Anda di halaman 1dari 5

1.

Penguat Tolak-Tarik

Rajah 1.1 : Penguat Tolak-Tarik Litar penguat tolak tarik bekerja dalam penguat kelas B untuk tiap transistor keluaran. Bermula dari litar pemacu, isyarat masuk melalui T7, kemudian di turunkan ke lilitan pendua yang ditapkan guna untuk mengasingkan isyarat +ve dan ve. Pincang bagi tapak kedua dua transistor Q4 dan Q5 adalah common iaitu R7,D3 dan Rth.

Rajah 1.2 : Penguat Tolak-tarik Dari rajah diatas ,isyarat +ve mengalir melalui lilitan pendua T7-A. Lilitan B tidak boleh mengalirkan arus kerana berlawanan dengan laluan isyarat A dan pincang ke bumi melalui diod D3. Bagi isyarat ve pula,lilitan B yang mengalirkannya masuk ke tapak transistor Q5 dan lilitan A di potong ke bumi.

Rajah 1.3 : Penguat Tolak-Tarik Begitu juga dengan T8 yang mana ,tiap isyarat +ve dan ve bekerja pada lilitan utama C dan D sahaja. Kerosakan yang mungkin berlaku Transistor Q4 atau Q5 - pintas-keluaran bererutan amplitud rintangan R8 & R6 terbakar. - terbuka- bererutan amplitud - pintas/terbuka tiada suara - bererutan silang ( cross-over )

T7 dan T8 Perintang pincang

2. Simetri Pelengkap Berfungsi dalam kelas B, untuk melengkapkan isyarat dari 180 ke 360, transistor keluaran disirikan samada menggunakan dua transistor yang berciri sama atau jenis berlawanan (compliment).

Contoh 1: Litar masukan penjodoh pengubah

Rajah 2.1: Litar Masukan Penjodoh Pengubah

Contoh 2 : Pincang Terus

Rajah 2.2 : Pincang Terus

Contoh 3 : Pincang Diod

Rajah 2.3 :Pincang Diod

Dalam contoh 1 , T605 di gunakan sebagai penjodoh masukan.Lilitan pendua di kenakan dengan rintangan-rintangan pincang R616,R617,R618,R619 dan R622.Ketika tiada isyarat,voltan pincang berada di aras tengah i.e di sekitar 6V. Apabila isyarat +ve lilitan A akan terjana dan menghasilkan voltan susut. Voltan ini membuat voltan EB TR25 menjadi besar , seterusnya mengalirkan arus hasilnya vltan EC menjadi rendah. Begitu juga ketika isyarat ve lilitan B akan menyusutkan arus a.u sahaja dan menghadkan at.

Dalam contoh 2 , Voltan pincang bagi transistor keluaran Q205 dan Q206 adalah bergantung kepada voltan pemungut transistor Q204. Manakala voltan pincang Q204 pula di ambil dari bekalan melalui R231, Vbe dan R227. Apabila tiada isyarat voltan pincang , Q204 bekerja pada voltan a.t tertentu dan voltan ini di suap ke tapak Q205 dan Q206.Aras voltan pincang ini berubah apabila ada isyarat masukan. Dengan ini isyarat +ve dan ve boleh di asingkanoleh transistor pemacu Q204. Dalam contoh 3 , Transistor keluaran di bina dengan pasangan Darlington jenis komplimentari (complimentary).Cara kerja pincang hampir sama seperti dalam contoh 2,di mana ia bergantung kepada transistor pemacu TR1 dan isyarat +ve dan ve di asingkan menggunakan diod D1 dan D2.

Kerosakan yang mungkin berlaku Transistor keluaran: Transistor-transistor keluaran di sambung terus dari bekalan melalui rintangan-rintangan rendah dan ke bumi. Jika di beri pincang, transistor berfungsi penuh iaitu mengalirkan arus maksimum dan membebankan transistor keluaran. Oleh itu kerosakan yang paling kerap berlaku ialah pada transistor keluaran. Keadaan kerosakan, boleh terbuka atau terpintas. Setengah-setengah rekabentuk litar ini di lindungi oleh fius pada sambungan bekalan ke transistor keluaran. Jika salah satu transistor keluaran terpintas atau terbuka, keluaran menjadi bererutan atau tidak berfungsi langsung.

Anda mungkin juga menyukai