Anda di halaman 1dari 22

Pengurusan Penddikan

(DTT 3162 )

ISI KANDUNGAN

No. Tajuk Muka surat

1. Pengenalan 2-3

2. Teori & Isi- isi 4 - 16

3 Kes 17

4 Perbincangan & Pendapat 18 - 19

5 Kesimpulan 20

6 Soalan 21 -22

7 Rujukan 22

1
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

BAB 1 : PENGURUSAN

1.1PENGENALAN

Istilah pengurusan mempunyai berbagai- bagai definisi. Pada kebiasaannya pengurusan didefinisikan sebagai menyudahkan
sesuatu pekerjaan melalui perlaksanaan orang lain. Walaubagaimanapun, sering juga pengurusan didefinisikan sebagai unsur-
unsur yang mengandungi fungsi- fungsi yang terdiri daripada perancangan, pengorganisasian, dan pengawalan.

1.2 DEFINISI ISTILAH PENGURUSAN

Definisi pengurusan merangkumi pengertian yang lebih komprehensif, iaitu pengurusan adalah satu proses mengagihkan input
- input organisasi (termasuk sumber ekonomi dan sumber kakitangan ) dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan
dan pengawalan untuk tujuan mengeluarkan output (segala barangan dan perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelnggan-pelanggan
supaya objektif organisasi tercapai. Dalam proses ini, segala kerja dijalankan oleh/ dan melalui staf organisasi dalam perniagaan
yang sering berubah dan dinamik.

2
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

Satu definisi pengursan yang mudah dan yang paling popular digunakan ialah seni mendapatkan kerja- kerja terlaksana
melalui orang lain. Ini bererti jika seseorang pengurus inginkan sesuatu kerja terlaksana dan untuk itu dia mendapat kerjasama
daripada orang lain, maka dia dikatakan telah mempraktikkan pengurusan.
(Jaafar Muhamad, 2000)

Bagi untuk memahami penyataan Jaafar Muhamad diatas, berikut adalah satu contoh situasi yang boleh menerangkan
penyataan beliau.
Seorang Pengarah Politeknik Ungku Omar ingin mengadakan satu aktiviti hari persembahan projek pelajar Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal semester akhirsecara terbuka bertempat di Dewan Jubli Perak.. Langkah pertama, cadangan tersebut
diajukan di dalam mesyuarat. Setelah semua ahli mensyuarat yang terdiri daripada Pengarah Politeknik,, Ketua Jabatan, dan
Pensyarah Mekanikal bersetuju dengan cadangan tersebut, tindakan susulan dilakukan dengan segera bagi tujuan persediaan
yang lebih awal bagi mendapatkan hasil yang baik dan perjalanan yang lanca semasa hari persembahan. Mesyuarat diantara
Ketua Jabatan dengan pensyarah- pensyarah diadakan bagi menyusun strategi dan persediaan menghadapi hari persembahan
projek. Di antara persediaan- persediaan (agenda) menghadapi hari persembahan projek itu adalah seperti berikut.

a. Pelajar- pelajar yang hendak mempersembahkan projek sudah bersedia dengan projek masing- masing.
b. Penyelia- penyelia projek yang tediri daripada pensyarah mekanikal sudah bersedia dengan skema pemarkahan.
c. Penyediaan peralatan.(kerusi/meja/pentas/makan/minum/dan seunpamanya).

