Anda di halaman 1dari 14

HIKAYAT JAUHARI

S YAFIQ H ADZIR
Hak Cipta © 2018 Syafiq Hadzir
Hak Cipta Terpelihara

Tidak ada bahagian daripada penerbitan ini yang boleh


diterbitkan semula, diedarkan, atau disiarkan dalam
sebarang bentuk atau dengan apa-apa cara, termasuk
fotokopi, rakaman, atau kaedah elektronik atau
mekanikal yang lain, atau dengan apa jua cara lain yang
boleh diperolehi semula dari mana-mana sistem
penyimpanan dan pengambilan maklumat tanpa
kebenaran bertulis daripada penerbit, kecuali dalam hal
petikan yang sangat ringkas yang terkandung ulasan
kritikal dan penggunaan bukan komersial lain yang
dibenarkan oleh undang-undang hak cipta.
Hak Cipta © 2018 Syafiq Hadzir
Hak Cipta Terpelihara

Judul:
Hikayat Jauhari

Penulis & Penerbit


Syafiq Hadzir
(inquiry@syafiqhadzir.com)

Tidak dibenarkan mengulang cetak atau menyalin dengan


apa cara jua untuk tujuan komersial tanpa keizinan
bertulis daripada penulis atau penerbit.
“Hanya Jauhari mengenal manikam … ”

“Lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan


menyandang … “

Amaran: Hikayat ini tidak sesuai buat mereka yang


sekadar mencari keseronokan mata membaca. Dan
amatlah dilarang sekeras-kerasnya bagi yang tidak tahu
mengambil pengajaran dan iktibar.
(Sengaja dibiarkan kosong)
“Dengar cakap enggang, makan buah beluluk.
Dengar cakap orang, terjun masuk lubuk”, bisiknya
kepada diri sendiri.

Dunia ibarat tempat persinggahan seketika


baginya, betapa dunia ini dirasakannya seolah-olah begitu
sempit dan setiap hari yang mendatang itu pula baginya
terlalu lama ibarat setahun hitungan masanya.

“Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai


ke seberang.”

Jauhari cuba menenangkan dirinya. Jiwa mudanya


memberontak, hatinya diselebungi rawan bercampur
sedih, gundah gulana meratapi kekejaman realiti
kehidupan. Tidak seindah khabar yang diceritakan oleh
segala penglipur lara sekalian penulis buku di zaman
kanak-kanak. Seakan-akan istilah “bahagia” yang
diceterakan itu tidak menepati definisi “kebahagiaan”
yang dicari.

Jauhari berhempas pulas mencari rezeki tetapi


dimakan biawak dan sengkenit. Iya, seekor biawak dan
sengkenit. Baginya seekor biawak dan sengkenit kerana
nafkah buat anak isterinya kini berkongsi tanpa rela

1
dengan tamu yang tidak diundang. Datang tidak
dijemput, pulang tidak dihantar.

Kerja mereka tiada lain hanya memburukkan tuan


rumah dan memakan hasil pencarian mereka.

Jauhari tinggal di sebuah rumah, seperti sebuah


hotel ibaratnya. Hotel itu dimiliki oleh sepasang saudagar
gasolin dan pemborong tikar permaidani. Segala
kemewahan itu terlimpah ruah ke atas sepasang suami
isteri ini mudah-mudahan kerana sikap pemurah mereka
kepada masyarakat. Jauhari dan keluarganya juga
terhutang budi, hidup di bawah kurniaan subsidi
pasangan suami isteri saudagar ini.

Setiap seminggu, akan datang tetamu yang sama


mengundang dan menetap di hotel itu. Mereka tidak
membawa apa-apa melainkan menyusah orang ramai.
Biawak dan sengkenit itu tiada apa melainkan merompak
harta manusia, kemudian memburukkan mangsa mereka
dengan membawa cerita kepada khalayak ramai. Akibat
kejahilan masyarakat, hitam menjadi putih. Putih menjadi
hitam.

2
Sebagai seorang manusia yang menunggah arus
pemikiran kotemporari, Jauhari sedar, tiada apa yang
dapat dia lakukan melainkan dia terpaksa menelan segala
kritikan orang ramai kepada dirinya. Sengkenit yang
merompak, Jauhari pula yang dituduh bermacam-macam.
Biasalah, itulah dunia masa kini. Untuk menutup buruk diri
sendiri, orang lain pula yang dipersalahkan. Jauhari tidak
terkesan dengan itu semua, kerna Jauhari tahu, sekalian
adik beradik sengkenit itu juga ditipu. Dan orang bodoh
bakal senantiasa ditipu oleh orang yang sama. Air sama
air bersatu, sampah ke tepi jua.

Dosa itu dua. Peribadi dan umum. Jikalau dosa


yang melibatkan manusia lain peri sosial dan ekonomi,
maka itulah takrifan dosa umum. Seperti mana sengkenit
menipu duit orang ramai, inilah dosa umum. Seperti
berdiam di rumah orang mengambil makan dan minum
dan mengganggu privasi rumah tangga manusia, inilah
dosa umum. Akan tetapi si jahil beranggapan inilah pula
dosa peribadi.

Dosa peribadi pula adalah dosa yang tidak


melibatkan orang lain melainkan dosa itu hanya
ditanggung akibatnya ke atas dirinya sendiri. Seperti
berbohong mengenai sesuatu yang tiada memberi

3
mudarat dan manfaat akan ia yang mendengar. Juga
seperti meminum arak, bersekedudukan tanpa ikatan dan
menonton filem lucah. Akan tetapi masyarakat umumnya
menganggap inilah dosa-dosa yang mengancam
kestabilan masyarakat.

Bak kata seorang cendikia, “Berpelukan di dalam


televisyen mendapat habuan wang ringgit, yang
menyembunyikan dosa di dalam bilik mendapat malu.
Yang merompak dicium tangan, yang dirompak pula
dihina tetangga.”

“Lain yang bengkak, lain pula yang bernanah.”

Dosa peribadi manusia itu sewajibnya disimpan


dan janganlah dicari-cari dosanya. Sepertimana firman
Tuhan, “Hai manusia yang beriman, jauhilah kebanyakan
dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka
itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan
orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat
sebahagian yang lain.” [1][2][3]

1 Surat al-Hujurat, ayat 12.


2 Lihat Ihya Ulum al-Din, 3/28.
3 Rujuk Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124.

4
Sengkenit itu hatinya batu. Keras kepalanya. Dan
hanya orang yang dangkal akal fikir sahaja
mempercayainya. Ataupun yang masih belum berkenalan
dengan dirinya secara peribadi, jikalau bukan kerana
perlindungan Tuhan, pasti mereka terjerat di dalam
perangkap samar yang sama. Berulang kali.

Sewajarnya yang mengenali diri sengkenit dan si


biawak ini, memberitakan kepada orang ramai akan dosa
kedua suami isteri itu. Alasan “menutup aib” tidak
membawa apa-apa kebaikan melainkan membawa padah
dan musibah kepada orang ramai. Jikalau ramai yang
tidak mengenali, dan tiada pula yang menghalang
mereka, modus operandi dan kesan yang sama bakal
tertimpa ke atas manusia lain yang tidak berdosa.
“Menutup aib” manusia adalah perkara yang bagus dan
baik, tetapi bak kata orang tua-tua, janganlah kerana
mencari umbut, buku yang terkena.

Licik lagak sengkenit, kerana ramai yang


bersekongkol dengannya. Makin berkuasalah dia bahana
kejahilan sanak saudara dan kaum kerabatnya. Sebusuk-
busuk daging dibasuh, dikincah dimakan jua. Terus
sengkenit itu berkokok berderai-derai, sedangkan
ekornya pula bergelumang tahi. Yang tamak dengan

5
dunia pasti terpedaya. Yang bijak dan bersabar, semoga
terselamat dunia akhirat.

Sudahlah tak tahu menari, dikatakannya pula


lantai jongkang-jongket. Walau disepuh emas lancung,
kilat tembaga tampak juga.

Dosa sengkenit perlu dikhabarkan kerana


perbuatan sengkenit dikeji Tuhan. Seperti mana sabdaan
baginda Nabi, Allah Subhanahuwataala menjadi musuh
terhadap golongan manusia yang memperkerjakan
[4]
pekerja namun tiada dibayarnya upah.

Dan Tuhan juga memperingatkan, “Hai orang yang


beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama
kamu dengan jalan yang batil.”[5]

Begitulah akhirnya sikap manusia. Lalang ditanam


tak akan padi yang tumbuh. Mudah-mudahan sanak
saudara sengkenit sedar akan perbuatan mereka ini, biar
ditegah dan diambil pengajaran sebelum arang menjadi
abu.

4 Riwayat Imam al-Bukhari no. 2227.


5 Surat al-Nisa, ayat 29.

6
Jauhari sering berdoa setiap hari selepas solat,
semoga Allah menyelamatkan empunya hentian rehat
dan rawat kiranya jikalau ingin menjadi nasib penyapu,
biarpun jasanya banyak, janganlah sampai tertabur benih
di atas batu.

Inilah hikayat Jauhari. Hanya dia sahaja yang


mengenal manikam. Walau terbenam di pelimbahan
sekalipun, tiadalah akan hilang cahayanya.

Sekian.

7
Rujukan:-

1. Imam al-Ghazali, Ihya Ulum al-Din, Beirut: Dar al-


Khair (1990).
2. Yusuf al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam,
Kaherah: Dar al-Syuruq.

Anda mungkin juga menyukai