Anda di halaman 1dari 184

Sajak

Ustaz Haji Ashaari Muhammad

Siri 1 Tauhid Tauhid & Tasawuf

E D I S I

K H A S

Sajak Siri 1 Tauhid Tauhid & Tasawuf


oleh Ustaz Haji Ashaari Muhammad

Ustaz Haji Ashaari Muhammad Semua hak cipta artikel dalam buku ini adalah terpelihara. Sebarang bahagian daripada artikel dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada pemilik hak cipta. Kali pertama diterbitkan Ogos 2005

Teks diset dalam Palatino 10 poin

Tauhid

SAJAK SIRI 1

KANDUNGAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. Kehebatan Tuhan Lihatlah Kuasa Tuhan Di Dalam Dirimu Engkau Maha Tahu Yang Kecil Dan Besar Maha Agung-Mu Tuhan Besarnya Tuhan Di dalam Kehidupan Insan Ingatlah Tuhan Kita Di Dalam Kekuasaan Tuhan Aku Tidak Jemu Mengingati-Mu Zat Yang Maha Suci Manusia Tidak Ada Kuasa Agungnya Nama-Mu Tuhan Allah Tidak Serupa Dengan Makhluk Sifat Allah Hikmah Meminta Dan Berdoa Kami Memerlukan Engkau Tuhan Jangan Anggap Tuhan Hanya Menghukum Alangkah Hina Dan Lemahnya Hamba-Mu Engkau Tersesat Berfikir Alangkah Hebatnya Tuhan Maha Hebatnya Tuhan Zat-Nya Adalah Maha Hebat Takutlah Kepada Zat Yang Maha Agung Kemampuan Manusia Terbatas Kehendak Tuhan Tuhan Adalah Segala-Galanya Hari Pembalasan Setiap Detik Allah Bekerja Kebenaran Akal Terlalu Terbatas Ciptaan Tuhan Tiada Sia-Sia Tuhan Adalah Sumber Kebaikan Masa Ciptaan Tuhan Maha Suci Tuhan Daripada Penyerupaan Mari Mengenal Tuhan Mari Kita Mengenal Tuhan 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 14 16 17 18 19 20 22 24 26 28 30 31 32 34 36 37 38 39 40 42 43 44 46 48

TAUHID

KEHEBATAN TUHAN

LANGKAH hebatnya Tuhan Tidak pernah rehat daripada bekerja, berbuat dan bertindak Setiap detik di dalam kesibukan Mengadakan, mentiadakan Menghidupkan, mematikan Memuliakan, menghinakan Menjatuhkan, menaikkan seseorang Membangun dan meruntuhkan Membaikkan dan merosakkan Mengimankan dan mengkufurkan Mengazab dan memberi nikmat Memberi rahmat dan memberi nikmat Mengkayakan dan memiskinkan Menyusahkan dan menyenangkan Dan entah apa lagi yang kita tidak dapat tuliskan Daripada sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar benda Ia berlaku kepada semua jenis makhluk setiap masa Tapi Tuhan tidak pernah letih dan penat Tidak pernah sakit dan lesu Tidak pernah jemu, perlu berhenti dan perlu rehat Kerana Tuhan bukan fizikal yang dicipta Ia adalah Khaliq pencipta Dia adalah Zat yang Maha Suci lagi Maha Agung Yang tidak hidup mengikut sistem makhluk Yang tidak dapat dirupakan dan difikirkan Hebatnya Tuhan, hingga tidak dapat dibayangkan Hebatnya Tuhan, tidak ada penyerupaan

Selepas Isyak 03 - 08 - 1999

SAJAK SIRI 1

LIHATLAH KUASA TUHAN DI DALAM DIRIMU

IDAK payah kita memandang yang jauh melihat Qudrat dan kuasa Tuhan Juga tidak perlu melihat yang jauh baru terasa Maha Mentadbir dan Maha Bijaksana Tuhan Kalau jiwa kita hidup dan jaga Di dalam dirimu sendiri engkau akan merasakan Qudrat, Iradah Tuhan Pentadbiran dan Bijaksana-Nya Tidakkah engkau sedar, mana engkau ada kuasa terhadap dirimu! Adakalanya engkau hendak tidur mata tidak mahu Ada waktunya engkau tidak hendak tidur tapi tidak dapat menahan tidur Adakalanya berlaku di dalam dirimu setiap hari Gerak-gerimu berlaku tanpa engkau mahu Bahkan adakalanya tanpa kesedaranmu Contoh yang berlaku akalmu memikirkan sesuatu Tapi di masa yang sama bergerak-gerak jarimu tanpa kehendakmu Juga di masa itu juga bergerak-gerak matamu tanpa kehendakmu juga Bukankah menunjukkan adanya kuasa yang melakukannya Kalaulah kita ada kuasa tentu sekali kehendak kita semuanya berlaku Yang tidak dikehendaki tidak akan berlaku Tapi pengalaman kita tidak begitu Ada yang kita kehendaki berlaku, Ada yang kita kehendaki tidak berlaku Ada yang kita tidak hendak, ia berlaku Yang kita hendak, tidak berlaku Kerana itulah Tuhan ada berkata yang bermaksud: Di dalam diri kamu, mengapa kamu tidak merasa dengan mata hati Iaitu adanya kuasa Tuhan di dalam dirimu Selepas Isyak
31 - 08 - 1999

TAUHID

ENGKAU MAHA TAHU YANG KECIL DAN BESAR

UHAN! Engkau Maha Tahu yang kecil dan yang besar Di dalam semua perkara dan benda Terhadap apa jua jenis makhluk-Mu Kerana Engkaulah yang menciptanya Tapi pada-Mu kedua-duanya sama sahaja Tidak ada beza di antara keduanya Jika kecil Engkau sebutkan maka ia terjadi, yang besar Engkau sebutkan pun terjadi juga Tidak pula yang kecil rasa mudah dan yang besar terasa payah dan susah Tidak seperti makhluk-Mu yang lemah; membuat perkara kecil mudah, membuat perkara besar susah Walaupun di antara habuk dan gunung; yang satu halus dan yang satu besar gagah Namun Qudrat dan Iradah-Mu Tuhan, keduanya sama sahaja Walaupun Engkau memberitahu manusia, langit dan bumi Engkau jadikan selama enam hari Bukan ertinya Engkau tidak boleh jadikan dengan sekelip mata Bukan pula Engkau tidak boleh lakukan secara kun - jadilah maka ia pun terjadi Enam hari itu memang kehendak-Mu sendiri Untuk didikan kepada manusia Begitu juga jarak jauh dan dekat, Engkau tahu juga Dan Engkau tahu ini dekat dan ini jauh Tapi pandangan-Mu sama sahaja Dekat dan jauh tidak ada beza apa-apa Bahkan yang tersembunyi dan yang nyata pada-Mu sama sahaja Macam mana Engkau melihat yang jauh, begitulah juga Engkau melihat yang dekat Tidak seperti penglihatan makhluk Melihat yang dekat dengan yang jauh ada bezanya Yang dekat mudah dilihat, yang jauh susah dilihat Maha Suci Engkau Tuhan dan Maha Agung Engkau Tuhan Selepas Asar
06 - 08 - 1999

SAJAK SIRI 1

MAHA AGUNG-MU TUHAN

AHA Besar! Dan Maha Agung-Mu Tuhan! Maha Suci Engkau daripada menyerupai makhluk-Mu Marah-Mu dan hukuman-Mu hebat tapi berhikmah Kerana Engkau tidak marah bernafsu Kerana itulah kemarahan-Mu ada pengajaran bagi orang yang mahu Juga kasih-Mu tidak rosakkan makhluk-Mu Seperti ibu dan ayah mengasihi anak-anak sampai rosak anak-anaknya Kerana kasih dan sayang-Mu bukan dari hati Engkau bukan ada hati Maha Suci Engkau daripada adanya hati Ini adalah sifat makhluk-Mu Engkau kasih dan sayang terhadap makhluk-Mu Adalah dari Zat-Mu yang Maha Suci yang mempunyai sifat kasih dan sayang Yang tiada siapa yang tahu melainkan Engkau Engkau juga boleh sabar di atas kejahatan hamba-hamba-Mu Engkau tidak bertindak di masa ini Kerana Engkau tidak tercabar dan rosak Engkau juga tidak bernafsu, yang menjadikan Engkau emosi Engkau boleh memberi peluang kepada hamba-hamba-Mu membaiki diri Jika mereka tidak sedar juga Barulah Engkau menghukumnya Bukan pula Engkau menghukum kerana Engkau tercacat oleh kesalahan Maha Suci Engkau daripada mendapat kesusahan dari kejahatan hamba-hamba-Mu Tapi hukuman itu adalah atas dasar keadilan-Mu

TAUHID

BESARNYA TUHAN DI DALAM KEHIDUPAN INSAN

UATLAH apa sahaja biarlah bersama Tuhan Berniaga dan carilah kehidupan sertakan Tuhan Laksanakanlah apa sahaja jangan tinggalkan Tuhan Tuhan hendaklah dibawa ke mana-mana Tuhan sertakan di dalam perjuangan Di dalam menuntut ilmu jangan lupa Tuhan Tuhan adalah segala-galanya Ia modal hidup mati kita Ia aset yang kekal abadi Yang memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita Tuhan kenalah ada di dalam sebarang hal dan keadaan Jangan cuba tinggalkan Tuhan, kita akan kecundang Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan Tuhan adalah sangat diperlukan di dalam sebarang keadaan Jangan tinggalkan Tuhan! Jika Tuhan sudah ditinggalkan Sebarang kehidupan kita sudah tidak ada erti di dalam kehidupan Begitulah besarnya Tuhan di dalam kehidupan insan

Selepas Asar 12 - 09 - 1999

SAJAK SIRI 1

INGATLAH TUHAN

ANGUN-BANGUN tidur sahaja engkau ingat benda yang tidak mengingatkan engkau Apatah lagi setelah engkau berhadapan kehidupan sehari-harian Engkau ingat duit yang tidak pernah mengingat engkau Kekayaan apatah lagi sering engkau ingatkan sebagai angan-angan Padahal kekayaan tidak pernah mengingatkan engkau Bahkan berbagai-bagai perkara yang selalu engkau ingatkan Yang ia tidak pernah pun mengingatkan engkau Mengapa engkau tidak sering mengingat Tuhan Yang sentiasa tidak melupakan engkau Tidak satu detik pun yang Dia lupakan engkau Dia sentiasa mendengar engkau Dia sentiasa melihat engkau Dia sentiasa tahu tentang engkau Yang sentiasa menjaga dan mengawal engkau Yang sering mentadbir dan memberi nikmat kepada engkau Engkau mengingat benda yang kaku, mati Engkau sibuk dengan mengingat makhluk yang serupa engkau Engkau lupa kepada Khaliq yang mencipta engkau Makhluk bukan ada kuasa ke atas engkau Sedangkan Khaliq berkuasa ke atas engkau Mengapa tidak terasa takut kepada Khaliq yang menentukan nasib engkau

Menjelang tidur 12 - 09 - 1999

TAUHID

KITA DI DALAM KEKUASAAN TUHAN

ITA ini adalah di dalam kekuasaan Tuhan Dia boleh membuat apa sahaja kepada kita Nasib kita betul-betul di tangan-Nya Kalau Dia hendak melakukan sesuatu kepada kita Dia tidak peduli apa Tapi tetap dengan hikmah-Nya Kerana Tuhan tidak kejam macam manusia Apa pun yang dilakukannya kepada kita Tetap di dalam didikan dan pengajaran Cuma apakah kita pandai menerimanya Kita ini ibarat telur di hujung tanduk Kalau tidak kena gayanya Bila-bila boleh jatuh ke kiri atau ke kanan Ke depan atau ke belakang Kerana itulah takutlah kepada Tuhan Kita adalah di dalam genggaman-Nya Terpulanglah kepada Dia apa yang Dia hendak lakukan Aduh, cemasnya bila memandang kekuasaan Tuhan Kita tidak punyai kuasa sedikit pun Aduh, rusuhnya hati kita dibuatnya Orang yang kenal Tuhan mana jiwanya boleh tenang Sentiasa sahaja bergelora macam lautan yang tidak henti-hentinya Kecutnya perut, senak dada dibuatnya Salafussoleh zaman dahulu ada yang tidak mampu untuk ketawa Bila berhadapan dengan kekuasaan Tuhan Ada kalanya bantut selera hendak makan Bilamana teringat kuasa-Nya Aduh, bagaimanalah nasib kita Kita sungguh cemas dibuatnya
Selepas Asar 25 - 09 - 1999

SAJAK SIRI 1

AKU TIDAK JEMU MENGINGATI-MU

KU tidak jemu-jemu menyebut nama-Mu Tuhan Kalau lidahku tidak bergerak, hatikulah yang bergerak Mengapa aku mesti jemu mengingati-Mu? Kerana kalau aku, tidak layak Engkau menyebut namaku Tapi Engkau kan sentiasa tahu tentang diriku Pengetahuan, penglihatan dan pendengaran-Mu tidak pernah lekang terhadapku Bagaimana pula aku hendak melupakan-Mu Walau bagaimanapun aku hamba-Mu yang lemah Kelemahan ini Engkau pun tahu Kerana kelemahan ini memang Engkau yang menciptanya Sekali-sekala aku terlupa juga dengan-Mu Tuhan Tapi ini bukan aku sengajakan! Aku tidak mahu berlaku kelupaan itu Tapi ia berlaku juga Begitulah hamba-Mu mempunyai kelemahan Ia pasti berlaku Kalau tidak bukanlah dinamakan hamba Hamba adalah jenis insan Insan ertinya makhluk pelupa Begitulah sifat hamba Aku memohon ampun kepada-Mu Tuhan! Aku akan cuba sedaya upayanya Tuhan untuk mengingati-Mu Bantulah aku Tuhan agar aku boleh mengingati-Mu selalu

Selepas ekspedisi 03 - 10 - 1999

10

TAUHID

ZAT YANG MAHA SUCI

AGAIMANALAH aku hendak melupakan Zat Yang Maha Suci Yang kuasa-Nya tidak pernah satu detik terlepas dariku Yang sentiasa mengetahui berterusan setiap gerakan jantungku Ia sentiasa melihat hingga ke batinku Sentiasa mendengar setiap waktu dan detik Kehendak-kehendak-Nya ke atasku pasti berlaku Sama ada aku setuju mahupun tidak setuju Menggembirakan mahupun yang mendukacitakan Ia Maha Agung, Maha Qahhar dan Maha Jabbar Juga kasih sayangnya kepadaku lebih daripada seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya Seluruh hidupku di dalam genggaman-Nya Ia boleh buat apa sahaja kepadaku Kuasa-Nya ke atasku sepenuhnya Tidak ada langsung campur tanganku ke atas diriku sendiri Itulah Tuhan Pencipta seluruh alam dan yang menjadikan aku Ia adalah Penyelamat Pentadbir, Penjaga, Pendidik dan Pemelihara Dengan penuh berhikmah Oleh itu bagaimana aku mahu melupakan-Nya Sedangkan Dia tidak akan melupakanku Walau setakat sekelip mata Aduh, tidak mungkin aku boleh melupakan-Nya Tidak mampu aku untuk melupakan-Nya Itulah Dia Tuhanku Aku tidak boleh terlepas daripada kuasa-Nya

Selepas Zuhur 07 - 10 - 1999

11

SAJAK SIRI 1

10

MANUSIA TIDAK ADA KUASA

ANUSIA ini jika rasa bertuhannya tidak ada Atau langsung tidak percaya adanya Tuhan Lebih sahaja sedikit dari orang lain sudah rasa luar biasa Seperti mempunyai kekayaan, sudah merasakan boleh menyelesaikan semua perkara Ada ilmu, sudah merasakan seolah-olah segala masalah selesai Ada kuasa lebih-lebih lagi merasa ada kuasa Dengan kuasa boleh buat apa sahaja Dengan kuasa mengambil kesempatan membalas dendam terhadap musuh-musuhnya Kuasa yang ada boleh melindungi diri daripada terhukum Dengan kuasa boleh melindungi daripada dikenakan undang-undang Tapi dia lupa, bolehkah dia melindungi dirinya dari sakit dengan kuasanya? Bolehkah dengan kuasanya, menjauhkan diri daripada bencana alam yang memusnahkan apa sahaja Bolehkah dia bendung dengan kuasanya daripada dibenci oleh rakyatnya? Mampukah dia bendung dengan kuasanya jika timbul berbagai-bagai gejala di dalam negaranya? Bolehkah dia dengan kuasanya menjadikan rakyatnya cinta dengannya? Akhir sekali bolehkah dengan kuasanya dia menahan diri dari tua? Tentu sekali penguasa-penguasa negara telah dapat memberi jawapannya Bukankah kuasa awak itu tidak ada kuasa hakikatnya Sebenarnya kuasa itu hanya sebutan sahaja

12

TAUHID

Mana manusia ada kuasa, walau bagaimana tinggi pangkatnya dan jawatannya! Tidak boleh membendung, tidak boleh menolak banyak perkara Bukankah ini menunjukkan ada yang Maha Berkuasa di atas kuasa manusia Mengapa para pemimpin dunia atau negara tidak boleh memikirkannya? Mana pergi otak? Mengapa kebijaksanaan dan kepandaian tidak dapat menyelamatkannya? Itulah dia orang yang pandai sudah jadi bodoh Kerana tidak mampu menyelamatkan dirinya

Selepas Asar 04 - 10 - 1999

13

SAJAK SIRI 1

11

AGUNGNYA NAMA-MU TUHAN

GUNGNYA nama-Mu Tuhan! Setiap yang di langit mahupun di bumi mengagungkan-Mu Tuhan Nama-Mu disebut di langit dan di bumi, tiada hentiannya Manusia-manusianya sebut nama-Mu Haiwan-haiwan begitu juga mengikut cara-caranya Seluruh jamadat tiada kecuali Cara-caranya Engkaulah yang tahu Apatah lagi para malaikat Makhluk-Mu yang paling suci Taat dan patuh tidak putus-putus setiap detik Memuja, memuji, mengagungkan, mensucikan-Mu Tiada ruangan di langit dan di bumi yang tiada menyebut nama-Mu Kehebatan-Mu dapat dirasakan oleh makhluk-makhluk-Mu Terutama para malaikat Sejak dicipta gementar seluruh tubuh badannya Tersembam muka mereka ke bumi Di kalangan manusia golongan yang sedikit, rasa gerun dengan-Mu Mereka itu para rasul dan para anbiya dan auliya Makhluk-makhluk-Mu Tuhan mengagungkan-Mu berbagai-bagai caranya Mereka bertelut dan berlutut di hadapan kebesaran-Mu Mereka ada yang berdiri, ada yang rukuk, ada yang sujud Ada yang berzikir, ada yang bertakbir, ada yang bertahmid, ada yang bertasbih Yang hebat di kalangan makhluk-Mu adalah para malaikat

14

TAUHID

Mereka berbuat, tidak pernah sejak diperintah, rehat-rehat Oh, Maha Agungnya nama-Mu Tuhan! Nama-Mu disebut-sebut setiap waktu dan detik Memenuhi ruangan langit dan bumi Hanya sebahagian makhluk di kalangan manusia Yang berhati batu tidak kenal-Mu Tuhan Mereka sahajalah yang tidak mengagungkan-Mu Justeru mereka tidak kenal siapa Engkau yang sebenarnya

Selepas Subuh 07 - 05 - 1997

15

SAJAK SIRI 1

12

ALLAH TIDAK SERUPA DENGAN MAKHLUK

AHA Suci Allah Taala ertinya tanpa penyerupaan Maha Suci Tuhan ertinya tanpa persamaan Maha Suci Tuhan ertinya tidak dapat dibayangkan Maha Suci Tuhan ertinya tidak dapat difikirkan Di atas sifat-sifat-Nya, perbuatan-Nya dengan segala makhluk-makhluk-Nya Maha Agung Tuhan ertinya seluruh kekuasaan-Nya, kemuliaan-Nya Kehormatan-Nya, kehebatan-Nya Kebesaran-Nya, kecantikan-Nya; tidak ada tandingan Maha Besar Tuhan ertinya tidak ada yang dapat mengatasi Tuhan di dalam semua sifat dan perbuatan-Nya Maha Kuasa Tuhan ertinya menguasai segala kekuasaan Bahkan seluruh kekuasaan itu pun Dia yang memberi Maha Berkehendak Tuhan ertinya segala kejadian yang berlaku dengan kehendak-Nya Kehendak-Nya lulus, tiada siapa yang boleh menyekat Kehendak-Nya tidak ada batas Sebarang kehendak-Nya terjadi, tidak ada yang terbatal Maha Tinggi Tuhan ertinya di atas-Nya tidak ada tandingan Bahkan tidak boleh dibayang Kalau dibayang adalah satu pembohongan Tidak ada pembohongan yang paling besar selain memperkatakan Zat Tuhan yang bukan-bukan Walaupun di antara Tuhan dan makhluk-Nya ada yang sama sebutannya Namun di segi hakikatnya jauh berlainan Hakikat tidak boleh dibayangkan Bagaimana hendak dibayangkan kerana tidak ada penyerupaan

Menjelang tidur 15 - 10 - 1999

16

TAUHID

13

SIFAT ALLAH

UHAN adalah Zat Yang Maha Suci, Maha Agung, Maha Berkuasa Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Berkehendak Seluruh sifat-sifat itu boleh berlaku serentak Tidak seperti makhluk kalau melihat satu perkara, seluruh perkara yang lain tidak dilihatnya Contohnya seperti sifat Mengetahui Seluruh yang ada diketahui secara sedar, yang tidak ada pun diketahui secara sedar Tidak seperti makhluk, ada yang dia ketahui yang tidak disedari lagi Apabila diingatkan baru dia sedar kembali Seperti juga sifat Mendengar-Nya Tuhan boleh Mendengar serentak seluruh yang ada Sama ada bersuara atau tiada Tidak seperti kita manusia Kalau kita mendengar satu perkara Sudah pasti perkara yang lain kita tidak mendengarnya Begitu jugalah bila kita mengatakan Tuhan Maha Suci Ertinya Maha Suci daripada penyerupaan dan bandingan dengan semua makhluk Maha Suci daripada persamaan Dan Maha Suci daripada dapat dikhayalkan dan apa yang dapat difikirkan Dan Maha Suci daripada dapat dilintaskan

Menjelang tidur 17 - 10 - 1999

17

SAJAK SIRI 1

14

HIKMAH MEMINTA DAN BERDOA

UHAN, kalau aku tidak memberitahu tentang diriku, Engkau pun tahu Aku ini bukankah ciptaan Engkau? Engkau lebih tahu tentang diriku daripada diriku sendiri Engkau tahu apa yang aku perlu dan apa yang aku tidak perlu Engkau boleh menganugerahkan keperluan itu padaku Engkau boleh tidak memberi apa yang aku tidak perlu Tapi seorang hamba itu akan boleh berhubung dengan Khaliqnya Engkau suruh aku meminta Kerana itulah aku meminta kepada-Mu selalu Supaya hamba itu dapat melahirkan sifat kehambaan Meminta itu adalah salah satu cara melahirkan sifat kehambaan Hikmah yang lain, meminta itu adalah termasuk ibadah, diberi pahala Kalau tidak meminta, apa pahalanya Inilah hikmahnya Engkau menyuruh hamba-Mu meminta keperluannya Dan meminta ditolak perkara yang tidak diperlukan Terhubunglah antara hamba dan Khaliqnya Terlahirlah sifat kehambaan di dalam meminta Terlihat kebesaran Khaliq kerana tempat meminta Kerana doa itu adalah usaha maka diberi pahala pula Begitulah hikmah meminta dan berdoa Kerana itulah aku meminta apa yang aku perlu dan meminta ditolak apa yang tidak perlu Padahal kalau aku tidak meminta pun, Engkau tahu keperluan-keperluanku

Menjelang tidur 17 - 10 - 1999

18

TAUHID

15

KAMI MEMERLUKAN ENGKAU TUHAN

AMI semua memerlukan Engkau, Tuhan Kami tidak boleh hidup tanpa-Mu, Tuhan Tidak akan selamat kami tanpa-Mu Kalau ada orang tidak memerlukan Tuhan Ertinya dia akan kelaparan tanpa pemberian Tuhan Jika dapat sakit Siapa yang menyembuhkan, kalau tidak Tuhan Kalau ada mara bahaya Siapakah yang akan melepaskan, kalau bukan Tuhan Kalau tidak perlukan Tuhan Siapa yang hendak memberi pakaian Siapa yang akan melindungi daripada kesusahan Siapakah yang akan menolong Dan siapakah yang akan menyelamatkan, kalau bukan Tuhan Kerana Tuhan itu adalah segala-galanya Tidak ada satu benda yang terkecuali Yang bukan daripada kuasa dan pemberian Tuhan Kalau ada orang tidak perlukan Tuhan Ertinya dia tidak hendak segala-galanya Kalau Tuhan bertindak mengikut keyakinannya Dia tidak ada segala-galanya Ertinya Tuhan akan ambil segala-gala daripadanya Hartanya, rumahnya, pakaian, makanan, minuman Kesihatan, keselamatan, kerehatan Dan seterusnya anggota badan dan nyawa Ertinya satu pun sudah tidak wujud lagi padanya Dan Tuhan bertindak mengikut keyakinan dan kehendaknya

Menjelang tidur 01 - 11 - 1999

19

SAJAK SIRI 1

16

JANGAN ANGGAP TUHAN HANYA MENGHUKUM

ANGAN anggap Allah itu hanya menghukum Menghidupkan dan mematikan manusia Mengazab orang yang derhaka ke dalam Neraka Memberi nikmat orang yang taat ke dalam Syurga Tuhan itu adalah segala-galanya Tuhan sifat Rahman dan Rahim-Nya amat luasnya Kasih sayang kepada hamba-hamba-Nya tidak terbatas Bukankah Tuhan Pengawal dan Penjaga Penyelamat kepada manusia Tuhan juga pelindung Memberi rezeki makan dan minum terhadap hamba-hamba-Nya Memberi nafas untuk hidup Memberi kekuatan dan kesihatan pada badan Menganugerahkan isteri atau suami untuk hiburan Di waktu kesepian dan di waktu kerehatan Memberi anak-anak dan cucu-cucu sebagai cahaya mata Penyejuk hati, penyejuk mata, penghibur jiwa Tuhan menganugerahkan ilmu dan pengalaman sebagai penyuluh kehidupan Anugerah yang paling tinggi, Dia Allah Mengenalkan diri-Nya sebagai Tuhan Untuk disanjung, dibesarkan, dicintai dan disembah Tuhan adalah hiburan sejati dan penyelesai segala masalah Apa yang telah kita senaraikan di atas Adalah sebahagian daripada nikmat dan rahmat Allah Sebahagian daripada kasih sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya,

20

TAUHID

Tuhan menghukum hamba-hamba-Nya yang melupakan rahmat dan nikmat-Nya Terutama melupakan nikmat dan rahmat bertuhan Tidak terasa lagikah apa yang datang dari Allah itu serba indah Hiburan jiwa, kesenangan hati, menyejuk mata Mengapa selama ini, kita merasakan Tuhan itu hanya menghukum sahaja? Kenapa kita merasakan Tuhan itu menakutkan sahaja? Padahal nikmat dan rahmat-Nya untuk manusia terlalu luas? Kasih sayang Tuhan bukankah terserlah?!

Menjelang Zuhur 28 - 10 - 1999

21

SAJAK SIRI 1

17

ALANGKAH HINA DAN LEMAHNYA HAMBA-MU

UHAN! Alangkah hina dan lemahnya hamba-Mu ini Langsung tidak ada kuasa dan kudrat Kuasa dan kudrat sepenuhnya adalah milik-Mu Jika di waktu aku duduk Aku boleh Engkau menjatuhkan Aku boleh Engkau matikan Dan aku boleh Engkau lalaikan Di waktu rehat-rehat Engkau boleh jadikan aku pening kepala dengan tiba-tiba Aku boleh jatuh Aku boleh tidak sedarkan diri bahkan boleh mati Di waktu sedang aku makan Engkau boleh tercekikkan aku Boleh aku tercekik tulang Boleh bila-bila masa sahaja di waktu itu aku tumbang Di waktu bercakap-cakap, Engkau boleh buat apa sahaja denganku Engkau boleh lupakan aku tentang sesuatu yang hendak dicakapkan Boleh di waktu itu aku terbatuk-batuk Boleh rebah di waktu itu Di dalam masa tidur Engkau boleh tidurkan aku terus tidur Iaitu daripada mulanya aku tidur kecil terjadi tidur besar Atau bangkit-bangkit tidur terus sahaja mati Itu terpulanglah kepada Engkau Engkau boleh buat apa saja kepadaku Di mana aku berada, di waktu bila, di dalam keadaan apa Macam-macam Engkau boleh jadikan aku

22

TAUHID

Manalah ada kuasa padaku Sedikit pun tiada kudratku Kerana itulah nasibku seluruhnya aku serahkan kepada-Mu Kesihatanku, makan minumku, keselamatan aku, aku serahkan kepada-Mu Kerehatanku, kesenanganku dan kebahagiaanku Aku yakin Engkau tidak menzalimi hamba-hamba-Mu Kalau begitu, seluruh hidup matiku Aku serahkan kepada-Mu Kerana aku langsung tidak ada kuasa apa-apa Terserahlah kepada-Mu Tuhan Tapi aku baik sangka dengan-Mu

Selepas Zuhur 01 - 11 - 1999

23

SAJAK SIRI 1

18

ENGKAU TERSESAT BERFIKIR

NGKAU hairan manusia mengembara merata dunia Mengapa engkau tidak hairan bumi yang dipijak ciptaan Tuhan? Engkau kagum dengan ilmu yang dimiliki orang Mengapa tidak kagum dengan akal ciptaan Tuhan Yang membolehkan mendapat ilmu? Kalau tidak ada akal kepunyaan Tuhan Bolehkah manusia berfikir untuk mendapat ilmu? Engkau rasa terpesona dengan bangunan dari bahan-bahan yang ada di dunia Mengapa engkau tidak terpesona dengan Tuhan Yang mengadakan bahan-bahan itu? Kalau tidak ada bahan-bahan itu bolehkah manusia membangun? Engkau kaget dengan manusia yang berkuasa di dunia Yang mempunyai negara dan rakyat yang begitu ramai Dengan penuh keangkuhan dan kesombongan Engkau serah hati dengannya Mengapa engkau tidak rasa kaget dengan Tuhan yang mempunyai bumi? Yang mencipta rakyat hingga mereka boleh berkuasa Kalau tidak ada negara dan rakyat, bolehkah manusia berkuasa? Lebih-lebih lagi kalau mereka tidak dijadikan Apakah timbul ada kuasa? Aku rasa aneh cara engkau berfikir Perkara yang tidak sepatutnya engkau kagumi Engkau boleh kagum Yang patut engkau kagumi engkau tidak kagum Kebesaran manusia engkau nampak

24

TAUHID

Kebesaran Tuhan yang Maha Hebat engkau tidak nampak? Bagaimana cara engkau berfikir? Yang tidak hebat engkau rasa hebat Yang hebat engkau tidak terasa hebat Yang sebenarnya engkau telah tersalah berfikir Atau engkau telah tersesat berfikir

Menjelang tidur 05 - 12 - 1999

25

SAJAK SIRI 1

19

ALANGKAH HEBATNYA TUHAN

LANGKAH hebatnya Tuhan Di dalam satu kerdipan mata berbilion-bilion yang dicipta-Nya dengan serentak Di masa yang sama pula berbilion-bilion yang dibinasakan atau yang ditiadakan-Nya Di dalam satu kerdipan mata berbilion-bilion secara serentak diketahui yang ada mahupun yang tiada Juga di masa yang sama dengan serentak berbilion-bilion perkara yang dilihat dan didengar-Nya Kudrat-Nya Esa sepertimana sifat-sifat yang lain juga Esa Kuasa membuat yang sedikit atau banyak, kecil atau besar sama sahaja Tidak ada beza kerana Tuhan itu Kudrat-Nya bukan tenaga Tapi Zat-Nya yang Maha Kuasa atau bersifat Kuasa Kerana itulah Tuhan tidak terasa penat atau letih Begitu juga Tuhan kehendak-Nya bukan dengan nafsu Kerana itulah kehendak-Nya tidak menerima jemu juga tidak terasa ghairah seperti manusia Dia berbuat atau tidak berbuat dengan kehendak-Nya yang penuh berhikmah Tidak ada yang sia-sia atau yang tidak mempunyai hikmah yang tersirat atau tersurat Apa yang terdahulu dan apa yang kemudian semua diketahui-Nya Tidak pernah dilupakan-Nya sekalipun sebesar debu di udara Murka-Nya bukan dengan nafsu Kerana Tuhan itu tidak ada nafsu seperti makhluk-Nya Suka-Nya atau cinta akan sesuatu bukan pula dengan perasaan-Nya

26

TAUHID

Kerana Tuhan itu tidak ada jiwa Cinta-Nya pula mengikut kehendak dan hikmah-Nya Bukan didorong oleh keadaan Kerana keadaan dan situasi Tuhan yang menciptanya Segala apa yang hendak dibuat atau tidak bukan hasil fikiran atau hasil menimbang-nimbang Kerana Tuhan bukan ada akal seperti manusia Kerana Kudrat dan Iradat-Nya berlaku adalah kerana kepatutan-Nya Dengan penuh hikmah dan pengajaran Begitulah Zat Tuhan yang Maha Agung Sungguh hebat dan menggerunkan

Menjelang Maghrib 30 - 12 - 1999 (22 Ramadhan 1420) 27

SAJAK SIRI 1

20

MAHA HEBATNYA TUHAN

ENGAPA engkau tidak terasa Maha Hebatnya Tuhan Maha Berkuasa yang tidak ada tara dan tolok bandingnya Kerana itulah engkau tidak takut pun kepada-Nya Engkau tidak takutkah berhadapan dengan Zat yang Maha Agung Penglihatan-Nya berlaku serentak seluruh yang wujud Sekalipun sebesar habuk tidak terkecuali daripada penglihatan-Nya Dan penglihatan-Nya tidak pernah rehat sekalipun sekadar kerdipan mata Pengetahuannya pun meliputi seluruh yang wujud mahupun yang tidak wujud Yang dahulu mahupun yang kemudian Yang sudah luput mahupun yang masih wujud Tidak pernah pun tercicir walau sebesar habuk yang halus yang dilupakan-Nya Pendengaran-Nya seluruh yang wujud, kecil dan besar, bersuara atau tidak seluruh yang ada Tidak ada satu benda tidak ada di dalam kekuasaan-Nya sekalipun sebesar debu yang maha halus Qudrah-Nya tidak menggunakan tenaga seperti makhluk Iradah-Nya lulus kerana ia berlaku bukan dari perasaan-Nya Tuhan Berkehendak bukan mengikut perasaan atau nafsu-Nya Kerana Zat-Nya yang Maha Suci sudah sedia mempunyai sifat kehendak Kemampuan sifat Qudrah-Nya luar biasa kerana bukan menggunakan tenaga Sebut sahaja ada, berlaku ada, sebut sahaja tiada, berlakulah tiada Keagungan-Nya, kesempurnaan-Nya, kemuliaan-Nya tidak pernah luak

28

TAUHID

Bahkan tidak pernah bertambah Kalau berlaku pertambahan bererti sebelumnya ada kekurangan atau luak Kerana segala-galanya sudah sedia sempurna Yang tidak perlu disempurnakan lagi Apakah engkau tidak gerun dengan Zat yang Maha Agung, Maha Hebat dan serba Maha ini Apakah engkau boleh melupakan Zat-Nya begitu sahaja Tanpa terasa apa-apa di dalam hati dan jiwa engkau Engkau sebenarnya telah diserang oleh penyakit jiwa yang bukan penyakit jiwa yang biasa

Selepas Zuhur 19 - 12 - 1999 (11 Ramadhan 1420)

29

SAJAK SIRI 1

21

ZAT-NYA ADALAH MAHA HEBAT

PAKAH engkau tidak takut kepada satu Zat yang luar biasa Yang Dia adalah Maha Berkuasa di atas segala-galanya Dialah yang menaikkan orang-orang yang berkuasa Dia jugalah yang menurunkan orang yang pernah berkuasa Dialah yang memuliakan sesiapa yang Dia kehendaki Itulah Dia Tuhan yang patut kita cintai dan takuti Zat-Nya adalah Maha Hebat Dekat-Nya tidak boleh ditunjukkan seperti makhluk Jauh-Nya tidak boleh kita katakan Kerana Dia tidak berjarak Zat-Nya tidak terlibat dengan tempat dan juga tidak dilingkung oleh masa Dia tidak terlibat dengan pihak dan hala Kerana pihak dan hala adalah juga ciptaan-Nya Tuhan tidak berhajat kepada makhluk-Nya Tapi makhluk-Nyalah yang berhajat kepada-Nya Istimewanya Dia kerana tidak dapat digambarkan Bagaimana hendak digambarkan kerana Dia Maha Suci daripada penyerupaan Yang boleh digambarkan itu ialah yang ada penyerupaan dan persamaan Dialah yang mencipta seluruh yang wujud dan mentadbirnya Seluruh yang ada ini, yang kecil dan yang besar Pada Allah satu sahaja pandangan-Nya Tidak ada berperingkat-peringkat penglihatan-Nya Iaitu kecil dan besar sama sahaja, tidak ada perbezaannya Tapi Dia tahu ada yang kecil dan ada yang besar Itulah Dia Tuhan yang patut kita takuti dan cintai

Selepas Zuhur 04 - 11 - 1999

30

TAUHID

22

TAKUTLAH KEPADA ZAT YANG MAHA AGUNG

NGKAU tidak takutkah kepada satu Zat yang Maha Agung Yang pengetahuan-Nya tidak lekang daripada engkau Yang sentiasa melihat, mendengar setiap detik Yang boleh menyuluh lahir dan batin engkau Apa yang engkau lakukan semuanya dirakam dan direkod Bahkan lintasan hati engkau pun dirakam betapalah gerak-geri engkau Apa yang berlaku kepada engkau semuanya dinilai Sama ada nilai Syurga atau nilai Neraka Itulah Dia Allah yang Maha Berkuasa, Tuhan engkau Sifat yang ada padanya sama ada ilmu-Nya, kuasa-Nya, kehendak-Nya semuanya bersifat Maha, Maha, Maha Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Suci, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui dan lain-lain lagi Engkau adalah ciptaan-Nya, hamba-Nya yang hina Kalau engkau miliki dunia sekalipun Engkau di hadapan Tuhan ibarat habuk sahaja Betapalah engkau bukan miliki dunia Engkau hanya memiliki dunia sikit sahaja Ibarat engkau mendapat setitik air lautan Hinanya, lemahnya, dan tidak ada kuasa langsung bila berhadapan dengan Tuhan Kemudian engkau boleh melupakan Tuhan begitu sahaja Engkau hanya melihat dan merasa kebesaran engkau Yang hakikatnya engkau tidak ada kebesaran apa-apa Kalau Tuhan hentikan sahaja nafas engkau Engkau matilah secara tiba-tiba Masya-Allah terlalu lemah dan kerdilnya engkau Kemudian engkau hendak melawan Tuhan?!

Selepas Zuhur 13 - 12 - 1999 (05 Ramadhan 1420)

31

SAJAK SIRI 1

23

KEMAMPUAN MANUSIA TERBATAS

EMAMPUAN manusia serba terbatas Pengetahuan, pendengaran, penglihatannya terbatas sekali Kerana sebahagian jasadnya sahaja yang berfungsi mengambil peranan Pengetahuan hanya akal sahaja yang mengetahui Lain-lain anggota tidak mengetahui Pendengaran hanya telinganya sahaja yang mendengar Lain-lain anggota tidak mendengar Penglihatannya hanya mata sahaja yang berfungsi Lain-lain anggota tidak melihat Begitu juga lain-lain anggota badan, mempunyai satu fungsi sahaja Itu pun berfungsi masih terbatas Berlainan sekali Tuhan, segala sifat-Nya adalah tembus dan telus Kerana Zat-Nya yang Maha Suci daripada bandingan itu yang berfungsi Zat-Nya yang tidak boleh dibelah bahagi itulah yang berkuasa Zat-Nyalah yang mengetahui Zat-Nyalah yang melihat dan Zat-Nya yang mendengar Kerana sifat Tuhan walaupun banyak tapi peranan Zat-Nya tidak dibelah bahagi Dan satu-satu sifat tidak berperingkat-peringkat Ertinya Zat-Nya yang Maha Esa itulah yang berperanan mempunyai berbagai-bagai sifat yang telah disebutkan tadi Kerana itulah Zat Tuhan yang mempunyai sifat segala-galanya taraf Maha Segala sifat-sifat-Nya Maha Sempurna, yang tidak perlu disempurnakan lagi Manusia, setiap anggotanya mempunyai fungsi yang tersendiri atau berbeza-beza

32

TAUHID

Ada yang mendengar sahaja, ada yang mengetahui sahaja, ada yang melihat sahaja Tuhan tidak begitu, Tuhan tidak berperanan seperti makhluk Tuhan kita, Zat-Nya yang berperanan yang mempunyai sifat-sifat yang banyak Walau banyak, ia tetap satu Zat-Nyalah yang mendengar, Zat-Nyalah yang mengetahui Zat-Nyalah yang melihat, Zat-Nyalah yang berkuasa Kerana itulah Tuhan boleh berperanan serentak Masa itulah Dia berkuasa, masa itulah Dia mengetahui Masa itulah Dia mendengar, masa itulah Dia melihat Dia tidak berlaku silih berganti Begitulah Tuhan tidak serupa sama sekali dengan makhluk Kerana itulah Dia dikatakan Maha Suci dan serba Maha

Menjelang Maghrib 28 - 12 - 1999 (20 Ramadhan 1420)

33

SAJAK SIRI 1

24

KEHENDAK TUHAN

ETIAP yang telah terjadi, sedang terjadi bahkan yang akan terjadi adalah dari kehendak Tuhan Yang telah, sedang dan akan berlaku di bumi, di langit, di Syurga, di Neraka, di Arasy, di Kursi Di alam Akhirat, alam dunia, alam insan, alam malaikat, alam jin, alam haiwan, alam jamadat, alam arwah Ia berlaku dan akan berlaku mengikut kehendak Tuhan pada azali lagi Ia berlaku tepat pada masanya, tepat pada tempatnya, tepat pada keperluan makhluk-Nya, tepat berlaku di alam mana mengikut ketentuan-Nya Bersetentangan dengan qudrah-Nya, ilmu-Nya, pendengaran-Nya, penglihatan-Nya Setiap yang telah terjadi, sedang terjadi, akan terjadi, berlaku dengan kehendak Tuhan, bukan pula Tuhan menimbang-nimbang Maha Suci Tuhan daripada menimbang-nimbang, kerana menimbang-nimbang adalah sifat manusia Keperluan itu terjadi adalah dengan kehendak Tuhan, berdasarkan ilmu-Nya, penglihatan-Nya dan pendengaran-Nya pada azali lagi Ia berlaku adalah dengan hikmah-Nya dan kepatutan-Nya yang juga berlaku pada azali Dengan kehendak Tuhan setiap benda yang terjadi bukan dengan pertimbangan semasa, Maha Suci Tuhan Kerana Tuhan sudah sedia tahu setiap masa makhluk-Nya Ia terjadi adalah berdasarkan kehendak Tuhan pada azali lagi sesuai dengan masa, tempat dan keperluan makhluk-Nya Dengan ilmu, pendengaran, penglihatan-Nya pada azali juga Ertinya kehendak-Nya, ilmu-Nya, penglihatan, pendengaran-Nya yang sudah sedia yang tidak bermula Kalau kehendak Tuhan ada bermula,

34

TAUHID

sebelum bermula Dia tentu tidak tahu apa kehendak-Nya Maha Suci Tuhan kehendak-Nya ada bermula Kehendak yang ada mulanya ialah kehendak makhluk-Nya Kehendak Tuhan seperti juga dengan sifat-sifat-Nya yang lain, tidak serupa dengan sifat-sifat makhluk-Nya Sifat-sifat makhluk seperti kehendaknya ada bermula Kalau begitu, satu sifat Tuhan sahaja kita faham, betapa hebatnya Sungguh Maha Besar, Maha Agung, Maha Tinggi, dan Maha Suci Belum kita memperkatakan sifat-sifat-Nya yang lain Satu sahaja sifat-Nya baru kita tahu sudah terasa agung-Nya Tuhan Kalau begitu Tuhan patut dicintai, ditakuti, disembah dan dibesarkan Tidak patutlah selama ini kita tidak mempedulikan Tuhan atau tidak ambil tahu tentang Tuhan

5 Safar 1421

35

SAJAK SIRI 1

25

TUHAN ADALAH SEGALA-GALANYA

LLAH adalah Tuhan Tuhan adalah segala-galanya Segala-galanya tidak akan ada tanpa ciptaan-Nya Allah Taala mencipta bukan dengan tenaga Tapi dengan Zat-Nya yang mempunyai sifat Qudrat yang tidak serupa tenaga Tenaga adalah kepunyaan makhluk-Nya Qudrat-Nya kita tidak tahu, hakikat ia tidak serupa tenaga Tenaga ada batasnya Qudrat Tuhan tiada batasnya Allah Taala mengadakan dan mentiadakan adalah dengan Zat yang mempunyai sifat Qudrat dan Iradah Iradah atau sifat Kehendak-Nya bukan kemahuan nafsu-Nya Iradah atau Kemahuan-Nya suatu yang tidak boleh digambarkan Kemahuan manusia walaupun tidak dapat dilihat oleh mata Tapi kita sendiri secara maknawi dan rohani dapat dirasakan oleh jiwa Iradah Tuhan jangan pula kita gambarkan seperti yang kita rasa Kerana sifat Tuhan seperti juga Zat-Nya tidak ada penyerupaan Lantaran Iradah-Nya bukan tenaga seperti manusia Kerana itulah Dia Tuhan dapat mengadakan dan mentiadakan tanpa batasnya Maha Suci Engkau Tuhan dapat segala yang dapat digambarkan Di sini jugalah agungnya Engkau Agung itu hanya boleh diperkatakan Tapi tidak dapat digambarkan seperti agungnya makhluk Walaupun begitu ia dapat menggeletarkan hati mukmin yang bertaqwa

Selepas Asar 17 - 08 - 1999

36

TAUHID

26

HARI PEMBALASAN

ERSIAPLAH di suatu hari, setiap orang memikirkan diri Tidak ada pembela, masing-masing menjadi peguambela dirinya Setiap saksi-saksi sama ada baik mahupun buruk adalah anggota-anggota dirinya Di waktu itu mulut dikunci Mata, tangan, kaki akan bercerita Tidak ada yang tercicir, tidak ada yang tersorok Semua dibongkar sekalipun sebesar habuk Di waktu di dunia semua perbuatan, percakapan dan gerakan hati dirakamkan Difailkan setiap catatan Di waktu bicara di sana di hadapan Rabbul Jalil didedahkan semua Kerja-kerja kita yang dilupakan teringat semula Ditayang segala-galanya di tv Tuhan di hadapan kita Ke mana hendak lari?! Tidak ada tempat menyorok Setiap orang menghisab amalan baik dan buruknya Selepas itu Allah Taala hakim yang Maha Adil membuat keputusan Ada yang ke Syurga ada yang ke Neraka Setiap orang berpuas hati Sekalipun yang dipenjara di Neraka

Selepas Asar 02 - 11 - 1998

37

SAJAK SIRI 1

27

SETIAP DETIK ALLAH BEKERJA

ETIAP detik Allah bekerja Setiap turun naik nafas Allah Taala mentadbirnya Ia berlaku sepanjang masa Sama ada kita mahu atau tidak Kita berusaha dan bekerja nampaknya dari kita Kita rasa kuasa dan kemampuan kita Sebenarnya tidak, semuanya kuasa dari Allah yang berkuasa Justeru itulah kita perlu memohon petunjuk dari-Nya Kerana kita tidak ada kuasa

Selepas Subuh 29 - 09 - 1998

38

TAUHID

28

KESEMPURNAAN TUHAN

LLAH Taalalah yang menjadikan masa Malam dan siang, Allah Taala yang menjadikan dan mentadbirnya Tapi Allah Taala tidak terlibat dengan masa atau dalam masa Juga Tuhan tidak terlibat dengan malam dan siang Yang memerlunya adalah makhluk-Nya Makhluklah yang terlibat dengan malam dan siang Pada Tuhan, malam dan siang tidak ada bezanya Pandangan Tuhan sama sahaja Gelap dan terang serupa aja Walaupun Tuhan tahu ini gelap dan ini terang Masya-Allah Maha Suci Tuhan! Masya-Allah Maha Agungnya Tuhan Tuhan tidak perlu kepada sebarang keadaan Tuhan tidak berhajat kepada sebarang ciptaan-Nya Kerana Tuhan itu sudah sedia sempurna Kesempurnaan Tuhan tidak ada permulaan Juga kesempurnaan-Nya tidak perlu kepada tambahan Kalau ada tambahannya bererti sebelumnya kurang Maha Sunyi Tuhan daripada kekurangan Kerana kesempurnaan-Nya sudah sedia wujud pada azali Maha Sempurna Tuhan Maha Suci Tuhan Di sinilah cantiknya dan indahnya Tuhan Yang tidak dapat digambarkan

21 - 08 - 1999 Selepas Asar

39

SAJAK SIRI 1

29

CIPTAAN TUHAN TIADA SIA-SIA

ALAH satu sifat Tuhan apa yang dicipta-Nya tidak ada yang sia-sia Sama ada yang kecil mahupun yang besar Yang halus mahupun yang kasar Sama ada mengikut pandangan manusia jijik atau menakutkan Semuanya berlaku dengan hikmah Sama ada mengandungi ilmu, didikan mahupun pengajaran Sekalipun seekor hama yang halus yang berada di tengah belantara ada maksud dari Tuhan Walaupun seekor kuman di atas gunung yang tinggi di dalam batu pejal ada hikmah yang tersembunyi Binatang yang merbahaya seperti harimau dan buaya walaupun menakutkan manusia ada pengajaran Sama ada yang disuka atau yang dibenci oleh manusia ada rahsia dari Tuhan Bahkan tidak ada makhluk yang Tuhan cipta yang sia-sia Semuanya ada maksud dan tujuan Cuma banyak manusia yang tidak tahu hikmah dan rahsianya, didikan dan pengajarannya Maha Suci Tuhan daripada membuat sesuatu yang sia-sia Sekalipun pada pandangan manusia perkara itu remeh sahaja Perlu diingat, pada Tuhan semua perkara sama sahaja Pandangan Tuhan tidak ada bezanya di antara halus dan kasar Di antara kecil dan besar Dan yang jijik dan yang menyenangkan Walaupun Tuhan tahu perbezaan itu Dari segi menciptanya sama saja Dari segi melihat sama juga

40

TAUHID

Kerana Tuhan bukan melihat dengan mata Bukan kemampuan-Nya dengan tenaga Dan Tuhan tidak merasa dengan jiwa dan perasaan Setiap hikmah dan pengajaran itu Allah wujudkan tidaklah menimbang-nimbang Menimbang-nimbang adalah dengan akal dan fikiran Tuhan tidak ada akal dan fikiran Maha Suci Allah Taala berakal dan berfikiran Hikmah dan pengajaran itu terjadi adalah dengan kuasa dan ilmu Tuhan yang sedia sempurna Yang tidak perlu menimbang-nimbang dan memikirkan Maha Agung Engkau Tuhan

Selepas Asar 21 - 08 - 1999

41

SAJAK SIRI 1

30

TUHAN ADALAH SUMBER KEBAIKAN

UHAN adalah sumber segala kebaikan Mintalah apa sahaja kalau Dia menerima Dia boleh bagi apa sahaja Dia adalah cahaya langit dan bumi Petunjuk kepada manusia menuju Tuhannya Dia adalah Maha Agung, Maha Besar, Maha Hebat Maha Cantik mengikut ukuran Tuhan, bukan ukuran makhluk Cantik secara Khaliq bukan secara makhluk Dia adalah Maha Sempurna tidak perlu disempurnakan Dia adalah penentu segala-galanya, Dia tidak ditentukan Kekayaan-Nya tidak berkesudahan Pemberian-Nya tidak akan berkurangan Tuhan adalah pemimpin bagi orang yang bertaqwa Dan menjadi musuh kepada orang yang kafir dan orang yang ingkar Dia adalah Cinta Agung Sepatutnya semua manusia mencintai-Nya Sepertimana Dia juga patut ditakuti Dia adalah pemimpin, Dia adalah idola Dia patut diagungkan, disembah dan dipuja Dia tempat bermesra dan tempat bermanja Tempat mengadu, tempat meminta, tempat menyelesaikan segala masalah Dia adalah penenang jiwa, tempat harapan tiada kecewa

42

TAUHID

31

MASA CIPTAAN TUHAN

UHAN menjadikan masa Tapi Tuhan tidak terlibat dengan masa Kerana itulah Dia tidak didahului oleh masa Wujud-Nya sudah sedia ada Sedangkan masa ada permulaannya Ada-Nya tidak bermula dan tidak ada penghujungnya atau kesudahannya Pada Tuhan masa yang dilalui oleh makhluk-Nya walaupun tahu ada dahulu ada kemudian Tuhan tidak menempuh dahulu dan kemudian Walaupun Tuhan tahu dahulu dan kemudian Kerana wujudnya Tuhan sudah sedia ada Tanpa melibatkan masa Kerana masa adalah ciptaan-Nya Kerana Tuhan tidak terlibat dengan masa Menunggu dan susahnya menunggu adalah sifat makhluk Tuhan Maha Suci dari merasa menunggu Tuhan dahulu dan kemudian sama sahaja Tidak ada bezanya di antara dua masa Walaupun Dia tahu masa dahulu dan masa kemudian Tuhan tidak merasa dahulu dan kemudian walaupun Dia tahu Kerana Dia tidak berada di dalam masa Oleh itu Tuhan tidak terasa akan adanya cepat dan lambat Walaupun Tuhan tahu kedua-duanya Kerana cepat dan lambat ia tertakluk dengan masa Tuhan tidak tertakluk dengan masa Yang tertakluk dengan masa adalah makhluk-Nya Maha suci Tuhan ditelan masa
Selepas Asar dan Isyak 21 - 08 - 1999

43

SAJAK SIRI 1

32

MAHA SUCI TUHAN DARIPADA PENYERUPAAN

LLAH Taala adalah Tuhan yang sungguh berbeza dengan makhluk-Nya Sama ada zat-Nya, sifat-Nya mahupun perbuatan-Nya Tuhan tidak perlu kepada tempat kerana tempat Dia yang mencipta Juga Dia bukan jrim yang memerlukan ruang tempat berada Ruang juga makhluk ciptaan-Nya Tuhan juga tidak berada di dalam masa Kerana Tuhan tidak perlu kepada ciptaan-Nya Lantaran itu Tuhan tidak merasa hidup lama Oleh itu Tuhan tidak merasa cepat dan lambat Yang merasa cepat dan lambat adalah makhluk-Nya Cepat dan lambat diukur dengan masa Tuhan tidak terlibat dengan masa Tapi Tuhan tahu tentang masa cepat dan lambat Pandangan-Nya terhadap yang dekat dan jauh sama sahaja Yang terlindung dengan yang tidak tiada bezanya Yang kecil dengan yang besar serupa aja Pendengaran-Nya sama ada yang bersuara atau tidak semuanya didengar-Nya Yang jauh atau yang dekat tetap didengar-Nya, bahkan tidak ada bezanya Pengetahuan setiap yang wujud mahupun yang tiada semua diketahui-Nya Sama ada yang kecil mahupun yang besar tiada kecuali di dalam pengetahuan-Nya Sekalipun sebesar debu yang paling halus tersembunyi pula namun diketahui-Nya Bahkan gerak hati kita sendiri pun

44

TAUHID

yang kita tidak dapat mengesannya Dia tahu Itulah Dia Tuhan sungguh Agungnya Maha Suci Dia daripada penyerupaan Sama ada zat-Nya, sifat-Nya mahupun perbuatan-Nya

Menjelang tidur 23 - 08 - 1999

45

SAJAK SIRI 1

33

MARI MENGENAL TUHAN

ARI kita mengenal Tuhan Wujud-Nya tiada permulaan dan tiada berkesudahan Ertinya wujud-Nya berkekalan Kerana tiada yang menjadikan Zat-Nya bukan jirim yang memerlukan ruang Kerana ruang Tuhan yang menjadikan Dia tidak terlibat di dalam masa Kerana masa Dia yang menjadikan Kerana itulah Tuhan tidak boleh dikatakan tua atau muda Muda dan tua adalah sifat makhluk-Nya Kerana makhluk ditelan masa Kerana tidak terlibat di dalam masa, kerana itulah Tuhan tidak merasa menunggu Tuhan tidak dapat ditunjuk seperti makhluk, seperti kita kata di sini atau di sana, di atas atau di bawah Kalau masih boleh ditunjuk ertinya Tuhan bertempat Sedangkan tempat, Allah yang menjadikan Ia tidak perlu kepada tempat Memerlukan tempat adalah sistem hidup makhluk Tuhan tidak ada penyerupaan Tuhan mempunyai Qudrat atau Kuasa Kuasa atau Qudrat Tuhan bukannya tenaga Tenaga ada batasannya Qudrat Tuhan tidak ada batasannya Tuhan adalah Berkehendak (Iradat) Kehendak Tuhan bukan melalui rasa dan kemahuan Rasa dan kemahuan dari nafsu dan jiwa Tuhan tidak ada nafsu dan jiwa Kehendak-Nya adalah dari Zat-Nya yang bersifat Kehendak Pengetahuan-Nya meliputi semua Dia tahu apa yang ada dan apa yang tiada Kerana Tuhan bukan tahu dengan akal dan fikiran

46

TAUHID

Pendengaran-Nya dekat dan jauh sama sahaja, ada suara atau tiada semua didengar-Nya Dekat dan jauh, bersuara atau tiada, pada-Nya sama sahaja tiada bezanya Kerana Dia tidak mendengar melalui telinga Penglihatan-Nya tembus, jauh dan dekat sama sahaja Jauh dan dekat, besar dan kecil semua dilihat-Nya Kerana Tuhan melihat bukan dengan mata Di antara sifat Tuhan, Dia berkata-kata dan berbahasa Bahasa Tuhan tidak ada dahulu dan kemudian Dahulu dan kemudian bahasa makhluk-Nya Bahasa Tuhan tidak berlafaz dan bersuara Al Quran itu adalah bahasa malaikat terjemahan bahasa Tuhan Tuhan sentiasa sibuk tidak ada rehat walaupun sedetik Tapi sibuk-Nya tidak seperti makhluk bersibuk-sibuk Walupun Dia sibuk tapi Dia tidak merasa sibuk Tidak merasa penat dan meletihkan Entahkan berapa bilion perkara, macam dan jenis yang dicipta-Nya Namun tidak ada satu pun walaupun sebesar habuk yang dilupakan-Nya Semuanya di dalam pengetahuan-Nya Entah berapa banyak ciptaan-Nya Tuhan mewujudkan itu semua tidak ada yang sia-sia Semuanya itu mengandungi hikmah, sekalipun satu habuk yang paling kecil yang berterbangan ada hikmahnya

Menjelang tidur 05 - 09 - 1999

47

SAJAK SIRI 1

34

MARI KITA MENGENAL TUHAN

ARI kita mengenal Tuhan Tuhan kita ialah Allah, Nama-Nya yang paling agung yang dikatakan Lafzul Jalalah Dia adalah Zat yang Maha Suci lagi Maha Tinggi Suci daripada sebarang penyerupaan dengan makhluk-Nya di dalam semua hal Kerana itulah Dia tidak dapat hendak dibayangkan, Kalau dibayangkan satu pendustaan yang maha besar Wujud-Nya sediakala, tidak ada permulaan, tidak ada kesudahan Kerana Dia bukan jenis ciptaan, bahkan Pencipta seluruh alam Menjadi Pentadbir, Pendidik dan Penyelamat Takkan Pencipta dengan yang dicipta ada persamaannya Zat-Nya Maha Esa, satu atau tunggal Tapi Esa-Nya tidak boleh dibelah bagi Yang boleh dibelah bagi itu adalah benda atau barang ciptaan, atau sesuatu yang kena cipta atau diwujudkan Maha Suci dan Maha Tinggi Tuhan daripada perlu kepada tempat, tidak mengambil ruang Tidak ada di dalam pihak, atau di luar pihak, kerana di luar pihak juga adalah pihak Tidak terlibat dengan masa Tidak terlibat dengan malam dan siang Tidak terlibat dengan musim yang empat Kerana semuanya itu adalah makhluk dan ciptaan-Nya Tuhan tidak berhajat kepada ciptaan-Nya Tapi makhluk-Nya berhajat kepada Tuhan Kudrat-Nya adalah mutlak dan tidak terbatas Kerana kudrat-Nya bukan dari tenaga, Ia dari Zat-Nya yang Maha Kuasa dan Maha Daya dan Upaya Iradah-Nya atau kehendak-Nya bukan daripada dorongan nafsu-Nya Tuhan tidak ada nafsu seperti haiwan dan manusia
48

TAUHID

Setiap yang terjadi dan yang akan terjadi kemudian adalah dengan kehendak-Nya Ciptaannya kecil dan besar sama sahaja, Dia kata Jadi, jadilah benda itu Dia mentadbir, mengawal dan menjaga bukan hasil berfikir-fikir dan meneliti Kerana berfikir dan meneliti adalah dari akal Dia memang sudah sedia tahu dan bijaksana Tuhan tidak ada akal seperti malaikat dan manusia Setiap yang dicipta-Nya tidak ada yang sia-sia Sekalipun debu yang halus ada hikmahnya Sama ada kita dapat fikirkan mahupun yang tersembunyi hikmahnya Ilmu-Nya maha luas tidak terbatas dan tidak berkesudahan Mengetahui yang ada dahulu, yang sedang ada mahupun yang akan ada, Sekalipun yang tiada Tuhan tahu Tidak ada sebesar habuk pun yang dilupakan Hidup-Nya tidak ada berkesudahan, kerana Dia hidup bukan dengan nyawa Dan tidak ada yang menamatkan kerana Dia adalah Tuhan, tiada Tuhan selain-Nya Ertinya tiada siapa yang berkuasa ke atas Zat-Nya yang hendak mematikan Dia mendengar bukan dengan telinga, Tapi daripada Zat-Nya yang bersifat mendengar Dia melihat tapi bukan dengan mata, tapi daripada Zat-Nya yang bersifat melihat Sifat mendengar dan melihat-Nya Esa tidak berperingkat-peringkat Jauh dan dekat sama sahaja Tuhan bercakap atau mempunyai bahasa yang tersendiri Yang tiada siapa yang mengetahui sekalipun para malaikat Bahasa-Nya tiada yang dahulu dan tiada yang kemudian, tiada berlafaz dan tiada berhuruf, tiada perkataan Tiada bunyi dan suara, tiada koma dan full-stop Tiada permulaan dan tiada berkesudahan Tiada tanda tanya dan tiada tanda seruan
49

SAJAK SIRI 1

Al Quran adalah bahasa malaikat dan bahasa rasul maksud dan mafhum daripada bahasa Tuhan Jadi bahasa juga tidak ada penyerupaan Maha Suci Tuhan Dia menghukum dengan keadilan-Nya, memberi nikmat dengan rahmat-Nya Kasih sayang kepada hamba-hamba-Nya mengatasi segala sifat-sifat-Nya yang lain Nikmat dan rahmat-Nya terus mengalir tidak pernah berhenti-henti sekalipun sedetik atau sekelip mata Kerana itulah nikmat-Nya tidak mampu untuk dihitung Nikmat nafas turun naik pun kita tidak dapat mengiranya Betapalah nikmat-nikmat yang lain lagilah terlalu banyaknya Dia adalah Pemberi rezeki, Pentadbir, Penjaga, Penyelamat, Pengawal, Dan menentukan segala nasib makhluk-makhluk-Nya Kalau satu detik pun kita terlepas daripada Tuhan pasti binasa Aduh siapa Tuhan?! Dia adalah Maha Besar, Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Perkasa Maha Gagah, Maha Hebat, Maha Pengasih Kasih-Nya kepada hamba-hamba-Nya lebih kasih daripada seorang ibu kepada anak-anaknya Patut kita jatuh hati kepada-Nya Bahkan cinta kepada-Nya Patut kita membesarkan, memuja, mengagungkan, menyanjung dan menyembah dan menakuti-Nya Dia adalah idola daripada segala idola yang ada di dunia Kita sangat perlu kepada Tuhan Kerana itulah kita mesti memperjuangkan-Nya Hingga seluruh manusia mengenal-Nya dan mencintai-Nya dan menyembah-Nya

Selepas Asar 18 - 07 - 2000

50

TAUHID & TASAWUF

Tauhid & Tasawuf

51

SAJAK SIRI 1

KANDUNGAN

KENALI TUHAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

Beza Alimbillah Dengan Arifbillah Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu Akal Tapi Ilmu Rasa Cerdik Pandai Yang Bodoh Kenalilah Tuhan Engkau Belum Nampak Kekuasaan Tuhan Kenal Diri Maka Kenal Tuhan Kalau Manusia Mengenali Tuhan Engkau Bertuhan Yang Bukan Tuhan Erti mengenal Tuhan Lantaran Tidak Kenal Tuhan Mengenal Tuhan Dengan Hati Kalau Engkau Sedar Kuasa Tuhan Tuhan Maha Kuasa Atas Segala Kuasa Kuasa Manusia Tertakluk Atas Kekuasaan Tuhan Jangan Lupakan Yang Maha Kuasa Hikmah Bismillahirrahmanirrahim Ajarkan Aku Ilmu Yang Seni-Seni Jika Merasa Kebesaran Allah

55 56 58 60 61 62 63 64 66 68 69 70 71 72 73 74 76 77

MILIKI TUHAN

19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32

Milikilah Tuhan Marilah Bersama Mencari Tuhan Pada Allah Ada Segala-galanya Buta Mata, Buta Akal Dan Buta Hati Engkau Melupakan Tuhan Orang Yang Tidak Rasa Bertuhan Setiap Detik Engkau Perlukan Tuhan Kalau Kuasa Tuhan Sentiasa Terasa Di Hati Sepatutnya Segenap Hati Cinta Pada-Mu Engkau Tidak Lihatkah Kasih Sayang Tuhan? Tanda-Tanda Kasih Sayang Tuhan Mengapa Tidak Jatuh Hati Kepada-Nya Mengapa Tidak Kagum Dengan Tuhan Mengapa Tidak Nampak Kuasa Tuhan

78 79 80 81 82 84 86 87 88 90 92 94 96 98

52

TAUHID & TASAWUF

33 34 35 36 37

Aku Hairan Dengan Engkau Sifat Tuhan Yang Boleh Ditiru Setiap Nafas Turun Naik Akan Ditanya Perjuangkan Semula Tuhan Hati Yang Celik

100 101 102 104 106

FAHAMI KERJA TUHAN

38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48

Memahami Tuhan Melalui Reaksi-Nya Fahamilah Perbuatan Tuhan Aneh Kerja Tuhan Manusia Tidak Terasa Peranan Tuhan Tidak Ada Milik Engkau Cari Di Mana Hak Engkau Buatlah Kerja Sesuai Dengan Perintah Tuhan Selarikan Kehendak Kita Dengan Kehendak Tuhan Setiap Kejadian Ada Hikmahnya Engkau Tidak Lihatkah Kuasa Dan Kerja Tuhan? Pilihan-Mu Penuh Hikmah

108 109 110 111 112 114 115 116 118 120 122

RASA BERTUHAN

49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66

Perlunya Rasa Bertuhan Suburkan Rasa Bertuhan Tuhan Adalah Pelindung Tanda-tanda Kasih Sayang Tuhan Allah Sumber Bahagia Tanda kebesaran Tuhan Pada Diri Engkau Tuhan Itu Rafiqul Ala Berkawan Dengan Tuhan Tidaklah Susah Ingatlah Tuhan Walau Di Mana Aku Sebut Nama-Mu Tuhan Jadikan Tuhan Sebagai Kawan Aku Bahagia Engkau Tuhanku Indahnya Bertuhan Rijalullah Kalau Engkau Sedar Allah Melihatmu Kalau Terasa Kebesaran Tuhan Jangan Tinggalkan Aku Tuhan Apa yang Tuhan Jadikan Adalah Untuk Merasai Kebesaran-Nya 67 Kebesaran Dan Kekuasaan Engkau Dapat Dirasa Dalam Diri 68 Bagaimanalah Aku Tidak Menyembah-Mu 69 Keikhlasanku Tercacat

123 124 125 126 128 129 130 132 134 136 138 139 140 142 143 144 145 146 148 149 150

53

SAJAK SIRI 1

70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90

Beribadah Bukan Dari Pengenalan Kusembahkan Pada-Mu Tuhan Takutilah Allah Aku Hairan Engkau Tidak Takut Takutilah Tuhan Robeklah Hatiku Dengan Takutkan-Mu Sunnatullah Yang Berlaku Takutilah Allah Yang Maha Kuasa Di Waktu Berkuasa Tiada Makhluk Abadi Dalam Memburu, Kita Diburu Kawan Ketika Sakaratul Maut Apa Kita Hendak Jawab Kepada Tuhan? Mengapa Terkejut Dengan Kematian? Engkau Abaikan Harta Yang Bersifat Maknawi Setiap Hari Umur Kita Berkurang Balik Ke Negara Asal Patuhi Undang-Undang Sewaktu Berdagang Aku Selalu Merenung Negara Yang Jauh Iman Adalah Terpenting Bala Yang Dahsyat Bila Ditarik Iman Jagalah Hidayah Dan Petunjuk Dari Tuhan

151 152 153 154 156 157 158 159 160 162 164 166 168 170 172 173 174 176 177 178 180

54

TAUHID & TASAWUF

BEZA ALIMBILLAH DENGAN ARIFBILLAH

L ALIMBILLAH, orang yang mengetahui Allah dengan rambang Ia mempercayai Allah berdasarkan hujah ilmu dan akal Atas dasar ilmu dia tidak boleh menolak adanya Tuhan Tapi percaya secara ilmu itu, tidak ada rasa bertuhan Takut dan cintanya dengan Allah tidak dapat dirasakan Berlainan sekali Al Arifbillah Orang yang mengenal Allah dengan makrifat yang mendalam Ilmunya memberitahu Dikuatkan oleh perasaan hati yang sentiasa sedar rasa bertuhan Al Alimbillah suka berbahas, suka berforum, suka bermujadalah Tapi apa yang dibincangkan tidak pun dihayati Dan tidak diperbincangkan dengan amalan Al Arifbillah, cinta dan takutnya dengan Tuhan amat mendalam Perasaan itu payah hendak diungkaikan Rasa kehambaan dapat dilihat di dalam kehidupan Al Arifbillah bercakap berdasarkan pengalaman Al Alimbillah bercakap atas dasar ilmu pengetahuan Al Arifbillah kerana rasa kehambaan mendalam Sifat-sifat mahmudahnya nampak terserlah di dalam kehidupan Al Alimbillah sifat-sifat yang mazmumahnya yang terserlah Terutama sifat-sifat ego, riyak dan megah Gila nama dan glamour Ingin dipuji dan dikenang jasanya Al Arifbillah, sanjungan dan pujian itulah yang menyeksa hatinya Itulah yang dibenci dan sangat tidak disukainya Al Alimbillah belum menyelamatkan seseorang Al Arifbillah baru ada jaminan dari Tuhan

Selepas Zuhur 08 - 11 - 1999 55

SAJAK SIRI 1

ILMU KETUHANAN BUKAN ILMU AKAL TAPI ILMU RASA

ELAJAR ilmu hisab atau ilmu kedoktoran tidak terasa bertuhan, tidaklah hairan Belajar ilmu yang tersebut dan lain-lain ilmu tidak terasa bertuhan Perkara biasa di setiap zaman Bahkan adakalanya belajar ilmu sekular Langsung tidak percaya adanya Tuhan yang Maha Esa Tapi yang lebih aneh Orang yang belajar ilmu ketuhanan hingga jadi ulama, tidak rasa bertuhan Bahkan pakar ilmu tauhid atau ilmu ketuhanan pun tidak bertuhan Kerana mereka belajar ilmu aqidah dengan akal semata-mata Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu Akalnya percaya adanya Tuhan Jiwanya tidak terasa bertuhan Di segi ilmu, pakar dengan Tuhan Di segi jiwa, kosong dari Tuhan Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan tidak berlaku atau tidak ada Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian Apabila mendapat ujian Dia tidak dapat kembalikan kepada Tuhan atau tidak merujuk kepada Tuhan Akibatnya jiwanya menderita Menerima ujian itu dia tidak tahan Akhlaknya kasar, tidak melambangkan orang bertuhan Kehidupannya tidak mempedulikan syariat Sekalipun boleh memperkatakan Al Quran Atas alasan ilmu semata-mata Padahal ilmu ketuhanan hendaklah dirasa oleh jiwa Ilmu ketuhanan bukan ilmu akal tapi ilmu rasa

56

TAUHID & TASAWUF

Orang yang percaya Tuhan, hidup macam tidak bertuhan Orang terasa bertuhan, orang yang takut dengan Tuhan sekalipun ilmunya kurang Mereka yang rasa bertuhan yang menghormati syariat Tuhan Kerana rasa bertuhan itu adalah fitrah semulajadi bagi setiap insan Lantaran itulah rasa bertuhan itu kenalah suburkan di dalam setiap jiwa manusia Tidak cukup setakat akalnya percaya adanya Tuhan

23 - 10 - 1999

57

SAJAK SIRI 1

CERDIK PANDAI YANG BODOH

I DALAM kecerdikan dan kepandaian ada kebodohan Yang tidak sepatut ada dan sangat ketara pula Di masa ilmu banyak, ada ilmu yang lebih banyak tidak ada pada manusia Ertinya manusia ini telah menjadi bodoh di dalam kepandaian Maksudnya, ciptaan Tuhan boleh diketahui oleh manusia Pencipta ciptaan itu tidak diketahui Iaitu Tuhan yang Maha Esa Ini adalah aneh sekali Bahan-bahan yang ada di dunia Sama ada yang lahir mahupun yang tersembunyi dapat diketahui Malang sekali pencipta bahan tidak ada yang ingin mengetahui Manusia kagum dengan ciptaan Tuhan, tapi tidak kagum dengan Tuhan Seperti kagum dengan sebuah kereta, tapi tidak kagum dengan perekanya Manusia terpesona dan mabuk dengan ciptaan Tuhan Tapi tidak terpesona dan mabuk dengan Tuhan Pakar-pakar ciptaan Tuhan inilah yang dianggap ilmuannya Di bagi ijazah dan degri serta berbagai-bagai gelaran Dikagumi dan dihormati Padahal mereka ini jahil terhadap Tuhan dan ilmu ketuhanan Pada kita orang ini adalah cerdik pandai yang bodoh Ciptaan Tuhan diketahui, Tuhan Pencipta tidak diketahui Pandai pada perkara yang tidak utama, bodoh terhadap yang utama Cerdik tidak memberi erti apa-apa mengikut Islam

58

TAUHID & TASAWUF

Kerana cerdiknya pada perkara yang tidak utama Tapi yang dia bodoh pada perkara yang utama Apalah yang hendak dikagumkan Pakar perkara yang dapat disentuh dan dapat dirasa Tapi jahil perkara yang tidak dapat disentuh dan dirasa Iaitu Tuhan yang Maha Esa Itu bukanlah pandai yang luar biasa Itu manusia biasa, yang tidak ada apa-apa istimewanya

Menjelang tidur 25 - 09 - 1999 59

SAJAK SIRI 1

KENALILAH TUHAN

RANG yang kenal Tuhan atas dasar ilmu dinamakan Al Alimbillah Mereka percaya bahawa Tuhan itu wujud tidak boleh ditolak Ilmu tidak membenarkannya menolak dan menidakkannya Atas dasar ilmu, akal tidak boleh menerima bahawa Tuhan tidak ada Mengenal Tuhan begini, rasa bertuhan tidak ada Takut dengan Tuhan tidak terasa Cinta dengan Tuhan lebih-lebih lagilah tidak akan wujud padanya Rasa bertuhan hendaklah jiwa atau hati merasanya Dengan itu barulah datang rasa takut, cinta, hebat, malu, dan lain-lainnya Orang yang rasa bertuhan sahaja yang boleh menjaga dirinya Yang boleh taat dan patuh suruhan-Nya dan larangan-Nya Yang merasa kebesaran-Nya Yang menyanjung, memuja, dan menjadikan idolanya Mengenal Tuhan dengan hati inilah yang dikatakan Al Arifbillah Mengetahui dengan akal, mengenal dengan hati Jangan tahu sahaja adanya Tuhan, tapi tidak mengenal Tahu sahaja tidak akan dapat cinta Cinta datang setelah mengenal Tahu sahaja tidak akan timbul takut Takut datang setelah mengenal Kenalilah Tuhan agar engkau cinta dan takut kepada-Nya

Selepas Zuhur 03 - 10 - 1999 60

TAUHID & TASAWUF

ENGKAU BELUM NAMPAK KEKUASAAN TUHAN

ETIAP hari engkau pijak bumi Tuhan Engkau bernaung di bawah bumbung langit-Nya Kemudian engkau boleh lupakan begitu sahaja Tuhan?! Bahkan engkau sombong dan membuat onar di bumi?! Setiap detik engkau hirup udara Tuhan Hingga engkau boleh hidup di bumi Belum lagi apa yang engkau makan dan yang engkau minum dan lain-lain lagi Tidak rasakah engkau malu kepada-Nya?! Hingga mendorong engkau bersyukur kepada-Nya Berapa banyak yang engkau tidak hendak berlaku pada diri engkau Dan berapa banyak pula yang engkau hendak tidak berlaku Bahkan banyak perkara yang engkau tidak fikirkan terjadi pada diri engkau Sama ada yang positif mahupun yang negatif Mengapa engkau tidak nampak lagi kuasa-Nya?! Setakat ini pun sudah cukup berapa banyak sifat-sifat Tuhan yang berlaku kepada diri engkau Di situ kan ada rahmat dan nikmat-Nya?! Ada kasih sayang-Nya, ada Qahhar dan Jabbar-Nya Di sini juga ada sifat Ilmu-Nya dan Bijaksana-Nya?! Ada didikan dan pengajaran Kalau engkau sedarlah semuanya ini Pasti engkau jatuh hati dengan Tuhan Engkau takut dan gerun dengan-Nya Engkau akan puja dan puji Tuhan Tapi malangnya yang engkau nampak diri engkau Segala-galanya diri engkau Seolah-olahnya hati engkau berkata Aku, aku, adalah aku semuanya aku Engkau menuhankan diri engkau sendiri Selepas Zuhur Sekalipun engkau tidak mengaku Tuhan
28 - 11 - 2001 61

SAJAK SIRI 1

KENAL DIRI MAKA KENAL TUHAN

ELALULAH periksa hati atau jiwa Gerakannya halus, perjalanannya seni, kesannya besar Sungguh susah dan sulit sekali mengesan perjalanannya Kerana gerakannya tidak dapat dilihat oleh mata Bahkan akal fikiran pun tidak mampu mengesannya Hanya dapat dikesan dengan mata hati itu juga Serta disuluh oleh ilmu mengenai hati atau jiwa Siapa mengenal dan dapat mengesan perjalanan hati atau jiwanya Dia telah mengenal dirinya sendiri Orang yang mengenal diri, dia akan mengenal Tuhannya Barangsiapa tidak mengenal diri sendiri Sudah pasti dia tidak kenal Tuhan yang menjadikannya Orang yang tidak kenal Tuhan adalah menjadi bencana kepada dunia Makin pandai, jika tidak kenal Tuhan, makin menjadi perosak kepada dunia dan manusia Semakin kaya, kalau tidak kenal Tuhan, semakin merbahaya kepada manusia dan kehidupan Lebih-lebih lagi orang yang berkuasa tidak kenal Tuhan Berlakulah penzaliman, penganiayaan dan penindasan Aduh! Awasilah manusia yang derita dan terseksa Malang kepada manusia Berbagai-bagai perkara yang besar dan sulit manusia telah mengesan dan mengenalnya Bermacam-macam ilmu yang telah dapat diteroka Tapi malang sekali, sedikit sekali manusia yang mengenal diri

Selepas Asar 10 - 09 - 1999 62

TAUHID & TASAWUF

KALAU MANUSIA MENGENALI TUHAN

ALAU manusia mengenali Tuhan Hancur luluhlah hati manusia, tidak sempat mengingati yang lain Hati dan jiwanya semata-mata terpaku dengan Tuhannya Jika manusia mengenali kehebatan dan keagungan Tuhan Kuasanya mutlak, kecut perut manusia Kalau manusia sentiasa sedar, pendengaran, penglihatan dan pengetahuan Tuhan Tidak pernah lekang dari manusia Nescaya manusia ini tawadhuk dan rendah diri di bumi Tuhan Jika manusia itu rasa bertuhan sentiasa hidup di dalam hati Matilah angan-angan, dan takut pun datang menerpa hati Manusia akan sibuk dengan diri dan tidak sempat memikir diri orang Masing-masing takut dan bimbang, tidak akan sempat mengumpat orang Aduh, kalau Tuhan sentiasa di hati Perasaan bertuhan sentiasa mencengkam jiwa Mengenang pula nikmat-nikmat Tuhan terlalu banyaknya Bertambah lagilah perasaan cinta dan takut bercampur-baur Cinta kerana nikmat-Nya dan kasih sayang-Nya Takut kalau nikmat-Nya ditarik semula Kalau terbuat dosa atau tersalah, diazab-Nya Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya Hatinya sibuk dengan Tuhannya Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya Sekalipun dunia di tangannya

Menjelang tidur 18 - 11 - 1999 63

SAJAK SIRI 1

ENGKAU BERTUHAN YANG BUKAN TUHAN

UHAN adalah tempat manusia mengagung dan memuja Jadi apa sahaja yang menjadi pujaan manusia, itulah tuhannya Sekalipun dia tidak menyebut tuhannya Sebenarnya apa sahaja yang engkau agungkan dan puja itulah tuhan engkau Kalau negaralah yang menjadi sanjungan dan pujaan engkau Itulah tuhan engkau Jika bangsalah yang menjadi pujaan dan kebesaran engkau, itulah tuhan engkau Kalau engkau membuat apa sahaja demi negara, itulah tuhan engkau Jika engkau memperjuangkan demi kebesaran bangsa, itulah tuhan engkau Begitulah juga jika engkau memperjuangkan keagungan ideologi, itulah tuhan engkau Seterusnya kalau wang ringgit atau betina yang menjadi pujaan engkau, itulah tuhan engkau Sungguh bodoh engkau bertuhankan yang tidak berkuasa di atas engkau Di mana kecerdikan engkau menuhankan benda yang kaku beku, ciptaan Tuhan? Segala yang kita sebutkan tadi bukankah akan binasa? Mengapa engkau bertuhankan sesuatu yang binasa? Mengapa engkau jadikan tuhan yang engkau akan tinggalkan? Kenapa dan mengapa engkau jadikan tuhan yang tidak memberi apa-apa kepada engkau Itulah tandanya akal sahaja tidak cukup memandu engkau!

