Pertumbuhan Perkembangan Manusia

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 39

1

Bahan 1

KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN MANUSIA

Pertumbuhan dan perkembangan manusia merupakan corak perubahan fizikal,
Kognitif dan sosio-emosi sepanjang pusingan hayat manusia. Pertumbuhan manusia
Signifikannya bolehlah dikatakan seperti fasa bulan yang bersifat lemah pada awal
usia dan bersifat kuat pada pertengahan usia dan kembali menjadi lemah pada akhir
usia. Perkembangan manusia pula bermula pada saat terbentuknya janin sehingga
lahir sebagai bayi dan meniti hidup berkembang sebagai seorang kanak-kanak,
remaja, dewasa dan seterusnya menjadi tua dan berakhir dengan suatu kematian.
Perkembangan manusia meliputi perkembangan tubuh badan, mental, emosi dan
Social serta persekitaran manusia itu sendiri.
Pertumbuhan manusia merupakan satu proses yang berlaku berterusan. Per-
tumbuhan dan perkembangan manusia berlaku dengan pesat sejak di dalam rahim
untuk membentuk zigot dan akhirnya berkembang sebagai embrio dan janin. Per-
tumbuhan peringkat ini dinamakan pertumbuhan pra-natal. Pertumbuhan yang
berlaku peringkat seterusnya dipanggil pertumbuhan pos-natal.
Definisi perkembangan pula merupakan pergerakan manusia yang berfokus
kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor
yang berlaku sepanjang hayat. Perubahan yang berlaku adalah merupakan
2

hasil proses semulajadi yang dialami oleh system biologi manusia seperti proses
tumbesaran, kematangan dan penuaan.
PERKEMBANGAN JENIS TUBUH BADAN MANUSIA

Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai bentuk tubuh badan yang berbeza.
Inilah yang menyebabkan berlakunya perbezaan di antara lelaki dan perempuan
dari segi jenis bentuk badan dan perkembangan paras lemak serta jisim otot. Tubuh
badan kita dihasilkan oleh factor genetic. Kita mungkin berkongsi genetic tubuh
badan dengan salah seorang dari ahli keluarga kita samada salah seorang diantara
ibu atau ayah atau adik beradik lelaki maupun yang perempuan. Oleh kerana
tubuh badan mempunyai ciri-ciri genetic maka agak sukar sebenarnya kita menukar
bentuk badan.
Dr. William H. Sheldon ( 1898 1977 ) seorang ahli psikologi dari Universiti
Harvard di Amerika Syarikat telah menghabiskan banyak masanya untuk mengkaji
tentang manusia. Beliau telah mengkategorikan tubuh badan manusia kepada
tiga jenis iaitu :
a) Ektomorf
b) Mesomorf
c) Endomorf



3




EKTOMORF
Merupakan bentuk fizikal tubuh badan yang kurus dan kurang simpanan lemak.
Berat badan golongan ini juga sangat rendah disebabkan tulang,sendi dan otot
mereka yang kecil dan ringan. Biasanya seseorang ektomorf tampak kurang sihat
dan saiz yang agak tinggi kerana tulang kelihatan panjang dan otot-otot pula lam-
bat berkembang.Mereka juga kekurangan kekuatan untuk melakukan aktiviti
berat seperti menolak beban, menarik tali dan sebagainya. Mereka terpaksa
berusaha dengan lebih keras lagi untuk membesarkan otot bagi meningkatkan
kekuatan. Fizikal tubuh yang lain seperti dada yang rata, manakala bahu yang
kecil dan sempit serta badan yang kurus sehingga menampakkan tulang tubuh
yang ada. Rupa wajah mereka juga agak cengkung serta kulit mereka juga tidak
tahan panas.Simpanan lemak tubuh juga kurang berbanding kategori yang lain.






4





Bentuk tubuh Ektomorf

Sukan yang sesuai dengan Ektomorf.
Sesuai dengan fizikal yang ringan dan kurus, terdapat beberapa sukan dan
Permainan yang boleh diceburi oleh golongan ini. Antaranya adalah :
5

pelari marathon dan trek



Atlit lompat tinggi danPemain Badminton mempunyai tubuh badan Ektomorf
6




MESOMORF

Mesomorf merupakan tubuh badan yang paling ideal sekali.Tubuh badan seperti ini
merupakan jenis tubuh kebanyakan ahli sukan dan olahragawan. Postur badan lebih
menarik dan perkembangan otot lebih pesat dan besar daripada ektomorf. Dengan
bentuk badan yang Rectangular Shape mereka dapat membina otot dengan lebih
cepat dan kulit mereka juga akan menjadi lebih tebal.Dengan ini, golongan ini akan
mempunyai lebih kekuatan fizikal dan lebih bertenaga berbanding kategori lain.
Tubuh badan mereka lebih berat kerana mempunyai simpanan jisim otot yang tinggi.
Begitu juga dengan fizikal bahu mereka yang lebih lebar berbanding pinggang.
Latihan dan diet yang seimbang akan menjadikan mereka kurang berlemak kerana
kalori yang banyak dibakar ketika menjalani senaman dan latihan yang pesat. Pada
7

waktu ini, selera makan golongan ini memuncak kerana proses metabolisma badan
berlaku dengan cepat dan teratur.Kelebihan individu mesomorf adalah kebolehan
membina dan kemudian menurunkan berat badan kembali dengan efisien dan cepat.
Kebanyakan manusia di dunia sentiasa mengimpikan mempunyai tubuh badan
Seperti ini namun tidak ramai yang mampu mencapainya.Contoh individu popular
yang mempunyai bentuk tubuh seperti ini ialan Sylvester Stallone dan Arnold
Swarztnegger.



Bentuk tubuh Mesomorf

Sukan yang bersesuaian dengan tubuh Mesomorf
Golongan Mesomorf mempunyai tubuh yang sederhana dan berotot.Antara
Sukan yang boleh mereka ceburi ialah :
8


Renang dan Gusti merupakan sukan golongan bertubuh bentuk Mesomorf




Sukan Bina Badan untuk golongan Mesomorf
9


Sukan yang memerlukan kekuatan fizikal


ENDOMORF

Endomorf merupakan jenis bentuk badan yang bulat dan lembik seakan-akan buah
Pir. Fizikal tubuh mereka kelihatan lebih berisi di bahagian abdominal disebabkan
lebihan lemak yang banyak tersimpan disitu. Oleh itu, kita dapat melihat perut mereka
agak buncit dan gendut. Kaki dan lengan mereka pendek dan besar akan memberi
kesan terhadap kelajuan pergerakan mereka.Tambahan pula bahagian pinggang lebih
lebar dari bahagian kaki dan ini akan menyebabkan mereka tidak stabil dan kerapkali
terjatuh. Badan yang lembik dan gendut ini menandakan tiada perkembangan ke-
kuatan otot yang berlaku, hanya penghasilan lemak yang banyak. Ini diburukkan lagi
dengan selera makan mereka yang tinggi dan kurang melakukan aktiviti senaman
10

dan latihan yang kerap.Nafsu makan yang tinggi ini akan melambatkan proses
metabolism badan.Golongan ini juga mempunyai kepala yang berbentuk spiar dengan
muka dan leher yang lebar.Kulit mereka halus dan licin. Berat badan mudah bertambah
namun sukar untuk mereka menurunkan berat kembali. Golongan seperti ini mem-
punyai potensi yang besar untuk menjadi obesity (kelebihan berat badan yang me-
lampau ).





Bentuk tubuh badan Endomorf

Sukan yang sesuai untuk bentuk tubuh Endomorf
Antara sukan yang dikaitkan dengan golongan endomorph ini antaranya
11

adalah seperti : Sumo

Sukan Judo

12

Sukan Lontar Peluru
















13

Bahan 2


Pengenalan

1.0 Kensep dan Definisi Pertumbuhan , Pengenalan dan Pembelajaran Motor

1.1 Konsep Pertumbuhan , Perkembangan dan Pembelajaran Motor

Perkembangan dan pertumbuhan manusia merupakan paten perubahan fizikal,
kognatif dan soaio-emosi sepanjang pusingan hayat manusia. Pertumbuhan manusia
secara fitrahnya seperti bulan sabit iaitu bersifat lemah di awal pertumbuhannya atau di
awal usia pada kelahiran yang masih bayi, semakin membesar dan kuat pada usia
pertengahan dan menjadi lenah pada usia emas atau diwaktu tua.

Perkembangan manusia juga meliputi dari saat terbentuk janin manusia sehingga
berkembang menjadi seorang kanak-kanak, kemudian menjadi remaja seterusnya
kepada usia dewasa dan berakhir dengan detik kematian.
14

Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan kematangan adalah perlu untuk memestikan
pembelajaran motor dapat dimaksimumkan sejajar dengan tahap kebolehan
penerimaan kemahiran dalam pengajaran motor manusia. Manusia sememangnya tidak
dapat lari dari menghadapi saat kebolehan penerimaan pengajaran kemahiran.

1.2 Definisi Pertumbuhan, Perkembangan dan Pembelajaran Motor

1.2.1 Definisi Pertumbuhan
Pertumbuhan manusia ialah satu proses yang berlaku secara
berterusan. Pertumbuhan dan perkembangan manusia berlaku
dengan secara pesat di dalam rahim untuk membentuk zigot dan
seterusnya berkembang sebagai embiro dan janin. Pertumbuhan di
peringkat ini dinamakan pertumbuhan prenatal. Pertumbuhan
peringkat berikutnya dipanggil pertumbuhan postnatal.

1.2.1 Definisi Perkembangan
Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokuskan kepada
Perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi
Motor yang berlaku adalah hasil proses semulajadi yang dialami
Oleh system biologi seperti proses perkembangan tumbesaran
Kematangan dan penuaan.

Perubahan yang berlaku dilihat menerusi dua aspek:
(i) Peningkatan keupayaan( dari bayi hingga dewasa)
(ii) Penurunan keupayaan ( dari dewasa sehingga tua )

1.2.2 Definisi Pembelajaran Motor
Pembelajaran kemahiran motor ialah bidang pengajian pergerakan
manusia yang berfokuskan kepada perubahan dari segi keupayaan
kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti
aktiviti pergerakan, praktis dan latihan.
15



1.3 Pertumbuhan
Pertumbuhan ini bersifat kuantitatif dalam saiz badan secara menyeluruh
atau saiz yang dicapai oleh anggota tertentu.
Perubahan dalam saiz ini melibatkan tiga proses selular iaitu:

( i ) Penambahan bilangan sel ( hyperplasia )
( ii ) Penambahan saiz sel ( hipertropi )
( iii ) Penambahan bahan-bahan interselular ( accretion )

Penambahan dan peningkatan ini adalah akibat fungsi pembahagian sel (
mitosis ) yang melibatkan pereplikaan DNA dan migrasi kromosom yang
direplika kepada sel-sel berfungsi dan seiras. Penambahan dalam saiz sel
melibatkan unit-unit fungsi dslsm sel-sel tersebut, khususnya protein dan
substratnya, yang jelas kelihatan dalam hipertropi otot ketika pertumbuhan.
Bahan-bahan interselular adalah berbentuk organic dan bukan organic dan
sering berfungsi mengikat atau mengumpulkan sel-sel dalam satu jaringan
kompleks. Hiperplasia, hipertropi dan accretion berlaku ketika proses
pertumbuhan . Proses pertumbuhan ini berbeza mengikut umur dan tisu-tisu
badan yang terlibat, contohnya , bilangan neuron ( sel otak ) dibentuk
semasa di pertengahan kehamilan manakala bilangan gentian ( fiber ) otot
terbentuk sejurus selepas kelahiran.

1.4 Proses Matang

Lazimnya dijelaskan sebagai satu proses menjadi matang atau satu langkah
ke arah mencapai keadaan matang. Maturation = proses matang, maturity=
kematangan, mature= matang. Proeses matang ini berlaku dalam semua
tisu, organ, dan system organ, member kesan ke atas enzim , komposisi
kimia dan fungsi.
16

Proses matang berbeza mengikut system biologi seseorang. Proses matamg
seksual adalah keadaan di mana keupayaan organ-organ pembiakan
berfungsi sepenuhnya. Proses matang system endokrina dan saraf (
neuroendocrine ) adalah satu faktor utama dalam proses kematangan
seksual, tulang dan somatic semasa peringkat lewat kanak-kanak dan
remaja.
Proses matang adalah merujuk kepada tempo ( kadar kematangan berlaku )
dan waktu ( bila berlakunya kematangan khusus ) perkembangan kea rah
keadaan yang matang secara biological. Proses berfokus kepada kadar
pencapaian saiz dewasa dan kematangan.

1.5 Perkembangan

Pada lazimnya perkembangan boleh diasaskan kepada dua konteks.
Konteks pertama adalah bersifat biological. Dalam konteks ini,
perkembangan adalah merujuk kepada proses perbezaan dan pengkhususan
sel-sel embrio kepada pelbagai jenis sel, tisu, organ, dan unit fungsi.
Ini biasanya berlaku diperingkat awalan prenatal apabila tisu dan system
organ mula dibentuk, dan amat bergantung kepada keaktifan gen yang
berinteraksi dengan hormone dan nutrient.
Konteks kedua adalah bersifat tingkah laku. Aspek ini berkait kepada
perkembangan kecekapan pelbagai domain yang saling berkait semasa
kanak-kanak menyesuaikan diri dalam kehidupan dan budayanya. Oleh itu,
kita boleh menyatakan perkembangan dari aspek keterampilan social, intelik
dan kognitif, emosi yang berasaskan kepada persekitaran dan budaya kanak-
kanak tersebut.
Haywood ( 1993 ), menjelaskan bahawa perkembangan adalah perubahan
tingkahlaku akibat daripada interaksi kanak-kanak dengan persekitarannya.
Bailey & McFadyen ( dalam Pickup & Price, 2007 ), menyatakan
pertumbuhan adalah merujuk kepada proses perubahan sepanjang hayat di
mana individu memperolehi kecekapan dalam pelbagai aspek. Lazimnya
17

disifatkan oleh fungsi yang khusus dan rumit akibat faktor-faktor biologi dan
persekitaran.

1.6 Prestasi Fizikal

Perkembangan dan kehalusan sesuatu prestasi kemahiran dalam pelbagai
aktiviti motor adalah merupakan suatu tugas perkembangan kanak-kanak
dan remaja. Semua kanak-kanak, kecuali yang mengalami kecacatan
perkembangan yang serius, mempunyai potensi untuk berkembang dan
belajar pelbagai kemahiran dan pola pergerakan asas dan khusus.
Pola pergerakan ini akhirnya digabungkan ke dalam kemahiran khusus yang
menjadi paksi utama perkembangan tingkahlaku kanak-kanak. Sifat prestasi
kanak-kanak adalah berkait dengan pertumbuhan, proses matang dan
perkembangan. Perkaitan ini dapat dilihat dengan jelas dalam perkembangan
asas pola pergerakan seperti berjalan, berkari, dan melompat.

1.7 Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal adalah suatu tingkah laku yang berlaku dalam pelbagai bentuk
dan konteks, termasuk mainan bebas, kerja seharian, senaman, pendidikan
jasmani sekolah, dan sukan yang diuruskan.
Aktiviti ini merujuk kepada mana-mana pergerakan badan yang dihasilkan
oleh otot rangka yangmenyebabkan peningkatan kecil penggunaan tenaga
rehat. Jika ia kerap dilakukan akan menyebabkan ia sesuatu yangpenting
untuk penyelarasan berat badan dan accretion mineral tulang semasa
peringkat kanak-kanak dan remaja. Peningkatan penggunaan tenaga yang
diperlukansemasa aktiviti fizikal akan menyumbangkan kepada kecekapan
fungsi pelbagai system, pengekalan berat badan, mengurangkan risiko
penyakit degenerative, mengurangkan risiko kematian awal dan
meningkatkan kualiti hidup yang menyeluruh.
18

Aktiviti fizikal bukannya latihan, walaupun adalah aspek utama dalam latihan.
Latihan adalah merujuk kepada sesuatu program yang sistematik, dan
khusus untuk sukan tertentu dalam jangkamasa tertentu

1.8 Pembelajaran Motor

Boleh didefinisikan berasaskan empat sifat utama.
Pertama, pembelajaran adalah satu proses mencapai keupayaan untuk
membentuk tindakan yang berkemahiran. Ini bererti pembelajaran melibatkan
satu set peristiwa, atau perubahan di mana latihan akan membolehkan
seseorangitu menjadi lebih mahir.

Kedua, pembelajaran berlaku akibat latihan atau pengalaman langsung.
Ketiga, pembelajaran tidak boleh diperhatikan secara langsung, kerana
proses kea rah perubahan dalam tingkah laku adalah bersifat dalaman dan ia
tidak boleh nampak oleh mata kasar.

Keempat, pembelajaran dianggap sebagai menghasiklan perubahan yang
kekal di dalam keupayaan kemahiran tingkah laku seseorang.
Hasil sentesis empat sifat utama di atas telah memberikan definisi
pembelajaran motor sebagai set proses yang berkait denganlatihan atau
pengalaman yang membawa kepada perubahan keupayaan untuk bergerak
yang kekal.

Menurut Malina, et al. ( 2004 ), pembelajaran motor adalah kemajuan dalam
prestasi hasil latihan yang lama. Oleh yang demikian, ini berkaitan dengan
tindak balas tisu dan system yang khusus terhadap latihan.
Sementara Gaddard ( 2008 ) merujuk pembelajaran motor sebagai satu
perubahan prestasi kemahiran motor yang agak kekal , akibat daripada
praktis atau pengalaman.

19

2.0 Pertumbuhan Somatik

2.1 Pengukuran yang lazim digunakan dalam Kajian Pertumbuhan
Satu teknik ukuran atau paiwai yang sistematik untuk mengukur badan
manusia dan anggota badan adalah dikenali sebagai antropometri (
anthropomentry ) di mana anthropo = manusia dan metry = pengukuran.
Secara pengukuran bersifat kuantitatif ke atas saiz, perkadaran dan bentuk
badan seseorang.
Berat adalah pengukuran ke atas jisim badan.
Ketinggian ( stature ) adalah pengukuran jarak lainer dari lantai ke bahagian
atas ( puncak ) tengorak.
Panjang berbaring ( recumbent length ) adalah ukuran panjang pada kanak-
kanak berumur antara 2 hingga 3 tahun, dalam keadaan berbaring.
Ketinggian duduk ( sitting height ) adalah ketinggian semasa berduduk tegak
yang diukur dari permukaan berduduk ke bahagian atas kepala.
Ukuran melebar biacromial adalah ukuran jarak cuaran acromia scapula
kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar bahu.
Ukuran lebar bicristal adalah ukuran dari bahagian sisi lengkungan iliak
kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar pinggul.
Lebar bicondylar adalah ukuran dari tulang kondil ( condyles ) femur
manakala ukuran lebar biepicondylar adalah ukuran yang melibatkan tulang
humerus.
Ukuran lilitan lengan lazimnya diukur dari titik pertengahan antara cuaran
acromial dan olecranon ( hujung siku ).Ukuran lilitan betis adalah pada
bahagian paling tebal semasa individu berdiri dan berat disebarkan dengan
sekatanya. Ketebalan lapisan kulit adalah petunjuk lapisan lemak di bawah
kulit ( subcutaneous ) dan boleh duukur dengan caliper. Pengukuran
ketebalan lapisan kulit lazimnya dilakukan di bahagian otot trisep dan
subskapular

20

Ukuran lilit kepala lazimnya dilakukan ke atas bayi dan kanak-kanak berumur
3 hingga 4 tahun sebagi petunjuk pertumbuhan otak. Indeks jisim badan (
BMI )adalah ukuran yang menghubungkan berat ( kg ) dan ketinggian ( m ).

2.2 Corak Pertumbuhan Dalam ketinggian Dan Berat Badan

Ketinggian dan berat badan adalah dua ukuran yang lazim digunakan dalam
kajian pertumbuhan. Dari peringkat kelahiran sehingga awal remaja,
seterusnya dewasa, ketinggian dan berat badan menunjukan satu corak
pertumbuhan yang terdiri daripada empat fasa iaitu:
(a) Pesat diperingkat bayi dan awal kanak-kanak
(b) Malar diperingkat pertengahan kanak-kanak
(c) Pesat diperingkat awal remaja, dan
(d) Perlahan selepas remaja dan berhenti di peringkat dewasa
Kadar pertumbuhan ketinggian dan berat badan semasa awal remaja adalah
tinggi. Kadar pertumbuhan ini adalah lebih cepat bagi perempuan berbanding lelaki
untuk tempoh dua tahun. Kadar pertumbuhan perempuan berhenti apabila mencapai
umur 16 tahun manakala bagi kaum lelaki pertumbuhan ini akan terus berkembang
untuk tempoh dua tahun lagi.

2.3 Pertumbuhan dalam dimensi anggota lain
Kebanyakan anggota badan mengalami corak pertumbuhan yang
meningkat kecuali lapisan lemak bawah kulit, bahagian kepala dan muka.
Pertumbuhan ketinggian berduduk berlaku dalam satu tempoh yang
panjang dan menyumbang kepada lebih ketinggian keseluruhan
berbanding panjang kaki.
Lelaki mempunyai bahu yang lebih lebar berbanding perempuan tetapi
kedua-dua jantina ini mempunyai iliac crest yang sama. Lilitan lengan
dan betis mempunyai corak pertumbuhan yang serupa dengan berat
badan. Pertumbuhan pesat pada lilitan kepala dapat dilihat sejak kelahiran
2 tahun , dan mula perlahan selepas itu.
21


2.4 Perubahan Perkadaran Anggota Badan

Walaupun corak pertumbuhan bentuk keluk pertumbuhan dalam kebanyakan
anggota badan hamper sama dengan ketinggian dan berat badan, kadar
pertumbuhan adalah berbeza antara anggota yang khusus.
Pertumbuhan allolmetric adalah hubungan sistematik antara anggota badan
semasa pertumbuhan.
Nisbah ketinggian berduduk kepada ketinggian diperhatikan paling tinggi
semasa peringkat bayi dan menurun di sepanjang peringkat kanak-kanak
sehinggalah kea lam remaja.
Sebelum remaja, lelaki dan perempuan mempunyai perkadaran yang sama
dalam panjang kaki dan panjang badan. Walau bagaimanapun, semasa alam
remaja sehingga dewasa, perempuan pada puratanya mempunyai anggota
yang lebih pendek berbanding lelaki mengikut ketinggian yang serupa.
















22

2.5 Perkembangan Badan

Hippocrates pada zamannya mencadangkan dua jenis klasifikasi badan iaitu
habitus phthisicus ( liner ) dan habitus apoplecticus ( lateral ). Pendekatan
konsepsual yang diperkenalkan oleh William Sheldon ( 1940 ) adalah
kaedah yang lazim digunakan pada hari ini. Pendekatan ini berdasarkan
jenis bentuk badan ( somatotype, soma = badan )









23

3.0 Definisi Istilah
3.1.Somatotaip
Rupa bentuk dan jenis susuk badan manusia yang digunakan dalam sistem
klasifikasi jenis fizikal manusia.




Bentuk badan dan komposisi bagi wanita











24




3.2 Endomorf
Individu yang dikenali oleh peratusan lemak badan yang tinggi, sifat
dan (jika ada) berotot tegap sedikit sahaja. Perhubungan badan yang berlemak
tidak semestinya menunjukkan tisu otot yang kurang tetapi kadang kala
dilindungi dibawah lemak.












25


3.3 Mesomorf
Seseorang yang mempunyai ciri-ciri di mana berotot besar dan tegap dengan
bahagian dada yang luas, bahu yang lebar, berpinggul tebal dan garis pinggang
yang agak lampai. Mereka juga mempunyai komposisi berat yang tidak
berlemak dan berkebolehan yang sangat baik dari segi indeks kekuatan dan kuasa.


Bentuk badan mesomorph










26

3.4 Ektomorf
Seseorang yang mempunyai ciri-ciri di mana lengan dan kaki yang panjang,
bahagian atas tubuh pendek, sepatutnya mempunyai tahap tisu saraf yang tinggi.
Mereka juga mempunyai otot yang kecil dan panjang. Biasanya individu dalam
kategori ini mempunyai kandungan lemak yang sangat sedikit, dengan itu
mereka dikenali sebagai golongan yang kurus.


Bentuk badan ektomorph










27








3.4 Ketangkasan
Keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan
pantas dan tepat.




4.0 Komposisi badan yang menjurus kepada sukan
Seperti yang diketahui bahawa komposisi tubuh badan memainkan peranan yang
sangat penting dalam bidang sukan. Malah dalam acara-acara tertentu ia memerlukan
komposisi badan yang sesuai dalam sukan atau acara-acara yang diceburi oleh para
atlit . Walaupun banyak kajian telah dijalankan oleh para ahli sukan, maka tidak syak
28

lagi komposisi tubuh badan ektomorph,mesomorph atau endomorph sangat diberi
perhatian oleh para pengkaji-pengkaji dalam mencapai matlamat dan objektif.
Bagi atlit yang mempunyai badan ektomorph sering terlibat dalam acara olahraga atau
acara lari pecut kerana dengan keadaan badan yang agak sesuai untuk acara ini.
Para atlit juga boleh menceburi acara larian jarak dekat atau sederhana. Di samping itu
acara lompat tinggi juga selalunya menjadi pilihan dengan keadaan tubuh yang
fizikalnya tinggi dan lampai. Mereka ini mempunyai tenaga kuat dalam memecut ke
garisan penamat atau menamatkan acara lari jarak sederhana atau jauh. Antara
permainan yang boleh disertai oelh golongan ektomorph ini ialah bola tampar yang
pada kebiasaannya mempunyai pemain-pemain yang tinggi lampai dan cergas.
Disamping itu juga ia juga boleh terlibat dalam acara bola baling yang memerlukan
kepantasan dan kekuaran dalam memjaringkan gol.
Bagi atlit yangmempunyai komposisi tubuh endomorph pula sering terlibat dalam acara-
acara padang contohnya acara lontar peluru.










29





Pengenalan
Kejayaan atlet biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah
tahap kecergasan fizikal yang terdiri daripada kecergasan kardiovaskular, daya tahan
otot, kekuatan otot, ketangkasan, kelajuan dan kelenturan. Selain itu kejayaaan atlet
juga berkait rapat dengan ciri fizikal tubuh badan mereka. Terdapat tiga kategori ciri
fizikal tubuh yang di nyatakan oleh Sheldon (1940) iaitu endomorf, mesomorf dan
ektomorf. Menurut Carter (1985), seseorang individu dapat menentukan
penglibatannya dalam aktiviti sukan berdasarkan ciri-ciri fizikal tubuh badan mereka.
Dalam bab ini, disenaraikan beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang
dijalankan oleh penyelidik.

Antropometri dan Somatotaip
Nik Shanita dan Hera (1999) dalam kajiannya yang bertajuk Status pemakanan
di kalangan atlet elit bola jaring perempuan Sukan Komanwel semasa menjalani latihan
pusat menyatakan bahawa ciri fizikal atlet elit bola jaring Sukan Komanwel pada
amnya baik jika dibandingkan dengan kajian tempatan lain. Walaubagaimanapun, tiada

penerangan yang lebih spesifik tentang ciri fizikal tubuh atlet dinyatakan kerana kajian
lebih memfokuskan kepada status pemakanan.
Menurut Johnson dan Nelson (1986), Willian H. Sheldon merupakan nama yang
tidak asing lagi dalam bidang somatotaip. Beliau dipengaruhi oleh Kretchmer dan juga
perintis-perintis sebelumnya. Sheldon telah menyimpulkan bahawa terdapat tiga ciri
fizikal tubuh badan yang asas iaitu endomorf, mesomof dan ektomorf.

Lazimnya, ciri-ciri fizikal tubuh badan manusia mempunyai kaitan dengan personaliti
dan tingkah laku, kesihatan dan prestasi fizikalnya. Pada masa kini, masyarakat
30

mempunyai pandangan yang stereotaip terhadap kegemukan, kelangsingan dan
ketegapan tubuh badan, konsep ini telah membawa kepada asas pembentukan
somatotaip (Willgoose, 1961).
Data antropometri dalam sukan bola jaring adalah terhad. Bagaimanapun, Bale
dan Hunt (1986) telah membuat satu kajian perkaitan antara antropometri dengan
piawai dan posisi permainan. Kebanyakan atlet elit bola jaring adalah tinggi,
mempunyai kekuatan, struktur fizikal yang seimbang dan peratus lemak badan yang
tinggi (Bale dan Hunt, 1986). Kajian yang dilakukan mendapati pemain penyerang dan
pertahanan lebih tinggi berbanding pemain tengah yang secara signifikannya adalah
lebih rendah, mempunyai diameter tulang dan ukur lilit anggota badan (tangan dan
kaki) yang lebih kecil. Elliot dan Smith (1983) pula mengkaji hubungan antara
ketepatan jaringan gol dengan antropometri yang dipilih dan faktor-faktor
biomekanikal. Keputusan yang diperolehi mendapati penjaring yang tinggi, kurang
mesomorf dan mempunyai peratus lemak badan yang tinggi adalah lebih tepat
jaringannya.
















31

Pengenalan :
Pertumbuhan ialah suatu proses perubahan yang dapat dilihat dengan nyata
dan bersifat kuantitatif iaitu dapat diukur daripada satu peringkat ke peringkat yang lain.
Ia melibatkan aspek fizikal dan juga mental dan berhenti apabila mencapai
kemuncaknya iaitu tahap kematangan seseorang individu.
Karl E. Garrison menyatakan bahawa pertumbuhan merupakan perkembangan
seseorang individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut
dan kelenjar. D.S Wright dan Ann Taylor pula menyifatkan pertumbuhan sebagai
pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang.
Pertumbuhan secara prinsipnya berlaku dalam dua arah iaitu :
a) Dari atas ke bawah
b) Dari tengah ke tepi
Selain itu, pertumbuhan struktur fizikal mendahului kemahiran fungsinya dan
pertumbuhan secara menyeluruh mendahului secara khusus (Mok Soon Sang, 2009).
Ciri-ciri Pertumbuhan
Pertumbuhan manusia menonjolkan beberapa ciri yang jelas. Antara ciri-ciri
yang utama adalah seperti berikut:
y Bersifat kuantitatif dan boleh dilihat serta diukur melalui edaran masa.
y Kadar pertumbuhan berbeza antara seseorang individu dengan individu yang
lain.
y Anggota badan yang berlainan mengalami kadar pertumbuhan yang berlainan.
y Saiz dan struktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar
secara fizikal.
y Saiz otak dan organ-organ dalaman juga bertambah. Oleh itu, pertumbuhan
melibatkan aspek kognitif dan fizikal.
32

y Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka, kematangan, kesihatan ibu bapa dan
persekitaran individu tersebut.
y Corak pertumbuhan adalah unik tetapi pada asasnya adalah sama.
y Proses pertumbuhan mencapai kemuncak ketika seseorang mencapai
kematangan.

