Anda di halaman 1dari 2

POTENSI PERNIAGAAN PENTERNAKAN KAMBING BOER DI MALAYSIA

Industri penternakan kambing dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada kadar 6.7% setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010. Minat pengusaha menternak kambing juga semakin berkembang berikutan dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan ternakan kambing ini. Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99 juta untuk penternakan kambing menjelang 2015. Tiga jenis kambing yang pada masa ini diternak di Malaysia ialah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu. Kini, kambing boer semakin menjadi pillihan penternak kerana mutu dagingnya yang tinggi dan mudah untuk diternak. Kambing boer mula berada di negara ini selepas dibawa oleh Mardi pada tahun 2001 dari Afrika Selatan. Kini, banyak kambing boer yang dibawa ke negara ini diimport dari Australia. Ciri ciri kambing boer: Subur dan mudah membiak sepanjang tahun Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang.

TERMA ANTARA FULL BLOOD, PURE BLOOD, KACUKAN


Ramai penternak yang baru berjinak-jinak dengan penternakan kambing masih tidak dapat membezakan dua terma yang sering disebut-sebut : Fullblood dan Purebred. Perkara ini sangat penting dan perlu dijelaskan supaya penternak baru tidak mudah ditipu ketika membeli dan memilih kambing. Full-Blood :Merujuk kepada haiwan yang 100% baka tulen tanpa ada kacukan dengan baka lain. Ini boleh dibuktikan dengan sijil kelahiran/pedigree daripada badan-badan/institusi yang diiktiraf. Ciri-ciri fizikal juga dapat digunakan untuk memastikan samada Kambing yang dipilih adalah benar-benar fullblood. Pure-Bred : Merujuk kepada haiwan yang mempunyai lebih 85% darah dari baka tulen. Masih mengekalkan kebanyakan ciri-ciri fizikal dari baka tulen. Amat sukar untuk membezakan antara baka full-blood dan pure-bred tetapi ciri-ciri seperti warna bulu, lengkungan tanduk dan telinga boleh digunakan untuk membezakannya. Kacukan : Kedua-dua ciri dari induk jantan dan betina berlainan baka dapat dilihat pada anak yang lahir.

APA YANG DIKATAKAN F1, F2 F3 DAN SEBAGAINYA


sumbangan dari blog: AgroNet Network 2. Kenali Boer Ramai yang tidak betul betul mengetahui jenis kambing yang diimport atau dibeli. Sekiranya tidak berhati-hati, kita mungkin akan terpedaya dengan penjual. Sebagai contoh, kambing boer purebreed adalah hampir sama rupanya dengan kambing boer fullblood. Penjual mungkin akan mengatakan kambing tersebut fullblood sedangkan ianya purebreed. Begitu jugalah dengan kambing cross. Boer Fullblood (FB) - adalah kambing boer keturunan asal dari Africa yang tidak dicampur dengan manamana baka kambing lain. Kambing ini mempunyai ciri Boer yang sebenar, iaitu cepat membesar dan membiak. Kat Malaysia harga untuk jenis ini paling kurang RM2,000 seekor. Boer F1 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan kambing jenis lain. Kat Malaysia harga untuk jenis ini paling kurang RM700 seekor. Boer F2 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F1 Boer F3 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F2 Boer F4 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F3 Purebreed - adalah gelaran bagi F4 (bagi betina) dan F4 keatas bagi jantan. Feral goat - adalah kambing asal Australia. Masa memula orang putih tiba di Australia beratus tahun dahulu, mereka lepaskan kambing. Mereka takut tersesat, sekurang-kurangnya boleh tangkap kambing. Selepas beberapa lama kambing tu jadi peliharaan lading ladang disini. Ada juga pemilik lading ladang yang amat luas menangkap sahaja kambing ini yg membiak liar. Jadi harga kambing ni memang murah. Oleh itu ramai orang tak sedar. Mereka ingat semua kambing yang diimport dari Australia tu boer goat. Semoga korang tak tertipu

PERATUSAN DARAH DALAM F1,F2,F3, SEHINGGA F5 UNTUK MENJADI PUREBLOOD

F1 = or 50% (50% Boer genetics and 50% *Rangeland) F2 = or 75% F3 = 7/8 or 87.5% F4 = 15/16 or 93.75% F5 = 31/32 or 96.88% F6 = 63/64 or 98.84% F7 = 127/128 or 99.22% F8 = 255/256 or 99.61% F9 = 511/512 or 99.80% F10 = 1023/1024 or 99.90% F11 = 2047/2048 or 99.95% Untuk Mencapai F5 ia itu Pureblood anggaran mengambil masa selama 5 tahun lebih.
HOW MANY CROSSES TILL WE REACH PURE BLOOD?
maaf artikal dalam BI, Artikal luar negara. HOW MANY CROSSES TILL WE REACH PURE BLOOD? The start is to breed a FULLBLOOD RAM(SOUTH AFRICAN BLOODLINES) to any other ewe breed and the result is a first cross ( F 1) or 50%dorper you back cross again that F1 EWE to FULLBLOOD RAM and their baby is an F2 /75% dorper you repeat the same excersise for three more times and the results will be: F3/87.5%- then F4/93,75% , and last is the F5/ 96.875% OR A PERCENTAGE DORPER.

Anda mungkin juga menyukai