64

TAUHID & TASAWUF

Itulah buktinya mata dan akal tidak mampu memimpin engkau! Kalau mata hati dan jiwa engkau buta Hati dan jiwa yang buta itulah yang menjadikan engkau tidak kenal Tuhan Hati engkau yang buta itulah yang engkau salah mengambil Tuhan Rupanya engkau telah syirik, tapi engkau tidak sedar Engkau anggap sembah berhala sahaja menjadi syirik? Engkau puja negara, engkau puja bangsa, engkau puja ideologi, engkau telah syirik Memuja negara atau bangsa sama seperti memuja berhala Kembalilah kepada Tuhan yang sebenar! Engkau telah tersesat jalan! Kerana engkau jadikan tuhan yang bukan Tuhan

Menjelang tidur 21 - 11 - 1999 65

SAJAK SIRI 1

ERTI MENGENAL TUHAN

ENGENAL Tuhan ertinya mengenal tujuan mati dan hidup Kerana Tuhanlah kita hidup dan mati Mengenal Tuhan ertinya mengenal tempat rujuk, mengenal tempat berlindung, mengenal tempat menyerah diri, mengenal tempat mengadu, mengenal tempat bermanja. Mengenal Tuhan ertinya mengenal perbuatan Tuhan ke atas diri kita Semuanya yang berlaku pada diri kita adalah mengandungi hikmah dan pengajaran yang berguna Apabila mengenal Tuhan barulah kita rasa seronok melaksanakan syariat-Nya Dengan syariat-Nya kita akan selamat dan menyelamatkan Kerana syariat itu adalah disiplin kehidupan Disiplin adalah sangat diperlukan oleh setiap insan Dengan disiplin manusia hidup teratur Setiap masa ada program yang tertentu untuk faedah manusia Masa tidak terbuang, setiap ruang masa ada jadual hidup yang berguna Dengan syariat manusia hormat-menghormati satu sama lain Dapat bekerjasama sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung Kemajuan pun terbangun, hidup berkasih sayang dan harmoni juga wujud Berlakulah maaf-bermaafan, bertolak ansur, berlapang dada sesama manusia Syariat mendisiplinkan manusia hidup secara bersih, rajin dan cergas Bersih daripada pengkhianatan, penzaliman, daripada jatuh-menjatuhkan, daripada rasuah Setiap orang ingin hidup bersih, maka terjauhlah segala maksiat dan jenayah

66

TAUHID & TASAWUF

Apabila bersyariat bertunjangkan iman kerana Tuhan telah dikenal Dari syariat lahirlah akhlak yang mulia dan peribadi yang tinggi moralnya Akhlak yang mulia itulah pendorong perpaduan, kedamaian, kasih sayang dan keharmonian Maka berlakulah manusia di dunia seolah-olah satu keluarga Ini telah pernah berlaku di dalam sejarah Terutama di zaman Rasulullah SAW yang begitu indah.

Menjelang tidur 02 - 07 - 2000 67

SAJAK SIRI 1

10

LANTARAN TIDAK KENAL TUHAN

ERANA umat Islam sudah lama tidak begitu kenal Tuhan Sekalipun mereka yang masih beribadah kepada-Nya Kesan dari itu ramai umat Islam yang prejudis dengan Tuhan Teringat sahaja Tuhan seolah-olah Tuhan itu hanya menghukum Mereka percaya adanya Tuhan tapi dirasakan Tuhan itu menyusahkan dan mengancam Teringat Tuhan hanya menakutkan tidak lebih dari itu Percaya dengan Tuhan tapi benci dengan-Nya Teringat sahaja Tuhan tidak terasa lazat dan indahnya Teringat sahaja Tuhan tidak terasa terhibur Padahal Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya Tapi manusia tidak terasa lagi kasih sayang-Nya Manusia tidak terasa lagi Allah itu pentadbir, penjaga, penyelamat dan pelindung Seolah-olah Tuhan itu hubungannya dengan manusia hanya menghukum Padahal Tuhan itu adalah segala-galanya Yang paling menonjol adalah kasih sayang-Nya Yang banyak adalah rahmat dan nikmat-Nya kepada manusia bahkan kepada alam seluruhnya Tapi kerana Tuhan sudah tidak dikenali lagi hanya sekadar percaya kewujudan-Nya Maka manusia prejudis dengan Tuhan Sepatutnya Tuhan itu dikasihi dan dicintai bukan sekadar ditakuti Tuhan itu sepatutnya kita merasa Dia melindungi dan penyelamat Setiap manusia sepatutnya sangat perlu kepada Tuhan

Menjelang tidur 18 Muharram 1421 H 68

TAUHID & TASAWUF

11

MENGENAL TUHAN DENGAN HATI

ENGAN akal sahaja seseorang itu tidak akan kenal Tuhannya Kekuatan akal hanya sekadar tahu Yang mengenal itu adalah hati Lantaran itulah ramai ahli fikir tidak mengenal Tuhan, hanya sekadar tahu Bahkan ada di kalangan mereka yang tidak percaya wujudnya Tuhan Hati atau jiwa itulah hakikat diri Kalau hati atau jiwa tidak mati atau buta Ia mampu mengenal Tuhan secara hakiki Bahkan rasa bertuhan sentiasa hidup di dalam jiwa Rasa itu akan dibawa ke mana-mana Kerana itulah hati dikatakan raja di dalam diri Akal hanya sekadar penasihat sahaja Raja sudah tentulah orang yang paling cerdik Kerana itulah ia mampu mengenal Tuhannya Kecuali hati atau jiwa telah mati atau buta Dibutakan atau dimatikan oleh akalnya sendiri Makin cerdik akal, makin cepat buta atau mati jiwanya Jika mengabaikan hati atau jiwa Akal hanya menyuluh tapi hati atau jiwa menentukan Akal hanya memberi panduan tapi hati meyakinkan Kerana itulah semua anggota badan biar berfungsi Dia akan menguatkan satu sama lain Jangan hanya akal sahaja berfungsi, hati atau jiwa diabaikan

Menjelang tidur 25 - 11 - 1999 69

SAJAK SIRI 1

12

KALAU ENGKAU SEDAR KUASA TUHAN

ALAU engkau sedarlah kuasa Tuhan itu menguasai sepenuhnya ke atas diri engkau Nescaya hati engkau menggelupur ketakutan terhadap Tuhan Hati engkau sentiasa bergelombang kerana bimbang Jika engkau sedarlah penglihatan, pendengaran dan pengetahuan tembus-Nya terhadap diri engkau Nescaya rasa bertuhan tidak akan lekang dari hati engkau Dan tentu susah sekali engkau hendak melupakan Tuhan Juga jika engkau sedarlah rahmat dan nikmat Tuhan itu kepada diri engkau tidak pernah rehat walaupun sedetik Nescaya sungguh malu engkau kepada Tuhan Syukur engkau terhadap-Nya tidak akan terputus-putus kepada-Nya Engkau akan besarkan, agungkan, puja dan cinta terhadap-Nya Engkau akan melutut dan sujud menyembah Tuhan sepanjang hayat Tapi hati engkau telah buta, jiwa engkau telah mati Engkau tidak terasa apa-apa lagi terhadap Tuhan Kepekaan engkau terhadap Tuhan sudah tidak ada lagi Yang engkau besar dan agungkan yang dapat engkau lihat dengan mata Yang engkau sensitif ialah sesuatu yang engkau dapat fikirkan Mata dan fikiran engkau yang menguasai diri engkau Hati dan jiwa engkau sudah tidak berfungsi Di waktu tirai dunia ini akan dilabuhkan Engkau akan terkejut dan terbeliak mata engkau Rupanya ada lagi satu kehidupan yang lebih luas dan dahsyat Yang kekal abadi buat selama-lamanya Yang selama ini engkau tidak dapat fikirkan Di sanalah nanti engkau akan menyesal tidak berkesudahan
Menjelang Tidur 23 - 11 - 1999 70

TAUHID & TASAWUF

13

TUHAN MAHA KUASA ATAS SEGALA KUASA

I WAKTU kita berkuasa, kita lupa Allah Maha Kuasa Tidak terfikir kita akan mendapat kesusahan Kerana yakin kuasa yang ada pada kita boleh melindungi kita Boleh menyelamatkan diri daripada segala malapetaka Boleh menyorokkan kejahatan kita Atau siapa hendak menggugat kedudukan kita Kita orang ada kuasa Kita lupa Di atas kuasa kita ada kuasa Tuhan, yang memberi kuasa Allah boleh bila-bila masa mencabut kuasa kita Di waktu itu segala-galanya akan terdedah Segala rahsia akan terbuka Tiada kuasa yang boleh melindungi kita Allah akan biarkan kita mendapat malu Dibiar kita jatuh sejatuh-jatuhnya Kita akan jatuh terhina Rakyat akan berkata padan muka Di waktu engkau berkuasa, lupa daratan Sekarang baru engkau tahu, mana kuasamu? Ingatlah Tuhan Maha Kuasa di atas segala kuasa

Selepas Subuh 26 - 02 - 1999 71

SAJAK SIRI 1

14

KUASA MANUSIA TERTAKLUK ATAS KEKUASAAN TUHAN

EKUASAAN manusia tertakluk di atas kekuasaan Khaliqnya Hakikatnya makhluk tiada kuasa apa-apa Janganlah kita sombong dengan kekuasaan kita Lebih-lebih lagi jangan kita menzalim dengan kuasa itu Kekuasaan kita bila-bila sahaja Allah boleh tarik Apabila Allah menarik kuasa seseorang Hilanglah kuasanya Nampaklah lemahnya dan hinanya Bukan sekadar itu Allah boleh menjatuh dan menghinanya Bahkan boleh memalukannya Seterusnya boleh menyusahkannya Oleh itu apabila kita berkuasa Ingatlah di atas kuasa kita ada kuasa Tuhan Gunakanlah kuasa untuk keredhaan-Nya Gunakanlah kuasa untuk kebaikan Agar kita bersyukur dengan kuasa itu

26 - 02 - 1999 (9 Zulkaedah 1420) 72

TAUHID & TASAWUF

15

JANGAN LUPAKAN YANG MAHA KUASA

I WAKTU engkau menyalahgunakan kuasa Tidak teringatkah engkau, kuasa itu akan ditarik Tuhan Ketika engkau menzalim dengan kuasamu Tidakkah kamu ingat engkau juga akan dihukum dengan kuasa-Nya Mengapa engkau tidak terfikir masa depanmu Bukan sahaja di Akhirat bahkan di dunia lagi Apakah kamu boleh menentukan nasibmu Kamu tidak akan mendapat kesusahan? Nasib malang tidak akan menimpamu? Tidak terfikirkah kezaliman akan dibalas dengan kezaliman di dunia lagi Di Akhirat apatah lagi Pasti engkau akan terhukum Jika taubat tidak engkau lakukan Dan kalau Allah tidak mengampunkan Ingatlah kuasa yang ada padamu Bukan boleh menyelamatkan kamu Kerana di atas kuasamu ada kuasa Tuhan yang Maha Kuasa Kuasa yang menentukan segala yang berkuasa

26 - 02 - 1999 (9 Zulkaedah 1420) 73

SAJAK SIRI 1

16

HIKMAH BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

AMA-NAMA Tuhan yang utama ada 99 banyaknya Tapi Allah memerintahkan setiap perbuatan yang baik atau mulia yang hendak dibuat, hendaklah menyebut namanya Iaitu dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ini memberi erti, Tuhan hendak memberi tahu hamba-hamba-Nya bahawa pengasih dan penyayang Tuhan mengatasi Jabbar, Qahhar, Ghodob dan lain-lain Ia memberitahu bahawa kalau kita meneliti kehidupan kita banyak berhubungkait dengan kasih sayang-Nya Ia Tuhan mengajar kita agar kita cinta kepada-Nya Supaya kita bermesra dengan-Nya Kita senang dengan-Nya, bahagia bersama-Nya Kita jadikan dia kawan yang Maha Tinggi lagi simpati Kawan yang setia, Pengasih, menjaga dan mengawal keselamatan kita Kita bawa Dia ke mana-mana di dalam kehidupan kita Apabila perasaan itu sebati di dalam jiwa kita Maka terhubung pula kasih sayang kita sesama makhluk-Nya Kalau Tuhan mencintai kita, kita kenalah mencintai hamba-hamba-Nya pula Jika kita dicintai kenalah kita mencintai Cinta kita kepada Tuhan itu boleh mendorong kita mencintai makhluk-Nya Itulah rahsianya mengapa Tuhan menyuruh kita menyebut nama-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Tapi kita menyebutnya tidak dari perasaan Hanya kita menyebut dengan lidah sahaja Kita menyebut tidak dari hati dan jiwa

74

TAUHID & TASAWUF

Kerana itulah kita dengan Tuhan tidak cinta sesama makhluk pun kita tidak cinta Kalau dengan Tuhan tidak cinta dengan makhluk Tuhan tidak cinta Mana hendak terjalin perpaduan Kerana perpaduan itu adalah ikatan jiwa berpunca dari kasih sayang Ia bukan ikatan fizikal atau jasad lahir Di sinilah salahnya pemimpin-pemimpin kita Mengajak orang bersatu tapi tidak mengikat jiwanya Ajak orang bersatu, dengan Tuhan tidak cinta dengan makhluk Tuhan pun tidak cinta Saranan itu hanya sia-sia sahaja

Menjelang tidur 04 - 02 - 2000 (29 Syawal 1420) 75

SAJAK SIRI 1

17

AJARKAN AKU ILMU YANG SENI-SENI

UHAN! Ajarkan aku lagi ilmu yang seni-seni Iaitu beri aku faham tentang pengertian sifat-sifat-Mu yang mendalam Agar aku bertambah mengenal-Mu Supaya dengan itu aku bertambah cinta dengan-Mu Dan bertambah lagi aku takut terhadap-Mu Aku faham, makin banyak aku mengenal-Mu Semakin luas ilmuku terhadap-Mu Bagiku, rasa gerun dan hebat dengan Zat-Mu yang Maha Kuasa Bertambah aku malu dengan-Mu Tuhan! Tanamkanlah di dalam hatiku ilmu rasa Bukan ilmu di dalam fikiran Pandangan hati menebalkan keyakinan Pandangan akal adakalanya membawa keraguan Kalaupun tidak ragu rasa bertuhan tiada Rasa bertuhan menjadikan seseorang itu dapat menebalkan rasa kehambaan Rasa kehambaan pada seseorang itulah membawa seseorang tawadhuk Tiada rasa kehambaan membawa seseorang itu sombong dan ego

Menjelang Tidur 31 - 08 - 1999 76

TAUHID & TASAWUF

18

JIKA MERASA KEBESARAN ALLAH

IKA setiap hamba merasa kebesaran Allah, hebat dan Qahharnya Dia akan terasa hinanya diri Membesar diri jauh sekali Kalau dia merasakan dirinya di dalam kekuasaan-Nya Kecut dan takut menyelubungi hatinya setiap detik Bimbang dan gerun setiap waktu Hilang angan-angan Betapa pula merasakan umur panjang Bila merasakan mati itu bila-bila masa boleh berlaku Dia akan merasakan kematian di antara nafas turun naik Urusannya dengan Tuhannya tiada penangguhannya Kalau begitulah setiap hamba merasa Menekan hatinya setiap ketika Apakah dia akan membuat dosa? Apakah dia sanggup berfoya-foya? Apakah dia sanggup membuang-buang masa? Apakah dia sanggup menderhaka? Tentu sekali tidak Kecuali yang tidak sengaja Atau dia tidak tahu Atau kelemahan yang payah dielak

Selepas Isyak 01 - 12 - 1997 77

SAJAK SIRI 1

19

MILIKILAH TUHAN

ARILAH kawan-kawan mengagungkan Tuhan Melalui sembahyang, zikir, puasa dan membaca Al Quran Tuhan adalah segala-galanya, segala-galanya adalah ciptaan Tuhan Kehilangan Tuhan, kehilangan segala-galanya Mendapat Tuhan, mendapat segala-galanya Marilah kita miliki Tuhan agar segala-galanya kita miliki Memiliki Tuhan, memiliki segala-galanya Kehilangan Tuhan, segala-galanya tiada ertinya Kerana segala-galanya bila-bila masa diambil Tuhan Kehilangan segala-galanya tidak mengapa Kerana segala-galanya akan musnah dan binasa Jangan sampai kehilangan Tuhan Segala yang kita miliki tiada gunanya Milikilah Tuhan, Dia kekal abadi Penyelamat kita dunia Akhirat Segala-galanya selain Tuhan akan binasa Dia tidak akan dapat menyelamatkan kita Cintailah Allah, dan agungkanlah Syukurilah Dia kerana nikmat dan rahmat-Nya Sabar atau redhalah di atas ujian-Nya Kerana ada didikan dan hikmah kepada kita

Selepas Asar 28 - 08 - 1999 78

TAUHID & TASAWUF

20

MARILAH BERSAMA MENCARI TUHAN

ARILAH bersama mencari Tuhan Bersama-sama mencari Tuhan tidak ada saingan Lebih-lebih lagi tidak ada pertarungan dan peperangan Marilah bersama-sama mencari keredhaan-Nya Ia akan berlaku tenang menenangkan, bahagia membahagiakan Rebutlah Tuhan! Tidak ada yang kecewa dan kecundang Tapi rebut harta, pangkat, betina dan kekayaan ada saingan Bahkan akan ada perlawanan dan akhirnya ada permusuhan Dan akan berlaku ada yang kecundang dan kekecewaan Merebut keredhaan Tuhan membawa ketenangan Jiwa lapang Merebut dunia membawa keresahan dan jiwa tidak tenang Sama-sama mencari Tuhan membawa orang berukhwah dan berkawan Sama-sama mencari dunia membawa pecah-belah dan permusuhan Mengejar dunia, fikiran berserabut dan kusut Mengejar Tuhan, fikiran lapang, tenang menenangkan Carilah keredhaan Tuhan, tidak ada yang kecewa Mazmumah hilang, orang senang Mencari keredhaan orang, kita akan kecewa bahkan terhina Mazmumah makin menebal, orang pun benci pula Kejarlah Tuhan, jalan luas dan lapang, selamat dan menyelamatkan Kejar dunia jalan sempit, himpit-menghimpit dan memudharatkan

September 1999

79

SAJAK SIRI 1

21

PADA ALLAH ADA SEGALA-GALANYA

ADA Allah ada segala-galanya, rebutlah, rebutlah Pada-Nya ada keindahan, padanya ada kebahagiaan, padanya ada ketenangan Pada-Nya ada keselamatan, pada-Nya ada jaminan Carilah, carilah, tiada lain selain Allah Mencari keindahan dengan Allah tidak akan berkesudahan Mencari kebahagiaan dengan Allah tiada akhirnya Mencari ketenangan dengan Allah tiada kecewa Carilah, rebutlah, carilah Keselamatan hakiki pada Allah serahlah diri pada-Nya Jangan ragu-ragu jadikanlah Allah penyelamat kita Tiada penyelamat selain dari Allah Serahlah diri Allah menjamin keselamatan kita Banyak manusia mencari kebahagiaan tidak nampak jalan Banyak manusia mencari keselamatan, tapi jurang diterjuninya Banyak manusia mencari ketenangan , tidak berjumpa Kerana panduannya adalah akal dan nafsunya Bukankah Quran jalannya, Hadis penyuluhnya Tiada jalan selainnya, tiada penyuluh selainnya Tempuhlah jalan ini, gunakan penyuluhnya Segala-galanya kita akan dapat dari Tuhan

29 - 08 - 1995

80

TAUHID & TASAWUF

22

BUTA MATA, BUTA AKAL DAN BUTA HATI

ETIAP hari Allah Taala memperlihatkan kuasa-Nya Bahkan setiap waktu Allah memperlihatkan kebijaksanaan-Nya Qahhar-Nya dan Jabbar-Nya berlaku setiap waktu di depan mata Seperti juga kasih sayang-Nya berlaku kepada makhluk-Nya Ia berlaku setiap waktu Apatah lagi pemurah-Nya Tuhan diberikan kepada siapa sahaja Sekalipun kafir durjana yang derhaka kepada-Nya Adakalanya kepada mereka diberi lebih dari yang taat setia Tapi malang sekali seribu kali malang Ada mata pandang bersahaja Ada akal fikiran tidak boleh menilai dan memikirkan Ada hati sudah tidak merasa apa-apa Ertinya segala mata-mata yang penting di dalam diri manusia telah buta Buta matanya, buta akalnya, buta hatinya Apa lagi yang boleh diharapkan kepada mereka ini?! Setiap hari membuat onar Setiap waktu berlaku derhaka dan durjana Setiap hari merosakkan dunia dan manusia Aduh, dahsyatnya manusia! Tuhan! Datangkanlah pembela dengan segera Agar manusia kembali kemanusiaannya Supaya kehidupan manusia aman, damai, berkasih sayang dan bahagia

Ogos 1999

81

SAJAK SIRI 1

23

ENGKAU MELUPAKAN TUHAN

NGKAU melupakan Tuhan yang telah memberi nikmat kepada engkau? Betul-betul engkau telah buta mata hati Kalau mata hati engkau tidak buta Masakan engkau boleh melupakan anugerah Tuhan kepada engkau Jika mata hati engkau tidak buta Cukuplah, ambil satu contoh sahaja nikmat dari Tuhan Kalau mata hati engkau tidak buta Engkau tersungkur sujud di hadapan Tuhan Iaitu nafas atau oksigen yang engkau terima dari Tuhan Kalau engkau tidak dapat oksigen, matilah engkau Jika engkau tidak bernafas, tidak ada ertinya harta kepada engkau Kalau nafas engkau berhenti, rumah besar pun tidak berguna lagi Kalau engkau tidak boleh bernafas, pangkat pun tidak mempunyai erti Kalau Tuhan tahan nafas engkau, bintang kehormatan tidak bernilai lagi Jika engkau tidak dapat oksigen, nama dan glamour tidak berharga lagi Apabila udara Tuhan tahan, kuasa yang ada tidak berguna lagi Bila Tuhan tidak memberi nafas, kekayaan yang ada tidak memberi erti apa-apa Sekiranya Tuhan tidak beri udara, kereta besar menjalar tidak memberi erti Segala yang engkau miliki tidak ada erti apa-apa, jika udara tidak ada Baru kita sedar nikmat udara sahaja sudah terasa besarnya anugerah Tuhan

82

TAUHID & TASAWUF

Kerana terasa benar oleh kita, adanya udara segala yang kita miliki ada erti Jika udara tidak ada, segala yang kita miliki tidak bermakna lagi Nikmat udara sahaja pun sudah cukup engkau tersungkur sujud kepadaTuhan Tanda besyukur kepada Allah dan mengakui ketuhanan-Nya

Menjelang Tidur 21 - 11 - 1999 83

SAJAK SIRI 1

24

ORANG YANG TIDAK RASA BERTUHAN

RANG yang tidak ada rasa bertuhan, tidak beradab dengan Tuhan Tidak rasa bertuhan ertinya lalai dengan Tuhan Jika rasa bertuhan sudah tidak ada, tidak rasa lagi Tuhan berkuasa Tidak lagi rasa Tuhan mendengar, melihat, mengetahui tentang dirinya Orang yang tidak rasa bertuhan, dia tidak jadikan Tuhan kawannya Orang yang macam ini bolehkah menjaga dirinya? Tidak mungkin boleh menjaga diri kerana tidak ada tempat yang dia takut Kalau mendapat kesusahan dengan siapa hendak mengadu? Alangkah terseksanya tidak ada tempat hendak mengadu di waktu kesusahan Jika ada masalah, tanggung sendiri, siapa yang hendak menyelesaikan masalah dirinya? Bila mendapat kejayaan atau kekayaan, terasa pula luar biasa Megah pun tiba, sombong pun berbunga, ingin mendapat nama pun mula ada Apabila mendapat kuasa, rasa bertuhan tidak ada, dirilah tuhan Dia akan berbuat sesuka hati, mengikut rasa Berdendam, menindas, menzalim, menghukum sesuka hati Menggunakan kuasa, mengikut rasa terhadap musuh-musuhnya Bertindak sewenang-wenangnya kepada sesiapa sahaja, terutama lawannya

84

TAUHID & TASAWUF

Di waktu lemah, orang lain pula berkuasa dia pula dianiaya Kecewa pun tiba, jiwa menderita akhirnya putus asa Kerana di waktu itu tidak rasa lagi ada yang Maha Kuasa Yang akan membelanya, atau melindunginya Begitulah orang yang tidak ada rasa bertuhan di dalam kehidupannya Diri sendirilah yang hendak memikirkan diri sendiri Mana mampu, kerana makhluk bukan ada kuasa

Selepas Zuhur 25 - 11 - 1999

85

SAJAK SIRI 1

25

SETIAP DETIK ENGKAU PERLUKAN TUHAN

NGKAU tidak mempedulikan Tuhan Seolah-olah engkau tidak perlu lagi kepada-Nya Engkau rasa, engkau boleh hidup tanpa Tuhan Padahal setiap detik engkau tidak terlepas dari Tuhan Setiap detik engkau perlukan kepada Tuhan Cuma engkau sahaja buat-buat tidak tahu kepada-Nya Kalau benarlah engkau ada kuasa dan boleh hidup tanpa bantuan Tuhan Aku buat satu contoh sahaja Cuba engkau tidak terima oksigen dari Tuhan Engkau tutup hidung engkau Engkau tutup mulut engkau rapat-rapat Selepas tiga minit engkau akan rasa Apakah engkau perlu kepada Tuhan atau tidak Engkau boleh cuba Supaya engkau sedar siapa engkau dan siapa sebenarnya Tuhan itu Itu baru satu contoh sahaja engkau tidak boleh lari dari Tuhan Bumi yang engkau pijak, langit tempat berteduh Akal yang engkau gunakan untuk berfikir Makan minum engkau, pakaian dan tempat tinggal engkau Apakah itu semuanya tidak kena-mengena dengan Tuhan? Mengapa engkau sampai tidak boleh berfikir? Mengapa engkau tidak rasa lagi bertuhan? Apa yang telah merosakkan engkau? Hingga engkau tidak mempedulikan lagi Tuhan? Jawablah sendiri Gunakanlah akal Tuhan itu yang ada pada diri engkau untuk menjawabnya Agar engkau boleh merubah sikap engkau
Selepas Asar 04 - 02 - 2000 (29 Syawal 1420) 86

TAUHID & TASAWUF

26

KALAU KUASA TUHAN SENTIASA TERASA DI HATI

ALAULAH kuasa Tuhan itu sentiasa terasa di hati Kebesaran-Nya memenuhi hati manusia Nikmat dan rahmat-Nya sentiasa, hati terasa malu dan malu menerimanya Iradah Tuhan itu terasa benar oleh hati ia pasti berlaku Qahhar dan Jabbar-Nya sentiasa menggerunkan hati manusia Balasan dan hukuman-Nya bila-bila boleh berlaku terhadap hamba-hamba-Nya Hati benar-benar terasa kecut dan menakutkan Gementar dan menggeletar hati merasakan Apakah hati macam ini boleh dilalaikan? Apakah hati begini boleh ditipu-daya oleh nafsu dan syaitan? Apakah hati ini boleh dipengaruhi oleh dunia dan nikmatnya? Sudah tentu tidak, sekali lagi tidak Sudah tentu hatinya sentiasa terpelihara Tuhan akan menjaganya, Tuhan akan memeliharanya Tuhan akan mengisinya dengan iman dan keyakinan Lalainya tiada, kecuali sedikit sahaja Kerana manusia umum tiada maksum kecuali nabi dan rasul Inilah yang dikatakan hati (jiwa) yang hidup dan jaga Jagalah hati atau jiwa jangan sampai dia mati Atau jagalah dia jangan sampai dia buta

Julai 1999

87

SAJAK SIRI 1

27

SEPATUTNYA SEGENAP HATI CINTA PADA-MU

EPATUTNYA segenap hati menumpukan sepenuh cinta pada-Mu Fitrah yang masih murni sudah tentu mendorong ke arah mencintai-Mu Kerana setiap yang wujud Engkaulah Penciptanya Siapakah yang dapat menyangkal hakikat ini? Tiada pemberian-Mu tiadalah rezeki Tiada pembelaan-Mu hinalah diri Bila Engkau bela, mulialah diri Segala ilmu Engkaulah yang memberi Tatkala sakit Engkaulah yang menyembuhkan Entah apa lagi nikmat dari-Mu Tidakkah patut Engkau dicintai Kalau Engkau patut dicintai, ya, engkau juga patut ditakuti! Kerana Kuasa, Kehendak, Ketentuan segala-galanya pada-Mu Tiada siapa yang mampu membendung Kuasa, Kehendak dan Ketentuan-Mu Engkau mewujudkan, Engkau mentiadakan Engkau menghidupkan, Engkau mematikan Engkau memberi, Engkau mengambilnya Engkau menyakitkan, Engkau juga menyembuhkan Engkau menyenangkan, Engkau menyusahkan Engkau mengkayakan, Engkau memiskinkan Engkau mengamankan, Engkau jugalah mendatangkan bala bencana Engkau boleh melakukan apa sahaja pada bila-bila masa Engkaulah yang menghukum manusia di Akhirat nanti Manusia fitrahnya sudah rosak

88

TAUHID & TASAWUF

Jiwanya tidak murni lagi Dirosakkan oleh cinta dunia Engkau Tuhan, tidak dicintai lagi Kepada-Mu Tuhan, manusia sudah tidak takut lagi

Malam 09 - 11 - 1997

89

SAJAK SIRI 1

28

ENGKAU TIDAK LIHATKAH KASIH SAYANG TUHAN?

NGKAU tidak lihatkah bagaimana kasih sayang Tuhan? Engkau tidak sedarkah rahmat Tuhan ke atas dirimu? Engkau boleh hidup kerana engkau boleh menarik nafas turun naik Oksigen Tuhan yang diizinkan kepadamu Engkau ada lidah boleh merasa makanan dengan lazat Setiap hari engkau gunakan untuk bercakap Itu kasih sayang Tuhanlah kepadamu! Mengapa engkau tidak terasa kasih sayang-Nya kepada engkau? Di waktu engkau letih perlu rehat, ditidurkan-Nya engkau Hingga pulih semula kesegaran badanmu Engkau mendapat semula kekuatan badan untuk bekerja Bukankah itu kasih sayang Tuhan kepada engkau? Di waktu ingin berhibur, engkau diberi isteri atau suami Engkau boleh menghilangkan tension dan ketegangan fikiranmu Boleh bertolong bantu satu sama lain, meringankan kerja-kerjamu Engkau tidak terasa lagikah itu adalah kasih sayang Tuhanmu? Engkau diberi mata boleh melihat berbagai-bagai benda Hingga engkau boleh menilai apa yang engkau lihat Setengah yang engkau lihat boleh menghiburkan engkau Apakah itu bukan kasih sayang Tuhan kepadamu? Sekali-sekala engkau disakitkan Adakalanya engkau dimiskinkan Agar engkau sedar engkau hamba yang tidak ada kuasa Engkau rasa tidak menyenangkan dan hilang kesabaran engkau Sedikit sahaja nikmat engkau diambil, engkau gaduh Sedangkan nikmat-nikmat yang disebut tadi Lebih besar dari yang diambil

90

TAUHID & TASAWUF

Engkau tidak terasa yang engkau masih beruntung Engkau terasa yang tidak ada Yang ada pada engkau begitu banyak engkau lupakan Sepatutnya engkau berterima kasih kepada Tuhan Kerana nikmat yang masih ada terlalu banyaknya Patut engkau malu kepada Tuhan Kerana yang hilang itu terlalu sedikit Dibandingkan yang masih ada Engkau ini betullah manusia yang tidak ada hati perut Tuhan memberi kasih sayang kepada engkau setiap masa engkau tidak terasa? Kalau engkau masih tidak sedar lagi Patutlah engkau ini masuk Neraka Kerana kufur dengan nikmat Tuhan!

Menjelang Tidur 05 - 12 - 1999

91

SAJAK SIRI 1

29

TANDA-TANDA KASIH SAYANG TUHAN

ELIHAT benda yang indah Seperti melihat sesuatu yang hijau lambang kasih sayang Allah Mendengar perkara yang sedap didengar seperti suara yang merdu tanda kasih sayang Tuhan Setiap detik kita menghirup oksigen tanda cinta-Nya kepada kita Kita boleh berhibur di antara suami isteri adalah kasih sayang-Nya Dapat anak-anak sebagai cahaya mata juga kasih sayang-Nya Apatah lagi makan minum, tempat tinggal, kenderaan adalah kasih sayang-Nya Pangkat jawatan, kemudahan-kemudahan hidup dan keindahan termasuk kasih sayang-Nya Apabila kita letih atau mengantuk ditidurkan-Nya kita Apabila kita bangun dari tidur, kemudian pergi mandi segar semula badan kita Semuanya itu adalah kasih sayang Tuhan Bahkan apa yang sedap dirasa, sedap disentuh, sedap didengar juga kasih sayang-Nya Juga apa yang dapat difikirkan, yang dapat dibaca menjadi ilmu semuanya berhubungan dengan kasih sayang Tuhan Setiap ilmu yang baru dapat, pengalaman yang baru dijumpa adalah kasih sayang Tuhan kepada kita Patutlah Tuhan hendak menarik perhatian kepada kita Bahawa Dia adalah mengasihi dan menyayangi kita Diperintahkan kita setiap kebaikan yang hendak dibuat dengan menyebut nama-Nya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

92

TAUHID & TASAWUF

Agar kita sentiasa sedar bahawa Tuhan amat Mengasihi dan amat Penyayang Moga-moga dengan itu kita akan membalas kasih sayang-Nya Semoga dengan itu kita rasa cinta kepada-Nya Dengan itu kita rasa bahagia menyebut nama-Nya Rasa rindu menyembah-Nya, memuja dan membesarkan-Nya Kita akan jadikan Dia Kawan Setia Kita terhibur dengan-Nya dan kita tidak akan melupakan-Nya Tapi mengapa kita tidak rasa yang Tuhan itu kasih dan sayang kepada kita? Mengapa kita tidak rasa hendak mencintai-Nya? Kerana hati kita sudah buta disebabkan cinta dunia

Menjelang Maghrib 21 - 2 - 2000

93

SAJAK SIRI 1

30

MENGAPA TIDAK JATUH HATI KEPADA-NYA

ENGAPA engkau tidak jatuh hati pada Zat yang Maha Esa Engkau hidup tanpa engkau minta Diwujudkannya engkau Takkan engkau tidak suka kewujudan engkau di dunia ini Dia jadikan sebuah dunia yang penuh dengan khazanah kekayaan Dia membenarkan engkau berusaha mengambilnya Dunia yang indah serta menghijau senang mata memandang Untuk engkau boleh berhibur dan bersenang-senang dengannya Engkau ingin berhibur dan berseronok Diciptanya suami dan isteri Di waktu ingin makan Berbagai-bagai makanan yang lazat-lazat disediakan untukmu Cuma engkau disuruh mengusahakannya sahaja Engkau diberi tempat tinggal Boleh engkau berlindung daripada kepanasan dan kesejukan Di waktu sakit disembuhkan penyakit engkau Engkau diberi berbagai-bagai jenis alat-alat perhubungan Untuk kemudahan kehidupan engkau Dijadikan malam dan siang Supaya ada masa untuk bekerja Dan ada masa untuk berehat dan berhibur Dianugerahkan engkau anak-anak sebagai cahaya mata Dan mereka juga boleh membantu kehidupan engkau Di waktu engkau mendapat sakit dan kesusahan Mereka boleh menghiburkan engkau

94

TAUHID & TASAWUF

Itulah yang dikatakan rahmat dan nikmat-Nya Yang disebut itu adalah kerana kasih sayang kepada hamba-hamba-Nya Mengapa engkau tidak jatuh hati kepada Zat yang mengasihanimu Kerana apa engkau tidak jatuh cinta kepada-Nya Mengapa engkau tidak terfikir untuk menyembah, memuja dan membesarkan-Nya Apa sudah jadi kepada engkau?

Selepas Isyak 04 - 11 - 1999

95

SAJAK SIRI 1

31

MENGAPA TIDAK KAGUM DENGAN TUHAN

NGKAU kagum dengan ahli astronomi Kerana mereka dapat mengesan bintang-bintang, planet-planet dan perjalanannya Engkau kagum dengan ahli-ahli sains kerana dapat membuat penemuan demi penemuan Engkau kagum dengan filasuf-filasuf kerana dapat memikirkan perkara-perkara yang seni-seni Dapat membuat penyelidikan benda-benda yang tidak terfikir oleh manusia selama ini Engkau kagum dengan ahli-ahli ilmu yang dapat mereka berbagai-bagai ciptaan untuk keperluan manusia Orang yang mata hatinya celik sedikit pun tidak hairan dengan mereka Kerana mereka mengesan benda-benda yang sudah sedia ada Mereka mengetahui bahan-bahan yang telah wujud Tapi mengapa engkau tidak kagum dengan Pencipta benda-benda dan bahan-bahan itu? Mengapa engkau tidak terasa hebat dengan Tuhan yang menjadikan, mentadbir benda-benda dan bahan-bahan itu? Padahal ahli-ahli fikir tadi dapat mengesan benda-benda yang ada Tapi mereka tidak mengenal langsung Tuhan pencipta benda-benda yang sudah ada itu Macamlah orang kagum dengan orang yang dapat tahu adanya harimau di dalam hutan Tapi tidak kagum dengan siapa yang menjadikan harimau dan menghantarnya ke dalam hutan?! Mengkagum dengan orang yang dapat mengesan benda dan bahankah lebih cerdik atau orang yang kagum dengan yang mengadakan benda yang cerdik? Begitu lemahnya manusia yang akalnya sahaja yang berfungsi tapi jiwanya tidak berfungsi

96

TAUHID & TASAWUF

Mereka rasa hebat dengan benda yang akan binasa Mereka kagum dengan benda yang tidak akan kekal Tapi mereka tidak rasa hebat dengan Tuhan yang tidak binasa dan yang kekal abadi Mereka rasa ajaib dengan benda yang kena jadi dan kena tadbir yang langsung tidak ada kuasanya Tapi mereka telah melupakan Tuhan yang mencipta, mentadbir dan yang menentukan nasib segala benda Kerana itulah Allah Taala utuskan rasul-rasul dan para-para nabi ke dunia Untuk mencelikkan hati dan menghidupkan jiwa agar kenal Tuhan yang Maha Pencipta Kalau hendak diharapkan ahli fikir sahaja sampai bila pun hati akan buta daripada mengenal Tuhan yang Maha Esa

Menjelang tidur 1 Safar 1421

97

SAJAK SIRI 1

32

MENGAPA TIDAK NAMPAK KUASA TUHAN

ENGAPA kita tidak boleh berfikir Kalau kita berkuasa, ada yang Maha Berkuasa yang berkuasa ke atas kita Agar kita tidak melakukan sewenang-wenangnya dengan kuasa yang ada Kerana yang Maha Berkuasa bila-bila masa sahaja boleh merentap kuasa kita Jika kita berilmu, mengapa kita tidak merasakan Tuhan itu mengetahui diri kita Dia tahu lahir dan batin kita Agar kita malu sentiasa dengan Tuhan dan takut hendak membuat dosa Kalau kita kaya mengapa kita tidak boleh berfikir bahawa sedikit daripada kekayaan Tuhan ini diberi kepada kita Supaya kita terasa Maha Kayanya Tuhan Agar kita malu selalu dengan Tuhan dan boleh bersyukur kepada-Nya Di dalam pengalaman hidup kita bukankah berbagai keadaan telah kita tempuh Ada yang kita suka, ada yang kita tidak suka Ada yang dari kemahuan kita, banyak pula yang bukan daripada kemahuan kita Yang menakutkan dan yang menggembirakan Senang, susah, miskin, kaya silih berganti Mengapa engkau tidak nampak kuasa Tuhan, kehendak dan kebesaran-Nya Apakah pengalaman kita ini terjadi dengan sendirinya? Sedangkan kita tidak campur tangan Tapi ia terjadi, bahkan sering sahaja terjadi Terjadinya silih berganti Tidak nampak lagikah pentadbiran Tuhan?

98

TAUHID & TASAWUF

Masih belum tahu lagi sebahagiannya adalah Rahmat Tuhan? Selainnya ada yang Jabbar dan Qahhar-Nya, Ilmu-Nya, kuasa-Nya dan kehendak-Nya? Sudah gersangkah fikiran kita Sudah matikah jiwa kita Sudah butakah mata kita?

Selepas Zuhur 10 - 10 - 1999 99

SAJAK SIRI 1

33

AKU HAIRAN DENGAN ENGKAU

ILA engkau lihat rumah orang besar tersergam indah Dengan taman-taman bunganya yang indah Keretanya yang besar menjalar yang mempunyai jenama yang gah Terus menerpa ke fikiranmu Dan terus terasa di jiwamu Meluncur terus ke mulutmu Oh hebatnya tuan yang punya rumah yang besar ini Mungkin dia seorang korporat atau gajinya besar Tapi aku hairan denganmu Engkau tidak terasa kehebatan dan kebesaran Tuhan Padahal Tuhan miliki lebih hebat dari itu Dia miliki langit dan bumi dan seluruh isinya Dunia dan Akhirat Dia punya Manusia dan seluruh makhluk yang lain dicipta-Nya Nasib mereka Allah yang menentukannya Malam dan siang dan seluruh planet dan cakerawala Tuhan yang mentadbirnya Setiap saat dan waktu engkau melihatnya Engkau tidak terasa apa-apa? Engkau pandang bersahaja Engkau tidak terasa Maha Agungnya yang empunya Tidak pun engkau kagum dengan Tuhan pencipta? Mujurlah rumah besar itu orang lain yang punya Kalau engkaulah yang empunyanya Tentu engkau kagum dan bangga dengan diri engkau pula

Selepas Asar 16 - 08 - 1999 100

TAUHID & TASAWUF

34

SIFAT TUHAN YANG BOLEH DITIRU

ANGAN engkau memakai pakaian Tuhan Engkau akan dianggap ego dan sombong Engkau akan jatuh kepada syirik khafi Janganlah engkau ambil hak-hak Tuhan Engkau akan dianggap orang yang tidak mengenal budi dan tidak malu Jangan engkau anggap segala kejadian kecil dan besar Nikmat dan bala, yang disukai atau tidak bukan dari Tuhan Bukan dari Qudrat dan Iradah-Nya Aqidah Engkau akan rosak Ada sifat-sifat Tuhan yang Dia suka kalau hamba-hamba-Nya menirunya Tirulah Iaitu kasih dan penyayang Sabar dan redha, tawadhuk dan tawakal Di sini engkau akan dikasihi oleh Tuhan Bahkan Dia akan meredhainya Jangan kita tidak sabar dengan ujian Dan tidak redha dengan ketentuan Tuhan Tuhan sangat murka Bahkan Tuhan cabar, carilah bumi dan langit yang bukan bumi dan langit Tuhan Dan carilah Tuhan kalau ada selain-Nya Mana ada bumi dan langit selain Tuhan punya?! Mana ada Tuhan selain-Nya?!

Selepas Zuhur 26 - 08 - 1999 101

SAJAK SIRI 1

35

SETIAP NAFAS TURUN NAIK AKAN DITANYA

ETAHUILAH bahawa setiap kerdip mata akan ditanya Setiap nafas turun naik akan dipersoal Setiap gerak hati akan dipertanggungjawab Setiap jelingan mata akan ditulis dan dihisab Perbuatan itu sama ada pergi ke Neraka atau ke Syurga Betapalah setelah tangan engkau bertindak Kaki engkau melangkah dan ke mana hala tujunya Apatah lagi setelah lidah engkau bercakap Akal engkau berfikir dan cara mana engkau berfikir Bagaimana engkau gunakan jawarih engkau Begitu juga bagaimana engkau gunakan nikmat di luar diri engkau Semuanya ini lebih-lebih lagilah akan ditulis, dirakam dan dihisab Sama ada ia termasuk perkara yang berdosa atau yang berpahala Aduh! Tidak takutkah kita dengan Zat yang Maha Agung Yang tahu, yang melihat dan yang mendengar seluruh gerak-geri kita lahir dan batin Yang akan menghukum kita sama ada ke Syurga atau ke Neraka Tidak cemaskah kita peristiwa itu pasti berlaku Di suatu hari yang kita akan diadili dengan begitu halus Di waktu itu tidak ada siapa yang membela kita Masing-masing memikirkan diri Bahkan para rasul dan nabi alahimussolatuwassalam pun ketakutan Allah! Allah! Allah! betapalah kita ini yang memang tidak lepas dari dosa dan kesalahan

102

TAUHID & TASAWUF

Takutilah Allah, rendah dirilah kepada-Nya Mohon ampunlah setiap ketika Agar setiap dosa dan kesalahan kita diampunkan Sama ada yang kita sedar mahupun yang tidak

Menjelang Maghrib 26 - 12 - 1999 (29 Ramadhan 1420) 103

SAJAK SIRI 1

36

PERJUANGKAN SEMULA TUHAN

ALAU engkau tidak takut dengan Allah, Zat yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui Tidak mungkin engkau takut melakukan kesalahan sesama manusia Jika engkau tidak mencintai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang Bolehkah engkau memberi kasih sayang sesama manusia? Kalau dengan Tuhan yang sentiasa memerhati engkau, engkau tidak jujur Sudah pasti engkau tidak akan jujur sesama makhluk Dengan Tuhan pun engkau tidak boleh adil Dengan makhluk Tuhan sudah pasti engkau tidak akan boleh adil Tuhan yang sentiasa mempedulikan engkau, engkau tidak ambil peduli Sudah pasti engkau tidak akan mempedulikan manusia dan makhluk Tuhan Ertinya kejujuran engkau adalah terhenti sejauh mana engkau jujur dengan Tuhan Keadilan engkau sesama manusia ditentukan di sejauh mana engkau adil dengan Allah Cinta engkau sesama makhluk Tuhan adalah bersumberkan cinta engkau dengan Tuhan Takut engkau membuat kesalahan sesama makhluk Ia ada hubung kait dengan sejauh mana engkau takut dengan Zat yang Maha Agung Di sini kita faham bahawa corak hidup manusia ditentukan sejauh mana ia takut atau cinta dengan Tuhan Cintakan dan takutkan Tuhan adalah penentu sikap hidup manusia itu Oleh itu untuk membaikkan manusia dan masyarakat Perjuangkan semula Tuhan yang sudah dilupakan orang

104

TAUHID & TASAWUF

Agar Tuhan ditakuti dan dicintai Insya-Allah segala persoalan hidup manusia akan selesai Seluruh masalah akan dapat diperbetulkan Di sini kita lihat pembangunan insaniah itu adalah amat penting Selepas itu bangunkanlah maddiah atau material Ia akan berlaku seimbang

Menjelang Maghrib 26 - 12 - 1999 (19 Ramadhan 1420) 105

SAJAK SIRI 1

37

HATI YANG CELIK

ALAU bukan kerana-Mu Tuhan Tidak mungkin aku wujud di dunia ini Kalau bukan rezeki-Mu Tuhan Tidak mungkin aku boleh makan dan minum di dunia ini Aku boleh hidup kerana nafas turun naik, Engkaulah yang menganugerahkannya Begitu besar ertinya nafas kepada manusia dan aku Jika Engkau tarik nikmat nafas matilah manusia dan aku serta-merta Nafas sahaja pun tidak boleh dinilai dengan mata benda Ia penentu hidup mati manusia dan aku Betapalah nikmat yang Engkau anugerahkan lebih banyak dari itu Bagaimana boleh manusia dan aku melupakan Engkau Siapa yang boleh melupakan Tuhannya Sungguh kejam dan zalim manusia itu Tidak ada yang lebih zalim selain orang yang melupakan Tuhannya Rupanya manusia ini dengan mata sahaja belum menjamin dia bersyukur Juga dengan akal manusia belum tentu dia boleh berterima kasih kepada Tuhannya Melainkan hatinya yang celik yang boleh merasa segala nikmat itu adalah dari Khaliqnya Jadi orang yang memuja Tuhannya bukan kerana mata dan akalnya Tapi kerana hatinya yang jaga itulah yang mengingat Tuhannya Jiwanya yang celiklah dia memuja dan membesarkan Penciptanya

106

TAUHID & TASAWUF

Jiwa yang celik adalah jiwa yang sentiasa rasa bertuhan Bila rasa bertuhan ada maka rasa kehambaan pun tajam Jadi dari rasa bertuhanlah membuahkan rasa kehambaan

Menjelang tidur 14 - 11 - 1999 107

SAJAK SIRI 1

38

MEMAHAMI TUHAN MELALUI REAKSI-NYA

ALAUPUN Tuhan itu Zat yang Agung lagi mulia tidak dapat dilihat Namun Tuhan itu marah atau suka dapat dirasa Redha dan murka-Nya dapat juga dikesan Perhatian-Nya kepada kita boleh juga dibaca Kemaafan dan keampunan-Nya dapat dirasa Jika bersembahyang ada lazatnya menunjukkan Tuhan ada perhatian Tuhan juga ikut bercakap-cakap dan menjawab percakapan kita Jika tidak terasa lazatnya sembahyang menunjukkan ada dosa Memohon ampunlah kepada Tuhan dengan sebanyak-banyaknya Bila kita memohon ampun jiwa kita terasa lembut Air mata kita pun berguguran Insya-Allah tanda Tuhan terima taubat kita Apabila jiwa kita gelisah tidak tentu arah, tanda Tuhan murka, mesti ada membuat dosa Jika mudah bermujahadah, tanda ada rahmat Allah Taala telah dikurniakan kepada kita Kalau kita bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah tiba-tiba Allah uji kita, tanda Allah Taala telah redha Sama ada Allah Taala hendak membersihkan dosa atau hendak meninggikan darjatnya Kalau kita kaya, mudah sahaja kita agih-agihkan kepada manusia Tanda Allah Taala memberi dengan redha Jika setelah kaya makin berat untuk menderma dan memberi kepada empunya Tanda kekayaan dan kesenangan itu diberi secara istidraj atau murka

Selepas Asar 10 - 09 - 1999 108

TAUHID & TASAWUF

39

FAHAMILAH PERBUATAN TUHAN

AGALAH perhubungan baik engkau dengan Tuhan Agar Allah Taala berhubung baik dengan engkau Sangka baiklah kepada Tuhan mengenai rezeki engkau Tuhan adalah penjamin rezeki engkau Bertawakallah kepada-Nya dan yakinlah kepada-Nya hati engkau akan tenang Beradablah kepada Tuhan kerana Dia lebih tahu tentang keperluan-keperluan engkau Ketentuan Tuhan ke atas diri engkau itu kecuali kekufuran, ada mengandungi pelajaran Redhalah menerimanya, walaupun engkau tidak faham, lambat laun Allah akan memberi faham Fahamilah perbuatan Tuhan ke atas diri engkau Agar engkau tidak salah faham Salah faham terhadap perbuatan Tuhan akan merosakkan engkau Sekali-sekala disakitkan-Nya engkau mesti ada maksud yang tersembunyi oleh Tuhan Adakalanya engkau dikayakan Tuhan ada tujuan Di waktu-waktu tertentu engkau dimiskinkan oleh Tuhan Mesti ada mengandungi pendidikan Setiap kali Allah Taala ubah kehidupan engkau Berhati-hatilah menerimanya Jangan sampai salah terima Engkau tidak beradab dengan Tuhan Patutkah kita tidak beradab dengan Zat yang Maha Suci Yang Maha Mengetahui Lagi Bijaksana Daripada sebarang kesalahan dan kesilapan?! Berhati-hatilah dengan Tuhan! Jangan sampai kita tidak bersopan dengan-Nya

Menjelang tidur 12 - 09 - 1999 109

SAJAK SIRI 1

40

ANEH KERJA TUHAN

ELIK kita dengan kerja Tuhan Kita pun tidak tahu apa hikmah sebenarnya Tapi kita yakin setiap kerja Tuhan itu mesti berhikmah dan ada pengajaran Cuma kita tidak dapat menyingkap rahsia-Nya Mari kita lihat sedikit kerja Tuhan Memang pelik dan unik Apabila Allah Taala murka kepada seseorang, didorongnya orang itu berlaku zalim pada seseorang Agar dia derhaka dan berdosa Bila Tuhan cinta kepada seseorang, dia dizalimi oleh seseorang Maka dia pula mendapat pahala menghapuskan dosanya Begitu juga seseorang yang diberi rezeki secara istidraj Ertinya mendapat rezeki secara murka Kemudian dialirkan sebahagian rezeki kepada seseorang yang bertaqwa dengan tidak ikhlas Yang diberi rezeki mendapat pahala kerana dia bersyukur Aneh yang memberi tidak dapat pahala, yang kena beri dapat pahala Begitulah seterusnya sebagai satu contoh lagi Apabila Tuhan murka kepada seseorang, didorongnya orang itu memaki seseorang Kemudian jika Tuhan cinta kepada seseorang, dibiarkan dia dimaki oleh orang Mengapa orang yang Allah murka dibenarkan menyusahkan orang?! Tapi orang yang dicintainya disusahkan oleh orang Aneh kerja Tuhan Kalau kita tidak faham mungkin kita menyalahkan Tuhan Maha Besarnya Tuhan daripada melakukan kesalahan

Selepas Isyak 31 - 8 - 1999 110

TAUHID & TASAWUF

41

MANUSIA TIDAK TERASA PERANAN TUHAN

ANUSIA sudah salah berfikir Dan juga sudah terlalu rosak jiwanya Kerana sudah tidak terasa lagi Tuhan berperanan di dalam kehidupannya Apa sahaja yang dibuat adalah peranan mereka Tidak terfikir lagi Tuhan ada peranan di dalam usaha mereka Kerana itulah jika berjaya, mereka megah dan bangga Kalau gagal, mereka kecewa Tidak terfikir lagi itu adalah takdir Tuhan Tuhan tidak ada dalam kamus hidup mereka Mereka tidak terfikir lagi Tuhan campur tangan di dalam urusan mereka Walaupun mereka percaya kepada Tuhan Namun pada mereka Tuhan seolah-olah tidak ada peranan Mereka tidak ambil kira dengan Tuhan Mereka merasa adanya Tuhan macam tidak ada Ada dengan tidak ada pada mereka sama sahaja Pada mereka Tuhan bukan pencatur hidup mereka Tuhan tidak lagi dirasakan penentu hidup mereka Kerana itu mereka tidak perlu kepada Tuhan Kalau mendapat kejayaan adalah kejayaan mereka Mereka tidak pula mengaitkan dengan Tuhan Jika tidak berjaya mereka kecewa Mereka tidak tahu ini adalah takdir Tuhan Begitulah majoriti manusia di dunia di waktu kini Tuhan kepada mereka seolah-olah tidak ada campur tangan dengan kehidupan mereka Sungguh rosak aqidah manusia

Menjelang tidur 8 - 12 - 1999 111

SAJAK SIRI 1

42

TIDAK ADA MILIK ENGKAU

UKAN sahaja harta engkau, rumah engkau, kereta engkau adalah milik Allah Taala Bahkan diri engkau pun milik Allah Tuhan yang menjadikan engkau Kalau begitu mana kepunyaan atau milik engkau Yang sebenarnya tidak ada satu pun milik engkau Kalau satu pun tidak ada milik engkau atau kepunyaan engkau Mengapa engkau bangga dengan kekuatan atau dengan kecantikan engkau Mengapa engkau sombong dengan harta dan kekayaan engkau Mengapa engkau angkuh dan melakukan sewenang-wenangnya dengan kekuasaan engkau Kerana apa engkau boleh melupakan Tuhan yang memberikan segala-galanya kepada engkau Mengapa engkau tidak malu kepada Tuhan yang memberi berbagai-bagai nikmat kepada engkau Apakah engkau mampu mempertahankan apa yang ada pada diri engkau? Hingga engkau boleh memiliki selama-lamanya hingga selepas mati engkau Bolehkah engkau kekalkan segala yang ada pada engkau Sejauhmana kemampuan engkau mempertahankannya Engkau tidak nampakkah berapa ramai orang yang berkuasa yang penuh dengan kesombongan tidak boleh mempertahankan kekuasaannya Berapa banyak orang yang kaya-raya tidak dapat mengekalkan kekayaannya Bahkan berlaku di dalam masa hidupnya lagi daripada seorang yang kaya menjadi seorang yang papa kedana! Berapa ramai orang yang gagah, cantik

112

TAUHID & TASAWUF

menjadi lumpuh tidak dapat mempertahankan kekayaan dan kecantikannya Bukankah ramai orang yang terkenal di masa hidupnya lagi dilupakan orang? Orang yang ramai pengikut ditinggalkan oleh para pengikut-pengikutnya di masa hidupnya lagi Mengapa engkau tidak mengambil iktibar dengan pengalaman itu? Mengapa apa yang terjadi di dalam kehidupannya itu engkau tidak jadikan pengajaran?! Sejarah yang berlaku adakalanya di hadapan mata kita mengapa tidak boleh menyedar dan menginsafkan kita? Pengalaman itu bukankah nasihat dan ingatan yang paling besar?! Nasihat dan peringatan yang macam mana lagi yang kita hendak sedar dan insaf?! Apakah setelah azab menimpa ke kepala kita baru mahu insaf?! Itu sudah terlambat namanya

5 Safar 1421

113

SAJAK SIRI 1

43

CARI DI MANA HAK ENGKAU

NGKAU mencari ilmu dengan akal yang Tuhan berikan Engkau melihat dengan mata anugerah Tuhan untuk mencari pengalaman Engkau guna telinga yang Tuhan cipta untuk mendengar maklumat-maklumat sebagai pengetahuan Kaki yang engkau gunakan, kaki pemberian Tuhan Lidah yang engkau gunakan menterjemah perasaan, kemahuan, serta ilmu adalah hak Tuhan Bumi yang engkau pijak juga kepunyaan Tuhan Kekayaan yang engkau cari milik Tuhan Makan minum yang engkau perolehi rezeki dari Tuhan Bahan-bahan yang engkau jadikan kajian adalah kepunyaan Tuhan Macam-macam ilmu dan rahsia engkau dapat hasil dari kajian Engkau dapat isteri/suami teman hidup tempat hiburan Adalah makhluk ciptaan Tuhan Engkau gunakan seluruh anggota untuk mencari kekayaan Seluruh anggota ciptaan Tuhan Cari di mana hak engkau? Di mana kepunyaan engkau? Mana milik engkau? Tidak ada milik engkau! Tidak ada kepunyaan engkau! Sepatutnya engkau malu dengan Tuhan! Patut engkau jatuh hati dengan Tuhan! Bahkan engkau cintai, takuti, puja dan besarkan Tapi tidak, engkau lupakan Tuhan Engkau rasa kepunyaan engkau semuanya Kerana itu engkau angkuh dan sombong Bahkan engkau derhaka kepada Tuhan

Menjelang tidur 2 - 10 - 1999 114

TAUHID & TASAWUF

44

BUATLAH KERJA SESUAI DENGAN PERINTAH TUHAN

UATLAH kerja kita sesuai dengan perintah Tuhan Padankan dengan syariat-Nya Sokonglah kerja kita itu dengan doa Kemudian serahkanlah hasilnya kepada-Nya Apabila berhasil sekalipun tidak memuaskan, bersyukurlah Jangan rasa tidak senang, kita menyanggah perbuatan Tuhan Kalau banyak lebih lagilah patut bersyukur dan malu Perintah Tuhan laksanakan, larangan-Nya jauhkan Selepas itu apa hendak jadi jangan soalkan Jangan tanya kerja Tuhan Percayalah setiap kerja Tuhan ada hikmahnya Setiap yang dilakukan oleh Tuhan ada pengajarannya Kalau kita pandai menerimanya, semuanya ada kebaikan Jangan tanya kerja Tuhan! Tanyalah kerja kita untuk Tuhan sempurnakan Allah tidak akan ditanya, mereka akan ditanya Jangan campur tangan kerja Tuhan Tuhan tidak akan melakukan sebarangan Allah tidak membuat kerja sia-sia Allah adalah bijaksana dan tidak menzalimi hamba-hamba-Nya Percayalah, percaya itu penting buat kita Semoga kita baik sangka dengan Tuhan

Selepas Asar 23 - 05 - 1997 (16 Muharam 1418) 115

SAJAK SIRI 1

45

SELARIKAN KEHENDAK KITA DENGAN KEHENDAK TUHAN

ELARIKANLAH kehendak kita dengan kehendak Tuhan Kehendak Tuhan penuh hikmah dan terjamin keselamatannya Kehendak kita bukan ada pertimbangan Hanya mengikut hawa nafsu atau ego dan angan-angan Selaraskan, kenalah makan, minum, pakaian, bekerja, berjuang, berkeluarga, berpolitik, berekonomi dengan kehendak Tuhan Jangan pula kehendak Tuhan lain, kehendak kita lain Kehendak Tuhan kita tolak, kehendak kita yang kita terima Ia akan merosakkan kehidupan kita Sedangkan fitrah semula jadi kita sebagai manusia tidak mahu kerosakan Hari ini rata-rata kebanyakan manusia kehendaknya yang diamalkan Kehendak Tuhan sudah tidak dihormati dan dikesampingkan Apa sudah jadi kepada kehendak manusia? Perpecahan berlaku, peperangan terjadi Jenayah menjadi-jadi menakutkan semua orang Kasih sayang dan persaudaraan punah dan musnah Sedangkan manusia tidak mahu itu semua berlaku Sistem kekeluargaan hancur sama sekali Perhubungan murid-murid dengan guru-gurunya punah-ranah Perhubungan suami isteri hanya di waktu baru berkahwin Perhubungan anak-anak dengan ibu bapa renggang dan tunggang-langgang Manusia bukan mahu perkara-perkara yang disebutkan tadi berlaku Tapi manusia sudah tidak tahu bagaimana hendak mengatasinya Para pemimpin, cerdik pandai sudah bingung

116

TAUHID & TASAWUF

Sekarang semua golongan sudah hidup dalam ketakutan Resah, gelisah, kecewa, putus asa Akibat menerima kehendak sendiri dan menolak kehendak Tuhan Bilakah manusia itu mahu menerima kehendak Tuhan? Agar dunia kembali aman damai dan harmoni

Menjelang Maghrib 31 - 12 - 1999 (25 Ramadhan 1420) 117

SAJAK SIRI 1

46

SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA

ELEPAS engkau berusaha belajar Engkau tetap juga tidak menjadi orang pandai Apakah engkau hendak menyoal Tuhan Mengapa engkau tidak dipandaikan?! Allah lebih mengetahui dari engkau Kalau engkau pandai engkau akan merosakkan diri engkau Mungkin juga engkau akan merosakkan masyarakat engkau?! Setelah engkau berusaha mencari kekayaan Namun engkau miskin juga Jangan tanya Tuhan mengapa engkau dimiskinkan?! Allah membuat ada ukuran, ada didikan, ada pengajaran untuk keselamatan Kalau engkau rosak juga Ertinya engkau tidak pandai menerima keadaan Apabila engkau sakit-sakit sahaja selepas engkau berusaha untuk sihat Jangan rasa tidak senang dengan Tuhan Tuhan Maha Bijaksana dari engkau Sihat kan lebih baik? Itu rasa engkau dan kehendak engkau Tapi Tuhan Maha Mengetahui Kalau engkau sihat engkau lebih jahat Sakit itu padanlah bagi engkau Kalau engkau rakyat jelata, tidak berpangkat, tidak berkuasa Engkau bersedih dan merintih Kesal tidak berkesudahan Tidak redha dengan Tuhan Kedudukan engkau itu padanlah dengan engkau Mana engkau boleh jamin Kalau engkau berpangkat dan berkuasa Engkau berlaku adil

118

TAUHID & TASAWUF

Apa jaminan engkau tidak menyalahguna kuasa bila berkuasa Jika engkau selalu sahaja ditimpa bala bencana Redhalah Di situ mesti ada kebaikannya, percayalah Kalau Allah tidak lakukan begitu kepada engkau Mungkin engkau menjadi penzalim dan pengacau Justeru itu redhalah dengan ketentuan Tuhan engkau Allah tidak lakukan sesuatu dengan sia-sia Allah tidak main-main dengan ciptaan-Nya Setiap apa yang dilakukan-Nya Ada hikmah, ada pendidikan dan ada pengajaran Allah Maha Mengetahui Kita tidak mengetahui

Selepas Asar 20 - 04 - 1997 119

SAJAK SIRI 1

47

ENGKAU TIDAK LIHATKAH KUASA DAN KERJA TUHAN?

NGKAU tidak lihatkah kuasa Tuhan dan kerja-kerja-Nya Setiap hari kita lihat, membaca dan mendengarnya Sungguh menakut dan mengerikan Orang-orang kaya, yang punya nama, tiba-tiba mati mengejut meninggalkan harta Orang-orang kaya yang punya glamour, tiba-tiba muflis menjadi papa Pemimpin-pemimpin yang ternama yang sedang membina nama Tiba-tiba dijatuhkan oleh rakyatnya Seorang yang ternama dikagumi oleh dunia mati terhina Gunung berapi meledak, gempa bumi menggoncang, air bah mengamuk Tidak dapat dibendung oleh alat-alat sains teknologi yang canggih Kapal terbang jatuh membunuh beratus-ratus penumpang Yang tidak mampu tenaga manusia membendungnya Belum lagi manusia mati setiap hari akibat perang yang manusia bukan suka Tapi tidak dapat menahan dan membendung daripada berlakunya peperangan yang memusnah Hampir setiap bulan di dunia ada sahaja negara yang dipukul ribut Memusnahkan dan merosakkan apa sahaja Air bah yang mengganas memusnah, meruntuh dan membinasakan apa sahaja Belum lagi soal-soal jenayah yang manusia tidak suka tapi terjadi Eksiden dan pelanggaran kereta setiap hari membunuh dan merosakkan Tanah runtuh dan berbagai-bagai lagi kejadian yang mengerikan terjadi

120

TAUHID & TASAWUF

Tidak mampu manusia mengelakkannya sekalipun mempunyai ilmu yang tinggi Begitulah kuasa Tuhan dan kerja Tuhan di dunia ini Tapi tidak ada manusia mengambil iktibar dan pengajaran Tidak juga manusia itu kembali kepada Tuhan Di Akhirat lebih lagi parah kena hukuman Bagi mereka yang tidak sedar dan tidak rujuk kepada Tuhan Yang seksaannya lebih parah lagi Yang penderitaannya lebih sengsara lagi dan lebih hebat

23 Ramadhan 1420 31 - 12 - 1999 121

SAJAK SIRI 1

48

PILIHAN-MU PENUH HIKMAH

ILIHAN-MU penuh hikmah, Tuhan Pilihanku penuh nafsu Kerana Engkau yang melakukan, Engkau Maha Mengetahui Kerana itulah aku boleh redha dengan ketentuan-Mu Atau setidak-tidaknya berilah aku kesabaran, aku boleh sabar Permintaanku dengan urusan duniaku Engkau berilah yang sepadan dengan kedudukanku Permintaanku dengan urusan Akhiratku, janganlah Engkau sukat dan bataskan Engkau luaskanlah seluas-luasnya Kerana di sana negara penyudah Negara rahmat dan nikmat Kalau aku memohon sebanyak mana pun Tidak ada salahnya

Selepas Subuh - 1 30 - 10 - 1998 122

TAUHID & TASAWUF

49

PERLUNYA RASA BERTUHAN

ARILAH kita rasakan Tuhan itu Pelindung Marilah kita rasakan Tuhan itu Penjaga Marilah kita merasakan Tuhan itu Pengawal Marilah kita merasakan Tuhan itu Pembela Marilah kita merasakan Tuhan itu Penyelamat Marilah kita merasakan Tuhan itu segala-galanya Rasa-rasa ini mendorong kita cinta kepada Tuhan Rasa-rasa ini menjadikan kita takut kepada-Nya Rasa-rasa ini membawa kita malu kepada-Nya Rasa-rasa ini mendorong kita merasa kuat dengan-Nya Juga rasa-rasa ini mendorong kita menjadi berani yang tiada taranya Kerana Pelindung dan Pembela kita itu Maha Gagah dan Berkuasa Maha Berkehendak dan kehendak-kehendak-Nya tidak boleh siapa menolaknya Siapa yang merasa seperti yang dikatakan, waktu seorang terasa ramai Di waktu ramai, bertambah lagi dirasakan ramai Rasa-rasa inilah, kita pandang makhluk ini tiada kuasa apa-apa Walau bagaimana besar kuasa dan pangkatnya Kita akan merasa semuanya ini sama sahaja dengan kita Tidak ada mempunyai apa-apa kuasa dan daya Di hadapan Tuhan sama sahaja Barulah kita berani dan tegas menegakkan kalimah Allah Di sinilah perlunya kita rasa bertuhan

Selepas Isyak 31 - 8 - 1999 123

SAJAK SIRI 1

50

SUBURKAN RASA BERTUHAN

ALAU seorang hamba itu merasa kebesaran dan kehebatan Allah Taala Bagaimana besar dan tinggi kedudukannya, dia rasa tenggelam di dalam kebesaran Allah Taala Maka dia tidak akan merasa lagi dirinya ego dan besar Jika seorang hamba itu merasa kasih sayang dan rahmat Allah Taala setiap masa Di waktu itu cintanya kepada Allah Taala pun berbunga Begitulah kalau seorang hamba itu merasakan setiap rezeki dan nikmat itu daripada Allah Taala Bukan sahaja dia akan bersyukur Bahkan dia sentiasa malu dengan Tuhan Juga kalau seorang hamba itu sentiasa merasa kuasa Tuhan dan kehendak-Nya sentiasa menguasai dirinya Dia sentiasa rasa takut dan hebat kepada Allah Seterusnya seorang hamba itu sentiasa sedar Tuhan selalu mengetahui, melihat dan mendengarnya Dia sentiasa rasa hina dan merendah diri kepada-Nya Sentiasa takut hendak melanggar perintah-Nya Sentiasa beradab kepada Tuhan Penciptanya Kalau seorang hamba itu merasakan pemurahnya Tuhan terhadap hamba-hamba-Nya Dia akan bersyukur selalu, malu setiap waktu Itulah perlunya seorang hamba itu rasa bertuhan Agar sifat-sifat hamba ini dapat dikekalkan setiap masa Bila rasa bertuhan subur selalu di dalam jiwa Inilah dia pengawal, penjaga dirinya Suburkanlah selalu rasa bertuhan Agar kita boleh jaga diri

Menjelang tidur 8 - 10 - 1999 124

TAUHID & TASAWUF

51

TUHAN ADALAH PELINDUNG

ASAKAN dan yakinlah bahawa Tuhan adalah Pelindung Penjaga, Pengawal dan Penyelamat Tapi Tuhan boleh melakukan apa sahaja ke atas diri kita Namun Dia Maha Suci daripada menzalimi Di sinilah kita perlu takut kepada-Nya Tuhan adalah Maha Pengasih dan Penyayang kepada makhluk-Nya Terutama kepada manusia sebagai hamba-Nya Tidak ada siapa yang boleh menandingi kasih dan sayang Tuhan Namun Tuhan bila-bila masa boleh murka kepada hamba-Nya Tapi penuh berhikmah dan mengandungi pengajaran Mintalah kepada-Nya apa sahaja Kerana Tuhan itu adalah Maha Kaya Tapi ingat! Dia memberi dengan penuh bijaksana tidak semberono Tuhan Maha Adil dengan makhluk-Nya Terutama kepada manusia sebagai hamba dan khalifah-Nya Namun Dia adalah Hakim yang menghukum Tidak kira kepada siapa sekalipun saja Tapi Tuhan tidak berdendam Ia melakukannya dengan sifat keadilan-Nya kepada makhluk-makhluk-Nya Begitulah di antara sifat-sifat Tuhan yang mesti kita mengetahui Makin kita kenal Tuhan Semakin indah kita rasa bertuhan Semakin kita kenal Tuhan Semakin cinta dan takut kita kepada Tuhan Makin kita kenal Tuhan Terasa sangat kita memang perlu kepada Tuhan Kerana itu kenalilah Tuhan Agar kita rasa indah bertuhan dan rasa bertuhan
Selepas Zuhur 15 - 12 - 1999 (7 Ramadhan 1420) 125

SAJAK SIRI 1

52

TANDA-TANDA KASIH SAYANG TUHAN

ELIHAT benda yang indah Seperti melihat sesuatu yang hijau lambang kasih sayang Allah Mendengar perkara yang sedap didengar seperti suara yang merdu tanda kasih sayang Tuhan Setiap detik kita menghirup oksigen tanda cinta-Nya kepada kita Kita boleh berhibur di antara suami isteri adalah kasih sayang-Nya Dapat anak-anak sebagai cahaya mata juga kasih sayang-Nya Apatah lagi makan minum, tempat tinggal, kenderaan adalah kasih sayang-Nya Pangkat jawatan, kemudahan-kemudahan hidup dan keindahan termasuk kasih sayang-Nya Apabila kita letih atau mengantuk ditidurkan-Nya kita Apabila kita bangun dari tidur, kemudian pergi mandi segar semula badan kita Semuanya itu adalah kasih sayang Tuhan Bahkan apa yang sedap dirasa, sedap disentuh, sedap didengar juga kasih sayang-Nya Juga apa yang dapat difikirkan, yang dapat dibaca menjadi ilmu semuanya berhubungan dengan kasih sayang Tuhan Setiap ilmu yang baru dapat, pengalaman yang baru dijumpa adalah kasih sayang Tuhan kepada kita Patutlah Tuhan hendak menarik perhatian kepada kita Bahawa Dia adalah mengasihi dan menyayangi kita Diperintahkan kita setiap kebaikan yang hendak dibuat dengan menyebut nama-Nya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Agar kita sentiasa sedar bahawa Tuhan amat mengasihi dan amat Penyayang

126

TAUHID & TASAWUF

Moga-moga dengan itu kita akan membalas kasih sayang-Nya Semoga dengan itu kita rasa cinta kepada-Nya Dengan itu kita rasa bahagia menyebut nama-Nya Rasa rindu menyembah-Nya, memuja dan membesarkan-Nya Kita akan jadikan Dia Kawan Setia Kita terhibur dengan-Nya dan kita tidak akan melupakan-Nya Tapi mengapa kita tidak rasa yang Tuhan itu kasih dan sayang kepada kita? Mengapa kita tidak rasa hendak mencintai-Nya? Kerana hati kita sudah buta disebabkan cinta dunia

Menjelang Maghrib 21 - 02 - 2000 127

SAJAK SIRI 1

53

ALLAH SUMBER BAHAGIA

LLAH Taala adalah sumber bahagia Ini bukan semua orang yang boleh merasa Ini hanya dapat dirasa oleh jiwa yang bertaqwa Berdoa sahaja sudah rasa sedap Sekalipun belum tentu dikabulkan doa Bercakap-cakap dan berbisik-bisik dengan Tuhan Sudah terasa lazatnya Bermunajat dengan-Nya terasa indahnya Allah Taala terasa dekat Tapi tidak berantara dan bercara Ia terasa ada di mana-mana Tapi tidak ada di sana Kita terasa sangat Ia bersama kita Semuanya tidak bercara Tuhan dirasakan sangat diperlukan Masya-Allah indahnya bertuhan Rahmat-Nya dan kurniaan-Nya seperti dirasakan Sama ada yang nyata mahupun yang tidak nyata Setiap detik dia mengurniakan Allah! Allah! Allah! Besarnya erti hidup bersama Tuhan Tuhan adalah hidup mati kita Tuhan adalah segala-galanya Jangan lupakan Tuhan!

29 - 07 - 1999

128

TAUHID & TASAWUF

54

TANDA KEBESARAN TUHAN PADA DIRI ENGKAU

ALAU engkau jadi orang besar Bukankah tanda kebesaran Tuhan ada pada diri engkau Ia adalah melambangkan kebesaran Tuhan engkau Maka mengapa engkau pula yang membesarkan diri Jika engkau menjadi orang kaya Bukankah kekayaan Tuhan engkau ada pada diri engkau Mengapa pula engkau yang berbangga Sepatutnya engkau malu kepada Allah, Tuhan yang memperlihatkan kekayaan-Nya pada diri engkau Kalau engkau orang yang berkuasa Ertinya kekuasaan Tuhan nampak dilihat pada diri engkau Sedikit kuasa dipinjamkan kepada diri engkau Mengapa pula engkau sombong dan menggunakan kuasa sewenang-wenangnya Allah Taala boleh tarik balik kekuasaan itu pada bila-bila masa Kalau engkau menjadi seorang yang pandai Ertinya ilmu atau kepandaian Tuhan itu ada pada diri engkau Ia menggambarkan ilmu Tuhan diberi sedikit kepada engkau Tuhanlah yang memandaikan engkau, engkau yang kena pandai Sepatutnya engkau merendah diri kepada-Nya Bersyukur, memuja, menyembah dan membesarkan-Nya Engkau tidak akan sombong dengan ilmu itu Bahkan engkau merasa bertanggungjawab memberi ilmu itu kepada orang lain Engkau tidak akan menggunakan ilmu itu untuk kepentingan diri engkau

Selepas Asar 04 - 02 - 2000 (29 Syawal 1420) 129

SAJAK SIRI 1

55

TUHAN ITU RAFIQUL ALA

AHAM sekular telah memisahkan hamba-hamba dengan Tuhan-Nya Sekalipun dia pelajar agama Walaupun percaya dengan adanya Tuhan Tapi tidak kenal Tuhan, siapa sebenarnya Tuhan, apa peranan Tuhan Mereka tidak tahu apa perlunya kepada Tuhan Kalaupun mereka tahu bahawa Tuhan itu hanya mengazab dan menghukum Mereka tidak tahu bahawa Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang Tuhan itu Maha Pemurah, Maha Berkuasa Penjaga dan Pelindung Mereka tidak faham bahawa Tuhan itu Pemimpin Idola yang patut ditakuti, disembah, dicintai dan disanjung Bahkan mereka tidak faham bahawa Tuhan itu adalah Rafiqul Ala Kawan sejati yang sangat setia serta membela Mereka tidak faham bahawa Tuhan itu adalah segala-galanya Kalaulah mereka faham siapa sebenarnya Tuhan Mereka akan jadikan Tuhan sebagai kawan Kawan yang dicintai, disanjung dan dipuja Mereka tidak akan memutuskan hubungan dengan Tuhan setiap masa Mereka rasa perlu dan bahagia bersama Tuhan Tuhan akan dibawa ke mana-mana Tuhan akan dibawa di waktu rehat Di waktu susah dan senang Di waktu bermukim dan bermusafir Di waktu sihat dan sakit Di waktu tidur dan baring

130

TAUHID & TASAWUF

Di waktu sibuk dan bekerja Hinggakan rasa bertuhan tidak lekang dari jiwa Di masa yang sama, rasa kehambaan begitu subur di dalam hatinya

Menjelang Maghrib 09 - 11 - 1999 131

SAJAK SIRI 1

56

BERKAWAN DENGAN TUHAN TIDAKLAH SUSAH

ALAU kita ingin jadikan Tuhan kawan setia, tidaklah susah Tidak seperti berkawan dengan manusia Kerana kita tidak payah panggil Dia untuk berkawan Tuhan Maha Suci daripada istilah datang Kita tidak perlu jemput Dia Kerana Tuhan tidak terlibat dengan jauh dan dekat Kita tidak perlu ajak Dia Dia memang sudah siap siaga Terpulanglah kepada kita Kita tidak payah beritahu Kerana Dia sudah sedia tahu tentang kita Soalnya kita mahu ataupun tidak Berkawan dengan-Nya itu sahaja Kita tidak perlu ingatkan Dia Kerana Dia memang tidak pernah melupakan kita Di mana-mana kita boleh berkawan dengan-Nya Tidak seperti manusia Berkawan dengan manusia di tempat-tempat tertentu sahaja Dan di masa-masa yang tertentu sahaja Seperti di jamban kita terpaksa tinggalkan dia Di waktu bersama isteri, kita tidak boleh berkawan lagi dengannya Di waktu dia bersama isterinya pun dia tinggalkan kita pula Jadi berkawan dengan manusia ada batasnya Berkawan dengan Tuhan tidak kira tempat dan masa Boleh berlaku di sebarang tempat Dan setiap masa Cuma kita mahu atau tidak berkawan dengan-Nya Ertinya kita ingat Dia, sujud kepada-Nya Bangun-bangun saja, ingat Dia

132

TAUHID & TASAWUF

Hendak tidur, ingatkan Dia Kita serahkan nasib kita kepada-Nya Bertanya kepada-Nya, meminta kepada-Nya Rasakan Dia ada di mana-mana bersama-sama kita Cuma tidak bertempat macam kita Anugerah-Nya kita bersyukur kepada-Nya Di mana kita pergi, rasa bertuhan kita bawa bersama-sama Cara itulah kita berkawan dengan Tuhan

Menjelang tidur 01 - 11 - 1999 133

SAJAK SIRI 1

57

INGATLAH TUHAN WALAU DI MANA

ANGUN, bangun tidur sahaja di waktu Subuh, mulakan dengan Tuhan Dia adalah Kawan Setiamu Apabila nanti kamu menyembah-Nya, biarlah rasa puas Kerana segala ikrar, seluruh bentuk pengaduan engkau telah panjatkan Selepas itu kalau perlu makan, makanlah Ingatlah lebih dahulu nikmat yang di hadapanmu itu anugerah-Nya Dan rasakan kita tidak layak menerimanya Tapi Allah Taala dengan kemurahan-Nya diberi-Nya juga Agar kita merasa malu berhadapan dengan nikmat Tuhan, kerana Ia memerhatikan Kemudian mulakanlah makan dengan menyebut nama-Nya Janganlah lupa menyebut nama-Nya lebih dahulu Selepas itu berjalanlah pergi membuat kerja atau menunaikan kewajipan masing-masing Tapi ingatlah, bawa Tuhan bersama Dia adalah Kawan Setia kita Di tempat kerja jangan lupa lagi Tuhan bersama kita Ia memerhati dan melihat kerja-kerja kita Selesai bekerja, menjelang pulang ingatlah bahawa Tuhan bersama kita Rasa malulah, jagalah mata, jagalah telinga, Dia melihat kita Sampai di rumah, masuklah ke rumah bersama Tuhan Apabila mengerjakan sembahyang Maghrib dan Isyak Sembahyanglah puas-puas Ertinya kita bercakap-cakap dengan Tuhan dengan sepenuh hati seperti Subuh tadi Selepas itu tidurlah bersama Tuhan

134

TAUHID & TASAWUF

Ertinya sepanjang hidup kita Kita mulakan dengan Tuhan dan kita tutuplah dengan Tuhan Di waktu itu kita mati, di waktu mana dan bagaimana pun tidak mengapa Kerana seluruh hidup kita telah mengikut disiplin Tuhan

Selepas Zuhur 29 -0 9 - 1999 135

SAJAK SIRI 1

58

AKU SEBUT NAMA-MU TUHAN

KU sebut nama-Mu Tuhan Tanda perhubunganku dengan-Mu Aku ingat dengan hatiku Agar tidak putus hubunganku itu Aku perlu menyebut nama-Mu selalu Kerana itu adalah hiburanku Nama-Mu aku sebut selalu, itulah kebahagiaanku Bagaimana aku tidak menyebut nama-Mu selalu Nikmat-nikmat-Mu tidak pernah putus-putus kepadaku Kasih sayang-Mu yang Engkau beri kepadaku Setiap detik dan waktu Takkan aku jemu menyebut nama-Mu Sedangkan Engkau sentiasa tahu tentang aku Sekali-sekala aku lupa, itu biasalah tabiat manusia Engkau sentiasa sibuk mengurus diriku Iman, Islam dan ibadahku Turun naik nafasku, gerak-geri tubuh badanku Makan minumku, pakaianku, tempat tinggalku Menggerakkan fikiranku, membolak-balikkan hatiku Tutur bahasaku, pandangan dan penglihatanku, sentuhanku, perasaanku Tidak terlepas daripada kuasa dan kehendak-Mu Setiap yang aku kerjakan selagi ia dianggap baik, aku meminta pertolongan-Mu Tidak mungkin aku boleh buat kalau bukan pertolongan-Mu Setelah selesai aku buat, aku serahkan kejayaannya kepada-Mu Terpulanglah kepada-Mu, Engkau lebih tahu hikmahnya Sama ada hendak dijayakan atau tidak Tidak ada satu perkara pun yang berlaku kepadaku yang bukan gerakan dari-Mu Jadi bagaimana aku mesti melupakan-Mu

136

TAUHID & TASAWUF

Tidak patut sekali kalau aku tidak menyebut nama-Mu selalu Aku harap bantulah aku agar aku lebih kerap menyebut nama-Mu Biarlah hidup matiku, nama-Mu sentiasa di bibirku atau di hatiku Matikan aku di waktu aku menyebut nama-Mu Itulah harapanku kepada-Mu

Menjelang tidur 09 - 11 - 1999 137

SAJAK SIRI 1

59

JADIKAN TUHAN SEBAGAI KAWAN

ADIKANLAH Tuhan sebagai kawan Bawa Dia ke mana-mana senang untuk bertanya Engkau tidak terasa keseorangan Engkau terasa ada kawan setia yang mengiringi Waktu hendak berbuat sesuatu tanyalah Tuhan Waktu hendakkan sesuatu minta tolonglah kepada-Nya Jika terasa takut ingatlah bahawa Kawan kan ada bersama kita, walaupun Dia tidak di samping kita Dia sentiasa memerhati dan mendengar rintihan kita Waktu buntu tanyalah Tuhan, Kawan yang tidak pernah kecewakan kita Engkau akan dapat pedoman dan panduan Waktu rehat-rehat jangan lupa Kawan Setia kita Kerana Tuhan tahu tentang kita Mengapa kita melupakan Dia Yang sentiasa berada dengan kita, walaupun tidak di sebelah kita Waktu hendak tidur, beritahulah Dia bahawa jagalah aku Engkau boleh jaga aku kerana Engkau tidak tidur Di kala kita terjaga, berterima kasihlah kepada-Nya Kerana Dia telah menjaga dan mengejutkan kita Sucikanlah Dia dengan mengucap tasbih Kerana Dia bukan kawan biasa yang serupa Barukan ikrar kita kepada-Nya, bahawa Dia adalah Tuhan kita Selepas solat kemudian pergi menunaikan kewajipan Bawalah lagi Dia ke mana-mana Jadikanlah Dia tempat menerima nasihat dan tempat bertanya Apa sahaja hendak buat jangan lupa tanyalah Dia Kalaulah Tuhan kita, boleh kita jadikan kawan hidup kita Kita pasti selamat dunia Akhirat
Selepas Isyak 24 - 09 - 1999 138

TAUHID & TASAWUF

60

AKU BAHAGIA ENGKAU TUHANKU

KU sembah-Mu Tuhan kerana aku ini adalah hamba-Mu Aku rasa bahagia engkau adalah Tuhanku Aku merasa mulia bahawa Engkau menjadi Tuhanku Engkau mengenalkan aku bahawa Engkau Tuhanku Aku rasa ini adalah satu rahmat dan nikmat yang tidak ada taranya Aku tidak tahu apakah yang aku hendak balas kurniaan-Mu Melainkan bakti dan ibadahku kepada-Mu, itulah sahaja balasanku Itu pun sudah tentu tidak mencukupi untuk membalas anugerah-Mu Kerana Engkau telah mengenalkan diri-Mu kepadaku Patut sekali aku menyembah-Mu tidak jemu-jemu Aku tidak fikir lagi Syurga dan Neraka Aku tidak berminat lagi fadhilat itu dan ini Kerana Engkau adalah segala-galanya Syurga dan Neraka sudah terlalu kecil buatku Kerana Zat-Mu yang Maha Agung telah aku miliki Engkau adalah terlalu besar buatku Engkau patut aku puji dan puja Aku sembah dan sanjung setiap masa Terima kasih Tuhan, Engkau telah mengenalkan diri-Mu kepadaku Hingga Engkau menjadi Tuhanku Aku sungguh bangga dan bahagia mempunyai Tuhan Yang menciptaku dan melindungiku setiap waktu Engkau adalah Tuhanku, janganlah tinggalkan aku

Menjelang tidur 23 - 11 - 1999 139

SAJAK SIRI 1

61

INDAHNYA BERTUHAN

NDAHNYA bertuhan Senang dan tenang dibuatnya Kerana kasih sayang-Nya dan cinta-Nya kepada kita begitu terserlah Setiap saat dan ketika bahkan setiap detik kita lihat kasih sayang-Nya kepada kita Bukankah oksigen kita hirup kasih sayang-Nya kepada kita? Nafas turun naik kasih sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya? Untuk melepaskan haus diberi kita air Di waktu lapar diberi kita makan Itulah kasih sayang-Nya Berbagai-bagai pemandangan yang indah menyejukkan mata, menenangkan hati Suara yang lemak merdu yang kita boleh dengar di waktu hendak berhibur Diberi kita ilmu dan pengalaman untuk panduan hidup Bahkan ilmu terasa kawan di dalam diri Yang boleh dibawa ke mana-mana, itulah kasih sayang-Nya Kita sibuk bekerja di waktu siang dengan letih dan lesu Diberi kita tidur di waktu malam sebagai kerehatan Segar bugar kembali badan kita untuk digunakan semula di siangnya Bukankah itu semuanya nikmat dari-Nya? Sebagai kasih sayang-Nya kepada kita?! Dianugerahkan di dalam jiwa syahwat Kalau kita lelaki ingin kepada perempuan, kalau kita perempuan ingin kepada lelaki Maka terjadilah nikah kahwin Untuk boleh berhibur satu sama lain Hasil perkahwinan dapat pula cahaya mata Bukankah itu cinta-Nya Tuhan kepada hamba-hamba-Nya

140

TAUHID & TASAWUF

Kalau begitulah kasih sayang Tuhan yang sangat terserlah Mengapa manusia tidak terasa lagi kasih sayang-Nya Mengapa manusia yang dia rasa Tuhan itu semata-mata menghukum Mengapa yang dirasa oleh manusia ujian yang menyusahkan yang datang sekali-sekala Kasih sayang yang setiap detik dilupakan Padahal kasih sayang Tuhan dan rahmat-Nya kepada manusia begitu luas dan merata setiap detik dan masa Sepatutnya kita jatuh hati kepada Tuhan Dan cinta kita kepada-Nya tidak akan padam-padam buat selama-lamanya

Selepas Asar 04 - 02 - 2000 (29 Syawal 1420) 141

SAJAK SIRI 1

62

RIJALULLAH

RANG yang rasa bertuhan sentiasa hidup atau jaga jiwanya Hingga lupa dan lalainya kepada Tuhan sedikit sahaja Di waktu-waktu tertentu terasa kuasa dan kehendak yang Maha Kuasa Di masa-masa tertentu teringat rahmat dan nikmat-Nya Adakalanya terasa agung dan hebat Tuhannya Di dalam keadaan tertentu terasa Qahhar dan Jabbar-Nya Tidak kurang di masa-masa yang tertentu Terasa Tuhan itu melihat dan mendengar Adakalanya terasa Tuhan itu mengetahui dan melihat Begitulah orang mukmin yang sejati Bertukar keadaan strategi yang dialami, bertukar pula rasa bertuhannya Berlainan yang dia lihat di dalam kehidupan ini, berlainan pula rasa bertuhannya Begitulah jiwa orang yang sentiasa hidup atau jaga Rasa bertuhan itu dibawa ke mana-mana Tidak lekang daripada hati dan jiwa mereka Bahkan rasa bertuhan itu makin lama semakin tajam Inilah dia orang Tuhan atau Rijalullah Inilah dia Al Arifbillah di zamannya Dengan sebab mereka itulah berkat dan rahmat Allah masih ada Bala bencana dijauhkan daripada mereka Bumi sanggup setia dengan manusia Kalau manusia yang ramai tahu Sudah tentu berterima kasih kepada mereka Tapi manusia tidak mengetahuinya Kerana ia adalah rahsia Tuhannya

Menjelang tidur 21 - 10 - 1999 142

TAUHID & TASAWUF

63

KALAU ENGKAU SEDAR ALLAH MELIHATMU

ALAU engkau sedarlah Allah Taala sentiasa melihatmu Setiap detik mengetahui diri lahir dan batinmu Terus-menerus mendengar tentangmu Kuasa dan Kehendak-Nya tidak pernah lekang darimu Dia boleh buat apa sahaja terhadap dirimu Engkau sedikit pun tidak dapat menolaknya Merakamkan baik burukmu Sekalipun sebesar habuk Sudah tentu jiwamu sentiasa bergelombang kerana takut dengan Tuhanmu Cemas selalu tidak menentu Kecut rasa hatimu Gelisah dan resah hingga mengganggu fikiranmu Kalau begitu sudah tentu dunia tidak akan menipu dayamu Sudah tentu kamu takut sekali hendak membuat dosa Begitulah hati para rasul, anbiya dan auliya Allah Kerana mereka rasa bertuhan sangat tajam Sentiasa mencengkam jiwa mereka Rasa bertuhan tidak lekang dari perasaan mereka Merekalah orang-orang yang benar-benar mengenal Tuhan Walaupun jasad lahir mereka bersama manusia Tapi hati mereka bersama Tuhan

Menjelang Tidur 10 - 09 - 2000 143

SAJAK SIRI 1

64

KALAU TERASA KEBESARAN TUHAN

ALAU seseorang itu terasa kebesaran Tuhannya Nescaya lebur kebesarannya di dalam kebesaran Tuhannya Fana di dalam kehebatan-Nya Terasa kerdilnya diri ini dan terlalu hinanya Tenggelam di dalam keagungan-Nya Jika seseorang terasa Maha Kuasa-Nya Tuhan Bagaimana besarnya kuasa seseorang itu tidak terasa lagi ada kuasa pada dirinya Terasa sangat dirinya itu tertakluk di dalam kekuasaan Tuhannya Kalau seseorang itu terlalu kenal kemurahan Tuhannya Setiap detik sentiasa menerima anugerah-Nya dan kasih sayang-Nya Aduh! Malunya dia kepada Tuhannya Menjadikan dia seorang pemurah, kerana mengikut Pemurahnya Tuhannya Jika seseorang itu sedar sangat bahawa kehendak Tuhan itu lulus Apa sahaja boleh berlaku kepada seseorang itu Tuhan boleh buat apa sahaja terhadap dirinya Aduh kecut perutnya, menggeletar sendi-sendinya Cemas selalu, rusuh hatinya Kalau seseorang sentiasa sedar bahawa Tuhan Tahu, Tuhan Melihat, Tuhan Mendengar Tidak pernah lekang sekalipun sekelip mata Sudah tentu rasa bertuhan menyelubungi rasa hatinya Dia rasa tidak tentu arah, serba salah Betapalah hendak membuat salah dengan sengaja Tidak tergamak dia hendak melakukannya Malu yang amat sangat hendak mengerjakannya
Menjelang tidur 04 - 01 - 2000 (27 Ramadhan 1421) 144

TAUHID & TASAWUF

65

JANGAN TINGGALKAN AKU TUHAN

ALAU Engkau tinggalkan aku Tuhan Apalah erti hidup ini Jika Engkau biarkan aku Tuhan Segala yang ada tidak ada erti Apalah erti hidup, tanpa-Mu Tuhan Aku memerlukan-Mu Jika Engkau pimpin aku Segala yang ada mempunyai makna Setiap milikanku mempunyai erti Kalau tidak memiliki apa-apa pun, masih mempunyai Begitulah besarnya erti hidup bersama-Mu Bahagialah hati, cerialah muka walaupun papa Kalau hidup ini tidak bersama-Mu Hilanglah bahagia, ceria tiada, walaupun berkuasa dan kaya Betapalah kalau miskin dan papa Bertambah malang bahkan celaka Engkau adalah keperluan di dalam kehidupan Engkau adalah cahaya menyuluh harapan Engkau adalah diperlukan di dalam sebarang hal dan keadaan Engkau adalah segala-galanya Jangan tinggalkan aku Tuhan! Jangan biarkan aku Tuhan Itulah harapanku pada-Mu Dengan rahmat-Mu Tuhan, harap tunaikan

Julai 1999 145

SAJAK SIRI 1

66

APA YANG TUHAN JADIKAN ADALAH UNTUK MERASAI KEBESARAN-NYA

UHAN menjadikan mata engkau bukan sekadar engkau hendak tahu najis apa dan apa warnanya Hingga engkau dapat ilmu daripada penglihatannya Tapi Tuhan mahu supaya engkau merasa kebesaran dan kuasa Tuhan pada benda yang engkau pandang itu Agar engkau membesarkan dan mengagungkan-Nya Tuhan memberi engkau pendengaran bukan sekadar halwa telinga Atau dapat membezakan suara-suara makhluk-Nya Juga ia merupakan sumber pengetahuan buat insan Tapi Allah mahu supaya engkau terasa betapa kuasa-Nya dan rahmat-Nya kepada manusia Tuhan mejadikan akal bukan sekadar engkau boleh berfikir dan mengkaji sesuatu hingga engkau dapat pengetahuan dan pengalaman Tapi Tuhan mahu supaya engkau terasa kasih sayang-Nya serta rahmat-Nya kepada engkau Dan patut engkau terasa malu kepada-Nya Agar engkau menjadi tawadhuk dan merendah diri Bukan membesarkan diri kerana kebolehan engkau Begitu juga engkau ada hati, padanyalah engkau ada perasaan Perasaan itu pula datang berbagai-bagai rasa mengikut keadaan Keadaan yang engkau lihat, yang engkau rasa, mengikut keadaan Keadaan yang engkau lihat, yang engkau dengar dan yang engkau fikirkan Supaya engkau terasa Maha Kuasa-Nya dan Pentadbirnya Tuhan dengan penuh bijaksana Yang boleh membolak-balikkan perasaan insan Yang engkau sendiri tidak mampu mengkontrolnya apabila tiba masanya

146

TAUHID & TASAWUF

Agar engkau terasa lemah inginkan pertolongan Tuhan Supaya engkau dapat menetapkan pendirian engkau Jangan sampai engkau tergelincir pegangan dan keyakinan engkau terhadap kebenaran Bukan engkau hendak lajakkan apa yang engkau rasa sekalipun bertentangan dengan kehendak Tuhan Di sinilah engkau perlukan mujahadah Dan di sini jugalah engkau perlu bantuan Tuhan Di sini ramai manusia yang gagal berfungsi Iaitu apa yang dia dengar, lihat, fikirkan dan rasa yang dapat dihubungkait dengan Tuhan

Selepas Asar 9 Safar 1421 147

SAJAK SIRI 1

67

KEBESARAN DAN KEKUASAAN ENGKAU DAPAT DIRASA DALAM DIRI

UHAN, baru aku sedar Kebesaran dan Kekuasaan Engkau ada di dalam diriku Bahawa hatiku tidak dapat aku menguasai atau mengawalnya Bahkan tubuh kasarku lebih mudah aku mengkontrolnya Padahal keinginanku agar hati sentiasa tenang dan bahagia Rupanya ia sentiasa berbolak-balik tanpa kemahuanku Adakalanya dia sedih sedangkan aku tidak mahu Di waktu-waktu lain pula dia benci yang menyusahkan aku Sekali-sekala dia marah, menghilangkan kebahagiaanku Berlaku juga hatiku tenang dan senang Di waktu itulah aku rasa bahagia Tidak kurang juga di waktu-waktu tertentu hatiku gembira Di masa itu aku bertambah bahagia Di celah-celah itu hatiku jijik, tanpa kemahuanku Di waktu itu makan pun tidak lalu Sekalipun hidangan itu jenis makanan yang lazat Namun selera mati dibuatnya Rupanya begitulah hati manusia sentiasa berbolak-balik Pandai macam mana pun, berkuasa macam mana pun, kuat macam mana pun Tidak seorang pun yang boleh mengkontrol hatinya Maha Besar Engkau, Maha Berkuasa Engkau, Maha Hebat Engkau Rupanya kebesaran Engkau dan kekuasaan Engkau dapat dirasa di dalam diri manusia Kalau manusia hatinya tidak buta Betapalah di dalam alam semesta

06 - 08 - 2001 148

TAUHID & TASAWUF

68

BAGAIMANALAH AKU TIDAK MENYEMBAH-MU

UHAN! Bagaimanalah tidak aku menyembah-Mu Sedangkan aku hamba-Mu Sedangkan kewujudanku tanpa dipinta Ia adalah dengan iradah-Mu yang mempunyai hikmah Bagaimana aku tidak mengagungkan dan membesarkan-Mu Segala yang aku lihat menggambarkan kebesaran-Mu Bagaimana aku boleh melupakan-Mu, kasih sayang-Mu dapat kurasa Ia berlaku setiap masa dan waktu Bahkan turun naiknya nafasku itu salah satu kasih sayang-Mu Tuhan! Bagaimanapun aku adalah hamba Engkau pun tahu, di antara sifat-sifat hamba itu terlalai dan terlupa Cuai dan terleka Kerana itulah aku selalu sahaja memohon ampun kepada-Mu Cuai dan lalai pasti berlaku kepadaku Lupa dan leka terjadi selalu Di sinilah diharapkan dengan rahmat-Mu, lupakan sahaja kesalahanku Janganlah sampai Engkau bertindak ke atasku

Selepas Asar 27 - 08 - 1999 149

SAJAK SIRI 1

69

KEIKHLASANKU TERCACAT

UHAN! Selama ini Nerakalah yang aku lebih takut dari-Mu! Juga Syurga lebih kucinta dari-Mu sendiri Kedua-dua inilah yang mendorongku beribadah Kerana keduanya jugalah aku menjauhi larangan dan melaksanakan suruhan Aku rasa aku sudah tidak beradab dengan-Mu Tuhan Aku beramal ibadah kerana makhluk-Mu Keikhlasanku terhadap-Mu telah tercacat Kerja-kerja yang aku buat kerana Syurga dan Neraka Ketidakberadapan aku terhadap-Mu aku memohon ampun Kesilapan aku itu aku memohon maaf Bantulah aku agar amal ibadah yang kubuat kerana-Mu Tuhan Bukan kerana Syurga atau Neraka Aku amat takut dan bimbang jangan-jangan Syurga dan Neraka itu jadi hijab Sekali lagi aku memohon maaf Kerana keterlanjuranku Aku berjanji yang akan datang aku beribadah untuk-Mu Bukan kerana Syurga dan tidak juga kerana takut Neraka Cintakan Engkau dan takutkan Engkau adalah lebih utama

Selepas Asar 03 - 09 - 1999 150

TAUHID & TASAWUF

70

BERIBADAH BUKAN DARI PENGENALAN

ESEORANG itu kalau dia memperhambakan diri pada seseorang Dia rasa senang, bahkan adakalanya rasa bahagia Kerana dia hambakan diri pada seseorang kerana hormat dan senang Boleh jadi orang itu memberi kasih sayang Timbul kasih dan sayang di dalam hatinya pula Tapi kalau seseorang itu diperhamba kerana terpaksa Jiwanya akan derita dan terseksa Dia akan membuat kerja-kerja orang itu bukan dari hati Tetapi keadaan memaksa Mungkin padanya tidak ada jalan lain untuk hidup, melainkan dengannya Begitulah dengan Allah Taala Tuhan manusia Kalau dia menyembah Allah bukan dari pengenalan, jiwanya terseksa beribadah Hendak membuat kerja-kerja Tuhan macam terpaksa Beribadah tanpa bahagia Kerana itulah mengenal Tuhan itu wajib dan amat penting sekali Hingga terasa Tuhan itu Kuasa-Nya, Kehendak-Nya, Ilmu-Nya, Pendengaran-Nya Lebih-lebih lagi betapa Kasih Sayang-Nya, Rahmat dan Kurniaan-Nya Penjagaan-Nya, Bijaksana-Nya, Jaminan-Nya kepada manusia Di waktu itu beribadah terasa rindu Beribadah kepada Tuhan terasa sangat lazatnya Berkhidmat kepada Tuhan tidak terasa jemu Bahkan boleh berkorban untuk-Nya satu hiburan Apabila kurang berkhidmat kepada-Nya satu penyesalan Oleh itu kenali Tuhan dengan sebaik-baiknya Hingga terasa kasih dan sayang-Nya Takut dan cinta kepada-Nya Barulah kita beribadah kepada-Nya Menjelang Maghrib terasa lazatnya
14 - 09 - 1999 151

SAJAK SIRI 1

71

KUSEMBAHKAN PADA-MU TUHAN

USEMBAHKAN kepada-Mu Tuhan segala usaha dan amalan Namun selalu sahaja berlaku kualitinya murahan Tapi apakan daya, itulah yang dapat kusembahkan Aku harap dengan rahmat-Mu terimalah wahai Tuhan Kubisikkan pada-Mu berbagai-bagai harapan Aku menunggu segala jawapan dari sisi-Mu Tuhan Kalau jawapan tidak kudapati dari-Mu Tuhan Aku tetap redha menerimanya dengan penuh tabah dan kesabaran Aku sedar bahawa aku belum lagi layak menerimanya Kerana Engkau lebih tahu apa yang patut diberi kepada hamba-Mu Jika aku terima di waktu belum layak, aku pasti rosak Aku menunggu anugerah-Mu hingga aku layak Aku tidak mahu Engkau memberi aku secara istidraj Atau Engkau memberi aku di waktu Engkau murka Berilah lagi aku petunjuk Anugerahkanlah aku bersama taufik Agar hidayah dan taufik berjalan sama Barulah ilmu dan amalku berjalan seiring Di waktu itu barulah aku layak menerima daripada-Mu apa sahaja Kerana itulah aku redha menunggu Di waktu Engkau anugerahkan kepadaku bersama keredhaan-Mu

Selepas ekspedisi 18 - 12 - 1999 (10 Ramadhan 1420) 152

TAUHID & TASAWUF

72

TAKUTILAH ALLAH

AKUTILAH Allah kerana Dia adalah pencipta kita Takutilah Tuhan kerana Dialah yang menghukum kita Takutilah Allah kerana Dialah yang menentukan nasib kita Takutilah Tuhan, bukan takut dengan Neraka-Nya Takutilah Tuhan agar lahir rasa kehambaan Takutilah Allah, apa yang ditakuti terhindar sama Takutlah Tuhan supaya rasa bertuhan subur di jiwa Jika rasa bertuhan wujud, automatik rasa kehambaan wujud sama Tuhan perintahkan kepada kita Hendaklah takuti Zat-Nya yang Maha Esa Kerana Dialah yang menghidup dan mematikan kita Dialah yang mendatangkan kesenangan dan kesusahan kepada kita Dialah yang memberi nikmat dan Dia juga yang menarik nikmat Dialah yang menyihatkan kita dan Dia juga yang menyakitkan kita Pada Tuhan ada mempunyai kuasa dan kehendak yang mutlak Kecut perut kita kalau kita faham tentangnya Menggeletar jiwa kita bila kita mengenal kuasa-Nya Kerana itulah Tuhan sahaja yang patut kita takut Mengapa kita mesti takut dengan makhluk-Nya? Takutkan Allah menyelamatkan kita daripada takut kepada segala-galanya Kerana itulah kita perlu takutkan Allah sahaja Orang takutkan Allah, takkan Tuhan hendak mengazab ke dalam Neraka-Nya Neraka itu untuk orang yang tidak takut dengan Tuhan
Menjelang tidur 11 - 11 - 1999 153

SAJAK SIRI 1

73

AKU HAIRAN ENGKAU TIDAK TAKUT

KU hairan engkau tidak takut kepada satu Zat yang kuasa-Nya mutlak Kuasanya Maha Luar Biasa yang tiada tandingannya Kalau Dia ingin mengadakan atau mentiadakan Dia akan berkata: Jadilah, maka terus jadi Itulah Dia Tuhan yang mencipta segala-galanya Kehendak-Nya lulus, penglihatan-Nya tembus Pengetahuan-Nya meliputi apa yang ada dan yang tiada Pendengaran-Nya lulus dan peka Apa sahaja yang bersuara mahupun yang tiada suara semua didengar-Nya Dia sentiasa bersama kita terlalu dekatnya, tapi bukan dekatnya mengikut ukuran kita Yang boleh kita kata begian-begian jarak dekat dan jauhnya Dekatnya adalah cara mengikut ukuran Tuhan yang Maha Suci Yang tidak dapat digambarkan mengikut cara kita Cara-Nya kita tidak dapat mengukurnya kerana Dia Maha Suci daripada penyerupaan Tapi Tuhan dapat mengukurnya dan dapat mengukur cara makhluk-Nya Tuhan itulah yang engkau tidak mempedulikan Sungguh engkau manusia luar biasa Luar biasa yang tidak sepatutnya Bila berhadapan dengan Zat yang Maha Luar Biasa Luar biasa yang keterlaluan yang tidak sayugianya ada pada manusia Apa sudah jadi kepada engkau Di mana salah silapnya

154

TAUHID & TASAWUF

Kuasa Allah yang begitu terserlah yang mengecutkan perut bagi orang yang mengenalnya Tapi engkau tidak dapat menangkapnya dan tidak dapat merasanya Betullah otak engkau sudah gersang Dan hati engkau telah buta

