Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi diucapkan kepada Guru Besar, guru-guru yang dihormati, panel hakim yang adil lagi bijaksana

dan murid murid yang disayangi. Tajuk cerita saya pada pagi yang mulia ini ialah Helang yang Setia. Seorang pemburu mempunyai seeekor helang. Helang itu sangat bijak. Pemburu sentiasa membawa helang itu bersama semasa berburu. Pada suatu hari, pemburu itu masuk ke hutan untuk berburu. Helang itu pun terbang sambil mencari binatang yang boleh diburu oleh tuannya. Selepas puas berburu, pemburu itu pun berasa dahaga. Dia pun mencedok air sungai dengan tangannya. Burung helang itu menghalang tuannya minum air itu. Pemburu itu berasa sangat marah lalu memanah burung helang yang sedang berterbangan itu. Burung helang itu pun jatuh di tepian hulu sungai. Pemburu berlari untuk mendapatkan burung helang itu. Pada masa itu, pemburu mendapati seekor ular bisa mati dan racun ular itu meleleh masuk ke dalam sungai. Sesiapa yang minum air itu akan jatuh sakit. Pemburu itu berasa sangat menyesal. Selepas mendengar cerita yang saya sampaikan tadi, saya ingin menasihatkan murid-murid supaya jangan bersikap terburu-buru semasa membuat sesuatu keputusan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai