Anda di halaman 1dari 3

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan.

Dalam skop kerja kursus ini, ia merungkai berkaitan dengan penggunaan kata kerja yang biasa digunakan dalam bahasa melayu.Dengan cara menganalisis. Kata kerja akan dikumpulkan mengikut kesesuaian penggunaan dan dikategorikan dalam kesesuaian tempat sama ada dalam kata kerja transitif atau pun kata kerja tak transitif.Tambahan itu, dalam setiap kata kerja ini juga menpunyai pecahannya yang tersendiri. Kedua-duanya menpunyai dua pecahan yang berbeza penggunaannya. Penggunaan kata kerja secara umunnya adalah berkaitan dengan cara percakapan masyarakat dengan sesama dan cara penerangan sesebuah meklumat keatas sesuatu ayat. Walaupun bukan kesemuanya penggunaan kata kerja itu menpunyai pelengkap tetapi sebahagia daripadanya adalah perlu mendapatkan perlengkap sebagai penerang kepada sesuatu ayat itu. Jika kata kerja itu tidak diletakan dengan pelengkap mungkin ia boleh membawa maksud atau tidak timbul persoalan dalam penerangan ayat itu. Tetapi adakalanya kata kerja yang digunakan akan membawa persoalan jika ia tidak diletakan dengan pelengkap. demikian juga dengan percakapan dan penulisan artikal atau bahan-bahan bacaan. dengan ringkasnya kata kerja membantu agar penerangan sesuatu maksud itu tercapai tanpa menimbulkan persoalan langsung dalam penggunanya. 1.2 Objektif Kajian. Objektif kajian boleh dikategorikan seperti berikut:
1. Mengenal dan memahami konsep kata kerja. 2. Kategorikan golongan kata kerja dengan jenisnya. 3. Mengkaji penggunaan kata kerja dalam bahasa melayu 4. Mengundalkan setiap kata kerja mengikut bilangan kata kerja yang digunakan.

1.3 Kaedah Kajian. Kajian ini dilakukan melalui beberapa cara iaitu yang pertama mendapatkan maklumat dalam kaedah telaha pustakaan, ia merangkumi pencarian bukubuku ilmiah yang boleh dijadikan bahan analisis. Tambahan itu, kaedah rujukan melalui media massa terutamanya elektronik turut dimuatkan dalam kerja ini ia bertujuan untuk mendapatkan tambahan misalnya kamus dewan elektronik.Tambahan itu,kedah perbincangan juga diambil kira bagi memastikan kesahihan kata kerja itu dibuat. Melalui rujukan bahan-bahan penting seperti artikal pelita bahasa memadai untuk mendapatkan kata kerja.Selain itu, bahan-bahan lain seperti Kamus dewan dan terjamaan ia turut membantu dalam membetulkan dan meyakinkan kata kerja itu. 1.4 Batasan Kajian. Untuk melaksanakan kerja kursus ini, penulis akan menggunakan batasan kajian ini secara terhad dan menepati standard soalan yang diberikan. ia bertujuan untuk memastikan kajian yang dilakukan itu dijalankan dengan betul dan tidak terselewang atau tidak terkeluar dari kehendak soalan. Kajian ini dilakukan secara terperinci dan teratur berdasarkan maklumat yang benar sama ada dalam bentuk maklumat atau pun membilang jumlah ayat yang dimuatkan dalam penulisan. Secara ringkasnya, batasan ini hanya tertumpu kepada konsep kata kerja mengikut sumber-sumber rujukan ilmiah dan penjenisan golongan kata kerja yang digunakan dalam bahasa melayu. tambahan itu dapatan kajian turut dirangkumi dalam skop kajian ini.

BAB 2 PEMBENTUKAN AYAT. 2.1 Konsep Kata Kerja. Secara amnya kata kerja adalah perkatan yang merujuk kepada

perbuatan.Selain itu kata kerja juga satu perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja dan unsur lain hadir dalam binaan kata kerja seperti objek, pelengkap, kata bantu dan keterangan.

Anda mungkin juga menyukai