3
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

1.3 PERKEMBANGAN PRINSIP PENGURUSAN

Dimana kita sekarang, sebahagian besarnya ditentukan oleh di mana kita telah berada. Pernyataan ini tepat sekali kalau
kita mengkaji serta mendalami teori pengurusan yang ada sekarang. Untuk membantu kefahaman tentang kepelbagaian
pemikiran pengurusan semasa, adalah penting kita mengetahui tentang perkembangannya sejak dari mula. Pengurusan telah
pun dipraktikkan sejak beribu- ribu tahun dahulu, tetapi hanya sejak kebelakangan ini barulah segala pengalaman itu
dikumpulkan dan dijadikan sebagai satu disiplin pengetahuan.
Untuk mengkaji sejarah perkembangan pengurusan mengukut turutan masa, maka perlulah kita merujuk kepada
perkembangan pengurusan pada zaman silam hinggalah kini. Oleh keran idealogi dan falsafah pengurusan berkembang di
negara- negara barat, maka kajian akan dibuat tertumpu kepada sejarah perkembangan pengurusan yang terdapat di negara-
negara Barat sahaja. Dengan pengetahuan ini , sedikit sebanyak kita dapat mencedok pengalaman yang berguna serta kejayaan
mereka dalam usaha kita memperbaiki kehidupan dan kegiatan sehari- harian.
Di Mesir 1300 S..M., iaitu lebih 3000 tahun yang lalu orang- orang Mesir telah pun mempraktikkan pengagihan kuasa
dan penggunaan nasihat staf. Sebagai contoh, piramid menunjukkan tentang kewujudan perangcangan formal,
pengorganisasian, kepimpinan dan sistem- sistem penilaian pada zaman itu. Luas piramid itu adalah 5.26 hektar(13 ekar) yang
menggunakan 2.5 juta batu blok dan setiap satu berat puratanya ialah 2.5 tan. Pembinaan itu dianggarkan menggunakan tenaga
buruh seramai 100 000 orang dalam tempoh 20 tahun. Pembinaan seperti itu memerlukan satu kebersanan praktik fungsi
pengurusan.
Di China kira- kira 3000 tahun yang lalu telah menunjukkan pengurusan yang berkesan. Ini terbukti dengan terbinanya
Tembok Besar (Great Wall ) yang sudah tentu memerlukan penilaian yang rapi oleh pihak tertentu.

4
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

1.3.1 TAKRIFAN PENDIDIKAN


Dalam kenyataan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berbunyi pendidikan adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dalam intelek, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaaan dan ketaatan kepada Tuhan.
(Robiah Sidin, 1994)

1.3.2 TAKRIFAN PENGURUSAN PENDIDIKAN


Sekolah sebagai sebuah organisasi bertunjangkan pada suatu arah untuk mencapai matlamat yang dirancangkannya.
Dengan kata lain, sekolah mempunyai tujuan, matlamat dan hasrat yang hendak dicapainya. Pembentukan matlamat ini
merupakan kriteria utama yang perlu wujud dalam organisasi sekolah. Dasar hendaklah dibentuk dengan baik dan tersusun
oleh kerana ia merupakan asas yang kukuh terhadap pengurusan yang berkesan.
(Omardin Ashaari,1996)

1.3.3 RASIONAL PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN


Pernah mendengar kata- kata seperti: “Masalah yang timbul itu adalah dari pihak pengurusan…”. Pernyataan seperti ini
dimaksudkan kepada mereka yang menduduki tingkat atas di dalam organisasi, padahal kelemahan dan masalah yang timbul
itu berpunca dari semua pihak pada peringkat pengurusan.

5
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

1.3.4 TOKOH, TEORI, PRINSIP DAN CONTOH APLIKASI


Seperti yang dinyatakan di dalam sejarah latar belakang pengurusan , memang terbukti bahawa orang- orang telah
ditadbirkan melalui kumpulan atau organisasi sejak awal- awal lagi dalam sejarah manusia. Dalam masyarakat primitive pun,
tertentu ada seorang ketua yang bertanggungjawab keatas kebajikan kumpulan. Ketua ini sudah tentu mempunyai kuasa untuk
membuat keputusan yang akan dipatuhi oleh semua anggota kumpulannya. Apabila masyarakat bertambah besar dan
kompleks, keperluan organisasi dan pengurusan makin diperlukan. Sebagai contoh , sebagai sesebuah kerajaan tidak boleh lagi
dikendalikan oleh sebahagian kecil individu sahaja. Sebaliknya pelbagai jenis pentadbir dan ahli birokrat diperlukan untuk
melancarkan dan menjalankan segala kegiatan kerajaan.
Walaupun hakikat ini telah lama disedari, percubaan untuk membuat teori dan prinsip pengurusan hanya dilakukan
pada zaman kebelakangan ini sahaja. Revolusi perindustrian yang berlaku di England pada abad ke-19 mencetuska keperluan
kaedah pengurusan yang sofistikated. Perkembangan teknologi baru pada zaman itu memerlukan kuantiti bahan- bahan mentah
yang banyak dan juga para pekerja yang ramai. Keadaan itu tentu sekali menimbulkan kerumitan didalam menyelaraskan
kesemua unsur tersebut supaya berjalan dengan lancar dan produktif. Untuk alasan ini, orang ramai mula menitikberatkan
masalah – masalah pengurusan.
Bidang pengurusan ataupun teori pentadbiran dikatakan bermula pada tahun 1911, buku yang ditulis oleh Frederick
Winston Taylor, Prinsiples of Scientific Management telah mula dicetak. Buku ini telah diedarkan dan mendapat sambutan
daripada kalangan ahli- ahli pengurusan. Kesan serta kajia- kajian yang dijalankan oleh Taylor membuatkannya dikenali
sebagai ‘Bapa Pengurusan Saintifik’.

6
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

Frederick Taylor mengeluarkan prinsip pengurusan saintifik seperti berikut;


1. Penentuan pergerakan kerja.
2. Pengkhususan kerja.
3. Perancangan dan penjadualan yang rapi.
4. Pemilihan dan pengambilan kakitangan yang rapi.
5. Insentif upah.

Henry L Gantt (1861- 1919) telah memberi sumbangannya ialah:


1. Mencipta carta perancangan membuat kerja terlebih awal dan menentukan tarikh untuk setiap tugas (Carta Ganit).
2. Setiap kerja hendaklah dilakukan mengikut perancangan yang boleh dipecahkan mengikut peringkat unit dan individu.
3. Carta Gantt dapat menentukan penggunaan sumber secara maksimum, menepati masa, tempat dan suasana.
4. Memperkenalkan idea mengukur kemajuan prestasi pekerja di atas satu carta bar menggunakan perbezaan warna
sebagai ukuran kemajuan.

Usaha Taylor telah menginspirasikan beberapa tokoh lain untuk mengkaji dan membentuk kaedah pengurusan saintifik.
Tiga orang yang ternama di bidang pengurusan saintifikialah Frank Gilbreth, Lilian Gilbreth dan Moris Cooke. Frank dan
Lilian Gilbreth dikenali dengan kerja mereka dalam kajian pergerakan. Cooke pula meluaskan idea- idea pengurusan saintifik
untuk memasukkan penerapannya di universiti- universiti dan organisasi awam.
Frank Gilbreth ialah seorang kontraktor perusahaan. Oleh kerana dipengaruhi oleh Taylor, beliau berhenti daripada
kerjayanya itu, pada tahun 1912 untuk mengkaji pengurusan saintifik. Tumpuan kajian beliau ialah tentang penyusunan kerja,
membuang pembaziran pergerakan tenaga dan badan, serta rekabentuk da penguanaan alat- alat yang sesuai untuk

7
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

mengoptimumkan prestasi kerja. Sebagai contoh, beliau mengurangkan bilangan pergerakan dalam menyusun batu bata.
Kaedah yang beliau syorkan ini menghasilkan pertambahan pengeluaran sebanyak 300 peratus. Seperti Taylor, Gilbreth juga
mencari satu cara terbaik untuk melaksanakan pekerjaan. Secara spesifik, beliau menitikberatkan pergerakan tangan dan badan
untuk mengoptimimkan tenaga. Beliau mempercayai dan menyokong idea keefisienandan beliau berpendapat kelajua tidak
semestinya hilang untuk mendapatkan kualiti. Beliau menganjurkan persaingan, sebagai tambahan kepada gaji untuk
mendapatkan prestasi lebih tinggi daripada pekerja. Pada keseluruhannya, kalau kita mengatakan Taylor memberi sumbangan
kepada pegurusan saintifik melalui kajian masa, Gilbreth pula memberi sumbangan melalui kajian pergerakan.

Frank Gilbreth dan Lilian M.Gilbret (1868- 1924), suami isteri mengenai kajian gerak ke peringkat yang paling tinggi.
Sumbangan mereka dalah seperti berikut:
1. Perkembangan kaji gerak.
2. Membentuk beberapa teknik baru dalam pengkajian gerak mikro, carta proses dan therlbigs.
3. Pengajian kelesuan.

Henri Fayol dari Perancis juga telah menulis pada masa yang sama dengan Frederick Winston Taylor. Pendekatan Fayol
dan Taylor adalah berbeza. Taylor menitikberatkan pengurusan perkilangan semenntara Fayol pula mengambil pandangan yang
lebih luas. Fayol boleh dikatakan sebagai pelopor teori pentadbiran yang pertama, kerana beliau telah menitikberatkan prinsip
organisasi dan fungsi pentadbiran. Sumbangan beliau yang paling relevan kepada kita pada masa ini ialah definisi tentang
fungsi- fungsi pentadbir. Beliau juga menegaskan bahawa disiplin pengurusan adalah universal.
Fayol dalam bukunya General and Industrial Management, menganggap pentadbiran atau pengurusan sebagai satu badan
pengetahuan berasingan yang mempunyai penerapan kpada semua bentuk kegiatan kumpulan.

8
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

Prinsip Fayol
1. Pembahagian kerja.
2. Autoriti.
3. Disiplin.
4. Satu perintah
5. Kekitaan
6. Pembayaran upah
7. Pemusatan
8. Rantai pemerintah
9. Inisiatif
10. Keseimbangan
11. Kestabilan personal
12. Inisiatif
13. Mengutamakan kepentingan organisasi
Tujuh abad sudah berlalu selepas buku Taylor itu dicetak, namun definisi tugas seorang pengurus pada masa ini ialah
seorang yang merancang , mengelola, memimpin, dan menilai hampir tidak berubah.

9
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

1.3.6 PENGURUSAN PENDEKATAN HUBUNGAN MANUSIA

Mayo memberikan kesimpulan bahawa keadaan semasa bekerja seperti kumpulan kerja tida formal akan
Mempengaruhi produktiviti. Daripada kesimpulan ini penyelidik- penyelidik mencadangkan bahawa pihak pengurusan
mesti mengakui kepentingan kehendak pekerja terhadap pengiktirafan dan kepuasan sosial, iaitu satu pendekatan
terhadap kepentingan sumber manusia di dalam organisasi. Dengan yang demikian program latihan untuk melatih peyelia
agar memahami cara kelompok dan individu berkelakuan, peningkatan dalam proses pengambilan, penempatan dan sistem
isentif pula mula diberi tumpuan dan kepentingan.

1.6 TEORI X DAN Y McGREGOR

Douglas McGregor yang mementingkan pembangunan secara profesional bagi pebgurus, membayangkan bahawa
setiap pertumbuhan dalam profesion mestilah bermula dengan pemeriksaan bagaimana seseorang pengurus menganggap
dirinya berhubung dengan kerja mengurus segala kemudahan dan sumber- sumber keluaran bagi mencapai arah tuju sesebuah
organisasi.
Asas pegangan McGregor ialah pelbagai kepercayaan asasi atau jangkaan- jangkaan (andaian) tentang bagaimana
tingkah laku manusia yang berbeza, beliau mewujudkan dua bentuk teori mengenai keadaan manusia itu dalam hubungannya
dengan tugas- tugas atau kerjanya yang dikenali sebagai teori ‘X’ dan juga teori ‘Y’.
Andaian teori X ialah seperti berikut:

10
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

1. Kebanyakan manusia mempunyai rasa tidak suka kepada kerja, dan jika diberikan pilihan, ia akan mengelakkan diri daripada
kerja.
2. Disebabkan manusia tidak gemar bekerja, ia terpaksalah dipaksa, diarah, dikawal dan di takutkan oleh denda sekiranya ia
mahu memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap tugas yang diberikan oleh organisasi tersebut.
3. Kebanyakan manusia lebih suka diarah, tidak suka menanggung bebanan tanggungjawab, ada yang tidak mempunyai cita-
cita yang tinggi dan mahukan keselamatan diri pada keseluruhannya.

Andaian teori Y adalah seperti berikut:


1. Usaha kerja dari segi mental dan fizikal adalah dianggap natural, seperti jugalah kaedahnya jika kita bermain dan berehat.
2. Kawalan luaran dan cara menakut- nakutkan seperti dendaan/hukuman. Namun ini bukannya satu- satunya cara untuk
memastikan manusia bekerja untuk mencapai matlamat sebagaimana yang mereka lakukan.
3. Kebanyakan manusia belajar untuk menerima dan menjalankan tanggungjawab jika dikendalikan di bawah pengawalan yang
kena pada tempatnya, sempurna dan teratur.
4. Penglibatan kepada matlamat ialah satu fungsi mendapatkan ganjaran (upah atau gaji) yang berkaitan dengan pencapaian
mereka sendiri.
5. Kebanyakan manusia berkemampuan untuk mempunyai imaginasi berdayacipta. Handal berfikir dalam menyelesaikan
sesuatu masalah organisasi.
6. Dalam keadaan biasa, kebanyakan manusia menggunakan kebolehan mereka tidak secara menyeluruh iaitu tiada
menggunakan kemahiran yang ada secara optimum.

11
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

Teori Y

Teori X

Gaya kepimpinan menurut Teori X dan Teori Y yang bergantung kepada situasi dan peringkat pekerja.

Di bawah teori X dan Y, McGregor berpendapat bahawa piak pengurusan perlu pintar dan bijak untuk
mencungkil bakat pekerjaannya melalui pembangunan manusia dan mengerti kehendak para pekerja untuk bebas
(mengawal diri sendiri) dan mempunyai semangat dorongan diri.
Gabungan serta perkaitan antara model ini dengan model ‘petak pengurusan’ oleh Blake dan Mauton
memperkuatkan lagi konsep bahawa kepimpinan adalah berdasarkan situasi dan keadaan. Kefahaman konsep ini akan
mengimbangkan peranan pengurus yang harus bertindak sebagai kaunselor pada ketika lain. Kedua- dua kemahiran
ini amat diperlukan pada setiap pengurus.

12
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

1.7 PETAK PENGURUSAN OLEH BLAKE DAN MOUNTON

Petak ini direka oleh Dr.Robert R. Blake dan Dr. James S.Mounton. Rangka kekonseptualan petak ini lahir
daripada kepercayaan Blake bahawa di dalam fikiran kebanyakan pengurus terdapat seperti satu keadaan iaitu , ambil
atau ambil peduli kapada masalah manusia iaitu para pekerja berlawanan dengan ambil berat terhadap masalah
pengeluaran.

Blake berpendapat bahawa seorang pengurus yang benar-benar bagus, berkesan tidak seharusnya
terlalu membezakan masalah pekerja dengan masalah pengeluaran yang seringkali dianggap sesuatu yang asing dan
lain antara satu dengan lain oleh kebanyakan golongan pengurus. Ada juga menganggap ia adalah factor- factor yang
bertentangan di dalam pekerjaan mereka.
Pada pendapat Blake, manusia iaitu para pekerja dan pengeluarannya adalah sama iaitu saling kait- mengait dan
dua perkara itu tidak dapat diasingkan, selaku exclusive dan pergabungan mereka adalah menjadi proses yang boleh
meningkatkan kecapaian produktiviti kedua- dua pihak.

13
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

1.9

bertimbangrasa terhadap kehendak


manusia bagi perhubungan yang
selesa akan menyebabkan satu 9.9
suasanaorganisasi yang mesra dan Penglibatan mereka akan menghasilkan kerja yang baik,
mempertingkatkan mutu pekerjaan saling hubungan mereka dalam tujuan organisasi akan
melahirkan rasa hormat dan percaya mempercayai.

5.5
Prestasi organisasi yang sesuai boleh diimbangi antara kerja yang dijalankan
dengan
menjaga etika mereka pada tahap yang sempurna.

9.1
1.1
kecekapan dalam kendalian kerja diatur begitu rupa supaya
cukup memberi kerja yang minimum untuk mendapatkan hasildemi menjaga
unsur
keahlian organisasi.
manusia tidak terlalu mengganggu tugas.
2 3 4 5 6 7 8 9

Petak ini mengesan dimensi utama atau skala mengambil berat dalam tugas- tugas pengurus iaitu , tugas atau pengeluaran ,
dan kakitangan.

14
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

• Tugas (task) atau prngeluaran ialah yang berhubungan dengan output organisasi berkenaan, yang berupa mutu dan kuantitinya.
• Kakitangan ialah semua mereka yang berkaitan, bekerja untuk organisasi. Ini termasuk para- para pekerja atasan dan bawahan
yang eksklusif dan yang biasa.

Penerangan mengenai petak tersebut

1.9
- Pengurus tidak begitu mengambil berat terhadap pengeluaran sebaliknya sangat ambil berat kepada kakitangan. Andainya ialah
dengan hati- hati dan sangat mengambil berat kepada kehendak- kehendak kakitangan akan nanti melahirkan Suasana yang lebih
baik di kalangan kakitangan serta pekerjaan mereka dilakukan dengan lebih giat dalam organisasi.

1.1
- Pengurus tidak begitu ambil berat terhadap pengeluaran dan juga kakitangannya. Andainya ialah, usaha yang minimum
dikehendaki untuk mendapatkan sesuatu tugas itu dijalankan agar ahli- ahli terus kekal di dalamya.

9.1
- Pengurus sangat mengambil berat terhadap pengeluaran tetapi tidak begitu ambil berat kepada kakitangannya. Andainya ialah
Kecekapan dalam mengendalikan sesuatu hasil dari keadaan- keadaan kerja yang teratur begitu rupa dengan segala unsur- unsur
insan tidak akan membantutnya , atau kakitangannya tidak berupaya merosakkan system tugas yang disusun rapid an berkesan.

15
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

5.5
- Pengurus bersifat sederhana dalam mengambil berat terhadap pengeluaran da kakitangannya. Andaianya ialah prestasi organisasi
yang sepatutnya boleh tercapai dengan cara pertimbangan perihal musatahaknya kerja- kerja diusahakannya dengan menjaga
maruah atau moral kakitangannya. Atau unsur manusia dam pengeluaran diseimbangkan dari aspek- aspek tertentu iaitu tidak
berat sebelah di mana- mana pihak yang merosakkan suasana.

9.9
- Pengurus sangat mengambil berat terhadap kedua- dua aspek iaitu pengeluaran dan kakitangannya. Andainya ialah pencapaian
yang jitu dari sesuatu kerja itu lahirnya dari penglibatan para pekerja saling bergantung melalui kecenderungan bersama dalam
segala maklumat dan tujuan organisasi akan melahirkan satu perhubungan percaya- mempercayai serta hormat- menghormati
antara sesame mereka.

16
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

1.8 CONTOH KES

Andaikan anda adalah seorang pengetua di sebuah seklah yang terkemuka di Malaysia. Sewaktu jangka masa
peperiksaan SPM hendak menjelma , seorang pelajar lelaki tingkatan lima daripada sekolah anda telah melakukan satu jenayah
yang disabit kesalahannya boleh menyebabkan dia dibuang daripada sekolah. Dalam pada yang sama, pelajar ini adalah sangat
berbakat dalam sukan olahraga dan dia adalah salah seorang atlit sekolah. Dia juga berada dalam rangking tiga teratas dalam
akademik (pelajar harapan sekolah). Latar belakang keluarga pula, dia berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan
merupakan anak sulong daripada tujuh orang adik beradik. Anda sebagai seorang pengurus yang bijak, apakah tindakan yang bakal
anda ambil bagi memastikan tindakan anda tersebut tidak akan membawa kerugian kepada mana- mana pihak lebih- lebih lagi
kepada pihak sekolah dan diri pelajar itu sendiri.

17
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

1.9 PERBINCANGAN & PENDAPAT

Cik Musnita Mohd


♦ “ Jika saya seorang pengtua sekolah tersebut, tindakan yang akan ambil adalah”;
1) saya akan menyerahkan pelajar terbabit kepada pihak berkuasa supaya pihak berkausa dapat menjalankan tugas mereka.
2) Tentang SPM yang semakin hampir, saya akan cuba membantu pelajar tersebut untuk mengambil peperiksaan tersebut
untuk mengambil peperiksaan SPM walaupun berada di dalam penjara.

Cik Azural Hafizah


♦ “Jika saya berada di tempat pengetua tersebut, saya akan ;
1) Memanggil pelajar terbabit berjumpa dengan saya agar saya dapat mendengar dan mengenal pasti apakah punca
masalah tersebut timbul.
2) Saya akan meminta kaunselor sekolah agar sama- sama membantu saya tentang masalah pelajar ini.
3) Dalam masa yang sama saya akan cuba memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

18
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

Saudara Effe
♦ “Bagi saya kesalahan tetap kesalahan. Inilah silapnya pihak sekolah. Mereka selalu menyembunyikan kesalahan-
kesalahan para pelajar mereka. Sedangkan tindakan sebegitulah sebenarnya akan menjadi penyumbang utama
terhadap berlakunya kes- kes berat,”

Kesimpulan kepada kes ini, kita perlu berbalik semula kepada tafsiran maksud pengurusan . Pegurusan adalah menyudahkan sesuatu
pekerjaan melalui perlaksanaan orang lain. Sebagai contoh adalah pandangan daripada Cik Azural, beliau memerlukan bantuan
daripada kaunselor sekolah untuk menangani masalah ini.

19
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

1.10 KESIMPULAN

Melalui tugasan yang bertajuk Pengurusan , dapatlah difahami lagi dengan lebih jelas lagi tentang definisi
pengurusan itu sendiri. Di mana di dalam definisi pengurusan , ianya melibatkan seseorang pengurus dengan orang bawahannya
Untuk melaksanakan sesuatu kerja yang dikehendaki oleh pengurus terbabit.
Di dalam tajuk pengurusan adalah lebih menjurus kepada pengurusan dalam pendidikan. Pengurusan pendidikan
melibatkan sekolah sebagai sebuah organisasi bertunjangkan pada suatu arah untuk mencapai matlamat yang diracangkannya.
Terdapat dua teori iaitu Teori X dan Teori Y yang dikemukan oleh Mc Gregor mengenai pelbagai jangkaan-
jangkaan tentang bagaimana tingkahlaku manusia yang berbeza dalam hubungannya terhadap tugas-tugas yang dilakukan.
Andaian Teori X lebih kepada penyataan tentang perasaan dan keinginan suka atau tidak seseorang manusia itu terhadap tugas
yang dilakukannya. Andaian Teori Y pula lebih kepada penyataan tentang kebolehan dan kelemahan manusia berhubung dengan
tugas yang dilakukannya.
Petak pengurusan oleh Blake dan Mounton lahir daripada kepercayaan bahawa didalam fikiran kebanyakkannya
pengurus terdapat seperti satu keadaan iaitu ambil berat kepada masalah manusia (pekerja) berlawanan dengan ambil berat
terhadap masalah pengeluaran. Para pekerja dan pengeluarannya salig kait-mengait diantara satu sama lain. Tedapat lima kategori
utama didalam aspek petak pengurusan dan skala cara mengambil berat.

20
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

1.11 SOALAN

1. Berikut merupakan prinsip yang terdapat dalam pengurusan Fayol, kecuali;


a) Autoriti
b) Perkembangan idea
c) Susunan
d) Kestabilan personal
Jawapan: b

2. Siapakah yang mencipta carta Ganit yang masih digunakan sehingga kini ?
a) Frank Gilbreat Gantt
b) Frederick C.Gantt
c) Henry L Gantt
d) Blake Gantt
Jawapan: c

21
Pengurusan Penddikan
(DTT 3162 )

3. Apakah yang dikemukakan dalam teori Y oleh McGregor ?


Jawapan: 1. Kebanyakkan manusia belajar untuk menerima dan menjalankan tanggungjawab jika pengendalian betul.
2. Penglibatannya dengan tujuan ingin mendapat ganjaran sesuai dengan pencapaiannya.
3.Tidak menggunakan kemahiran yang ada secara optimum.
4. Kawalan luaran dan cara menakutkan seperti dendaan.

RUJUKAN

a. Jaafar Muhamad (1992), Asas Pengurusan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

b. Ahmad Kilani Mohamed(2003), Pengurusan Pendidikan di Sekolah, UTM Skudai.

c. Jaafar Muhamad (1993), Asas Pengurusan Perniagaan ,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

22

Anda mungkin juga menyukai