Anda di halaman 1dari 16

ANAK BURUNG YANG MALAS

Oleh : Ayub bin Mahmudin J 44476

Ini ibu burung. Ibu burung membuat sarang di atas pokok. Dia membuat sarang dengan menggunakan daun-daun rumput yang telah kering. 1.

Setelah sarang ini siap, ibu burung pun bertelur. Dia bertelur sebanyak empat biji di sarangnya. Setiap hari, dia akan duduk mengeram di atas telurtelurnya.

2.

Setelah sekian lama, telur itu pun menetas. Satu-satu telur ini pecah dan mengeluarkan anak burung. Sekarang ibu burung mempunyai empat ekor anak. 3.

Ibu burung sangat gembira. Dia selalu bercerita kepada kawan-kawannya tentang anak-anaknya. Dia amat sayang akan anak-anaknya.

4.

Anak-anak burung-burung sangat lapar. Ibu burung akan mencari makanan untuk anakanaknya. Ibu burung memberi anak-anaknya makan biji-bijian tumbuhan dan cacing yang kecil.

5.

Anak-anak burung hanya tahu makan dan tidur sahaja. Mereka belum tahu terbang lagi. Apa lagi untuk mencari makanan sendiri. Badan mereka semakin hari semakin membesar. Mereka saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. 6.

Suatu hari, ibu burung berkata kepada anak-anaknya, Sekarang saya akan mengajar kamu, cara untuk terbang . Tiga ekor anak-anak burung belajar untuk terbang. Mereka terbang di persekitaran pokok itu.

7.

Setiap hari mereka belajar bagaimana untuk terbang. Mereka belajar dengan bersungguh-sungguh. Mereka berasa seronok kerana dapat terbang dengan sendiri. Lama-kelamaan mereka dapat terbang dengan baik.

8.

Anak burung yang keempat sangat malas. Dia tidak mahu belajar untuk terbang. Setiap masa dia menghabiskan hidupnya dengan tidur. Ibu burung sangat susah hati. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. 9.

Pada suatu hari, beberapa orang budak telah bermain di bawah pokok sarang burung itu. Seorang daripada budak itu berkata, Lihat itu, ada beberapa ekor anak burung berada di dalam sarangnya. 10.

Budak itu memanjat pokok tersebut. Dia hendak mengambil anak burung itu. Ibu burung melihat seorang budak memanjat pokok di sarangnya. Dia menjerit kepada anak-anaknya, Cepat ! Cepat ! Terbang dari situ. 11.

Tiga anak burung terbang dengan pantas apabila mendengar jeritan ibunya. Mereka terbang tinggi melepasi pokok itu. Ibu burung terbang ke sarangnya untuk menyelamatkan anaknya yang malas. Anak burung yang malas itu cuba untuk terbang menyelamatkan diri, tetapi dia tidak tahu terbang. 12.

Budak itu mencapaikan tangannya untuk mengambil sarang burung itu. Tetapi ibu burung lebih pantas. Dia mematuk budak itu dengan paruhnya sehingga turun dari pokok itu. 13.

Ibu burung tidak memarahi anaknya yang malas itu. Dia mengajar anaknya bagaimana untuk terbang. Anak burung itu tidak malas lagi. Dia belajar untuk terbang. Dia belajar dengan cepat. Setiap hari, dia terbang bersama-sama dengan tiga ekor anak burung itu. 14.

Sekarang semua anak burung telah pandai terbang dengan baik. Mereka terbang sambil bernyanyi-nyanyi. Mereka boleh pergi, ke mana mereka hendak pergi. Mereka terbang dengan bebas. Ibu burung sangat gembira.

.TAMAT. 15.

Anda mungkin juga menyukai