Anda di halaman 1dari 22

BIDANG – BIDANG

EKONOMI
HIDAYATUL NABILA ROSAIDI
ASAS-ASAS EKONOMI ISLAM

Allah s.w.t

Manusia Kekayaan alam


sebagai hamba semula jadi
dan khalifah
KONSEP TAUHID
• Hubungan antara manusia dengan Tuhan, sesama manusia
dan hubungan manusia dengan alam sekeliling
• Konsep ini berkait rapat dengan sifat Allah s.w.t sebagai
Pencipta dan Penguasa yang membuat hukum dan peraturan
bagi memelihara kehidupan makhluk
• Dalam konteks ekonomi, ia merupakan peraturan Ilahi bagi
meningkatkan kualiti hidup di dunia sebagai laluan ke
akhirat.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “ Aku hendak
menjadikan khalifah di muka bumi”… (2:30)

• Manusia berperanan sebagai pemegang amanah dan


bertanggungjawab memakmurkan bumi Allah s.w.t

•Allah telah mempersiapkan Adam untuk memakmurkan bumi


dengan memberikannya ilmu pengetahuan

•Allah juga memberikan kemudahan kepada manusia dengan


menyediakan segalanya di atas muka bumi ini.

Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami
adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu
bersyukur. (7:10)
Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka
jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan
hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (67:15)

• Sumber-sumber alam merupakan anugerah Allah yang


terdapat pada alam sekitar dan ia boleh diubah menjadi
hasil kekayaan
• Sumber pertanian, sumber perhutanan, sumber lautan,
sumber perlombongan
• Galakan untuk mencari dan mengeksploitasi sumber alam
semula jadi yang telah disediakan Allah s.w.t
• Wajib bagi manusia untuk memanfaatkan segala yang
diciptakan dengan baik dan terurus
Bidang
Ekonomi
Islam
PERTANIAN

PERNIA
GAAN

PERUS PERTA
PERNIAGAAN
AHAAN PERUSAHAAN
NIAN
Pertanian
• Bagi umat Islam, kegiatan pertanian ialah antara cara yang mudah bagi
mendapat ganjaran pahala daripada Allah s.w.t di samping mendapat manfaat
atau pendapatan yang halal daripada hasil jualan keluaran pertanian. 

• Rasulullah bersabda bermaksud:


"Tiada seorang Muslim pun yang bertani, lalu hasil pertaniannya dimakan
oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima
pahala di atas hal itu." (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)

•Kegiatan pertanian dari aspek akidah dapat mendekatkan diri seseorang


kepada Allah. Hal ini kerana tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas
dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman.

•Melakukan usaha pertanian lebih membuatkan seseorang itu memahami


hakikat sebenar tawakal kepada Allah dan beriman kepada kekuasaan-Nya.
Petani walaupun perlu bekerja keras dan menggunakan segala kepakaran
untuk menjayakan usaha pertaniannya, yang memberikan hasil adalah Allah
Pertanian adalah bidang yang paling afdhal

Menurut Imam An-Nawawi dalam Shahihnya, (Al-Majmuk: 9/54 &


Shahih Muslim Syarh Imam An-Nawawi) pekerjaan yang baik dan
afdhal ialah pertanian kerana bidang ini merupakan hasil tangan
seseorang itu dan ia juga memberi manfaat kepada diri sendiri, umat
Islam dan kepada binatang.

Kepentingannya sebagai bidang yang membekalkan makanan kepada


umat. Sebagai contoh, Malaysia yang tanahnya subur untuk tanaman
padi di sebelah utara terutamanya manakala makanan ruji rakyat
Ireland ialah kentang.

Nabi Muhammad saw menjelaskan kepentingan pertanian dalam


sabda Baginda, bermaksud:

"Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu


ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-
lengah lagi menanamkannya." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Menanam Tanaman Haram dan Membahayakan
 Islam melarang aktiviti pertanian yang dijalankan bagi tujuan yang
meragukan atau tidak sah menurut Islam:

menanam anggur bagi tujuan membuat minuman keras


penjualan dan pengeluaran bahan-bahan yang memudaratkan

manusia seperti penanaman ganja

 Dalam kitab al-Majmuk ada membincangkan kedudukan sama ada


boleh atau tidak seseorang menjual anggur yang ditanamnya kepada
seseorang yang diketahui akan atau menggunakan anggur itu bagi
membuat minuman keras, maka pendapat yang shahih adalah haram
bagi orang berkenaan menjual anggurnya kepada pembeli tersebut.
 (Al-Majmuk: 9/334) 
Perniagaan
(Jual Beli)
Definisi:
Al Qurtubi (Al Jami’ Li al Ahkam)- kegiatan jual beli antara dua pihak
iaitu penjual dengan pembeli
Sayid Sabiq (Fiqh al Sunnah)- pertukaran barang dengan barang,
harta dengan harta dan harta dengan barangan berserta persetujuan
kedua-dua belah pihak iaitu pembeli dan penjual yang diizinkan oleh
syarak
Al Syaibani (al Iqna’) – pertukaran wang dengan barang atau barang
dengan barang untuk mendapatkan keuntungan

Konsep perniagaan dalam Islam meliputi habluminallah dan


habluminannas
Menjadi media penyebaran dakwah Islamiah ke seluruh dunia. Islam
telah dibawa ke Asia melalui perdagangan.
Sabda Rasulullah:
Didorong atas kamu ialah perniagaan kerana di dalamnya ialah
sembilan per sepuluh daripada rezeki (HR
Sejarah Perniagaan
ARAB SEBELUM ISLAM
Sebelum Islam, bangsa Arab telah pun terkenal sebagai golongan
pedagang yang handal serta mampu menguasai jalan perdagangan dunia

KEDATANGAN ISLAM
Mekah muncul sebagai salah satu pusat perdagangan yang penting
Faktor-faktor Mekah muncul sebagai pusat perdagangan:
 sebagai pusat ibadat bagi orang yang mengerjakan haji- keamanan
dan keselamatan terjamin
 kedudukannya yang strategik yang berada di tengah-tengah dunia-
pengimport dan pengedar barangan dari seluruh dunia
 pusat perdagangan bebas cukai- keuntungan yang terjamin dan
berlipat kali ganda
Walaupun tiada kerajaan yang menjaga keamanan Makkah, tetapi
kekuasaan kaum Quraisy berupaya menjamin keselamatan dari ancaman
kabilah Arab yang lain
PERATURAN

PERNIAGAA
N

AKAD BAHAGIAN-
BAHAGIAN
PERATURAN dalam
PERNIAGAAN
 Rukun:
1. Penjual
2. Pembeli
3. Barang yang dijual beli
4. Harga
5. Sighah (ijab kabul)

 Syarat
 Penjual dan pembeli
Baligh
Sempurna akal fikiran
 Barang
Bernilai dan bermanfaat
Jelas sifatnya dan dilihat oleh pembeli ketika akad atau sebelum
 Harga
Disebut ketika akad
Mata wang mesti dijelaskan
AKAD PERNIAGAAN

 Persetujuan antara dua belah pihak iaitu penjual dengan pembeli


 Asas akad/ kontrak jual beli: pertukaran (al mubadalah) dan saling
bertukar sebgai balasan (al I’wad)
 Contohnya, penjual menyerahkan barang dan menerima wang. Pembeli
menyerahkan wang dan menerima barang

 Syarat akad:
• Bertulis
• Penulis yang adil
• Jangka waktu yang tertentu
• Jumlah yang tertentu
• Ada saksi (dua lelaki atau lelaki dan perempuan)
BAHAGIAN-BAHAGIAN dalam
PERNIAGAAN
Perniagaan berlangsung dalam 3 bentuk: barang dengan barang,
barangdengan wang secara tunai dan pertukaran di dalam kedua bentuk
ini tetapi secara hutang
Secara lebih terperinci:
1. Pertukaran barang
Islam haruskan jual bentuk dalam bentuk ini dengan syarat ada dengan
peniaga, kuantiti sama jika sama jenis dan kuantiti tidak mesti sama jika
berlainan jenis
2. Tunai
Ini cara terbaik dari berlakunya riba
3. Hutang
Syarat-syaratnya:
-tempoh yang jelas dan tidak meragukan
-pencatat dilantik untuk mencatat semua urusan hutang-piutang
-orang yang berhutang mesti melafazkan syarat dan ketentuannya
-wakil boleh dilantik
-dua orang saksi
Perusahaan
Islam tidak hanya membataskan umatnya agar bergiat dalam satu bidang
sahaja

Ianya merupakan fardhu kifayah bagi umat Islam mendalami ilmu pengetahuan
dalam sektor- sektor ekonomi yang lain seperti perusahaan

Ilmu-ilmu ini kalau sesuatu negara itu kekosongan orang-orang yang


memahami urusan tersebut, maka seluruh penduduk negeri tersebut berdosa.
Tetapi kalau ada seorang yang bekerja untuk persoalan ini, sudah dianggap cukup
dan gugurlah kewajiban itu dari yang lain.

Al-Quran telah mengisyaratkan supaya memperbanyak bidang-bidang


perindustrian dengan disebutnya sebagai nikmat kurnia Allah.
Kisah Dalam Al-Quran

Dan sungguh, telah Kami berikan kepada Daud karunia dari Kami. (Kami
berfirman), “Wahai gunung-gunung dan burung-burung! Bertasbihlah berulang-
ulang bersama Daud,” dan Kami telah melunakkan besi untuknya. (Surah Saba’:
10)

 Masalah yang dihadapi oleh kaumnya adalah, banyaknya peperangan di zaman


mereka. Karena itu, pembuatan baju besi sangat penting. Baju besi yang dibuat
oleh para ahli sangat berat sehingga seorang yang berperang tidak mudah
bergerak dengan bebas ketika memakai baju besi itu.

Musuh-musuh Daud mengetahui bahawa pedang mereka tidak akan mampu


menembus baju besi ini. Baju besi yang dipakai oleh para musuh itu sangat berat
dan dapat ditembus oleh pedang. Baju besi yang mereka pakai tidak membuat
mereka bergerak dengan bebas dan tidak dapat melindungi mereka saat
berperang,
AMAL USAHA
•Amal usaha merupakan satu konsep yang dipegang oleh seluruh umat Islam dalam
menjalankan sesuatu urusan dalam ekonomi

•Setiap manusia akan mendapat hasil di atas apa yang dia usahakan dan dijelaskan
dalam surah an-Nisa, ayat 32:

…(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka
usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka
usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah
kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Cara perlaksanaan amal usaha secara dasarnya boleh dibahagikan kepada dua:
Secara langsung
Tidak langsung
• Secara Langsung
Sebagai contoh, hak pemilikan tanah:

• Sesiapa sahaja yang mengusahakan tanah terbiar dengan jayanya akan


mendapat hak milik kekal terhadap tanah berkenaan berdasarkan pendapat
kebanyakan uPerkara ini disebutkan dalam riwayat Aisyah
r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

 “Sesiapa yang memakmurkan (mengusahakan) tanah yang tidak dimiliki oleh


sesiapa maka dia lebih berhak terhadapnya”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

• Walau bagaimanapun kita telah pun mempunyai peraturan atau undang-


undang tanah, maka tidaklah boleh menggunakan tanah dengan sewenang-
wenangnya melainkan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak
berkuasa.
 
• Secara tidak langsung

AL AL
MUDHARABAH MUSYARAKAH

●Akad perkongsian antara pemodal ●
●Perkongsian modal antara dua pihak
dan pengusaha atau lebih untuk urusan perniagaan atau
●Modal- al qiradh
● perusahaan untuk dapatkan untung
●Usaha boleh dijalankan oleh ahli dan

●Rasulullah dan Siti Khadijah

●Pengusaha mengendalkina sendiri



berhak mendapatkan keuntungan lebih
berdasarkan tenaga dan modal
urus niaga dan pemodal tidak boleh ●Kerugian ditanggung mengikut kadar

campur tangan saham yang dipegang


●Pemodal tanggung rugi

●Segala yang bernilai boleh dijadikan

●Hanya wang tunai sahaja menjadi



modal seperti wang atau barang
modal berharga
RUJUKAN
1. Dr. Yusuf Al Qardawi, Peranan Nilai dan Akhlak dalam Ekonomi Islam.
Blue-T Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Cetakan pertama 1998.
2. Mahayudin Hj. Yahya, Tamadun Islam. Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam
Selangor, cetakan keempat 1998.
3. Mustafa Haji Daud, PERNIAGAAN MENURUT ISLAM. Utusan Publication
& Distribution Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, terbitan pertama 1994.
4. http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic44_2002.htm
5. http://pasbukitbendera.com/index.php?option=com_content&task=vie
w&id=147&Itemid=45
6. http://tausyah.wordpress.com/2010/06/08/perusahaan-dan-mata-penc
arian/
7. http://quran.com/
8. http://www.slideshare.net/wanbk/bab-1-falsafah-perniagaan-islam
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai