Anda di halaman 1dari 20

Kisah habil dan qabil

Adam a.s telah mengingkari larangan Allah. Dia dan Hawa makan buah dari pohon khuld yang diharamkan Allah ketika berada di dalam syurga. Akibatnya kedua-duanya dicampak oleh Allah ke bumi. Syaitan berasa amat gembira dan ketawa kepada Adam dan Hawa, selepas dia berjaya meragukan Adam dan Hawa sehingga mereka makan buah dari pohon khuld dan diusir oleh Allah dari syurga. Syaitan juga diusir dan dicampak ke bumi. Adam dan Hawa amat menyesal dengan kesilapan terhadap Allah, tetapi syaitan amat gembira kerana telah menyesatkan Adam dan Hawa. Bermula dari detik itu Adam dan Hawa mengetahui dan mengenali syaitan merupakan musuh utama kepada keturunannya. Adam dicampak oleh di sebuah bukit Hind. Manakala Hawa dicampak di sebuah bukit di bumi Hijaz (Arab Saudi).Adam dan Hawa tidak tahu di mana mereka berada dan bagaimana cara mereka bertemu. Ketika itu di bumi tidak ada makhluk lain kecuali mereka berdua. Adam dan Hawa menanggis dan mereka bertaubat, akhirnya Allah menerima taubat mereka dan berjanji satu hari nanti mereka akan kembali ke syurga. Tetapi mereka berdua masih terpisah, Adam berjalan ke hulu dan ke hilir namun ia tetap tidak berjumpa dengan sesiapa pun. Lalu Adam menyeru, seruan tidak mendapat sambutan sebaliknya dia hanya mendengar lantunan suaranya. Adam teringat ketika di dalam syurga, Malaikat mengelilingi arash Allah swt, bertasbih mengagung kebesaran Allah dan memujiNya (Subha nalLah) (AlhamdulilLah) dan menafikan Allah dari segala keaiban. Adam berkata; Wahai Tuhanku! Aku keseorangan bertasbih kepadaMu di bumi yang luas ini.Ada tak orang lain yang bertasbih kepadaMu di bumi ini? Allah berjanji dengan Adam bahawa dikalangan anank-anaknya dan keturunannya yang sedia bertasbih dan memuji kebesaran Allah swt. Mereka akan membina masjid untuk bersembahyang dan berzikir kepada Allah. Di antara masjid itu ialah BaitulLah hil Haram, mereka menunaikan haji dan tawaf di BaitulLah hil Haram dan mereka datang dari seluruh pelusuk dunia. BaitulLah adalah bangunan yang pertama wujud di bumi ini. Adam berkata; Wahai Tuhanku! Di mana kedudukan BaitulLah hil Haram? Allah SWT memberitahu Adam BaitulLah berada di bumi Mekah Adam berasa begitu rindu dan terpanggil untuk menziarahi BaitulLah. Allah mengetahui kerinduan dan keikhlasan Adam untuk menziarahi BaitulLah, lalu Allah memerintah Adam segera pergi ke BaitulLah untuk tawaf dan berzikir kepada Allah.

Adam berlari dengan sepenuh tenaganya dan bercita-cita melakukan tawaf di BaitulLah seperti yang dilakukan oleh Malaikat di Baitul Makmur di langit mengelilingi Arash Allah SWT. Ketika Adam berlari ke Mekah, dia merasakan seolah-olah Allah mengurniakan kepadanya dua sayap dan sampai ke Mekah dalam waktu yang segera. Dari jauh dia nampak bayangan manusia lain. Dia terus mendekatinya dan berasa yakin itu adalah Hawa. Hati amat gembira kerana akhirnya dia bertemu kembali dengan Hawa. Mereka bertemu di sebuah bukit di Mekah yang dikenali dengan Arafah. Mereka berdua segera bertolak ke BaitulLah, sampai ke BaitulLah mereka dapati ada sebiji permata lalu mereka tawaf mengelilinginya dan banyak berzikir kepada Allah. Selepas tawaf Adam dan Hawa memulakan perjalanan ke Hind. Perjalanan yang amat mengembirakan mereka lebih-lebih Allah telah menerima taubat mereka. Bermula kehidupan baru, di dunia yang penuh dengan kesusahan dan keletihan. Di dalam syurga Adam dan Hawa tidak pernah merasa lapar dan dahaga. Lapar dan dahaga merupakan dua petanda bagi perut manusia. Adam dan Hawa berasa sakit dalam perut, mereka tidak tahu kenapa? Perut mereka terus sakit sehingga mereka tidak mampu berjalan, tidak boleh tidur, kepala pening dan kedua-dua mata tidak melihat dengan baik. Malaikat Jibrail turun lalu mengayakan sakit perut yang dialami oleh mereka. Malaikat berkata; wahai Adam! Inilah kelaparan. Adam menjawab; kelaparan!!! dengan penuh kehairanan. Apa yang perlu aku buat? Malaikat; Berdoalah kepada Allah supaya memberi kamu makanan dan mengeyangkan kamu. Mengalir air mata Adam dan Hawa kerana mereka teringat ketika di dalam syurga, mereka makan buahbuahan dari pokok dan meminum air dari sungai. Alangkah ruginya nikmat yang telah hilang! Alangkah rugi kerehatan yang telah berlalu! Mereka berdua terus berdoa kepada Allah SWT. Tetapi perut terus berteriak kelaparan, bunyinya semakin kuat dan kelaparan bertambah lapar hampirhampir membawa kematian. Adam dan Hawa amat bersungguh sungguh meminta pertolongan dan bermunajat kepadaAllah SWT. Akhirnya Jibril turun membawa benih gandum dan diletakkan dalam tangan Adam sambil berkata wahai Adam! Ini makanan kamu yang diambil dari syurga. Adam berasa amat gembira lalu berkata; sekarang boleh aku makan? Jibril; tidak! Bahkan kamu hendak semainya di dalam tanah. Bersegeralah Adam menyemai benih gandum, selepas Adam menyemai Allah terus menumbuhkan pokok gamdum. Adam amat gembira dan berkata: wahai Jibril! Boleh aku makan sekarang? Jibril; tidak! Kamu kena tuai dulu? Adam; macam mana menuai?

Lalu Jibril mengajar Adam menuai. Oleh kerana terlalu lapar Adam tidak ada helah melainkan segera menuai gandum seperti yang diajar oleh Jibril. Apatah lagi bila Adam melihat Hawa menanggis menahan kelaparan. Adam terus menuai dengan penuh tekun sehingga selesai menuai dan bersyukur kepada Allah dengan memuji alhamdulilLah. Kemudian dia berkata kepada Jibril; sekarang bolehkah saya dan Hawa makan? Jibril; tidak! Kamu kena asingkan gandum yang boleh dimakan dengan yang tidak boleh dimakan. Dalam keadaan keletihan Adam berkata; bagaimana cara mengasingkan gandum? Maka Jibril terus mengajar Adam cara mengasingkan gandum Adam terus mengasingkan gandum yang boleh dimakan dengan yang tidak boleh dimakan seperti yang diajar oleh Malaikat Jibril. Perutnya berbunyi semakin kuat seolah-olah sebahgian berlanggar dengan sebahagian yang lain. Adam terus bekerja keras sehingga badan terus dibasahi oleh peluh yang mengalir keluar dahi ke hidung, ke pipi dan ke mulutnya. Setelah selesai mengasingkan gandum Adam mengenggam gandum untuk di suap ke mulutnya, tiba-tiba Malaikat Jibril berkata; tunggu dulu wahai Adam! Kamu kena hancurkan gandum dahulu. Dalam kelaparan yang semakin mencengkam Adam bertanya bagaimana cara menghancurkanya? Lalu Malaikat Jibril mengambil dua ketul batu dijadikan sebagai pengisar dan berkata inilah pengisar. Adam pun pengisar dan segera mengisar gandum. Dalam tercunggap-cunggap dan nafas yang terputusputus dia terus mengisar gandum. Apa yang bermain difikiran hanya makanan untuk diri dan isterinya. Setelah selesai mengisar sekali lagi Adam mengenggamnya untuk makan. Malaikat Jibril berkataEhh eeh eeh Adam !tunggu dulu tak boleh makan lagi kamu kena uli dulu. Oleh kerana terlalu letih Adam berasa malas dan berasa amat sedih bila mengenangkan ketika dia di dalam syurga dan sebab dia diusir dari syurga dia mengeluh! Alangkah baiknya jika aku tidak melanggar perintah Allah! dan aku tak perlu makan pokok gandum. Malaikat Jibril terus mengajar Adam cara menguli tepung gandum dan Adam mengikut cara menguli tepung, semasa Adam terus menguli sehingga sebati Malaikat berkata;wahai Adam selesai menguli kamu kena bakar dahulu kemudian baru makan. Adam: bagaimana cara membakarnya? Malaikat Jibril; Nyalakan api Adam; macam mana nak nyalakan api? Malaikat Jibril; pergi himpun ranting-ranting kaju yang kering lalu Adam segera mengumpul ranting kayu yang kering dan dibawa kepada Malaikat Jibril. Malaikat Jibril mengambil dua ketul batu lalu dipukul kedua-dua batu percikan api lalu menyambar ranting yang telah dikumpul Adam. Adam segera meletak sebahagian tepung yang diuli di atas api lalu terbakar dan terkena tangannya dan berteriak kesakitan.Maka Malaikat Jibril berkata; Kamu telah melanggari perintah Allah maka api pun membakar kamu wahai Adam!

Kemudian Malaikat Jibril mengajar cara membakar roti dan Adam terus membakar roti seperti yang di ajar. Api hampir-hampir terpadam disebabkan oleh peluh yang mengalir dari tubuh Adam. Kelaparan terus mencengkamnya, dia terkenang syurga terus mengalir air mata kesedihannya dan akhir selesai Adam membakar roti. Malaikat Jibril berkata: sekarang kamu boleh makan Adam terus membawa roti kepada Hawa, dan mereka menyebut nama Allah barulah mereka berdua makan setelah selesai makan barulah rasa lapar hilang. Adam dan Hawa terkenang makanan syurga yang lazat, teringgat perintah Allah supaya jangan memakan dari pokok khuld dan teringgat merekan dicampak keluar dari syurga lalu mereka berdua menanggis dan bertambah kuat suara tanggisan Adam dan Hawa. Sesungguh telah tamat hari-hari bahagia dan kerehatan dalam syurga. Bermulalah kehidupan yang susah dan sukar di dunia. Mereka tidak dapat kembali ke syurga melainkan selepas kematian. Alangkah panjang kehidupan dunia yang penuh keletihan dan kesukaran. Apalah jika dibandingkan menghadapi kesukaran hari-hari di dunia dengan hari-hari kebahagian di syurga. Inilah hal keadaan Adam dan Hawa, mereka berdua tetap terus berusaha, bekerja keras tidak ada sesiapa membantu atau menjadi penolong kerana hanya mereka berdua sahaja yang hidup di bumi luas Allah SWT hendaklah menurunkan syariat atau agama dan pendidikan kepada Adam. Adam berkata; Hanya kami berdua sahaja di dunia, kepada siapakah syariat ditujukan dan kami kepada siapa akan diajar syariat? Adam teringat Allah telah akan memenuhi dunia dengan keturunannya. Adam ternanti-nanti bilakah Allah akan mengurniakan kepadanya zuriat. Beberapa hari berlalu, Hawa telah hamil dan Adam amat gembira, dia bakal menjadi bapa. Kesukaran semasa Hawa mengandung samalah seperti kesukaran yang dirasai oleh ibu-ibu kita, rasa letih, sakit dan kadang-kadang rasa macam nak mati. Allah telah mengurniakan kandungan kembar kepada Hawa, seorang lelaki dan seorang perempuan. Adam amat gembira dengan kurniaan Allah dan memuji kebesaran Allah SWT, anak lelaki diberi nama Qabil dan anak perempuan diberi nama Iklimiaya. Iklimiaya seorang anak sangat yang cantik dan comel sesiapa yang memandang wajahnya tidak akan merasa puas dan jemu. Selepas beberapa bulan Hawa mengandung lagi, kali ini juga dia dikurniakan oleh Allah kandungan kembar. Seorang lelaki yang diberi nama Habil dan seorang perempuan diberi nama Lubuda. Keempatempat orang anak membesar dengan penuh kasih sayang. Adam tidak membezakan kasih sayang kepada empat anak-anaknya berdasarkan rupa paras, kesemuanya diberi kasih sayang yang sama rata.

Semakin hari anak-anaknya semakin membesar, mereka mula menolong ibubapa mereka.Qabil memilih untuk bercucuk tanam membantu bapanya. Tanamannya semakin subur dan mendapat hasil yang banyak, hasil tanamanya dijadikan sebagai makanan kepada keluarganya. Manakala Habil menjadi penternak, dia menternak kambing, unta dan lembu, supaya mereka sekeluarga dapat minum susu, memakan daging. Kulit kambing, unta dan lembu dijadikan pakaian, hamparan dan bekas makanan dan minuman. Manakala Iklimiaya dan Lubuda, mereka berdua membantu Hawa mengemas rumah, masak dan sebagainya. Setelah waktu petang Nabi Adam dan anak-anaknya pulang ke rumah, kemudian membersihkan diri masing-masing. Selepas mereka sekeluarga makan bersama. Ketika makan Qabil dan Habil memcuri-curi pandang kepada Iklimiaya yang cantik jelita. Sehingga terserlah keburukan pandangan Qabil dan Habil kepada Iklimiaya Perkara ini bukan lagi menjadi rahsia kepada Nabi Adam as. Adam as merasakan kedua anak lelakinya telah meningkat dewasa, telah bersedia berkahwin. Nabi Adam as merasakan dia perlu mengahwinkan putera-puteri dengan segera. Oleh kerana di bumi ketika hanya ada mereka berempat, maka Allah menurunkan syariat kepada Adam as supaya mengahwinkan putera dan puterinya.dengan syarat tidak boleh berkahwin dengan pasangan kembar masing-masing. Qabil kena kahwin dengan Lubuda yang merupakan kembar kepada Habil. Manakala Habil kena kahwin dengan Iklimaya kembar kepada Qabil. Nabi Adam as berazam akan mengahwinkan anak-anaknya setelah selesai makan. Apabila selesai makan Adam memanggil isteri dan semua anak-anaknya dalam tersenyum Adam berkata telah sampai masa untuk Qabil dan Habil berkahwin. Qabil dan Habil amat gembira dengan kenyataan bapa mereka. Manakala dua puterinya, muka mereka berubah kemerah-merahan kerana malu. Lalu Nabi Adam berkata; Maka aku mengahwinkan Qabil dengan Lubuda dan Habil dengan Iklimiaya. Semua anak-anaknya bergembira kecuali Qabil dalam keadaan marah dia bertempik; Habil sekali-kali tidak boleh berkahwin dengan Iklimiaya kerana Iklimiaya hanya untuk dirinya sahaja dan dia lebih berhak dari Habil. Nabi Adam as cuba menenangkan kemarahan Qabil dengan berkata; Wahai Qabil! yang kusayang, sesungguhnya Allah telah mengharamkan Iklimiaya kepada kamu! Dia hanya halal untuk Habil. Maka kamu kenalah taat dengan perintah Allah. Qabil menjawab dengan penuh beremosi; Tidak! Saya tidak sekali-kali akan taat melainkan hanya kepada diri saya sahaja.Iklimiaya untuk Qabil bukan untuk Habil.Adam terus berkata Allah menyuruh kamu berkahwin dengan Lubuda. Qabil merasakan bara api kemarahan terus bernyala di dalam dadanya sambil memandang kepada Iklimiaya dan dia dapati alangkah cantiknya Iklimiaya seolah-olah mentari yang bersinar di waktu malam. Qabil tidak menyedari bahawa api kemarahan itu dinyalakan oleh syaitan,

Lalu Qabil keluar, perasan marah hampir membunuhnya. Dia berjalan ke hulu dan ke hilir tidak tentu arah dan tidak tahu ke mana dia pergi, yang berlegar-legar dalam fikirannya hanyalah Iklimiaya. Syaitan dapati Qabil amat mudah untuk diperangkap, dia amat bergembira lalu mendatang was-was dengan membisik-bisik di dalam hati Qabil dengan berkata;Hah! Ha ! Ha! Bapa kamu lebih sayang kepada Habil sebab itu bapa kamu kahwinkan Habil dengan Iklimiaya yang cantik jelita dan kahwinkan kamu dengan Lubuda yang hodoh. Syaitan terus menghasut dan menyalakan api permusuhan Qabil terhadap Habil, lalu ia berbisik-bisik kepada Qabil; Cuba kamu tengok Habil jadi penternak, kerja dia tak susah dan tidak meletihkan, kamu pula jadi pesawah kena bangun awal, kena bajak tanah, kena baja tanah, kena tanam benih, kena jaga anak benih, kena tuai tanaman.. selepas susah payah dan letih kena kahwin dengan Lubuda yang hodoh .Habil senang-senang dapat kahwin dengan Iklimiaya yang cantik jelita! Ini mana adil!!! Sebenarnya Qabil lupa bahawa setiap pekerjaan ada halangan dan cabarannya. Begitu juga dengan Habil yang menghadapi berbagai kesukaran sebagai peternak kambing. Dia juga keluar pagi pagi membawa kambing pergi mencari makan dan minum di kawasan yang berhampiran hutan, menjaga ternakannya dari gangguan serigala, mengubati kambingnya yang sakit dan itulah rutin harian seorang penternak. Namun Qabil tetap tidak puas hati, nafsunya terus memberontak dan dia bersumpah Iklimiya miliknya walaupun apa terjadi. Lewat malam Qabil pulang ke rumah, dia dapati bapanya masih belum tidur. Kesedihan jelas terpancar di wajah Qabil. Syaitan menyedari, Adam tidak memilih dalam memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya. Esoknya Adam memanggil Qabil dan Habil dengan penuh kasih sayang dia berkata kepada kedua dua anaknya, Wahai Qabil ! kamu korbanlah sesuatu dari hasil tanaman kamu kepada Allah. Wahai Habil! Kamu juga korbanlah sesuatu dari hasil ternakan kamu kepada Allah. Sesiapa yang korbannya diterima Allah, dialah yang berhak dan layak untuk berkahwin dengan Iklimiya. Kedua dua beradik setuju dengan cadangan bapa mereka. Mereka bersegera menyediakan korban untuk diserahkan kepada Allah. Selepas itu Adam bersiap sedia untuk musafir ke Mekah menunaikan haji dan tawaf. Setelah selesai menunaikan haji dan tawaf Adam pun berangkat pulang dan meninggalkan Hindun di Mekah. Manakala Qabil dan Habil membuat persiapan untuk menyerah korban masing masing kepada Allah. Tanda korban diterima oleh Allah ialah turun cahaya putih dari langit lalu memakan korban itu, manakala tanda korban itu tidak diterima ialah korban itu dibiarkan begitu sahaja sehingga rosak tanpa disentuh oleh manusia, binatang dan burung. Habil pun keluar pergi ke kandang kambingnya untuk memilih seekor kambing paling baik dari ternakannya. Akhirnya Habil memilih seekor kambing yang paling gemuk, paling kuat dan yang paling cantik untuk dijadikan korban. Oleh kerana Habil amat mencintai Allah, justeru itu dia memilih dan menyerah korban yang terbaik, yang ada di sisinya untuk Allah SWT. Ada pun Qabil ialah seorang yang amat mementingkan diri sendiri. Dia pergi ke ladangnya untuk memilih hasil tanaman untuk dijadikan korban. Akhirnya dia memilih hasil tanaman yang paling buruk sebagai korban yang diserahkan kepada Allah. Itu bukanlah suatu perkara yang pelik dari Qabil kerana

sikapnya yang mementingkan diri sendiri.Sikap orang yang mementingkan diri, dia tidak sanggup memberi apa yang terbaik dari miliknya untuk dikorban kepada orang lain sekali pun kepada Allah. Setelah Qabil dan Habil memilih korban masing masing, mereka berdua pergi ke puncak bukit dan meletak korban mereka di sana. Mereka menunggu keputusan dari Allah. Masa penantian terus berjalan.Habil mengetahui bahawa korbannya akan diterima oleh Allah kerana dia telah menyediaka korban yang terbaik dari miliknya. Manakala Qabil dia berangan angan, bahawa dialah yang akan berjaya, sedangkan dia tahu bahawa Allah akan menerima korban Habil. Masa yang ditunggu tunggu pun tiba. Mereka berdua nampak cahaya putih dari langit, lalu cahaya tersebut terus menyambar korban Habil. Habil pun terus sujud bersyukur kepada Allah kerana telah menerima korbannya. Tinggallah korban Qabil di situ tanpa disentuh dan tidak diterima oleh Allah. Tiba tiba muncul syaitan dari kanan, kiri, depan, belakang dan di sisi Qabil lalu berteriak Ha! Ha! Ha! Iklimiya dah terlepas dari gengaman engkau ha! Ha! Ha! Sesungguhnya ketika bapa kamu di Mekah dia berdoa supaya korban Habil diperkenan oleh Allah dan tidak berdoa untuk kamu Ha! Ha! Ha! Qabil terus bertempit kepada Habil! Aku bunuh kamu! Habil dengan tenang menjawab;Sesungguhnya Allah hanya menerima korban dari orang orang yang bertaqwa. Jika sesungguhya kamu menggerakkan tangan kamu untuk membunuh ku. Aku sekali kali tidak akan menggerakan tangan ku untuk membunuh kamu, sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekelian Alam. Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali membawa dosa membunuhku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan orang orang yang zalim.

Al Maidah 27-29 Selepas itu Habil terus pulang ke rumah. Sebenarnya Qabil lebih gagah dari Habil dan mudah diperdaya oleh syaitan tetapi Habil walaupun lemah dari Qabil, dia tidak taat kepada syaitan dan tidak dengar

pujukan syaitan. Habil tidak sanggup menyakiti saudaranya Qabil walaupun dia terpaksa membayar dengan harga dirinya. Qabil tidak mampu mencari helah lagi, akhirnya Habil akan dikahwin dengan Iklimiya oleh bapanya kerana korban diterima oleh Allah. Lalu pemikiran jahat terus bergelombang kuat dalam pemikiran Qabil seperti laut yang bergelombang ganas di waktu malam yang gelap yang tiada penghujungnya atau tidak ada jalan keluar melainkan ia membunuh Habil. Qabil terus berjalan mundar mandir ke hulu ke hilir tidak tahu ke mana arah tujuan, sehingga lewat malam barulah ia sampai ke rumahnya. Pada malam itu dia tidak dapat tidur, seolah-olah malam, langit dan bumi semuanya menentangnya dan menyokong Habil. Syaitan terus menghasutnya Ha! Ha! Ha! Qabil tidak dapat kahwin dengan Iklimiya yang cantik jelita Ha! Ha! Ha! Alangkah indah dan bahagianya Habil dan Iklimiya begitulah berlalunya malam itu Qabil tidak dapat tidur, sedar sedar hari sudah siang dan dia bertekad hari aku akan bunuh Habil. Habil seperti biasa awal awal lagi telah keluar bersama ternakannya di kaki bukit.Qabil tidak pergi ke ladangnya sebaliknya dia mengekori Habil tanpa disedari. Dari tempat persembunyiannya dia melihat Habil begitu leka menjaga binatang ternakannya. Dia perlahan lahan mendekati Habil sambil membawa seketul batu yang besar. Setelah dia betul betul berada di belakang Habil, dia terus memukul kepala Habil tersembur darah keluar dari kepala dan Habil jatuh tersungkur tidak bernyawa lagi. Tiba tiba syaitan ketawa terbahak bahak Kah! kah! kah! kah! kah! kerana dia telah menang satu lagi peperangan menentang Adam. Pertama dia berjaya mengeluarkan Adam dari syurga, kedua dia menyaksi sendiri Qabil membunuh Habil. Qabil termanggu di depan mayat saudaranya, dia tahu apa yang harus dilakukannya. Akhirnya dia memikul mayat saudara di atas bahunya dan terus berjalan tanpa berhenti dan tidak tahu apa perlu ia lakukan terhadap mayat saudaranya. Setelah lama berjalan dan merasa letih, dia pun berhenti berehat seketika tiba tiba dia terpandang dua ekor burung gagak sedang bergaduh sehingga seekor terbunuh. Lalu burung gagak yang masih hidup menggali lubang, apabila lubang siap digali burung gagak tadi menarik kawannya yang mati ke dalam lubang tersebut, kemudian burung gagak menimbus lubang tersebut setelah selesai menimbus burung gagak itu pun terbang. Qabil mengetahui Allah telah mengutuskan dua ekor burung gagak untuk mengajarnya bagaimana mengebumikan mayat saudaranya lalu Qabil menangis sambil berkata; Aduhai celakalah aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu aku dapat mengebumikan mayat saudara ku ini.

al Maidah : 31 Peristiwa pembunuhan Habil, menyebabkan satu per enam daripada penduduk dunia ketika itu binasa. Selepas itu Adam pun sampai ke rumahnya pulang dari mengerjakan haji dan tawaf di Mekah. Peristiwa pembunuhan itu juga menyebabkan bumi tidak menyerap darah Habil, pokok tumbuhan tumbuhan mula tumbuh duri dan binatang menjadi liar dan takut mendekati manusia. Setelah mengetahui Adam kembali, lalu Qabil segera menangkap dan memaksa Iklimiya lari bersamanya, pergi jauh dari bapanya. Adam berkata pergilah kamu bersama kemurkaan Allah dan

kemarahan ku kepada kamu dan sesiapa yang melakukan perbuatan seperti kamu akan mendapat kemurkaan yang sama dari Allah. Qabil juga mendapat balasan yang sama, akhirnya dia juga dibunuh oleh anaknya, dan bermula siri pembunuhan yang berterusan di dunia hasil perbuatan pembunuhan pertama oleh Qabil. Adapun Adam a.s, Allah telah mengurniakan seorang anak lelaki yang baik dan taat bernama Shiis a.s dengan pengurniaan itu kebaikan telah berjaya mengalahkan kejahatan. Beberapa pengajaran dari Kisah Qabil dan Habil: 1. Permusuhan syaitan terhadap manusia, oleh itu kita jangan sekali kali taat kepada syaitan, bahkan kita wajib menjadikan sebagai musuh utama sebagai yang dikehendaki oleh Allah 2. Maksiat punca kemurkaan Allah SWT dan taat adalah sebab mendapat rahmat Allah SWT. 3. Kita hendaklah mengorbankan apa yang terbaik dari milik kita untuk Allah SWT. 4. Kita hendaklah sentiasa taat pada perintah Allah dan beriltizam dengan syariat Allah SWT. Rujukan:Al Maidah : 27-31 Cerita cerita dalam al Quran Tafsir Ibnu Kathir

Kisah 2
Tatacara hidup suami isteri Adam dan Hawa di bumi mulai tertib dan sempurna tatkala Hawa bersedia utk melahirkan anak-anaknya yg akan menjadi benih pertama bagi umat manusia di dunia ini. Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang.Pertama lahirlah pasangan Qabiel dan adik perempuannya yg.diberi nama "Iqlima",kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habiel dan adik perempuannya yg diberi nama "Lubuda". Kedua org tua,Nabi Adam dan Siti Hawa, menerima kelahiran keempat putera puterinya itu dgn senang dan gembira, walaupun Hawa telah menderita apa yg lumrahnya dideritai oleh setiap ibu yg melahirkan bayinya. Mereka meharapkan dari keempat anak pertamanya ini akan menurunkan anak cucu yg akan berkembang biak utk mengisi bumi Allah dan menguasai sesuai dgn amanat yg telah dibebankan keatas bahunya. Di bawah naungan ayah ibunya yg penuh cinta dan kasih sayang maka membesarlah keempat-empat anak itu dgn cepatnya melalui masa kanakkanak dan menginjak masa remaja.Yang perempuan sesuai dgn qudrat dan fitrahnya menolong ibunya mengurus rumahtangga dan mengurus hal-hal yg menjadi tugas wanita,sedang yg laki-laki menempuhi jalannya sendiri mencari nafkah utk memenuhi keperluan hidupnya.Qabiel berusaha dalam bidang pertanian sedangkan Habiel dibidang perternakan. Penghidupan sehari-hari keluarga Adam dan Hawa berjalan tertib sempurna diliputi rasa kasih sayang saling cinta menyintai hormat menghormati masing-masing meletakkan dirinya dlm kedudukkan yg wajar si ayah terhadap isterinya dan putera-puterinya,si isteri terhadap suami dan anak-anaknya.Demikianlah pula pergaulan di antara keempat bersaudara berlaku dlm harmoni damai dan tenang saling bantu membantu hormat menghormati dan bergotong-royong. Keempat Anak Adam Memasuki Alam Remaja.

Keempat puyera-puteri Adam mencapai usia remaja dan mamasuki alam akil baligh di mana nafsu berahi dan syahwat serta hajat kpd hubungan kelamin makin hari makin nyata dan nampak pada gaya dan sikap mereka hal mana menjadi pemikiran kedua org tuanya dgn cara bagaimana menyalurkan nasfu berahi dan syahwat itu agar terjaga kemurnian keturunan dan menghindari hubungan kelamin yg bebas di antara puteraputerinya. Kepada Nabi Adam Allah memberi ilham dan petunjuk agar kedua puteranya dikahwinkan dgn puterinya.Qabiel dikahwinkan dgn adik habiel yg bernama Lubuda dan Habiel dgn adik Qabiel yg bernama Iqlima. Cara yg telah diilham oleh Allahs.w.t. kpd Nabi Adam telah disampaikan kpd kedua puteranya sebagai keputusan si ayah yg harus dipatuhi dan segera dilaksanakan utk menjaga dan mengekalkan suasana damai dan tenang yg meliputi keluarga dan rumahtangga mereka.Akan tetapi dgn tanpa diduga dan disangka rancangan yg diputuskan itu ditolak mentahmentah oleh Qabiel dan menyatakan bahawa ia tidak mahu mengahwini

Lubuda, adik Habiel dgn mengemukakan alasan bahawa Lubuda adalah buruk dan tidak secantik adiknya sendiri Iqlima.Ia berpendapat bahawa ia lebih patut mempersunting adiknya sendiri Iqlima sebagai isteri dan sekalikali tidak rela menyerahkannya utk dikahwinkan oleh Habiel.Dan memang demikianlah kecantikan dan keelokan paras wanita selalu menjadi fitnah dan rebutan lelaki yg kadang-kadang menjurus kpd pertentangan dan permusuhan yg sampai mengakibatkan hilangnya nyawa dan timbulnya rasa dendam dan dengki diantara sesama keluarga dan sesama suku. Kerana Qabiel tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dgn adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yg dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yg meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kpd Tuhan utk menentukannya.Caranya ialah bahawa masing-masing dari Qabiel dan Habiel harus menyerahkan qurban kpd Tuhan dgn catatan bahawa barangsiapa di antara kedua saudara itu diterima qurbannya ialah yg berhad menentukan pilihan jodohnya. Qabiel dan Habiel menerima baik jalan penyelesaian yg ditawarkan oleh ayahnya.Habiel keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabiel datang dgn sekarung gandum yg dipilih dari hasil cucuk tanamnya yg rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua qurban itu kambing Habiel dan gandum Qabiel diatas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yg akan terjadi atas dua jenis qurban itu. Kemudian dgn disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yg menanti dgn hati berdebar apa yg akan terjadi di atas bukit dimana kedua qurban itu diletakkan, terlihatlah api besar yg turun dari langit menyambar kambing binatang qurbannya Habiel yg seketika itu musnah ternakan oleh api sedang karung gandum kepunyaan Qabiel tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh. Maka dgn demikian keluarlah Habiel sebagai pemenang dlm pertaruhan itu krn qurbannya kambing telah diterima oleh Allah sehingga dialah yg mendapat keutamaan utk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yg akan dipersuntingkan menjadi isterinya.

Pembunuhan

Pertama

Dalam

Sejarah

Manusia.

Dgn telah jatuhnya keputusan dr langit yg menerima qurban Habiel dan menolak qurban Qabiel maka pudarlah harapan Qabiel utk mempersuntingkan Iqlima.Ia tidak puas dgn keputusan itu namun tidak ada jalan utk menolaknya. Ia menyerah dan menerimanya dgn rasa kesal dan marah sambil menaruh dendam terhadap Habiel yg akan dibunuhnya di kala ketiadaan ayahnya. Ketika Adam hendak berpergian dan meninggalkan rumah beliau mengamanahkan rumahtangga dan keluarga kpd Qabiel. Ia berpesan