Mengikut Sheldon bentuk badan manusia dalam tiga kategori iaitu endomorf,
mesomorf, dan ektomorf.
Endomorf :
Tubuh endomorph adalah bulat dan lembut. fizikal menunjukan kegemukan di
bahagian perut. Hal ini mungkin atau mungkin tidak benar. Tangan dan kaki dari
endomorph . Pada kebiasaannya tubuh badan endomorph boleh dikatakan seseorang
yang badannya gempal, yang mana lebar pinggang melebihi lebar bahu. Mereka dalam
kategori ini mempunyai tisu lemak yang lebih berbanding ectomorph dan mesomorph.
Mereka juga sukar untuk membentuk otot, itu pun boleh terjadi dengan dengan keras.
Masa senaman juga lebih lama berbanding ectomorph dan mesomorph.
33


Dari segi personaliti pula , golongan ini amat meminati makanan dan emosi yang
tidak menentu. Walau bagaimanapun golongan ini mempunyai sikap yang agak
menyenangkan dan suka disayangi

Mesomorph
Bentuk badan Mesomorph dapat digambarkan mempunyai otot dan tulang
besar. Torso cerun ke pinggang yang relatif sempit dan rendah. Tulang dan otot kepala
menonjol. Ciri-ciri dari wajah jelas ditakrifkan, seperti tulang pipi dan rahang, persegi
berat. Wajah panjang dan luas, dan bilik di bentuk. Lengan dan kaki yang dibangunkan
dan bahkan angka tangan yang berotot
tubuh badan yang mempunyai kerangka badan yang lebih seimbang . lebar
bahu menyamai lebar pinggang. Namun tubuhnya lebih padat dan berotot. Mereka juga
mudah mengawal berat badan melalui pengawalan makanan sama ada ingin
menaikkan berat badan atau sebaliknya.
34



bentuk badan yang sesuai untuk aktiviti yang lasak . Kebanyakkan golongan ini
mempunyai sifat-sifat yang mahu kepada cabaran dan risiko



Ektomorph
Berat badan yang kurang dan juga menampakkan tulang-tulang tertentu.
Kebiasaannya jenis tubuh badan seperti ini mempunyai ketinggian dan juga kelihatan
raut muka yang muda.

35



Golongan bentuk badan seperti ini mempunyai personaliti yang lebih cenderung
kepada kurangnya pergaulan, kurangnya aktiviti yang lasak dan juga







Secara ringkasnya, perkaitan di antara bentuk tubuh badan manusia dengan
sahsiah atau personaliti adalah seperti berikut :
36

Jenis Bentuk
Badan
Rupa Bentuk Badan Ciri ciri Personaliti
Endomorf Bulat dan lembut
Trait Viscerotonia: Suka bergaul, cepat
mesra, berlega, mengedur.
Mesomorf
Otot otot kuat,
berkemahiran psikomotor
Trait Somatotonia: Tegas, agresif, suka
riadah, sedia menghadapi cabaran.
Ektomorf Kurus dan tinggi
Trait Cerebrotonia: Tidak suka bergaul,
introvert, tidak suka aktiviti fizikal.

















37


Kategori bidang sukan yang diceburi :
Kategori Endomorf :
Di sebabkan bentuk badan yang besar dan bulat menyebabkan seseorang
seperti ini akan terlibat dalam sukan-sukan seperti lontar peluru , lontar cekera ,
merejam lembing dan juga sukan seperti Sumo yang popular di Negara Jepun .









Kategori Mesomorf
Kebanyakan ahli sukan mempunyai badan yang di kategorikan dalam jenis
Mesomorf. Bentuk badan yang berotot dan kelihatan tegap menyebabkan tenaga dan
kekuatan dapat di janakan di dalam sukan yang diceburinya. Sukan-sukan yang
diceburi oleh golongan mesomorf seperti lumba lari , bola sepak, badminton dan lain-
lain lagi









38





Kategori Ektomorf
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Sheldon . golongan yang mempunyai tubuh
badan ektomorf ini boleh mempengaruhi jenis sukan yang tertentu. Kebanyakan sukan
yang tidak mempuyai body contact amat sesuai seperti badminton , sepaktakraw,
lumba lari jarak jauh dan lain-lain lagi . Contoh yang terkini dapat di lihat seperti ahli
sukan badminton iaitu Lee Chong Wei

















39

Anda mungkin juga menyukai