Menjelang tidur 01 - 10 - 1999 155

SAJAK SIRI 1

74

TAKUTILAH TUHAN

ERHATI-HATILAH bahawa bumi yang engkau pijak Tuhan yang punya Hendaklah merendah diri dan sedarlah diri Makanan dan minuman setiap hari yang engkau makan dan minum nikmat dan pemberian-Nya Malulah kepada-Nya Syukurilah Dia! Setiap pakaian buat menutup badanmu dan perhiasan dirimu anugerah-Nya Jangan engkau hairankan dirimu! Setiap ilmu dan maklumat yang memandaikan akalmu kurniaan Tuhan Jangan pula engkau angkuh dan sombong Merasa manusia luar biasa Memandang orang menghina Ingatlah setiap kekayaan yang engkau miliki Adalah sedikit daripada kekayaan Tuhan yang diberikan kepadamu Dia boleh mengambil semula bila-bila masa Janganlah engkau terpesona dengan kekuasaanmu Kemudian dengan kuasa melakukan sewenang-wenangnya Tuhan sedang melihat dan memerhati Bila-bila Dia boleh bertindak Engkau akan jatuh terhina dan Akhirat pula Neraka Ingatlah nyawamu di antara nafas turun naik sahaja! Bila naik tidak turun, matilah kamu Jika turun tidak naik lagi, pun matilah kamu Tapi ini mudah sahaja Takutilah Tuhan agar di waktu mati di dalam keredhaan-Nya

Selepas Asar 03 - 08 - 1999 156

TAUHID & TASAWUF

75

ROBEKLAH HATIKU DENGAN TAKUTKAN-MU

UHAN! Robek-robeklah hatiku ini dengan takutkan-Mu Pecah-pecahkanlah hatiku dengan kehebatan-Mu Hancur luluhkanlah hatiku dengan Jabbar dan Qahhar-Mu Hiris-hirislah hatiku dengan Rahim dan Rahman-Mu Kecut dan reput-reputkanlah hatiku dengan Qudrah dan Iradah-Mu Agar jangan manusia dan kuasanya merobek-robek hatiku Supaya kebesaran manusia tidak pecah-pecahkan hatiku Jangan sampai zalim dan kezaliman manusia menghiris-hiris hatiku Aku berlindung dengan-Mu daripada makhluk yang merosakkan hatiku Juga aku berlindung dengan-Mu jangan sampai dunia dan nikmatnya merosak hatiku Tuhan, selamatkanlah hatiku daripada dirosakkan oleh pujian Peliharalah hatiku daripada nikmat dunia dan keindahannya Tuhan apalah ertinya aku cintakan Syurga-Mu padahal hatiku tidak mencintai-Mu Apalah ertinya aku takutkan Neraka-Mu sedangkan hatiku tidak takut dengan-Mu Tuhan! Hidayah-Mu yang aku pinta Taufiq-Mu yang aku mahu Selamatkanlah aku Tuhan! Peliharalah aku Pimpinlah aku ke jalan keselamatan Engkau adalah Tuhanku, pelindungku

Selepas ekspedisi 03 - 09 - 1999 157

SAJAK SIRI 1

76

SUNNATULLAH YANG BERLAKU

ALAM dan siang silih berganti Pagi dan petang pergi dan datang Begitulah Sunnatullah berlaku di dunia ini Tiada siapa yang dapat menahan dan menghalang Begitulah kuasa Allah dan kemampuan-Nya Agar manusia prihatin dan peka Supaya manusia takut dengan-Nya Bahkan manusia memerlukan Tuhan Susah dan senang juga silih berganti Sakit dan sihat demikian juga Nikmat dan niqmah pergi dan datang Patut manusia mengambil pengajaran dari kejadian

Selepas Subuh 25 - 09 - 1999 158

TAUHID & TASAWUF

77

TAKUTILAH ALLAH YANG MAHA KUASA DI WAKTU BERKUASA

AKTU kita ada kuasa, lebih-lebih lagi kuasa negara Jangan sesuka hati membuat apa sahaja Jauhilah sombong di dalam berbuat dan bertindak Walau bagaimana hebat kuasa kita Kita tetap hamba di dalam kuasa Tuhan yang Maha Kuasa Jauhi menzalim, menindas dan diskriminasi Tuhan amat murka Kerana ia memusnahkan kehidupan manusia Jangan bila berkuasa, merasa tidak kena kuasa Kita tidak ada kuasa, Tuhanlah yang berkuasa Oleh itu jangan sombong ketika berkuasa Kita bila-bila masa dari mulia boleh terhina Dari sewenang-wenang boleh kena tendang Merendah dirilah bila berkuasa Jangan ambil kesempatan di waktu ada kuasa Gunakanlah kuasa untuk mendaulatkan hukum Tuhan Dengan kuasa tegakkanlah keadilan Buat dan ratakanlah kebaikan di waktu berkuasa Lihatlah kehidupan rakyat jelata Belalah mereka yang susah dan teraniaya Janganlah fikir kita dan klik-klik kita sahaja Allah boleh lakukan kepada kita bagaimana yang Dia mahu Suatu hari kita boleh terhina Takutilah Tuhan Dia Maha Kuasa

Selepas Subuh 29 - 09 - 1998 159

SAJAK SIRI 1

78

TIADA MAKHLUK ABADI

ETIAP hari kita lihat daun kering berguguran Di atas pokoknya ada yang sedang menguning menunggu giliran Begitu juga bunga-bunganya berjatuh-jatuhan di bumi setiap hari, terutama pagi Sebelum jatuh, layu dahulu di atas pokoknya Di jalan-jalan raya, di highway Katak, tikus, ayam, kucing, ular dan bermacam-macam spesis mati Menjadi mangsa kereta-kereta yang lalu di atasnya Tidak kurang juga penghuni-penghuni kereta di jalan raya mati accident Yang luka, yang patah, dalam kereta atau orang yang kena langgar di jalan raya terjadi di mana-mana Pemandangan ini biasa sahaja kita lihat Atau media massa setiap hari buat berita Di hospital-hospital setiap hari berlaku kematian Sebab-sebab kematian bermacam-macam cara, sangat mengerikan Ada disebabkan sakit, bermacam jenis sakit yang menimpa mereka Tidak kurang disebabkan kena langgar kereta di tepi jalan Begitu pula dikeranakan accident, atau jatuh gaung yang dalam Beberapa banyak bangunan lama sudah tiada lagi Di atasnya telah diganti dengan bangunan baru yang cantik dan tinggi Penghuni-penghuni di bangunan yang lama pun juga tiada lagi Di bangunan yang baru penghuni baru yang mengganti atau menghuni Tidak kurang kawan lama, kenalan lama, sudah tiada lagi

160

TAUHID & TASAWUF

Mereka mati mendahului kita, kita juga menunggu giliran tiada tahu masa Entahkan pagi, entahkan petang, entahkan siang entahkan malam Kematian kita pasti berlaku Tempatnya tidak pasti (tahu) Mungkin di rumah, di tempat kerja, di jalan raya, di shopping centre Di hadapan keluarga, seorang diri, di hadapan kawan Di hadapan orang yang tidak dikenali Mati pasti tiba, cuma tempat, masa, caranya sahaja kita tidak pasti Oh! Baru kita sedar Qiamat kecil-kecilan setiap hari berlaku Menunggu Qiamat besar yang kita tidak tahu Oh! Baru kita tahu tiada makhluk yang abadi

Selepas Asar 26 - 04 - 1997 161

SAJAK SIRI 1

79

DALAM MEMBURU, KITA DIBURU

I DALAM kita memburu, kita diburu Banyak orang yang tidak tahu Ada yang tahu tidak terasa diburu Kerana itu dia juga adakalanya lupa yang dia diburu Manusia memburu sambil diburu Memburu harta, memburu nama, memburu takhta Memburu wanita, dan memburu apa sahaja yang bersifat dunia Di dalam memburu dia diburu Dia diburu oleh Atid merekod kesalahannya Merakamkan di dalam fail segala bentuk dosa-dosanya Sehalus apa pun dan di tempat mana pun semua dapat direkodnya Selepas itu Allah perintahkan SB-Nya menangkap hamba-Nya yang sedang memburu itu SB itu Malaikal Maut namanya Tidak ada seorang pun yang lepas dari tangkapannya Adakalanya manusia itu ditangkap di istana Adakalanya ditangkap di pejabatnya Tidak kurang juga ditangkap di rumahnya dan di jalan-jalan raya Waktu dia memburu wanita di situ juga dia kena SB Tuhan menangkap pemburu-pemburu dunia di merata-rata Setelah ditangkap direman di lokap Alam Barzakh namanya Di sana disoal siasat kerja-kerjanya oleh SB-SB yang lain pula Munkar dan Nakir namanya dengan bengisnya SB-SB pemerintah pun kena reman di sana juga Kalau tidak betul menjawab kena lanyak dan belasah dengan marahnya

162

TAUHID & TASAWUF

Remuk-redamlah tulang-tulang manusia dibuatnya Wahai manusia termasuklah saya Ingatlah kita sedang diburu waktu kita sedang memburu Buruan kita belum tentu dapat kita tangkap Tapi kita yang menjadi buruan pasti kena tangkap

Selepas Asar 18 - 05 - 1997 (10 Muharram 1418) 163

SAJAK SIRI 1

80

KAWAN KETIKA SAKARATUL MAUT

ARILAH kawan atau cintalah kawan sebanyak-banyaknya Untuk menjadi sahabatmu ketika sakaratul maut Di waktu itu selain kawan tidak ada siapa yang menolongmu Juga di dalam kubur, sahabatmulah yang akan berada bersama-samamu Orang lain janganlah diharapkan Hinggalah sampai ke Padang Mahsyar, kawan juga yang akan membantu kawan Selain itu semuanya lari dan menjauhkan diri Yang dimaksudkan kawan yang akan membela kita di sini ialah amal soleh kita Dia nanti di dalam kubur merupakan seorang pemuda atau pemudi yang amat cantik dan menarik Senang hati memandang, tenang jiwa dibuatnya Kerana itulah di masa hidup di dunia, pandai-pandailah cari kawan Janganlah cari kawan yang jahat dan jelik Kerana kawan yang jahat juga akan bersama-sama kita nanti di alam kubur Yang dimaksudkan kawan yang jahat ialah amal kejahatan kita Di dalam kubur nanti ia dirupakan seorang manusia yang terlalu buruk dan busuk Kalau baunya dihidu oleh makhluk yang bernyawa di dunia nescaya atau mungkin mati seluruhnya Kawan yang buruk dan busuk inilah yang akan sentiasa berada di samping kita Belum lagi persoalan pukulan Mungkar dan Nakir Ia bersama-sama kita di dalam kubur

164

TAUHID & TASAWUF

hinggalah hari Qiamat Berhati-hatilah cari kawan di dunia ini Biarlah kawan yang kita cari itu yang boleh membela kita Iaitu cetuskanlah berbagai-bagai macam amal kebajikan Agar kita mempunyai kawan di dalam kubur yang membela dan menyenangkan kita

Selepas Asar 01 - 10 - 1999 165

SAJAK SIRI 1

81

APA KITA HENDAK JAWAB KEPADA TUHAN?

PAKAH yang kita hendak jawab kepada Tuhan?! Apakah kita boleh berdalih besok di depan Tuhan?! Jawapan kita itu bolehkah diterima? Kita berkata: Tuhan, susahnya beragama waktu di dunia Harta terkorban, badan letih, orang menghina, kehilangan kawan! Aku tiada mampu melaksanakannya Kalau Tuhan bertanya begini bagaimana? Bolehkah kita menjawab? Mana susah, sembahyang Subuh dengan sebelum Subuh turun ke laut menjadi nelayan? Dilambung, dihempas oleh ombak Adakalanya ditelan laut atau ditelan ikan?! Berhari-hari, bermalam-malam hingga badan berbau laut?! Orang yang buru dunia, buru nama, buru glamour, buru pangkat Bukankah lebih menderita? Tidak terkorban harta?! Tidak buang masa?! Tidak orang kata?! Orang tidak menghina?! Bukan setakat itu Bukankah kerana dunia ramai kena bunuh?! Kalau yang luka, cacat, sengsara, tidak terhitung! Manusia! Kerana dunia, kerana nama, kerana glamour, kerana negara, kerana bangsa lebih sengsara! Justeru itu semua bermacam-macam usaha Bermacam-macam cara Bermacam-macam helahnya dibuat oleh manusia! Cubalah sebut di sudut-sudut yang mana amalan agama lebih menderita mengerjakannya!

166

TAUHID & TASAWUF

Dari gila dunia? Adakah lebih susah dari mendaki Gunung Everest?! Adakah lebih payah dari naik ke angkasa?! Bukankah urusan agama tidak sepayah itu! Bukankah urusan agama tidak sebanyak itu terkorban masa! Bahkan tidak sebanyak itu terkorban harta! Memperjuangkan dunia lebih banyak terkorban nyawa! Dibandingkan berjuang kerana agama! Bolehkah ditolak atau dinafikan ini semua?! Kalau setakat itu pun pertanyaan Tuhan Sudah cukup membungkam mulut yang kena tanya Kelu lidah hendak menjawab Patah lidah hendak berhujah

Selepas Asar 07 - 05 - 1997 167

SAJAK SIRI 1

82

MENGAPA TERKEJUT DENGAN KEMATIAN?

ENGAPA terkejut kematian polan-polan itu Mengapa terperanjat polan-polan itu dibacakan ingatan: Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita akan dikembalikan (Maksud ayat Al-Quran) Bukankan setiap yang bernyawa pasti mati telah diberitahu Berdasarkan pengalaman bukankah ia berlaku, kita kan tahu Bahkan kematian berlaku setiap waktu Setiap hari orang berpindah ke Alam Barzakh atau kubur lumrah berlaku Adakalanya kita juga menghantarkannya ke sana atau ke tempat bersemadinya Jadi, mati keyakinan kita bersama Cuma sebab-sebabnya tidak sama Ada orang mati disebabkan sakitnya Tidak kurang pula orang mati dilanggar kereta Mati disebabkan jatuh ke laut atau ke dalam sungai pun ada Mati jatuh daripada pokok berlaku juga Mati ditanduk kerbau, dilanggar keretapi, dibunuh orang, dihukum gantung biasa saja Mati itu bermacam-macam cara Sejuta satu macam caranya Mati tetap mati, tidak ada kecualinya Kecuali Zat yang Maha Esa lagi Maha Pencipta Allah tetap kekal buat selama-lamanya Oleh itu mengapa kita terkejut ada kematian Kita kata: Eh! Tak sangka polan itu mati, semalam ada dengan saya?! Eh! Polan malam tadi sama-sama makan di restoran dengan saya, tak sangka dia mati?! Janganlah terkejut dengan kematian

168

TAUHID & TASAWUF

Semua orang percaya berdasarkan berita dan pengalaman Bila terjadi jangan terkejut dan jangan hairan?! Kita sendiri akan mati juga, tunggulah giliran Apakah kalau kita mati orang hendak terkejut dan hairan?! Sepatutnya tidak terkejut dan hairan Kematian itu satu keyakinan dan pengalaman Sepatutnya dari detik ke detik kita tunggu kematian Serta bersedia membuat persiapan

23 - 05 - 1997 (16 Muharram 1418) 169

SAJAK SIRI 1

83

ENGKAU ABAIKAN HARTA YANG BERSIFAT MAKNAWI

NGKAU buru benda atau harta Yang bersifat maddi yang tidak ada harganya Engkau habiskan masa dan tenaga kerananya Pagi, petang, siang dan malam engkau memikirkannya Hingga mimpi pun kerana benda yang bersifat material itu Padahal ia tidak kekal Engkau abaikan harta yang bersifat maknawi dan rohani Engkau sanggup miskin dengan harta yang bersifat maknawi dan rohani Kerana memburu harta yang bersifat maddi Atau ingin kaya dengan harta yang bersifat maddi Padahal harta yang bersifat maknawi dan rohani itu kekal abadi Ia akan dibawa mati untuk faedah di alam Barzakh Dan seterusnya alam Akhirat Harta yang bersifat maddi hanya setakat alam syahadah Masamu habis kerana mengejar sesuatu yang mudah Sepanjang umurmu memburu benda-benda yang tidak bernilai Akhirat Benda yang bersifat maddi adalah harta benda dunia yang binasa Dunia yang binasa, apabila mati ia tidak berguna lagi Yang berguna selepas mati, engkau tidak mencarinya Yang akan membela engkau di Akhirat kelak, engkau tidak bawa Sedangkan di Akhirat adalah negara yang kekal abadi Di dunia yang sementara waktu pun engkau tidak sanggup susah Apakah engkau sanggup susah di negara yang akan hidup buat selama-lamanya Kalau harta yang bersifat maknawi dan rohani engkau tidak membawanya

170

TAUHID & TASAWUF

Ertinya engkau akan menjadi papa kedana di Akhirat Buat sepanjang masa yang tidak berkesudahan Engkau akan menderita di dalam Neraka sepanjang masa Mengapa engkau terlalu memikirkan hidup sementara? Dan engkau melupakan hidup sepanjang masa?!

Menjelang tidur 07 - 11 - 1999 171

SAJAK SIRI 1

84

SETIAP HARI UMUR KITA BERKURANG

ETIAP hari umur kita berkurangan Sepatutnya setiap hari kita menambah amal Setiap hari dunia bertambah jauh Setiap hari pula Akhirat bertambah dekat Sepatutnya setiap hari kita bertambah bersiap sedia Dunia makin jauh meninggalkan kita Akhirat makin dekat kita hendak sampai Patutnya kita menambah lagi membawa bekal Tuhan berkata yang bermaksud: Hendaklah kamu menambah bekalan Bahawasanya sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa Mengapa dunia yang engkau hendak tinggalkan Bahkan ia makin jauh meninggalkan kita Kita menambah bekalan untuk dunia yang akan ditinggalkan Sedangkan Akhirat bertambah dekat, bahkan kekal, tidak kita tambah bekalan Mengapa belum pun menambah amalan? Hendak tunggu bila lagi menambah bekalan?! Sedangkan umur makin lama makin berkurangan Apabila sampai di sempadan Nanti kita akan terkejut dan menyesal tidak berkesudahan

Menjelang tidur 30 - 09 - 1999 172

TAUHID & TASAWUF

85

BALIK KE NEGARA ASAL

AFILAH demi kafilah telah balik ke negara asal Ada yang berombongan ada yang bersendirian Setiap hari kafilah manusia balik berbondong-bondong Setelah berdagang dan berkelana di negara fana Ada yang telah bersedia balik, ada yang tidak Tapi dipaksa pulang, tempohnya sudah habis Berbagai-bagai barang dagangan yang dibawa pulang Dengan harapan senang hidup di negara sendiri Tapi malang sampai di border telah kena tahan Kerana di sempadan semua barang digelidah oleh kastam dan imegresen Rabbul Jalil Ramailah manusia yang tersadai di sempadan Kerana terbawa barang larangan di negara abadi Di sana ditengking, diherdik, dipukul dan dibelasah Justeru membawa balik barang-barang salah Aduh, ramai manusia tersadai di border Menyesal tidak sudah membawa barang yang tidak berfaedah Di waktu berdagang tidak prihatin dengan undang-undang Selalu sahaja melanggar peraturan negara Setelah di sempadan baru sedar barang salah Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna lagi

Selepas Asar 20 - 10 - 1998 173

SAJAK SIRI 1

86

PATUHI UNDANG-UNDANG SEWAKTU BERDAGANG

ETIAP hari rombongan demi rombongan melancong ke dunia Bahkan setiap saat ada kafilah-kafilah yang berdagang ke negara fana Seperti juga rombongan demi rombongan pulang ke negara baqa Membawa barang dagangan yang dicari waktu berdagang di negara sementara Kafilah-kafilah yang datang mencari kekayaan untuk dikumpulkan Agar dapat dibawa pulang ke negara asal Penerangan-penerangan dan panduan-panduan telah diberi di waktu musafir Yang boleh dan yang tidak boleh dijelaskan sama sekali Bahkan setiap satu-satu itu diundang-undangkan di dalam perlembagaan Tuhan Tiada yang keliru, tiada yang kesamaran buat insan Orang yang berhati-hati sentiasa meneliti peraturan Mereka senang sekali mematuhi undang-undang yang dikanunkan Mereka yang tamak lagi gelojoh tidak mempedulikan Dengan penuh rakus mencari kekayaan membelakangi peraturan Barang-barang haram itulah yang dibawa pulang Harta yang dilarang itulah yang dikumpul dijadikan harta kekayaan Mereka menyangka kekayaan itu menyelamatkan Menjadi orang kaya apabila pulang dari berdagang Rupa-rupanya di border sudah dilarang bahkan dikenakan hukuman Disangka yang dibawa itu intan berlian Emas dan perak, mutiara dan permata

174

TAUHID & TASAWUF

Rupa-rupanya yang dibawa dadah ... yang najis lagi kotor Barang-barang larangan yang lain yang menjadi beban di sana Itulah padahnya, di waktu berdagang tidak melihat panduan Kesal tidak berkesudahan, terimalah padahnya yang berpanjangan

Selepas Asar 20 - 10 - 1998 175

SAJAK SIRI 1

87

AKU SELALU MERENUNG NEGARA YANG JAUH

KU selalu merenung ke depan, nun negara yang jauh Aku sedar setiap detik kakiku melangkah ke sana Sama ada aku pinta atau tidak, aku pasti sampai ke negara itu Apatah lagi memandang usiaku sudah lanjut Sudah pasti hampir sampai ke destinasinya Aku mengeluh selalu, aku sedih selalu Aku bimbang tidak menentu Hatiku takut tidak berubat Kerana bekalan belum cukup lagi Bekalan yang sedikit ini pun di sana belum tentu laku Allah! Di sana tidak ada kawan yang membela Allah! Di sana tidak ada sanak saudara memikirkan Aduh! Di sana tiada siapa pun yang menolong Tiada peguambela Di sana betul-betul keseorangan Walaupun ramai tidak peduli-mempedulikan Amalan kita, kitalah yang menghisabnya Allah berfirman: (Ayat Quran: kafa binafsika hasiba) Aduh! Sedihnya nasibku belum tahu Tuhan! Belas kasihan-Mulah yang aku harapkan! Kekuranganku Engkau tambahlah! Kelemahanku maafkanlah Dosaku ampunkanlah Aku serahkan diriku pada-Mu, kasihanilah aku Tuhan aku ini hamba-Mu Kesalahanku dan kelemahanku Engkau tahu Jika tidak ada keampunan dari-Mu, rugilah aku Jika Engkau azab aku Aku ini adalah hamba-Mu juga Tuhan! Jika Engkau maafkan aku Engkau tetap Maha Suci daripada kekurangan Kebesaran-Mu tetap tidak kurang
Selepas Asar 04 - 05 - 1997 176

TAUHID & TASAWUF

88

IMAN ADALAH TERPENTING

MAN adalah segala yang terpenting Ia amat banyak peranannya Ia berperanan berbagai-bagai caranya Justeru itu sesiapa memperolehi iman selesai segala masalah-masalahnya Masalah dunianya, masalah Akhiratnya Iman adakalanya aset dirinya Ia boleh dibawa ke mana-mana Ke mana pergi rahmat Allah mencurah-curah ke atasnya Adakalanya perisai pada dirinya Segala bentuk kemungkaran dan maksiat dapat ditangkisnya Dosa-dosa bersih dari dirinya Adakalanya ia adalah sebagai pedang membunuh Bukan membunuh manusia tapi membunuh mazmumah-mazmumahnya Mazmumah yang merosakkan diri, juga kehidupan manusia Adakalanya menjadi tenaga atau energy Pendorong membuat bakti kepada manusia dan masyarakatnya Adakalanya menjadi pengubat hati Daripada segala cabaran dan pancaroba kehidupannya Penyakit jiwa, penyakit kecewa, penyakit putus asa, imanlah ubatnya Oleh itu hamba Allah sentiasa bahagia dan ceria Akhir sekali menjadi benteng yang paling kebal Daripada jatuh ke Neraka yang amat dahsyat azabnya

14 - 05 - 1997 177

SAJAK SIRI 1

89

BALA YANG DAHSYAT BILA DITARIK IMAN

ALA bencana yang dahsyat kepada seorang hamba Bukan ditimpa bencana alam Seperti air bah, angin kencang, gunung berapi meletup, gempa bumi menggoncang Tidak juga sakit yang teruk seperti barah yang garang Bukan juga ditohmah dan difitnah Juga bukan kerana susah tidak ada apa yang hendak dimakan dan diminum Sekalipun ditangkap, dijel dan dipenjara Bahkan dibunuh, itu bukan bala yang dahsyat Tapi bala yang dahsyat itu ialah ditarik iman Seperti selama ini syariat seseorang itu kemas, selepas itu cuai balik asal Keyakinan yang kental kembali longgar Sembahyang jemaah yang menjadi tradisi dicuai Ibadah yang selama ini istiqamah Sudah menjadi malas, culas, bahkan membuatnya terseksa Hukum-hakam yang selama ini dipelihara dan dijaga dengan baiknya Selepas itu sudah tidak diambil kira lagi Anak isteri yang selama ini dididik sudah tidak dipedulikan Pantang-larang Tuhannya kembali dilanggarnya Takut kepada Tuhan tercabut dari hatinya Halal haram sudah tidak diambil kira Demi keuntungan dunia yang belum tentu mendapat untung Pintu hatinya ditutup rapat-rapat Kebenaran sudah tidak boleh diterima lagi Jika diberitahu atau dinasihat sakit hatinya

178

TAUHID & TASAWUF

Bahkan adakalanya bangga pula membuat kejahatan di hadapan kawan-kawan lamanya Fikirannya dunia, mazmumah hatinya subur semula Itulah dia bala bencana yang paling dahsyat Selepas mendapatkan kebenaran dilepaskan semula Setelah mendapat iman dibuang pula Kita berlindung dengan Tuhan daripada bala tercabut iman

Selepas Asar 27 - 09 - 1999 179

SAJAK SIRI 1

90

JAGALAH HIDAYAH DAN PETUNJUK DARI TUHAN

IDAYAH dan petunjuk adalah di tangan Tuhan Manusia boleh mengusahakan Bahkan wajib manusia berusaha mendapatkan hidayah dari Tuhan Kerana hidayah itu mahal nilainya Tidak semua orang berhasil mendapatkannya Mungkin setiap seratus ribu, seorang yang menemukan Bahkan setengah orang sudah dapat pun boleh hilang Hidayah ini sama ada belum dapat atau sudah dapat kemudian hilang Di waktu itu Allah Taala melihatkan kekuasaan-Nya di depan mata sekalipun Dia tidak mengambil pengajaran Kebesaran Tuhan terjadi, dia pandang biasa Khawariqul adah berlaku begitu terserlah tanpa logik, dikatakan itu kebetulan Berbagai-bagai peristiwa dan tragedi berlaku Itu bencana alam, perkara banjir, biasalah Setengah orang rasa tersinggung jika dikaitkan dengan Tuhan Hatinya sakit jika dibabitkan dengan Tuhan Bahkan orang yang pernah mendapat petunjuk, sudah tidak mampu mentafsirkan Seolah-olah mereka kehilangan pegangan atau pedoman Tersesat jalan tidak tahu tujuan Kehidupan mereka lebih teruk daripada sebelumnya Seolah-olah tidak pernah bertemu dengan lampu suluh kehidupan Rupanya orang yang pernah mendapat cahaya, bila kehilangan cahaya lebih teruk daripada orang buta Atau lebih gelap lagi daripada orang yang tidak pernah mendapat cahaya

180

TAUHID & TASAWUF

Jagalah petunjuk atau hidayah dari Tuhan Hargailah dan syukurilah dan suburkanlah Kerana jika Tuhan marah, ditariknya semula Kita lebih tersesat daripada orang yang sudah tersesat Kita lebih buta daripada orang yang sudah buta Kita lebih bergelap daripada orang yang telah bergelap

Selepas Asar 15 - 09 - 1999 181

Anda mungkin juga menyukai