kpdnya agar menjaga baik-baik ibu dan saudara-saudaranya selama ketiadaannya.Ia berpesan pula agar kerukunan keluarga dan ketenangan rumahtangga terpelihara baik-baik jangan sampai terjadi hal-hal yg mengeruhkan suasana atau merosakkan hubungan kekeluargaan yg sudah akrab dan intim. Qabiel menerima pesanan dan amanat ayahnya dgn kesanggupan akan berusaha sekuat tenaga menyelenggarakan amanat ayahnya dgn sebaikbaiknya dan sesempurna berpergiannya akan mendapat segala sesuatu dlm keadaan baik dan menyenangkan.Demikianlah kata-kata dan janji yg keluar dari mulut Qabiel namun dalam hatinya ia berkata bahawa ia telah diberi kesempatan yg baik utk melaksanakan niat jahatnya dan melepaskan rasa dendamnya dan dengkinya terhadap Habiel saudaranya. Tidak lama setelah Adam meninggalkan keluarganya datanglah Qabiel menemui Habiel di tempat penternakannya.Berkata ia kpd Habiel:"Aku datang ke mari utk membunuhmu.Masanya telah tiba utk aku lenyapkan engkau dr atas bumi ini." "Apa salahku?"tanya Habiel.Dengan asalan apakah engkau hendak membunuhku?" Qabiel berkata:"Ialah krn qurbanmu diterima oleh Allah sedangkan qurbanku ditolak yg bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yg cantik dan molek itu dan aku harus mengahwini adikmu yg buruk dan tidak mempunyai gaya yg menarik itu." Habiel berkata:"Adakah berdosa aku bahawa Allah telah menerima qurbanku dan menolak qurbanmu?Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yg diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kami laksanakan? Janganlah tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nasfu dan ajakan syaitan! Kawallah perasaanmu dan fikirlah masak-masak akan akibat perbuatanmu kelak! Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima qurban dr org-org yg bertakwa yg menyerahkan dgn tulus ikhlas dari hati yg suci dan niat yg murni.Adakah mungkin sesekali bahawa qurban yg engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yg telah rosak dan busuk dan engkau berikan secara terpaksa bertentangan dgn kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dgn kambing yg aku serahkan sebagai korban yg sengaja aku pilihkan dari perternakanku yg paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dgn tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah. Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yg telah dibisikkan kpdmu oleh Iblis itu, musuh yg telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat tanganku utk membalasmu krn aku takut kpd Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yg tidak diredhainya.Aku hanya berserah diri kpd-Nya dan kpd apa yg akan ditakdirkan bagi diriku." Nasihat dan kata-kata mutiara Habiel itu didengar oleh Qabiel namun masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan sekali-kali tidak sampai menyentuh lubuk hatinya yg penuh rasa dengki, dendam dan iri hati

sehingga tidak ada tempat lagi bagi rasa damai, cinta dan kasih sayang kpd saudara sekandungnya. Qabiel yg dikendalikan oleh Iblis tidak diberinya kesempatan utk menoleh kebelakang mempertimbangkan kembali tindakan jahat yg dirancangkan terhadap saudaranya, bahkan bila api dendam dan dengkin didlm dadanya mulai akan padam dikipasinya kembali oleh Iblis agar tetap menyala-yala dan ketika Qabiel bingung tidak tahu bagaimana ia harus membunuh Habiel saudaranya, menjelmalah Iblis dgn seekor burung yg dipukul kepalanya dgn batu sampai mati. Contoh yg diberikan oleh Iblis itu diterapkannya atas diri Habiel di kala ia tidur dgn nyenyaknya dan jatuhlah Habiel sebagai kurban keganasan saudara kandungnya sendiri dan sebagai kurban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia Penguburan Jenazah Habiel.

Qabiel merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya.ia tidak tahu apa yg harus diperbuat dgn tubuh saudaranya yg semakin lama semakin busuk itu.Diletakkannyalah tubuh itu di sebuah peti yg dipikulnya seraya mundar-mundir oleh Qabiel dalam keadaan sedih melihat burungburung sedang berterbangan hendak menyerbu tubuh jenazah Habiel yg sudah busuk itu. kebingungan dan kesedihan Qabiel tidak berlangsung lama krn ditolong oleh suatu contoh yg diberikan oleh Tuhan kpdnya sebagaimana ia harus menguburkan jenazah saudaranya itu.Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yg soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian rupa, maka dipertujukanlah kpd Qabiel, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dgn kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yg sudah mati dlm pertarungan, ke dlm lubang yg telah digalinya, dan menutupi kembali dgn tanah.Melihat contoh dan pengajaran yg diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabiel sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri:"Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?" Kemudian kembalilah Adam dari perjalanan jauhnya.Ia tidak melihat Habiel di antara putera-puterinya yg sedang berkumpul.Bertanyalah ia kpd Qabiel:"Di manakah Habiel berada?Aku tidak melihatnya sejak aku pulang." Qabiel menjawab:"Entah, aku tidak tahu dia ke mana! Aku bukan hamba Habiel yg harus mengikutinya ke mana saja ia pergi." Melihat sikap yg angkuh dan jawapan yg kasar dr Qabiel, Adam dapat meneka bahawa telah terjadi sesuatu ke atas diri Habiel, puteranya yg soleh, bertakwa dan berbakti terhadap kedua org tuanya itu.Pada akhirnya terbukti bahawa Habiel telah mati dibunuh oleh Qabiel sewaktu peninggalannya.Ia sangat sesal di atas perbuatan Qabiel yg kejam dan ganas itu di mana rasa persaudaraan, ikatan darah dan hubungan keluarga diketepikan sekadar utk memenuhi hawa nafsu dan bisikan yg menyesatkan. Menghadapi musibah itu, Nabi Adam hanya berpasrah kpd Allah

menerimanya sebagai takdir dan kehendak-Nya seraya mohon dikurniai kesabaran dan keteguhan iman baginya dan kesedaran bertaubat dan beristighfar bagi puteranya Qabiel.

Kisah

Qabiel

dan

Habiel

Dalam

Al-Quran.

Al-Quran mengisahkan cerita kedua putera Nabi Adam ini dlm surah"AlMaaidah" ayat 27 sehingga ayat 32 . Pengajaran Dari Kisah Putera Nabi Adam A.S..

Bahawasanya Allah s.w.t. hanya menerima qurban dari seseorg yg menyerahkannya dgn tulus dan ikhlas, tidak dicampuri dgn sifat riyak, takabur atau ingin dipuji.Barang atau binatang yg diqurbankan harus yg masih baik dan sempurna dan dikeluarkannya dari harta dan penghasilan yg halal.Jika qurban itu berupa binatang sembelihan, harus yg sihat, tidak mengandungi penyakit atau pun cacat, dan jika berupa bahan makanan harus yg masih segar baik dan belum rosak atau busuk. Bahawasanya penyelesaian jenazah manusia yg terbaik adalah dgn cara penguburan sebagaimana telah diajarkan oleh Allah kpd Qabiel.itulah cara paling sesuai dgn martabat manusia sebagai makhluk yg dimuliakan dan diberi kelebihan oleh Allah di atas makhluk-makhluk lainnya, menurut firman Allah dlm surah "Al-Isra" ayat 70 yg bererti ; "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.Kami beri mereka rezeki dari yg baik-baik dan Kami lebihkan mereka dgn kelebihan yg sempurna atas kebanyakan makhluk yg telah Kami ciptakan."

Kisah Habil dan Qabil Putra Nabi Adam A.S.


