Anda di halaman 1dari 1

Matlamat pendidikan kesihatan menurut Ewles dan Simnett (1986)

Ewles dan Simnett (1986) pula mengemukakan tujuan yang lebih spesifik lagi tentang mengapa pendidikan kesihatan itu diberikan. Menurut meraka, dalam melaksanakan tugas tersebut, seseorang pendidik kesihatan mestilah berusaha untuk mencapai tujuan-tujuan berikut : Meningkatkan kesedaran kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yang sedang dihadapinya. Memberikan penerangan dan juga menyumbang pengetahuan tentang segala sesuatu yang berhubung kait dengan masalah yang sedang dihadapi oleh individu atau masyarakat itu Menimbulkan kesedaran diri (self awareness) setelah mendengar penerangan dan penjelasan yang diberikan. Dengan adanya kesedaran ini, diharapkan orang yang menerima atau dididik akan lebih tegas untuk mengubah nasibnya. Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Perubahan sikap ini pula akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan dan tabiat melalui beberapa aktiviti tertentu sehingga matlamat pendidik dan mereka yang dididik itu tercapai.

Anda mungkin juga menyukai