Anda di halaman 1dari 4

SENARAI TUGAS GURU BESAR

1. TUGAS UTAMA Senarai tidak lebih dari 5 tugas utama 1. Pengurusan Kurikulum Merancang,mengurus,memimpin,mengawal,menyelia dan menilai perancangan dan pelaksanaan kurikulum sekolah. Tumpuan kepada usaha mencapai Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berkesan dan keputusan akademik yang cemerlang. 2. Pengurusan Fizikal, Keceriaan, Personel dan Kewangan Sekolah Merancang, mengurus, memimpin, menyelia, dan menilai hal-hal pentadbiran, personel, kewangan, fizikal dan keceriaan sekolah supaya sempurna, kemaskini dan menepati piawaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
3. Pengurusan Hal Ehwal Murid

Merancang, mengurus, melaksanakan dan menyelia program dan aktiviti yang berkaitan sahsiah, disiplin dan kebajikan untuk melahirkan murid berwatak dan berdisiplin di mana kebajikan murid diberi perhatian utama. 4. Pengurusan Kokurikulum Merancang, mengurus, menyelia dan menilai kegiatan kokurikulum sekolah supaya guru dan murid melibatkan diri secara aktif dan sekolah mencapai tahap prestasi yang tinggi. 5. Perhubungan Menjalin hubungan baik lagi mesra dengan staf, PPD, JPN, Kementerian Pendidikan, komuniti setempat dan agensi luar.

(3) SUMBER DI BAWAH KAWALAN PYD dikehendaki menyatakan secara ringkas sumber yang ada seperti peralatan , bilangan anggota dan peruntukan kewangan di bawah kawalannya. 1. Seramai 10 orang guru 2. Seramai 1 orang Pembantu Tadbir 3. Seramai 2 orang pekerja am 4. Seramai 1 orang jaga malam 5. Kumpulan Wang Kerajaan berjumlah RM 19,513.46 6. Kumpulan Wang Suwa berjumlah RM1428.05 7. PIBG yang sangat membantu. 8. Pekeliling dan dokumen berkaitan pengurusan. 9. Inventori Sekolah.

(4) SASARAN KERJA TAHUNAN YANG DITETAPKAN (1) KURIKULUM 1.1 Merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan pencapaian akademik dan pembelajaran murid. 1.2 Memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. 1.3 Menentukan kualiti dan kuantiti kerja / tugasan pelajar dan pemeriksaan terhadapnya di tahap maksima. 1.4 Merancang dan mengelola In-house Trainingbagi peningkatan profesioalisme guru setiap mata pelajaran. 1.5 Merancang dan mengadakan program Kempen Galakan Penggunaan Pusat Sumber. 1.6 Memantau pengajaran guru dalam kelas sebanyak 2 kali setahun dan sedia laporan. 1.7 Mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral , 8 waktu seminggu. 1.8 Merancang dan menjalankan program sistem mentor-mentee dan program kelas bimbingan. 1.9 Menggubal jadual waktu induk dan jadual waktu individu. 1.10 Memastikan pelaksanaan peperiksaan PKSR, Ujian Percubaan UPSR dan UPSR sempurna. 1.11 Memastikan dan memantau pelaksanaan Program Transisi, Pemulihan, MBMMBI , Linus, Celik Huruf dan PROTIM adalah lancar. (2) FIZIKAL, KECERIAAN, PERSONEL DAN KEWANGAN SEKOLAH 2.1 Menentukan semua urusan kewangan direkodkan dengan betul dan bersama surat sokongan. 2.2 Menentukan semua buku stok sentiasa kemaskini 2.3 Menentukan kualiti dan kuantiti kerja dan efisyensi kakitangan dan staf sokongan ke tahap yang maksima. 2.4 Mewujudkan masyarakat sekolah yang cintakan kebersihan dan keindahan dengan pertandingan kebersihan antara kelas. 2.5 Memastikan bilik darjah, pusat sumber, perpustakaan, papan kenyataan dan kantin sekolah sentiasa dalam keadaan yang bersih dan ceria. 2.6 Mengindahkan kawasan sekolah dengan menanam lebih banyak pokok bunga di sekeliling kawasan sekolah. 2.7 Memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah bersih dan berzat. (3) PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 3.1 Meningkatkan disiplin, memupuk semagat perpaduan dan berdikari pelajar. 3.2 Memajukan sahsiah diri pelajar dengan mengadakan program penyayang, ceramah dan Kem Motivasi. 3.3 Memastikan dan memantau Program RMT dan KWAPM dilaksanakan dengan sempurna. (4) KOKURIKULUM 4.1 Merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan pencapaian kokurikulum murid. 4.2 Memastikan dan memantau aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar. (5) PEMUAFAKATAN ANTARA SEKOLAH DAN PELBAGAI PIHAK 5.1 Mengeratkan hubungan sekolah dengan Jemaah Pengurus dan PIBG melalui perbincangan dan kongsi pendapat bagi mengatasi masalah yang timbul. 5.2 Meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan pihak JPN, PPD dan komuniti. 5.3 Bermuafakat dengan Lembaga Penurus Sekolah untuk meningkatkan kemudahan sekolah. 5.4 Bermuafakat dengan sekolah-sekolah jiran dan bersama-sama mengadakan aktiviti-aktiviti untuk menjayakan Program KPPK.

Tandatangan Pegawai Yang Dinilai: .............................................................................. 01.01.2010 Tarikh:...................................................

Tandatangan Pegawai Penilai: ................................................................... ......

Tarikh:...................................................

(5) KAJIAN PERTENGAHAN TAHUN SASARAN KERJA DAN PENCAPAIAN SEBENAR (i) Nyatakan perubahan Sasaran Kerja (jika ada): Tiada (ii) Pencapaian Kerja Sebenar dan Ulasan (jika ada):

(1) KURIKULUM 1.1 Pencapaian UPSR ialah 46.15% , malahan keputusan individu adalah amat menggalakkan iaitu 3 orang 7A, 1 orang 6A dan 1 orang 5A daripada 13 calon sekolah ini. 1.2 Pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar. 1.3 Kualiti dan kuantiti kerja / tugasan pelajar dan pemeriksaan terhadapnya telah dikekalkan di tahap maksima. 1.4 LDP bagi peningkatan profesioalisme guru setiap mata pelajaran telah diadakan sebanyak 4 kali. 1.5 Pengajaran guru dalam kelas telah dipantau sebanyak 2 kali setahun. 1.6 Telah Mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral , 7 waktu seminggu. 1.7 Program sistem mentor-mentee dan program kelas bimbingan telah dijalankan dengan sempurna. 1.8 Jadual waktu induk dan jadual waktu individu telah digubal dan digunakan sepanjang tahun. 1.9 Peperiksaan PKSR sebanyak 4 kali telah dijalankan dengan lancar dalam tahun ini. 1.10 Pelaksanaan Program Transisi, Pemulihan, MBMMBI , Linus, Celik Huruf dan PROTIM adalah sempurna. (2) FIZIKAL, KECERIAAN, PERSONEL DAN KEWANGAN SEKOLAH 2.1 Semua urusan kewangan telah direkodkan dengan betul dan bersama surat sokongan. 2.2 Semua buku stok telah sentiasa kemaskini 2.3 Kualiti dan kuantiti kerja dan efisyensi kakitangan dan staf sokongan telah dikekalkan ke tahap yang maksima. 2.4 Masyarakat sekolah yang cintakan kebersihan dan keindahan telah diwujudkan dengan pertandingan kebersihan antara kelas. 2.5 Bilik darjah, pusat sumber, perpustakaan ,papan kenyataan dan kantin sekolah telah dipastikan sentiasa dalam keadaan yang bersih dan ceria. 2.6 Makanan yang dijual di kantin sekolah telah ditentukan sentiasa bersih dan berzat. (3) PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 3.1 Disiplin, memupuk semagat perpaduan dan berdikari pelajar telah sentiasa dikekalkan ke tahap yang tinggi. 3.2 Sahsiah diri pelajar telah dimajukan dengan mengadakan program penyayang, ceramah dan Kem Motivasi. 3.3 Rancangan RMT dan KWAPM telah dilaksanakan dan diuruskan dengan sempurna. (4) KOKURIKULUM 4.1 Aktiviti-aktiviti kokurikulum telah berjalan dengan lancar. (5) PEMUAFAKATAN ANTARA SEKOLAH DAN PELBAGAI PIHAK 5.1 Hubungan sekolah dengan Jemaah Pengurus dan PIBG telah dieratkan melalui perbincangan dan kongsi pendapat bagi mengatasi masalah yang timbul. 5.2 Pihak sekolah telah bermuafakat dengan PIBG mengadakan Kelas Bimbingan UPSR, Hari Kantin. 5.3 Hubungan dan kerjasama dengan pihak JPN, PPD dan komuniti telah dieratkan dengan melalui perbincangan dan kongsi pendapat bagi mengatasi masalah yang timbul. 5.4 Aktiviti RIMUP diadakan dan sekolah jiran telah dijemput untuk menyertai Pertandingan Kuiz. Pihak sekolah juga mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah jiran.

PERHATIAN * Kajian pertengahan tahun sasaran dan pencapaian sebenar hendaklah diisi oleh PYD selepas berbincang dengan PPP.
Tandatangan PYD: ............................................................. Tandatangan PPP: Tarikh : ..

Tarikh:......31.12.2010............................................

Anda mungkin juga menyukai