Anda di halaman 1dari 26

14.

PENGERTIAN IBADAT

14. PENGERTIAN IBADAT

1. IBADAT

Maksud
Bahasa
Merendah diri, tunduk, taat, & patuh

Istilah
Pengabdian kepada Allah melalui perbuatan, perkataan, & pengakuan hati yang berlandaskan syariat Allah serta mengakui & meyakini bahawa Allah sahajalah yang layak menjadi tumpuan segala ketaatan

Tujuan Penciptaan Manusia


Untuk beribadat kepada Allah semata-mata

2. PEMBAHAGIAN IBADAT

Ibadat Khusus
Ibadat yang merupakan kewajipan kepada setian muslim Contoh ; solat, puasa, zakat, haji Ibadat yang merupakan amalan-amalan bagi setiap muslim Contoh: membaca al quran, berzikir, berdoa, bersedekah

Ibadat Umum
Amalan kebaikan yang menghubungkan manusia dalam sesebuah masyarakat untuk hidup bersama. Ada fardhu ain; menuntut ilmu & bekerja Ada fardu kifayah; membuat penyelidikan, menggerakkan ekonomi negara, memajukan bidang sains & teknologi

3. PERKARA YANG MENGUKUHKAN IBADAT SESEORANG

4. PERKAITAN

Ibadat Khusus
Menghapuskan segala dosa & kesalahan yang kecil daripada seseorang Melahirkan individu yang bersih jiwa & peribadinya Melahirkan individu yang taat kepada Allah & Rasulnya Meningkatkan ekonomi diri & keluarga Melahirkan individu yang berilmu pengetahuan

Ibadat Umum
Menghapuskan segala ahklak buruk ; mengumpat, hasad dengki Melahirkan masyarakat & negara yang aman & harmoni Melahirkan masyarakat yang taat kepada pemimpin & negara Meningkatkan ekonomi & memajukan negara Melahirkan masyarakat & negara yang maju

Ibadat Dengan Perundangan


Kepatuhan kepada undang-undang menunjukkan pengabdian seseorang kepada Allah swt Mendisiplinkan diri ke arah yang lebih baik & cemerlang Sebagai panduan kepada manusia untuk memilih antara kebaikan dengan keburukan. Dorongan kepada manusia untuk melakukan ibadat; yang wajib dapat pahala

5. PENJELASAN CARA BERIBADAT

6. HIKMAT MELAKUKAN IBADAT

7. PERKARA YANG MEROSAKKAN IBADAT

Murtad, Syirik, Munafik


Murtad- keluar daripada agama Islam. Syirik menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Munafik - berpura-pura menganut & patuh ajaran Islam sedangkan hatinya tidak mempercayai Islam

Takbur
Sombong & angkuh dengan kebaikan & nikmat yang Allah kurniakan kepadanya.

Riak
Menunjuk-nunjuk amalan baik yang telah dilakukannya kepada orang lain dengan tujuan mendapat pujian & sanjungan daripada masyarakat.

Ujub
Kagum dengan amalan ibadat sendiri & memandang rendah amalan orang lain

Sum'ah
Menceritakan amalan baik yang dilakukan kepada orang lain supaya dipuji orang lain

Mengungkit-Ungkit
Mengungkit-ungkit bantuan & perbuatan baik yang diberikan kepada seseorang agar jasanya dikenang

Aza - Perkara Yang Menyakitkan Hati

Bantuan & pertolongan diungkit-ungkit kepada orang yang menerima dengan tujuan menyakitkan hatinya

Hasad Dengki
Iri hati @ rasa benci dengan nikmat & kebaikan yang diperoleh orang lain & berusaha agar nikmat tersebut hilang daripada orang itu & berpindah kepadanya dengan cara yang salah.

8. CARA MENINGKATKAN KUALITI IBADAT

14. PENGERTIAN IBADAT

Anda mungkin juga menyukai