Anda di halaman 1dari 11

Pak Abu toleh ke kiri.

Pokok pisang, pokok lengkuas,serai,betik dan rumputrampai sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di perkampungan,tetapi kenyamanan ini kian tergugat dari hari ke hari,lepas sebuah,ke sebuah bangunan kilang didirikan,satu dari Jepun dan yang satu lagi dari Korea. Walaupun Pak Abu tidak berapa berkenan,tetapi dia terpaksa mengangguk juga,memandangkan kian ramai anak muda yang menganggur diperkampungan itu. Anak muda ,seperti enau di belukar,walau bagaimana payah untuk melonjak naik,dihalang oleh pelbagai akar dan dahan-dahan pokok,tetapi ia terus juga memanjat,menindih,memijak yang lain untunk melihat cahaya matahari . Anak muda,kalau tidak ada kerja,macam-mcam benda yang tidak baik boleh berlaku,jadi,mahu tidak mahu,Pak Abu terpaksa menerima hakikat ini. Pak Abu sedar,zaman sekarang ini ialah zaman untuk mengisi kemerdekaan,bukan Lagi zaman protes-memprotes melulu. Zaman dia dahulu lain. Orang Putih Memang cekik darah,mulutnya manis,tetapi perutnya busuk dan cemar. Sebab Itu separuh daripada hidup Pak Abu hanya di dalam penjara.Keluar masuk penjara sehingga kehidupan zaman remajanya kering,bagaikan rumput-rumput pada musim kemarau. Pak Abu merebahkan kepalanya ke sandaran kerusi malas di kaki lima rumahnya . Di sinilah tempatnya seharian,sampai kerusi itu sudah menjadi hitam dan comot,membaca akhbar,membaca majalah,kalau ada yang baik diguntingnya dan dimasukkan ke dalam beg plastik yang senantiasa berada disisinya.Begitulah kerja seharinnya.Pak Abu

menguap perlahan, membuka cermin mata dan cuba memejamkan mata,tetapi matanya payah mahu lelap, tidak seperti pagi-pagi yang lain. Banyak lagi hal yang belum selesai, Si Jabar budak cendol belum lagi diberitahu, begitu juga mamak teh tarik dan roti canai. Mak munah tukang buat rojak buah juga belum diberitahu. Kadang-kadang Pak Abu naik hot juga , inilah perangai budak-budak muda zaman sekarang, suka bertangguh-tangguh, suka tertunggu-tunggu. Si Isa yang sanggup semuanya begitu juga Si Latif. Apabila diberi tanggungjawab semuanya mengangguk nasib baik ada Tuk Mat, kalau tidak semuanya tidak menjadi. Tuk Mat bekas sarjan polis pencen disiplin kepolisannya yang sudah nenjadi darah dagingya yang menjadikan dia orang tua yang boleh diharap. Esok,pasti meriah,semua yang datang pasti puas,semua akan bercakap. Esok genaplah 85 tahun usia Pak Abu sebagai penghuni dunia. Ini citacitanya,inilah harapannya,tersemai cambah,berbunga dan berbuah di dalam hatinya,duit yang ada, baki sekembalinya dari Makkah akan dibelanjakan untuk kenduri menyambut hari lahirnya. Bukan meniup lilin yang menyala di atas kek,bukan menyanyi lagu Happy Birthday to You,tidak! Hari ulang tahun yang pertama kali disambut semenjak dia di lahir ke dunia ini ialah hari untuk menjamu anak-anak Kampung Langat,cucu cicitnya di pusat-pusat pengajian tinggi yang datang dan pergi menemu ramah untuk menulis tesis, menemu ramah untuk membuat buku ,jauh dan dekat. Datanglah Pak Abu tidak pernah menolak ,kalau dia tidur, kejutlah,dia akan bangun .Kalau dia bergelumang dengan tahi ayam di reban,menunduk memberi makan kucing-kucingnya di kandang,panggillah!

Jeritlah! Pak Abu tidak pernah menghampakan sesiapa. Sejak dari zaman remaja hingga berusia 85 tahun,dia tidak pernah menghampakan harapan orang,apatah lagi menghina dan mengecilkan hati orang. Kalau tidak,untuk apa dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya, masuk penjara keluar penjara? Zaman Inggeris ,dia masuk penjara ,zaman Jepun pun dia masuk penjara. Di Singapura ,di Pudu,di Melaka dan di Johor. Buat apa dia menyusahkan diri? Bukankah dia anak Melayu yang pertama menjadi majistret di Malaya ini? Itulah orang tidak tahu hati dan jiwanya. Perjuangannya adalah untuk memelayukan orang Melayu, memanusiakan manusia, supaya tahu menilai hak, supaya tahu menjaga maruah, supaya tahu, Tanah Melayu ini mesti diterajui oleh orang Melayu, segala harta kekayaan di tanah Melayu ini dapat diagihagihkan sama rata dan sama rasa kepada orang Melayu, bukan membuncitkan perut orang lain! Tetapi ramai orang Melayu tidak tahu jiwanya, tidak mahu mengerti visionnya. Yang Pak Abu berasa sayu, ramai kawannya yang sama-sama pulang dari tanah Inggeris, hidup lebih Orang Putih dari Orang Putih. Pulang ke tanah air sendiri menjadi tukang angguk kepada Inggeris dan memandang jijik kepada anak bangsanya yang tidak berbaju,yang tidak berkasut, yang buta huruf,alif dikatakan batang kayu, A dikatakan kayu pangkah , perut membuncit penuh cacing, pusat lesi yang diserang demam kura, berkudis, berpanau, dan kebulur tidak cukup makanan. Menunduk kepada Orang Putih meminta sedekah, jadi abdi, jadi tukang mandikan anjing Orang Putih. Jadi unta, jadi keldai Orang Putih! Inilah, orang tidak mengerti hati dan perjuangannya. Orang Melayu mesti

menjadi tuan di tanah airnya, bukan menjadi unta, menjadi keldai, dan menjadi mandikan anjing Orang Putih! Apa yang diperjuangkan oleh Pak Abu adalah untuk menyuruh orang Melayu memakai baju, memakai kasut, mengorek keluar segala cucu cicit cacing yang membuncitkan perut orang Melayu. Perjuangan Pak Abu adalah untuk membuncit perut orang Melayu dengan nasi, bukannya cucu cicit cacing kerawit! Pak Abu menarik beg lusuh yang tersangkut di paku atas kepalanya, lalu dilambakkan isinya ke atas lantai simen di depannya. Inilah sahaja hasratnya yang ada, keratan akhbar dan majalah yang sudah kuning-kuning warna kertasnya. Inilah jiwanya! Inilah hati dan perasaannya. Keratan segala keratan akhbar Utusan Melayu, Warta Malaya, Warta Jenaka, majalah Mastika dan macam-macam lagi, yang kertasnya sudah kuning-kuning warnanya,inilah,dia menjadikan penjara sebagai Taman Firdausnya. Pak Abu menunduk,sudah terlalu payah pergerakannya dan dengan perlahan-lahan dia menarik sebuah majalah Mastika yang kulinya sudah tercabut daripada jiliknya . Diselak satu per satu,tangannya yang sudah mengigil itu terlalu payah untuk berfungsi.Dia seperti mencari sesuatu . Diselaknya lagi,helai demi helai,lepas itu, Pak Abu terhenti dengan tiba-tiba, dirabanya cermin matanya di atas meja kecil di sebelahnya,lalu dilekat di mukanya . Kerana ingin menyuruh orang Melayu memakai baju dan kasut,kerana ingin mengorek segala cucu cicit cacing dari dalam perut orang Melayu,hendak diisinya dengan nasi,kerana inginkan orang Melayu mengenal alif, bukannya batang kayu,segala yang

disayanginya,semua orang yang amat dicintainya tersisih dari sisinya. Majalah Mastika yang terpegang di tangannya itu memuatkan cerita tentang Siti Norrohaya,isteri kesayangannya,datang membawa surat kadi meminta fasakh ketika dia meringkup dalam penjara di Singapura. Itulah kali terakhir bibirnya merasai kelembutan pipi Adam, anak lelakinya yang baru berusia enam tahun dan pipi montok Nurul Iman ,anak perempuan yang berusia empat tahun. Sekeras manapun hati seorang lelaki,apabila berhadapan dengan anakanak dan isteri kesayangan yang datang untuk mengucapkan selamat tinggal Pak Abu tidak tahan,air jernih yang sudah lama terkunang-kunang di tubir matanya ,jatuh juga ke pipi,merenung orang-orang kesayangannya yang kian jauh dan kian mengecil meninggalkannya. Walaupun sehingga hari ini dia tidak tahu ke mana Siti Norrohaya,Adam dan Nurul Iman menghilang,rindu yang terpahat di hatinya tidak pernah luak,tidak pernah menipis. Hanya kepada Tuhan sahaja tempat dia berserah dan berharap, supaya Siti Norrohaya mendapat kebahagiaan,Adam dan Nurul Iman menjadi srikandi bangsa yang bertakwa dan menjadi anak-anak yang soleh. Ketika Pak Abu menyapu air mata yang luruh di atas kulit pipinya yang sudah dipintali oleh sejuta kedutan,Tuk Mat sudah berdiri di depannya. Keratan akhbar ini hendak dipamerkan juga? Tanya Tuk Mat,sarjan polis pencen yang berparut di sebelah pipi kanannya kerana peluru orang-orang Bintang Tiga dalam satu pertempuran dekat Gua Musang,zaman darurat dahulu

Pak Abu hanya mengangguk Tempat pameran dah pun saya sediakan,jelasTuk Mat.Buku-buku dan semua manakala Pak Abu sudah saya kumpulkan,cuma tunggu budak Jali menguruskannya! Tambah Tuk Mat yang cukup menghormati Pak Abu dan menghargai perjuangannya . Pak Abu mengangguk . Hidupnya seharian ialah teh serbat,surat khabar,majalah-majalah luar dan dalam negeri,kucingnya yang berpuluh ekor di kandang serta ayam-ayamnya di reban. Dah kaujemput budak-budak surat khabar? Tanya Pak Abu. Sudah! jawab Tuk Mat. Semua? Ya semua! Budak-budak UM,UKM,UPM dan orang-orang kampung macam mana? Pun sudah! Tuk Mat,walaupun sudah berumur,tetapi kegagahannya masih lagi terselah pada tubuh badannya. Kulit dan batang tangannya masih pejal dan kemas. Orang polis ,tambahan pula anggota polis zaman dahulu ,latihan mereka cukup kuat, begitu juga disiplinnya. Mamak teh tarik,Si Jabal cendol,Mak Munah rojak,Si Kamsi soya bean macam mana?Tanya Pak Abu lagi. Semuanya sudah,pak. Tuk Mat masih lagi tercegat di situ,seolah-olah sedang menunggu arahan. Nampaknya kau terpaksa uruskan semua! Pak Abu mendogak sebentar ke muka Tuk Mat.

Kira-kira begitulah,pak! Budak-budak sekarang semuanya tak boleh diharap. Pak Abu sedikit kesal. Pagi masih lagi meredup,suram dan dingin. Dalam kepala Pak Abu,tujuh lapan khemah akan dipasang. Anak-anak Langat bolehlah menjamu selera. Gerai sate ada,teh serbat ada,cendol,ABC ada ,rojak,mi goreng,roti canai,martabak,pisang goreng,nasi kerabu,laksa Johor,laksa Kelantan,ayam percik,semuanya ada. Budak-budak Kopratasa juga ada untuk menyumbangkan lagu-lagu puisi mereka. Cik Habsah dari Terengganu sudah pun dijemput untuk menyanyikan lagu Ulek Mayang. Budak Zubir dari Pusat Kebudayaan UM juga akan datang bersama-sama gitarnya menyanyi lagu puisi. Aziz H.M. dan kumpulan teater Malininya akan mempersembahkan drama mereka. Bagi Pak Abu ,makanan untuk fizikal mesti diselaraskan juga dengan makanan kerohanian. Pembangunan sosioekonomi sahaja tidak mencukupi,kiranya kita melupakan hal-hal kebudayaan,hal-hal kesenian bangsa,agama dan adat resam. Tempat letak kereta macam mana? Pak Abu mendogak lagi ke muka Tuk Mat. Semuanya beres ,pak,sudah saya siapkan tanah kosong seberang jalan!Tuk Mat menjawab cepat. Aku tak mahu,kereta-kereta dan bas-bas tetamu menganggu lalu lintas,jalan raya itu bukan besar sangat!balas Pak Abu. Dia mesti menghormati undang-undang,dia tidak mahu jalan raya jadi tersumbat kerana kenderaan para

tetamu jemputannya. Kalau kita sendiri tidak mahu menghormati undang-undang yang kita buat,siapa lagi? Bukankah dia anak Melayu pertama menjadi majistret di Malaya ini,yang ikut membubar dan mengubah suai undang-undang Negara selepas inggeris pergi. Idah tidak dibagi tau,pak? tanya Tuk Mat,mengejutkan lamunan Pak Abu. Tak payah! Buat apa buang duit,London tu kan jauh? Tambang kapal terbang sudah berapa?jerkah Pak Abu.Sidah ialah satu-satu anak angkatnya yang mengikut suaminya membuat PhD di UK. Sidahlah yang menjaganya,tanah Sidahlah tempat dia dirikan rumah sekarang. Sidah memang anak jati Langat,anak kepada Wak Kamsan,anak Batu Pahat yang ikut menentang Orang Putih. Dia sahabat lamanya yang mati dalam satu kemalangan jalan raya di Bukit Lanjut jalan ke Kuala Pilah. Ibu Sidah juga meninggal dalam kemalangan itu. Jadi,dialah diamanatkan untuk menjaga Sidah yang sudah menjadi anak yatim piatu itu. Sidah dianggap seperti anaknya. Pak Abu bukan anak Langat,tetapi anak Pahang,berasal dari Kuala Semantan,tanah berdarah Datuk Bahaman yang menetang Orang Putih. Kalau begitu,biar saya balik dulu. Tuk Mat yang berkhidmat kepada Pak Abu sejak lepas subuh tadi meminta diri. Bangsalnya macam mana ?Pak Abu sempat bertanya lagi. Tengah hari,budak kontrak tu akan datang,jawab Tuk Mat yang terpaksa mematikan langkahnya. Kau tengok-tengoklah nanti! Yalah! Tuk Mat berlalu.

Pak Abu mengiring langkah Tuk Mat yang bertubuh sasa itu dengan perasaan yang penuh kesyukuran. Budi Tuk Mat bukan sedikit,kalaulah Tuk Mat tidak ada,hajat dan niatnya sudah tentu tidak akan tercapai. Kalau harapkan dia untuk menguruskan segala-galanya manakan terdaya. Usahkan untuk ke sana ke mari,mahu mengheret punggung sendiri pun rasanya sudah tidak terdaya. Tuk Mat dan keluarganya dirasakan sudah jadi bukan orang lain lagi. Rogayahlah yang menjaganya. Halimah anak gadisnya,bersama-sama Rokiah,selang berganti,menghantar nasi dan mengambil kain bajunya untuk dicuci. Yang memeningkan kepala Pak Abu ,apabila dibagi duit,baik Tuk Mat,isterinya,Halimah dan Rokiah semuanya menolak. Moga-moga Tuhan sahaja yang akan membalas budi Tuk Mat sekeluarga. Selepas sembahyang asar,ketika Pak Abu menghulur kepala ke luar tingkap,semua khemah sudah terdiri,kain belon yang berwarnawarni,biru,merah,kuning dan hijau,semuanya ada lapan buah,beralun dan berombak ditiup angin petang. Isa,Latif dan Jali tersengih di bawah khemah dekat busut jantan yang dikelilingi oleh rumpun pohon pisang lemak manis. Mereka berhenti rehat setelah habis menampal dan menyusun atur segala potongan akhbar,majalah,buku-buku dan gambar-gambar Pak Abu untuk dipamer. Pak cantik tak?laung Jali kepada Pak Abu yang masih terjenguk di jendela. Cantik,maksud Jali ialah susun atur segala karya dan gambar-gambar Pak Abu di bawah khemah pameran itu. Pak Abu mengangguk-angguk sambil mengangkat ibu jarinya. Dia tersenyum.

Jali,Pak Abu tahu ada kepandaian,budak ITM yang mengambil kursus komunikasi dan pengiklanan,malas makan gaji dan membuka sebuah geleri kecil di Arked MARA Kajang. Dalam terjenguk di jendela,memintal senyum yang sudah tidak berseri itu,Rokiah adik Halimah memberi salam di tangga dengan membawa semangkuk tingkat untuk makan malam Pak Abu. Terencat juga senyuman orang tua itu,terkejut dengan Rokiah. Eh,awal dah datang ? tanya Pak Abu yang melangkah ke muka pintu . Kiah nak pergi dengar dengan ceramah agama di masjid , Kak Limah pergi KL,nanti Tuk Aki lapar! Rokiah meletakkan mangkuk tingkat dekat pintu. Sebelum pergi ,dia mencium tangan Pak Abu. Ayah akan datang lepas insyak. Rokiah memberitahu . Lepas itu berlalu pergi. Nasi untuk kita mana ? Jali mengusik ,separuh menjerit. Tak kasihan kepada kita! tambah Isa. Masaklah sendiri! jawab Rokiah yang bertocang dan baru dalam tingkatan 4, sambil menjelir lidah. Padan dengan muka ! Latif mengejek Isa dan Jali . Pak Abu tersenyum di dalam rumah . Dia gembira dengan keharmonian yang menguntum di tanah Langat . Inilah perjuangannya sejak dahulu , inginkan keharmonian dan semangat bersatu padu berbunga dan berbuah dalam kehidupan anak bangsanya. Malam itu bulan cerah. Menebarkan cahayanya seperti pelangi, berkilauan

di atas daun. Tuk Mat hanya datang sekejap, sekadar memberi laporan bahawa segala-galanya sudah beres. Berehat, pak, esok orang ramai, penat pula untuk melayan. Tuk Mat memberitahu. Bapa jangan risau, semuanya sudah siap! tambahnya, menyalam tangan Pak Abu, lalu meminta diri. Hampir menitik air mata Pak Abu melihat susah payah dan pengorbanan Tuk Mat bagi menjayakan niat dan cita-citanya. Rasanya, inilah khidmat baktinya yang terakhir. Melepaskan kerinduannya untuk melihat anak-anak remaja berkumpul dengan penuh keharmonian. Makanlah, minumlah, dan kalau ada yang mahu makan ranbutan yang kebetulan tengah bermusim, panjat di belakang rumah. Rambutan gading ada, Cik Embong, rambutan Pak Ali, manggis, langsat, jambu air, semuanya tengah menggugus di dahan. Panjatlah,kaitlah,galah sudah pun tersedia di tepi pagar. Durian pun tengah meluruh,tadi pun sudah dipesan kepada Mat Piah peraih,pagi esok carilah durian di dusun lain. Pagi esok walau seulas pun tidak akan dijual,semuanya untuk anak cucu cicitnya yang datang jauh dan dekat .

Anda mungkin juga menyukai