Tatacara hidup suami isteri Adam dan Hawa di bumi mulai tertib dan sempurna tatkala Hawa bersedia untuk melahirkan anak-anaknya yang akan menjadi benih pertama bagi umat manusia di dunia ini. Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang.Pertama lahirlah pasangan Qabiel dan adik perempuannya yang diberi nama "Iqlima",kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habiel dan adik perempuannya yang diberi nama "Lubuda". Kedua orang tua,Nabi Adam dan Siti Hawa, menerima kelahiran keempat putera puterinya itu dengan senang dan gembira, walaupun Hawa telah menderita apa yang lumrahnya dideritai oleh setiap ibu yang melahirkan bayinya. Mereka meharapkan dari keempat anak pertamanya ini akan menurunkan anak cucu yang akan berkembang biak untuk mengisi bumi Allah dan menguasai sesuai dengan amanat yang telah dibebankan keatas bahunya. Di bawah naungan ayah ibunya yang penuh cinta dan kasih sayang maka membesarlah keempat-empat anak itu dengan cepatnya melalui masa kanak-kanak dan menginjak masa remaja.Yang perempuan sesuai dengan qudrat dan fitrahnya menolong ibunya mengurus rumahtangga dan mengurus hal-hal yang menjadi tugas wanita,sedang yang laki-laki menempuhi jalannya sendiri mencari nafkah untuk memenuhi keperluan hidupnya.Qabiel berusaha dalam bidang pertanian sedangkan Habiel dibidang perternakan. Penghidupan sehari-hari keluarga Adam dan Hawa berjalan tertib sempurna diliputi rasa kasih sayang saling cinta menyintai hormat menghormati masing-masing meletakkan dirinya dalam kedudukkan yang wajar si ayah terhadap isterinya dan putera-puterinya,si isteri terhadap

suami dan anak-anaknya.Demikianlah pula pergaulan di antara keempat bersaudara berlaku dalam harmoni damai dan tenang saling bantu membantu hormat menghormati dan bergotong-royong.

KISAH HABIL DAN QABIL PUTERA NABI ADAM a.s.

Ke Belakang Ke Depan

Tatacara hidup suami isteri Adam dan Hawa di bumi mulai tertib dan sempurna tatkala Hawa bersedia untuk melahirkan anak-anaknya yang akan menjadi benih pertama bagi umat manusia di dunia ini. Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama "Iqlima", kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama "Lubuda". Kedua orang tua, Nabi Adam dan Siti Hawa, menerima kelahiran keempat putera puterinya itu dengan senang dan gembira, walaupun Hawa telah menderita apa yang lumrahnya dideritai oleh setiap ibu yang melahirkan bayinya. Mereka mengharapkan dari keempat anak pertamanya ini akan menurunkan anak cucu yang akan berkembang biak untuk mengisi bumi Allah dan menguasai sesuai dengan amanat yang telah di bebankan ke atas bahunya. Di bawah naungan ayah ibunya yang penuh cinta dan kasih sayang maka membesarlah keempat-empat anak itu dengan cepatnya melalui masa kanak-kanak dan menginjak masa remaja. Yang perempuan sesuai dengan kudrat dan fitrahnya menolong ibunya mengurus rumahtangga dan mengurus hal-hal yang menjadi tugas wanita,sedang yang laki-laki menempuhi jalannya sendiri mencari nafkah untuk memenuhi keperluan hidupnya. Qabil berusaha dalam bidang pertanian sedangkan Habil di bidang perternakan. Penghidupan sehari-hari keluarga Adam dan Hawa berjalan tertib sempurna diliputi rasa kasih sayang saling cinta mencintai hormat menghormati masing-masing meletakkan dirinya dalam kedudukan yang wajar si ayah terhadap isterinya dan putera-puterinya,si isteri terhadap suami dan anak-anaknya. Demikianlah pula pergaulan di antara keempat bersaudara berlaku dalam harmoni damai dan tenang saling bantu membantu hormat menghormati dan bergotong-royong. Keempat Anak Adam Memasuki Alam Remaja. Keempat putera-puteri Adam mencapai usia remaja dan memasuki alam akil baligh di mana nafsu berahi dan syahwat serta hajat kepada hubungan kelamin makin hari

makin nyata dan nampak pada gaya dan sikap mereka hal mana menjadi pemikiran kedua orang tuanya dengan cara bagaimana menyalurkan nafsu berahi dan syahwat itu agar terjaga kemurnian keturunan dan menghindari hubungan kelamin yang bebas di antara putera-puterinya. Kepada Nabi Adam Allah memberi ilham dan petunjuk agar kedua puteranya dikahwinkan dengan puterinya. Qabil dikahwinkan dengan adik Habil yang bernama Lubuda dan Habil dengan adik Qabil yang bernama Iqlima. Cara yang telah di ilham oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Adam telah disampaikan kepada kedua puteranya sebagai keputusan si ayah yang harus dipatuhi dan segera dilaksanakan untuk menjaga dan mengekalkan suasana damai dan tenang yang meliputi keluarga dan rumahtangga mereka. Akan tetapi dengan tanpa diduga dan disangka rancangan yang diputuskan itu ditolak mentah-mentah oleh Qabil dan menyatakan bahawa ia tidak mahu mengahwini Lubuda, adik Habil dengan mengemukakan alasan bahawa Lubuda adalah buruk dan tidak secantik adiknya sendiri Iqlima. Ia berpendapat bahawa ia lebih patut mempersunting adiknya sendiri Iqlima sebagai isteri dan sekali-kali tidak rela menyerahkannya untuk dikahwinkan oleh Habil. Dan memang demikianlah kecantikan dan keelokan paras wanita selalu menjadi fitnah dan rebutan lelaki yang kadang-kadang menjurus kepada pertentangan dan permusuhan yang sampai mengakibatkan hilangnya nyawa dan timbulnya rasa dendam dan dengki di antara sesama keluarga dan sesama suku. Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhad menentukan pilihan jodohnya. Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu. Kemudian dengan disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yang menanti dengan hati berdebar apa yang akan terjadi di atas bukit di mana kedua korban itu diletakkan, terlihat api besar yang turun dari langit menyambar kambing binatang korban Habil yang seketika itu musnah ternakan oleh api sedang karung gandum kepunyaan Qabil tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh. Maka dengan demikian keluarlah Habil sebagai pemenang dalam pertaruhan itu karena korban kambing telah diterima oleh Allah sehingga dialah yang mendapat

keutamaan untuk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yang akan dipersandingkan menjadi isterinya. Pembunuhan Pertama Dalam Sejarah Manusia. Dengan telah jalurnya keputusan dari langit yang menerima korban Habil dan menolak korban Qabil maka pudarlah harapan Qabil untuk mempersandingkan Iqlima tidak puas dengan keputusan itu namun tidak ada jalan untuk menyoalkan. Ia menyerah dan memerainya dengan rasa kesal dan marah sambil menaruh dendam terhadap Habil yang akan dibunuh di kala ketiadaan ayahnya. Ketika Adam hendak berpergian dan meninggalkan rumah beliau mengamanahkan rumahtangga dan keluarga kepada Qabil. Ia berpesan kepadanya agar menjaga baik-baik ibu dan saudara-saudaranya selama ketiadaannya. Ia berpesan pula agar kerukunan keluarga dan ketenangan rumahtangga terpelihara baik-baik jangan sampai terjadi hal-hal yang mengeruhkan suasana atau merosakkan hubungan kekeluargaan yang sudah akrab dan intim. Qabil menerima pesanan dan amanat ayahnya dengan kesanggupan akan berusaha sekuat tenaga menyelenggarakan amanat ayahnya dengan sebaik-baiknya dan sempurna berpergiannya akan mendapat segala sesuatu dalam keadaan baik dan menyenangkan. Demikianlah kata-kata dan janji yang keluar dari mulut Qabil namun dalam hatinya ia berkata bahawa ia telah diberi kesempatan yang baik untuk melaksanakan niat jahatnya dan melepaskan rasa dendamnya dan dengkinya terhadap Habil saudaranya. Tidak lama setelah Adam meninggalkan keluarganya datanglah Qabil menemui Habil di tempat penternakannya. Berkata ia kepada Habil:"Aku datang ke mari untuk membunuhmu. Masanya telah tiba untuk aku lenyapkan engkau dari atas bumi ini." "Apa salahku?"tanya Habil. Dengan asalan apakah engkau hendak membunuhku?" Qabil berkata:"Ialah kerana korbanmu diterima oleh Allah sedangkan korbanku ditolak yang bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yang cantik dan molek itu dan aku harus mengahwini adikmu yang buruk dan tidak mempunyai gaya yang menarik itu." Habil berkata:"Adakah berdosa aku bahawa Allah telah menerima korbanku dan menolak korbanmu?Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yang diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kami laksanakan?Janganlah tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nafsu dan ajakan syaitan! Kawallah perasaanmu dan fikirlah masak- masak akan akibat perbuatanmu kelak! Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa yang menyerahkan dengan tulus ikhlas dari hati yang suci dan niat yang murni.Adakah mungkin sesekali bahawa korban yang engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yang telah rosak dan busuk dan engkau berikan secara terpaksa bertentangan dengan kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dengan kambing yang aku serahkan sebagai korban yang sengaja aku pilihkan dari

perternakanku yang paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dengan tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah. Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yang telah dibisikkan kepadamu oleh Iblis itu, musuh yang telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat tanganku untuk membalasmu kerana aku takut kepada Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diredhainya.Aku hanya berserah diri kepada-Nya dan kepada apa yang akan ditakdirkan bagi diriku." Nasihat dan kata-kata mutiara Habil itu didengar oleh Qabil namun masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan sekali-kali tidak sampai menyentuh lubuk hatinya yang penuh rasa dengki, dendam dan iri hati sehingga tidak ada tempat lagi bagi rasa damai, cinta dan kasih sayang kepada saudara sekandungnya. Qabil yang dikendalikan oleh Iblis tidak diberinya kesempatan untuk menoleh kebelakang mempertimbangkan kembali tindakan jahat yang dirancangkan terhadap saudaranya, bahkan bila api dendam dan dengkin didalam dadanya mulai akan padam dikipasinya kembali oleh Iblis agar tetap menyala-yala dan ketika Qabil bingung tidak tahu bagaimana ia harus membunuh Habil saudaranya, menjelmalah Iblis dengan seekor burung yang dipukul kepalanya dengan batu sampai mati. Contoh yang diberikan oleh Iblis itu diterapkannya atas diri Habil di kala ia tidur dengan nyenyaknya dan jatuhlah Habil sebagai korban keganasan saudara kandungnya sendiri dan sebagai korban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia Penguburan Jenazah Habil. Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya.ia tidak tahu apa yang harus diperbuat dengan tubuh saudaranya yang semakin lama semakin busuk itu.Diletakkannyalah tubuh itu di sebuah peti yang dipikulnya seraya mundarmundir oleh Qabil dalam keadaan sedih melihat burung-burung sedang berterbangan hendak menyerbu tubuh jenazah Habil yang sudah busuk itu. Kebingungan dan kesedihan Qabil tidak berlangsung lama kerana ditolong oleh suatu contoh yang diberikan oleh Tuhan kepadanya sebagaimana ia harus menguburkan jenazah saudaranya itu.Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Melihat contoh dan pengajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabil sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri:"Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?" Kemudian kembalilah Adam dari perjalanan jauhnya.Ia tidak melihat Habil di antara putera-puterinya yang sedang berkumpul.Bertanyalah ia kepada Qabil:"Di manakah Habil berada?Aku tidak melihatnya sejak aku pulang."

Qabil menjawab:"Entah, aku tidak tahu dia ke mana! Aku bukan hamba Habil yang harus mengikutinya ke mana saja ia pergi." Melihat sikap yang angkuh dan jawapan yang kasar dari Qabil, Adam dapat meneka bahawa telah terjadi sesuatu ke atas diri Habil, puteranya yang soleh, bertakwa dan berbakti terhadap kedua orang tuanya itu.Pada akhirnya terbukti bahawa Habil telah mati dibunuh oleh Qabil sewaktu peninggalannya.Ia sangat sesal di atas perbuatan Qabil yang kejam dan ganas itu di mana rasa persaudaraan, ikatan darah dan hubungan keluarga diketepikan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu dan bisikan yang menyesatkan. Menghadapi musibah itu, Nabi Adam hanya berpasrah kepada Allah menerimanya sebagai takdir dan kehendak-Nya seraya mohon dikurniai kesabaran dan keteguhan iman baginya dan kesedaran bertaubat dan beristighfar bagi puteranya Qabil. Kisah Qabil dan Habil Dalam Al-Quran. Al-Quran mengisahkan cerita kedua putera Nabi Adam ini dalam surah"Al- Maaidah" ayat 27 sehingga ayat 32 .

Pengajaran Dari Kisah Putera Nabi Adam A.S.. Bahawasanya Allah s.w.t. hanya menerima korban dari seseorang yang menyerahkannya dengan tulus dan ikhlas, tidak dicampuri dengan sifat riyak, takabur atau ingin dipuji.Barang atau binatang yang dikorbankan harus yang masih baik dan sempurna dan dikeluarkannya dari harta dan penghasilan yang halal.Jika korban itu berupa binatang sembelihan, harus yang sihat, tidak mengandungi penyakit atau pun cacat, dan jika berupa bahan makanan harus yang masih segar baik dan belum rusak atau busuk. Bahawasanya penyelesaian jenazah manusia yang terbaik adalah dengan cara penguburan sebagaimana telah diajarkan oleh Allah kepada Qabil.itulah cara paling sesuai dengan martabat manusia sebagai makhluk yang dimuliakan dan diberi kelebihan oleh Allah di atas makhluk-makhluk lainnya, menurut firman Allah dalam surah "Al-Isra" ayat 70 yang bererti ; "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."

Anda mungkin juga menyukai