Anda di halaman 1dari 4

ASSALAMUALAIKUM Melangkah bersama beriring iringan, Bersatu hati jadikan pedoman, Penyuluh jalan ke arah kejayaan, Itulahlah kepimpinan

n Nabi Sulaiman. Kawan-kawan, Nabi Sulaiman merupakan putera kepada Nabi Daud a.s. Nabi Daud amat tertarik dengan Nabi Sulaiaman yang berakhlak tinggi, cekap dan memiliki kepimpinan yang amat mengagumkan. Setelah Nabi Daud memikirkan tentang usianya memanggil Nabi Sulaiman. Wahai anakku, ayahanda rasa telah tiba masanya anakanda mengambil alih pemerintahan kerajaan Bani Israil , kata Nabi Daud. Baiklah wahai ayahanda, semoga Allah menjadikan anakanda seorang pemimpin yang adil dn bertakwa , jawab Nabi Sulaiman. Nabi Daud amat beruntung kerana dikurniakan Allah seorang anak yang pintar dan hebat untuk mewarisi kerajaan Bani Israil di Palastien. Kelebihan ini telah diceritakan oleh Allah dalam Al Quran Surah Al Sod, ayat 30.

Maksudnya: Dan kami kurniakan kepada Nabi Daud ( Seorang anak) Sulaiman. Dia adalah sebaik baik hamba dan sentiasa bertaubat. Kawan kawan, Nabi Daud pernah berpesan.. Wahai anakku.. untuk menjadi pemimpin yang baik belajarlah pelbagai ilmu ilmu dunia dan akhitar . Nabi Sulaiman telah memimpin Kerajaan Bani Israil dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan. Baginda benar benar mewarisi kepandaian dan kemahiran yang telah dimiliki oleh ayahandanya dalam hal kepimpinan dan pentadbiran.

Pada suatu hari, sewaktu Nabi Sulaiman menyaksikan persidangan yang dihakimi ayahandanya tentang dua orang rakyat yang membuat aduan. Wahai paduka yang mulia, kami memohon beribu ampun, kami datang untuk dibuat keputusan tentang masalah kami , kata salah seorang daripada mereka. Nabi Daud dengan tenang menjawab, Cuba kamu berdua terangkan kepada beta, apakah masalah kamu itu? . Pemilik kebun, menceritakan tentang kambing yang telah merosakkan tanamannya. Sedangkan waktu itu pemilik kambing tersebut tertidur dengan nyenyak sehingga tidak menyedari kambingnya telah merayau rayau ke dalam kebun dan merosakkan tanaman. Baiklah.. akan kuputuskan persoalan ini dengan penuh keadilan. Engkau mestilah menyerahkan kambing itu kepada pemilik kebun tersebut sebagi ganti rugi kerosakan tanamannya., kata Nabi Daud. Setelah mendengar keputusan itu, pemilik kambing itu berasa amat sedih dan tidak berpuashati kerana terpaksa menyerahkan kambingnya kepada pemilik kebun. Kawan kawan Dalam suasana yang tegang itu.. Tiba tiba Nabi Sulaiman berdiri dan bersuara; Wahai ayahandaku yang bijaksana, izinkanlah anakanda berbicara. Dalam memutuskan persoalan ini, anakanda mempunyai idea yang mungkin akan memberi lebih keadilan dan timbangrasa terhadap mereka berdua . Anakanda cadangkan kambing itu diberikan sementara untuk dijaga oleh pemilik kebun dan beliau boleh mengambil hasil susu yang ada pada kambing tersebut. Manakala pemilik kambing harus menguruskan dan menjaga semula tanaman yang rosak itu sehingga tumbuh dengan suburnya. Apabila tanaman itu tumbuh dengan subur, kedua dua pemilik kambing dan kebun boleh bertukar dan mengambil semula hak masing masing , kata Nabi Sulaiman. Setelah mendengar hujah Nabi Sulaiman, semua hadirin terpegun dan terkejut dengan kebijaksanaan Nabi Sulaiman membuat keputusan. Firman Allah dalam Al Quran surah Al Anbiya ayat 79 yang berbunyi;

Maksudnya: Maka kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing masing, kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu. Nabi Sulaiman juga pernah menyelesaikan masalah peristiwa perebutan anak antara dua orang wanita. Kawan kawan Nabi Sulaiman juga telah dikurniakan pelbagai kelebihan dan mukjizat antaranya ialah: 1. Mempunyai kecerdikan dan kecerdasan luar biasa. Baginda dapat memutuskan sesuatu perkara dengan seadil adilnya. 2. Boleh berbicara dan memahami bahasa binatang. 3. Menguasai kerajaan jin supaya patuh dan tunduk kepada arahannya. 4. Allah mengurniakan angin sebagi kenderaan untuk bergerak. Sepagi perjalanannya menyamai sebulan perjalanan biasa. Kawan kawan Kepimpinan dan dakwah baginda telah berjaya menyatukan Kerajaan Saba. Pemerintahanya, Ratu Balqis dan pengikutnya telah memeluk Islam dan menyembah Allah Yang Esa. Semenjak Palestin dipimpin oleh Nabi Sulaiman, negara tersebut semakin makmur dan membangun dengan pesatnya. Nabi Sulaiman telah memanggil semua pembesarnya untuk mengadap baginda bagi membincangkan tentang pembangunan negara. Wahai pembesar pembesarku, beta telah merancang pembangunan jangka panjang di Palestin. Beta akan membangunkan kota Baitul Maqdis. Beta berharap medapat kerjasama daripada semua pembesar dan rakyat jelata. Wawasan baginda disambut baik dan semua pembesar bersedia untuk berganding bahu. Kota Baitul Maqdis membangun dengan pesatnya. Masjid tersergam indah, tasik luas terbentang, bangunan yang tinggi, pertanian, perladangan dan perdagangan kian maju. Kawan kawan Nabi Sulaiman memerintahkan golongan jin untuk membina jalan dan jambatan bagi menghubungkan Palaestin dengan negara negara lain.

Latihan pembangunan ketenteraan turut menanamkan semangat jihad dan kesedaran keimanan yang tinggi di kalangan anggotanya. Begitulah kawan kawan keagungan pemerintahan Nabi Sulaiman sehingga semua negara kagum dengan pentadbiran dan kepimpinannya. Sulaiman Pemerintahanmu dan kewafatanmu Amat menakjubkan Tongkatmu dan rebahanmu Menjadi bukti kewafatanmu Kemegahan Baitul Maqdis Menjadi lambang kepimpinanmu Kawan kawan sekalian Pengajaran yang dapat diambil dari cerita ini ialah: 1. Allah maha pencipta dan Allah berkuasa ke atas segala ciptaanNYA. 2. Kita hanya wajib menyembah Allah dan mentaati suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA. 3. Kepimpinan yang baik dan adil akan dikenang dan disanjung sepanjang zaman. 4. Kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. 5. Kita haruslah mencari ilmu sepanjang masa sama ada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Sekian ..sahaja cerita saya pada kali ini. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai