Anda di halaman 1dari 14

MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

PENANDA WACANA DALAM KARANGAN

OBJEKTIF
Pada

akhir pelajaran, pelajar dapat: i) Memilih penanda wacana yang sesuai untuk menghubungkaitkan antara satu isi @ satu penyataan dengan penyataan yang lain. ii) Membina ayat yang gramatis apabila menggunakan penanda wacana. iii) Membezakan penggunaan penanda wacana untuk menghubungkaitkan perenggan dengan perenggan, dan ayat dengan ayat.

RASIONAL
i) Pelajar tidak mahir menggunakan penanda wacana untuk mewujudkan kesinambungan idea yang dikemukakan.

ii) Pelajar tersilap memilih penanda wacana sehinggakan hilang pertautan isi dalam karangan. Keadaan ini melemahkan pengolahan seterusnya mengakibatkan penyampaian menjadi kabur.

FUNGSI PENANDA WACANA


Terdapat

iaitu:

empat fungsi utama penanda wacana

1. Bagi tujuan menunjukkan maksud

tambahan
2. Bagi tujuan menunjukkan maksud

sebaliknya
3. Bagi tujuan menunjukkan maksud

sebab
4. Bagi tujuan menunjukkan maksud

ketika

TUTORIAL 1
PENANDA WACANA BAGI MENUNJUKKAN MAKSUD TAMBAHAN
Antara

penanda wacana yang membawa maksud tambahan ialah: - Ini bererti - Sejajar dengan ini - Pendek kata - Justeru - Sebagai tambahan

Contoh

ayat:

1. Sebagai tambahan kepada tugasan yang telah diberi, pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan pada masa cuti. 2. Ini bererti, di samping bercuti pelajar terpaksa membuat ulang kaji bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. 3. Sejajar dengan ini, guru digalakkan mengadakan kelas tambahan bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan. 4. Justeru, pelajar patut merebut peluang keemasan ini yang hanya datang sekali seumur hidup. 5. Pendek kata, pelajar harus bersikap seperti pepatah Melayu yang berbunyi, "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian."

TUTORIAL 2
PENANDA WACANA BAGIMENUNJUKKAN MAKSUD SEBALIKNYA
Antara

penanda wacana yang menunjukkan maksud sebaliknya ialah: - Sungguhpun - Berbanding dengan - Dalam masa yang sama - Sebaliknya - Walau bagaimana sekalipun

Contoh

ayat:

1. Sungguhpun keluarganya miskin, Ali tetap belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam peperiksaan. 2. Dalam masa yang sama, dia mengambil upah menjual nasi lemak setiap hari sebelum ke sekolah. 3. Walau bagaimana sekalipun rintangan dan cabaran yang dihadapi, Ali tetap bertekad untuk menjejakkan kaki ke menara gading. 4. Sebaliknya, dia tetap berusaha dan berdoa semoga impiannya menjadi kenyataan. 5. Berbanding dengan Azman, Zamri lebih cekap dan mahir dalam melaksanakan tugas yang telah diberi oleh guru.

TUTORIAL 3
PENANDA WACANA BAGI MENUNJUKKAN SEBAB Antara penanda wacana bagi menunjukkan sebab ialah: - Berdasarkan - Berpegang pada - Sekiranya begitu - Akibatnya - Kesudahannya

Contoh

ayat:

1. Berdasarkan prestasi peperiksaan akhir tahun, guruguru berkeyakinan penuh bahawa Suria boleh berjaya dengan cemerlang. 2. Berpegang pada janji yang telah dibuat kepada ibu bapanya, Suria terpaksa bertungkus-lumus siang dan malam menelaah pelajaran untuk berjaya dalam peperiksaan. 3. Sekiranya begitu sikap yang diamalkan Suria, mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doanya untuk lulus dengan cemerlang. 4. Kesudahannya Suria muncul sebagai pelajar terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini. 5. Ah Leng membuka sebuah syarikat tanpa mendapat kelulusan daripada Pendaftar Syarikat. Akibatnya, syarikat itu telah diharamkan daripada beroperasi.

TUTORIAL 4
PENANDA WACANA YANG MENUNJUKKAN MAKSUD KETIKA. Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika ialah: - Merujuk - Berbalik kepada - Akhirnya - Sementara itu - Sejenak kemudian

Contoh

ayat:

1. Merujuk keterangan saksi, mahkamah mendapati bahawa Encik Selvam terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Setiawangsa tiga tahun yang lalu. 2. Sementara itu, peguam bela Encik Selvam menyatakan bahawa pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan itu. 3. Akhirnya, kes itu akan dibicarakan semula di Mahkamah Rayuan setelah Encik Selvam berjaya dalam tuntutannya. 4. Sejenak kemudian, Encik Selvam memeluk peguam bela dan anak-anaknya sambil menitiskan air mata. 5. Berbalik kepada kejayaan itu peguam bela Encik Selvam berjanji akan berusaha membebaskan anak guamnya yang dipercayai telah dianiayai oleh pihakpihak tertentu.

TUTORIAL 5
Keterangan:

Oleh itu merupakan penanda wacana yang melanjutkan idea sebelum ini dengan idea yang berikutnya. Dengan itu merupakan penanda wacana yang digunakan

untuk melanjutkan idea Dengan demikian adalah penanda wacana yang melanjutkan idea Akhirnya merupakan penanda wacana yang menunjukkan kesimpulan kecil bagi keseluruhan gagasan atau idea dalam perenggan tersebut. Penanda wacana yang terakhir adalah Sebagai kesimpulannya yang merupakan simbol atau tanda yang menunjukkan bahawa penulis akan menamatkan perbincangan bagi keseluruhan idea atau gagasan yang dibincangkan dalam tajuk

Penanda wacana Jelaslah merupakan penegasan sekali lagi idea keseluruhan yang terdapat dalam perenggan pertama. Penegasan ini pula diikuti dengan huraian lanjutan.

Sungguhpun merupakan kata yang menunjukkan

pertentangan idea atau gagasan antara frasa kelihatan orang-orang di negara maju seronok dengan keseronokan mereka tidak berpunca daripada ketenangan jiwa

Penanda wacana Maka itu merupakan kesimpulan kecil bagi perenggan yang kedua.

Anda mungkin juga menyukai