anda sedikit input berguna. Masalah Dalam Kemahiran Menulis 1. Cara yang digunakan untuk membantu kanak-kanak yang menulis dengan mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil?

Latih tubi menyalin ayat atau tulisan. Terapkan konsep tatabahasa dalam ayat. Arahkan murid menyalin ayat dalam huruf kecil sahaja. Kemudian terangkan kepada murid di mana fungsi huruf besar dalam ayat yang di salin. Salin latihan ayat dalam buku garis tiga Sediakan lembaran kerja tulisan. Praktis tatabahasa-salin Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Galakkan murid menulis perkataan berdasarkan gambar. Menggunakan keratan akhbar, minta pelajar menyalin ayat yang mengandungi Kata Nama Am dan Kata Nama Khas yang diperoleh daripada keratan akhbar. Permainan bahasa. Lain-lain cara tetapi tidak mengelirukan pelajar.

2. Jarak huruf tidak seragam


Menyalin perkataan dalam kotak. Menyusun huruf yang digunting daripada keratan akhbar. Menyambung titik huruf

3. Meninggalkan huruf semasa menyalin ayat


Elakkan perkataan berganda. Jangan beri latihan yang terlalu panjang. Kurangkan perkataan imbuhan. Semak baris demi baris.

4. Jarak antara perkataan adalah tidak sesuai.


Letakkan satu jari atau pen diantara setiap perkataan sebagai penanda jarak. Sambung titik. Kertas surih bentuk ayat (murid salin semula mengikut potongan kertas surih)

5. Menonjolkan pembalikan huruf


Guru buat latihan menulis huruf yang pelajar keliru secara berulang-ulang. Mengecam huruf menggunkan kad-kad huruf Menggunakan kad tebuk sentuh dan rasa Lembaran kerja pengamatan (mengatasi masalah pengamatan) Latihan menulis (sambung titik) Memilih dan mencari himpunan huruf. Menulis huruf di pasir atau udara. Latihan menyalin ayat pendek yang lengkap. Menampal huruf yang telah disediakan oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai