Anda di halaman 1dari 3

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Di dalam bab ini mengandungi kesimpulan berdasarkan projek yang telah dibuat dan cadangan penambahbaikan projek untuk menhasilkan projek yang lebih baik dan berkualiti. Kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan kepada objektif projek samaada tercapai atau tidak. Terdapat beberapa cadangan yang sesuai untuk penambahbaikan kepada projek.

5.2

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, projek LatterMixer yang telah disiapkan ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Antaranya projek ini dapat memudahkan pembancuhan susu dan tidak perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembancuhan susu tersebut jika ibubapa atau penjaga sibuk melayan anak-anak kecil atau ada perkara lain yang lain ingin dibuat.

Selain itu, projek ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga pembancuh susu kerana dengan menggunakan projek ini, air panas yang digunakan akan dipanaskan dengan cepat menggunakan heater dan terus mengalirkan air yang dipanaskan tadi kedalam botol susu diikuti dengan serbuk susu dan vibrator untuk

menggoncangkannya.

Projek ini juga mengelakkan daripada kepanasan susu yang melampau kerana menggunakan thermostat sekaligus dapat memberikan keselamatan kepada bayi pada tahap yang meyakinkan. Suhu yang diinginkan boleh di set dari 00c-1000c. Heater akan memanaskan air tersebut pada suhu yang telah ditetapkan pada thermostat dan air tadi akan tetap pada suhu tersebut sampai bekalan kuasa dimatikan.Selain itu, ia juga dapat mengawal kuantiti serbuk susu yang sesuai supaya tidak berlaku pembaziran atau penumpahan ketika menuangkan serbuk susu kedalam botol air.

Disamping itu juga, kami mula sedar betapa pentingnya menitikberat tentang langkahlangkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas menyiapkan projek. Secara tidak langsung kami telah menambah ilmu pengetahuan sepanjang proses menyapkan projek ini.Akhir sekali, kami dapat menyimpulkan bahawa semangat kerjasama, sikap tanggungjawab dan perbincangan di dalam kumpulan menjadi faktor utama terhasilnya projek ini. Harapan kami projek agar rekaan yang yang dicipta ini dapat memberi manfaat kepada pengguna.

5.3

Komen dan Cadangan

i.

Untuk kekemasan di dalam balang pemanas air, heater, coil dan pengeam air haruslah diubahsuai suapaya lebih kemas dan selamat semasa menggunakannya.

ii.

Untuk kebersihan yang sempurna kepada susu bayi atau kanak-kanak, botol untuk mengisikan serbuk susu itu haruslah dicipta yang boleh dicabut supaya boleh dibersihkan selepas seharian digunakan.

iii.

Saluran air dari pengepam air ke botol susu haruslah diubahsuai kepada yang lebih besar untuk mencepatkan proses pemindahan air.

iv.

Perlindungan kepada litar LCD harus ditingkatkan supaya tidak terkena percikan air dan begitu juga kepada wayar-wayar dan litar yang lain.

v.

Rekaan ini perlu menjalani kajian khas untuk menambah tahap kecekapan, kecanggihan keberkesanan mutu operasi bagi memastikan rekaan ini benar-benar berkesan dan mendatangkan kepuasan maksima kepada pengguna

vi.

Meyediakan ruang yang lebih luas bagi memudahkan para pelajar melakukan kerja masing- masing.

vii.

Menyediakan lebih banyak peralatan peralatan projek kerana alatan yang sedia ada tidak mencukupi. Ia akan menjejaskan kerja dan melambatkan proses kerja.

viii.

Sentiasa memantau dan memberi bimbingan serta dorongan kepada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai