Anda di halaman 1dari 7

AGR 3204: PEMBIAKBAKAAN TUMBUHAN: DR.

MOHD SAID SAAD Sistem Pembiakan Tumbuhan ___________________________________________________________________________

SISTEM PEMBIAKAN TUMBUHAN


Cara tumbuhan membiak akan menentukan sifat genetiknya dan kaedah membiakbaka tanaman tersebut

1.

Pembiakan seks
Menggunakan organ seks untuk pembentukan generasi akan datang atau anakbenih. Ia melibatkan tiga langkah penting, iaitu:

* * *

Pembentukan gamet (gametogenesis Pendebungaan - perpindahan debunga dari organ jantan ke stigma bunga betina. Persenyawaan - percantuman gamet berlaku seterusnya membentuk genotip baru

AGR 3204: PEMBIAKBAKAAN TUMBUHAN: DR. MOHD SAID SAAD Sistem Pembiakan Tumbuhan ___________________________________________________________________________

PENDEBUNGAAN SENDIRI (PENYENDIRIAN) Perpindahan debunga dari anter ke stigma bunga yang sama (atau bunga lain tetapi pada pokok yang sama). Antara mekanisme yang menggalakkan pendebungaan sendiri berlaku ialah: 1. Kleistogami. Pendebungaan terjadi dalam bunga yang sentiasa tertutup. contoh: padi Stigma dilindungi oleh anter. Contoh: limau, tomato dan cili. antesis dan pendebungaan berlaku sejurus bunga kembang dan debunga yang banyak dikeluarkan dan ini menghalang peluang debunga dari luar. Stigma dan anter dilindungi oleh bahagian lain bunga. Contoh: tanaman dari famili Leguminosae, subfamili Papilionoideae iaitu kekacang. Organ jantan (stamen) dan betina (pistil) terlindung dalam lunas (dua petal yang bercantum).

2.

3.

AGR 3204: PEMBIAKBAKAAN TUMBUHAN: DR. MOHD SAID SAAD Sistem Pembiakan Tumbuhan ___________________________________________________________________________

PENDEBUNGAAN KACUK Perpindahan debunga dari anter suatu bunga ke stigma bunga dari pokok yang lain. Mekanisme yang menggalakkan terjadinga pendebungaan kacuk ialah: 1. Diesius. Bunga jantan dan bunga betina pada pokok berasingan. Ada pokok jantan dan betina. Contoh: betik (papaya).

Pokok Jantan Tanaman Betik

2.

Monoesius. Bunga jantan dan bunga betina berasingan tetapi pada pokok yang sama. Contoh: kelapa sawit, kelapa (dalam jambak yang sama), jagung dan getah.

AGR 3204: PEMBIAKBAKAAN TUMBUHAN: DR. MOHD SAID SAAD Sistem Pembiakan Tumbuhan ___________________________________________________________________________

3.

Dikogami. Anter dan stigma dari bunga hermafrodit atau monoesius matang pada masa berlainan. Protogin: stigma (bunga betina) matang dahulu diikuti oleh anter (bunga jantan). Contoh: KELEDEK, ubi kayu dan gajus Protandri: anter (bunga jantan) matang dahulu dan diikuti oleh stigma (bunga jantan). Contoh: BELIMBING, getah dan jagung.

4.

Ketakserasian sendiri. Debunga dari suatu bunga tidak boleh mendebungakan stigma (bunga betina) bunga/pokok yang sama. Contoh: keledek dan belimbing.

Pada setengah pokok lebih dari satu mekanisme wujud. Contoh: Getah dan jagung: monoesius dan protandri Keledek: ketakserasian sendiri dan protogin Belimbing: ketakserasian sendiri dan protandri KAEDAH MENENTUKAN PENDEBUNGAAN 1. 2. Menentukan sistem pembentukan bunga. Memencilkan pokok. Tiada buah/biji -- terdebunga kacuk. Ada buah/biji -- terdebunga sendiri dan mungkin boleh terdebunga kacuk.

AGR 3204: PEMBIAKBAKAAN TUMBUHAN: DR. MOHD SAID SAAD Sistem Pembiakan Tumbuhan ___________________________________________________________________________

3.

Penyendirian. Untuk melihat kesan kemelesetan penginbredan. Wujud - pendebungaan kacuk; Tidak wujud - pendebungaan sendiri.

PEMBIAKAN TANPA SEKS Tidak melibatkan seks atau percantuman gamet jantan dan betina. Pembiakan vegetatif Contoh: keratan batang/cabang (bukan semulajadi) Cantuman (bukan semulajadi) Rizom - halia, kunyit Stolon - rumput Ubi - kentang, keledek Sulur - Nanas, tebu, pisang

Apomiksis Pembiakan melalui bijibenih yang terbentuk tanpa melibatkan percantuman gamet. Apogami: Embrio terbentuk dari sel sinergid atau antipod yang bercantum. Apospori: Embrio terbentuk dari sel kandul embrio saperti nuselus dan intergumen.

AGR 3204: PEMBIAKBAKAAN TUMBUHAN: DR. MOHD SAID SAAD Sistem Pembiakan Tumbuhan ___________________________________________________________________________

Diplospori: Embrio dari megasporosit. Embrio adventitius. Embrio terbentuk terus dari sel sporofit. Tanpa peringkat gametofit. Partenogenesis. Embrio terbentuk dari telor yang tidak disenyawakan. Apomiksis Obligat: pembiakan apomiksis merupakan cara utama pembiakan. Contoh: manggis Apomiksis Fakultatif: kedua cara pembiakan, apomiksis dan seks, berlaku.

AGR 3204: PEMBIAKBAKAAN TUMBUHAN: DR. MOHD SAID SAAD Sistem Pembiakan Tumbuhan ___________________________________________________________________________

CIRI TUMBUHAN TERDEBUNGA KACUK, SENDIRI DAN PEMBIAKAN TANPA SEKS _____________________________________________________ Sifat Terdebunga Terdebunga Tanpa kacuk sendiri seks _____________________________________________________ Populasi Genotip Gamet Progeni heterogen heterozigot berlainan berlainan/ heterozigot homogen homozigot sejenis sejenis/ homozigot tiada homogen heterozigot berlainan sejenis/ heterozigot wujud

Kemelesetan wujud penginbredan

Ketakserasian wujud tiada wujud sendiri _____________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai