Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INOVASI

MOHD ARIF BIN ISMAIL PJ1

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan projek inovasi adengan jayanya walaupun terpaksa menghadapi bagi matapelajaran WA13 beberapa masalah dalam

menyiapkan projek ini seperti kekurangan bahan rujukan, komputer yang digunakan rosak dengan tiba-tiba dan tiada elektrik semasa saya ingin menyiapkan projek ini.

Namun

dengan

berkat

kesungguhan

dan

azam

yang

tinggi

untuk

menyiapkannya saya akhirnya dapat menyiapkan juga tugasan berkaitan projek inovasi yang diberikan oleh pensyarah WA13 ini pada masa yang ditetapkan walaupun terpaksa melalui banyak masalah dalam menyiapkannya.

Sepertimana yang diketahui, banyak dugaan atau rintangan yang terpaksa ditempuhi dalam usaha menyiapkan projek ini. Masalah masa, tidak memahami

konteks soalan, wang dan sebagainya terus menghantui saya. Hal ini menjadi lebih rumit berikutan semester ini merupakan semester yang memerlukan saya terlibat dalam banyak aktiviti sukan dan permainan yang menyebabkan masa terluang saya menjadi terhad.

Banyak tugasan dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa sehingga melemahkan semangat saya namun sebagai seorang pendidik saya telah melihatnya sebagai suatu cabaran yang harus ditempuhi dan saya perlu berfikiran positif untuk menanganinya. Saya telah berusaha sedaya upaya untuk menyiapkannya pada masa yang ditetapkan.

Saya berusaha dengan selalu menemui pensyarah pembimbing matapelajaran ini untuk berbincang dengannya tentang kemuskilan yang dihadapi oleh saya dalam menyiapkan projek ini. Selain itu, saya juga kerap mengunjungi perpustakaan dan melayari internet bersama rakan-rakan untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan bagi menyiapkan kerja kursus ini sebagai rujukan.

Bagaimanapun berkat tunjuk ajar pensyarah saya, Encik Wan Suhaimi Bin Wan Setapa serta pensyarah- pensyarah lain dari Jabatan Jasmani Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu akhirnya saya dapat mengatasi masalah yang dihadapi tadi dan seterusnya saya dapat meneruskan projek bagi matapelajaran WA13 ini dengan jayanya pada masa yang ditetapkan.

Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan kerja yang dilakukan oleh saya dalam menyiapkan projek inovasi ini dan dari projek ini saya telah mempelajari banyak

perkara berkaitan inovasi. Semua maklumat ini adalah amat berguna kepada saya sebagai seorang pendidik kerana semua maklumat yang diperolehi ini boleh digunakan oleh saya apabila keluar menjadi guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai