Anda di halaman 1dari 8

Jamadilawal 1433

Assalmualaikum w.b.t Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan rahmatnya akhirnya biro penerbitan dapat menyediakan tinta bulanan PPIPUM atau lebih dikenali dengan AL-ISLAHTerlebih dahulu, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepadaNya kerana masih diberi masa dan nyawa untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan di muka bumi ini.Nampaknya kita sekarang sudah memasuki bulan Jamadilawal, dan Jamadilakhir sudah berlalu dungan begitu pantas dan tanpa kita sedari..

Jamadil Awal memberi erti permulaan musim sejuk. Dari segi bahasa, ia bermaksud kering atau beku. Bulan ini dinamakan sedemikian adalah kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu mengalami kekeringan air atau air menjadi beku. Pada ketika itu parit, sumur, sungai dan lembah menjadi kering. Antara peristiwa yang berlaku dalam bulan ini ialah peperangan "Zat Ar-Riqa`" pada tahun kedua Hijrah, diketuai oleh Baginda s.a.w. Ianya di satu kawasan di daerah Najd di kediaman Bani Muharib dan Bani Tha`labah dari kaum Ghatafan. Tiada pertempuran dan peperangan yang berlaku, ianya dinamakan Zat Ar Riqa' (yang mempunyai cebisan kain) kerana para sahabat membalut kaki-kaki mereka dengan cebisan kain kerana kepanasan bumi Najd.

ISU SEMASA
Kahwin Awal
Umum sudah tahu, kahwin adalah satu fitrah kejadian semulajadi manusia. Kahwin juga satu sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka bila mana kita berkahwin, alhamdulillah, kita sudahpun mengikut salah satu daripada sunnah Nabi. Persoalan bagaimana kita melaksanakan sunnah itu juga perlu diberi perhatian dan penelitian yang mendalam. Topik kali ni rasanya cukup relevan dengan suasana apabila musim cuti sekolah menjelma.Berkepingkeping kad undangan kahwin diterima .Setiap hujung minggu tidak putus-putus balai perkahwinan didirikan.Apakah keistimewaannya? 1. Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti 2. Elak mendekati zina

3. 4.

Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima

Bahkan dalam sebuah hadith dikatakan bahawa orang yang berkahwin dengan niat untuk menjaga kehormatan diri, termasuk salah satu golongan yang akan dibantu oleh Allah SWT. Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka, iaitu : 1 - Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya, 2 - Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya, 3 - Orang yang berperang di jalan Allah. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

QURAN & HADITH


Perkahwinan
Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui. (Surah An-Nur 24:32)

Dari fatimah binti Qais , Sesungguhnya Rasulullah saw telah megarahkannya mengahwini Usamah bin Zaid pada ketika itu berusia belum menjangkau 16 tahun. Nikahlah kamu akan Usamah bin Zaid Maka aku enggan. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda Nikahlah dengan Usamah bin Zaid. Maka aku nikahinya. Maka Allah swt telah memberikan kebaikan kelapangan (Riwayat muslim) Dari saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, Janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Jelas pada kita bahawa Nabi telah memberi garis panduan yang jelas kepada kita. Dan Nabi juga memahami keinginan remaja apatah lagi dengan nafsu yang kuat. Nabi memberi kaedah seperti puasa. Dengan berpuasa dapat menahan dari seseorang dari mengikut hawa nafsu. Seperti pepatah

Nasfu kamu jika tidak disibukkan dengan Allah maka ia akan menyibukkan dirimu dengan perkara-perkara batil

Dengan itu jelas bahawa perkahwinan di usia muda adalah satu rahmat kebaikan dan dapat menyelamatkan seseorang itu dari fitnah dan maksiat.

TAHUKAH ANDA?
Nikah Gantung

Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu suami, isteri, wali, saksi, dan aqad (ijab qabul). Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) masih menuntut di universiti, tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah dan belum bersedia memberi komitmen untuk hidup berumahtangga. Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya.

MARI BELAJAR
Bahasa Arab : Nombor


Wahidun


Isnani


Thalathatun


Arba atun


Khamsatun


Sittatun


Sab atun


Thamaniatun


Tis atun


Asharatun

11

CERPEN
Orang Kaya dan Orang Miskin
"Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!" Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat. Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!! "Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya. "Kenapa ni? Gila?!" "Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit," dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku. Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja.. Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku meluat melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus. ..bersambung..

SANTAI
Teka-teki
Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat? Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar??? Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan. Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip??? Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

Sudoku
Betina ikan duyung jantang ikan BAKAR mana ada betina nama BAKAR; D kerani lilin masa sambut EPI BESDAY Selipar mana boleh buat gali tanah Kotak penalty
Jawapan:

APA KATA ANDA?


Kahwin Awal
Tak salah pun nak kahwin awal. memang, kita kena tengok kemampuan. Tapi orang zaman sekarang selalu salah tafsir dengan kemampuan. Mereka ngat, kalau ada rumah sebuah, gaji 5ribu, kereta sebuah, itu kira mampu. Kemampuan tu bagi akak, kalau sudut nak kahwin tu cukuplah mampu bayar mas kahwin. Cukup duit nak buat majlis. kalau takda duit cukuplah sekadar buat kenduri kesyukuran. Kan lebih afdal dari membazir ke benda yg tak patut.Kahwin awal boleh elak maksiat, dapat zuriat awal. Kan ke zuriat tu rezeki. masa kahwin memang la susah. Tapi kalau hubungan tu diberkati, rezeki tu di mana2 pun ada. (Fatimatun Aisah Ahmad Tajuddin, 5th Year)

Saya tidak menolak berkahwin muda. Yang paling penting, andai hukum wajib untuk individu tersebut, perlulah perkahwinan itu disegerakan. Method ini paling sesuai untuk mengelakkan zina dan maksiat. Mengapa perkahwinan awal dianggap abnormal, tetapi couple itu dianggap normal? Islam always and forever the way of life. Bagi yang dah ada calon, boleh fikirkan untuk berkahwin yer.. =). Jangan lupa jemput ok! (Nur Fhatin Nadia Jasni Teoh, 3rd Year)

Kalau boleh memang nak kahwin awal tapi tengok pada kemampuan lah.Kemampuan pada pandangan saya bermaksud berupaya menyara pasangan dari segi zahir dan batin.Kalau kahwin dapat meningkatkan motivasi untuk belajar,mungkin saya akan pertimbangkan untuk kahwin awal.Walaubagaimanapun,jodoh sudah ditetapkan.Kalau awal datang jodohnya,apa lagi ditunggu (Muhammad Syazwan b. Salahudin, 2nd Year)

Kahwin awal tu bagus untuk elakkan zina dari couple yang tiada hubungan yang sah.Kalau dah kahwin, semua benda dapat pahala. Mesej, telefon, even jeling pun dah dapat pahala.Tambah2 kalau yangg still study.Memang la ktia tak boleh sara bini lg kn. Tapi kalau kahwin, benda nie boleh bagi motivasi kepada kita (Siti Farhana, 1st Year)

Anda mungkin juga menyukai